laporan tahunan pejabat kewangan dan ......pengurusan gaji : 16 lawatan pengurusan bayaran : 164...
Post on 15-Dec-2020
25 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN TAHUNAN
PEJABAT KEWANGAN DAN
PERBENDAHARAAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN TAHUN 2013
Kandungan
Bil Tajuk Mukasurat
1. Pengenalan 1
2. Fungsi Jabatan 1
3. Misi, Visi & Moto Jabatan 2
4. Objektif & Dasar Kualiti 3
5. Kod Etika 4
6. Piagam Pelanggan 5
7. Perutusan YB. Pegawai Kewangan Negeri, Negeri
Sembilan Darul Khusus.
6
8. Pegawai Kanan Pejabat Kewangan Negeri, Negeri
Sembilan Darul Khusus
7
9. Pencapaian 2013 8
10. Sijil Ketua Audit Negara: 9
11.
Prestasi
Bahagian Pengurusan Kewangan
Perbendaharaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan
10 - 14
15 – 16
17 - 29
12.
Aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Anggota
Kewangan Negeri, Negeri Sembilan Darul
Khusus - KSKAKN
30 - 35
(i)
PEJABAT KEWANGAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
PENGENALAN
Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan adalah
merupakan jabatan Kerajaan di bawah pentadbiran
Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ianya
bertanggungjawab merumus, merancang dan
melaksanakan dasar-dasar dan peraturan, pelaburan dan
belanjawan serta mengawasi aktiviti jabatan-jabatan
dalam hal-hal berkaitan pengurusan Kewangan.
FUNGSI JABATAN
1. Merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar
kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan kesejahteraan rakyat.
2. Mengawasi aktiviti jabatan-jabatan dengan belanjawan,
perbelanjaan, peraturan kewangan, perolehan dan
pengurusan stor bagi memastikan semua dasar dan
tatacara yang ditentukan di patuhi serta dilaksanakan
dengan cekap dan berkesan.
3. Menyediakan Laporan-Laporan Kewangan dan Penyata
Kewangan Tahunan.
-1-
MISI JABATAN
“MENERAJU PENGURUSAN KEWANGAN YANG
CEMERLANG DAN PENGANGGIHAN SUMBER HASIL
YANG SAKSAMA”
VISI JABATAN
“PENGURUSAN KEWANGAN YANG CEKAP”
MOTO JABATAN
“AMANAH DAN PRODUKTIF”
-2-
OBJEKTIF JABATAN
1. Merancang Dasar dan Strategi Pengurusan Kewangan
Kerajaan Negeri Dengan Cekap dan Berkesan
2. Mengawal Perbelanjaan dan Memantau Hasil
Kerajaan Negeri
3. Memastikan Pengurusan Perakaunan Kerajaan Negeri
Yang Cekap dan Telus
DASAR KUALITI
Memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan
negeri diuruskan dengan cekap dan beramanah untuk
mencapai tahap kualiti yang memenuhi kehendak
pelanggan.
-3-
KOD ETIKA PEJABAT KEWANGAN DAN
PERBENDAHARAAN NEGERI, NEGERI
SEMBILAN
Profesional
Kompeten ke arah mencapai misi dan visi jabatan
Kreatif dan inovatif
Berfikir untuk mencipta perkara baru dan menambah baik
cara kerja sedia ada
Wawasan
Berpandangan dan berfikiran kreatif melangkaui masa dan
zaman
Nilai-nilai Murni
Memiliki dan mempraktikkan nilai-nilai peribadi unggul
Sistematik
Mengamalkan tatacara kerja yang terancang dan teratur
-4-
PIAGAM PELANGGAN
1. Beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti,
bertanggungjawab, cekap, tepat, tegas dan mesra pelanggan.
2. Semua permohonan yang lengkap dan teratur akan diluluskan mengikut
tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-
i. Pindah Peruntukan
-
10 hari bekerja
ii. Agihan Peruntukan
-
10 hari bekerja.
iii. Tambah Peruntukan
– 14 hari selepas diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri.
iv. Arahan Perbendaharaan
58(a), 88 dan 100
- 10 hari bekerja.
v.
Pinjaman kenderaan dan
komputer
– 14 hari bekerja selepas diterima
dari Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri.
vi. Pendahuluan Diri – 5 hari bekerja.
3. Semua permohonan yang lengkap dan teratur untuk perolehan, perolehan
luar kontrak pusat, rundingan terus, lantikan juru perunding dan perolehan
yang melebihi had yang ditetapkan mengikut pekeliling akan diberi
jawapan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan diterima.
4. Semua cek akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas baucer
diterima dengan lengkap dan teratur.
5. Pembayaran gaji akan dibayar pada atau sebelum 25 haribulan setiap bulan
kecuali hari perayaan mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan
Akauntan Negara.
-5-
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya, Laporan Tahunan Pejabat Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2013 berjaya diterbitkan.
Laporan tahunan ini menerangkan tentang aktiviti dan pencapaian pejabat ini
sepanjang tahun 2013. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri
Sembilan di atas komitmen dan penghasilan kerja berkualiti dan cemerlang.
Semoga usaha ini sentiasa dipertingkat dan diteruskan.
Sekian, terima kasih.
