modul mze3102 pgsr
Post on 04-Jan-2016
814 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MODUL PENDIDIKAN MUZIK
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MZE3102
AKTIVITI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.
Sulit- 2 -
Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sulit- 3 -
Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Sulit- 4 -
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
2
3
Panduan Pelajar 7
Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
8
10
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Suara Kanak-kanak dan remaja
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Tajuk
1.3 Perkembangan vokal untuk kanak-kanak remaja
1.4Teknik vokal kanak dan remaja
1.5 Menyanyi mengikut pic yang tepat
1.6 Mengenal pasti dan menangani masalah nyanyian
1.7 Koleksi repertoire nyanyian sesuara dan lapisan suara
Tajuk 2: Pengembangan repertoire untuk meningkat penghargaan
12-20
Sulit- 5 -
KANDUNGANMUKA SURAT
estetik.
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.3 Pendengaran perseptif
2.4. Pendengaran secara aktif dalam mengenal konsep muzik
2.5. Koleksi repertoire untuk meningkat persepsi muzik
2.6. Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai
untuk pelaksanaan aspek “Penghargaan Estetik”
Tajuk 3: Pengembangan dan pengumpulan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembelajaran aspek
‘Persepsi & Penghargaan Estetik’.
3.0 Sipnosis
3.1 Hasil Pembelajaran
3.2 Kerangka Tajuk
3.3 Mencari bahan-bahan dari internet
3.4. Penilaian dan pemilihan bahan-bahan
3.5. Membina bahan
21-25
26-31
Bibliografi 32
Panel Penulis Modul 33
Ikon Modul 34
Sulit- 6 -
PANDUAN PELAJAR
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
Sulit- 7 -
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
Pengenalan
Sulit- 8 -
Modul ini disediakan untuk melengkapi interaksi bersemuka bagi kursus Aktiviti
Muzikal Dalam Bilik Darjah. Modul ini ditulis sebagai modul pembelajaran untuk
membimbng anada dalam pembelajaran kendiri. Modul ini terdiri dari tajuk-tajuk
berikut:
Suara kanak-kanak dan remaja
Perkembangan vokal kanak-kanak dan remaja (Tajuk 1 )
Pengembangan repertoire untuk meningkatkan
penghargaan estetik (Tajuk 2)
Pengembangan dan pengumpulan bahan (Tajuk 3)
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembelajaran aspek ‘
Persepsi & Penghargaan Estetik’.
Untuk tajuk di atas anda akan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
dikehendaki seperti dinyatakan dalam hasil pembelajaran. Modul ini juga
mengandungi latihan-latihan yang perlu dilaksanakan untuk mentaksir
penguasan pengetahuan anda.
Adalah diharapkan melalui penggunaan modul ini anda dapat mengaplikasikan
pengetahuan aktiviti muzikal dalam bilik darjah. Selain dari bahan yang terdapat
dalam modul ini anda juga boleh merujuk maklumat sumber-sumber lain bagi
membantu kefahaman anda dengan lebih lanjut.
Selamat Maju Jaya.
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka
Sulit- 9 -
Kod & Nama Kursus: MZE3102 AKTIVITI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )Bil. Tajuk/Topik Interaksi
Bersemuka(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
1Peneguhan KONSEP MUZIKAktiviti amali kreatif – penciptaan; penerokaan; improvisasi
4
2Peneguhan KONSEP MUZIKAktiviti amali kreatif – penciptaan; penerokaan; improvisasi
4
3
Peneguhan KONSEP MUZIKAktiviti amali kreatif – penciptaan; penerokaan; improvisasi.
4
4
Peneguhan KONSEP MUZIKAktiviti amali kreatif – penciptaan; penerokaan; improvisasi.
3
5
Suara kanak-kanak dan remaja Perkembangan vokal kanak-kanak dan remaja
5
6Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik 5
7
Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembelajaran aspek ‘Persepsi & Penghargaan Estetik’.
