minit mesyuarat focus group negeri bil 3_2014.pdf
Post on 26-Dec-2015
287 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SULIT
1
SULIT
MINIT MESYUARAT FOCUS GROUP
PEMBASMIAN KEMISKINAN PERINGKAT NEGERI JOHOR BIL. 3/2014
Tarikh : 26 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya.
HADIR 1. Tuan Haji Norizan bin Kulob - Pengerusi
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor 2. YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan
Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
3. Tuan Haji Ahmad bin Haji Ma’in Pegawai Daerah Segamat 4. Tuan Haji Mohd Halim bin Hasbullah Pegawai Daerah Kulaijaya 5. Encik Kamarudin bin Abdullah Pegawai Daerah Pontian 6. Tuan Haji Mohd Nasir bin Abd Salam Pegawai Daerah Mersing
SULIT
2
SULIT
7. Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 8. Puan Sarinah binti Apisah Pengarah Bahagian Pemantauan Projek Cawangan Negeri Johor Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) 9. Tuan Haji Munir bin Mohd Nawi Pengarah, Jabatan Perikanan Negeri Johor 10. Encik Wan Assim bin Wan Sheikh Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor TURUT HADIR
1. YBhg. Datuk Daud Bin Arbah Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor 2. Encik Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri 3. Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas Timbalan Pegawai Kewangan Perbendaharaan Negeri Johor 4. Puan Hajah Norzita binti Hashim Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor 5. Encik Adi Azlan bin Ahmad Othman Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
SULIT
3
SULIT
6. Puan Suharni binti Othman Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) 7. Encik Mohd Shafie bin Mustafa Penolong Pengarah (Agihan), Majlis Agama Islam Johor 8. Dr. Siti Nur Khadijah binti Md.Yunos Pengawai Veteriner, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor 9. Encik Sufian bin Suleiman
Penolong Pengarah, Unit Perang Ekonomi Negeri Johor
10. Puan Juraidah binti Hj Hassan Pengurus Eksekutif, Yayasan Bandaraya Johor Bahru 11. Encik Azlan bin Amzah Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
12. Tuan Haji Musliman bin Tasim Pegawai Ehwal Ekonomi, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
13. Encik Rosli bin Hussin Penyelia Kanan Kebajikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor 14. Tuan Haji Rofie bin Subari Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat
15. Encik Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah
Ketua Penolong Pegawai, Daerah Ledang 16. Encik Mustafa Kamal bin Abdullah
Penolong Pegawai Daerah Kluang
SULIT
4
SULIT
17. Encik Mohamad Nafis bin Abd. Razam Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru 18. Encik Zairul Adilla bin Haji Zaini Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi 19. Encik Abdul Hakim bin Abd.Manap Penolong Pegawai Daerah Muar 20. Puan Fairuz Nawwar binti Shamsusah Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Muar 21. Encik Muhamad Saidan bin Sanib Associate, Bahagian Pembangunan Sosial,
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
22. Tuan Haji Adnan bin Abdul Ghani Ketua Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang
23. Puan Hajah Sumini binti Mohd Lahir Pengurus, Bahagian Pembangunan Sosial Dan Kemajuan Desa,
KEJORA 24. Puan Rosnita binti Salim Penolong Pengarah JobsMalaysia 25. Tuan Haji Paing bin Giman Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Lembaga Pertubuhan
Peladang NegeriJohor 26. Encik Izhar bin Talib Pembantu Pertanian, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor 27. Encik Anuar bin Hassan Pembantu Penyelidik, MARDI Negeri Johor
SULIT
5
SULIT
28. Puan Nor Azah binti Md Dom Pegawai Tadbir LPPKN Negeri Johor 29. Puan Norliza binti Abdul Shukor Penolong Pegawai Pertanian RISDA Negeri Johor 30. Encik Shahrul Shafique bin Hamidon Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Batu Pahat 31. Puan Alis binti Wahari Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Kluang 32. Puan Siti Rohaya binti Mohd Yusof
Ketua Kerani Kewangan Pejabat Setiausaha Pembangunan Menteri Besar
33. Encik Muhamad Azli bin Daud Pembantu Tadbir, Yayasan Bandaraya Johor Bahru 34. Puan Hajah Roziliah binti Ali Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Kulaijaya 35. Puan Nurul Amira binti Tumiran Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Kulaijaya 36. Puan Zaiton binti Mohd Ali Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Kerajaan Tempatan
TIDAK HADIR DENGAN MAAF
1. Encik Mohd Ali bin Taib Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor
SULIT
6
SULIT
URUSETIA
1. Puan Norhidayah binti Jelani Penolong Pengarah (Pembasmian Kemiskinan) Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
2. Puan Sapniza Tunisah binti Sapari Pegawai Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
3. Encik Shahrizan bin Zakariah Pegawai Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
4. Cik Nurhasyimah binti Norani
Pegawai Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
5. Puan Norhaniza binti Abdul Narim
Pembantu Perangkaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
6. Encik Mohamad Rafiuddin bin Zakaria
Pembantu Perangkaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
SULIT
7
SULIT
I. PENDAHULUAN
1.1 Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor menyampaikan salam
takzim YB Dato’ Hj Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor (SUKNJ) yang tidak dapat mempengerusikan
mesyuarat kali ini atas urusan rasmi lain dan meminta supaya
Timbalan Setiausaha Kerajaan mewakili beliau.