YB. Dato’ Haji Tahar bin Haji Sudin
Pegawai Kewangan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
-6-
PERUTUSAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI ,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
-7-
YB. DATO’ HAJI TAHAR BIN HAJI SUDIN
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
PUAN SALINAH BINTI ISMAIL
TIMBALAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
CIK NOOR HASLINDA BINTI HAMDAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
SALLEHUDDIN BIN MOHD NOOR
KETUA PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN
NEGERI (M48)
ENCIK MUHAMMAD AIZA BIN ZAMROSE
PEN. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PUAN NORSYALIHAH BINTI SIDEK
PEN. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
PUAN NORJUANITA BINTI BAHARUDIN
PEN.PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
UNIT ANALISIS DAN PEMANTAUAN PELABURAN
CIK AIMIDATUL SYAHIRA BINTI
ABDUL WAHAB
PEN. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI UNIT HASIL
YB. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI &
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN
PEJABAT KEWANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN TAHUN 2013
PUAN SARVINA BINTI MOHAR
PENOLONG BENDAHARI
QAMARUL MUNIRAH BT MOHAMED YUNUS
BENDAHARAI NEGERI W54
PPEENNCCAAPPAAIIAANN 22001133
PPEENNAARRAAFFAANN 44 BBIINNTTAANNGG IINNDDEEKKSS
AAKKAAUUNNTTAABBIILLIITTII JJAABBAATTAANN AAUUDDIITT NNEEGGAARRAA
TTAAHHUUNN 22001122
-8-
SIJIL PENCAPAIAN 2013
-9-
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN
SEKSYEN BELANJAWAN DAN PINJAMAN
1. Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri
Kelulusan AP58(a) : 226 permohonan – RM958,446.04
Bilangan Pindah Peruntukan yang diluluskan : 141 permohonan
Bilangan Tambahan Peruntukan : 17 jabatan – RM8.796juta
Pemeriksaan Belanjawan 2014 dari April hingga Julai 2013
o Bekalan/ Mengurus : 23 jabatan – 35 vot
o Pembangunan : 13 maksud pembangunan
o Pihak Berkuasa Tempatan : -
o Badan-badan Berkanun : 2
Belanjawan tahun 2014 telah dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri pada 13 dan 16 Disember 2013.
o Hasil : RM352.626juta
o Mengurus : RM352.626juta
o Pembangunan : RM91.541juta
Waran peruntukan tahun 2014 telah diedarkan kepada Jabatan-
Jabatan pada 28-30 Disember 2013.
Urusan Akaun Amanah (Trust Deed)
o Mengemaskinikan Arahan Amanah:
Akaun Amanah SPEKS
o Akaun Amanah Jaringan Sosial Negeri Sembilan
o Akaun Amanah Pembinaan Tambahan Sistem
Pam Bukit Mendum
o Akaun Amanah Perbelanjaan Mengurus Bekalan Air
o Akaun Amanah Pembinaan/ Pengubahsuaian
Masjid dan Surau, Negeri Sembilan
2. Menyelia Pinjaman Kerajaan Negeri / BadanBerkanun / Agensi
Memproses pengeluaran pinjaman
o proses pengeluaran pinjaman bekalan air berjumlah
RM6,952,460.00
o Membuat bayaran balik 5 pinjaman berjumlah
RM6,157,621.08
-10-
Ditutup
SEKSYEN HASIL
1. Penyediaan kertas cadangan Majlis Kewangan Negara dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri :
Majlis Kewangan Negara : 1 kertas
Majlis Mesyuarat Keraajan Negeri : 4 kertas
2. Menyelia dan mengutip cukai hiburan
Penguatkuasaan ke atas pawagam : 5 pawagam (17kali)
Jumlah kutipan : RM 4.018 juta.
3. Menyelaras dan membuat tuntutan hasil dari Kerajaan Persekutuan
Pemberian Hitung Kepala : RM 17,091,960.00
Pemberian Pertumbuhan Hasil Bahagian 1 : RM 7,992,114.00
Pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Jabatan :RM 7,703,368.00
Di bawah Senarai Bersama (JPH, JPS, JKM & Sukan)
Pemberian Caj Perkhidmatan Projek Persekutuan:RM 11,552,995.00
4. Menyediakan laporan hasil tanah negeri : 12 Laporan
5. Meluluskan hapuskira hasil daripada Pejabat Tanah dan Pihak
Berkuasa Tempatan
-11-
SEKSYEN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
1. Pengurusan Aset
i. Lawatan naziran : 6 jabatan
Aset alih : 6
Aset hidup : -
ii. Pelupusan : 35
iii. Hapuskira : 8
2. Perolehan
Permohonan daripada Jabatan:
i. Pembelian Luar Kontrak : 15
ii. Rundingan Terus : 165
iii. Pelantikan Perunding : 16
iv. Perubahan Kerja : 10
v. Pelantikan AJK Sebutharga : 30
-12-
SEKSYEN ANALISIS DAN PEMANTAUAN PELABURAN
1. Memantau penjualan saham IHH Healthcare Berhad sebanyak 350,000
unit milik Kerajaan Negeri dengan keuntungan jualan sebanyak RM
475,149.00.
2. Pelaburan dalam Amanah Raya Berhad sebanyak RM 2,000,000.00.
3. Pelaburan bon AmConstant Multi Maturity 2 berjumlah
RM100,090.10.
4. Menganalisis kedudukan kewangan bagi anak-anak syarikat Kerajaan
Negeri.