5
8Amali Kemahiran teknik rekoder soprano dan alto
15
9Amali Kemahiran teknik Kibod
15
JUMLAH 45 15 60
Sulit- 10 -
TAJUK 1 Suara kanak-kanak dan remaja
SINOPSIS
Sulit- 11 -
Dalam bab ini anda akan didedahkan kepada suara kanak-kanak dan remaja serta
memberi peluang kepada pengetahuan ciri-ciri suara kanak-kanak. Masalah yang
dihadapi dalam nayanyian kanak-kanak dan remaja serta cara-cara untuk
mengatasinya. Pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara dan
lagu lapisan suara juga di beri penekanan.
HASIL PEMBELAJARAN
Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja dan mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pengendalian aktiviti nyanyian dalam bilik darjah. Di
samping itu, pelajar dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam nyanyian
kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya. Pemilihan dan permainan pelbagai
repertoire yang merangkumi lagu sesuara dan lagu lapisan suara juga diberi
penekanan
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI
Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam nyanyian, tubuh badan
manusia sama seperti alat muzik. Ia perlu diposisikan dengan tepat agar ia dapat
Sulit- 12 -
Suarakanak-kanak dan remaja
Perkembangan vokalMelatih teknik vokal
Menyanyi mengikut pic yang tepat
Mengenal pastimasalah
Repertoire
berfungsi dengan betul. Semasa menyanyi, banyak faktor mempengaruhi seperti
cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang,
seterusnya ton yang dihasilkan turut menjadi pertimbangan. Perkembangan
nyanyian kanak-kanak dan remaja mempengaruhi pemilihan lagu oleh guru dan
amat penting sebagai panduan dalam guru menjalankan aktiviti koir dan
sebagainya.
Perkembangan vokal kanak-kanak dan remaja
Dalam menghuraikan tajuk ini beberapa peringkat boleh dibahagikan iaitu:
a) Peringkat asas kanak-kanak (6-7 tahun)
b) Peringkat pertengahan kanak-kanak (8-9 tahun)
c) Peringkat akhir kanak-kanak (10-11 tahun)
a) Peringkat bawah kanak-kanak (6-7 tahun)
Terdapat ciri-ciri yang sama anatara kanak-kanak sekolah rendah dengan
kanak-kanak pra sekolah. Antara ciri-ciri yang ketara adalah seperti berikut:
i) Pertututran kurang jelas kerana gangguan struktur gigi depan yang
mungkin tanggal.
ii) imitasi melodi dan irama oleh guru menarik perhatian
iii) Renj suara menjadi luas tetapi kurang stabil.
Iv) Kesedaran tonality baik boleh merasa nada yang dinyanyikan.
v) Kemahiran motor lebih luas berupaya memainkan alat perkusi mudah.
vi) Kerjasama dalam kumpulan membantu dari aspek nyanyian mengikut
pic yang betul.
Pada peringkat ini pengalaman muzikal yang boleh dikenal pasti seperti berikut:
i) Lagu-lagu dalam skel pentatonik adalah yang paling mudah
ii) Renj vokal adalah adalah antara not D
( satu oktaf lebih tinggi dari C tengah) hingga not D’ (dua oktaf lebih
tinggi dari C tengah)
iii) Aktiviti bercorak boneka dan prop membantu respon
iv) Penggunaan alat perkusi berpic dan tidak berpic memperkayakasakan
pengalaman muzikal.
Sulit- 13 -
b) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (8-9 tahun)
Perkembangan pada peringkat ini membantu menghasilkan aktiviti muzikal yang
semakin baik. Kanak-kanak pada eringkat ini telah boleh berinteraksi dengan elemen-
elemen muzik dalam permainan yang berbentuk kreatif.
