negeri sabah · perubahan skim perkhidmatan operator wayarles kerajaan telah bersetuju meluluskan...
Post on 12-Feb-2021
15 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
NEGERI SABAH
[JPAN: C.C.111/93 Klt.14]
PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH BIL. 9/2007
SKIM PERKHIDMATAN BARUPERUBAHAN DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian Datuk/tuan/puan mengenai perkara yang tersebut
di atas dan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menerimapakai beberapa
keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan Perubahan Skim Perkhidmatan seperti berikut:
1 Januari 2007 Pekeliling PerkhidmatanBil.18 Tahun 2006
Perubahan Skim PerkhidmatanOperator Wayarles Gred N14/N11
4
}}}
Perubahan Skim PerkhidmatanPembantu Tadbir (P/O) GredN17/N22/N26
3
1 Julai 2007
}}} }} Pekeliling Perkhidmatan} Bil. 9 Tahun 2007}}
Perubahan Skim PerkhidmatanOperator Mesin Prosesan Data Gred F11/ F14
2
1 Julai 2007 Pekeliling PerkhidmatanBil.10 Tahun 2007
Perubahan Skim PerkhidmatanPembantu Tadbir (Kesetiausahaan)Gred N17/N22/N32
1
Tarikhkuatkuasa
Pekeliling PerkhidmatanPersekutuan
PerkaraBil.
1
-
1. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)GRED N17/N22/N32
1.1 Kerajaan telah bersetuju meluluskan perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu
Tadbir (Kesetiausahaan) dibawah klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran Dan
Sokongan berkuat kuasa 1 Julai 2007.
Skim Perkhidmatan ini mengubah syarat lantikan dengan meminda kederasan
mengambil trengkas daripada 60 p.s.m kepada 20 p.s.m dan menaip salinan
trengkas itu sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
1.2 Menggugurkan kelayakan Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM yang telah tidak
diteruskan dan memasukkan Kelayakan Diploma Kesetiausahaan daripada
Politeknik-Politeknik Tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dan
1.3 Perubahan Syarat Kenaikan Pangkat ke Gred N32 iaitu pindaan kederasan
mengambil trengkas daripada 100 p.s.m kepada 80 p.s.m
Skim Perkhidmatan Baru Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) - Lampiran A
Format Iklan Jawatan - Lampiran B
2. i. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESANDATA GRED F11/ F14
ii. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR GREDN17/N22/N26
Kerajaan telah bersetuju meluluskan Perubahan Skim Perkhidmatan Operator Mesin
Prosesan Data dan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir berkuatkuasa 1 Julai 2007.
Perubahan ini adalah disebabkan Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang
baru memperuntukkan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke
Perkhidmatan Pembantu Tadbir selain daripada Perkhidmatan Juruteknik Komputer.
Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data - Lampiran A
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - Lampiran A1
Format Iklan pengambilan - Lampiran B
Penghuraian tugas Operator Mesin Prosesan Data - Lampiran C
2
-
3. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR WAYARLES
Kerajaan telah bersetuju meluluskan perubahan Skim Perkhidmatan Operator Wayarles
berkuatkuasa 1 Januari 2007.
Skim Perkhidmatan Baru ini mempertingkatkan Syarat Lantikan daripada Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Skim Perkhidmatan dinaik taraf
ke Gred N17/N22/N26. Selaras dengan ini maka Skim Perkhidmatan diubah sewajarnya.
Skim Perkhidmatan Operator Wayarles - Lampiran A
Format Iklan - Lampiran B
Penghuraian Kerja - Lampiran C,C1,C2
Borang Opsyen - Lampiran E - E4
Borang Syarat Pertukaran Perlantikan - Lampiran E1
Jadual Gaji - Lampiran F1 - F2
Kaedah Pembayaran Gaji - Lampiran G1 - G5
3.1 PELAKSANAAN
Semua Pegawai dalam Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11/N14 yang
dilantik secara Tetap adalah layak diberi opsyen untuk ditukar lantik ke Skim
Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N17/N22/N26 yang diubah mengikut
syarat-syarat berikut:-
(a) Operator Wayarles Gred N11/N14 hendaklah memiliki kelayakan SPM atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) diperingkat sijil
tersebut, dan
(b) Operator Wayarles Gred N11/N14 yang tidak memiliki SPM akan diberi
kelonggaran syarat seperti berikut:-
i. Memiliki PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) tahun
pengalaman dalam Perkhidmatan Operator Wayarles atau
3
-
ii. Tamat darjah enam (6) sekolah penuh bantuan Kerajaan serta
mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam
Perkhidmatan Operator Wayarles.
iii. Operator Wayarles yang sedang berkhidmat tetapi belum layak
memenuhi syarat seperti diperenggan 3.1(a) dan (b) di atas akan
terus kekal berada dalam perkhidmatan asal secara KUP sehingga
memenuhi syarat-syarat tersebut. Tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasuk kira hendaklah dalam perkhidmatan Tetap tetapi tidak
termasuk tempoh Cuti Tanpa Gaji.
