membaca untuk kanak disleksia

Post on 11-Oct-2015

138 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

nice

TRANSCRIPT

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    1

    Bab 4:

    Bermasalah Membaca

    Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

    Menerengkan apa itu masalah bacaan

    Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak menghadapi disleksia

    Menjelaskan sebab-sebab berlakunya disleksia

    Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak disleksia

    3.1 Mukadimah 3.2 Apakah masalah membaca? 3.3 Masalah bacaan dan disleksia 3.4 Orang-orang terkenal menghadapi disleksia 3.5 Punca-Punca Disleksia 3.6 Tanda-Tanda & Simpton Disleksia 3.7 Membantu Kanak-Kanak Disleksia Ringkasan Rujukan

    Bab 1: Pengenalan Bab 2: Bermasalah Pertuturan Bab 3: Bermasalah Pendengaran Bab 4: Bermasalah Membaca Bab 5: Bermasalah Matematik Bab 6: Bermasalah Menulis Bab 6: Bermasalah Memberi Tumpuan Bab 7: Bermasalah Interaksi Sosial Bab 8: Bermasalah Kemahiran Motor

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    2

    ini akan membincangkan tentang kanak-kanak bermasalah memebaca. Ramai kanak-

    kanak yang bermasalah membaca disebabkan oleh disleksia. Disleksia bukanlah satu

    konsep yang mudah untuk dijelaskan. Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa

    disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaaan seseorang yang mengalami masalah

    membaca yang agak serius. Masalah ini kebiasaannya berkait rapat dengan gangguan

    urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi

    mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada bahagian otaknya.

    4.1 Mukadimah

    Kanak-kanak tidak boleh dilabelkan sebagai bodoh atau malas

    apabila prestasi mereka dikaitkan dengan masalah pembelajaran

    Seperti kebanyakan kanak-kanak, Khairil suka mendengar cerita yang

    dibacakan kepadanya oleh guru dan ibu bapanya. Khairil memahami cerita-

    cerita dengan baik dan suka mengaitkannya dengan kisah keluarga dan kawan-

    kawannya. Adalah satu kejutan, apabila bapanya En. Azlan (bukan nama

    sebenar) telah dimaklumkan oleh guru-guru bahawa Khairil adalah murid

    lembam yang bermasalah pembelajaran dan sukar melanjutkan pelajaran ke

    Tahun Dua.

    "Anak saya menghadapi masalah teruk di dalam

    kelas. Dia tidak boleh membaca dan menulis

    huruf abjad walau pun telah selesai Tahan 1, "

    katanya.

    Khairil kemudiannya dihantar ke kelas tuisyen tetapi pencapaianya tidak berubah

    dengan bimbingan tambahan ini. En. Azlan terjumpa sebuah artikel mengenai

    disleksia dan menyedari bahawa anaknya menunjukkan tanda-tanda sama dengan

    apa yang telah diterangkan dalam artikel berkenaan. Khairil telah dihantar untuk

    pemeriksaan di hospital dan telah disahkan menghidap disleksia

    [Sumber: Kang Soon Chen, Sunday Star. September 26, 2010]

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    3

    Guru dan ibu bapa kerap kali keliru mengapa kanak-kanak menghadapai masalah

    membaca. Tiga jenis masalah membaca umum telah dikenal pasti (Lihat Rajah 3.1).

    Rajah 3.1 Masalah Membaca MENDEKOD ialah proses menghuraikan perkataan kepada fonem-fonem tertentu

    dan mengenal fonem-fonem berkenaan. Contohnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan

    bag (atau beg dalam bahasa Melayu) terdiri daripada fonem buh, aah dan guh. Kanak-kanak yang menghadapai kesukaran mendekod, tidak dapat mendengar dan

    membezakan fonem buh, aah dan guh dan menganggap ketiga-tiga fonem sebagai

    tidak bermakna dan tidak berkaitan dengan perkataan bag. Pakar-pakar tidak dapat menerangkan mengapa fenomena ini berlaku. Dalam beberapa kes tertentu, kanak-

    kanak memerlukan lebih banyak masa untuk memisahkan perkataan kepada fonem-

    fonem yang berkaitan. Tanda-tanda kesukaran mendekod terdiri dariapda berikut:

    Kesukaran menyebut perkataan

    Kekeliruan antara huruf dan bunyi yang diwakili

    Kesukaran memahami hubungan antara bunyi, huruf dan perkataan.

