modul pss geografi persekitaran
Post on 14-Apr-2018
290 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 1/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MODUL PENGAJIAN SOSIAL
PSS3104
GEOGRAFI PERSEKITARAN
i
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada November 2009
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 2/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2009Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KementerianPelajaran Malaysia.
ii
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 3/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Cetakan Jun 2009Bahagian Pendidikan GuruSektor Pembangunan Profesionalisme KeguruanKementerian Pelajaran Malaysia
iii
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANGBERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHANGURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 4/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Falsafah Pendidikan Guru ii
Kata-Alu-aluan v
Panduan Pelajar vi
Pengenalan viii
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul ) ix
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 3: Sistem Fizikal dan Kaitannya dengan Manusia 1
3.1 Sinopsis 1
3.2 Hasil Pembelajaran 2
3.3 Kerangka Tajuk 2
Sub Tajuk 1 : Sistem Atmosfera 2
Sub Tajuk 2 : Hidrosfera 31
Sub Tajuk 3 : Litosfera 33
Tajuk 4: Geografi Manusia dan Kaitannya dengan AspekSosial dan Ekonomi
34
4.1 Sinopsis 34
4.2 Hasil Pembelajaran 34
4.3 Kerangka Tajuk 34
Sub Tajuk 1 : Sumber 35
Sub Tajuk 2 : Penduduk 38
Sub Tajuk 3 : Kegiatan Manusia dan PembangunanEkonomi
45
Sub Tajuk 4 : Perbandaran 63
Bibliografi 69
Panel Penulisan Modul 71
iv
KANDUNGAN
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 5/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Panel Pemurnian Modul 73
Lampiran A : Ikon 75
v
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 6/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
vi
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 7/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
vii
PANDUAN PELAJAR
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 8/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
viii
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 9/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Pengenalan
Modul ini disediakan dengan tujuan membantu pelajar-pelajar PGSR dalam mata
pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Tajuk yang dipilih untuk modul
pembelajaran kendiri ini ialah Sistem Fizikal dan Kaitan Dengan Manusia dan
tajuk kedua ialah Geografi Manusia dan Kaitan Dengan Aspek Sosial dan
Ekonomi. Kedua-dua tajuk ini merangkumi 15 jam (1 Kredit) pembelajaran. Di
samping itu tajuk Kemahiran Geografi (Alat mengukur unsur cuaca dan iklim) akan
dilaksanakan dalam bentuk Online Learning (OLL). Modul pembelajaran kendiri ini
menyediakan nota untuk membantu kefahaman para pelajar. Turut sama disediakan
ialah senarai bahan rujukan. Anda diminta merujuk bahan-bahan tersebut untuk
kefahaman yang lebih mantap. Selain itu, anda juga digalakkan membaca bahan
tambahan seperti majalah, jurnal, buku, dan internet. Aktiviti dan latihan juga
disediakan untuk menguji kefahaman. Dua aspek yang diberikan penekanan dalam
latihan di akhir setiap tajuk ialah pengujian kefahaman serta kemampuan
mengaplikasikan kefahaman anda.
Selamat belajar.
ix
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 10/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untukinteraksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil Tajuk / Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
JumlahJam
1 Kepentingan Geografi dalam KurikulumPengajian Sosial
• Kepentingan Geografi dalam kurikulum
sekolah
• Aspek ilmu dan kemahiran Geografi
dalam organisasi ruang dan kehidupan
manusia
• Geografi sebagai satu disiplin dalam
Pengajian Sosial
3 3
2 Kemahiran Geografi dan Kaitan denganOrganisasi Ruang (spatial ) dan KehidupanManusia
• Kemahiran Geografi
- Kedudukan (lokasi) dan kaitandengan ruang
- Skala dan jarak- Arah- Graf - Peta
• Alat mengukur unsur cuaca dan iklim dan
kemahiran menggunakan
- Jangkasuhu dan alat pelindungStevenson
- Tolok hujan- Barometer
- Higrometer - Penunjuk arah angin
9
OLL(5)
9
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna
x
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 11/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Bil Tajuk / Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
JumlahJam
- Anemometer
3 Sistem Fizikal dan Kaitan dengan Manusia• Pengaruh sistem atmosfera terhadap
perubahan bentuk muka bumi
• Interaksi sistem atmosfera dengan
kegiatan manusia
• Kesan proses semulajadi atmosfera ke
atas bentuk muka bumi
• Halangan-halangan unsur atmosfera
terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya
• Pengaruh sistem hidrosfera terhadap
perubahan bentuk muka bumi
• Interaksi sistem hidrosfera dengan
kegiatan manusia
• Kesan proses semulajadi hidrosfera ke
atas bentuk muka bumi
•Halangan-halangan unsur hidrosferaterhadap kegiatan manusia dan langkahmengatasinya
• Proses semulajadi dalam sistem
litosfera ke atas muka bumi
• Interaksi sistem litosfera dengan
kegiatan manusia
• Kesan proses semulajadi litosfera ke
atas bentuk muka bumi
• Halangan-halangan unsur litosfera
terhadap kegiatan manusia dan langkahmengatasinya
• Proses semulajadi dalam sistem
biosfera ke atas muka bumi
• Interaksi sistem biosfera dengan
kegiatan manusia
• Kesan proses semulajadi biosfera ke
atas bentuk muka bumi
3
6
9
xi
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 12/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Bil Tajuk / Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
JumlahJam
• Halangan-halangan unsur biosfera
terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya
4 Geografi Manusia dan Kaitan dengan AspekSosial dan Ekonomi
Penduduk dan sumber :
• Taburan dan kepadatan penduduk serta
faktor yang mempengaruhinya
• Hubung kait antara penduduk dansumber semula jadi
• Kegiatan Manusia dan Pembangunan
ekonomi
• Jenis kegiatan ekonomi
• Pelbagai kegiatan ekonomi yang
menyumbang kepada pembangunannegara
• Perkembangan bandar dari segi ruang,sosial dan ekonomi
• Hubung kait antara perkembangan
bandar dengan ruang
• Halangan-halangan dalam
perkembangan bandar dan langkahmengatasinya
9 9
1 Amali
Membincang Teknik-Teknik Pemetaan dalamGeografi
• Teknik Geografi
- Kartografi- Kuantitatif - Kualitatif - Remote sensing - GIS (Geographic Information System)
• Teknik kerja lapangan
- Map reading
6 6
xii
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 13/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Bil Tajuk / Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
JumlahJam
- Kecerunan cerun
2 Merancang Kerja Lapangan dalam Geografi
• Persediaan awal kerja lapangan
- Menentukan tempat, kewangan,keselamatan, pengangkutan, tempattinggal, makanan
- Kebenaran pihak-pihak yang terlibat- termasuk kebenaran ibu bapa
2 2
3 Menjalankan Kajian Luar Melalui Kaedah-Kaedah
• Pemerhatian
- Memerhati ciri-ciri fizikal dan manusiasecara mendalam di sesuatukawasan
- Memerhati ciri-ciri budaya berkaitandengan geografi kemanusian
• Temu bual
- Merancang item untuk ditemu bual- Melaksanakan temu bual dengan
responden- Merekod temu bual- Menganalisis temu bual
• Soal selidik
- Menyediakan soalan yang berkaitandengan masalah kajian
- Melaksanakan soal selidik- Menganalisis dapatan soal selidik
• Rujukan
- Menyediakan dan menyenarai
rujukan yang lengkap dari pelbagaisumber berkaitan kajian
• Pengukuran
- Mengenal pasti kawasan kajian yangboleh menggunakan kaedahpengukuran
- Menyediakan peralatan untuk kerjapengukuran
15 15
4 Memproses dan MempersembahkanMaklumat
• Pemeprosesan maklumat
7 7
xiii
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 14/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Bil Tajuk / Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
JumlahJam
- Mengkategorikan bahan-bahanverbatim (dari temu bual)
- Membina jadual daripada datamentah- Mengukur / mengira: jarak, bearing ,
keluasan, unsur-unsur cuaca- Melukis carta / rajah / grafik daripada
jadual- Melukis peta: melukis sendiri pelan,
peta lakar dan peta lain yangberkaitan
• Persembahan hasil / laporan
- Menyediakan carta bar, bi-polar
graphers, multi-factor , carta pai dangraf taburan
- Mentafsir maklumat – membuathuraian dan penjelasan tentangmaklumat yang dikaji
- Menganalisis maklumat- Merumus maklumat- Menyampaikan maklumat / dapatan
berbentuk penulisan
Contoh tajuk yang boleh dijalankan kajianluar:
- Dampak alam sekitar dari aktivitimanusia penempatan danperumahan, pengangkutan dankomunikasi, pertanian, perlombongandan perindustrian
- Aspek geografi fizikal dan budaya dikawasan kajian. Contoho Kaitan antara bentuk muka bumi
dengan kegiatan ekonomi,petempatan; kaitan iklim dengankegiatan ekonomi
JUMLAH 45 15 60
xiv
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 15/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
TAJUK 3SISTEM FIZIKAL DAN KAITANNYA DENGANMANUSIA
SINOPSIS
Salam sejahtera kepada para pelajar Pengajian Sosial. Tahniah! kerana
dapat dipertemukan sekali lagi dalam pengajaran melalui Modul. Kali ini
para pelajar akan diperkenalkan dengan mata pelajaran Geografi
Persekitaran (PSS3104). Saya harap bahan modul ini akan dapatmembantu para pelajar bagi memahami isi keseluruhan bagi kursus
Geografi Persekitaran. Untuk meneruskan pembacaan adalah diharapkan
para pelajar dapat mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari di
dalam pertemuan dengan pensyarah di kuliah yang lepas.
Dalam pengajaran kali ini, pelajar akan mempelajari berkaitan sistem
fizikal dan kaitannya dengan manusia. Antara sub tajuk yang terkandung
dalam tajuk ini ialah pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan
bentuk muka bumi (BMB), interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan
manusia, kesan proses semula jadi atmosfera ke atas BMB, halangan-
halangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya, pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan BMB,
interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses
semula jadi hidrosfera ke atas BMB, halangan-halangan ubsur hidrosfera
terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, proses semula
jadi dalam sistem litosfera ke atas BMB, interaksi sistem litosfera dengan
kegiatan manusia, kesan proses semula jadi litosfera ke atas BMB,
halangan-halangan unsur sistem litosfera terhadap kegiatan manusia dan
langkah mengatasinya.
1
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 16/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini
Sub Tajuk 1: Sistem Atmosfera
Struktur dan Kandungan Atmosfera
Para pelajar yang dihormati, tahukah anda apa yang dimaksudkan
dengan atmosfera? Apakah yang terkandung dalam atmosfera? Dan
bagaimana sistem atmosfera boleh mempengaruhi kehidupan manusia
• Pengaruh sistem terhadap BMB.
• Interaksi sistem dengan kegiatan manusia.
• Kesan proses semula jadi ke atas BMB.
• Halangan-halangan unsur terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya.
Sistem Fizikaldan Kaitandengan Manusia
Atmosfera Hidrosfera Litosfera
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan bagaimana hidosfera, biosfera,dan litosfera ini saling
berkaitan dan saling bergantungan antara satu dengan lain.
2. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadimemberi implikasi kepada manusia.
2
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 17/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
dan perubahan bentuk muka bumi?. Sekarang mari sama-sama kita
melihat dan mengkaji apa yang dimaksudkan dengan atmosfera.
Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi yang menampung
kehidupan di darat dan udara. Atmosfera mengandungi campuran gas-gas
nitrogen (78%), oksigen (21%), argon (0.3%), karbon dioksida (0.03%)
manakala selebihnya adalah gas-gas yang jarang ditemui seperti helium,
hidrogen, neon, dan xenon yang meliputi 0.01% bahagian atmosfera. Air
dalam atmosfera wujud dalam bentuk wap air, awan, hujan, hujan beku, hujan
batu, fros, kabus dan kabut. Selain itu terdapat zarah-zarah yang sukar dilihat
oleh mata kasar seperti abu, debu, jerebu, spora, bakteria, dan bahan
pencemaran yang lain. Semakin tinggi aras atmosfera dari permukaan bumi,
semakin nipis udara. Kandungan oksigen juga menjadi semakin kurang. Ini
menyebabkan manusia semakin sukar bernafas.
Atmosfera terbahagi kepada empat lapisan iaitu troposfera, stratosfera,
mesosfera, termosfera, dan
exosfera (Rajah 1).
Troposfera merupakan lapisan
atmosfera yang paling rendah
dengan permukaan bumi.
Tebalnya kira-kira 16 km; di
Khatulistiwa dan 10 km di kutub.
Jika kita yang berada di
permukaan bumi dan melihat ke
atas akan kelihatan awan dan
langit biru. Sebenarnya
gugusan awan yang berbagai
jenis itu berada di dalam
troposfera manakala kita
fahamkan sebagai biru itu
melampaui atmosfera bumi.