Antara ciri bebentuk individu yang boleh dikenalpasti seperti:
i) Kemahiran motor halus meningkat
ii) Keinginan untuk belajar dan mengetahui sesuatu tinggi
iii) Peniruan model orang yang lebih dewasa menjadi ikutan
iv) Kerja dalam kumpulan lebih baik
Ciri-ciri muzikal turut melibatkan beberapa perkara seperti:
i) Kebolehan menyanyi dengan pic yang tepat dan betul
ii) Renj vokal antara Not C’ (satu oktaf lebih tinggi dari C tengah ke E’
(dua oktaf lebih tinggi dari C tengah)
iii) Kebolehan dalam improvisasi membantu nyanyian suara dalam koir
iv) Karektor nyanyian diperkembangkan dan semakin jelas.
v) Bentuk nyanyian seperti ostinato,pusingan,dron dan lapisan suara
mudah boleh diperkenalkan.
vi) Literasi muzikal semakin baik dan boleh dipertingkatkan.
vii) Pengalaman melalui aktiviti improvisasi membantu dalam literasi muzik.
c) Peringkat akhir Kanak-kanak (10-11 tahun)
Peringkat akhir kanak-kanak dipengaruhi oleh tumbesaran yang ketara dan
menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka. Pada peringkat ini aktiviti berbentuk
ensembel muzik,vokal dan kebolehan intelek berada diparas yang baik.
Antara ciri individu yang boleh dikenalpasti seperti:
i) Perbezaan pertumbuhan fizikal ketara anatar lelaki dan perempuan.
ii) Kebolehan berfikir meningkat dan kemampuan menyatakan idea
abstrak dan pemikiran simbolik.
iii) Rakan sebaya mempengaruhi hubungan namun begitu panduan
daripada orang dewasa penting.
iv) Perasaan ingin tahu tentang dunia luar begitu ketara.
Ciri-ciri muzikal turut melibatkan beberapa perkara seperti:
i) Suara lelaki mencapai tahap perubahan dan suara perempuan telah
boleh mencapai renj anatar Bb ke F (dua oktaf lebih tinggi dari C
tengah)
Sulit- 14 -
ii) Koordinasi semakin baik dengan berkebolehan memainkan alat seperti
piano, alat orkestra dan perkusi berpic.
iii) Lapisan suara berbentuk harmoni diperkembangkan
iv) Pergerakan berbentuk muzikal kurang diminati namun mereka berminat
dalam bentuk muzik yang mengikut trend serta boleh menilai kebolehan
sendiri.
v) Unsur muzik yang pelbagai sudah boleh diterapkan pada masa ini.
vi) Aktiviti aural sudah boleh dilakukan dengan penekanan kepada literasi
muzik.
Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-kanak dan Remaja
Dalam bahagian ini beberapa teknik boleh diaplikasikan bagi melatih teknik vokal untuk
kanak-kanak dan remaja: Antaranya
i) Pernafasan
ii) Fornasi
iii) Ton dan resonan
iv) sebutan
v) Ekspresi
Anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan teknik melatih vokla
berdasarkan lima teknik yang diberi dalam modul. Semua maklumat
perlu dibincang semasa interaksi bersemuka.
Menyanyi mengikut pic yang tepat
Masalah kelemahan dalam nyanyian mengikut pic yang tepat disebabkan beberapa
faktor seperti:
i) Tumpuan kepada bunyi pic
Kurang fokus kepada bunyi pic mungkin di sebabkan bunyi bising
persekitaran, alat muzik seperti piano yang kuarang jelas antara faktor
yang boleh menyebabkan terjejasnya pic yang dihasilkan.
ii) Cara pengajaran nyanyian:
Kaedah yang diaplikasi oleh guru dalam p&p berkaitan pic. 3 bentuk
yang boleh diaplikasi menggunakan visual,audio dan kinestatik.
Gabungan ketiga-tiga elemen ini boleh meningkatkan minat pelajar .
Sulit- 15 -
Mengenal pasti Masalah nyanyian dalam bilik darjah.
Beberapa faktor mempengaruhi masalah nyanyian iaitu:
a) Persekitaran
b) Organik
c) Psikologi
d) Kawalan vokal
Anda boleh menyatakan masalah yang mempengaruhi nyanyian selain
yang diberi. Berikan lima lagi faktor yang mempengaruhi masalah
nyanyian.