MAKLUMAN
II. AMANAT YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
2.1 YB SUKNJ mengucapkan salam dan terima kasih di atas
kehadiran ahli-ahli Mesyuarat Focus Group Pembasmian
Kemiskinan Peringkat Negeri Johor ke mesyuarat kali ketiga
tahun 2014;
2.2 Seterusnya YB SUKNJ mengucapkan setinggi–tinggi
penghargaan kepada Mantan Pegawai Kemajuan Negeri
Johor, YBrs. Tuan Haji Nor Rizan bin Mohd Thani yang telah
dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atas
khidmat beliau selama ini dan seterusnya mengalu-alukan
kedatangan YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan sebagai
Pegawai Kemajuan Negeri Johor yang baru.
MAKLUMAN
SULIT
8
SULIT
III. PERUTUSAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
YB SUKNJ seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:
3.1 KOMITMEN KERAJAAN PERSEKUTUAN
(i) Ucapan Bajet Tahun 2015 iaitu ”BAJET 2015: EKONOMI
KEPERLUAN RAKYAT” yang telah dibentangkan oleh
YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Razak pada 10 Oktober
2014 menunjukkan iltizam yang jitu Kerajaan
Persekutuan terhadap usaha untuk meningkatkan taraf
dan kualiti hidup rakyat khususnya golongan yang
berpendapatan rendah;
(ii) Pelaksanaan tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP) Negara, sepuluh Rancangan Malaysia, empat
dasar pembangunan Negara iaitu Dasar Ekonomi Baru
(DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar
Wawasan Negara dan Dasar Transformasi Nasional
adalah berkisar kepada pembasmian kemiskinan,
peningkatan pendapatan dan penyusunan semula
masyarakat tanpa meminggirkan pembangunan modal
insan. Kesemua ini menjadi teras kepada segala
pendekatan yang akan digariskan dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 yang dikenali sebagai Strategi
SULIT
9
SULIT
Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian
National Development Strategy (MyNDS).
(iii) Penggubalan Bajet 2015 berfokuskan Ekonomi
Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi
utama iaitu memperkukuh pertumbuhan Ekonomi,
Memantap Tadbir Urus Fiskal, Mengupaya Modal Insan
dan Keusahawanan, Memperkasa Agenda Bumiputera,
Memartabat Peranan Wanita, Membangun Program
Transformasi Belia Negara dan Mensejahterakan Rakyat;
dan
(iv) Bagi Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
keprihatinan Kerajaan terutama kepada golongan yang
memerlukan, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM2.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program
khusus antaranya menyediakan RM1.2 bilion bantuan
kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga
emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Peningkatan
kadar bantuan OKU daripada RM300.00 kepada
RM350.00 bagi OKU bekerja manakala RM150.00
kepada RM200.00 bagi OKU tidak bekerja menunjukkan
keprihatianan kerajaan terhadap keperluan rakyat.
MAKLUMAN
SULIT
10
SULIT
3.2 PENYELARASAN BANTUAN
(i) Peruntukan pembangunan (Bajet 2015) berjumlah
RM50.5 bilion, sektor sosial diperuntukkan sebanyak
RM12.6 bilion iaitu kedua tertinggi selepas sektor
ekonomi (RM29.3 bilion). Sektor ini merangkumi
pelaksanaan program-program pendidikan dan latihan,
kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat;
dan
(ii) Tindakan penyelarasan program dan penyaluran bantuan
daripada agensi persekutuan dan negeri dilaksanakan
segera dan sepanjang masa agar matlamat Kerajaan
dalam memastikan penyampaian bantuan direalisasikan
sepenuhnya. Di samping itu, semua agensi diminta untuk
menilai semula keperluan sebenar penerima bantuan
khususnya yang bertujuan untuk meningkatkan sumber
pendapatan agar outcome program tercapai.
