lensa in full 1st edition 2016 page 6

Post on 10-Jan-2017

318 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mulakan dengan

pembelajaran koperatif

Pelajar menyampaikan

idea

Pembelajaran aktif

Menggunakan kepelbagaian kebolehan

pelajar.

Membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan

pasukan.

P&P dialami

oleh guru dan murid

Kemahiran-kemahiran ini boleh

dilaksanakan secara “blend in” dengan

aktiviti pembelajaran yang hendak

disampaikan atau boleh dilakukan secara

kolaboratif bersama guru kaunseling.

Bilik darjah juga perlu dijadikan bilik

darjah bermaklumat. Maklumat yang

diperlukan bergantung kepada tahap

penguasaan anak-anak. Guru tidak boleh

mengharapkan anak-anak mengingat

dan mengetahui semua perkara yang

telah mereka pelajari.

Jika sifir diperlukan, kita sediakan jadual

sifir berwarna ditampal di dinding kelas.

Pendek kata, apa sahaja yang menjadi

punca keluhan anak-anak tidak belajar,

disediakan di sudut atau di dinding kelas.

Guru juga perlu kreatif dan mahir

menggunakan teknologi apabila

menyediakan bahan yang menarik

perhatian dan merangsang murid

belajar.

Rasa seronok semasa menyediakan

bahan adalah indikator murid juga akan

seronok menggunakan maklumat yang

disediakan.

Tak faham asas, masa ajar faham tapi

…, tak ingat, tak pandai sifir, 5 + 7 pun

guna kalkulator, sering menjadi

keluhan guru-guru matematik semasa

menghadapi cabaran penyampaikan

ilmu kepada anak-anak di dalam

kelas.

Kajian menunjukkan pengajaran dan

pembelajaran kolaboratif dapat

menjadikan anak-anak kita berfikir,

ingat dan faham dan seronok belajar

bersama rakan-rakan sekumpulan.

https://vinesspeechtx.files.wordpress.com

Untuk mewujudkan bilik darjah

kolaboratif, anak-anak mesti

disediakan dengan kemahiran

berikut:

i. dididik menjadi

pendengar yang baik,

ii. dididik untuk bertanya

soalan yang baik,

iii. dididik untuk

bekerjasama,

iv. dididik untuk

bertoleransi.

”Apabila pelajar-pelajar

membiasakan diri dengan cara

bekerjasama, saling bergantung

antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu,

mereka akan berkembang untuk

menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.”

top related