latar belakang penduduk pribumi
Post on 23-Dec-2015
230 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LATAR BELAKANG PENDUDUK PRIBUMI
SEMENANJUNG
¨ Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli.
¨ Orang Melayu mendiami negara ini sejak 2500 s.m.
¨ Orang Asli terdiri daripada orang Melayu Asli (Jakun,
Temuan, Semelai & Orang Laut)
¨ Kelompok Orang Asli lain (Negrito, Sakai dan Senoi)
BUMIPUTERA SARAWAK
¨ Terdiri daripada kaum Iban, Dayak Darat, Malanau,
Melayu dan golongan pribumi yang lain seperti Kenyah, Kayan,
Kedayan. Murut, Kelabit, Bisayah,Punan dan Penan
Suku Kaum Kawasan Tumpuan Penempatan
Bidayuh (dayak darat) Bahagian Pertama
Iban (dayak Laut) Semua (Kedua & Ketiga)
Melayu Kawasan pantai
Kayan Bahagian Ketujuh
Kenyah Bahagian Ketujuh
Kelabit Kaw. Tanah Tinggi ( B 4 & 5)
Murut Lembah Trusan ,Bhg. 5
Punan Lembah Rajang Atas, Baram
Penan Bhg. Ke-4 & ke-5
Malanau Delta Sungai Rajang ( 3 & 4)
Kedayan Bhg, ke-4 & ke-5
Bisayah Hilir Limbang & Ke-5
BUMIPUTRA SABAH
Kaum terbesar ialah Dusun-Kadazan, Murut, Bajau dan Melayu.
Suku lain ialah Loh Dayuh, Bisaya, Orang Sungai dan Suang
Latut.
Suku Kaum Kawasan Tumpuan
Kadazan Penampang
Bajau Darat Kota Belut
Bajau Laut Semporna
Dusun Tawau
Dusun Tuaran
Murut Persiangan
Loh Dayuh Magalong
Bisaya Kuala Penyu
Kadayun Sipitang, Teluk Labuan
Orang Sungai Lamag, Bukit Garam
Suang Laut Di antara Kota dan Tuaran
Melayu / Brunei Bangawan, Papar
SOSIO-EKONOMI PENDUDUK BUMIPUTERA SEBELUM BRITISH
SEMENANJUNG
Pola penempatan orang Melayu tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah
sungai, kerana mereka tertumpu kepada aktiviti perikanan dan pertanian. Masyarakat
Melayu dipengaruhi sistem feudal (Sistem pemerintahan) raja atau sultan
SARAWAK
Bumiputera Sarawak tinggal di persisiran pantai. Kawasan subur antara lembah sungai
dan perbukitan. Aktiviti utama menangkap ikan, menanam padi sawah, pertanian
pindah, berburu dan mencari hasil hutan.
SABAH
Suku Dusun-Kadazan merupakan golongan petani yang mendiami kawasan dataran
dan tanah subur di lembah sungai. Suku Murut tinggal di pedalaman mengusahakan
tanaman pindah. Kaum Bajau tinggal di pinggir pantai menjadi pelaut
KEDATANGAN IMIGRAN DARI CHINA DAN INDIA
SEBELUM IMIGRAN BESAR-BESARAN
· Melaka telah dijajah Eropah bermula dengan Portugis (1511), Belanda (1641)
dan Inggeris (1786) – pembukaan Pulau Pinang.
· Pada awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk Semenanjung Tanah Melayu
(termasuk Singapura) didiami oleh orang Melayu.
· Sebelum 1820 lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh
pembesar Melayu
KEDATANGAN KAUM IMIGRAN DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.
MASYARAKAT MAJMUK
Erti Masyarakat Majmuk
Masyarakat yang mempunyai beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan
bercampur gaul tetapi walaupun berada dalam satu unit politik, mereka mengamalkan
cara hidup, agama, bahasa dan kebudayaaan mengikut atnik masing-masing.