MAKLUMAN
SULIT
11
SULIT
3.2 STATISTIK KEMISKINAN KETUA ISI RUMAH (KIR) eKASIH
SEHINGGA 15 OKTOBER 2014
(i) Sehingga 15 Oktober 2014, pendaftaran KIR eKasih
Negeri Johor yang telah disahkan adalah sebanyak
19,438 KIR. Daripada jumlah tersebut, 179 KIR berstatus
Miskin Tegar, 2,816 KIR berstatus Miskin, 124 KIR
berstatus Mudah Miskin dan 16,319 KIR berstatus
Terkeluar;
(ii) Hasil daripada penyelarasan bantuan, bilangan KIR yang
belum menerima bantuan (BTB) di negeri Johor telah
menurun sebanyak77.2 peratus iaitu 5 KIR berbanding 22
KIR pada 1 Julai 2014;dan
(iii) Pelaksanaan kaedah lock figure bagi mencapai Sasaran
Sifar Peratus Miskin Tegar mula menampakkan hasil.
Walau bagaimanapun dengan tempoh masa yang berbaki
hanya dua bulan, semua pihak perlu mempertingkatkan
pelaksanaan inisiatif.
MAKLUMAN
SULIT
12
SULIT
3.2 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANTUAN DALAM
eKASIH
(i) Kerajaan telah dan akan menyalurkan banyak peruntukan
kepada golongan sasar dengan tujuan untuk
meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Sehubungan
dengan itu, setiap jenis bantuan yang telah disalurkan
kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)
eKasih haruslah direkod dan dikemas kini dalam sistem
eKasih. Tindakan ini penting kerana sistem eKasih
merupakan rujukan utama semua pihak, khususnya
Kerajaan Persekutuan sama ada dalam pelaporan dan
perancangan pelaksanaan program pembasmian
kemiskinan;
(ii) Semua pejabat daerah dan agensi pemberi bantuan di
negeri Johor sentiasa melaksanakan aktiviti
pengemaskinian maklumat setelah sesuatu bantuan
diberikan kepada golongan sasar. Kesegeraan ini dapat
memberikan gambaran yang sebenar tentang keperluan
peruntukan pelaksanaan program pembasmian
kemiskinan Negeri Johor; dan
(iii) Komitmen oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Johor (PPPNJ) dalam membantu dan memberi
khidmat nasihat berkaitan dengan pengemaskinian
maklumat dalam sistem eKasih dan penyelarasan
SULIT
13
SULIT
program/bantuan perlu disambut dengan baik dan
digunakan sepenuhnya oleh semua pihak;
MAKLUMAN
IV. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.2/2014
Minit Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat
Negeri Johor Bil. 2/2014 bertarikh 8 Julai 2014 disahkan tanpa
pindaan.
V. PERKARA–PERKARA BERBANGKIT
5.1 Kertas Bil.1/2014 Inisiatif Menangani Kemiskinan Tegar
Yang Berdaftar Dalam Sistem eKasih Bagi Negeri Johor
(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(i) berdasarkan lock figure iaitu 363 KIR Miskin Tegar
pada 1 Julai 2014, SDO Johor, Pejabat-pejabat
Daerah dan jabatan/agensi pemberi bantuan telah
melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:
Mobile Team iaitu lawatan bersama bagi tujuan
mengenal pasti dan menyelaras keperluan
bantuan peserta;
SULIT
14
SULIT
Mesyuarat Penyelarasan Program Pembasmian
Kemiskinan untuk menyelaras permohonan dan
penyaluran bantuan;
Flying Squard pemutihan yang bertujuan untuk
mengenal pasti perubahan pendapatan peserta
eKasih dan keperluan bantuan Miskin Tegar;
Lab Data Cleaning bagi mengemaskini
maklumat peserta dalam eKasih.