Menangani masalah nyanyian dalam bilik darjah
Bagi mengatasi masalah dalam nyanyian aktiviti berikut boleh dicadangkan:
a) Aktiviti persepsi pic
Masalah persepsi pic boleh diperbaiki melalui aktiviti aural dan visual.
Pergerakan tangan Curwen dalam Kaedah Kodaly boleh digunakan
bagi menunjukan pic tinggi dan rendah.
Pelajar perlu membezakan antara suara percakapan dengan suara
nyanyian. Latihan aural mungkin boleh diperbanyakan kerana sebagai
latihan asas untuk pendengaran dalaman sebelum menghasilkan bunyi
pic.
b) Latihan Nanyian
Latihan berbentuk vocal drill berupaya menangani masalah dalam
nyanyian. Bentuk latihan seperti huming, penggunaan vocal ma,me,mi
mo turut boleh membantu memperbaiki nyanyian.
Contoh latihan nyanyian yang boleh diaplikasi ketika vocal drill.
a) Membunyikan H
b) Bunyi bisikan
Sulit- 16 -
c) Latihan suspension secara legato.
Pengajaran teknik vokal
a) Proses menghasilkan vokal menggunakan pernafasan daripada diafragma.
Pelajar atau kanak-kanak yang menyanyi dengan pernafasan yang tidak betul
akan menghasilkan pic yang tidak tepat dan suara yang tegang.
Sulit- 17 -
b) Postur yang betul turut mempengaruhi penrnafasan dan ini membantu dari segi
penghasilan vokal yang baik.
c) Sebutan dan ekspresi bergantung kepada alat-alat artikulasi seperti
rahang,lidah dan gigi. Unsur dalam ekspresi melibatkan frasa,renj
dinamik,tempo dan kelincinan dalam nyanyian.
Sulit- 18 -
Membuat koleksi repertoire nyanyian sesuara dan berlapisan suara untuk
sekolah rendah.
Berikut adalah beberapa cadangan bagi membantu guru merancang dan memilih lagu
dalam menjalankan aktiviti nyanyian dalam bilik darjah daripada koleksi yang sedia
ada.
a) Renj
Memilih lagu yang sesuai untuk suara kanak-kanak mengikut renj yang
bersesuaian.
b) Jeda dan struktur melodi
Jeda menurun dan jarak yang luas digalakan. Struktur melodi adalah
mudah pada setiap frasa dan menggunakan pernafasan yang mudah.
c) Kandungan senikata lagu
Perbendaharan kata paling penting diambil kira melibatkan perkataan
yang mudah disebut, maksud yang mudah difahami. Aktiviti nyanyian
turut membantu pelajar berkaitan perkataan baru.
d) Contoh lagu mudah:
Sulit- 19 -
TAMAT
Sulit- 20 -
TAJUK 2 Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik
SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan pergembangan repertoire untuk meningkatkan
penghargaan estetik dalam p&p muzik.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Membina dan mengembangkan bahan pendengaran yang sesuai untuk
pembelajaran aspek persepsi dan penghargaan estetik.
2. Menghuraikan fungsi,konsep muzik dan elemen estetik semasa mendengar
muzik masyarakat Malaysia.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Sulit- 21 -
Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan
estetik
Perkembangan pendengaran
perseptif
Mengintegrasi aktiviti
pendengaran secara aktif
dalam konsep muzik
Membuat koleksi
repertoire untuk meningkatkan
persepsi estetik
Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan
aspekPenghargaan estetik dalam
sukatan
KANDUNGAN ISI
Perkembangan pendengaran perseptif
Keseronokan dan penghayatan muzik adalah saling berkaitan. Pengembangan
repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik dapat diperkembangkan melalui
beberapa jenis pendengaran iaitu:
Terdapat dua kategori dalam proses pendengaran:
a) Mendengar secara pasif
o Contoh muzik seperti muzik latar untuk filem, atau muzik dalam
kompleks membelibelah.
o Begitu juga muzik yang didengar tanpa mengetahui dan memahami
apa yang berlaku dalam muzik tersebut.
b) Mendengar secara aktif
Pendengar akan menunjukan pemahaman melalui reaksi seperti
mengangguk kepala,ekspresi muka.
