pantun nasihat

Post on 22-Jun-2015

805 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MARI BERPANTUNPantun Nasihat

Ambil buluh jadikan galahJolok rambutan tepi kolamNasihat ibu jangan dibantahJadi petunjuk sepanjang zaman

Daun terap di atas dulang,Anak udang mati dituba;Dalam kitab ada terlarang,Perbuatan haram jangan dicuba.

Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tanganSungguh jauh beribu batuHilang di mata di hati jangan

Banyak gula banyaklah semut,Simpan garam dalam tempayan;Malu berkayuh perahu hanyut,Malu bertanya sesat jalan.

Hendak gugur gugurlah nangka,Jangan terkena ranting pauhHendak tidur, tidurlah mataJangan terkenang orang jauh.

Ketuk paku dengan tukulSimpan pahat di tepi dinding;Berat hendaklah sama dipikul,Ringan hendaklah sama dijinjing.

Kerat-kerat kayu diladangHendak dibuat hulu cangkulBerapa berat mata memandang,Berat lagi bahu memikul.

Anak lembu dalam semak,Anai-anai buat busutHarta dunia jangan tamak,Kalau mati tidak diikut

Orang Daik memacu kuda,Kuda dipacu deras sekali;Buat baik berpada-pada,Buat jahat jangan sekali.

Puas saya menanamubiNanas juga dipandang orangPuas saya menanam budiEmas juga dipandang orang.

Susu lemak manis, santan kelapa mudaAdik jangan nangis, emak buat kerja

Pagi tanam labuPetang tanam kelapaKasih pada ibuSayang pada bapa

Pergi ke sawah cari kedidiJumpa kerbau patah tanduHendaklah ikut resmi padiSemakin berisi semakin tunduk

Puas saya mencari itikJumpa seekor anak angsaApa juna berwajah cantikJika tidak berbudi bahasa

Panjang rumput di permatangPuyuh berlari di tepi kaliKusangka panas hingga ke petangRupanya hujan di tengah hari

Pagi-pagi pergi ke padangBurung ciak makan padiCepat kaki ringan tulangBarulah mudah dapat rezeki

Buah remia bawa ke humaUntuk dimak nasambil menjeratHidup di dunia tidaklah lamaPatut amalkan bekal akhirat

Berakit-rakit ke hulu’ berenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senag kemudian

Tanam padi berbuah lebatTanam delima berbuah sebijiHina besi kerana berkaratHina manusia tidak berbudi

Cengkerik berbunyi malamRama-rama cari bungaCarik-carik bulu ayamLama-lama bercantum juga

Buat bangsal di Pulai DaikKayuh sampan ke Pulau RiauKalau asal benih yang baikJatuh ke laut menjadi pulau

Hendak belayar ke Teluk Betung,Hendak cuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat

Jambu tumbuh di tepi tamanDatang hinggap burun merbahJika berilmu tidak beramalIbarat pohon tidak berbuah

Asap api bergulung-gulungKerana dimakan anai-anaiHajat hati nak peluk gunungApakan daya tangan tak sampai

Anak merpati disambar helangTernag ketiti di dalam humaHarimau mati meninggalkan belangManusia mati meninggalkan nama

Kalau ke pekan membeli suteraBelikan saya sepasang subangKalau hendak mengenggam baraBiar sampai menjadi arang

top related