KEDATANGAN ORANG CINA DAN INDIA
1. Kedatangan orang cina dan India ke tanah Melayu bermula pada akhir kurun ke
19 dan awal kurun ke 20.
2. Pada peringkat awal, kemasukan mereka hanya untuk bekerja dalam jangka
masa beberapa tahun dan kembali semula ke negeri masing-masing.
3. Menjelang tahun 1930an, ramai di kalangan imigran khususnya orang cina telah
menetap di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
4. Kedatangan dan penetapan orang Cina dan India di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak adalah disebabkan faktor-faktor berikut:
(a) Keadaan politik yang tidak stabil di negeri Cina menyebabkan ramai rakyat cina
menentang pentadbiran Mancu yang berkuasa pada masa itu.
(b) Bencana alam seperti banjir dan kemarau sering melanda negara China dan India
menyebabkan tanaman musnah.
(c) Perkembangan ekonomi yang menggalakkan di Tanah Melayu seperti sektor
perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
(d) galakan daripada pentadbiran British di Tanah Melayu, menjalankan dasar imigrasi
bebas untuk menggalakkan kemasukan buruh-buruh dari China dan India.
(e) Kemudahan kedatangan mereka melalui ejen tertentu atau sistem-sistem tertentu:
(i) Sistem Tiket Kredit, iaitu tambang pelayaran buruh Cina ke Tanah
Melayu melalui ejen dan terikat dengan perjanjian untuk bekerja dalam satu tempoh
tertentu bagi menbayar hutang tambang mereka kepada ejen tersebut.
(ii) Orang Cina Foochow di sarawak menganjurkan kemasukan orang Cina secara
kumpulan.
(iii) Sistem Kangani untuk membawa buruh India ke Tanah Melayu yang mana
seorang mandur atau kangani di Tanah Melayu ditugaskan oleh majikannya untuk
mencari buruh dari kampungnya di India dengan tambang,perbelanjaan dan kebajikan
ditanggung oleh majikan tersebut.
(iv) Pada tahun 1907, kerajaan British telah menempatkan seorang pegawai British
di Madras yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan buruh. Tabung Imigrasi
India ditubuhkan dan tabung ini membiayai tambang buruh-buruh tersebut.
(f) Kerajaan China memansuhkan sekatan penhijrahan rakyatnya ke luar negara pada
tahun 1897, ini mendorong lebih ramai orang cina berhijrah.
(g) Pertambahan kemasukan imigran wanita Cina telah mengimbangi kadar
jantina. Ini menggalakkan mereka menetap di Tanah Melayu.
Masalah Kaum Imigran.
1. Kaum pendatang Cina dan India di Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai
masalah. Antaranya:
(a) Keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang tidak memuaskan.
(b) Penganiayaan yang dilakukan oleh majikan.
(c) Kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar
buruh lombong dan ladang mati akibat wabak penyakit.
2. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah
ini:
(a) Badan Perlindungan Orang Cina pada tahun 1877 beribu pejabat di Singapura dan
kemudiannya diperluaskan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sabah, melalui:
(I) Pegawai bertanggungjawab memeriksa tempat tinggal pekerja Cina.
(ii) Memastikan Ordinan Buruh dipatuhi.
(iii) Mendaftar kontrak pekerjaan.
(iv) Menyelaraskan kemudahan sosial terutamanya kesihatan bagi golongan
miskin.
(b) Jabatan Buruh ditubuhkan tahun 1910 sebagai tempat rujukan imigran yang
enghadapi pelbagai masalah disini.
(c) Tahun 1912, menyusun semula Akta Buruh yang merangkumi buruh Cina dan
ndia dan telah membuat beberapa ketetapan iaitu menyediakan tempat tinggal,
kesihatan, perlindungan daripada peaniayaan dan eksploitasi tenaga buruh
kanak- kanak.
(d) Kanun Buruh diperkenalkan pada tahun 1923 dan melaluinya pihak ladang
diwajibkan menyediakan kemudahan pelajaran.