Nama Anak Syarikat Pegangan
Pemerbadanan Menteri Besar
1. BSS Development Sdn Bhd
2. Ombak Maya Sdn Bhd
3. Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
4. Negeri Sembilan Investment Centre
(NSIC)
5. Lambang Tunas Sdn. Bhd.
6. IMAPRO Sdn. Bhd.
7. Tenaga Berkat Sdn Bhd
8. Sains ICT
9. Emerald Spirit Sdn. Bhd.
Golden Share
100%
100%
100%
100%
100%
100%
100%
77.25%
-13-
Nama Anak Syarikat Pegangan
Yayasan Negeri Sembilan
1. YNS Management Sdn. Bhd.
2. Liberty Capital Sdn. Bhd
3. Ganda Akademik Sdn. Bhd.
4. Angkatan Seni Baru Sdn. Bhd.
5. YNS Kraf Sdn. Bhd
6. Rembau Crystal Sdn. Bhd.
7. Nadi Peransang Sdn. Bhd.
100%
100%
100%
100%
100%
96%
40%
Nama Anak Syarikat Pegangan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
1. Grand Launch Sdn. Bhd.
2. Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
3. Primary Edition Sdn. Bhd.
100%
51%
40%
Nama Anak Syarikat Pegangan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
1. MAINS Holding
2. Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
3. Pusat Zakat Negeri Sembilan
4. MAINS Hotel Sdn Bhd
100%
100%
100%
100%
-14-
PERBENDAHARAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2012 telah dihantar kepada
Jabatan Audit Negara pada 15 Januari 2013 dan telah mendapat audit bersih buat kali ke-11 sejak tahun 2001.
2. Pengurusan aliran tunai yang cekap
Simpanan Tetap
- Memperoleh keuntungan bagi tahun 2013 sebanyak RM13,961,259.58
Short Term Money Market Deposit (STMMD) - Mendapat keuntungan bagi tahun 2013 sebanyak
RM1,233,008.83 3. Pencapaian masa 99.2% dalam memproses terimaan sehingga
pengeluaran resit perbendaharaan dalam masa 2 hari bekerja dengan syarat penyata penungut telah dibankkan dan telah dikunci masuk ke dalam sistem SPEKS. Purata sebanyak 1,707 penyata pemungut diproses dalam masa
sebulan.
4. Pencapaian masa 100% dalam memproses baucer bayaran sehingga ke pengeluaran cek dan Electronic Fund Transfer (EFT) dalam masa 2 hari bekerja.
33,745
46,335
0
20,000
40,000
60,000
Jenis pembayaran
Carta Perbandingan pembayaran melalui Cek
dan EFT bagi Tahun 2013
Cek
EFT
-15-
5. Berjaya memproses 14,955 Borang Perubahan Gaji (Kew 320) dalam tempoh masa 1 hari
6. Menjalankan sesi lawatan naziran bagi Pengurusan akaun amanah/deposit : 26 lawatan Pengurusan gaji : 16 lawatan Pengurusan bayaran : 164 lawatan Pengurusan terimaan dan buku tunai : 6 lawatan
7. Mengadakan latihan/kursus pengurusan kewangan dan perakaunan
seperti senarai berikut:
Bil Nama latihan/kursus Tarikh
1 Kursus Perakaunan Gaji 23.05.2013
2 Kursus Bayaran dan Perbelanjaan 26.06.2013
3 Latihan secara hands on Modul Aset SPEKS
22-25.10.2013
4 Taklimat Penutupan Akaun Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun 2013.
5.12.2013
5 Taklimat Lembaga Pemeriksa Tahunan 24.12.2013
-16-
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1. SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri mempunyai 79 perjawatan
yang diluluskan. Walau bagaimanapun hanya sebanyak 75 jawatan pelbagai
peringkat diisi pada tahun 2013 iaitu 95 peratus sahaja diisi. Pentadbiran
telah mengambil 5 pekerja kontrak terdiri daripada 2 (dua) Contract of Services manakala 3 (tiga) Contract for Services.
i) PENGURUSAN PERSONEL
Statistik Anggota Pejabat
Bil. Perkara Bil. Kakitangan
1 Jumlah Keseluruhan Kakitangan 78
2 Bertukar Keluar 16
3 Bertukar Masuk 13
4 Bersara 3
Bersara pada tahun 2013
Bil Nama Jawatan/Gred Bersara Mulai
1. HAMIDAH BINTI
ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W26
BERSARA WAJIB UMUR 58 TAHUN
4.4.2013
2. HAJAH NAZIMAH BINTI
MOHAMAD YUNUS
PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK GRED M54
BERSARA WAJIB UMUR 58 TAHUN
11.7.2013
3. MASSITA BINTI AHMAD PEMBANTU AKAUNTAN
W22
BERSARA WAJIB UMUR 56 TAHUN
7.9.2013
-17-
Bertukar Masuk pada tahun 2013.
Bil Nama Jawatan/Gred Tempat Bertukar Mulai
1. ZAINAB BINTI IDRIS PENOLONG AKAUNTAN
W36
HOSPITAL RAJA
PERMAISURI BAINUN,
IPOH, PERAK
1.2.2013
2. YUSNORDIANA BINTI
ABDUL MALEK
PEMBANTU AKAUNTAN
W17
MAHKAMAH
NEGERI SEMBILAN
15.3.2013
3. NORROSKHALIZA BINTI
ABD. KHALID
PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN W17
PEJABAT SETIAUSAHA
KERAJAAN NEGERI
3.6.2013
4. HAFIZAH BINTI ZAKARIAH PENOLONG AKAUNTAN
W36
HOSPITAL TUANKU
JA’AFAR
1.6.2013
5. YB. DATO’ HAJI TAHAR BIN
HAJI SUDIN
PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK JUSA B (M)
UNIT PERANCANG
EKONOMI NEGERI
1.7.2013
6. NOOR SYALIHAH BINTI
SIDEK
PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK M44(M)
KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI
1.7.2013
7. SITI FARAH NADIA BINTI
NORHAN
SETIAUSAHA PEJABAT
N27
UNIT PERANCANG
EKONOMI NEGERI
11.7.2013
8. MOHD AZRUL BIN IDRIS PEMANDU KENDERAAN
R3
UNIT PERANCANG
EKONOMI NEGERI
11.7.2013
9. KHANITTHA A/P TAWOON PENOLONG PEGAWAI
TEKNOLOGI
MAKLUMAT F29
PEJABAT DAERAH DAN
TANAH JELEBU
11.7.2013
10. NORJUANITA BINTI
BAHARUDIN
PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK M44
UNIT PERANCANG
EKONOMI NEGERI
15.8.2013
11. MAIMUNAH BINTI HUSIN PENOLONG PEGAWAI
TADBIR N27
JABATAN PERDANA
MENTERI
19.8.2013
12. NOOR HAZILA BINTI
MOHD SARPAN
PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W22
PEJABAT DAERAH DAN
TANAH PORT DICKSON
17.9.2013
13. AIMIDATUL SYAHIRA
BINTI ABDUL WAHAB
PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK M41
9.12.2013
-18-
Bertukar keluar pada tahun 2013.
