nota sejarah bab 2 tingkatan 4

Post on 18-Jul-2015

453 Views

Category:

Education

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SEJARAH TINGKATAN 4

BAB 2

PENINGKATAN

TAMADUN

Apakah konsep peningkatan

Tamadun?

•Kemampuan manusia menggunakan pemikiran

•Mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran

•Membentuk kehidupan lebih maju dan kompleks

•Kemajuan tamadun diukur dalam aspek politik, ekonomidan sosial

ASPEK PENINGKATAN

TAMADUN

Sistem Pemerintahan dan

Pentadbiran

TamadunYunani

• Sebelum pemerintahan demokrasi

• Sistem beraja

• Sistem oligarki

• Sistem aristokrat

• Tirani – diktator

• demokrasi

(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang

diperkenalkan di Athens,Yunani?

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis

• Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadiahli Dewan Perhimpunan

• Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antaraenam bulan hingga setahun

• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan

• Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasarkerajaan

• Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan olehMajlis

• Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantikahli Majlis,Majistret dan Juri

(b) Berikan perbezaan penglibatan rakyat

dalam pentadbiran antara sistem demokrasi

yang diamalkan di Yunani dengan sistem

demokrasi di Malaysia.

Di Yunani

Berbentuk penyertaan langsung

Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan

Warganegara lelaki berpeluang menganggotai Dewan

Perhimpunan

Di Malaysia

Berbentuk penyertaan tidak langsung

Rakyat memilih wakil melalui pilihan raya

Wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat

(c) Nyatakan amalan sistem republik dalam

tamadun Rom

• Tiada pemerintah berkuasa mutlak

• Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul

• Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat

• Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor

• Konsul dibantu oleh Dewan Senat

• Dewan Senat membincangkan pentadbiran negara dan merangka perundangan

• Dewan Perhimpunan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat

(d) Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi

awam pada zaman Dinasti Chin di China

Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh

maharaja

Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat

Perlantikan dijalankan oleh jawatankuasa

perkhidmatan awam

Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian

dalam peperiksaan awam

(e) Sebutkan perubahan-perubahan yang

dilakukan oleh Julius Caesar terhadap

sistem pemerintahan Rom?

Menjalankan pemerintahan bercorak empayar

Membentuk pemerintahan berpusat

Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya

Menamatkan pemerintahan republik

Menguasai angkatan tentera dan Senat

Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator

Menggunakan gelaran maharaja

(f) Mengapakah zaman pemerintahan

Augustus Caesar dianggap sebagai Pax-

Romana (Keagungan Rom) ?

Membawa keagungan kepada empayar Rom

Empayarnya meliputi tiga benua- Asia, Afrika

dan Eropah

Keamanan Rom berkekalan selama 200 tahun

Mewujudkan keamanan Rom empayar yang

terdiri daripada pelbagai bangsa

(g) Nyatakan amalan sistem pemerintahan

beraja dalam tamadun India

Raja mengamalkan kuasa mutlak

Kedudukan raja diperkukuhkan dengan pelbagai

upacara ritual

Raja dianggap suci

Golongan Brahmin merupakan penasihat

Golongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi

(h) Berikan usaha-usaha yang dilaksanakan

oleh Asoka untuk memantapkan

kerajaan Maurya di India

Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya

Menakluki negeri Kalinga

Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial

Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan

Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha

Menjalankan pentadbiran secara birokrasi

ASPEK

PENINGKATAN

TAMADUN

Perundangan

(a) Sebutkan jenis undang-undang

Rom

Undang-undang sivil

Undang-undang jenayah

Undang-undang natural

(b) Senaraikan prinsip undang-undang

Rom

Semua manusia sama di sisi undang-undang

Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti

bersalah

Keadilan terhadap setiap individu

Hukuman berasaskan bukti yang cukup

(c) Nyatakan perlaksanaan undang-undang

pada zaman Dinasti Maurya semasa

pemerintahan Asoka

Titah dan perintah raja adalah undang-undang

Titah perintah diukir pada tiang kayu

Dikenali sebagai Tiang Asoka

Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat

Undang-undang berteraskan konsep kesejahteraan rakyat

Raja diumpamakan bapa oleh masyarakat

Penyembelihan haiwan untuk upacara korban dilarang

(d) Nyatakan prinsip undang-undang

berteraskan falsafah legalisme dalam

tamadun China

Undang-undang yang tegas

Bercorak hukuman berat

Tiada belas kasihan dalam menjalankan

undang-undang

Dikuatkuasakan dalam apa jua keadaan

Raja mesti memiliki kuasa yang utuh

ASPEK PENINGKATAN

TAMADUN

Perluasan Kuasa

(a) Apakah sumbangan Alexander The

Great terhadap perluasan empayar

Yunani?