(e) Ordinan Imigrasi (1930) diperkenalkan untuk menghadkan kemasukan buruh lelaki
mengikut kuota yang ditetapkan, kerana terlalu ramai buruh Cina yang datang ke Tanah
Melayu meningkatkan lagi masalah sosial.
(f) April 1933, satu lagi ordinan telah diluluskan dengan nama Ordinan Orang
Asing dimana kuota kemasukan orang Cina dan India telah dikurangkan.
Kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran dapat dikurangkan.
Kesan Kemasukan Buruh Imigran
1. Imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat
majmuk yang tetap dan membentuk organisasi sosial dan ekonomi masing-masing
iaitu:
(a) Menjaga kepentingan pekerjaan dan perniagaan.
(b) Menjaga kepentingan agama dan kebudayaan.
(c) Memupuk sifat kedaerahan.
2. Hasil daripada kegiatan sosial dan budaya, wujud pelbagai perbezaan dalam
setiap masyarakat di Tanah Melayu. Ia merangkumi aspek ekonomi dan pendidikan.
Aspek Ekonomi
(a) Kerajaan British menggalakkan setiap kaum menceburi corak ekomi
berlainan. Justeru itu kesannya ialah:
(i) Orang Melayu kekal sebagai petani di luar bandar.
(ii) Orang Cina dalam sektor perlombongan dan perdagangan di
bandar.
(iii) Orang India di sektor perladangan dan kerja raya.
(iv) Orang Ceylon (Sri Lanka) bekerja dalam sektor pengkeranian.
Aspek Pendidikan
(a) Sekolah-sekolah yang didirikan hanya untuk memenuhi keperluan kaum
masing-masing, baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulum.
(b) Di luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di sekolah agama.
Pendidikan kanak-kanak imigran di luar bandar tidak dipentingkan kerana bilangan
mereka tidak ramai.
(c) Di bandar, kebanyakan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan kurikulum Inggeris. Sekolah yang
pertama ialah Penang Free School didirikan pada tahun 1816.
(d) Kebanyakan sekolah Inggeris dipelopori oleh Mubaligh Kristian dan mendapat
bantuan kerajaan. Selain bahasa Inggeris, mubaligh ini juga menggunakan bahasa
Cina dan Tamil.
(e) Kerajaan British juga menggalakkan pendidikan vokasional di kalangan anak
orang Melayu supaya mereka terus kekal dalam sektor pertanian.
(f) Pihak British tidak menitikberatkan pendidikan Inggeris terhadap orang
Melayu. Mereka hanya diberi pendidikan sekular untuk menghapuskan buta
huruf.
(g) Kerajaan British hanya memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak
golongan bangsawan supaya mereka boleh bekerja dalam perkhidmatan
kerajaan.
(h) Kerajaan British juga tidak menitikberatkan pendidikan orang Cina dan India.
Orang Cina hanya mendirikan sekolah mereka sendiri yang telah dibiayai oleh
mubaligh kristian atau masyarakat Cina sendiri. Pada peringkat awal, sekolah
cinamenggunakan pelbagai dialek hinggalah ditukarkan kepada bahasa mandrin pada
awal abad ke 20.
(I) Pendidikan tamil terhad di sekolah rendah sahaja khususnya di kawasan
ladang getah yang dibiayai oleh pihak ladang atau persatuan orang India di ladang
getah.
3. Kesan daripada pendidikan yang berbeza ini menyebabkan orang Melayu kekal
dengan
kemiskinan, kurang pendidikan dan hidup di luar bandar. Orang India juga kurang
pendidikan dan tidak berpeluang bekerja di sektor lain. manakala orang cina berjaya
dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan.
4. Keadaan ini juga mewujudkan satu jurang perbezaan ekonomi yang nyata di antara
ketiga-tiga kaum tersebut.
Pertambahan
penduduk dan
wujudnya masayarakat
majmuk.