    Membaca dengan perlahan (perkataan demi perkataan)

    Tidak memberi perhatian kepada tanda bacaan semasa membaca

    Kelajuan dan kefasihan membaca terhad

    KEFAHAMAN ialah memahami maksud perkataan, frasa dan ayat yang dibaca.

    Tanda-tanda kesukaran memahami apa yang dibaca terdiri dariapda berikut:

    Kekeliruan tentang maknka perkataan, frasa, dan perenggan

    Sukar memahami dan mengingati apa yang telah dibaca.

    Tidak memahami perkataan dan idea yang berkaitan

    Mendekod

    Kefahaman

    Pengekalan

    4.2 Apakah Masalah Bacaan yang Dihadapi Kanak-Kanak?

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    4

    Sukar membezakan antara idea utama dan idea menyokong

    Kesukaran memberi tumpuan kepada apa yang dibaca

    PENGEKALAN ialah kebolehan individu mengingat kembal apa yang telah dibaca.

    Pembaca perlu mendekod dan memahami apa yang dibaca. Tugas ini memerlukan

    tahap kognitf tinggi termasuk memori dan keupayaan mencantum idea-idea yang

    berkaitan dan mengingat kembali idea-idea berkenaan. Tanda-tanda kesukaran

    pengekalan maklumat ialah:

    Masalah mengingat kembali

    Masalah meringkaskan apa yang dibaca

    Kesukaran mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada

    Kesukaran mengaplikasi maklumat dalam teks kepada pengalaman sendiri

    Disleksia (ejaan Bahasa Inggeris - Dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek

    iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan atau penggunaan perkataan. Jadi disleksia bermaksud kesukaran menguasai perkataan bercetak. Dengan perkataan lain, disleksia ialah kelemahan atau kesukaran membaca.

    Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis

    dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa

    dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau

    simbol matematik.

    Drake (1989) mentakrif disleksia sebagai kesukaran belajar bahasa, tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak, mata menjadi penat

    setelah beberapa minit menumpu pada tulisan dan daya tumpuan yang terhad

    Persatuan Psikologi British -1999 (British Psychological Society) menyifatkan disleksia sebagai kelancaran dan ketepatan bacaan atau ejaan

    yang tidak berkembang selengkapnya atau sukar. Individu walaupun telah

    menerima pendidikan yang mencukupi, masih menghadapi kesukaran atau

    ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca.

    Persatuan Disleksia Orton - 1994 (The Orton Dyslexia Societys) telah mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan memperoleh

    pengetahuan daripada proses membaca. Masalah ini adalah disebabkan

    kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang

    selalunya menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa

    4.3 Masalah Bacaan dan Disleksia

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    5

    Kanak-kanak yang menghidapai disleksia tidak dapat membaca dengan berkesan jika

    dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini tidak boleh membaca

    selaras dengan aras kecerdasan umum seseorang individu. Malangnya kanak-kanak

    ditakrif sebagai malas dan bodoh.

    Semua orang adalah pintar. Sekiranya anda menilai seekor ikan berdasarkan keupayaannya memanjat pokok, ia akan menganggap dirinya bodoh sepanjang hayat.

    - Albert Einstein

    a) Jelaskan TIGA masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah bacaan.

    b) Apakah yang dimaksudkan dengan disleksia? c) Apakah pandangan anda tentang kata-kata hikmah oleh Albert

    Einstein?