Bil Nama/No. K/P Jawatan/Gred Tempat Bertukar Mulai
1. RUSLAWATI BINTI MOHD
DIN
PENOLONG AKAUNTAN
W36
JABATAN KESIHATAN NEGERI,
RASAH
1.2.2013
2. WAN NOOR HAMIZAH
BINTI WAN. A.HAMID
PEMBANTU AKAUNTAN
W17
JABATAN PELAJARAN NEGERI
JOHOR
15.3.2013
3. NORMASLIZA BINTI MOHD
WAZIR
PENOLONG PEGAWAI
TEKNOLOGI MAKLUMAT
F29
PEJABAT SETIAUSAHA
KERAJAAN N. SEMBILAN (Unit
Pengurusan Teknologi Maklumat)
8.4.2013
4. AZMI BIN ISMAIL PEMBANTU AM PEJABAT
N1
PEJABAT SETIAUSAHA
KERAJAAN N. SEMBILAN (Unit
Perumahan)
16.5.2013
5. FAZHMAWATY BINTI
MOHAMMAD
PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W17
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
PORT DICKSON
3.6.2013
6. NORASHIEKIN BINTI
IBRAHIM
PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W17
JABATAN KERJA RAYA DAERAH
SEREMBAN
3.6.2013
7. AZMI BIN MOHD YUSOFF PEMANDU KENDERAAN R3 JABATAN PERHUTANAN NEGERI 3.6.2013
8. FUDZIAH BINTI AHMAD PENOLONG AKAUNTAN
GRED W36
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR 1.6.2013
9. YB. DATO’ AB. RADZAK BIN
AB. RAHMAN
JUSA B (M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1.7.2013
10. NORAIN BINTI AHMAD SETIAUSAHA PEJABAT UNIT PERANCANG EKONOMI
NEGERI
11.7.2013
11. JOHARI BIN ABDUL AZIZ PEMANDU KENDERAAN R3 UNIT PERANCANG EKONOMI
NEGERI
11.7.2013
12. MOHD FAZLY BIN MD NOR PENOLONG PEGAWAI
TEKNOLOGI MAKLUMAT
F29
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
JELEBU
16.7.2013
13. SURAZILA BINTI MAT PENOLONG PEGAWAI
TADBIR N27
IPK SEREMBAN 19.8.2013
14. ISMAIL BIN SAARI PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W22
JKR DAERAH SEREMBAN 17.9.2013
15. AFANDI BIN SHAHARUDIN PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) W17
PEJABAT PENGARAH TANAH
DAN GALIAN
19.9.2013
16. NURUL ADZUAR BIN BASRI PEGAWAI TADBIR DAN
DIPLOMATIK M44
UNIT PERANCANG EKONOMI,
JABATAN PERDANA MENTERI
-19-
Bilangan Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang
Bil. Bilangan Penerima AKC
1. YB. DATO’ AB. RADZAK BIN AB. RAHMAN
2. RUSNAH BINTI AHMAD
3. NORHASHIMA BINTI MOHD ALI
4. NOR SHAHIRA BINTI SAMEON
5. NOOR HASLINDA BINTI HAMDAN
6. MOHD HAFIZ BIN RADZALI
Bilangan Penerima Penerima Pingat
Bil. Bilangan Penerima Pingat
1. LEE SOCK YAN - PJK
2. HINDUN BT NORDIN - PJK
Pegawai /Kakitangan Lantikan Baru
Bil Nama Jawatan/ Gred
1. MOHD FAZLY BIN MD.NOR PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI
MAKLUMAT F29
2. MOHD RIZAL BIN MOHD RUS PEMANDU KENDERAAN R3
3. SAMSUDIN BIN MOHD NOR PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
4. TAUFIQ BIN MOHD NOR PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
ii) URUS SETIA MESYUARAT PERINGKAT JABATAN
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Jabatan
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
-20-
-21-
KALENDAR AKTIVITI / LATIHAN PEJABAT KEWANGAN
NEGERI TAHUN 2013
KURSUS / LATIHAN / BENGKEL / TAKLIMAT
TARIKH KUMPULAN SASARAN
TEMPAT BILANGAN PESERTA
JANUARI
SKT PKWNS 2013 20-22.01.2013 22 KE ATAS KLANA BEACH
RESORT PD 30
FEBRUARI
PERJUMPAAN DENGAN YB PKN NS
4.3.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS BILIK GERAKAN 80
MAC
TAKLIMAT YAPEIM -INTEGRITI MEMPERKASAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
14.3.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS BILIK GERAKAN 80
APRIL
BENGKEL PERBINCANGAN PLAN STRATEGIK
5.4.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS BILIK GERAKAN 70
TAKLIMAT PENDEDAHAN PROJEK KIK PKWNS
18.4.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS
BILIK BUNGA RAYA
20
MEI
TAKLIMAT CUEPECS CARE
17.5.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS BILIK GERAKAN 60
BENGKEL KAJIAN HASIL SEDIA ADA DAN HASIL BARU
13-14.5.2013 PENOLONG
PEGAWAI DAN ADO SELESA BEACH
RESORT 37
BENGKEL PENGURUSAN GAJI – UNIT GAJI
23.5.2013 PEGAWAI DI
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
BILIK GERAKAN 70
BENGKEL MENJAWAB SOALAN BITK 2013
29.5.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS
BILIK MESYUARAT BENDAHARI
25
JUN
KURSUS BAYARAN DAN PERBELANJAAN - UNIT BAYARAN
26.6.2013 PEGAWAI DI
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
BILIK GERAKAN 60
-22-
KURSUS / LATIHAN / BENGKEL / TAKLIMAT
TARIKH KUMPULAN SASARAN