(ii) Mesyuarat Khas Program Bantuan Rumah (PBR)
Negeri Johor telah diadakan oleh UPEN Johor pada
11 Ogos 2014. Mesyuarat telah bersetuju dengan
agihan peruntukan sebanyak RM97,000.00 kepada
setiap daerah. Pelaksanaan PBR Fasa 2 ini meliputi
pembinaan 16 unit Bina Baru dengan kos
RM640,000.00 dan 22 unit Baik Pulih dengan kos
RM237,000.00. Pelaksanaan ini dijangka siap
sebelum 15 Disember 2014.
(b) Mesyuarat bersetuju supaya:
(i) semua Pejabat Daerah menyegerakan pelaksanaan
projek ini;
SULIT
15
SULIT
(ii) UPEN Johor memantau secara rapi pelaksanaan
projek ini supaya disiapkan dan dibuat pembayaran
dalam tahun semasa.
TINDAKAN : UPEN Johor dan Semua Pejabat Daerah
VI. KERTAS MAKLUMAN/PERTIMBANGAN
6.1 Kertas Bil 1/03/2014 daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor bertajuk “Status Sasaran Sifar Peratus Miskin Tegar Negeri Johor Tahun 2014”
Kertas telah dibentangkan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan
Negeri Johor, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Johor.
(a) Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa:
(i) tujuan pembentangan adalah untuk memaklumkan
kepada Mesyuarat Focus Group Pembasmian
Kemiskinan Peringkat Negeri Johor mengenai status
pencapaian sasaran sifar peratus Miskin Tegar
mengikut daerah sehingga 15 Oktober 2014, inisiatif
SULIT
16
SULIT
yang telah dilaksanakan dan Way Forward bagi
pelaksanaan pemutihan Miskin Tegar Negeri Johor;
(ii) jumlah KIR Miskin Tegar eKasih di Malaysia
sehingga 15 Oktober 2014 adalah sebanyak 56,636
KIR. Berdasarkan kepada kategori Miskin Tegar,
negeri Johor di kedudukan keempat dengan jumlah
seramai 179 KIR. Kategori lain pula bagi negeri Johor
adalah 2, 816 KIR Miskin, 124 Mudah Miskin dan 16,
319 KIR di bawah kategori Terkeluar;
(iii) sehingga 15 Oktober 2014, enam daerah iaitu
Mersing, Segamat, Ledang, Kluang, Kulaijaya dan
Muar telah mencapai sifar pertaus Miskin Tegar. Baki
keseluruhan Miskin Tegar adalah sebanyak 129 KIR
(35.5%) yang meliputi daerah Pontian
(23 KIR), Batu Pahat (45 KIR), Johor Bahru (42 KIR)
dan Kota Tinggi (19 KIR).
(iv) trajektori pelaksanaan sifar peratus Miskin Tegar
menunjukkan bahawa dengan komitmen yang tinggi
oleh semua pihak sama ada dalam pemantauan
ataupun pelaksanaan inisiatif-inisiatif membolehkan
sasaran sifar peratus Miskin Tegar pada 31
Disember 2014 dapat dicapai;
(v) purata pendapatan per kapita bagi 129 KIR Miskin
Tegar adalah sebanyak RM93.49 per kapita bagi 41
KIR yang mempunyai 1 hingga 5 orang Ahli Isi
SULIT
17
SULIT
Rumah (AIR), RM102.60 per kapita bagi 79 KIR yang
mempunyai 6 hingga 10 AIR dan RM103.94 per
kapita bagi 9 KIR yang mempunyai 11 hingga 15 AIR;
(vi) berdasarkan kepada perbezaan dengan jumlah
pendapatan per kapita Miskin Tegar iaitu RM130
sebulan, purata pendapatan per kapita yang
diperlukan untuk membolehkan mereka melepasi
garis Miskin Tegar adalah antara RM27.06 hingga
RM37.51. Oleh itu keperluan tambahan pendapatan
isi rumah adalah antara RM187.55 hingga RM405.90
dengan pecahan seperti berikut iaitu RM37.51
hingga RM187.55 bagi yang mempunyai tidak
melebihi 5 AIR, RM102.60 hingga RM284.00 bagi 6
hingga 10 AIR dan RM297.66 hingga RM405.90 bagi
yang mempunyai 11 hingga 15 ahli isi rumah;
(vii) taburan penerimaan bantuan menunjukkan seramai
78 KIR menerima 2 jenis bantuan, 24 KIR menerima
antara 3 hingga 4 jenis bantuan dan bakinya iaitu 28
KIR hanya menerima bantuan BR1M sahaja;
(viii) komitmen yang tinggi dan tumpuan khusus oleh
semua pihak terhadap lock figure Miskin Tegar,
pengemaskinian data yang berterusan oleh agensi-
agensi pemberi bantuan di samping memperluaskan
pemberian ID eKasih ke peringkat daerah dan
penilaian semula ke atas penerima serta jenis
SULIT
18
SULIT
bantuan yang diberikan merupakan faktor utama
dalam pencapaian Sifar Peratus Miskin Tegar Tahun
2014;
(ix) Mobile Team, Flying Squard, Lab Data Cleaning,
Sesi Meja Bulat merupakan inisiatif-inisiatif utama
yang dilaksanakan secara bersama oleh SDO Johor,
Pejabat-pejabat Daerah dan jabatan/agensi pemberi
bantuan;
(ix) terdapat 14 KIR Miskin Tegar yang dikategorikan
sebagai peserta belum menerima bantuan (BTB).