3.2 PEMBERIAN OPSYEN
i. Pihak Berkuasa Melantik melalui Ketua Perkhidmatan hendaklahmenawarkan opsyen tukar lantik kepada pegawai yang sedang berkhidmat
dalam Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11/N14.
ii. Pilihan opsyen adalah muktamad.
iii. Tempoh opsyen 30 hari dari surat opsyen dikeluarkan.
iv. Pegawai yang dianggap menolak opsyen adalah pegawai yang menolakopsyen, tidak membuat sebarang opsyen, gagal mengembalikan borang
opsyen tanpa sebab dan yang membuat opsyen dengan bersyarat mereka
akan kekal dalam gred jawatan dan skim perkhidmatan asal secara KUP.
v. Tawaran opsyen hanya kepada pegawai berjawatan tetap termasuk dalamtempoh percubaan dan dalam Skim Perkhidmatan Operator Wayarles serta
berada dalam Sistem Saraan Malaysia.
vi. Tawaran opsyen hendaklah diberi kepada pegawai yang berada dalamkeadaan berikut:-
a. Dipinjamkan atau ditukar sementara
b. Sedang bercuti
c. Tidak hadir bertugas semasa opsyen ditawarkan dan berkuatkuasa
d. Sedang dalam proses tindakan tatatertib
e. Sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman
buang kerja.
4
-
vii. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit kesalahandan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, tawaran opsyen
dengan sendirinya terbatal.
viii. Jika surat opsyen tidak dapat disampaikan termasuk kepada pegawai dalamkeadaan seperti dipara (iv) pihak berkuasa boleh menawarkan surat tawaran
opsyen dengan memberi tempoh 30 hari untuk buat pilihan, walaupun
tempoh opsyen telah tamat.
ix. Borang opsyen dan surat tawaran opsyen adalah seperti dalam LampiranE,E1,E2,E3 dan E4.
3.3 KAEDAH PERLAKSANAAN OPSYEN
a. Pihak Berkuasa Melantik
i. Menyampaikan opsyen kepada pegawai yang terlibat
b. Ketua Jabatan
i. Menyampaikan opsyen kepada pegawai.
ii. Memberi penjelasan terperinci mengenai opsyen dan implikasi keputusandibuat.
iii. Mengemaskinikan kenyataan Perkhidmatan dan kenyataan cuti pegawaiterlibat selaras dengan perubahan-perubahan.
iv. Menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, JabatanPerkhidmatan Awam Negeri untuk urusan pewujudan jawatan Operator
Wayarles Gred N17/N22/N26 dan pemansuhan jawatan di Gred N11/N14.
v. Melaksanakan Skim Perkhidmatan ini dalam tempoh 6 bulan danmelaporkan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi status
pelaksanaannya.
5
-
c. Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen
i. Membaca dengan teliti dan faham opsyen sebelum membuat keputusan.
ii. Opsyen adalah muktamad. Ketua Jabatan perlu dirujuk jika ada keraguan.
iii. Melengkapkan 2 borang opsyen iaitu 1 salinan untuk pegawai berkenaan.
iv. Buat pilihan sama ada menerima atau menolak opsyen dan mengembalikan
borang opsyen dalam tempoh 30 hari mulai tarikh tawaran.
3.4 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
3.4.1 Kaedah penetapan gaji permulaan bagi pertukaran pelantikan Skim Perkhidmatan
Operator Wayarles Gred N11,N14 ke Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred
N17,N22,N26 ditetapkan seperti berikut:-
a. Operator Wayarles yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh
kuatkuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi
berhampiran dengan matagaji gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) Gred
jawatan baru.
b. Operator Wayarles yang telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh
kuatkuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi
berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1)
yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di
gred Jawatan asal. Jika matagaji di P1 atau P2 gred Jawatan Baru tidak
dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas,
gaji boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya dan
c. Jika matagaji di Gred Jawatan Baru tidak dapat menampung gaji permulaan
yang ditetapkan mengikut prinsip-prinsip di atas, maka Jadual Gaji KUP
hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan
Perkhidmatan Awam Negeri.
6
-
3.4.2 Secara terperinci penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
dalam Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11,N14 ke Gred N17 adalah
ditetapkan seperti berikut:-
a. Operator Wayarles Gred N11 yang belum disahkan dalam perkhidmatan
tetapi telah memenuhi syarat seperti ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b)
hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir
di Gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1).
b. Operator Wayarles Gred N11 yang belum disahkan dalam perkhidmatan
serta belum memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b)
hendaklah dikekalkan secara KUP dalam Skim Perkhidmatan sedia ada.
