morfologi

Post on 17-Jun-2015

16.446 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Asmah Hj Omar(1993), menyatakan morfologi Sebagai peninjauan linguastik yang menitikberatKan hubungan antara morfen-morfen dan varian Morfen.

Kamus Linguistik (1997), menjelaskan morfologi

ialah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan golongan kata.

Ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata.

KONSEP MORFOLOGI

Struktur kata – susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa

yang bermakna. Bentuk kata – rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau mempunyai proses pengimbuhan,penggandaan dan pemajmukan.

Penggolongan kata – merupakan penjenisan

berasaskan fungsi tatabahasa. Terdapat 4 golongan kata:Kata namaKata kerjaKata AdjektifKata Tugas

Terdapat 2 unit morfologi – morfem dan kata

Morfem – menurut Asmah Hj Omar(1993),ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna.Terbahagi kepada 2 iaitu morfem bebas danmorfem terikat.

Morfem bebas – boleh berdiri dengan sendiritanpa bantuan morfem lain dan mempunyaimakna yang lengkap.

Contoh: saya,kamu,kereta,rumah

Morfem terikat –tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain untuk berfungsi sebagai kata. Contoh:di,ter,ber,men,me-kan

berjalan

ber

jalan

Morfemterikat

Morfem bebas

i. Morfem Terikat Satuan- bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan bahagiannya.Terdiri daripada bentuk imbuhan awalan dan akhiran.

Contoh: tertidur tidak boleh ditulis ter tidur atau ter-tidur.

ii. Morfem Terikat Terbahagi: Morfem terikat yang strukturnya

dipisahkan atau dibahagikan oleh tersisipnya kata

dasar diantaranya.

Contoh:ke-…-an,per-…-an,me-…-an dan ber-..-an.

iii. Morfem Terikat Kompleks:- Merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih.- Melibatkan penggabungan yang hanya

berlaku pada awalan sahaja atau pada awalan dan akhiran. contoh:diper…kan diperdengarkan memper…i memperingati

Definasi – bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.

Terdapat 2 jenis kata tunggal iaitu mengandungi satu suku kata dan dua suku kata atau lebih.

Pola pembentukan dengan satu suku kata:KV ,VK , KVK , KKVK , KVKK, KKKV, KKKVK

Kata Tunggal Dua suku kata Pola pembentukan dua suku kata: V + KV V + VK V + KVK VK + KV Kata Tunggal Tiga suku kata: Pola pembentukan tiga suku kata: KV +V+KV KV +V +KVK V +KV + V KV + KV +V

Kata Tunggal Empat Suku kata dan lebih: Kebanyakan perkataan ini adalah kata

pinjaman.Contoh pola:KVK+KV+VK+KVKV+KVK+KV+KVKVK+KV+KV+KVKVK+KV+V+KV

Proses Pengakroniman Berlaku melalui proses pencantuman bunyi

–bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian- bahagian

daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru.

Proses penghasilan akronim:1)Gabungan Huruf Awal-ADUN,PLUS,ABIM2)Gabungan Suku Kata (Kata nama am)-

tadika,kugiran,cerpen3)Gabungan Suku kata{kata nama khas)-

Bernama,Intan,Petronas.

Menurut Nik Safiah Karim et al(2009)kata terbitan merupakan bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan,iaitu proses yang mengandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu:a)Imbuhan Awalan-Awalan Kata Kerja,Kata

nama,Awalan kata Adjektif.b)Imbuhan Akhiran – Akhiran Kata

Nama,Akhiran Kata kerja

c)Imbuhan Apitan- Apitan Kata nama,Apitan Kata kerja ,Apitan Kata Adjektif.

d)Imbuhan Sisipan- kata nama,kata adjektif

Contoh: kelengkeng,telunjuk,keruping,seruling

Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

Terbahagi kepada tiga iaitu:a)Rangkaian Kata Bebas-pasar raya,nasi

ayam,Ketua Menteri,Profesor Madya.b)Istilah Khusus- papan kekunci,lut sinarc)Simpulan Bahasa- hati batu,telinga kuali.d)Bentuk yang Telah Lengkap-

matahari,sukarela.

Proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar.

Tujuan-menghasilkan maksud jamak. Terdapat empat bentuk penggandaan iaitu:a)Penggandaan penuh-penggandaan

seluruh kata dasar sama ada berimbuhan atau tidak.

b)Penggandaan separa-proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

c)Penggandaan berentak- terhasil melalui proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.

Terbahagi kepada tiga:1)Penggandaan berentak pengulangan vokal contoh:hiruk-pikuk,gotong-royong.2)Penggandaan berentak pengulangan

konsonan. contoh:mandi-manda,bolak-balik.3)Penggandaan berentak bebas contoh:anak-pinak,saudara-mara.

d)Penggandaan Berimbuhan-proses menggandakan sesuatu kata dasar yang menerima apa –apa bentuk imbuhan.

TAMAT

top related