modul latihan negeri

Post on 05-Jul-2015

428 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Daripada:

Sekretariat Muar

Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.

Program Pautan Kasih merupakan aktiviti yang

diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman mendekati warga emas dan memupuk jati diri serta pengukuhan nilai-nilai murni bagi semua pelajar. Ia juga sebagai satu program untuk menerapkan nilai kemasyarakatan dan mengeratkan kerjasama serta perpaduan kaum dikalangan pelajar-pelajar KRS yang terlibat.Ia juga sebagai satu jambatan bagi memperlengkapkan pelajar-pelajar ke arah proses sosial dan penerapan nilai - nilai masyarakat setempat secara realistik.Program ini juga diadakan sebagai satu landasan bagi mewujudkan suatu hubungan bermakna diantara mereka yang terlibat.

1. Kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang semakin luntur dikalangan masyarakat.

2. Mengembalikan keceriaan dikalangan warga emas.

Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat.

Mengukuhkan ikatan persaudaraan kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan.

Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.

Memupuk nilai kepimpinan dan jati diri serta persefahaman dikalangan pelajar agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

Mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dikalangan semua peserta yang berbilang kaum.

Nama program : Pautan Kasih

Tempat : Rumah Seri Kenangan Bukit

Gambir, Ledang

Peserta : 80 ahli KRS Negeri Johor

(8 org setiap daerah)

Tarikh : Jun 2013

Kerjasama : Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor

PENGERUSI : PENGARAH PELAJARAN JOHOR

TIMB. PENGERUSI : TIMB. PENGARAH

NAIB. PENGERUSI : KETUA SEKTOR PENGURUSAN

PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

PENYELARAS : PENYELIA PASUKAN

BERUNIFORM NEGERI JOHOR

PEN. PENYELARAS : SEKRETARIAT KRS NEGERI

SETIAUSAHA :

PEN. SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

1. Pendaftaran dan Kecemasan.

2. Pengangkutan

3. Makanan

4. Peralatan

5. Buku Program

6. Laporan dan dokumentasi

7. Cenderamata dan hadiah

8.00 pg : Berkumpul di PPD Muar.

8.30 pg : Bertolak

9.00 pg : Taklimat Aktiviti / Pembahagian

kumpulan

10.00 pg : Minum pagi

10.30 pg : Aktiviti Gotong-Royong

1.00 tgh : Makan dan Solat

2.30 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

dan cenderahati.

4.00 ptg : Bertolak balik ke PPD.

PENERIMAAN

Peruntukan Kokurikulum JPN RM 2000.00

Sumbangan JKM RM 1500.00

Sumbangan Luar RM 500.00

JUMLAH RM 3000.00

1. Makan RM 800.00

2. Sijil dan cenderahati RM 200.00

3. Pengangkutan RM1000.00

4. Peralatan RM 750.00

5. Lain-lain perbelanjaan RM 250.00

JUMLAH RM3000.00

Surat kepada

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Semua PPD Daerah

3. Polis

4. Komuniti (Ketua Kampung, Penghulu dsb)

top related