• Meneruskan usaha penyatuan kerajaan

Macedonia dan Yunani

• Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani

• Menakluki empayar Parsi

• Menguasai seluruh kawasan Laut

Mediterranean

• Menyebarkan kebudayaan Hellenistik

(b) Sebutkan kejayaan Augustus

Caesar semasa memerintah Rom

Menjalankan dasar perluasan kuasa

Mewajibkan pemerintahan secara warisan

Mengasaskan empayar Rom

Memiliki empayar yang luas

Memerintah seperti diktator

Mengalahkan tentera di bawah pimpinan

Anthony

(c) Nyatakan peranan Chandragupta

Maurya dalam pembentukan

empayar Maurya

Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India

Mengubah status raja kepada maharaja

Empayarnya meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush

Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara

(d) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan

oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar

Maurya pada xaman pemerintahannya

Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya

Menakluki negeri Kalinga

Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial

Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan

Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha

Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya

(e) Senaraikan langkah-langkah yang

dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam

pembentukan empayar Dinasti Chin

• Menyatukan kerajaan kecil di China

• Memerintah secara autokratik

• Menghapuskan kuasa golongan

bangsawan

• Melantik gabenor dan panglima tentera

untuk mentadbir

• Membina Tembok Besar China

ASPEK

PENINGKATAN

TAMADUN

Peningkatan Ekonomi

(a) Mengapakah negara-negara kota di

Yunani memberikan tumpuan kepada

aktiviti perdagangan?

Keadaan muka bumi Yunani bergunung-ganang

Muka bumi tidak sesuai untuk pertanian

Perdagangan dengan luar semakin meningkat

Terdapat jalan laut

Terpaksa mendapatkan bahan makanan dari

luar

Athens menjadi pusat pengumpulan barangan

dari Timur

(b) Senaraikan faktor-faktor yang mendorong

kerajaan Maurya di India mencapai

kemajuan dalam bidang perdagangan

Melibatkan perdagangan dengan luar

Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara

luar

Penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin)

Penggubalan undang-undang untuk mengawal persatuan

Perlaksanaan undang-undang diawasi oleh raja

Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli

Sokongan perusahaan tekstil,kain kapas dan sutera

Perkembangan perusahaan berasaskan barangan emas,mutiara

dan batu permata

Perlaksanaan sistem cukai

(c) Sumbangan tamadun China

terhadap kemajuan pertanian

Pengenalan teknik tenggala

Penggunaan kolar kuda

Penciptaan alat kegunaan pertanian

Penanaman secara bergilir

Peneresan kawasan bukit untuk pertanian

Pembinaan terusan

ASPEK PENINGKATAN

TAMADUN

Pendidikan

a) Apakah falsafah pendidikan

Athens?

Bertujuan menghasilkan manusia

seimbang dari segi rohani dan jasmani

Manusia cemerlang dapat memberikan

sumbangan kepada masyarakat

Menitikberatkan kemahiran semua aspek

b) Berikan dua kesan daripada

perkembangan pendidikan pada zaman

peningkatan tamadun Yunani

• Berkembangnya sekolah-sekolah falsafah

• Athens menjadi pusat cendiakiawan

• Lahirnya ramai sejarawan

• Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang

sains dan teknologi

c) Senaraikan ciri-ciri pendidikan dalam

tamadun India pada Zaman Vedik

Mementingkan ilmu keagamaan

Pendidikan berteraskan agama Hindu

Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki

Tidak memberi ruang kepada kaum wanita

Menumpukan kepada kitab-kitab Veda

Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran

Kaedah pembelajaran ialah kaedah hafalan

d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan

dalam sistem pendidikan pada zaman

peningkatan tamadun di China

Peringkat rendah

Mengenal dan menghafal tulisan ideogram

Menghafal sembilan buah buku suci

Peringkat menengah

Menulis karangan

Mempelajari sastera

Peringkat tinggi

Menterjemah buku suci

e) Huraikan perkembangan bidang

pendidikan pada zaman peningkatan

tamadun di India

Vedik

Peningkatan bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik

Hindu

Agama hindu menjadi teras pendidikan

Lelaki

Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki sahaja

Wanita

Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan

Veda

Perhatian diberikan kepada pembelajaran kitab Veda

Sanskrit

Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran

Hafalan

Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran

Buddha

Pendidikan kemudiannya berkembang kepada pembelajaran yang berteraskan agama Hindu dan Buddha

Sempurna

Bertujuan supaya mereka dapat hidup sempurna dan bersedia

menghadapi hari selepas mati

Rumah

Pendidikan dijalankan di rumah dan di istana

Kolej

Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman

Universiti

Pada abad ke-4 Masihi lahirnya Universiti Nalanda untuk mendalami

agama Buddha

Brahmin

Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin berpendidikan

Sains

Disamping menghafal buku-buku agama, mereka mempelajari karya

sains dan falsafah

f) Bagaimanakah peperiksaan awam

kerajaan dilaksanakan pada zaman

peningkatan tamadun China?

