nilai-nilai murni perkhidmatan kaunter

Post on 06-Jun-2015

3.118 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Noble Values

TRANSCRIPT

1

Nilai-nilai murni Nilai-nilai murni Perkhidmatan Perkhidmatan

Kaunter BerkesanKaunter Berkesan

Dr Suhazeli Abdullah

2

Nilai-nilai murniNilai-nilai murni Peribadi mulia Ikhlas Benar Amanah Bersabar Bertimbang rasa Sederhana Bersih Tiada Perasaan Curiga Pro aktif

Bekerjasama Berdisiplin Tanggungjawab Tekun bersyukur Bermuafakat Bertoleransi Bersatu padu Beretika Tidak

mementingkan diri

3

Berperibadi muliaBerperibadi mulia

Akan menumpukan perhatian kepada pesakit.

Sentiasa perihatin terhadap keadaan dan kehendak pesakit

Perlu pandai menggunakan budibicara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

4

Berperibadi muliaBerperibadi mulia Manis muka sepanjang

masa, bermula dengan senyuman.

Senyuman hendaklah ikhlas kerana senyuman yang dibuat-buat akan diketahui orang.

5

Berperibadi muliaBerperibadi mulia

Cuba lihat diri sendiri depan cermin dan paksa diri anda untuk memberikan senyuman.

6

SenyumanSenyuman

7

Cara SenyumCara Senyum

8

Berperibadi muliaBerperibadi mulia

Bagaimana memberi senyuman yang ikhlas?

Latih diri dan hati anda untuk menyukai seseorang itu.

9

Berperibadi muliaBerperibadi mulia

Anda harus merelakan hati anda untuk menerima pesakit sebagai sahabat yang anda sukai

Apabila anda suka kepada seseorang, senyuman akan menjadi ikhlas.

10

IkhlasIkhlas

Maksud: hati yang bersih, jujur dan suci.

Jika ikhlas dalam kerja: kita akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna sehingga menghasilkan mutu kerja yang tinggi.

11

IkhlasIkhlas

Memberi pertolongan kepada sesiapa, walaupun tanpa diminta.

Kesediaan memberikan bantuan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan penuh mesra.

“Biar hidup kita ini memberi manfaat kepada orang lain”

12

13

BenarBenar

Seseorang anggota perlu bercakap benar dan menepati janji.

Mesti bercakap benar walaupun pahit. Adalah tidak wajar memberikan alasan yang

tidak benar sekiranya berlaku sesuatu kelewatan. Pelanggan akan rasa tertipu.

Memberi alasan atau janji palsu bagi memperbaiki keadaan tetapi pelanggan akan marah jika janji tidak dikotakan.

14

15

Nilai kata-kata iniNilai kata-kata ini

Kalau roboh kota melaka, papan dijawa saya gantikan……kalau sungguh bak dikata, badan dan nyawa saya serahkan.

Lautan api sanggup ku harungi, sanggup sehidup semati.

16

BenarBenar

Beritahu perkara sebenar dengan cara berlapik. Mohon maaf atau cari alternatif penyelesaian.

Belajar berkata benar dengan sesama sendiri, keluarga dan rakan-rakan.

17

AmanahAmanah

Maksud: Sesuatu yang diberi kepercayaan kepada seseorang untuk melaksanakannya.

Amanah KKM adalah merawat orang sakit.

18

AmanahAmanah

Menghalang diri seseorang dari melakukan penipuan dan penyelewengan.

Menghindarkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan

Tidak boleh melakukan kerja-kerja peribadi dengan berselindung disebalik kerja-kerja rasmi

19

KesabaranKesabaran Cuba bayangkan diri sendiri jika

jatuh sakit. Begitu juga dengan pesakit,

mereka akan meminta pertolongan dan simpati.

Sebagai anggota KKM kita diberi tanggungjawab untuk merawat mereka, anda perlu bersabar.

Jika tidak pergilah kerja di tempat yang tidak melibatkan org ramai.

20

Bertimbang rasaBertimbang rasa

Adalah suatu perlakuan yang menunjukkan seseorang itu prihatin terhadap keselesaan dan kesejahteraan orang lain.

Orang yang bertimbang rasa biasanya akan menjadi penyabar dan tidak mendesak.

21

Bertimbang rasaBertimbang rasa

Bagaimana seseorang tahu dia bertimbang rasa atau tidak?

Jika dia seseorang yang “double standard”

22

Bertimbang rasaBertimbang rasa

Double Standard bermaksud dia shj yang boleh tapi orang lain tidak.

23

24

Bertimbang rasaBertimbang rasa

Bagaimana menanam sifat timbang rasa?

Anda akan memperolehi jika anda memahami jiwa seseorang pesakit.

Jika anda menyelami hati seorang pesakit, maka mudahlah bagi anda untuk bertimbang rasa.

25

SederhanaSederhana Kesederhanaan adalah

sifat yang menentang sifat keterlaluan, samada cara hidup, tindakan dan tingkahlaku.

Orang bersederhana tidak akan menonjolkan diri sendiri dan menunjukkan kepandaian.

Sebaliknya mudah menerima pandangan dan nasihat orang lain

26

SederhanaSederhana

Tidak bermakna segala usaha tidak meningkat.

Malah digalakkan berusaha dengan tekun

Tetapi dilarang dari sifat riak dan sombong.

Ini akan membawa kepada sifat lalai dan mencemarkan mutu perkhidmatan.