Mendengar secara emosi iaitu pendengar memahami
penyampaian lagu dari segi mud lagu.
Mendengar secara perseptif pendengar dapat menganalisa
berkaitan konsep muzik,mud dan memahami dari segi literasi
muzikal.
Mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam mengenalpasti konsep
muzik:
Nilai estetik mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
(a) Pengalaman dalam estetika tidak memerlukan sebarang bentuk tingkah laku.
(b) Pengalaman estetika dinilai oleh individu secara dalaman melibatkan kepuasan dan keseronokan yang dirasai oleh individu itu sendiri.
(c) Nilai estetik merangkumi perasaan dan dapat tindak balas terhadap apa yang didengar dan dilihat.
(d) Nilai estetik juga melibatkan intelektual di mana pemikiran dan kesedaran adalah penting di dalam memberi kesedaran tentang objek yang dilihat atau didengar. Minda kemudiannya akan mengaitkan objek tersebut serta tindak balas kepada pengalaman sebelumnya.
Sulit- 22 -
(e) Bagi mencapai kepuasan estetika, seseorang perlu memberi fokus kepada objek tersebut dan seterusnya memberi pertimbangan yang wajar terhadapnya.
(f) Nilai estetika harus dialami secara langsung. Umpamanya adalah tidak berfaedah untuk seseorang menceritakan perasaan terhadap lagu yang didengar kepada pihak lain kerana pengalaman estetika harus dialami oleh seseorang secara langsung.
Apakah yang anda faham tentang Penghargaan Estetik?
Anda perlu mencari bahan tersebut dan mengemukakan dalam
interaksi besemuka.
Membuat koleksi repertoire untuk meningkatkan persepsi estetik
Dalam topik ini contoh lagu adalah seperti dibawah dan ada berbagai koleksi yang
boleh diperolehi oleh guru untuk aktiviti muzikal dalam bilik darjah.
Contoh lagu Musim buah-buahan.
Sulit- 23 -
Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek
”Penghargaan Estetik” dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik sekolah
rendah.
Bagi menghuraikan topik ini pendengar perlu meneliti dari segi:
a) Fungsi
b) Konsep muzik
c) Elemen estetik
Contoh pendengar boleh menghargai muzik Malaysia seperti memperdengarkan
lagu Muzik Malaysia seperti lagu Dikir Puteri.
Sulit- 24 -
Anda boleh menggunakan contoh lagu Dikir Puter untuk
menginterpretasi lagu tersebut dari segi Fungsi,Konsep
muzik dan Elemen estetik.
Semua bahan anda perlu dimasukan ke dalam
portfolio.Portfolio perlu diserahkan semasa interaksi bersemuka.
Sulit- 25 -
TAJUK 3 Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembelajaran aspek ‘Persepsi & Penghargaan Estetik’.
SINOPSISBerkeupayaan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan melalui kebolehan membina dan mengaplikasikan bahan pengajaran dan pembelajaran daripada internet
HASIL PEMBELAJARAN
Bahan yang sesuai daripada internet juga dibina dan dikembangkan bagi tujuan pengendalian aspek persepsi dan penghargaan estetik dalam bilik darjah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI
Munculnya internet telah mengubah pengalaman muzik, sebahagian melalui
peningkatan kemudahan akses kepada muzik dan pilihan meningkat. Chris
Sulit- 26 -
bahan p&p untuk pembelajaran aspek
‘Persepsi & Penghargaan Estetik’.