Penempatan kaum yang
berbeza. (Melayu di kampung,
cina di bandar, India
di estate)
Perbezaan identiti dan budaya
antara
kaum.
KESAN-KESAN
KEMASUKAN Masalah sosial
(kongsi gelap,
IMGRAN pelacuran, judi dll)
Perkembangan perusahan
bijih timah dan getah
Perkembangan sistem
perhubungan
(jalan raya &
jalan kereta api)
Pertumbuhan bandar-
bandar
terutama
bandar-bandar
perlombongan
KESAN IMIGRAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
1. Wujudnya masyarakat berbilang kaum
· Komposisi penduduk berubah awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk ialah
Bumiputera.
· 1931 – Bumiputera hanyalah 45% sahaja.
2. Pemisahan Kaum melalui Penempatan
Tumpuan orang cina di kawasan Bandar dan lombong
Orang Melayu di kawasan pertanian di kampung/ luar Bandar
Orang India tinggal di kawasan ladang getah
3. Pemisahan melalui kegiatan Ekonomi
· Tumpuan kerajaan Inggeris ialah kepada sektor ekonomi eksport dan
komersial (getah dan timah). Dengan itu kaum Cina dan India diutamakan untuk
kegiatan tersebut.
· Sektor pertanian padi diabaikan.
4. Pemisahan Melalui Pendidikan
· Sukatan pelajaran kaum imigran berteraskan negara asal.
· Sistem persekolahan dipisahkan dari aspek lokasi dan kurikulum.
· Sistem pendidikan Orang Melayu hanyalah sekadar menjadikan mereka
boleh membaca dan mengira untuk mengambil alih tugas ibubapa mereka sebagai
petani.
5. Pemisahan Pembangunan
· Tumpuan pembangunan di kawasan bandar (bandar baru & sistem
pengangkutan), manakala kawasan luar bandar diabaikan
PERPADUAN NEGARA
KONSEP PERPADUAN
Satu proses mewujudkan ‘satu’ identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
PERPADUAN WILAYAH
Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan
kurang maju.
PERPADUAN EKONOMI
Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum. Penggubalan DEB dan DPN
untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
PERPADUAN PENDIDIKAN
Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan
perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
PERPADUAN KEBUDAYAAN
Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan. Dasar kebudayaan
kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.
PERPADUAN SOSIAL
Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan,
perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat.
MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA
Faktor
1. Pengasingan Petempatan
2. Pengasingan Agama
3. Pengasingan Sistem Pendidikan
4. Akhbar Bahasa Mengikut Kaum
5. Persatuan Untuk Satu-satu Kaum
6. Pengaruh Politik
7. Kesan Pemerintahan Jepun
8. Dasar ‘pecah’ & ‘perintah’ Inggeris
9. Tragedi 13 Mei 1969.
Pengajaran Peristiwa 13 Mei
· Kerosakan harta benda dan nyawa.
· Perintah berkurung
· Keuntungan kepada musuh (komunis)
· Perlunya perpaduan nasional
· Keadilan ekonomi antara kaum
· Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA
1. RUKUN NEGARA
Merupakan panduan yang merangkumi prinsip-prinsip hidup yang telahpun wujud dan
boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia yang boleh mengukuhkan perpaduan
Prinsip Rukun Negara
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan dan Kesusilaan
2. DASAR EKONOMI BARU
· DEB telah digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB (1970 – 1990)
mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.
· Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990 –2000 meneruskan usaha DEB
bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keadilan sosial,
moral, ekonomi, kulaiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kemajuan sains dan
teknologi.
3. INTEGRASI NASIONAL
Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau
kawasan asal mereka, terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Antara
rancangan yang boleh dijalankan ialah dengan menggalakkan perpindahan
penduduk,melalui rancangankebudayaan kebangsaan, DPN, kemakmuran ekonomi,
peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa/
waktu antara Semenanjung, Sarawak dan sabah.
top related