27

BersihBersih

Kebersihan dari sudut moral dan fizikal.

Anggota hendaklah mengamalkan kebersihan pakaian, tempat kerja dan rumah kediaman sebagai satu cara hidup.

28

BersihBersih

Kebersihan rohani akan enhindarkan seseorang itu dari sifat dengki, khianat, tamak haloba dan sifat tercela lain.

Harta juga mesti bersih dan dari sumber yang halal.

Perlu mengawal nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan terutama dalam membuat keputusan.

29

ProaktifProaktif

Menjangkakan apa yang diperluakan oleh seseorang dan mengambil initiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan dan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Seorang yang reaktif tidak akan melakukan sesuatu sehingga ia diberitahu atau di arahkan.

30

ProaktifProaktif

Jika anda seorang yang reaktif, amalkan slogan ini: “Jangan tunggu sehingga diberitahu”. Atau “jangan tunggu sehingga sesuatu yang buruk berlaku”.

Tanamkan sifat suka bertanya dalam hati.

31

BekerjasamaBekerjasama Bagi sesuatu kerja, ianya selalu melibatkan

banyak tugas kecil yang lain. Tugas ini mungkin boleh dilakukan oleh

orang yang berlainan. Oleh itu anggota mesti perlu bekerjasama

dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

32

Berat sama dipikul, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingringan sama dijinjing

33

BekerjasamaBekerjasama

Maksudnya: bekerja bersama dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Ada Faedah kepada individu. Tekanan kerja berkurangan Tanggungjawab dikongsi bersama Ahli lain dapat belajar satu sama lain.

34

BekerjasamaBekerjasama

Kerjasama dalam satu pasukan biasanya senang tapi kerjasama antara satu pasukan dengan pasukan yang lain agak sukar.

Kita mesti sedar bahwa kita bukan kerja untuk klinik tetapi untuk kesihatan keseluruhan.

35

BerdisiplinBerdisiplin

Bermakna mematuhi peraturan, etika dan sistem nilai yang ditetapkan.

Tujuannya untuk mengawal kelakuan anggota awam supaya sempurna dan berkedudukan penting dalam masyarakat.

36

BerdisiplinBerdisiplin Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993) telah mula berkuatkuasa pada 15/2/1993

Menjalankan tugas mengikut peraturan jabatan yang telah ditetapkan.

37

BerdisiplinBerdisiplin

Waktu Pejabat berapa jam sebenarnya kita bekerja?

Apakah perkara yang anda lakukan sehingga terjadinya pembaziran masa?

38

BerdisiplinBerdisiplin

Sepanjang perkhidmatan anda, ada tak anda menggunakan hak jabatan untuk kepentingan diri?

39

BerdisiplinBerdisiplin

Menjauhkan diri dari perkara yang melanggar peraturan jabatan.

Menjauhkan diri dari menyusahkan orang lain.

Menjauhkan diri dari menjatuhkan imej jabatan.

40

TanggungjawabTanggungjawab

Bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan.

Akauntibiliti pula bermakna bukan shj tanggungjawab tetapi sesuatu tindakan yang diambil bagi membetulkan keadaan.

41

TanggungjawabTanggungjawab Bertanggungjawab

diatas semua tindakan. Akui kesilapan dan cari

jalan penyelesaian. Kreatif Minta bantuan jika perlu Jangan tunggu hingga

nasi menjadi bubur Ambil langkah-langkah

pencegahan.

42

TekunTekun

Bekerja dangan bersungguh-sungguh Berusaha dangan gigih sehingga

mencapai tahap cemerlang. Seseorang yang tekun akan

menyiapkan tugasannya mengikut jadual yang ditetapkan.

Mereka akan mengutamakan tugas rasmi dari peribadi.

43

TekunTekun

Kenapa kita tidak berkeja bersungguh-sungguh?

Kenapa kita selalu berkira bila bekerja?

Kenapa kita bekerja kerana sesuatu?

44

TekunTekun

Apa yang kita rugi kalau kita bekerja dengan rajin?

Kalau kerja rajin, pastikan hasilnya memberi manfaat.

Sentiasa berusaha untuk memperbaiki hasil usaha kita.

Kayu ukurnya adalah ilmu.

45

BersyukurBersyukur

Bermaksud kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengakui sebarang nikmat tuhan dan berterima kasih kepadanya.

Ini membolehkan seseorang melipat gandakan usahanya kearah kecemerlangan.

Sifat ini juga akan menghapuskan sifat dengki dan tidak puas hati.

46

BermuafakatBermuafakat

Sifat bermuafakat akan mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

47

BertoleransiBertoleransi

Sikap bertoleransi adalah penting dalam menjalinkan kehidupan berharmoni sesama kaum.

48

Bersatu paduBersatu padu

Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat

49

BeretikaBeretika

Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

50

Tidak mementingkan Tidak mementingkan diri sendiridiri sendiri

Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri

51

Tiada Perasaan CurigaTiada Perasaan Curiga

Perasaan curiga tidak akan wujud dalam individu yang mengamalkan nilai-nilai murni

52

KesimpulanKesimpulan

Bagi setiap anggota, bekerjalah dengan mengamalkan nilai-nilai murni

Tolonglah mereka yang memerlukan khususnya pesakit, kerana suatu hari nanti kita pula akan menjadi pesakit.

Semailah slogan ini dalam hati; “Biarlah hidup kita ini memberi manfaat kepada orang lain”

53

Sekian Terima Sekian Terima KasihKasih

top related