3
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 18/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Rajah 1: Lapisan atmosfera Segala fenomena cuaca seperti
ribut, awan mendung, petir,
hujan, jerebu (haze) itu
semuanya wujud dalam lapisan
troposfera.
Sekiranya anda biasa atau berpeluang menaiki jet, anda dapati jet terbang
pada tinjah (altitude) 16 000 hingga 30 000 meter supaya ianya bebas
daripada gangguan cuaca yang terdapat di lapisan troposfera. Lapisan yang
dilalui oleh jet itu adalah stratosfera (10 hingga 80 km dari permukaan bumi).
Di atas lapisan stratosfera ialah lapisan-lapisan mesosfera dan termosfera di
mana kepadatan udara semakin merosot.
Jadual 2: Lapisan Atmosfera dan Ketinggian
Konsep Cuaca dan Iklim
Cuaca dan iklim merujuk kepada fenomena sama, iaitu suhu, hujan, angin,
kelembapan udara di sesuatu tempat. Namun begitu dari segi tempoh masa
dan keluasannya adalah berbeza.
Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut
tempat dan masa. Misalnya cuaca di tempat A mungkin tidak sama dengan
tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Cuaca di
Lapisan Atmosfera Jarak / Ketinggian
Troposfera 0 hingga 10 km
Stratosfera 10 hingga 80 km
Mesosfera 80 hingga 402 km
Termosfera 402 hingga 996 km
Exosfera 997 ke atas
4
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 19/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
tempat A itu juga mungkin berbeza antara pagi, tengah hari, dan senja.
Manakala iklim pula adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh
yang singkat.
Iklim sebenarnya merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu,
hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan iklim meliputi skala
yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah. Oleh itu antara iklim
dan cuaca berbeza dari segi ruang dan masa. Cuaca dilihat dalaam tempoh
masa yang pendek dan ruang yang kecil manakala iklim dilihat dalam tempoh
masa yang panjang (35 tahun) dan ruangnya adalah luas.
Unsur-unsur Cuaca dan Iklim
1. Suhu. Suhu bermaksud darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinar matahari atau
bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya. Antara
sinar matahari yang sampai ke bumi ialah seperti sinar ultra unggu
Unsur-unsur Cuacadan Iklim
KerpasanKelambapan
udara
Angin Awan
Suhu
TekananUdara
5
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 20/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
(sinar lembayung), sinar infra red, sinar gamma dan juga sinar X. Sinar
matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infra
red . Apabila tenaga haba disesuatu tempat bertambah, maka udara di
dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.
Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan
alat Termometer Six. Termometer Six diguna untuk mencatat nilai suhu
maksimum dan nilai suhu minimum pada setiap hari.
2. Kerpasan. Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu
dan hujan beku. Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan.
Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi. Akibat
sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfera. Dengan
adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan
pencemar udara maka wap-wap air akan bercantum antara satu sama
lain, menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan atau
titisan air. Hujan disukat dengan menggunakan alat Tolok Hujan dan
dinyatakan dalam unit millimeter.
3. Kelembapan udara. Kelembapan udara merujuk kepada jumlah wap
air yang terdapat dalam udara. Berdasarkan kepada kandungan wap
air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering
(dry air ) dan udara lembap (wet air ). Kelembapan udara boleh
terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan
bandingan. Kelembapan mutlak ialah kandungan wap air yang
sebenarnya terdapat dalam udara pada suatu masa. Kelembapan
mutlak dinyatakan dalam unit gram semeter padu.
Kelembapan bandingan pula ialah nisbah jumlah wap air yang
sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air
yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu
tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan
dalam bentuk peratus. Kelambapan udara bandingan dapat disukat
dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi
termometer bebuli kering dan bebuli basah.
6
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 21/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
4. Awan. Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang
berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung-apung di
udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku
yang menyebabkan wap air terpeluap di atmosfera. Debu-debu,
bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada di dalam
atmosfera bertindak sebagai nukleus kondensasi yang akan menyerap
wap-wap air, lalu membentuk awan.
5. Tekanan udara. Tekanan udara merupakan tekanan yang dihasilkan
oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada aras laut, tekanan
udara normal ialah kira-kira 1.03 kg/cm² bagi setiap permukaan pepejalataupun cecair yang terdedah kepadanya. Tekanan udara akan
berubah-ubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan
apabila ketinggian bertambah dan kesannya berat udara juga akan
berkurangan. Tekanan udara disukat dengan menggunakan alat
barometer aneroid dan unitnya dalambentuk milibar (mb) 1 000 mb
bersamaan dengan 760 mm.
6. Angin. Angin adalah udara yang bergerak secara mendatar. Angin
bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara
rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu bertiup.
Sebagai contoh, angin monsun barat daya adalah angin yang bertiup
dari arah barat daya. Alat yang digunakan untuk menentukan arah
angin ialah penunjuk arah angin. Selain daripada arah tiupan, angin
juga boleh diukur kadar halaju atau kekuatannya. Alat yang digunakan
untuk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halaju
angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.
Latihan
Melalui pembacaan anda, lengkapkan perkaitan antara unsur-unsur cuaca.
7
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 22/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Unsur Cuaca Kaitan dengan Fenomena Cuaca dan Iklim
Suhu
Kerpasan
Kelembapanudara
Awan
TekananUdara
Angin
Fenomena Iklim dan Cuaca
Bumi ditetapkan suhunya pada keadaan yang sesuai untuk dihuni. Di
kawasan atas atmosfera terdapat lapisan tipis gas-gas yang melitupinya.
Gas-gas ini bertindak seperti rumah hijau, ataupun selimut tebal, lantas
memerangkap haba daripada terlepas ke angkasa lepas. Ini dikenali sebagai
kesan rumah hijau dan berlaku secara semulajadi sepenuhnya.
8
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 23/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Salah satu elemen terbesar dalam lapisan gas-gas rumah hijau ini ialah
karbon dioksida (CO2). Para saintis telah menyimpulkan bahawa jumlah CO2
dalam atmosfera adalah berhubung kait dengan keadaan cuaca dunia.Sebagai contoh, sekiranya dunia sedang berada dalam Zaman Ais ia adalah
bersamaan dengan keadaan yang CO2 secara relatifnya sangat sedikit dalam
atmosfera. Sebaliknya rekod cuaca menunjukkan bahawa sewaktu tempoh
panas secara relatifnya terdapat sejumlah besar CO2 dalam atmosfera.
Faktor Manusia (mempercepatkan perubahan iklim)
Pada awal 1700 Abraham Darby telah berjaya menyahkarbon daripada arang
batu lalu menukarkannya kepada ‘coke’ yang lantas memulakan revolusi
perindustrian. Sejajar dengan peredaran masa, kita mula membakar bahan
api fosil (arang batu, minyak dan gas) dalam kuantiti dan jenis yang lebih
banyak. Peradaban manusia sangat bergantung kepada bahan api berkenaan
bagi hampir setiap apa yang kita miliki dan lakukan dalam hidup.
9
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 24/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kehidupan di bumi adalah berasaskan karbon. Bahan api fosil merupakan
tinggalan tumbuhan, pokok dan haiwan yang telah lama mati serta sangat
kaya dengan karbon. Membakar bahan api fosil membebaskan CO 2 daripada
karbon yang sebelumnya terperangkap di bawah permukaan bumi.
Masalahnya ialah sewaktu kesemua tumbuhan dan haiwan mati dan tertanam
berjuta-juta tahun dahulu, iaitu sewaktu suhu di bumi adalah sedikit lebih
panas dari masa kini, ianya telah teperangkap bersama karbon. Sistem iklim
bumi (atmosfera dan lautan secara bersama) telah menjadi stabil pada suatu
kepekatan atmosfera bagi kandungan karbon dioksida. Melepaskan kesemua
karbon dioksida yang terperangkap tadi selama tempoh 250 tahun yang lalu
pada kadar yang semakin pantas telah menyahstabilkan iklim melalui
peningkatan kesan rumah hijau, yakni menjadikan bumi semakin panas.
Harus diingat bahawa bahan api fosil mengambil masa berjuta tahun untuk
memerangkap kesemua karbon berkenaan tetapi kita hanya mengambil
selama 250 tahun untuk membakar kebanyakannya dan membebaskan
begitu banyak sekali CO2.
Lebih banyakmaklumatberkenaanperubahan iklimboleh diperolehidi ClimaticResearch Unit,
School of EnvironmentalSciences,University of East Angliawww.cru.uea.ac.uk.
10
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 25/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Masa Hadapan
Walaupun perubahan iklim merupakan suatu proses semula jadi, akibat
daripada kekalutan industrialisasi, kita telah mengubah kadar semula jadi
perubahan dengan mempercepatkannya secara radikal. Kita telah tiba
kepada satu tahap yang kepekatan atmosfera bagi CO2 telah berubah
melepasi apa yang pernah disaksikan bumi selama ini.
Di luar negara, kesan perubahan iklim amat dirasai dengan perbezaan suhu
yang ketara dan tingkah laku iklim yang sukar diramal. Di United Kingdom,
sejak beberapa tahun yang lepas, suhu terpanas pernah direkodkan. Pada
musim panas tahun 2003, rekod kematian di seluruh Eropah meningkat
kerana cuaca panas melampau. Kejadian taburan hujan yang ekstrem
dijangka akan meningkat, mengakibatkan banjir yang semakin kerap bagi
berjuta penduduk. Musim panas pula diramalkan bertambah kering bagi
kebanyakan kawasan. Paras laut akan meningkat lebih tinggi lagi – tambahan
20 cm menjelang 2050.
Di Malaysia, kesannya kurang dirasai walaupun ianya wujud. Ini kerana kita
sudah terbiasa dengan keadaan hujan sepanjang tahun dan panas. Kejadian
banjir besar di Johor umpamanya merupakan kesan dari perubahan tekanan
udara di atmosfera yang menyimpangkan laluan tiupan taufan yang
membawa hujan. Peningkatan suhu di Malaysia diramalkan pada sekitar
0.18O°C dalam tempoh sedekad. Bagaimanapun kita harus lebih berjaga-
jaga kerana diramalkan variasi perbezaan hujan adalah di antara -30%hingga +30% dari keadaan sekarang. Ini bermakna jika berlaku kekurangan
hujan, kemarau akan berlaku dan lebihan hujan bermaksud banjir akan
berlaku. Kedua-duanya tidak baik untuk Malaysia terutamanya dari segi
sumber makanan iaitu sektor pertanian.
Perubahan-perubahan ini hanya merupakan suatu permulaan. Dengan bumi
semakin panas dan perubahan mula berlaku kepada ciri utama sistem iklim
11
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 26/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
dunia, seperti kepingan ais kutub yang mencair atau perubahan corak kitaran
lautan, kejutan luar jangka iklim yang pantas boleh terjadi.
Apa Yang Boleh Dilakukan?
Kita mempunyai tiga pilihan: Terus berkelakuan seperti biasa dan belajar
untuk menyesuaikan diri, mencari cara bagi menjuruterakan sistem Bumi,
atau kita boleh berhenti menggunakan tenaga berasaskan karbon.
Kita telah pun belajar untuk menyesuaikan diri, sebagai contoh dalam cara
kita menguruskan sesuatu kawasan pantai. Namun terdapat beberapa impak
perubahan iklim yang sangat sukar untuk disesuaikan. Bagaimanakah anda
menyesuaikan diri dengan kediaman anda yang dilanda banjir setiap musim
tengkujuh berbanding hanya sekali setiap 10 musim tengkujuh?
Bagaimanakah anda menyesuaikan diri apabila kediaman dan kehidupan
anda lenyap di bawah perut laut?
Beberapa buah fikiran telah dicadangkan untuk menjuruterakan sistem iklim
Bumi. Kaedah yang digelar projek geo-kejuruteraan termasuklah
menggunakan pembalikan di angkasa bagi memintas pancaran matahari;
menyuntik partikel membalik ke dalam bahagian atas atmosfera bagi
melakukan perkara yang sama; membaja lautan bagi meningkatkan bilangan
organisma yang boleh menyerap CO2; atau memerangkap karbon atmosfera
dan menanamkannya dalam ruangan bawah tanah yang dalam. Masalah
dengan penyelesaian-penyelesaian ini ialah ketidaktentuan terhadap cara ia
berfungsi – mereka mungkin bertindak dalam cara yang mengakibatkan
masalah lebih dahsyat berbanding masalah asal yang cuba diselesaikan.
Lebih banyak maklumat berkenaan impak perubahan iklim boleh diperolehi di Tyndall Centre for Climate Change Research - www.tyndall.ac.uk
12
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 27/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kita perlu belajar untuk hidup dengan kurang menggunakan bahan api fosil.
Kita akan terpaksa melakukannya sekalipun di masa hadapan kerana
sumber bahan api fosil adalah terhad. Adalah lebih wajar untuk kita
melakukannya sekarang.