Gaji mereka hanya akan diselaraskan ke matagaji tertinggi berhampiran
dengan matagaji akhir di Gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) sehari
selepas memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b).
c. Operator Wayarles Gred N11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan
telah memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b),
hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir
di gred jawatan asal mengikut Peringkat 1 (P1) yang jumlahnya tidak kurang
daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika matagaji di
P1 gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang
ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji permulaan bolehlah ditetapkan di
matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat 2 (P2) dan seterusnya di
Peringkat 3 (P3), jika matagaji P2 masih tidak dapat menampung gaji
permulaan yang ditetapkan.
d. Operator Wayarles Gred N11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetapi
belum memenuhi syarat seperti yang ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b),
hendaklah dikekalkan secara KUP dalam Skim Perkhidmatan sedia ada.
Gaji mereka hanya akan diselaraskan ke matagaji tertinggi berhampiran
dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) yang
jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan
asal, sehari selepas memenuhi syarat yang telah ditetapkan di perenggan
3.1 (a) dan (b).
7
-
e. Operator Wayarles Gred N14 yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan di
perenggan 3.1(a) dan (b), hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi
berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1)
yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred
jawatan asal. Jika matagaji di P1 gred jawatan baru tidak dapat menampung
gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji permulaan
bolehlah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat 2 (P2) dan
seterusnya di Peringkat 3 (P3), jika matagaji P2 masih tidak dapat
menampung gaji permulaan yang ditetapkan; dan
f. Operator Wayarles Gred N14 yang belum memenuhi syarat seperti yang
ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b), hendaklah dikekalkan secara KUP
dalam Skim Perkhidmatan sedia ada. Gaji mereka hanya akan diselaraskan
ke matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal
Peringkat 1 (P1) yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji
Biasa di gred jawatan asal, sehari selepas memenuhi syarat yang telah
ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b).
Jadual Gaji Matriks Gred N17,N22,N26 bagi Skim Perkhidmatan Operator Wayarles
adalah seperti di Lampiran F,F1 dan F2 manakala contoh kaedah penetapan gaji
permulaan pertukaran pelantikan adalah seperti di Lampiran G,G1,G2,G3,G4 dan
G5.
3.5 PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan gaji tahunan di gred jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai
dalam tahun pertukaran pelantikan dikuatkuasakan hendaklah diberi di gred jawatan
baru kecuali bagi pegawai yang belum memenuhi syarat seperti yang ditetapkan di
perenggan 3.1(a) (b).
8
-
3.6 TARIKH PERGERAKAN GAJI
Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) asal bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini
hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas
pelaksanaan pertukaran pelantikan ini. TPG baru ialah mulai 1 Januari berikutnya.
Bagi pegawai yang belum memenuhi syarat yang ditetapkan, TPG baru bagi tahun
berikutnya berubah pada 1 Januari selepas pegawai ditukar lantik ke Gred N17 Skim
Perkhidmatan Operator Wayarles.
3.7 ELAUN DAN KEMUDAHAN
Pegawai yang ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred
N17,N22,N26 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling
perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa.
4. PEMBATALAN SKIM PERKHIDMATAN SEDIA ADA
Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini maka:-
(i) Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa mulai 1
November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dibatalkan
dan diganti dengan Skim Perkhidmatan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini.
(ii) Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang berkuat kuasa melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005 dan Skim Perkhidmatan Pembantu
Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Bilangan 17
Tahun 2006 adalah dibatalkan dan diganti dengan Skim Perkhidmatan dalam
Pekeliling Perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2007 hendaklah
menggunakan Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang baru.
(iii) Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11,N14 yang berkuat kuasa pada 1
November 2002 melalui Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
hanya kekal untuk menampung pegawai yang belum memenuhi syarat seperti yang
ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b) serta pegawai yang menolak opsyen
pertukaran pelantikan ini.
9
-
5. PENUTUP
Pihak Datuk/Tuan/Puan dinasihatkan mengambil tindakan sewajarnya berikutan dengan
keputusan ini dan menyampaikan ke pengetahuan pegawai yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan skim-skim tersebut. Jika terdapat sebarang masalah, pihak Datuk/Tuan/Puan
bolehlah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Bahagian Pembangunan
Organisasi, untuk penjelasan lanjut.
Sekian, dan terima kasih.
[ SUKARTI BIN WAKIMAN ]Setiausaha Kerajaan Negeri
s.k. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,Bahagian Pembangunan Organisasi,Aras 7 - 8, Blok C2, Parcel C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P. PUTRAJAYA, MALAYSIA.
s.k. Setiausaha,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS,Peti Surat 10998,88811 KOTA KINABALU.
10
top related