TEMPAT BILANGAN PESERTA
JULAI
CERAMAH SEMPENA BULAN RAMADHAN - BONUS DI BULAN RAMADHAN
25.7.2013 PEGAWAI DAN KAKITANGAN
PKWNS BILIK GERAKAN 80
OGOS
TIADA
SEPTEMBER
TIADA
OKTOBER
BENGKEL TAKLIMAT GAJI SPEKS DAN E SPEKS : UNIT GAJI
17.10.2013
PEGAWAI DI PENTADBIRAN
KERAJAAN NEGERI
BILIK TERATAI 40
BENGKEL SPEKS ASET: UNIT NAZIRAN
22-25.10.2013
PEGAWAI DI PENTADBIRAN
KERAJAAN NEGERI
BILIK BUNGA RAYA 80
NOVEMBER
TAKLIMAT PENDEDAHAN E-SURAT
18.11.2013 PEGAWAI JPNS BILIK MESYUARAT
BENDAHARI 10
KURSUS KEWANGAN MODUL PEROLEHAN
26.11.2013
PEGAWAI KANAN DI
PENTADBIRAN KERAJAAN
NEGERI
DEWAN SRI SUNGAI UJONG, SEREMBAN
50
DISEMBER
TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN : UNIT AKAUN
5.12.2013
PEGAWAI DI PENTADBIRAN
KERAJAAN NEGERI
DEWAN THEATRET 220
BENGKEL AKAUN AKRUAN : PENGUMPULAN DATA
9-10.12.2013
PEGAWAI DI PENTADBIRAN
KERAJAAN NEGERI
BILIK MESYUARAT BNNS
60
BENGKEL PERBINCANGAN LEMBAGA PEMERIKSA TAHUNAN
24.12.2013
PEGAWAI DI PENTADBIRAN
KERAJAAN NEGERI
BILIK TERATAI 15
2. SEKSYEN PENGURUSAN KEWANGAN DAN
PEMANTAUAN AUDIT
2.1 URUS SETIA MESYUARAT.
i. MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN
KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) PERINGKAT NEGERI
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2008 dan Pekeliling
Pejabat Kewangan Negeri Sembilan Bilangan 3 Tahun 2008 menetapkan
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) perlu ditubuhkan di
setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) supaya dapat memantapkan lagi
pengurusan kewangan dan akaun di agensi-agensi Kerajaan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Peringkat Negeri telah diadakan sebanyak empat (4) kali dan sebanyak
empat (4) laporan telah disediakan bagi mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan.
Semua Jabatan dan Agensi juga telah mengadakan mesyuarat dan
melaporkan hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan dan akaun di
Jabatan dan Asensi masing-masing. Pejabat Kewangan Negeri sentiasa
memastikan agar agenda yang telah ditetapkan didalam mesyuarat dipatuhi.
ii.MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN
KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) PERINGKAT JABATAN
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Peringkat Jabatan telah diadakan sebanyak empat (4) kali setahun dan
sebanyak empat (4) laporan telah dikemukakan selaras dengan kehendak
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2008 dan Pekeliling Pejabat
Kewangan Negeri Sembilan Bilangan 3 Tahun 2008.
-23-
iii. MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH
JABATAN
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 menetapkan satu
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan hendaklah ditubuhkan supaya
dapat merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek
pengurusan aset alih Kerajaan. Oleh itu, Jabatan sentiasa memastikan
bahawa peraturan ini dipatuhi dan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
Alih Jabatan telah dilaksanakan pada setiap suku iaitu sebanyak empat (4)
kali setahun.
Laporan Tahunan Aset Alih Kerajaan meliputi Laporan Harta Modal
dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan
Pelupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib bagi
tahun 2013 telah dikemukakan kepada Pegawai Pengawal sebelum 12 Mac
2014.
Kedudukan Aset Alih Pejabat kewangan Negeri bagi sehingga suku
keempat tahun 2013 adalah sebanyak RM1,643,006.87 Harta Modal dengan
281 kad Kew. PA 2 dan RM395,372.18 Inventori dengan bilangan kad Kew.
PA 3 sebanyak 369 kad.
-24-
2.2. LAWATAN NAZIRAN PENGAUDITAN SUSULAN
PENGURUSAN KEWANGAN (INDEKS AKAUNTABILITI)
TAHUN 2013
Seksyen ini juga merupakan urus setia kepada Exit Conference Indeks
Akauntabiliti bagi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2012
yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara yang telah diadakan pada 2
Mei 2013. Menerusi Exit Conference ini penemuan-penemuan audit
dibincangkan bagi mengenal pasti punca, isu dan tindakan yang perlu
diambil ke atas teguran-teguran Ketua Audit Negara. Selain itu, Exit
Conference ini turut membincangkan tentang Penyata Kewangan Kerajaan
Negeri bagi tahun 2012.