Kita tahu yang kita perlu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 60% dalam
jangkamasa 50 tahun akan datang. Kita tahu yang kita mempunyai teknologi
yang boleh digunakan sekarang untuk mencapai matlamat ini. Kita tahu
bahawa terdapat teknologi, seperti penggunaan hidrogen sebagai bahan api,
yang bakal menjadi perkara biasa dalam beberapa dekad mendatang. Kita
mempunyai potensi untuk mengubah kebergantungan kepada bahan api fosil
dalam beberapa dekad mendatang dengan menggunakan sumber tenaga
yang boleh diperbaharui.
Para saintis sedang berusaha untuk mendapatkan cara terbaik bagi
menggunakan semua alat yang kita ada bagi mengurangkan penggunaan
bahan api berasaskan karbon. Teknologi baru rendah karbon yang
mana satukah yang benar-benar berfungsi dalam dunia sebenar?
Apakah tindakan yang boleh memberikan pengurangan terbanyak
pengeluaran CO2? Setakat manakah manusia dapat mengubah gaya
hidup untuk mencapai cabaran ini?
Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon
Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan dua fenomena
yang berbeza tetapi memberikan dampak yang sama ke atas alam sekitar
fizikalnya. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan
matahari oleh “lapisan selimut karbon dioksida” yang terbentuk di ruang
atmosfera. Manakala penipisan lapisan ozon pula merujuk kepada
terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen yang selama ini membentuk
lapisan akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan atmosfera (Rajah
2).
13
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 28/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Penipisan Lapisan Ozon Kesan Rumah Hijau
Ruang – berlaku di ruang atmosfera Ruang – berlaku di ruang atmosfera
Punca – akibat serangan CFCs dan
halon ke atas ikatan oksigen
Punca – akibat pengumpulan karbon
dioksida di udara
Mekanisme – sinaran UV memutuskanikatan CFCs dan atom klorin yangbebas memutuskan pula ikatan oksigendengan ozon-ozon menipis, lebihantenaga suria memasuki atmosferamenyebabkan pemanasan global.
Mekanisme – karbon dioksida bertindaksebagai lapisan penebat atmosfera,membenarkan bahangan suria masuktetapi menghalang pembalikan bahanganbumi. Haba terperangkap / pulau habadan pemanasan global.
Rajah 2: Perbezaan Konsep Kesan Rumah Hijau Dengan Penipisan
Lapisan Ozon
Punca-punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon.
Rajah 3: Punca-punca Penyebab Berlakunya Kesan Rumah Hijau dan
Penipisan Lapisan Ozon
Punca kesan rumahhijau dan penipisanlapisan ozon
PengangkutanUjian nuklear
PenyahutanPembakaranterbuka
Perindustrian
14
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 29/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Sektor perindustrian merupakan penyebab utama berlakunya kesan rumah
hijau dan penipisan lapisan ozon. Sektor perindustrian banyak membebaskan
chloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida,
metana, dan lain-lain telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan
lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Antaranya ialah industri
pencuci dan pelarut, industri pendingin udara, industri keluaran foam, dan
industri aerosol atau propellan.
Selain perindustrian, gas-gas rumah hijau juga dikeluarkan dari kenderaan
akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu
mengeluarkan mengeluarkan banyak karbon monoksida. Juga aktiviti
penyahutanan yang menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara.
Aktiviti pembakaran terbuka seperti di kawasan pelupusan sampah, di
kawasan pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi
seperti letusan gunung berapi, juga menyumbang kepada peningkatan karbon
dioksida di atmosfera.
Di kawasan kutub selatan khususnya di benua Antartika, lapisan ozon bukan
sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuk lubang-
lubang ozon (ozon holes). Ini adalah kesan daripada tindakan manusia yang
menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan
peluru berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh Rusia dan
Amerika Syarikat.
Latihan
Setelah anda membaca teks di atas cuba nyatakan apakah sebab-sebabberlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
15
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 30/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau
terhadap sistem alam sekitar fizikal.
Untuk pelajaran seterusnya, sekarang mari kita lihat apakah kesan fenomena
penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar
fizikal. Terdapat berbagai dampak atau kesan negatif yang boleh dilihat akibat
fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Antarnya ialah
pemanasan global. Peningkatan suhu berlaku di semua skala sama ada skala
mikro seperti pulau haba bandar atau skala makro meliputi indeks suhu
wilayah dan suhu benua. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas.
Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi maknawujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari. Input haba yang
terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang
dikeluarkan.
Kesan Ke Atas Sistem Geomorfologi
Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon akan menyebabkanpeningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal, pertambahan kadar
hakisan seterusnya boleh mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya
kawasan gurun panas. Pemanasan suhu dunia pastinya mempercepatkan
proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan
seterusnya memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.
Di kawasan gurun panas keadaan akan menjadi semakin kontang dan
gersang. Ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan
16
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 31/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan
saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan
pinggiran gurun (sub gurun), lama kelamaan kawasan gurun tersebut
semakin luas.
Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin yang
menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya
dinamakan sebagai fenomena “penggurunan” (desertification). Walau
bagaimanapun, fenomena penggurunan ini sebahagiannya juga disebabkan
penyahutanan oleh manusia di kawasan sepadan gurun untuk pelbagai tujuan
seperti pembukaan kawasan pertanian dan penternakan, namun secara
semula jadi, proses tersebut berlaku berpunca daripada pemanasan global.
Sebagai contoh hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun
Sahel, gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia, dan Gurun Gobi
sedang mengalami fenomena penggurunan ini.
Kesan yang paling besar ialah ke atas pencairan ais benua dan ais
pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua Antartika misalnya
sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana
pancaran matahari khususnya UV diterima oleh permukaan ais tanpa
halangan. Dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut,
meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar
hakisan oleh ombak.
Kawasan-kawasan pantai lebih cepat terhakis manakala kawasan-kawasan
yang pamah dan rendah seperti negara Belanda dan Bangladesh akan
mudah ditenggelami. Natijahnya daratan akan menjadi semakin kecil. Adalah
dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika yang setebal 1.6
kilometer itu mencair, maka seluruh benua Eropah akan tenggelam.
Begitu juga dengan litupan ais pergunungan tinggi seperti di puncak Everest,
Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Andes, Rocky, Cotopaxi dan lain-lain.
Peningkatan suhu dunia boleh mencairkannya, membentuk sungai-sungai
17
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 32/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
glasier yang besar dan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan
yang seterusnya mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing,
salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya yang berkaitan dengan proses
gerakan jisim di kawasan iklim sejuk.
Kesan Ke Atas Sistem Atmosfera
Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga turut tidak
terlepas daripada mengalami kesan akibat rumah hijau dan penipisan lapisan
ozon apatah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang atmosfera bumi.
Kesan terbaru yang boleh dibincangkan di sini ialah menggalakkan kejadian
El-Nino. Walaupu el-Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan
suhu dunia turut juga dialami oleh suhu lautan.
Kadar kanaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik akan menjadi lebih
cepat. Sebagai contoh antara September 1997 hingga Disember 1997, suhu
Lautan pasifik telah bertambah sebanyak 5 darjah celcius dari 25 menjadi 30
darjah celcius dan ia meliputi kawasan seluas 8 000 kilometer persegi.
Kenaikan suhu lautan Pasifik telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi
rendah.
Keadaan ini telah melemah, menggubah atau menghentikan tiupan angin
timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di bahagian barat pasifik
meliputi negara-negara Asia Tenggara. Sebaliknya hujan turun di tengah
Lautan Pasifik tidak seperti yang sepatutnya berlaku di daratan Asia
Tenggara. Natijahnya negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan
kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.
Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi
sekaligus menyebabkan pula jerebu sepertimana yang dialami di Indonesia
dan Malaysia pada akhir tahun 1997. Pada masa yang sama negara-negara
di timur lautan pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico, dan Brazil akan
mengalami ribut taufan, hujan lebat, dan banjir berikutan daripada perubahan
18
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 33/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
angin timuran yang menuju ke negara-negaranya. Pemanasan global yang
menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadian El-Nino itu telah berupaya
mengubah cuaca dunia dari kelazimannya menjadi tidak menentu dan amat
sukar diramal.
Pada skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global akan
menyebabkan kejadian pulau haba bandar. Dengan terbentuknya lapisan
”selimut karbon dioksida” di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan
tenaga matahari terperangkap. Selimut karbon dioksida tersebut
membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar.
Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan
memanaskan udara dalam bandar berkenaan. Oleh kerana suhu atau
kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir
atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan sebuah pulau
yang panas di bandar di kelilingi oleh suhu yang sejuk di luar bandar.
Rentetan daripada kejadian pulau haba juga akan mempercepatkan proses
sejatan dan kehilangan wap-wap air dalam atmosfera. Udara bandar akan
menjadi kering (dry air), situasi ini amat menggalakkan pembentukan jerebu
apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap, dan lain-lain
memenuhi ruang udara tersebut.
Contoh bandar-bandar utama dunia yang mengalami pulau haba adalah
seperti New York, London, paris, Tokyo dan sebagainya. Di Kuala Lumpur,
suhu di pusat bandar adalah tiga darjah celcius lebih tinggi berbanding
dengan kawasn pinggirnya seperti kawasan Gombak, Selayang, dan Baatu
Caves.
Di kawasan garis lintang tinggi seperti di tropika kering dan subtropika pula
akan meningkatkan kejadian kemarau dan kekontangan / kegersangan
sehingga imbangan antara sejatan dengan kerpasan menjadi negatif, iaitu
kadar sejatan melebihi daripada kadar hujan yang turun. Hujan mungkin turun
19
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 34/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
sekali sekala sahaja. Manakala di kawasan hawa sederhana seperti negara-
negara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh ke empat-empat
musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi. Pastinya musim panas lebih
panjang daripada musim bunga, luruh dan musim dingin.
Kesan Ke Atas Sistem Hidrologi
Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global dan akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran
hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripad sumber-
sumber sungai, tasik, kolam, dan proses transpirasi tumbuhan.
Ini kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan
dengan bekalan air yang ada misalnya daripada sumber hujan, embun,
kabus, kabut, dan lain-lain. Gangguan ke atas kitaran hidrologi
memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air
secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami
kekeringan air. Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan
manusia juga merasai bahananya.
Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mata air
dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan
akhirnya kawasan-kawasan tadahan tidak berfungsi lagi. Situasi ini sudah
pasti menganggu bekalan air yang tetap pada sungai, sungai juga akan
kekeringan air.
Di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering peningkatan suhu yang
berlebihan (keadaan kontang yang berlebihan) membolehkan garam-garam
galian dari dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir-hampir permukaan
bumi dalam bentuk larutan (air bercampur garam) menerusi daya tarikan
kapilari. Garam-garam galian ini seperti kalsium kerbonat akan ditinggalkan di
permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.
20
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 35/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akhirnya akan
membentuk lapisan yang keras dan kematu yang dikenali dengan berbagai
nama seperti hardpan, caliche dan duripan bergantung kepada
kepelbagaian jenis garam yang membentuknya.
Di kawasan iklim sejuk dan sederhana yang menerima pengaruh salji, proses
yang sebaliknya akan berlaku. Pemanasan global menyebabkan kuantiti
cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan mengalir
limpahkan seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah.
Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai
satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan (equalibirium)
sungai tersebut sudah tidak seimbang lagi. Input air yang berlebihan yang
terpaksa diterima oleh sungai menyebabkan pula luahan (discas) di bahagian
muara adalah juga berlebihan.
Latihan
Konsep Pencemaran Udara dan Jerebu
Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bahan pencemar udara
khususnya gas-gas rumah hijau. Pencemaran udara boleh didefinisikan
sebagai kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas,
Untuk mengingati kembali pelajaran lepas, cuba para pelajar nyatakan apakahkesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadapsistem alam sekitar fizikal .
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
21
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 36/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
bahan berbau, habuk, zarah, debu, dan sebagainya di dalam atmosfera yang
mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan
akhirnya boleh memberikan kesan negatif sama ada kepada manusia
tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan”. Bahan
pencemar udara ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama
seperti berikut:
• Zarah ( particulate matter )
• Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur sulfur
• Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur nitrogen
• Sebatian organik
• Karbon monoksida dan karbon dioksida
• Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur hologen
• Sebatian-sebatian berradioaktif.
Jerebu (haze) merupakan partikel-partikel (partikulat) terampai seperti debu,
asap, dan habuk di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Ia terbentuk di
dalam keadaan udara kering dan udaranya stabil yang menghasilkan satu
lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan.
Walaupun partikulat terampai menjadi penyumbang utama kepada masalah
jerebu tetapi terdapat juga komponen-komponen lain yang turut
memudaratkan lagi keadaan cuaca berjerebu seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, dan plumbum.