Mencari bahan-bahan dari internet
Penilaian dan pemilihan bahan-bahan
Membina bahan
Anderson (2006),dalam bukunya The Long Tail: Mengapa Masa Depan
Perniagaan Jual Kurang dari Lebih, menunjukkan bahawa sementara model
ekonomi penawaran dan permintaan menggambarkan kelangkaan, model
internet runcit didasarkan pada kelimpahan, kos simpanan digital yang rendah,
sehingga syarikat mampu untuk membuat persediaan keseluruhan yang tersedia
secara online, memberikan pelanggan pilihan sebanyak mungkin. Hal ini
demikian menjadi ekonomik untuk menawarkan produk yang sangat sedikit
orang yang tertarik kesedaran pelanggan semakin meningkat dari hasil pilihan
mereka dalam hubungan dekat antara selera mendengar dan identiti sosial.
Kesan lain dari internet muncul dengan komuniti online seperti YouTube,
MySpace dan Facebook. MySpace telah membuat rangkaian sosial dengan
muat turun lebih mudah, dan sangat memudahkan pengedaran muzik
seseorang. YouTube juga mempunyai komuniti yang besar dari kedua-dua
pengguna amatur dan profesional yang menghantar video dan komen. Golongan
profesional juga menggunakan YouTube sebagai penerbit bebas dari bahan
promosi. Pengguna YouTube, misalnya, tidak lagi hanya mendownload dan
mendengar MP3, tetapi juga aktif membuat muzik sendiri. Menurut Don Tapscott
dan Anthony D. Williams(2006), dalam buku mereka Wikinomics, telah terjadi
pergeseran dari peranan pelanggan tradisional untuk apa yang mereka sebut
"prosumer" peranan, seorang pelanggan yang baik mencipta dan mengambil.
Manifestasi ini dalam muzik termasuk pengeluaran mashes, remix, dan video
muzik oleh pengemar muzik.
Mencari bahan-bahan dari internet
Teknologi multimedia sejak kebelakangan ini menjadi salah satu bahan
penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan. Teknologi multimedia menjadi
menarik kerana teknologi ini diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun
sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas
dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang
memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video
dalam satu perisian (Jacobs,1992). Bahan ini boleh diakses melalui perlbagai blog,
laman web ,you tube atau sebagainya yang boleh dimuat turun dengan mudah.
Penilaian dan pemilihan bahan-bahan
Sulit- 27 -
Bahan bagi penilaian dan pemilihan bahan –bahan yang dimuat turun dari internet memerlukan beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian oleh guru antaranya:
i) Bahan yang bertepatan dengan p&p
Pemilihan bahan yang besesuaian mengikut keperluan guru untuk digunakan dalam p&p dalam bilik darjah dan aktiviti yang menyeronokan.
ii) mutu rakaman audio yang baik
Mutu audio penting dalam menjalankan aktiviti dalam bilik darjah
iii) mutu rakaman visual yang baik
Mutu rakaman visual perlu diberi penekanan agar kejelasan dan memberi kefahaman kepada pelajar
iv) bahan yang tidak mengandungi unsur kurang baik
Elemen bahan terlarang yang mungkin mengundang isu adalah perlu di elakan
v) mudah kpd guru mengendaliknya
Bahan yang diperolehi perlu difahami oleh guru dan memudahkan guru mengendalikan.
Membina bahan–bahan dari internet dan cara-cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah.
Dalam membina bahan-bahan dari internet beberapa cadangan disenaraikan seperti
berikut:
Pengajaran dan pembelajaran Asas Pendidikan Muzik
Menurut Hofstetter (1998), penggunaan bahan bantu komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan muzik melibatkan aktiviti notasi dan juga aural test seperti
dinyatakan:
“Most existing programs related to music education have concentrated
such as recognition and dictation of rhythm patterns, musical intervals, melody
paterns, chord qualittes and harmonics progressions” Hofstetter (1998).
Namun begitu penggunaan bahan bantu komputer dalam pengajaran berdasarkan CAI,
dinyatakan oleh O’Shea dan Self (1983) sebagai pendekatan yang yang mesra dalam
pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dalam Pendidikan Muzik penggunaan
aplikasi CAI telah diperkenalkan oleh Gross (1984), dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran melibatkan latih tubi dan latihan dalam kemahiran asas muzik. Sistem
Sulit- 28 -
aplikasi CAI dikenali sebagai GUIDO telah diperkenalkan oleh Hoffstetter 1975;
Hoffstetter 1981) dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran asas
pendidikan muzik dalam menguji pendengaran berdasarkan respon oleh pelajar.