Hasil daripada penyelarasan bersama jabatan/
agensi pemberi bantuan pada 2 September 2014,
seramai 3 KIR telah diperakukan untuk diproses.
Manakala 11 KIR tidak diperakukan sebagai BTB
atas faktor telah meninggal dunia dan merupakan
penerima BR1M. Di samping itu terdapat tambahan
2 KIR yang baru dan telah diperakukan kepada
jabatan/agensi pemberi bantuan; dan
(x) Way forward bagi pelaksanaan Sifar Peratus Miskin
Tegar Negeri Johor adalah seperti berikut:
(1) penetapan 1 Januari 2015 sebagai cut off bagi
lock figure baru;
(2) menyegerakan pengemaskinian data eKasih
oleh jabatan/agensi pemberi bantuan. Ini akan
dilaksanakan melalui:
SULIT
19
SULIT
menyediakan Data Trading Centre (DTC) di
pejabat SDO Johor untuk kegunaan
jabatan/agensi mengemaskini maklumat
dalam sistem eKasih; dan
memperluaskan pemberian ID eKasih
kepada jabatan/agensi pemberi bantuan di
peringkat daerah;
(3) membuat penilaian kepada peserta Miskin
Tegar dalam tempoh 3 bulan daripada peserta
tersebut didaftarkan ke dalam sistem eKasih.
Tempoh masa ini bertujuan untuk
memastikan peserta tersebut dilibatkan
segera dalam pelaksanaan program-
program pembasmian kemiskinan.
(b) Mesyuarat mengambil maklum:
(i) akan pandangan Pegawai Daerah Segamat supaya
Jabatan/Agensi pemberi bantuan membuat penilaian
semula ke atas kadar bantuan yang diberikan dan
had bilangan bantuan sejajar dengan peningkatan
kos sara hidup semasa;
(ii) akan penjelasan bahawa KPKT sedang membuat
penilaian dan semakan semula ke atas pelaksanaan
SULIT
20
SULIT
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar seperti
Program Bantuan Rumah dan Program Peningkatan
Pendapatan. Secara asasnya penolakan
permohonan bantuan disebabkan oleh peserta
memohon bantuan di bawah kategori/jenis yang
sama dengan kelulusan yang sedang/telah diterima
sama ada dari KPKT ataupun jabatan/agensi lain.
(c) Mesyuarat bersetuju:
(i) dengan keterangan dan cadangan seperti di
perenggan (a);
(ii) daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Kota Tinggi dan
Pontian perlu meningkatkan pelaksanaan inisiatif-
inisiatif bagi mencapai sasaran sifar peratus Miskin
Tegar pada 31 Disember 2014;
(iii) semua jabatan/agensi pemberi bantuan mengambil
perhatian kepada perkara di perenggan (b) (i);
TINDAKAN : Semua Pejabat Daerah, KKLW, KPWKM, KPKT, JKM, MAIJ, DOA, DVS, DOF, LPNM dan JPN.
SULIT
21
SULIT
6.2 Kertas Bil.2/2014 daripada Pejabat Daerah Mersing bertajuk “Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Daerah Mersing Melalui Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)”
Kertas telah dibentangkan oleh Pegawai Daerah Mersing.