Di Malaysai tahap kualiti udara ditunjukkan oleh “The Malaysian Air Quality
Index (MAQI)” ATAU “Indeks Pencemaran Udara”. Skala indeks pencemaran
udara, tahap kualiti udara dan kesan kesihatan manusia dapat di lihat dalam
Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Skala indeks pencemaran udara, status kualiti udara dankesan kesihatan manusia
Skala Indeks IPU Status Kualiti Udara Kesan Kesihatan Manusia
22
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 37/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
0 - 50 Baik Tiada masalah kesihatan
51 - 100 Sederhana Kesan terhadap kesihatan minimum
101 - 200 Tidak sehat Gangguan ringan terhadap mereka
yang mempunyai masalah kesihatantertentu seperti asma dan alahan
201 - 300 Sangat tidak sihat Gejala pada orang yang berpenyakitparu-paru dan jantung adalahsederhana.
301 - 500 Berbahaya Pesakit paru-paru dan jantung akanmendapat serangan dan gejala denganmudah.
Toleransi senaman akan menurun
walaupun pada orang-orang yangsihat.
Lebih daripada501
Darurat bolehdiisytiharkan
Risiko ancaman nyawa pada merekayang berpenyakit, kanak-kanak danorang tua.
Sumber: Jabatan Kaji Cuaca
Punca-punca Jerebu dan Pencemaran Udara
• Punca Semula Jadi
i. Letupan gunung berapi seperti letupan Gunung Krakatoa dalam
tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, telah banyak
mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.
ii. Asap dan habuk dari kebakaran secara semula jadi seperti di
kawasan hutan akibat kilat / petir dan cuaca panas melampau.
Misalnya di kawasan padang rumput Savana yang kering.
iii. Tiupan debu atau ribut debu yang terdapat di kawasan gurun
yang tandus serta gersang yang terdedah kepada angin
kencang seperti kawasan gurun tropika. Misalnya layangan
habuk dan debu halus dari Gurun Gobi ke dataran utara di
Negeri China dan debu oren yang meliputi bandaraya
23
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 38/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Merlbourne, Australia datangnya dari gurun di kawasan tengah
Australia.
• Punca-punca Buatan Manusia
i. Sumber pembakaran bahan api. Sumber yang paling penting
ialah datangnya daripada stesen-stesen jana kuasa serta alat-
alat pembakaran bahan api yang lain termasuk dandang (boiler )
dann relau (furnaces). Sumber-sumber ini mengeluarkan sulfur
dioksida, nitrogen oksida, dan juga partikel-partikel halus.
ii. Sumber industri memproses. Sumber yang terpenting
termasuklan kilang simen, kilang logam kilang kimia, kilang
kuari, kerja-kerja yang berkaitan dengan batu-bata, seramik dan
asbestos. Selain daripada partikel-partikel terampai seperti
debu, habuk, zarah-zarah halus sumber pencemaran industri
juga merangkumi plumbum, kadium, raksa, hidrogen sulfida,
florida dan sebagainya.
iii. Sumber bergerak. Meliputi kenderaan bermotor yang
merupakan sunber utama pencemaran udara di kawasan
bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan
pencemaran seperti karbon monoksida, karbon dioksida,
plumbum, dan hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya
yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol
berplumbum.
iv. Bahan-bahan sisa bandaran. Meliputi amalan pembakaran
terbuka di kawasan-kawasan pelupusan sisa pepejal. Amalan
pembakaran ini khususnya oleh kerajaan tempatan akan
menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk, dan asap
toksid di samping gas-gas asid seperti hidrogen klorida.
v. Industri yang berasaskan kayu. Bahan-bahan buangan sisa
industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan
24
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 39/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar.
Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan
habuk terampai dibebaskan ke udara yang semuanya boleh
menambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan
jerebu (Jadual 4).
Jadual 4: Kandungan Jerebu dan Pencemaran Udara SertaSumber Pengeluarnya
Kandungan Jerebu danPencemaran Udara
Sumber Pengeluarnya
Parikulat terampai Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debuletusan gunung berapi, perlepasan asapkenderaan khususnya yang berkuasa disel sertalogi tenaga dan kilang.
Sulfur dioksida Letusan gunung berapi, logi tenaga, industria berat
dan enjin disel.
Karbon monoksida dan karbon Logi tenaga, industri menggunakan dioksida bahanapi fosil, sumber kenderaan bergerak khususnyayang menggunakan minyak disel dan berplumbum.
Nitrogen dioksida Logi tenaga, industri berat dan kenderaanbermotor.
Plumbum Industri tertentu dan cat yang berasaskanplumbum serta sumber kenderaan.
25
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 40/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kesan-kesan Pencemaran Udara dan Jerebu
Terdapat banyak kesan negatif akibat pencemaran udara dan jerebu sama
ada terhadap manusia secara khusus atau persekitaran fizikal amnya.
Partikulat-partikulat terampai dalam udara boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Di
samping boleh mengubah cuaca tempatan, menjejaskan kualiti air (hujan
asid), mengotorkan bangunan dan mengurangkan jarak penglihatan yang
boleh membantutkan pula kegiatan ekonomi sekiranya ia sampai ke tahap
merbahaya dan kritikal.
Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan beberapa komponen di dalam jerebu
boleh membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia (Jadual 5).
Jadual 5: Kesan Setiap Komponen Utama Dalam Jerebu Ke AtasKesihatan Manusia
Komponen Utama Jerebu Kesan Ke Atas Kesihatan Manusia
Karbon monoksida Melemahkan pengecutan jantung sertamerendahkankan jumlah oksigen yang dibawa olehdarah. Mengurangkan keupayaan beriadah danmemberhaya bagi pengidap penyakit jantung yangkronik.
Sulfur dioksida Meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia adaterutamanya bronkitis. Menganggu saluran
pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.
Nitrogen dioksida Merangsang hidung dan tekak terutamanya yangmengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakitmelalui udara.
Plumbum Merosakkan sistem saraf dan otak.
Partikulat terampai Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung,mengubah ketahanan badan melawan bahan yangdisedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanyayang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.
26
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 41/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kesan jerebu ke atas persekitaran ialah boleh mengurangkan jarak
penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang
ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerak cahaya matahari
yang dikenali sebagai serakan Mie. Jarak penglihatan bergantung kepada
kebolehan mata untuk melihat objek atau mengenalinya kerana objek akan
berada dalam keadaan yang berbeza pada latar belakang yang berbeza. Ia
juga bergantung kepada pemindahan haba dari atmosfera.
Apabila sesuatu objek tidak dapat dibezakan dengan latarbelakangnya maka
pandangan menjadi kabur. Keupayaan mata untuk melihat semakinberkurangan akibat halangan dari penyerapan dan penyerakan partikulat-
partikulat terampai di dalam udara. Pengurangan jarak penglihatan membawa
masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan
menganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran
perjalanan darat.
Risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar.
Jerebu juga memberi kesan negatif kepada sektor pertanian. Selimut jerebu
telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi
membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Kesannya
tumbesaran tumbuhan, pendebungaan, penghasilan buah berkurangan.
Unsur-unsur dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh
memusnahkan tumbuhan semula jadi seperti unsur fluoridan. Kesihatan
haiwan juga akan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-
tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu,
kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa
keracunan makanan.
27
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 42/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan
sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Partikulat terampai
terutamanya yang mengandungi unsur sulfur dan nitrogen boleh bertindak
sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam
udara bercantum dan membesar bersama-samanya turun sebagai hujan
asid. Hujan asid ini boleh merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus menganggu
keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan
dan ekosistem muara. Hujan asid juga boleh melunturkan warna bangunan,
mempercepatkan pengkaratan dan menganggu kesihatan manusia.
Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu Dan Pencemaran Udara
• Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih
udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan dengan cara
menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awan
komulusnimbus. Larutan garam bertindak sebagai nukleus kondensasi
menarik wap-wap air dalam awan bagi tujuan mempercepatkan
pembentukan hablur air.
• Mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan
orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang kaedah
tebang dan bakar secara tidak sah.
• Pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. Orang ramai
digalak menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta untuk
ke tempat kerja
• Menggunakan sumber tenaga alternatif untuk mengganti petrol dan
disel seperti tenaga biomass, tenaga hidro, solar dan lain-lain.
• Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa tindakan drastik bagi
menangani masalah jerebu sekiranya indeks IPU mencapai ke tahap
tidak sihat antara (101-200). Langkah-langkah drastik tersebut ialah:
28
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 43/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
(a) Meningkatkan kadar bayaran letak kereta di kawasan bandar,
mengurangkan tambang pengangkutan awam, dan mewajibkan
perkongsian kereta.
(b) Mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan semua
kawasan kuari menggunakan alat pemancut air untuk
mengurangkan debu, manakala industri yang mengeluarkan
bahan terampai seperti wap air dan sebatian organik mudah
terpeluwap (VOC) mengurangkan pengeluaran bahan tersebut.
(c) Menutup sekolah serta menghadkan kemasukan kenderaan
persendirian ke pusat bandar terutama di Lembah Klang apabila
IPU mencapai tahap bahaya.
• Peraturan dan kaedah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan
satu langkah awal yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Semua
projek khususnya industri yang hendak dijalankan mestilah terlebih
dahulu menyediakan satu laporan kajian empirikal mengenai
kemungkinan kesan yang akan timbul terhadap alam sekitar yang
berpunca daripada pelaksanaan projek tersebut.
• Penentuan tentang zon sempadan (buffer zones) di antara kawasan
industri dengan kawasan perumahan juga telah ditetapkan. Jelas
sekali kawasan industri tidak boleh bercampur aduk dengan kawasan
kediaman. Zon sempadan mempunyai kelebaran antara 200 meter
hingga tiga kilometer bergantung kepada jenis-jenis industri yang
hendak dilokasikan. Di dalam kawasan sempadan tersebut perlu
dikekalkan dengan tumbuhan asal atau jika tidak ada ia perlu ditanam
dengan pelbagai jenis tumbuhan.
• Perancangan penempatan sesuatu jenis industri juga mesti mengambil
kira aspek topografi sesuatu kawasan. Lokasi sesebuah kilang yang
berpotensi mengeluarkan bahan pencemar yang banyak seperti kilang
kelapa sawit dan getah tidak digalakkan diletakkan di kawasan tanah
rendah yang biasanya mengalami tiupan angin lemah ataupun ulangan
29
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 44/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
kejadian olak suhu yang tinggi. Ini kerana angin lemah tidak mampu
menyerakkan atau memindahkan bahan-bahan pencemaran tersebut
ke kawasan yang lebih jauh untuk dibersihkan oleh udara yang lembap
atau hujan.
• Bagi mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh
sumber kenderaan kereta motor, langkah-langkah berikut boleh
diambil:
(a) Menggantikan enjin dua lejang untuk motorsikal dengan enjin
empat lejang. Enjin dua lejang sebenarnya mengeluarkan lebih
banyak bahan hidrokarbon tidak terbakar dan karbon monoksida jika dibandingkan dengan enjin empat lejang.
(b) Menggurangkan penggunakan bahan bakar enjin berplumbum
untuk kenderaan dengan menggantikannya kepada petrol tanpa
plumbum.
(c) Menggantikan kenderaan bermotor yang lama kepada yang baru
dengan menggunakan suntikan bahan api yang lebih mesra alamseperti menggantikan kenderaan enjin disel kepada enjin yang
menggunakan gas asli.
(d) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas,
komuter, transit aliran ringan (LRT) di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur.
(e) Merealisasikan kempen berkongsi kereta terutamanya di bandar besar.
• Bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka, beberapa langkah
boleh diambil misalnya mengekalkan larangan sebarang bentuk
pembakaran terbuka.
• Dalam konteks pelupusan sisa pepejal pula alternatif lain haruslah
difikirkan dan tidak semestinya dilupuskan melalui pembakaran
30
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 45/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
semata-mata. Antaranya ialah dengan cara menimbus ke dalam tanah,
menjadikannya sebagai baja kompos di samping mengitar semula
sisa-sisa pepejal yang terbuang yang mungkin boleh diguna-pakai lagi.
Aktiviti
Setelah membaca beberapa bahan bacaan yang dicadangkan. Cuba anda
isikan pengurusan grafik di bawah untuk mendapat kefahaman yang lebih
tekal.
Apakah langkah-langkah untukmengatasi rumah hijaudan penipisan lapisanozon.
31
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 46/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Sub Tajuk 2: Sistem Hidrosfera
Hidosfera terdiri daripada air di lautan, tasik sungai, air bawah tanah dan ais
termasuk ais apung (iceberg ). Kebanyakkan daripada air tertumpu di lautan
yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Purata
kedalaman lautan ialah 3 790 meter.
Ais apung (iceberg ) juga merupakan pembekal kepada air tawar dunia.
Tahukah anda kadar pencairan ais apung di kedua-dua kutub pada ketika ini?
Apa akan terjadi sekiranya ais apung terus mencair?
Tahukah anda di mana letaknya poin yang paling dalam di lautan? Poin yang
paling dalam ialah Chalengger Deep yang dalamnya ialah 11 033 meter di
bawah paras laut. Air wujud sebagai wap air, cecair dan pepejal.
