nilai tradisional

Post on 25-Dec-2015

40 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Moral ELM

TRANSCRIPT

NILAI TRADISIONAL DAN PERUBAHAN NILAI

TRADISIONAL MASYARAKAT DI

MALAYSIANURUL SYAZWANI BINTI AWANG NOORDIN

PISMP BAHASA MELAYU 1

PENGENALAN• Nilai didefinisikan sebagai kayu ukur seseorang individu

tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk, kasar atau halus, tinggi atau rendah, berasaskan kepada kelakuan yang yang telah menjadi kebiasaan atau kelaziman yang dikongsi bersama dan telah disahkan oleh masyarakat kedudukan nilai tersebut. (Wan Abdul Kadir ,2007)

• Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, nilai juga didefinisikan taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf.

• Masyarakat pula bermaksud sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

• Kesimpulannya, nilai masyarakat membawa erti satu amalan atau kayu ukur bagi mengukur satu perlakuan yang diamalkan oleh sekumpulan manusia yang hidup bersama.

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT DI

MALAYSIA

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT DI

MALAYSIA

MASYARAKAT MELAYU

MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT INDIA

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

• Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang kaya dengan nilai dan adat tradisional yang diamalkan.

• Nilai tradisional masyarakat ini dipengaruhi oleh nilai dan akhlak yang ditekankan oleh agama Islam kerana agama Islam merupakan agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat Melayu di Malaysia.

• Antara nilai tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah :

i. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah atau kuasa autoriti.

Sebagai rakyat, mereka menumpukan sepenuh taat setia mereka kepada pemerintah dan sentiasa memandang tinggi pemerintah mereka.

ii. Nilai kerjasama dan gotong-royong Apabila sesuatu majlis atau acara berlangsung,

masyarakat Melayu akan saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diagihkan.

iii. Nilai ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’

Nilai ini dapat dilihat dengan jelas melalui perlakuan mereka yang sanggup bertungkus-lumus mengharungi kesusahan dalam usaha mengecapi kesenangan di kemudian hari kelak.

iv. Nilai berjimat-cermatv. Nilai menghargai masavi. Nilai sikap teliti dalam melaksanakan

sesuatu pekerjaan

vii.Nilai budi bahasa dan nilai mementingkan pembangunan sahsiah

Darjat seseorang diukur melalui budi pekertinya dan sahsiahnya serta kemuliaan perwatakannya bukannya melalui kedudukan sosial yang tinggi dan kekayaan material.

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

• Dalam kalangan masyarakat Cina pula, nilai yang diamalkan tidak menekankan nilai keagamaan.

• Masyarakat Cina menyatukan dan menyesuaikan pelbagai sistem kepercayaan yang berbeza ke dalam kehidupan seharian mereka.

• Mereka lebih mementingkan kejayaan dan pencapaian materialistik berbanding pencapaian rohaniah serta sahsiah.

• Masyarakat Cina mempercayai bahawa asas kepada perhubungan keluarga yang harmonis dan stabil adalah bergantung kepada pengurusan hubungan manusia dan ekonomi yang sedia ada.

• Antara nilai yang diamalkan masyarakat Cina ialah:

i. Nilai kekayaan Kekayaan bukan sahaja memainkan peranan penting

dalam memotivasikan orang Cina mencari dan mengecapi kekayaan namun ia juga merasionalisasikan ketiadaan pengaruh sosial adalah implikasi daripada tiadanya kekayaan

ii. Ketaatan kepada ibu bapa dan menghormati ibu bapa

Mereka beranggapan ibu bapa merupakan sumber utama kepada teras pembentukan nilai di dalam diri mereka.

iii. Nilai persahabatan Mereka beranggapan bahawa nilai persahabatan bukan

terletak pada rakan yang makan dan minum bersama tetapi terletak pada rakan yang tidak bergantung kepada soal makan dan minum.

iv. Nilai keikhlasan

v. Nilai berdikari Masyarakat Cina tidak suka kepada individu yang

sering bergantung harap kepada orang lain.

vi. Nilai mementingkan pendidikan

vii.Nilai ketelitian dalam merancang kehidupan sendiri

NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

• Masyarakat India di Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan masyarakat Cina.