Indeks Akauntabiliti merupakan satu instrumen pengukuran tahap
prestasi pengurusan kewangan ke atas enam aspek kawalan utama iaitu
kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan
perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah/ akaun amanah dan
deposit serta pengurusan aset, inventori dan stor. Bagi tahun 2013, sebanyak
14 jabatan telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara bagi Indeks Akauntabiliti.
Menerusi Exit Conference Tahun 2012, sebanyak enam Jabatan / Agensi
yang mencapai tahap empat bintang iaitu Pejabat Kewangan Negeri, Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah, Majlis Daerah
Rembau, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Perbadanan
Kemajuan Negeri. Penarafan empat Bintang bagi Indeks Akauntabiliti ini
merupakan satu pengiktirafan yang besar terhadap jabatan khususnya dan
Kerajaan Negeri amnya.
Setelah Exit Conference ini selesai dilaksanakan, seksyen ini akan
melaksanakan pemantauan ke atas jabatan-jabatan dan agensi-agensi
kerajaan negeri yang telah diaudit bagi memantau tindakan-tindakan yang
diambil ke atas teguran-teguran audit tersebut. Pada tahun 2013,
Pengauditan Susulan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) Tahun
2012 telah dilaksanakan di 14 Jabatan / Agensi Negeri. Hasil pengauditan
susulan tersebut mendapati setiap Jabatan / Agensi Negeri telah membuat
penambahbaikan dan berada di tahap yang baik.
-25-
Pengauditan Susulan tidak dapat dilaksanakan di 2 Jabatan / Agensi
Negeri iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Lembaga Muzium
Negeri. Ini adalah kerana semasa pengauditan susulan dijalankan pegawai
yang bertanggungjawab tiada. Sebanyak 14 laporan telah dikemukakan ke
Jabatan Audit Negara bagi memaklumkan pemantauan telah dibuat bagi
membantu Jabatan / Agensi terutamanya kepada Jabatan / Agensi yang masih
belum mencapai tahap 4 bintang.
SENARAI JABATAN DAN AGENSI PENGAUDITAN SUSULAN
PENGURUSAN KEWANGAN (INDEKS AKUANTABILITI)
BIL. Senarai Jabatan dan Agensi Negeri
1. Pejabat Kewangan Negeri Sembilan
2. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
3. Jabatan Kehakiman Syariah
4. Majlis Daerah Rembau
5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
6. Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan
7. Jabatan Kebajikan Masyarakat
8. Majlis Perbandaran Port Dickson
9. Majlis Perbandaran Nilai
10. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa
11. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
12. Jabatan Pertanian
13. Pejabat Tanah dan Galian
14. Lembaga Muzium Negeri
-26-
2.3. PINJAMAN KOMPUTER, KENDERAAN, PENDAHULUAN
DIRI DAN PELBAGAI
Selain itu, seksyen ini juga menguruskan permohonan-permohonan
daripada Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri bagi
permohonan pinjaman komputer, permohonan pinjaman kenderaan,
permohonan pendahuluan diri dan pelbagai. Bilangan permohonan yang
diproses oleh Seksyen Pengurusan dan Pemantauan Audit adalah seperti
berikut:
Bilangan Permohonan Yang Telah Diproses
Urusan Bilangan Permohonan Diproses
2010 2011 2012 2013
Permohonan Pinjaman
Komputer
25 8
Permohonan Pinjaman
Kenderaan
6 23
Permohonan Pendahuluan
Pelbagai
4 13
Permohonan Pendahuluan
Diri
5 11
1113
23
8
00000000
546
25
0
5
10
15
20
25
2010 2011 2012 2013
Permohonan Pinjaman Komputer
Permohonan Pinjaman Kenderaan
Pemohonan Pendahuluan Pelbagai
Permohonan Pendahuluan Diri
-27-
2.4. LAPORAN PERBELANJAAN MENGURUS PEJABAT
KEWANGAN NEGERI
Pada Tahun 2013, Perbelanjaan Mengurus Pejabat Kewangan Negeri
adalah sebanyak 96.80%. Peruntukan asal yang diterima ialah
RM4,271,000.00 dan perbelanjaan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak
RM4,134,365.91. Pecahan Perbelanjaan Mengurus bagi Tahun 2013 adalah
seperti berikut:
Perkara Jumlah (RM)
Emolumen 2,980,646.65
Perkhidmatan dan Bekalan 345,028.97
Aset 10,246.00
Pemberian dan Kenaan Bayaran
Tetap
57,743.07
Perbelanjaan lain 740,701.22
Jumlah
Emolumen
Perkhidmatan dan Bekalan
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
Perbelanjaan Lain
-28-
2.5. PENGURUSAN HASIL, PEMBAYARAN DAN PEROLEHAN
JABATAN.
Pejabat kewangan Negeri sentiasa member keutamaan kepada 5 aspek
utama Kawalan Terimaan iaitu Kawalan Borang hasil, Penerimaan Wang,
Kemasukan Pungutan Ke Bank, Kawalan Perakaunan Terimaan / Hasil dan
Akaun Belum Terima. Sebanyak 167 resit rasmi telah dikeluarkan pada
tahun 2013.
Selain itu, seksyen ini sentiasa memastikan kawalan perbelanjaan iaitu
Kawalan Perakaunan Perbelanjaan, Pengurusan Perolehan dan Pengurusan
Pembayaran sentiasa dipatuhi. Pada tahun 2013, sebanyak 589 baucar
bayaran, 120 pesanan tempatan dan 4 Waran Per diproses.