Kebanyakkan wap air terdapat di atmosfera. Lautan menyimpan kebanyakan
32
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 47/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
air dalam bentuk cecair. Air masin terdiri daripada 97.2 peratus air di dunia,
manakala air tawar hanya 2.8 peratus.
Air yang terdapat dalam atmosfera adalah penting. Air tersebut menampung
semua organism alam hayat. Ia bukan sahaja membekal air kepada manusia,
binatang dan tumbuhan tetapi juga memain peranan dalam proses luluhawa
(weathering ) dan hakisan. Selain daripada iti air lautan dapatmenyederhanakan cuaca dan iklim benua.
Latihan
Sub Tajuk 3 : Sistem Litosfera
Litosfera ialah lapisan bumi yang paling luar. Ia hanya meliputi 30 peratus
permukaan bumi. Lapisan ini terdiri daripada kerak bumi dan sebahagian
daripada mantel atas. Litosfera berada sekitar 100 hingga 800 meter daripada
paras laut. Gunung Everest (8 848 meter) merupakan puncak paling tinggi di
dunia, manakala pantai Laut Mati (Dead Sea) pula adalah tanah paling
rendah. Ia berada 396 meter di bawah paras laut. Batuan yang terdedah
Jika Gunung Everest dan Challengger Deep diselarikan pada satu garisan, jarak
maksimum di antara kemuncak gunung dan dasar laut ialah _________ meter.
Nyatakan apakah sebab berlakunya pencemaran air?……………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………………………….…..
……………………………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………..……………………………………………………………………………………………………..
33
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 48/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
daripada tindakan luluhawa akan menghasilkan tanih. Litosfera penting
kerana:
• Tanih diperlukan untuk bercucuk tanam dan membekalkan nutrien
kepada tumbuhan semula jadi.
• Litosfera kaya dengan pelbagai mineral yang dilombong untuk
kepentingan manusia.
• Tanih menjadi habitat pelbagai hidupan liar.
TAJUK 4GEOGRAFI MANUSIA DAN KAITAN DENGAN ASPEKSOSIAL DAN EKONOMI
Sinopsis
Tajuk ini memperkenalkan konsep Geografi Manusia serta kaitan dengan
persekitarannya. Penekanan adalah kepada proses-proses interaksi manusia
dengan sumber semulajadi, konsep kependudukan yang mempunyai kaitan
dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi. Tumpuan juga terhadap aspek
pembangunan yang berhubung kait dengan aspek ruang, sosial serta
ekonomi semasa dan akan datang. Modul ini diharap dapat membantu
pelajar mendapat pemahaman dan kesedaran yang lebih baik terhadap
kursus ini.
34
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 49/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini
Sub Tajuk 1: Sumber
Sumber mempunyai pengertian yang amat luas. Ia boleh ditakrifkan sebagai
semua bahan yang bermanfaat dan berguna kepada manusia. Tanggapan
terhadap sumber sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan manusia
berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain dan juga melalui
masa. Bahan yang dianggap sebagai sumber oleh sesebuah masyarakat itu,
tidak semestinya merupakan sumber kepada masyarakat lain. Begitu juga
dengan bahan yang tidak dianggap sebagai sumber pada suatu ketika
dahulu, kini sudah menjadi sumber penting kepada keperluan manusia.
Perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti perubahan
dalam teknologi, ekonomi, politik, institusi, amalan sosial dan juga masa.
Ketiadaan teknologi canggih pada suatu ketika dahulu telah menyebabkan
banyak sumber semula jadi tidak dapat ditemui dan diterokai. Ketiadaan
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan Geografi Manusia dan kaitannya dengan aspeksosial dan ekonomi.
2. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadimemberi implikasi kepada manusia.
35
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 50/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
teknologi canggih sedikit masa dahulu menyebabkan banyak bahan sisa atau
buangan tidak dikitar semula. Kini, kertas, surat khabar,kotak kertas,tin
aluminium bekas minuman, barangan plastik seperti komponen kereta dan
sebagainya telah dapat diguna semula melalui proses kitar semula. Di
sesetengah negara maju, sampah-sarap tidak lagi dibakar secara terbuka
atau dilonggokkan di tempat pelupusan sampah. Tetapi dijadikan sebagai
bahan bakar untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Begitu juga dengan habuk
gergaji yang satu ketika dahulu dibuang begitu sahaja, kini dijadikan bahan
mentah dalam perusahaan perabot.
Secara umumnya sumber terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Rajah 6: Jenis-jenis Sumber
Aktiviti
36
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 51/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Sumber Alam
Sumber alam atau sumber asli terbentuk secara semula jadi dan
pembentukannya mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya
pembentukkan petroleum mengambil masa berjuta tahun lamanya. Antara
contoh lain semula jadi ialah air, udara, mineral, hutan, dan tanah. Sumber
alam amat berguna kepada manusia kerana tanpanya kita tidak dapat
memenuhi keperluan kita yang pelbagai.
Sumber alam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
Rajah 7: Kategori Sumber Alam
AKTIVITI r Rajah 8: Kategori Sumber
Latihan
37
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 52/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Keinginan manusia untuk terus maju dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
pencapaian ekonomi negara menyebabkan banyak sumber baharu diterokai.
Ini menyebabkan pergantungan dan saling kaitan manusia dengan sumber
bertambah kuat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa teknologi ialah
pemangkin kepada perubahan tanggapan terhadap sumber dan ini dipercepat
lagi dengan kemampuan ekonomi. Teknologi pengairan yang maju dan
ekonomi yang kukuh telah menampakkan beberapa buah kawasan kontang
yang terbiar suatu ketika dahulu di beberapa negara di Timur Tengah kini
telah menjadi kawasan tanaman yang maju lagi produktif.
Sub Tajuk 2 : Penduduk
Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk
Taburan penduduk bermaksud sebaran atau tompokkan penduduk di sesuatu
kawasan samada ianya padat, sederhana dan kurang penduduk. Taburan iniadalah tidak sama antara sebuah Negara, negeri atau kawasan dengan
Negara, negeri dan kawasan lain.
Peta 1 : Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kawasan
1. Jelaskan definisi jenis-jenis sumber.
2. Nyatakan contoh bagi setiap kategori jenis sumber.
3. Senaraikan kepentingan jenis-jenis sumber kepada manusia.
38
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 53/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Mengumpul Maklumat
Berdasarkan taburan penduduk dunia, kenal pasti kawasan-kawasanmengikut kepadatan
Taburan Penduduk Kawasan
Kawasanberpenduduk Padat
Kawasan sederhana
Padat
Kawasan Kurang Penduduk
39
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 54/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Peta 2: Taburan penduduk Asia Tenggara mengikut kawasan
Mengumpul Maklumat
Berdasarkan taburan penduduk Asia Tenggara, kenal pasti kawasan-kawasan mengikut kepadatan.
Taburan Penduduk Kawasan
Kawasanberpenduduk Padat
Kawasan sederhanaPadat
Kawasan Kurang Penduduk
40
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 55/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Peta 3 : Taburan Kepadatan Penduduk Malaysia Mengikut Kawasan
Mengumpul Maklumat
Berdasarkan taburan penduduk Malaysia, kenal pasti kawasan-kawasanmengikut kepadatan.
Taburan Penduduk Kawasan
Kawasanberpenduduk Padat
Kawasan SederhanaPadat
Kawasan Kurang
Penduduk
41
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 56/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Rajah 9: Faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk
Pertumbuhan Penduduk
Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam
erti kata yang meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu
kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau
positif. Kadar pertumbuhan penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam
pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak
diperoleh, dianggarkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk bertambah
dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun
1920 dan sejak tahun itu penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970,
kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.0 peratus setahun. Pertumbuhan
tahunan penduduk dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta orang dan
sekiranya kadar ini berterusan, penduduk dunia akan bertambah enam kali
ganda dalam jangka masa 100 tahun. Menjelang tahun 2025 dianggarkan
penduduk dunia berjumlah 8.5 bilion orang.
42
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 57/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Namun begitu tidak semua benua mengalami arah alir kadar
pertumbuhan penduduk yang sama. Kadar pertumbuhan
penduduk yang mendadak dan pesat banyak dialami oleh
benua Asia dan benua Afrika. Trend petumbuhan di benua
Asia merupakan separuh daripada pertumbuhan penduduk
dunia.
Perbincangan
Kadar pertumbuhan penduduk adalah merujuk kepada satu angka yang dapat
menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk samada pesat, perlahan,
static atau berkurangan di sesebuah Negara pada sesuatu masa tertentu.
Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Contohnya kadar
pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 2.3% atau per
1000 = 23/1000 orang penduduk. Negara sedang membangun biasanya
mencatat kadar pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan
Negara lebih maju.
Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar
b) Pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara
imigrasi dengan emigrasi
Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan
menggunakan formula:
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia
Kenapa benua AsiaMengalami pertumbuhanpenduduk yang begitupesat? Negara manakahpertumbuhannya palingpesat?
43
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 58/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semulajadi + kadar
migrasi bersih
Kadar pertumbuhan semulajadi = Peratus kadar kelahiran – Peratus kadar kematian
Pertumbuhan = Jumlah kelahiran – jumlah kematian x 1000penduduk Jumlah penduduk
Kadar kelahiran = Jumlah kelahiran dalam setahun x 1000Jumlah penduduk
Kadar kematian = Jumlah kematian dalam setahun x 1000Jumlah penduduk
Migrasi bersih = Migrasi masuk - Migrasi keluar
Latihan
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia
1. Kira kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2001 sekiranya
jumlah penduduk 22 845 200 orang, bilangan kelahiran = 670 450 orang dan bilangan kematian 115 250 orang.
2. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di
44
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 59/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Hubung kait Antara Penduduk dan Sumber
Aku nak Tanya kau sikit, kaurasa mana penting antaramanusia dengan sumber
alam.
Entahlah,sama-samapenting kot
45
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 60/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Manusia sebagai pengguna kepada sumber semulajadi akan cuba
menggunakan pelbagai cara terhadap alam sekitar. Seringnya manusia akan
bertindak terhadap apa jua sumber seperti tanah-tanih, air, hutan, air dan
sebagainya. Penerokaan terhadap kepelbagaian sumber ini secara tidak
langsung telah mewujudkan pengubahan ke atas sistem alam sekitar fizikal
yang memberi impak ke atas alam sekitar. Sejak bermulanya manusia,
sumber merupakan sesuatu yang amat penting, tanpa sumber alam, manusia
tidak dapat meneruskan kehidupan begitu juga dengan pembangunan
ekonomi, tanpa sumber yang mencukupi pembangunan ekonomi sesebuah
Negara akan terbantut. Sumber mempunyai pelbagai kepentingan kepada
manusia, contohnya sumber air. Sumber air sangat penting bagi kegunaan
domestik, pertanian, perindustrian, kuasa hidroelektrik, pengangkutan,
sumber makanan dan protein serta sebagainya
Sub Tajuk 3: Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi
Pembangunan ekonomi adalah melibatkan pelbagai kegiatan manusia yang
meliputi sektor pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan,
perindustrian dan perkhidmatan Adakah anda fikir negara kita akan berada di
tahap ini sekiranya sektor-sektor tersebut tidak diuruskan dengan baik?
Setiap sektor ini sebenarnya mempunyai isunya yang tersendiri. Fokus
pertama dalam topik ini adalah berkisarkan sektor pertanian, perikanan dan
perhutanan. Aspek-aspek yang akan dibincangkan ialah ciri-ciri, isu dan
masalah, dampak terhadap sumber dan alam sekitar dan kajian kes di
Malaysia. Fokus kita yang kedua pula adalah terhadap kedudukan industri
perlombongan dan jenis industri dalam ekonomi negara-negara dunia,
perubahan penggunaan sumber tenaga dan mineral kerana faktor penduduk,
teknologi, ekonomi dan sosial dan dampak perlombongan dan perindustrian
terhadap alam sekitar. Seterusnya kita akan membincangkan jenis-jenis
46
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 61/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
industri perkhidmatan dan sumbangan kepada ekonomi negara serta proses
perbandaran.
Perbincangan
Anda dikehendaki membuat pembacaan dan nota ringkas tentang elemen-
elemen yang dinyatakan bagi setiap jenis kegiatan ekonomi dibawah.
Rajah 10: Jenis Kegiatan Ekonomi
Pertanian, Perikanan dan Perhutanan
Pertanian, perikanan dan perhutanan merupakan antara aktiviti ekonomi
utama dalam sektor primer. Pertanian dijalankan menggunakan sumber tanah
yang subur, perikanan menangkap sumber hidupan akuatik marin dan
perhutanan pula mengeksploitasi kawasan hutan. Kemajuan dan
perkembangan aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber alam yang berkaitan hingga ke satu tahap kehabisan atau kepupusan.
Ciri-ciri, Isu dan Masalah Pertanian, Perikanan dan Perhutanan
(a) Pertanian
Sebelum revolusi perusahaan, lebih kurang 90% daripada penduduk dunia
adalah petani. Pada masa itu, pertanian merupakan sumber pendapatan
47
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 62/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
utama penduduk. Pada zaman ini, hanya di kawasan Tropika sahaja masih
terdapat ramai penduduk yang masih terlibat dalam bidang pertanian.