Tempat Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap iaitu

tahap pertama(Hsiu Tai), tahap kedua(Chun

Jen), dan tahap ketiga(Chin Shih)

Pertama Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama

Kedua Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana

Ketiga Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah

Daerah Peperiksaan tahap pertama dijalankan di peringkat

daerah

Kota Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota

daerah

Istana Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di hadapan

maharaja

Pegawai Lulusan tahap pertama boleh menjadi pegawai

kerajaan

Pendidik Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi

pendidik

Peperiksaan Peperiksaan tahap ketiga diadakan dua kali dalam

tiga tahun

Tiga Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga

kali setahun

Ketat Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat

Meniru Mereka yang didapati meniru akan dijatuhi

hukuman mati

Pemeriksa Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan

Bilik Calon ditempatkan dalam bilik selama tiga hari

untuk menjawab

ASPEK PENINGKATAN

TAMADUN

Falsafah

a) Apakah yang dimaksudkan

dengan ahli falsafah?

o Manusia yang menggunakan akal untuk

berfikir

o Untuk mencari jawapan yang logik dan

rasional terhadap persoalan yang berkaitan

dengan kehidupan harian dan alam sekitar

(b) Senaraikan ahli-ahli falsafah yang lahir

dalam tamadun Yunani

o Herodotus

o Socrates

o Aristotle

o Plato

(c) Nyatakan pemikiran yang terdapat dalam

falsafah stoisme yang diasaskan oleh Zeno

pada zaman tamadun Rom

Kebahagiaan hidup dan nasib seseorang

manusia bergantung kepada hubungannya

dengan alam

Menekankan keadilan, tanggungjawab,

keberanian dan peri kemanusiaan

Mengajar manusia berfikir secara rasional

Mengamalkan sikap ingin tahu

(d) Apakah persoalan penting yang

dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah Yunani?

Nilai individualisme

Mengajar manusia berfikir secara rasional

Mengamalkan sikap ingin tahu

Cara berfikir yang teratur

Kehidupan manusia

Demokrasi

Sesebuah negara perlu diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah

(e) Sebutkan pemikiran falsafah China

yang dikemukakan oleh Mo Tzu

Menolak beberapa ajaran dalam

Confucianisme

Mengemukakan cara melahirkan

masyarakat dan politik yang baik

Akhlak manusia dipengaruhi oleh alam

sekitar

ASPEK PENINGKATAN

TAMADUN

Sistem Sosial

(a) Nyatakan organisasi sosial masyarakat di

Athens, Yunani

Kumpulan Terbahagi kepada tiga kumpulan

Pertama Kumpulan pertama ialahwarganegara

Hak Kumpulan pertama mempunyai hak dalam

politik

Kedua Kumpulan kedua ialah bukan warganegara

Ketiga Kumpulan ketiga ialah hamba

Tiada Kumpulan kedua dan ketiga tiada hak

dalam politik

(b) Terangkan tentang sistem kasta dalam

tamadun India

Kasta Mempunyai kasta Brahmin,Ksyatria,Vaisya dan

Sudra

T/Jawab Keempat-empat kasta mempunyai t/jawab

yang berbeza

Sebati Sistem kasta sangat sebati dalam sistem sosial

India

Ketat Sistem ini diamalkan dengan ketat

Kahwin Tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta

berbeza

Campur Dilarang bercampur gaul dengan ahli kasta lain

(c) Huraikan sistem sosial masyarakat

China pada zaman peningkatan

tamadun

Tiga Terbahagi kepada tiga golongan

Atasan Golongan atasan ialah pentadbir yang terdiri

daripada maharaja, keluarganya, pegawai

bangsawan dan sida-sida

Bawahan Kumpulan bawahan terdiri daripada petani dan

artisan

Hamba Kumpulan ketiga ialah golongan hamba

Sokong Kumpulan bawahan dan hamba merupakan

kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama

Conficius Conficius membahagikan masyarakat China

kepada empat kelas

Sarjana Golongan teratas ialah golongan sarjana

Pegawai Mereka terdiri daripada pegawai kerajaan yang

berpendidikan

Petani Golongan kedua ialah petani

Tukang Kumpulan ketiga ialah golongan tukang

Pedagang Kumpulan paling bawah ialah pedagang

Kedudukan Individu di China boleh menukar kelasnya

kepada kedudukan lebih baik melalui

pendidikan

top related