organisma unisel dan multisel

Post on 15-Jan-2016

153 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bbm sains ting 1

TRANSCRIPT

EUGLENA

IKAN

PAKU PAKISPARAMECIUM

CHLAMYDOMONAS

SPIROGIRA

ORGANISMA UNISEL

žOrganisma unisel adalah organisma ringkas yang terdiri daripada hanya satu sel (uni:satu).

žOrganisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Dikenali juga sebagai mikroorganisma.

žBiasanya hidup di dalam air atau tempat yang lembap seperti kolam, longkang dan laut.

žOrganisma unisel boleh menjalankan semua aktiviti hidup seperti pergerakan, memakan, pembiakan, pernafasan, dan perkumuhan.

Organisma unisel terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan unisel dan haiwan unisel

Contoh : Euglena, Chlamydomonas, Pluerococcus dan Yis       

Organisma multisel adalah benda hidup yang terdiri daripada banyak sel. Organisma multisel terbentuk daripada pelbagai jenis sel.

žOrganisma multisel juga menjalankan semua proses hidup.

žSetiap jenis sel mempunyai struktur yang berbeza dan menjalankan fungsi badan yang tertentu.

Organisma multisel turut terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan multisel dan haiwan multisel.

Contoh Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.

Contoh Organisma multisel dalam tumbuhan pula ialah Paku pakis, Spirogyra dan Mukor

Aktiviti 1: Memerhati organisma unisel dan multisel melalui mikroskop Bahan dan peralatan: Mikroskop cahaya, slaid kaca, penitis, air kolam

Prosedur: 1. Dengan menggunakan penitis kaca, titiskan satu titik sampel air kolam di atas slaid. 2. Letakkan sisip kaca di atas sampel air kolam. 3. Lihat sampel air kolam tersebut melalui mikroskop cahaya. 4. Lukiskan organisma yang dapat anda lihat di dalam buku sains. 5. Kenal pasti nama bagi setiap organisma yang anda lukis dengan merujuk buku teks atau buku rujukan.

top related