Contohnya seperti di Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Kemboja. Di
Malaysia, pertanian melibatkan aktiviti menghasilkan tanaman dan juga
ternakan.
Jenis-jenis Sistem Pertanian
Terdapat empat jenis sistem pertanian yang dijalankan disesebuah negara.
Rajah 11: Jenis-jenis Sistem Pertanian
Pertanian Pindah
Pertanian pindah juga dikenali sebagai pertanian sara diri. Pertanian pindah
biasanya dijalankan di kawasan pedalaman di lereng-lereng bukit terpencil
atau di tanah-tanah tinggi. Pertanian ini dikenali dengan pelbagai nama
mengikut Negara. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara 0.5 - 1.0 hektar.
Jenis tanaman yang sering di tanam adalah tanaman yang kaya dengan
karbohidrat seperti sekoi dan jagung. Pelbagai cara seperti gabungan
48
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 63/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
kegiatan memburu dan memungut disertai dengan penanaman pelbagai
tanaman berubi dan bijirin diusahakan. Hasil pertanian adalah untuk
keperluan petani dan keluarganya sahaja. Jika ada lebihan, hasil tersebut
akan ditukarkan dengan keperluan lain seperti parang dan cangkul. Kerja-
kerja menanam adalah primitif dan menggunakan alat mudah seperti tugal.
Pertanian Sara Diri Intensif
Pertanian ini dijalankan secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan
lebihan hasil akan dijual. Jenis pertanian ini adalah lebih maju berbanding
dengan pertanian pindah. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara satu
hingga 1.5 hektar sahaja. Namun begitu, hasil pengeluaran setiap unit tanah
adalah agak tinggi. Pertanian ini merupakan sistem pertanian yang paling
maju di Asia seperti di Negara Vietnam, Thailand dan Malaysia. Pertanian ini
terdiri daripada tanaman monokultur iaitu penanaman padi sawah sahaja di
atas tapak yang sama tetapi berbeza dari segi musim dan tanaman
multikultur iaitu tanaman padi sawah dengan tanaman jagung, sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Pertanian Pekebun Kecil
Pertanian pekebun kecil bersifat separuh komersial, campuran antara hasil
perkebunan untuk jualan dengan hasil untuk diguna oleh keluarga. Pertanian
jenis ini merupakan pertanian bukan bijirin. Ia melibatkan campuran pertanian
tradisional dan moden. Jenis tanaman jualannya adalah seperti kelapa sawit,
getah dan tanaman buah-buahan dan lain-lain. Jenis pertanian ini berselerak
di kawasan perkampungan tradisional yang dimiliki individu mengikut lokasi
tanah masing-masing dengan keluasan tanah adalah kurang daripada 40
hektar (100 ekar) atau 10 hektar. Sistem pertanian berkelompok ini sangat
popular di Malaysia.
Perladangan Ekstensif
49
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 64/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Perladangan ekstensif ini bersifat komersial sepenuhnya, berskala besar, kos
tinggi, pengurusan sistematik, berorientasikan pasaran dan keuntungan. Di
Malaysia perladangan ekstensif ini dimiliki oleh kerajaan (FELDA, FELCRA)
dan pelabur asing (Guthrie). Lokasi perladangan ekstensif ini biasanya
terletak di kawasan hutan yang diteroka secara besar-besaran. Contohnya
seperti di KEJORA iaitu di kawasan Tenggara Johor. Dari segi modal dan
pemilikan, modal besar digunakan dalam membiayai kos pengurusan,
penyeliaan, gaji buruh, pembelian dan penjagaan jentera serta kos
pembangunan dan penyelidikan (R&D). Keluasan kawasan ladang adalah
melebihi 40 hektar (100 ekar). Jenis perladangan ini juga dikenali sebagai
pertanian dagangan. Hasil pertanian ladang adalah seperti getah, koko, lada
hitam dan hasilnya dijual sama ada di dalam negara atau di luar negara. Jenis
tanaman adalah bersifat monokultur. Tenaga buruh juga digunakan dalam
semua peringkat bermula dari kerja pembersihan tapak ladang, kerja
pembajaan, penanaman, penjagaan, pengutipan hasil dan penghantaran ke
kilang. Jenis pertanian ini di uruskan secara korporat, sistematik dan moden,
mementingkan ciri-ciri keuntungan. Contohnya seperti FELDA.
Layari Internet dan lengkapkan jadual dibawah:
INFO: Kepentingan atau Sumbangan Sektor Pertanian:
Membekalkan sumber makanan kepada penduduk
Menyumbangkan kepada pendapatan penduduk dan eksport Negara
Menyediakan peluang pekerjaan kepada sebilangan besar penduduk
Membantu memajukan sektor ekonomi yang berkaitan
Memajukan infrastruktur dan pembangunan sesuatu kawasan
50
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 65/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Isu / Masalah Pertanian
Terdapat beberapa masalah yang timbul sebenarnya akibat daripada
pelbagai aktiviti pertanian. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang
dapat anda lihat dalam Rajah dibawah:
Ciri-ciriPertanian
Pertanian Saradiri
Pertanian KebunKecil
PertanianKomersial atau
Ladang
PeralatanTradisional –
cangkul, binatangdll
Modal Sederhana, milikkeluarga
Hasil
Keluaran
TeknologiTeknologi moden
Tenaga
buruh
en ng a an penggunaan an pem angunan a no og
51
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 66/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Rajah 12 : Masalah-masalah Utama Kegiatan Pertanian
Masalah Ancaman Fizikal
Negara-negara Asia Pasifik yang beriklim tropika lembap dan khatulistiwa
sering mengalami bencana alam seperti banjir, letupan gunung berapi,
serangan perosak serta penyakit tanaman. Contohnya di Malaysia, ancaman
banjir yang sering berlaku pada bulan November hingga Mac akibat daripada
tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke pantai timur
Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-negeri Terengganu dan
Kelantan.
Masalah Tanah
Terdapat masalah-masalah tanah yang menyebabkan produktiviti pertanian
merosot. Antaranya ialah saiz tanah yang tidak ekonomik atau saiz tanah
terlalu kecil. Amalan pecahan tanah secara pusaka menyebabkan tanah luas
menjadi semakin kecil sehingga tidak berekonomi untuk mengerjakannya
dengan cara moden dan secara sistematik. Purata keluasan tanah pertanian
setiap individu adalah antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja.
Masalah Kekurangan Modal
Kos pengeluaran yang semakin meningkat telah menjadi halangan utama
bagi petani-petani yang miskin untuk memajukan sektor pertanian mereka.
Kebanyakan daripada dan kebun kecil mengalami kemelut modal untuk
membeli barang-barang keperluan pertanian moden seperti jentera, racun
52
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 67/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
serangga, baja-baja kimia dan membayar kos-kos pemasaran dan
pengangkutan.
Masalah Tenaga Buruh
Kekurangan tenaga buruh berpunca daripada sikap penduduk tempatan dan
pengaliran buruh dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian yang
dianggap memberi pendapatan yang lebih baik. Kekurangan berlaku samada
dalam sektor perladangan ataupun kebun kecil. Keadaan ini memaksa
kerajaan membawa masuk tenaga buruh asing terutama untuk bekerja dalam
sektor perladangan. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor ini tidak
dapat dimajukan sepenuhnya.
Masalah Ketidakstabilan Harga Hasil
Sejak sekian lama harga hasil pertanian mengalami turun naik yang ketara
berbanding dengan produk dalam bidang perindustrian. Harga hasil pertanian
sukar untuk ditentukan kerana ia dikawal oleh mekanisme pasaran
antarabangsa. Sifatnya yang anjal menjadikan harganya sukar dikawal,
saingan barangan tiruan, ancaman perlambakan serta kempen memburukkan
barangan pertanian menjadikan harganya selalu tidak tetap.
INFO: Langkah-langkah memajukan semula sektor pertanian:
Memajukan bioteknologi pertanian
Mewujudkan semula program pembangunan wilayah
Projek pertanian berkelompok
Meningkatkan infrastruktur pertanian
Subsidi input pertanian kepada petani
Memperbaiki sistem pengurusan dan pemasaran hasil
53
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 68/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kegiatan pertanian juga mempengaruhi alam sekitar dari segi mengakibatkan
perubahan landskap fizikal, pendedahan permukaan bumi secara terus,
kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti), perubahan
suhu mikro atau pemanasan setempat, mengganggu kestabilan kitar
hidrologi, pencemaran udara, jerebu dan pencemaran air sungai.
(i) Perubahan landskap fizikal serta pendedahan muka bumi secara
terus.
Perubahan landskap fizikal ialah hutan semulajadi bertukar kepada hutan
tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder, permukaan tanah
menjadi terdedah dan gondol. Di negara Malaysia, proses penyahhutanan
amat ketara di mana pada tahun 1970an, perladangan kelapa sawit dan
getah berlaku serentak dengan pelaksanaan skim pembangunan wilayah
seperti di JENGKA, KETENGAH dan DARA.
(ii) Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti)
Hutan yang dibersihkan untuk tujuan kegiatan pertanian akan menyebabkan
spesies flora dan fauna diancam kepupusan kerana kemusnahan ekosistem
dan kepelbagaian biologi (biodiversiti). Perubahan suhu mikro atau
pemanasan setempat seterusnya mengganggu kestabilan kitaran hidrologi
Fungsi hutan semula jadi adalah untuk menyederhanakan suhu sekitar
dengan mengekalkan peratus kelembapan udara. Ketika hutan dimusnahkanuntuk kegiatan pertanian, maka proses sejat peluhan pokok-pokok akan
terganggu. Akibatnya suhu sekitar akan meningkat yang dapat mewujudkan
fenomena pemanasan setempat. Ini juga akan mengganggu kestabilan
kitaran hidrologi.
(iii) Pencemaran udara , jerebu dan pencemaran air sungai
Kegiatan pertanian juga boleh menyebabkan terjadinya pencemaran udara
akibat pembakaran dan penebangan pokok-pokok terutama bagi pembukaan
54
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 69/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
ladang-ladang baru yang secara tidak langsung menyumbang kepada
kejadian jerebu. Pembukaan kawasan ladang bagi tujuan penanaman kelapa
sawit di Sumatera, Indonsia misalnya sering kali mengakibatkan kejadian
jerebu. Pendedahan kawasan ini kepada tindakan air hujan mengakibatkan
tanahnya terhakis dan mengundang kepada masalah pencemaran sungai.
Penggunaan racun serangga perosak dan baja kimia yang keterlaluan telah
dibawa oleh aliran air bawah tanah menghala ke sungai, paya, kolam, tasik
dan sebagainya menyebabkan pencemaran terhadap ekosistem akuatik.
Walau bagaimana pun kegiatan pertanian adalah penting kerana kegiatan ini
telah membantu kewujudan beberapa industri pembuatan berasaskan kepada
hasil pertanian sebagai bahan mentah. Dengan penghasilan pertanian secara
besar-besaran, hasil pertanian dapat diproses, dijadikan barang siap dan
separuh siap contohnya mengilang padi dan gandum, industri memproses
kelapa kering, getah, minyak kelapa sawit dan lain-lain lagi. Selepas Perang
Dunia Kedua, Negara-negara di kawasan penjajah mula membangunkan
industri berasaskan kepada pertanian sama ada dari segi penggantian import,
sebagai sumber pendapatan atau memberi peluang pekerjaan. Dengan
perkembangan pertanian terutamanya sektor perladangan, industri
perkhidmatan mula digerakkan. Contohnya pengangkutan dan perkhidmatan
insuran, ejen import dan eksport, pembelian dan pemasaran dan barangan
pertanian mula bertambah penting terutamanya di negara-negara yang
mengeluarkan tanaman jualan untuk eksport.
(b) Kegiatan Perikanan
Perikanan merupakan sektor ekonomi yang penting di rantau Asia Pasifik
kerana sebahagian daripadanya dikelilingi oleh Lautan Pasifik yang terdiri
daripada sumber-sumber perikanan. Tambahan lagi, ikan merupakan sumber
protein utama penduduk Asia Pasifik. Kegiatan perikanan maju di negara-
negara Asia Pasifik seperti Thailand, China dan Jepun. Di Malaysia, tahap
kemajuan kegiatan perikanan masih rendah jika dibandingkan dengan
negara-negara Thailand dan Jepun.
55
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 70/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
(i) Jenis-jenis Kegiatan Perikanan
Perikanan terbahagi kepada tiga jenis.