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    6

    Disleksia dihadapi oleh orang daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,

    jantina atau bangsa. Berikut ini ialah orang-orang terkenal dalam pelbagai bidang

    yang menghadapi diskelsia:

    4.4 Orang-Orang Terkenal yang Menghidap Disleksia

    Muhammad Ali Peninju terkenal

    Albert Einstein Pakar fizik &

    pemenang hadiah noble

    Bill Gates Pengasas Microsoft

    Pablo Picasso Pelukis terkenal

    Winston Churchill Perdana Menteri

    Britain

    Leonardo DVinci Pencipta dan

    pelukis

    Tom Cruise Pelakon

    Whoopi Goldberg Pelakon

    George Washington Persiden Amerika Syarikat pertama

    Jamie Oliver Chef

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    7

    Mengikut Mercer (1997), Hammond & Hughes (1996) dan Spaafford & Rosser

    (1996), pengaliran maklumat dalam otak kanak-kanak yang mengalami disleksia

    berlainan daripada otak kanak-kanak normal.

    Ahli-ahli sains telah menggunakan teknik tertentu untuk mengukur aktiviti di dalam

    otak. Mereka mendapati bahawa individu yang menghadapai disleksia mempunyai

    struktur otak yang agak berlaian. Lihat Rajah 3.2 yang menunjukkan aktiviti otak

    kanak-kanak disleksia berbanding dengan kanak-kanak normal.

    Kanak-Kanak Tidak Menghadapi Disleksia Kanak-Kanak Disleksia

    Rajah 3.2 Aktiviti Otak Kanak-Kanak Disleksia dan Kanak-Kanak Normal

    [sumber: Boston Children Hospital. Dyslexia, 2011. http://www.childrenshospital.org/az/Site3074/mainpageS3074P1.html]

    Bahagian-bahagian tertentu otak yang dikhususkan untuk fungsi bahasa

    menunjukkan:

    Kawasan Broca ini (berwarna hijau) adalah berfungsi untuk membuat bunyi dan bertulis

    Lobus Oksipital Tak Aktif

    Kawasan Broca

    Lebih Luas

    Kawasan Wernicke Tak Aktif

    Kawasan Wernicke

    Kawasan Broca

    Lobus Oksipital

    4.5 Punca-Punca Disleksia

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    8

    Kawasan Wernicke (berwarna merah) meliputi kawasan yang besar otak dan berfungsi untuk pemahaman bahasa dan mewujudkan memori lisan. Disini

    perkataan, corak, dan bunyi disimpan. Ia mendekod perkataan dan

    menyimpannya di ingatan atau memori lisan kerja. Kebolehan mendekod

    perkataan bermakna ialah keupayaan untuk membahagikan perkataan kepada

    bahagain-bahagian kecil, bunyi, atau menggunakan konteks dalam ayat untuk

    memahami maksud perkataan.

    Lobus Oksipital (berwarna kuning) berfungsi untuk semua pemprosesan visual kita dan bagaimana kita "melihat" dan memahami apa yang kita lihat. Jelas sekali, ini adalah di mana otak mengenal huruf dan perkataan serta-

    merta, dan bekerjasama dengan dua kawasan lain untuk memberi makna

    kepada perkataan yang ditemui.

    Kanak-kanak yang tidak menghidap disleksia, ketiga-tiga kawasan otak bekerjasama

    secara harmonis untuk memahami makna perkataan, ayat serta bunyi. Apabila

    maklumat tidak dapat mengalir dengan harmonis dan lancar antara ketiga-tiga

    kawasan ini yang berkaitan dengan bahasa, disleksia berlaku.

    Bagi kanak-kanak yang menghidap disleksia:

    Kawasan Wernicke tidak aktif. Oleh itu ia tidak mempunyai gudang besar untuk menyimpan perkataan yang dikuasai dan ini menyebabkan kanak-kanak

    itu tidak memahami makna atau struktur perkataan.

    Lobus Oksipital tidak aktif. Oleh itu ia tidak berupaya untuk memproses aspek visual perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Perlu ditegaskan, bahawa ini

    tidak ada kaitan dengan penglihatan mereka. Bagaimana pun terapi

    penglihatan diadakan, ia tidak akan membantu kanak-kanak disleksia untuk

    membaca dengan lebih baik.

    Kawasan Broca adalah lebih besar. Ini tidak bermakna ia berfungis dengan lebih berkesan. Ia hanya cuba mengimbangi kekurangan kerjasama di antara

    dua kawasan lain.