Terdapat juga penggunaan aplikasi muzik melibatkan multimedia seperti MiBAC Music
Lesson, Music Ace And Practice Musica dan telah diperbaharui applikasinya oleh MTNA
(1996). Menurut Trewin(1999), penggunaan bahan bantu komputer berbentuk aplikasi
ini telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam latihan pendengaran melalui strategi
pengajaran yang pelbagai.
Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran persembahan Muzik
Dalam pendidikan muzik aktiviti tidak hanya melibatkan kemahiran asas tetapi juga
pengukuhan dalam aspek kemahiran persembahan muzik. Swanwick(1979),
menyatakan :
“other aural abilities relevant to musical performance should be develope such as playing by ear and using feedback to correct one”s own performance” Swanwick (1979).
Keberkesanan penggunaan bahan bantu komputer dalam pendidikan muzik turut
disokong oleh Lamb dan Buckley (1985), juga oleh Yoshinori dan Nagaoka (1985), iaitu
penggunaan visual feedbacak dalam grafik piano seterusnya penghasilan kemahiran
dalam bentuk grafik kepada pelajar. Pendekatan ini turut digunakan dalam Piano Tutor
Project oleh Dannenberg (1990), pendekatan ini bertujuan dalam peningkatan
kemahiran psikomotor penjarian permainan piano. Dalam pendekatan ini aplikasi
tutorial, video persembahan pemain muzik piano dan juga pelajar boleh menilai
kemahiran melalui latihan yang diberikan.
Baker (1992), telah memperkenalkan bahan bantu komputer kepada pelajar yang
dinamakan ‘interpretative abilities of student ‘ singkatanya INTERPRET iaitu
penambahbaikan dari segi aural dan visualfeedback dalam pendekatan aplikasi.
Smoliar (1995), telah membina satu bahan bantu komputer
Yang boleh diaplikasi melalui MIDI kibod, dan disalurkan ke dalam komputer untuk
paparan visual dan ini telah membantu pelajar dari segi kemahiran dinamik, artikulasi
dan pelajar dapat melihat skor lagu di skrin komputer.
Sulit- 29 -
Keberkesanan penggunaan bahan bantu komputer dalam pendidikan muzik telah
memberikan kesan yang baik kepada pelajar melalui pendekatan yang diperkenalkan.
Penggunaan bahan bantu komputer dalam Menganalisa Muzik
Penggunaan bahan bantu komputer dalam menganalisa muzik telah
diperkenalkan oleh Gross (1975), dalam skel melodik, harmoni analisa dan satu set
latihan teori muzik. Penggunaan bahan bantu ini memberikan faedah melalui dapatan
kajian yang dijalankan.
Bahan bantu komputer dalam menganalisa muzik telah diperkenalkan oleh
Baker (1989) dan Robbie (1994), bertujuan membantu pelajar dalam ujian teori muzik.
Alphonce (1980), telah memperkenalkan bahan bantu yang boleh mengenal pic notasi,
nilai not, interval dan kombinsi kord dalam skor lagu.
Blombach (1981), telah memperkenalkan aplikasi bahan bantu komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam menganalisa sebuah skor lagu dan juga apresiasi
muzik yang berkaitan Bach. Melalui bahan ini pelajar dapat menulis renj suara yang
bersesuaian dalam empat lapisan suara. Pelajar juga dapat membuat latihan
berpandukan aplikasi yang disediakan.
Generative Theory for Tonal Music (GTTM), telah diperkenal oleh Lerdhal dan
Jackendoff (1983), sebagai satu bahan bantu komputer yang diberkaitan teori muzik.
Melalui dapatan kajian oleh Baker (1989), dan Robbie (1994) mendapati penggunaan
bahan bantu komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah membantu pelajar
dalam memahami teori muzik dengan lebih baik.