Rajah 13: Jenis Kegiatan Perikanan
Perikanan Pinggir Pantai
Perikanan pinggir pantai merupakan aktiviti menangkap ikan yang tidak lebih
daripada 32 km dari pinggir pantai. Ia juga dilakukan di kawasan laut cetek
yang kedalamannya tidak lebih daripada 180 m (pentas benua). Perikanan
jenis ini dilakukan di Laut China Selatan, Selat Melaka serta Selat Tebrau dan
dijalankan oleh nelayan-nelayan kecil. Kegiatan perikanan pinggir pantai
biasanya menggunakan bot-bot kecil, bubu, pukat hanyut, pukat tarik dan
sebagainya. Hasil tangkapan perikanan laut dalam adalah kecil dan sedikit
untuk sara diri atau dijual yang merupakan sumber pendapatan nelayan-
nelayan pinggir pantai. Kebanyakan para nelayan adalah miskin dan tidak
mempunyai modal yang cukup untuk mengusahakan aktiviti perikanan secara
besar-besaran. Di Malaysia, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi
bot dan pukat sebagai langkah membantu nelayan mengusahakan aktiviti
perikanan tanpa bergantung kepada orang tengah.
Perikanan Laut Dalam
56
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 71/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Perikanan laut dalam dijalankan di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan
Hindi. Jarak dari pantai ialah tidak lebih daripada 32 kilometer dan tidak
melebihi 180 meter dalamnya. Di Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam
adalah di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti Tok Bali (Kelantan),
Tanjung Api (Kuantan, Pahang) dan Kuala Kemaman (Terengganu).
Peralatan yang digunakan adalah lebih moden seperti bot besar dan kapal
yang beratnya lebih kurang 200 tan serta lengkap dengan sistem
telekomunikasi canggih, radar pengesanan ikan, pukat harimau, pukat tunda,
kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses. Pelbagai jenis ikan
ditangkap seperti ikan tuna, tenggiri dan sebagainya. Hasil tangkapan adalah
banyak dan dilakukan secara besar-besaran. Hasilnya dijual atau dieksport ke
luar negara atau diproses dalam industri pengetinan ikan seperti ikan sardin.
Perikanan Air Tawar
Jenis perikanan air tawar dijalankan di dalam sungai, kolam dan sawah padi.
Kawasan popular di negara Malaysia adalah seperti di Mercang dan Kuala
Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor. Ternakan
yang biasanya dipelihara ialah ikan patin, karp, talapia, udang galah dan
sebagainya. Bagi kegiatan marinkultur pula, ternakan yang dipelihara pula
ialah seperti ikan siakap, udang harimau, ketam dan sebagainya. Kaedah
moden sering digunakan seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar atau
ternakan dibiak secara khusus seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan
umur. Jenis perikanan ini diusahakan oleh sektor swasta menggunakan
modal yang besar seperti ternakan udang harimau di Rompin untuk dieksport.
Antara ikan yang dieksport adalah seperti ikan siakap, udang harimau dankerapu.
Isu / Masalah Perikanan
Sejak akhir-akhir ini, masalah perikanan semakin meruncing. Ini kerana
kecuaian dan sikap manusia sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dikawal dari
awal, pelbagai masalah akan timbul pada masa hadapan. Tidak mustahil
sekiranya ikan-ikan yang mana merupakan sumber protein kepada kita
57
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 72/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
semua akan kehabisan suatu masa nanti. Masalah-masalah yang dihadapi
oleh sektor perikanan adalah seperti masalah laluan perkapalan dunia,
tangkapan yang berlebihan, pencemaran air, penggunaan pukat atau teknik
tangkapan, pencerobohan nelayan asing, ancaman sumber lain dan
perluasan zon ekonomi eksklusif (EEZ-Exclusive Economic Zone)
Tangkapan Berlebihan
Pada suatu masa dahulu, manusia berpendapat bahawa sumber laut tidak
akan pupus. Namun yang nyata sekarang ialah jumlah ikan dan hasil laut lain
semakin berkurangan. Mungkin pada satu masa nanti, jumlah tangkapan ikan
menjadi lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiakan. Contohnya di
barat laut Atlantik, pada tahun 1960an, oleh kerana tangkapan ikan kod
keterlaluan, maka sekarang jumlah tangkapan hanya tinggal 1/3 daripada
anggaran kemungkinannya.
Pencemaran Air
Pencemaran air sungai dan air laut dengan lumpur yang berlebihan berlaku
akibat daripada hakisan tanah dan bahan kimia beracun daripada kegiatan
pertanian, kilang perusahaan, pembuangan dari bandar dan tumpahan
minyak dari kapal. Pencemaran sebegini telah memusnahkan kawasan
pembiakan ikan.
Penggunaan Pukat atau Teknik Tangkapan
Tangkapan ikan berlebihan menggunakan pukat seperti pukat harimau adalah
diharamkan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan banyak ikan yang masih
muda ditangkap atau mati. Pada masa jangka panjang, perbuatan ini akan
merugikan sektor perikanan.
Perluasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ Exclusive Economic Zone)
Pada tahun 1970an, kebanyakan negara mengisytiharkan 370 km (200 batu
nautika) dari pantainya adalah had zon ekonomi eksklusif negara mereka.
58
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 73/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Namun begitu, terdapat negara- negara lain yang meluaskan sempadan
perairannya kerana kepentingan ekonomi atau kerana ingin memiliki sumber
ikan atau sumber minyak. Di negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat,
perebutan dan pertindihan kawasan menangkap ikan dan pencerobohan ke
kawasan tangkapan ikan telah menyebabkan konflik. Kadang kala berlaku
kekecohan di antara pengawal pantai dan juga nelayan.
Akibat daripada aktiviti perikanan adalah kesan-kesan terhadap alam sekitar
seperti kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan, kepupusan sumber
perikanan, pencemaran dan kemusnahan ekosistem paya bakau.
(i) Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan.
Penggunaan pukat harimau, pukat tunda dan pukat apollo bukan sahaja
menyebabkan semua spesies ikan ditangkap tetapi turut mengaut dan
memusnahkan kawasan terumbu karang yang merupakan habitat ketam,
sotong, udang dan ikan. Kemusnahan ini akan merosakkan rantaian makanan
marin, kawasan pembiakan dan penghijrahan spesies ikan ke habitat lain
atau ke lautan lain.
(ii) Kepupusan sumber perikanan
Sumber perikanan menjadi pupus kerana kadar tangkapan ikan secara
berterusan melebihi had, kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat
harimau dan pukat tunda yang mengambil semua saiz dan jenis ikan.
Penggunaan pukat tunda di pesisir pantai (kawasan pembiakan ikan)
memusnahkan habitat akuatik. Bagi perikanan air tawar pula, kepupusan
sumber-sumber perikanan berlaku kerana aktiviti menuba (menggunakan
racun) dan penggunaan kuasa elektrik untuk menangkap ikan di kawasan
kolam, sungai, tasik dan kawasan paya.
(iii) Pencemaran
Pencemaran air laut terjadi apabila terdapat pembuangan sisa-sisa ikan yang
tidak diperlukan, air pembersihan bot, sisa domestic dari petempatan nelayan.
Bot-bot yang rosak dan tidak digunakan yang dibiarkan tersadai dan reput di
59
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 74/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
tepi pelabuhan atau muara sungai boleh menyebabkan pencemaran fizikal
dan kualiti air laut.
(c) Kegiatan Perhutanan
Di dunia kita ini terdapat beberapa jenis hutan semula jadi. Antara contohnya
ialah hutan konifer, hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan
hutanpadang rumput hawa sederhana. Ciri-cirinya berbeza-beza di antara
satu sama lain kerana faktor-faktor iklim, tanih dan saliran. Hidupan liar yang
mendiami kawasan hutan yang sesuai dengannya juga berbeza-beza.
Isu / Masalah Perhutanan
Fenomena Penyahhutanan
Penyahhutanan bermaksud penghapusan hutan secara besarbesaran
dengan pelbagai cara dan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk
pembalakan, pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan
dan industri mahu pun untuk projek hidroelektrik. Kesannya ialah permukaan
bumi tergondol dan terdedah. Fenomena ini berlaku di negara-negara maju
dan di negara-negara sedang membangun.
Kegiatan perhutanan juga meninggalkan beberapa kesan terhadap alam
sekitar seperti kekurangan sumber makanan, kegiatan ekonomi terjejas,
kehilangan kesuburan tanah, fenomena kesan rumah hijau dan bekalan air
berkurangan.
(i) Kekurangan sumber makanan
Ini berlaku terutamanya bagi masyarakat orang asli yang bergantung 100%
kepada hasil-hasil hutan.
(ii) Kegiatan ekonomi terjejas
60
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 75/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Industri perabot, kayu dan kraf tangan akan terjejas apabila pokok-pokok
balak seperti meranti, seraya, keruing, cengal dan lain-lain yang berharga
musnah akibat proses penyahhutanan. Secara tidak langsungnya pendapatan
per kapita penduduk dan pendapatan Negara berkurangan.
(iii) Fenomena kesan rumah hijau
Oleh kerana manusia tidak selesa kerana kepanasan, maka produktiviti
pertanian makanan seperti padi sawah akan terjejas.
KTIVITI 8.3
MAK KENDIRI 8.
(d) Perlombongan dan Perindustrian
Sektor perlombongan adalah penting kepada penduduk dan pembangunan
sosioekonomi sesebuah negara. Antara kepentingan dan sumbangan
kegiatan perlombongan kepada penduduk dan negara adalah seperti berikut:
Sumbangan kepada pendapatan eksport negara
Petroleum mentah yang dieksport menghasilkan pendapatan lumayan
Malaysia. Contohnya pada tahun 2000, petroleum telah menyumbang kira-
kira RM14.2 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia, manakala gas asli
menyumbang sebanyak RM11.3 bilion dan bijih timah hampir RM0.4 bilion.
Secara keseluruhannya, sektor perlombongan menyumbang hampir 6.6%
daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Peluang pekerjaan kepada penduduk
Dalam sektor perlombongan, banyak peluang pekerjaan tersedia ada seperti
ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oseanografi, juruteknik, buruh dan
pegawai tadbir. Kesan daripada peluang pekerjaan berkenaan,maka kadar
pengangguran penduduk akan berkurangan. Contohnya pada tahun 2000,
61
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 76/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
41,200 peluang pekerjaan diwujudkan di mana 39,900 terlibat dengan sektor
perlombongan dan 12,000 terlibat dalam perlombongan bijih timah.
Mengalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
Sektor perlombongan juga menggalakkan pemindahan teknologi dan
kepakaran seterusnya membantu perkembangan bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan
terutamanya HITECH yang sering kali dilaksanakan oleh Petronas cuba
mengesan dan mengkaji sumber serta teknik baru bagi menghasilkan produk
berkualiti. Contohnya teknologi seismik dan satelit digunakan untuk
mengesan lokasi medan petroleum.
Dampak Perlombongan dan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar
Bagi sesebuah negara, perlombongan dan perindustrian banyak
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Banyak
negara maju kerana kemajuan dalam perindustrian. Walau bagaimanapun,
aktiviti perlombongan dan perindustrian juga menyumbang kepada kesan
negatif terhadap alam sekitar. Aktiviti perlombongan telah meninggalkan
banyak lombong-lombong terbiar terutamanya di Taiping dan di sekitar Kuala
Lumpur. Walaupun begitu, sekarang sudah ada usaha memajukan kawasan
bekas lombong dengan ternakan ikan dan itik atau dijadikan kawasan
rekreasi.
Kesan kedua ialah kehilangan tanah subur untuk pertanian. Proses
pengasingan galian daripada keladak, lumpur, pasir dan benda-benda asing
lain telah menyebabkan pencemaran air sungai di bahagian hilirnya. Kejadian
tanah runtuh juga boleh berlaku di kawasan-kawasan perlombongan apabila
hujan turun dengan lebatnya. Tumpahan minyak di pelantar minyak oleh
kapal-kapal tangki juga telah banyak menyebabkan kemusnahan dan
kematian hidupan laut.
62
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 77/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Dampak perindustrian tersebut mungkin disebabkan secara langsung
daripada proses perindustrian itu sendiri seperti kilang memproses kelapa
sawit dan getah atau pun secara tidak langsung. Contohnya yang secara
tidak langsung ialah seperti pembuangan barangan plastik, pembuangan
bateri-bateri lama dan tayar-tayar terpakai. Dampak perindustrian mungkin
berlaku kerana beberapa punca Antara punca-puncanya ialah kekurangan
pengawalan dan penyeliaan yang longgar, ketidakmampuan pengusaha
kilang mengubah teknologinya dan ketidak mampuan kerajaan menyediakan
tempat-tempat pelupusan sisa-sisa kilang yang mencukupi.
(e) Industri Perkhidmatan
(i) Industri Pelancongan
Industri pelancongan paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi seperti perkhidmatan hotel, resort, restoran, persidangan/ forum,
rekreasi, perkhidmatan kewangan dan insurans. Pada 2000, Malaysia
menerima hampir 10.2 juta pelancong asing di mana 70% adalah dari negara-
negara ASEAN dan 30% dari Eropah.