(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(i) Daerah Mersing adalah satu-satunya daerah di Johor
yang terlibat dalam pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur atau East Coast Economic Region
(ECER) selain negeri Pahang, Terengganu dan
Kelantan. Rangka pembangunan wilayah ini bermula
2007 hingga 2020 iaitu selama 12 tahun;
(ii) projek-projek oleh ECER yang memberikan impak
kepada Pembasmian Kemiskinan di daerah Mersing
adalah seperti Projek Terminal Jahitan, Pusat
Pembinaan dan Pembaikan Bot (BBRC), Program
Pembangunan Minda Insan (EMPOWER), Program
Pembangunan Usahawan ECER (EEDP) dan Projek
Agropolitan Ternakan Lembu Tenusu;
SULIT
22
SULIT
(iii) maklumat dan objektif projek-projek tersebut adalah:
Projek Terminal Jahitan
Projek ini mula beroperasi pada 1 November
2010 dan diuruskan oleh Giat Mara Sdn Bhd.
dan Mersing Needle sebagai syarikat induk.
Telah menyediakan peluang pekerjaan kepada
12 KIR eKasih yang merupakan Ibu-ibu Tunggal
di daerah Mersing. Purata pendapatan minimum
bulanan adalah sebanyak RM1,000 seorang.
Pusat Pembinaan dan Pembaikan Bot (BBRC)
Mula beroperasi pada November 2011 dengan
melibatkan seramai 122 peserta termasuk AIR
eKasih. Bertujuan untuk menyediakan latihan
dalam bidang pembaikan dan pembinaan bot
gentian kaca dan enjin kepada anak-anak
nelayan.
Program Pembangunan Minda Insan (EMPOWER)
bertujuan untuk mempertingkatkan pembinaan
kapasiti peserta menerusi kursus-kursus
kemahiran, akademik dan keusahawanan
dengan tumpuan pemilihan diberikan kepada
golongan yang berpendapatan rendah
SULIT
23
SULIT
khususnya pekerja kurang mahir, belia yang
sedang mencari pekerjaan dan ibu tunggal.
(b) Mesyuarat bersetuju:
(i) dengan keterangan dan cadangan seperti di
perenggan (a); dan
(ii) pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan
yang dilaksanakan oleh daerah Mersing dijadikan
contoh oleh daerah-daerah lain dalam melaksanakan
pembasmian kemiskinan masing-masing.
MAKLUMAN
6.3 Kertas Bil. 3/2014 daripada Pejabat Daerah Segamat bertajuk
“Inisiatif Pejabat Daerah Segamat Dalam Menangani Kemiskinan Tegar eKasih”
Kertas telah dibentangkan oleh Pegawai Daerah Segamat.
(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(i) data eKasih bagi Daerah Segamat sehingga 20 Oktober
2014 adalah berjumlah 2,184 KIR dengan status sifar
Miskin Tegar dan 85 KIR Miskin;
(ii) inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ialah:
SULIT
24
SULIT
penyelarasan dalam pemberian bantuan oleh agensi
pemberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Johor
(MAIJ) merupakan faktor kejayaan pencapaian sifar
peratus Miskin Tegar daerah;
penubuhan Koperasi eKasih Segamat Johor Berhad
(kelulusan penubuhan pada 18 September 2014).
Keahlian berjumlah seramai 2,195 orang yang terdiri
daripada peserta eKasih. Tanah koperasi berjumlah
244.15 ekar di mukim Gemas, Jabi dan Labis
diusahakan dengan aktiviti pertanian, perikanan air
tawar, perumahan dan aktiviti peruncitan; dan
Penubuhan Yayasan Majlis Daerah Segamat dan
Yayasan Majlis Daerah Labis. Dana bagi kedua-dua
yayasan ini digunakan dalam melaksanakan program
dan aktiviti seperti Program Dermasiswa Kecil
Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah, Program
Bantuan Ehsan dan Perayaan, Kem Motivasi,
Seminar Pembelajaran Berterusan, Terminal
Sejahtera (program tuisyen secara online), Bengkel
Jahitan dan Memproses Makanan, Bantuan Menjana
Pendapatan, Sewa Rumah, Bina Baru Rumah dan
kecemasan.
SULIT
25
SULIT
(b) Mesyuarat mengambil maklum akan pandangan:
(i) Pegawai Kemajuan Negeri Johor agar pelaksanaan
Koperasi eKasih Daerah Segamat ini diperincikan
untuk dijadikan panduan dalam penyediaan pelan
tindakan Program Pembasmian Kemiskinan Negeri
Johor; dan
(ii) Pegawai Daerah Kulai bahawa kesukaran untuk
mendapat peruntukkan menyukarkan penubuhan
koperasi di daerah.