Penggunaan bahan bantu komputer dalam Gubahan Muzik.
Dalam penggunaan bahan bantu komputer dalam gubahan muzik pendekatan
konsep mudah kepada pendekatan eksplorasi telah digunakan dalam membentuk
potensi gubahan seseorang pelajar.
Bamberger (1974), telah memperkenalkan bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik melalui teknik permainan pendidikan interaktif dalam
gubahan muzik yang dikenali sebagai “Music Logo”. Idea dalam penggunaan bahan
bantu pengajaran dan pembelajaran ini berdasarkan pembelajaran melalui model iaitu
Sulit- 30 -
bina dan menguji binaan tersebut. Kajian oleh Bamberger (1991), menunjukan
penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran ini telah membantu pelajar
dalam pengetahuan muzikal melalui permainan interaktif.
Penggunaan bahan bantu komputer dalam pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan gubahan harmoni berdasarkan konsep teoritikal telah diperkenalkan oleh
Sorisio (1987) dan Tobias (1988) dalam membantu pelajar mengenal, memainkan dan
mengubah satu gubahan harmoni. Cook (1994), turut memperkenalkan bahan bantu
komputer melalui pengetahuan muzik, dengan panduan dan masalah dalam gubahan.
Dapatan kajian oleh Cook (1998), penggunaan bahan bantu komputer ini telah
membantu guru dalam pengajaran domain utama gubahan, teknik pemeringkatan dalam
pedagogi.
Oleh itu penggunaan bahan bantu komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik telah pelajar dan guru untuk memahami dengan lebih
berfokus seperti dinyatakan oleh Levitt (1985), “musical must compose something
interesting”, dan membantu membentuk perkembangan pelajar terhadap keperluan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran
pendidikan muzik berjaya mengubah satu pradigma dalam proses pengajaran di dalam
bilik darjah. Berdasarkan dinyatakan sistem penggunaan bahan bantu pengajaran dan
juga domian pengetahuan serta strategi yang digunakan.
Anda dikehendaki melayari internet dan mencari maklumat
berkaitan bahan yang sesuai untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Anda perlu mencari bahan samada
berkaitan rekoder,koir, atau teori.
Semua bahan anda perlu dimasukan ke dalam portfolio.Portfolio perlu
diserahkan semasa interaksi bersemuka.
TAMAT
Sulit- 31 -
BIBLIOGRAFI
Abeles (1990). Foundation Of Music Education.New York :Schirmer Books.
Anthony Seeger (2004). Music Education as a Means of Preserving an Indigious Culture. Los Angeles.University Of California.
Flohr, J.W. (2004). Musical lives of young children.New Jersey:Prentice Hall Inc.
Herrold,R.M.(2001). New appraoches to elementry classoom music, 3ed. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Persellin,D.(1999). Research on Music Teaching And Learning During Elementary School Years. International Foundation For Music Research 1-4.
Reimer, Bennett (2003). A Philosophy Of Music Education. 3d ed. Englewood Cliffs, NJ:Prentice Hall.
Sue, Hallam ( 2003). The strenght of music influence on our lives. London. University Press.
Sulit- 32 -
PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
En Mubin Bin Md Nor
Pensyarah IPG Kampus Ipoh31150 Hulu KintaIpoh Perak D.Ridzuan
mubin@ipip.edu.my
KelulusanM.Ed (Music) UPSIB.Ed (Music) UPSIDiploma Perguruan Khas(Pend Muzik) IPGPPSijil Perguruan Asas (Pend Muzik) IPGIK
Pengalaman Pensyarah Pendidikan Muzik (5 tahun )Guru Muzik (15 tahun)
(NAMA)
(JAWATAN)
(EMEL)
(KELULUSAN)
PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(PENGALAMAN KERJA)
(NAMA)
(JAWATAN)
(EMEL)
(KELULUSAN)
PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(PENGALAMAN KERJA)
Sulit- 33 -
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat
Sulit- 34 -
top related