(ii) Industri Pengangkutan dan Telekomunikasi
Industri ini merupakan industri kedua terpenting. Ia terdiri daripada
pengangkutan darat (jalan raya), air (feri, kapal dagang) dan udara (helikopter
/ kapal terbang). Bagi telekomunikasi pula, ia melibatkan penggunaan telefon,
internet dan intranet. Konsep e-dagang kini turut dikuasai oleh Malaysia.
Kerajaan juga telah menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagaisatu usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.
(iii) Sektor Kewangan, Hartanah dan Perniagaan
Bank menyediakan kemudahan seperti penyimpanan wang dan pelbagai
perkhidmatan lain. Syarikat kewangan menyediakan perkhidmatan pinjaman
wang kepada peniaga dan pengusaha. Kemajuan sektor perbankan
63
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 78/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
diMalaysia menyebabkan ia berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar
Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) di Labuan yang menyediakan
perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan.
(iv) Sektor Utiliti Elektrik, Air dan Gas
Sektor ini merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk. Utiliti elektrik
melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada
kediaman industri, organisasi, komersial dan perniagaan. Pembekalan tenaga
elektrik dimonopoli oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bekalan air
dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah negeri masing-
masing. Ada juga negeri yang menswastakan bekalan air seperti SYABAS diSelangor dan AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan.
(v) Perkhidmatan Kerajaan
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di Malaysia
walaupun negara ini telah mengamalkan dasar penswastaan. Perkhidmatan
yang disediakan ialah sektor pendidikan, keselamatan awam, kesihatan,
pentadbiran dan lain-lain.
Sub Tajuk 4: Pembandaran (Urbanisasi)
Pembandaran adalah merujuk kepada proses perkembangan Bandar ekoran
daripada berlakunya proses perubahan yang menjadikan kawasan
penempatan seperti Pekan, Bandar Kecil, Bandar berkembang menjadi
Bandar yang lebih besar dan kompleks.
Proses pembandaran akan melibatkan beberapa aspek berikut
a. Pertambahan jumlah atau peratus penduduk yang mendiami kawasan
Bandar ekoran daripada pelbagai faktor. Di Malaysia sesuatu kawasan
dikelaskan sebagai Bandar apabila penduduknya melebihi 10,000
64
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 79/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
orang, Bandar besar 100,000 orang manakala bandaraya apabila
penduduknya melebihi 1,000,000 orang.
b. Berlakunya pertambahan kepada perluasan saiz bandar (ruang).
Pertambahan ruang ini adalah disebabkan pertambahan bangunan,
ruang perniagaan, kawasan penempatan bandar, peningkatan
kemudahan asas termasuk jaringan pengangkutan serta fungsi bandar.
c. Pertambahan serta perubahan struktur dan kegiatan ekonomi
penduduk dari ekonomi tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden
seperti perindustrian, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan
sebagainya.
d. Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya
hidup Bandar yang lebih moden.
Aktiviti
Berdasarkan pembacaan anda, lengkapkan rajah dibawah tentang pengaruh
pembandaran terhadap perubahan ruang, ekonomi dan sosial dibandar.
Halangan-halangan Dalam Perkembangan Bandar dan LangkahMengatasinya
Ruang
Ekonomi
Sosial
65
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 80/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
i. Ruang Bandar yang sempit
Kebanyakan sempadan kawasan Bandar yang terdapat di Malaysia
adalah terhad. Ruang tanah yang sempit menyukarkan Bandar tersebut
untuk berkembang. Contohnya Bandar Georgetown, Melaka, Kuala
Lumpur dan lain-lain. Keadaan ini menjadikan pusat Bandar itu sesak.
Banyak kemudahan dan keperluan untuk kegunaan penduduk Bandar
terpaksa dibina di kawasan pingir Bandar.
ii. Bentuk muka bumi
Terdapat juga Bandar-bandar yang sukar untuk berkembang berikutan
terhalang oleh keadaan bentuk muka bumi. Kedudukannya yang
berhampiran dengan laut, sungai dan kaki bukit menjadikan pembangunan
Bandar terhalang dan memerlukan kos yang tinggi. Contohnya Bandar
Kota Kinabalu yang terhalang oleh banjaran Croker, ini menjadikan ruang
Bandar yang sempit.
iii. Dasar Kerajaan
66
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 81/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Dalam usaha bagi mengurangkan kesesakan dan kepesatan dikawasan
pusat Bandar seperti di bandaraya Kuala Lumpur, pihak Kerajaan telah
mewujudkan pusat Pentadbiran baru di Putrajaya. Perkara ini menjadikan
peranan Bandar Kuala Lumpur berkurangan dan tumpuan penduduk ke
kawasan itu juga dapat dikurangkan.
iv. Kemunculan Bandar-bandar baru
Kemunculan banyak Bandar-bandar baru juga menjadikan tumpuan
terhadap Bandar utama berkurangan. Bandar-bandar ini yang pada
awalnya berperanan sebagai pelengkap kepada Bandar utama terutama
dari segi kawasan kediaman, industri dan sebagainya kini muncul menjadiBandar penting yang mempunyai peranan yang hampir sama dengan
Bandar utama. Antaranya Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Selayang,
Bandar Baru Nilai dan lain-lain.
v. Persaingan Guna Tanah
Berikutan daripada ruang Bandar yang terhad, sedangkan tepu binanya
adalah pesat, keadaan ini menjadikan persaingan guna tanah di kawasanpusat Bandar adalah hebat. Ini menjadikan harga tanah di kawasan itu
sangat tinggi. Fenomena ini menyebabkan pemaju atau pengusaha
terpaksa mewujudkan pembangunan di kawasan luar Bandar yang
mempunyai kos yang lebih rendah.
vi. Bencana Alam
Fenomena bencana alam juga sering kali menjadi halangan kepada
perkembangan Bandar di sesuatu kawasan. Ekoran daripada kejadian
seperti gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, banjir dan sebagainya boleh
menjadikan pembangunan dan perkembangan Bandar terbantut dan
terhad.
Aktiviti
67
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 82/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan secara ringkas setiap kesanakibat proses pembandaran dibawah.
Kesan Huraian
1. Kesesakan
2. Pencemaran
3. Pulau Haba
4. Banjir Kilat
5. Setinggan
6. PerubahanGaya Hidup
7. PeluangPekerjaan
Latihan
1. Setelah meneliti isi kandungan modul ini, anda dikehendaki membina
peta minda yang menunjukkan kaitan di antara sistem atmosfera,
hidrosfera dan litosfera.
2. Jelaskan bagaimana ketiga-tiga sistem ini dapat mempengaruhi
perubahan bentuk muka bumi?
3. Bagaimanakah keseimbangan perlu dilaksanakan dalam proses
pertumbuhan penduduk yang tinggi, perkembangan bandar yang pesat
68
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 83/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
supaya penerokaan terhadap alam sekitar dan sumber dapat
diminumkan.
Peringatan
Semasa membuat aktiviti ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi
perhatian;
1. Semua aktiviti berkaitan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalamportfolio.
2. Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.
3. Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.
4. Latihan ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 jam.
69
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 84/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Bibliografi
De Blij, H.J. & Muller,P. (1993). Physical Geography of the global environment. New York: Wiley.
Elsom, D.(1992). Atmospheric pollution: A global problem. Cambridge,Mass.: Blackwell.
Firor, J. (1990). The changing atmosphere. N.H.Connecticut: Yale.University Press.
Gregory K.J. dan Walling D.E. (1988). Manusia dan proses persekitaran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ismail Said. (2009). Pengajian Sosial 1. Siri pendidikan perguruan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Ismail Said dan Hussin Abdullah. (2009). Pengajian Sosial 2. Siri pendidikan perguruan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Jamaluddin MD. Jahi. (1989). Penghantar Geomorfologi . Kuala Lumpur:Dewan bahasa Dan Pustaka.
Katiman Rostam (2002). Konsep asas geografi manusia. Bangi: PenerbitUKM
Katiman Rostam (1990). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Bangi:
Penerbit UKM:
Katiman Rosman. (2006). Penilaian dan pengurusan sumber alam. Bangi:Penerbit UKM.
Mannion A.M.and Bowlby S.R. (1994). Environmental Issues in the 1990s.New York. John Wiley & Sons.
Mc Knight,T. (1992). The essentials of Physical Geography. EnglewoodCliffs, N.J: Prentice Hall.
Ngui Kuan Sang. (1993). Strategi pengajaran Geografi – KBSM. KualaLumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Singh, Y.K. (2004). Teaching of Social Studies. New Delhi: APH PublishingCorporation.
Smith, M. (2002). Aspects of teaching secondary Geography: Perspectives on practice. London & New York: Routledge / Falmer.
Strahler, A.N. & Alan,H. Strahler. (1992). Modern day Physical Geography.New York: Wiley. Ellis, A. K. (1995). Teaching and learning elementary social studies. (5th ed). Needham Heights, Mass : Allyn &Bacon.
70
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 85/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
Susly Musa dan Nurlashikin Abdullah. 92005). Pra U Geografi Fizikal STPM .Kuala Lumpur: Pearson Longman Malaysia.
Sumber Internet
www.factmonster.com/ipka.water supply of the world
71
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 86/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
PANEL PENULISAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Kelayakan:PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan),UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & BahasaMelayu), UM
Penyelaras
DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDULRAHMAN
Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
datinshar@hotmail.com
Kelayakan:M.Ed.(Pendidikan Sejarah & PengajianSejarah), UKMB.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USMSijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK
Pengalaman:Penolong Pengarah Unit Kurikulum(Pengajian Sosial & Bestari)Penulis Buku PSK dan Matematik (SekolahRendah)
Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2tahun)JE Sejarah PPKGuru Sekolah Menengah (7 tahun)Guru Sekolah Rendah (14 tahun)Guru Bestari (5 tahun)
EN. AB.RAZAK B. SHAFIE
PensyarahInstitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan, BesutTerengganu.
abrazak_ipsmb@yahoo.com
Kelayakan:M.ED.(Sarjana Pengukuran dan PenilaianDalam Pendidikan), UKM.B.A.Hons(Geografi ), UMDiploma Pendidikan(Geografi), UM
Pengalaman:Pensyarah Jabatan Sains SosialGuru Geografi Sekolah Menengah (15tahun)Penggubal Sukatan PPISMP (PengajianSosial)Panel Pemurnian mata Pelajaran GeografiPersekitaran, Pendidikan PembangunanLestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran
Pengajian Sosial.
72
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 87/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
NAMA KELAYAKAN
MOHD ARIS BIN OTHMAN
PensyarahInstitut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Raja Melewar,Seremban.
mohdarisothman@yahoo.com
Kelayakan:M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM
B.A. Hons. (Geografi), USMSijil Guru (P.A.K. Am), MPRM
Pengalaman:Penilai Buku Geografi (Menengah)Penggubal Kurikulum GeografiPenilai Bahan Bantu Mengajar (CD) BestariGuru Sekolah Menengah (4 Tahun)Guru Sekolah Rendah (7 Tahun)Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)
73
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 88/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Kelayakan:PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan),UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & BahasaMelayu), UM
Penyelaras
DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDULRAHMAN
Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
datinshar@hotmail.com
Kelayakan:M.Ed.(Pendidikan Sejarah & PengajianSejarah), UKMB.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USMSijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK
Pengalaman:Penolong Pengarah Unit Kurikulum(Pengajian Sosial & Bestari)Penulis Buku PSK dan Matematik (SekolahRendah)
Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2tahun)JE Sejarah PPKGuru Sekolah Menengah (7 tahun)Guru Sekolah Rendah (14 tahun)Guru Bestari (5 tahun)
EN. AB.RAZAK B. SHAFIE
PensyarahInstitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan, BesutTerengganu.
abrazak_ipsmb@yahoo.com
Kelayakan:M.ED.(Sarjana Pengukuran dan PenilaianDalam Pendidikan), UKM.B.A.Hons(Geografi ), UMDiploma Pendidikan(Geografi), UM
Pengalaman:Pensyarah Jabatan Sains SosialGuru Geografi Sekolah Menengah (15tahun)Penggubal Sukatan PPISMP (PengajianSosial)Panel Pemurnian mata Pelajaran GeografiPersekitaran, Pendidikan PembangunanLestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran
Pengajian Sosial.
74
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 89/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
NAMA KELAYAKAN
MOHD ARIS BIN OTHMAN
PensyarahInstitut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Raja Melewar,Seremban.
mohdarisothman@yahoo.com
Kelayakan:M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM
B.A. Hons. (Geografi), USMSijil Guru (P.A.K. Am), MPRM
Pengalaman:Penilai Buku Geografi (Menengah)Penggubal Kurikulum GeografiPenilai Bahan Bantu Mengajar (CD) BestariGuru Sekolah Menengah (4 Tahun)Guru Sekolah Rendah (7 Tahun)Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)
SELAMAT MAJU JAYA
75
7/30/2019 Modul PSS Geografi Persekitaran
http://slidepdf.com/reader/full/modul-pss-geografi-persekitaran 90/91
PSS3104 Geografi Persekitaran
LAMPIRAN A
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat
76
top related