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan otak sedemikian boleh dikaitkan

    dengan:

    Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami

    masalah-masalah yang sama. Kemungkinan

    punca ini boleh diwarisi yang membezakan

    adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang

    dijalankan telah membuktikan disleksia

    desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang

    boleh diperturunkan secara turun-temurun.

    Bagaimana pun, tidak semestinya ibu bapa yang

    menghidap disleksia akan mempunyai anak yang

    bermasalah disleksia. Begitu juga dengan kanak-

    kanak yang menghidap disleksia tetapi ibu atau

    bapa mereka tidak menghidap masalah

    berkenaan.

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    9

    Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang

    amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau

    ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang

    menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini

    minimum.

    Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki

    lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan

    pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

    Disleksia mungkin bermula sejak awal dan jika tidak dikesan kanak-kanak akan

    merasa kecewa kerana kesukaran untuk membaca, dan masalah-masalah pula timbul.

    Kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan rendah diri.

    Kanak-kanak mungkin menjadi malas dan tidak suka untuk ke sekolah. Kejayaan di

    sekolah akan terjejas jika masalah berkenaan tetap tidak dirawat (David Peristein &

    Melissa Stoppler, 2013, MedicineNet.com).

    Bagaimana pun, Berita baik adalah bahawa disleksia boleh dikenal pasti awal dan

    kanak-kanak yang mempunyai ia boleh diajar untuk menjadi pembaca yang berjaya.

    Tanda-tanda disleksia berbeza-beza bergantung kepada umur. Jika kanak-kanak

    mempunyai satu atau dua daripada tanda-tanda, ia tidak bermakna bahawa dia

    mempunyai disleksia, tetapi mempunyai beberapa tanda-tanda yang disenaraikan di

    bawah mungkin bermakna. Masalah Membaca

    Bacaan lisan tidak fasih dan lancar.

    Membaca perkataan dengan tidak mengikuti urutan / Membaca terbalik

    Melangkau perkataan kecil seperti , ke, ini, itu, di dan sebagainya

    4.6 Tanda-Tanda dan Simpton Kanak-Kanak Disleksia

    a) Berikan nama beberapa orang terkenal yang menghadapai disleksia.

    b) Jelaskan punca-punca disleksia.

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    10

    Mengenal perkataan pada satu halaman tetapi tidak dapat mengenal perkataan sama pada halaman seterusnya

    Menyisipkan huruf tambahan ketika membaca - contohnya dalam bahasa Inggeris tail dibaca trial kerana bunyi awal dan hujung perkataan disebut hampir sama.

    Memadam huruf dalam sesuatu perkataan ketika membaca contohnya dalam bahasa Inggeris sang disebut sag

    Kekeliruan mengenal pasti huruf: Contohnya,

    Kekeliruan membunyi huruf: Contohnya,

    Mengenal pasti ..sebagai

    m w

    b d

    t h

    c E

    y g

    Menyebut ..sebagai

    t h

    f v

    Kanak-Kanak Prasekolah

    Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

    Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

    Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

    Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

    Tidak merangkak semasa bayi

    Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

    Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

    Kanak-Kank 6- 9 Tahun

    Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

    Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

    Keliru dengan kiri dan kanan

    Tulisan cermin atau terbalik

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    11

    Masalah Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan

    pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang

    kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.

    Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti

    terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:

    Masalah Menulis Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes,

    terdapat beberapa ahli keluarga yang

    mengalami masalah-masalah yang sama.

    Mereka juga mengalami kesukaran untuk

    memegang pensel dan tidak dapat menulis

    mengikut garisan yang disediakan. Kanak-

    kanak ini juga cenderung menulis perkataan

    yang pelik-pelik.

    Lihat gambar disebelah. Perkataan The ditulis sebagai Teh; perkataan bird ditulis sebagai brid.

