mengatasi masalah peti sejuk rumah

Post on 19-Jun-2015

13.444 Views

Category:

Technology

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Mengetahui komponen2 dalam peti sejuk dan mengenal pasti masalahnya..

TRANSCRIPT

Mengatasi Masalah Dan MembaikiKerosakanPada Peti Sejuk.

Bermula daripada sistem elektrik peti sejuk.

Banyak kes kerosakan pada peti sejuk berlaku pada sistem elektriknya.

Pertama, jika peti sejuk tidak beroperasi ketika suis dionkan, periksa sistem elektrik yang bermula pada bahagian soketnya/plug 3 pin.

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya keadaan seperti ini : -

i) Tiada bekalan elektrik daipada pusat (TNB).

ii) Fius utama terputus/trip.iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.

Jika tidak berlaku masalah pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap bermasalah, lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang lainnya seperti : -

a. Penyejat; g.Pelindung Beban Lampau;

b. Pemeluwap; h. Geganti;c. Pemampat; i. Kapasitor;d. Penyaring; j. Kipas;e. Pelaras suhu; k. Pemanas;f. Pengawal masa;

A. Penyejat (Evaporator).

Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau tertusuk benda tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain ketika mencungkil bongkah ais batu.

- Penyejat jenis kelompang ini akan berlubang jika terkena benda tajam ketika mencungkil bongkah ais yang terbentuk pada permukaannya.

Antara jenis-jenis penyejat ialah :-

1. Gelung bersirip;2. “Serpentine Plate”;3. Kelompang.

Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.

Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-

1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.

2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”.

3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit mengelilingi permukaan penyejat.

4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.

- Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit mengelilingi permukaan penyejat.

B. Pemeluwap (Condenser).

Pemeluwap boleh mengalami kebocoran akibat keadaan paip yang haus kerana berkarat atau kerana penyambungan yang kurang sempurna.

Jenis pemeluwap di belakang peti sejuk.

Ketika peti sejuk dalam keadaan ON, apabila disentuh pemeluwap itu ia terasa sejuk.

Terdapat minyak atau terasa licin ditelapak tangan ketika disentuh.

Mula-mula perhatikan keadaan paip dan penyambungannya. Jika kurang baik, lakukan kimpalan pada penyambungan antara paip.

Untuk memudahkan lagi, sapukan seluruh permukaan paip pemeluwap dengan buih sabun kemudian hidupkan unit.

Perhati dan tandakan kedudukan hembusan udara yang keluar dari paip. Hembusan udara tersebut menandakan terdapat kebocoran pada paip.

Gantikan dengan pemeluwap yang baru jika terdapat banyak lubang termasuk bahagian yang banyak karat.

Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.Sukar sebenarnya untuk

melakukan pemeriksaan kebocoran pada pemeluwap jenis ini kerana sebahagian besar paip / tiubnya tersimpan dalam badan peti sejuk.

Biasanya paip / tiub yang kelihatan sahaja yang akan dibaiki sekiranya berlaku sebarang masalah.

Jika pemeluwap yang terletak di dalam badan peti sejuk mengalami simptom yang sama seperti tadi (page no. 14), ia boleh dilakukan dengan menggantikan dengan pemeluwap yang baru.

Pemeluwap ini dipasang di bahagian belakang peti sejuk dan biarkan saja pemeluwap yang lama (di dalam peti sejuk).

Pemeluwap jenis gelung bersirip.

yuseri bujang 2011…yuseri bujang 2011…

C. Pemampat (Compressor).

Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Untuk mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui keupayaan unit sama ada dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di pemampat.

Gambar pemampat peti sejuk.

Pemampat jenis salingan tertutup.

- Menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di pemampat.

- Kehilangan tenaga (loss power) pada pemampat boleh dikesan dengan melakukan pembaikan seperti berikut :-

1. Keluarkan pemampat daripada sistem dengan mencabut/memotong paip penyedut dan paip luahan pada pemampat.

2. Hidupkan pemampat dan tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan jari. Rasakan tekanan pada jari.

3. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan berlaku letusan bunyi akibat tekanan yang kuat.

4. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada pemampat sudah rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat kemudian mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku bocor, “body contact” atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap tidak menjamin pemampat akan bertahan dengan lebih lama.

- Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.

D. Penyaring (Strainer).

Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.

Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

Gambarajah penyaring peti sejuk.

Gambar 2.

Gambar 1.

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh. Penyaring yang baik akan terasa suam panas semasa disentuh.

Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan yang sangat kritikal bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di kawasan penyaring.

Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan yang baru.

Sebelum menukar penyaring yang baru, bersihkan dahulu pemeluwap dengan cara:-

a) Hidupkan pemampat;b) Hujung paip pemeluwap dibuka tutup

dengan jari manakala paip kapilari yang menuju ke pemampat dibiarkan terbuka.

c) Lakukan secara berulang-ulang sehingga seluruh kotoran yang menyumbat paip tertolak keluar.

d) Pasangkan penyaring yang baru.

E. Pelaras suhu (Termostat).

Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja pemampat.

Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-

1. Pemampat bekerja tanpa henti.2. Pemampat tidak berputar.

Gambar termostat.

yuseri bujang 2011…

1. Pemampat bekerja tanpa henti.

Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat. Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan termostat kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat.

Akibatnya termostat gagal menghentikan operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap yang maksima.

Ia akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat.

Pada ketika ini termostat perlulah ditukar dengan yang baru.

2. Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem

elektrik terlebih dahulu.Apabila tiada masalah pada sistem elektrik,

lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara :-

- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’ termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak.

- Jika sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer’.

F. Pengawal masa (Timer).

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.

Ciri-ciri timer yang rosak :-- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau

tercium bau hangit.- Tuas gigi roda dan batang timer rosak.

- Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan yang baru.

Gambar pengawal masa / timer.

yuseri bujang 2011…

yuseri bujang 2011…

G. Pelindung Beban Lampau (Overload Protector).

Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat.

Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.

Gambarajah overload.

yuseri bujang 2011… yuseri bujang 2011…

H. Geganti (Relay).

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.

Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.

Gambar geganti @ relay.

yuseri bujang 2011…

I. Kapasitor.

Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya rosak ia akan melambatkan putaran pemampat.

Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang pada kipas.

Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar.

Ianya mesti ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.

Gambar kapasitor.

yuseri bujang 2011… yuseri bujang 2011…

J. Kipas (Fan).

Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.

Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.

Gambar kipas.

yuseri bujang 2011… yuseri bujang 2011…

Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak:-

Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.

Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.

Kipas yang rosak disebabkan :-Daun kipas diselaputi frost (ais).Gegelung kipas terbakar.Tiada bekalan elektrik daripada timer.

K. Pemanas (heater).Pemanas @ heater bekerja secara bergantian

dengan pemampat yang dikendali oleh timer. Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :

Terdapat penimbunan frost di penyejat;Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);Pemanas putus.

Gambar pemanas / heater.

Kadaran pemanas : 220 Volt / 120 Watt.

yuseri bujang 2011…

yuseri bujang 2011…

Pemanas tidak boleh dibaiki. Ianya kena diganti dengan yang baru.

Tetapi sebelum itu, pemeriksaan lebih terperinci mestilah dilakukan untuk memastikan samaada pemanas itu betul-betul rosak atau tidak.

Periksa bahagian timer yang berfungsi mengendalikan pemanas. Jika tiada masalah, periksa jalur kabel yang masuk ke pemanas.

Jika semua baik, bermakna memang pemanas yang rosak. Kenal pasti apakah jenis kerosakan pada pemanas tersebut.

SELAMAT MAJU JAYA...

top related