• Mereka amat mementingkan pencapaian lahiriah yakni kekayaan material berbanding pencapaian rohaniah.

• Masyarakat India di negara ini juga berpecah kepada beberapa kelompok kecil mengikut bahasa, agama, kelas serta kasta.

• Masyarakat ini dipengaruhi oleh sistem nilai yang berpunca daripada gagasan agama dan metafizikal tertentu seperti dharma dan karma.

• Antara nilai yang diamalkan oleh masyarakat India ialah:

i. Nilai kekeluargaan Keluarga mendapat tempat yang paling penting dan

utama dalam struktur sosial masyarakat India kerana mereka menganggap keluarga sebagai sebuah institusi yang suci.

ii. Nilai memelihara hubungan sesama manusia

Mengamalkan amalan menghormati orang tua, pemimpin, guru, orang terpelajar dan sebagainya. Masyarakat India diminta untuk sentiasa berhubungan baik dengan semua dan mengelakkan kehidupan yang memencilkan diri.

PERUBAHAN NILAI DALAM MASYARAKAT

• Ekoran daripada ledakan era globalisasi dan pembangunan pesat yang kian berleluasa, nilai yang diamalkan di dalam masyarakat mengalami perubahan yang amat drastik.

• Pengamalan nilai di dalam kehidupan seharian kini dipandang enteng, dan masyarakat kini lebih gemar mengejar pembangunan lahiriah berbanding pembangunan rohaniah.

• Perubahan nilai ini dapat dilihat melalui:

i. Sikap bena tak bena masyarakat terhadap keunggulan autoriti dan memandang enteng terhadap ketaatan serta penghormatan terhadap keluarga atau orang tua dalam hubungan keluarga dan sosial.

ii. Sikap individualisme masyarakat yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri dan tidak mengambil kisah terhadap keadaan dan kebajikan orang lain.

iii. Penghakisan nilai kemanusiaan dalam diri individu yang mengakibatkan gejala sosiak dan pelbagai kes jenayah semakin menular.

FAKTOR PERUBAHAN NILAI DALAM MASYARAKAT

• Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan perubahan nilai dalam masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah:

i. Perubahan dan ledakan maklumat tanpa batas

Media massa kini dipengaruhi oleh pengaruh negatif seperti keganasan, pornografi, gaya hidup bebas dan pelbagai gejala tidak sihat yang lain.

ii. Perubahan ideologi dan politik Keadaan ini dapat dilihat melalui perbezaan nilai

patriotisme masyarakat sebelum merdeka dengan masyarakat selepas merdeka.

iii. Perubahan persekitaran operatif masyarakat

Pertukaran ini dilihat melalui perkembangan arus kemodenan yang kian pesat berlaku.

LANGKAH MENGATASI PERUBAHAN NILAI

DALAM MASYARAKAT

• Antara langkah penyelesaian yang diambil bagi mengatasi perubahan nilai adalah:

i. Pihak autoriti dan pemimpin hendaklah menegaskan tentang kepentingan nilai moral, kepentingan mematuhi undang-undang, peraturan dan disiplin dalam kalangan pelajar dan belia.

ii. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan rendah

iii. Pemimpin negara juga seharusnya cuba menerapkan nilai murni di pejabat kerajaan.

iii. Penekanan nilai-nilai kebangsaan dalam perlembagaan dan pentadbiran oleh pihak autoriti.

iv. Individu hendaklah sentiasa bersifat progresif dan memiliki pemahaman positif serta mengamalkan hubungan kemanusiaan yang baik.

v. Penekanan nilai kemanusiaan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perubahan nilai yang berlaku di negara kita menghakis nilai-nilai tradisional yang sedia ada. Perubahan nilai ini juga mengakibatkan implikasi negatif kepada masyarakat sendiri, dan ianya juga mempengaruhi keamanan dan perpaduan negara. Oleh itu, semua pihak seharusnya berganding bahu dalam berusaha mengekalkan pengamalan nilai di dalam masyarakat dan individu dalam usaha mengekalkan keamanan dan perpaduan negara serta memastikan negara maju baik dari segi pencapaian lahiriah mahupun rohaniah.

top related