2.6. Laporan Pengurusan Kewangan ke Perbendaharaan Negeri
Pada tahun 2013, sebanyak 62 laporan yang telah dikemuakan ke Perbendaharaan
Negeri. Ringkasan laporan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:
Laporan Jumlah Laporan
Buku Tunai Jabatan 12
Penyesuaian Akaun Amanah 12
Penyesuaian Vot B16 13
Penyesuaian Vot T05, T06 dan B18 13
Penyesuaian Hasil 12
Jumlah laporan 62
-29-
Mesyuarat Agong KSKAKN kali ke-20 telah diadakan pada 29 April 2013 dan telah melantik
Jawatankuasa baru bagi sesi 2013/2015 seperti berikut:
Pengerusi : En. Nurul Adzuar bin Basri
Naib Pengerusi : En. Abd Razaq bin Mohd Arif
Setiausaha : Pn. Norain bt. Ahmad
Bendahari : Pn. Siti Wahida binti Abdul Karim
AJK : Pn. Sareen Deo binti Mohd Imbran
: Pn. Zalinawati bt Mat Yusof
: Cik Noor Haslinda bt Hamdan
: Cik Nazariah bt Haron
: En. Mohd Raimy bin A. Mutalib
Pemeriksa Kira-kira : En. Sallehuddin bin Mohd Noor
: Pn. Chan Kum Choo
-30-
LAPORAN AKTIVITI
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN ANGGOTA KEWANGAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KSKAKN
LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN TAHUN 2013
Pengerusi : Cik Nazariah binti Haron
Setiausaha : Puan Hazira binti Hamzan
Ahli-Ahli : Encik Hazlizan bin Hamzah
Encik Syamizi bin Mainudin
Puan Norhayati binti Abdul Kadir
Puan Siti Rahmah binti Jaffar
Puan Zaharatun binti Abdul Salim
Puan Nurbaizatul Athirah binti Mohd Shukor
Cik Nor Haslinda binti Rahim
BIL. TARIKH PROGRAM / AKTIVITI
1. APRIL
- Urusetia Bagi Pemberian Cenderahati (Payung) kepada semua Ahli KSKAKN Sempena Mesyuarat Agong Ke-20 Tahun 2013
-
-
Pemberian Hadiah kepada Ahli KSKAKN yang Mencarum 10 Tahun
Menyediakan Hadiah Hari Lahir Ahli KSKAKN untuk bulan Januari hingga Disember 2013 (Voucher Jaya Jusco) dan Kek Hari Lahir.
2. MEI - Urusetia bagi Pemberian Cabutan Bertuah, Hadiah Pertandingan Karaoke dan Hadiah Pakaian Terbaik Sempena Majlis Makan Malam Klasik 60-an di Restoran Ria Seaview, Kemayan Square, Seremban.
3. JUN - Menziarahi dan menyerahkan wang derma/sumbangan untuk isteri kepada En. Timan bin Simin yang menghidap Kanser Tulang ‘Multiple Meloma’
4. JULAI - Pemberian Acar Buah kepada semua Ahli KSKAKN sempena menyambut Bulan Ramadhan
5. OGOS - Pemberian Cabutan Sampul Duit Raya sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri KSKAKN yang diadakan di Kediaman Rasmi YB. Pegawai Kewangan Negeri.
6. NOVEMBER - Menziarahi dan menyerahkan wang derma/sumbangan untuk suami kepada Pn. Aziyanti binti Mohamad Said yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang dan gout yang kronik.
7. SEPANJANG TAHUN
-
-
-
-
-
-
-
Sumbangan Kebajikan kepada Ahli KSKAKN Tahun 2013
Ahli bertukar jabatan
Ahli berkahwin
Ahli kehilangan ahli keluarga terdekat
Ahli mendapat cahayamata
Anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Ahli bersara
Ahli masuk wad
-31-
LAPORAN AKTIVITI BIRO AGAMA TAHUN 2013
Pengerusi : Puan Zalinawati Naib Pengerusi : Encik Mohd Akmal Bin Mohd Zahari Setiausaha : Cik Norhaslinda Bte Rahim Penolong Setiausaha : Puan Nurbaizatul Athirah Bte Mohd Shukor Bendahari : Puan Rusnah Bte Ahmad Penolong Bendahari : Puan Salbiah Bte Ab. Jalil Ahli –ahli : Encik Taufiq Bin Mohd Nor Puan Siti Wahida Bte Abdul Karim
Puan Noriah Bt Abdul Kadir Puan Norhayati Bt Kadir
BIL.
TARIKH
PROGRAM / AKTIVITI
1.
JANUARI 2013 – DISEMBER 2013
- kelas pengajian Al-Quran ( setiap hari Khamis ) - Bacaan yassin ( 2 minggu sekali – Jumaat ) - Tayangan video ceramah agama ( 2 minggu sekali – Jumaat )
2.
JUN 2013 – JULAI 2013 - Tadarus Al-Quran ( bermula 10 Jun 2013 – Isnin ) Sempena Bulan Ramadhan 1434H
3.
26 JULAI 2013
- Majlis berbuka puasa, khatam Al-Quran & terawih bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri
4.
18 OKTOBER 2013
- Majlis Ibadah Qurban 1434H diadakan di Perkarangan Masjid Al-Taqwa, Paroi Seremban.
