lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/emk tak layak...

21

Upload: vutu

Post on 06-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun
Page 2: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun
Page 3: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun
Page 4: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun
Page 5: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun
Page 6: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 1

GARIS PANDUAN

BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

1. TUJUAN

1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai

tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar

Miskin (KWAPM).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah

bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak

meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian

seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan

bantuan latihan dan bimbingan.

2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007

seperti Jadual berikut:

2.3 Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama

kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am

dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB).

Jenis Bantuan TAHUN

2006 (RM) 2007 (RM)

Bantuan Persekolahan

200 200

Bantuan Am Sek. Rendah = 300 Sek. Menengah = 400

Sek. Rendah = 500 Sek. Menengah = 600

Page 7: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 2

3. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH

3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan

Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi

menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)

yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih

bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah

(KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).

3.2 Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa

KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah

memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak

menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang

berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin

atau Miskin Tegar sahaja.

3.3 ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan

UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat

Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010

bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua

Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan

data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/

projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.

4. TAFSIRAN

4.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi

rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab

atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah

tempat kediaman tersebut.

Page 8: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 3

4.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai

penghuni biasa di tempat kediaman.

4.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk

pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumber-

sumber berikut:

4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan,

nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen;

4.3.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau pihak

swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat

Pungutan Zakat;

4.3.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan

4.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian

atau pendapatan daripada perniagaan.

4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan

dengan bilangan Isi Rumah.

5. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM

A. Murid

5.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di

Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan

Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi

daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang

Asli/Penan, dokumen permohonan pengesahan taraf

kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA) boleh diguna pakai.

Page 9: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 4

5.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

5.3 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai

kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.

5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan

(PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna

pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti

berikut:

Kategori (Lokasi/Murid)

Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita *

Miskin Miskin Tegar

Semenanjung Malaysia

RM720 bulanan/RM180 perkapita

RM430 bulanan/RM100 perkapita

Sarawak RM830 bulanan/RM190 perkapita

RM520 bulanan/RM115 perkapita

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

RM960 bulanan/RM200 perkapita

RM540 bulanan/RM110 perkapita

Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

5.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan

(BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah

Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/

swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk

kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan

KWAPM.

5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak

dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU

oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.

Page 10: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 5

5.7 Murid yang bertukar ke Maktab Rendah Sains MARA

(MRSM) adalah tidak layak menerima bantuan KWAPM

kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.

5.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH, pihak

sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem

tersebut.

B. Perkiraan Perkapita

5.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut:

MURID LAYAK

Kriteria Semenanjung Sabah &

WP Labuan Sarawak

Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00

Pendapatan Bulanan Isi Rumah

RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00

Bilangan Isi Rumah 12 10 12

Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 12 = RM104.25

= RM1,251 / 10 = RM125.10

= RM1,251 / 12 = RM104.25

MURID TIDAK LAYAK

Kriteria Semenanjung Sabah &

WP Labuan Sarawak

Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00

Pendapatan Bulanan Isi Rumah

RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00

Bilangan Tanggungan 6 5 6

Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 6 = RM208.50

= RM1,251 / 5 = RM250.20

= RM1,251 / 6 = RM208.50

Page 11: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 6

6. JENIS DAN KADAR BANTUAN

6.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut:

6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh

Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut:

Bil. Kelayakan Murid Jenis Bantuan Kadar Bantuan

1. Miskin

BAP

dan

BB

Sekolah Rendah: RM 200.00 setahun dan *BB = RM250.00 setahun (RM25.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM 300.00 setahun dan *BB = RM300.00 setahun (RM30.00 sebulan x 10 bulan)

2. Miskin Tegar

BAP

dan

BB

Sekolah Rendah: BAP = RM 200.00 setahun dan *BB = RM500.00 setahun (RM50.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM 300.00 setahun dan *BB = RM600.00 setahun (RM60.00 sebulan x 10 bulan)

* Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM.

Bil Jenis Bantuan Cara Agihan

1. Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid)

a) Masuk ke akaun murid; atau b) Barangan; atau c) Tunai

Page 12: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 7

6.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke

sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan

yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan

kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran

terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama

tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah

selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan

yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah

berdaftar dengan eKASIH. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan

dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua

murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan

segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga

murid berkenaan.

7. TATACARA PERMOHONAN

7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan

disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan

bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan

permohonan.

7.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka

boleh membuat permohonan melalui laman web

http://www.ekasih.gov.my. Pembayaran bantuan KWAPM hanya

boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit

Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri

(JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin

Tegar (MT).

2. * Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid)

a) Masuk ke akaun murid; atau b) Tunai

* Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus

Page 13: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 8

7.3 Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil

daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem

eKASIH.

7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak

sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang

Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan

dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid

Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid

Tahun 1 dan Tingkatan 1).

8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

8.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa

Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat

sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini

hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan

keahlian seperti berikut:

i. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM;

ii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah);

dan

iii. Ketua Kampung (sekiranya berkaitan).

8.2 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan

Peringkat Sekolah adalah seperti berikut:

8.2.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang

tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid;

Page 14: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 9

8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut

Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan

Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas;

8.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima

bantuan berdasarkan senarai penerima; dan

8.2.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada

status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam

eKASIH.

8.3 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah

bertanggungjawab mematuhi kriteria dan peraturan yang

ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

8.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur

penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam

sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana

pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan

undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah).

9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN

9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang

Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau

ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak

mempunyai akaun bank.

9.2 Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN

untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank

sekolah/PPD. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank

sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat

makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM.

Page 15: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 10

9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat

(RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan

telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah

dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan

dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan

di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM.

9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38

hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah

dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah

dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan

dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan

di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM.

9.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke

atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan

Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh

25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - “Tiada

caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”.

9.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak

dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan

diterima oleh pihak sekolah.

9.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah

adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank

murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan

secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak

sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan

kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah

pengeluaran wang tunai seperti berikut :

Page 16: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 11

9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2,000.00 boleh dibuat

oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau

9.7.2 Pengeluaran wang dari RM2,001.00 hingga RM10,000.00

oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang

guru; atau

9.7.3 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru

Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah

keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan

eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137)

iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam

Perjalanan.

9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah

berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 – Bayaran-

bayaran Tambahan Persekolahan : -

9.8.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi;

9.8.1.1 Kokurikulum;

9.8.1.2 Kertas Ujian Dalaman;

9.8.1.3 Sukan Tahunan Sekolah;

9.8.1.4 Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan

Moral;

9.8.1.5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan

9.8.1.6 Insurans Takaful.

9.8.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Page 17: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 12

10. MURID PINDAH SEKOLAH

10.1 Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi:

Bil

Sekolah Asal Sekolah Baru

Tindakan Ada KWK

Tiada KWK

Ada KWK

Tiada KWK

1. √ - √ - - Sekolah asal pindah peruntukan ke

akaun sekolah baru.

2. √ - - √

- Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru.

- PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid.

3. - √ √ -

- Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal.

- PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru.

4. - √ - √

- Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal.

- PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru.

- PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid.

Nota:

- Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan.

- Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa.

Page 18: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 13

11. LEBIHAN PERUNTUKAN

11.1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi

sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah

yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan

lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek

atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia”

sebelum 31 Oktober tahun semasa.

11.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut:

11.2.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang

RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan

kepada 2 orang pegawai; manakala

11.2.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10,000.00

kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3

orang pegawai.

11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia

dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117).

12. KES-KES KECEMASAN

12.1 Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak

sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang

berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu

membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan

beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan

perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam

tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian

mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).

Page 19: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 14

12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis:

i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan

(Contoh: KIR meninggal/sakit tenat yang tidak berupaya

menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang ditinggalkan,

tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam);

ii) KIR tidak hilang punca pendapatan

(Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak

menyebabkan hilang punca pendapatan).

12.3 Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan

yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk

seperti jadual berikut:-

12.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes

kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum

dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen

sokongan seperti berikut:

Bil. Jenis Bencana Had Kelayakan

Pendapatan Bantuan Am

Persekolahan Bantuan

Bulanan **

1. Hilang Punca Pendapatan

< RM1,500 * √ √

2. Tidak Hilang Punca Pendapatan

Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional

√ X

Nota: * RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem eKASIH ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM

Page 20: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 15

a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/

PPD;

b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD;

c) Laporan Polis;

d) Laporan perubatan (jika berkaitan);

e) Sijil Kematian (jika berkaitan); dan

f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).

13. KELULUSAN KHAS

13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini

hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk

pertimbangan dan kelulusan khas.

14. PENUTUP

14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM

hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan

Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan

Perakaunan Sekolah.

14.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan

bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan

disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

Page 21: lamanpendidikankhaslms.yolasite.comlamanpendidikankhaslms.yolasite.com/resources/EMK Tak Layak KWA… · 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan ... (1) kali setahun

Garis Panduan KWAPM 16

14.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan

bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian

Kewangan, KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis

ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian,

Bahagian Kewangan,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 6-7, Blok E12, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

(u.p: Cawangan Bantuan)