    [source: Symptons of Dyslexia, All About Learning Press. 2013 and Dyslexia Symptoms. Childrens Health. WebMD. 2012]

    Kanak-Kank 9-12 Tahun

    Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

    Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

    Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

    Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

    Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

    Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

    Sekolah Menengah

    Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

    Kesukaran menulis karangan

    Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

    Kesukaran mempelajari bahasa lain

    Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

    Jenis orang yang suka senyap

    Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

    Kurang kemahiran bersosial

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    12

    Disleksia tidak boleh disembur. Bagaimana pun, intervensi awal dapat menyakinkan

    kanak-kanak untuk mencari jalan mengurangkan kesan masalah mereka. Kebanyakan

    kanak-kanak disleksia boleh belajar membaca, dan banyak boleh meneruskan belajar

    bersama murid lain tetapi meraka memerlukan bantuan untuk berbuat demikian.

    Patricia Hodge (2010) daripada Persatuan Disleksia Antarabangsa telah menulis satu

    artikel bertajuk The Dyslexic Child in the Classroom (Kanak Disleksia di Dalam

    Kelas) yang menerangkan bagaimana guru boleh membantu kanak-kanak disleksia.

    Beliau menekankan bahawa kanak-kanak disleksia yang menghadapi kesukaran

    menguasai kemahiran kerap kali menderita kerana didera oleh murid-murid lain

    dalam persekitaran sekolah. Kanak-kanak ini merasa mereka sangat berlainan kerana

    tidak dapat membuat sesuatu tugas yang kelihatan mudah bagi murid-murid lain. Di

    sinilah guru mempunyai peranan penting untuk memastikan kanak-kanak disleksia

    adala selesa dan tidak terancam dalam kelas. Berikut ini ialah beberapa idea yang

    guru boleh lakukan:

    Rajah 3.2 Apakah guru dapat lakukan untuk membantu kanak-kanak disleksia?

    4.7 Guru Membantu Kanak-Kanak Disleksia

    Apakah guru boleh lakukan?

    Penulisan pada papan putih

    Pembacaan

    Kerja rumah

    Penyusunan Kerja

    b) Apakah masalah pembacaan yang dihadapi oleh murid-murid disleksia?

    a) Nyatakan masalah mengeja dan menulis yang dihadapi oleh murid-murid disleksia. Berikan contoh.

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    13

    Penyusunan Kerja atau Tugas dalam Bilik Darjah:

    Berikan ringkasan tentang apa yang akan diajar dalam. Dengan cara ini, maklumat lebih mudah berpindah daripada memori jangka pendek ke memori

    jangka panjang.

    Pastikan mesej dan arahan ditulis dan tidak disampaikan secara lisan.

    Tugas-tugas diperincikan kepada bahagian-bahagian lebih kecil supaya mudah diingat oleh kanak-kanak dileksia.

    Galakkan kerja rutin setiap hari bagi memperkembangkan resilensi-diri dan tanggung jawab mereka.

    Susunkan kerja kanak-kanak berkenaan dalam folder-folder supaya lebih mudah diakses.

    Sekiranya memori visual adalah lemah, menyalin hendaklah dielak atau dikurangkan. Pemberian nota yang bercetak adalah lebih bermanfaat.

    Pastikan kanak-kanak disleksia duduk berdekatan dengan tempat duduk guru supaya guru dapat membantu jika perlu.

    Rakan sebaya yang bersimpati juga boleh memain peranan membantu kanak-kanak disleksia.

    Lebih banyak masa diperuntukkan untuk kanak-kanak disleksia menyelesaikan kerja kerana mereka mengambil masa untuk membaca,

    merancang, menulis semula dan mengedit kerja.

    Penulisan Pada Papan Putih:

    Gunakan pen atau kapur berwana untuk setiap baris jika banyak ayat ditulis. Juga gariskan setiap baris kedua dengan kapur atau pen berwarna lain.

    Pastikan jarak tulisan adalah sesuai.

    Tinggalkan tulisan pada papan putih dan tidak memadamkannya sehingga kanak-kanak selesai menyalin.

    Pembacaan:

    Bacaan untuk kanak-kanak disleksia hendaklah berunsur DIDIK HIBUR

    Bacaan untuk kanak-kanak disleksia hendaklah berstruktur yang:

    melibatkan pengulangan

    memperkenalkan perkataan-perkataan baharu secara perlahan-lahan - mereka mudah lupa maksud perkataan jika terlalu cepat

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    14

    membolehkan kanak-kanak untuk membina keyakinan dan harga diri apabila membaca. Teks atau buku sukar mungkin menghampa

    mereka.

