matlamat penciptaan manusia. ctu asasi sains

Post on 21-Apr-2017

66 Views

Category:

Science

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA

DISEDIAKAN OLEHNUR IZZAH AQILAH BT MAT SAID

NUR ATIQAH BT HAYROMANNOR LAILA BT MOHD PADZIL

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUANTUJUANKEDUDUKAN DAN KEMULIAAN

MANUSIAMANUSIA MENURUT WAHYU DAN

SAINSPERINGKAT KEJADIAN MANUSIASKOP IBADAH KESIMPULAN

PENDAHULUAN

• Maha suci Allah yang telah menciptakan segala, termasuk insan. Allah telah menjadikan insan sebagai kedudukan yang istimewa dalam kejadianNya.

• Allah memuliakan insan untuk dijadikan sebagai KhalifahNya.

• Allah mengurniakan manusia dengan akal, dimurnikan dengan perasaan dan kasih sayang serta dikurniakannya pemandangan rohaniah, supaya dengan itu insan boleh memahami Alam Tabii, memahami dirinya sendiri, dan mengenali Tuhan malalui tanda-tandaNya yang ajaib, dan mengagungkanNya dalam kebenaran, dengan rasa gerun dan hebat dalam tauhid.

• Insan dikurniakan dengan kehendak supaya dengan itu perbuatan-perbuatannya mengikut kehendak dan hukum Tuhan alam semesta.

• Tetapi, walaupun ianya diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, Insan terjatuh daripada tauhid bila kehendaknya terpesong.Tuhan dengan rahmat dan kasih-Nya memberi keampunan dan memberi hidayat kepada hamba hambaNya.

• Dan demikianlah cahaya keesaan Allah yang kekal abadi ini telah memancar dalam semua insan. Rasul rasul telah dipilih oleh Tuhan dalam kalangan manusia untuk sama-sama mengecapi kesukaan dan kedukaan.Rasul dipilih untuk menjayakan tujuan yang kekal abadi untuk membawa insan kepada tujuan hidupnya yang paling mulia.

TUJUAN

Allah berfirman-Nya yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk kejadian yang

paling indah”-Al-Tin:4.“Apakah manusia mengira bahawa ia akan dibiarkan begitu saja?” (tanpa tanggungjawab) -al-Qiamah:36.

• Sesungguhnya beribadah kepada Allah adalah menjadi tujuan utama manusia diciptakan.

• Allah tidak menciptakan manusia melainkan semata-mata agar manusia tunduk mengabdikan diri kepada-Nya.

• Jika hidupnya diputar kearah lain, perjalanan hidupnya akan tergelincir dari landasan fitrahnya.

• Implikasinya, manusia akan sesat dari laluan hidup sebenarnya.

Untuk mengabdikan dirinya kepada yang Maha Esa

Segala perbuatan manusia dikira ibadah dan mendapat ganjaran daripada Allah Taala.

Aktiviti seharian yang dilakukan seperti pergaulan kemasyarakatan, dan pelbagai lagi termasuk dalam konteks ibadah jika ia dimaksudkan untuk menegakkan kalimah Allah dan tauhid.

Jadi jelaslah kita bahawa Islam tidak

memisahkan keduniaan dan ukhrawi sebagaimana yang didakwa oleh Barat.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN MANUSIA

• Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah kerana mempunyai akal dan fikiran serta dapat mentadbir alam.

• Allah menjadikan manusia semata-mata untuk beribadat iaitu menyerah diri sebagai hamba kepadaNya.

“Dan kenangilah ketika Tuhanmu berfirman kepada

malaikat: Sesungguhnya Aku akan mengadakan khalifah di

bumi ini. “ (Surah al-Baqarah;30)

Allah yang Maha Tinggi pada permulaanya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci keindahannya.Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman:

"aku ciptakan roh Muhammad daripada

cahaya-ku"

Pengertian akal

Akal itu satu sifat yang dijadikan Tuhan pada manusia sehingga dia terbeza antara manusia dan haiwan

Fungsi Akal

• memandu tindak tanduk manusia kerana akal termulia darpada pancaindera lain

• akal menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menimbang sama ada melakukan perkara yang baik dan mendapat pahala atau melakukan yg jahat sehingga membinasakan diri atau org lain lantas mendapat dosa

• menyempurnakan peribadi manusia kerana akal itu sendiri bersifat sempurna

• mengelakkan ajakan kpd kejahatan oleh akal yg lemah

UNSUR ROH DAN JASAD

• Di alam roh , semua manusia yang ktikaitu wujud dalam bentuk roh yang dikenali sebagai rohul tamayyiz,berjanji dgn Allah SWT bahawa Allah wst adalah Tuhan manakala mereka adalah hamba(alas tu birabbikum qalu bala shahidna).

• Jasad merupakan satu unsur di mana menurut Al-quran ,jasad merupakan campuran antara 7 jenis tanah. Dialam rahim, jasad manusia berkembang secara berperingkat sehingga sempurna dan kemudiannya ditiupkan oleh Allah SWT.

• Kombinasi dua unsur ini menjadikan manusia sempurna dari sudut kejadian dan akan melahirkan sifat murni dan amalan yang positif dalam menjalani kehidupan.

MANUSIA MENURUT WAHYU DAN SAINS

Tugas mengendalikan khalifah juga memerlukan usaha menegakkan syariat Allah di bumi untuk mewujudkan sistem hidup ilahi yang sesuai dengan undang-undang alam buana.

Perempuan dicipta dari tulang rusuk nabi adam

HAWAAA..... teman hidup pasanagan Nabi Adam AS"Berwasiatlah engkau semua(kaum lelaki)kepada kaum wanita dengan sebaik-baknya.Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya bengkok tulang itu ialah bahagian atas sekali.Jika engkau meluruskannya engkau akan mematahkannya dan jika engkau hendak membiarkan sahaja,maka ia akan tetap bengkok selama-lamanya.Oleh itu,wasiatkanlah yang baik kepada kaum wanita."

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA

AIR MANINUTFAH'ALAQAH

'MUDGHAHTULANG DAN DAGING

PERUBAHAN BENTUK BENTUK LAIN

PENIUPAN ROH

SKOP IBADAH

Menanamkan di jiwa seseorang

pengertian ‘Ubudiyah kepada Allah, iaitu

menanamkan kesedaran adanya hamba

dan Tuhan adanya hamba yang

menyembah dan Tuhan yang disembah

Bertawajjuh kepada Allah dengan setiap harakat hati nurani, dengan setiap harakat anggota

jasmani dan dengan setiap harakat kehidupan, atau bertawajjuh dengan keseluruhan harakat

kepada Allah semata-mata dengan mengosongkan jiwa dari segala perasaan yang

lain dan dari segala pengertian beribadat kepada Allah semata-mata.

INFO TAMBAHAN

• BERTAWAJJUH -• Kasih sayang dan cinta kepada ahlul bait

KESIMPULAN

• Manusia tidak diciptakan sia-sia, bahkan mereka dituntut mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

• Pun begitu setiap amalan yang dikerjakan olah manusia dinilai sebagai ibadah apabila menepati syarat-syaratnya.

SEKIAN TERIMA KASIH

SESI Q&A

top related