(c) Mesyuarat bersetuju:
(i) dengan keterangan dan ketetapan seperti perenggan
(a) di atas;
(ii) Pejabat Daerah Segamat mengambil perhatian
seperti di perenggan (b) (i);
TINDAKAN : PD Segamat
6.4 Kertas Bil. 3/2014 daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli bertajuk “Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Bagi Masyarakat Orang Asli Negeri Johor”
Kertas telah dibentangkan oleh Pengarah, Jabatan Kemajuan
Orang Asli.
SULIT
26
SULIT
(a) Mesyuarat mengambil maklum:
(i) statistik Masyarakat Orang Asli Negeri Johor berdasarkan
kepada bancian tahun 2012 oleh JAKOA, menunjukkan
terdapat seramai 12,954 orang yang mewakili 61 buah
kampung di tujuh daerah iaitu Johor Bahru (1,709 orang),
Kota tinggi (1,522 orang), Kluang (1,536 orang), Mersing
(1,517 orang), Batu Pahat/ Pontian (3,307 orang),
Segamat (2,241 orang) dan Muar/Ledang (1,122 orang);
(ii) statistik KIR orang asli di Negeri Johor dalam eKasih
adalah seramai 107 orang iaitu 14 Miskin Tegar, 33 Miskin
dan 60 Terkeluar; dan
(iii) antara program-program pembasmian kemiskinan oleh
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Johor ialah:
Program Bantuan Rumah (PBR)
2011 (Bina Baru - 16 unit/Baik Pulih - 10 unit);
2012 (Bina Baru – 60 unit/Baik Pulih – 133 unit);
2013 (Bina Baru – 75 unit/Baik Pulih – 73 unit); dan
2014 (Bina Baru – 19 unit/Baik Pulih – 58 unit)
Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
penerima bantuan bagi tahun 2013 dan 2014
masing-masing berjumlah 34 orang dan 42 orang.
SULIT
27
SULIT
(b) Mesyuarat bersetuju dengan keterangan seperti di perenggan
(a) di atas.
MAKLUMAN
VII. HAL LAIN-LAIN
7.1 Memperluaskan Penggunaan ID eKasih
(a) Mesyuarat dimaklumkan bahawa jika terdapat keperluan
penambahan ID pengguna, jabatan/agensi diminta untuk
mengemukakan permohonan dengan segera kepada SDO
Johor. Untuk permohonan tersebut, jabatan/agensi perlu
menyediakan infrastruktur seperti perkakasan komputer dan
alamat email pegawai berkenaan.
TINDAKAN: Semua Jabatan/Agensi
berkaitan
7.2 Penyelaras makluman bantuan Program-program
Pembasmian Kemiskinan
(a) Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat keperluan untuk
mewujudkan satu buku panduan yang mengandungi maklumat
SULIT
28
SULIT
jenis dan kadar bantuan oleh jabatan/agensi pemberi bantuan
di negeri Johor untuk rujukan semua pihak khususnya Focus
Group di peringkat Daerah.
TINDAKAN: SDO Johor
7.3 Penilaian bantuan di bawah pelaksaan KPKT
(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa KPKT akan
melaksanakan penilaian impak bagi Bantuan Sewa Rumah,
Kiosk Penjaja dan Bantuan Rumah Bandar. Cadangan untuk
meningkatkan kadar Bantuan Sewa Rumah dalam tindakan
akhir untuk pertimbangan bagi Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe11).
MAKLUMAN
7.4 Peningkatan Kadar Bantuan Sara Hidup MAIJ
(a) mesyuarat mengambil maklumkan bahawa kadar Bantuan Sara
Hidup MAIJ telah dinaikkan daripada RM150 hingga RM500
sebulan kepada RM300 hingga RM500 sebulan. Sehingga
SULIT
29
SULIT
Oktober 2014, seramai 5,000 penerima bantuan telah menerima
kadar baru minimum iaitu RM300.
MAKLUMAN
IX. PENUTUP
YBhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.
Urusetia: Mesyuarat Focus Group Negeri Johor, Pejabat Pembangunan PersekutuanNegeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Oktober 2014
top related