    Elakkan membuat anak disleksia 'membaca dengan kuat dalam

    kelas.. Peruntukkan masa yang lebih tenang untuk mereka membuat

    penyampaian dengan guru. Sebagai alternatif, mungkin murid-murdi

    ini boleh diberikan bahan bacaan lebih awal untuk dipraktik di

    rumah sebelum membuat penyampain dalam kelas. Ini dapat

    memastikan bahawa murid-murid berkenaan berpeluang membaca

    dengan kuat dalam kelas, bersama dengan murid-murid lain

    Buku-buku audio juga boleh digunakan. Buku-buku cerita audio

    memberi peluang kepada muri d-murid disleksia menikmati

    bacaan walu pun meraka menghadapi kesukaran membaca.

    Kerja Rumah:

    Lazimnya, murid-murid disleksia lebih letih daripada

    rakan-rakan lain selepas sekolah. Ini adalah kerana

    mereka memerlukan pemikiran dan masa yang lebih.

    Oleh demikian guru hendaklah memberi kerja rumah

    yang benar-benar bermanfaat kepada murid.

    Juga, guru hendaklah mengambil kira bahawa oleh

    kerana murid disleksia menghadapai pelbagai masalah.

    Guru perlu mengambil kira hasil kerja murid disleksia

    ketika menggred kerja rumah mereka. Juga mereka perlu

    masa yang lebih untuk kerja rumah.

    a) Apakah guru boleh lakukan untuk membantu murid-murid disleksia?

    b) Nyatakan tindakan yang perlu diambil oleh guru untuk membantu murid disleksia dengan kerja rumah mereka>

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    15

    Kesimpulan

    Kesukaran murid disleksia hendaklah diambil kira dan guru perlu menggunakan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu mereka untuk berjaya.

    Sebenarnya, murid disleksia mempunyai bakat tersendiri dan boleh berjaya dalam

    pelbagai bidang seperti ditunjukkan dalam lebih awal tentang orang-orang terkenal

    yang menghadapai disleksia.

    Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru apabila melayan murid-murid disleksia?

    Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

    Membantu kanak-kanak memahami bahawa walau pun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

    Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

    Sentiasa sabar melayani kerana mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

    Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

    Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

    Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

    Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

    Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    16

    Disleksia (ejaan Bahasa Inggeris - Dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan atau penggunaan perkataan.

    MENDEKOD ialah proses menghuraikan perkataan kepada fonem-fonem tertentu dan mengenal fonem-fonem berkenaan.

    KEFAHAMAN ialah memahami maksud perkataan, frasa dan ayat yang dibaca.

    Elakkan membuat anak disleksia 'membaca dengan kuat dalam kelas.

    Disleksia tidak boleh disembur. Bagaimana pun, intervensi awal dapat menyakinkan kanak-kanak untuk mencari jalan mengurangkan kesan masalah

    mereka.

    Kawasan Broca ini (berwarna hijau) adalah berfungsi untuk membuat bunyi dan bertulis.

    Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.

    Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.

    Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.

    Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf.

  • Bab 3: Bermasalah Membaca

    17

    Healthwise from WebMD Medical Reference. Childrens Health. June 2008. http://children.webmd.com/tc/dyslexia-symptoms

    Levinson Medical Center for Learning Disability, 2013.

    David Peristein & Melissa Stoppler, 2013. Dyslexia. MedicineNet.com.

    Roxanne F. Hudson, Leslie High, and Stephanie Al Otaiba, Dyslexia and the Brain: What Does Current Research Tell Us? By: (2007). LD Online.

    Ann Gavazzi , What Exactly Causes Dyslexia?, 2011.

    Hodge, P.L. (2000). A Dyslexic Child in the Classroom. Retrieved May 23, 2013 from Davis Dyslexia Association International, Dyslexia the Gift Web

    site: http://www.dyslexia.com/library/classroom.htm

top related