-32-
LAPORAN AKTIVITI BIRO SOSIAL TAHUN 2013
Pengerusi : Puan Sareen Deo binti Mohd Imbran
Timbalan Pengerusi : Encik Hanifsham bin Osman
Setiausaha : Cik Nur Hidayah binti Zulkifli
Ahli-Ahli : Puan Hasnida binti Ibrahim
Puan Surazila binti Mat
Puan Zaharatun binti Abdul Salim
Cik Noorazraniza binti Abu Zarin
Puan Hazira binti Hamzan
Puan Siti Salmiah binti Abd. Razak
Cik Ruziyati binti Umar
Encik Muhamad Izwan Effendi b Md Sum
BIL. BULAN PROGRAM / AKTIVITI
1. MEI Urusetia Pertandingan Karaoke sempena Majlis Makan Malam Kalsik 60-an di Restoran Ria Seaview, Kemayan Square, Seremban.
2. JUN Mengadakan Kelas Gubahan Bunga Reben kepada 24 orang warga PKWNS.
3.
OGOS Urusetia sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri KSKAKN yang diadakan di Kediaman Rasmi YB. Pegawai Kewangan Negeri.
4.
NOVEMBER Bersama-sama dengan Biro Kebajikan menziarahi dan menyerahkan wang derma / sumbangan untuk suami kepada Puan Aziyanti binti Mohamad Said.
-33-
BIL. TARIKH PROGRAM / AKTIVITI
4 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak antara Kelab Pemandu Wisma Negeri dengan anggota Kelab Sukan yang diadakan di Padang MPS, Seremban Keputusan Kelab Pemandu menang dengan jaringan 7-4
6 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Dart antara Kelab Sukan Jabatan Pengairan Dan Saliran N. Sembilan yang diadakan di JPS Stor Jalan Sikamat. Pasukan Dart KSAKN kalah
18 Mac 2013
Menyertai pertandingan Dart anjuran Jabatan Geosains Cawangan N. Sembilan yang diadakan di Pejabat Geosains.Kalah dalam kumpulan.
19 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Badminton dan Karom antara Kelab Sukan UPKT, N. Sembilan. Pasukan karom menang Pasukan Badminton kalah
21 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Ping Pong dan Dart antara Pejabat Daerah Rembau Pasukan Dart menang Pasukan Ping Pong Menang
27 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan Pejabat Tanah Dan Galian, N.Sembilan. Di Kompleks Sukan, Paroi
28 Mac 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Ping Pong dan Dart antara Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sembilan, di Jabatan Penjara
2 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Badminton antara Pejabat Daerah Seremban 2, Di Dewan Pekerti Seremban
5 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Bowling antara SAINS N. Sembilan di AEON Seremban 2
9 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Badminton antara Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan di Dewan Pekerti
12 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Bowling antara Jab. Penjara Seremban di AEON Seremban 2
16 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Badminton antara Tenaga Nasional Bhd Seremban di Dewan Pekerti
18 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Ping Pong antara Tenaga Nasional Bhd Seremban di Menara TNB Seremban
19 April 2013
Perlawanan Persahabatan Bowling antara KWSP Seremban di AEON Seremban 2
24 April 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Ping Pong antara Pejabat Setiausaha Kerajaan, N. Sembilan. Di lobi Bilik Gerakan, Wisma Negeri
22 Mei 2013
Mengadakan perlawanan persahabatan Dart antara Pejabat Pendaftaran Negara Seremban, N. Sembilan Pasukan Dart kalah
7 - 12 Sept 2013
Menyertai Kejohanan Sukan Semalaysia Di Kelantan
-34-
LAPORAN AKTIVITI BIRO SUKAN TAHUN 2013/2014
Pengerusi : En. Mohd Raimy bin A. Mutalib
Timbalan Pengerusi : Puan Siti Wahida bt Abdul Karim
Setiausaha : Puan Siti Rahmah bt Jaafar
Ahli – ahli :
En. Muhammad Izwan Effendi bin Mohd Sum
En. Khairul Nizam bin Ramli
En. Mohd Akmal bin Zahari
En. Mohd Hafiz bin Radzali
Pn. Sareen Deo bt Mohd Imbran
Pn. Shafila bt Sharif
Pn. Mazilah bt Abd Malik
Pn. Norshahira bt Sameon
Pn. Zaharatun bt. Abdul Salim
Sukan Dwi Tahunan Pejabat-pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Se-Malaysia kali ke-XII
2013 telah diadakan di Kelantan pada 9 hingga 12 September 2013. Sukan ini diadakan setiap dua
tahun sekali yang dianjurkan oleh setiap negeri secara giliran. Dalam acara sukan ini, Pejabat
Kewangan Negeri Sembilan telah menghantar seramai 31 orang peserta termasuk 3 orang
Urusetia. Pejabat Kewangan Negeri telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan iaitu
Badminton, Ping Pong, Karom, Dart, Bowling dan Golf (VIP).
Objektif penyertaan adalah bagi mengeratkan lagi perhubungan di antara Pejabat-pejabat
Kewangan dan Perbendaharaan seluruh Malaysia dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan,
meningkatkan kecerdasan fizikal dan minda seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan
penjawat awam.
Berikut merupakan pencapaian skuad KSKAKN dalam temasya sukan dwi tahunan di Kelantan:
ACARA SASARAN PENCAPAIAN
Bowling : Empat berpasukan 10 terbaik Tempat ke-11
: Terbuka (Masters) 5 terbaik Tempat ke-6
: Individu VIP 5 terbaik Tempat ke-10
Badminton Suku akhir Kumpulan
Ping Pong Suku akhir Suku akhir
Dart Separuh akhir Separuh Akhir
Karom Suku akhir Kumpulan
Futsal Suku akhir Kumpulan
-35-
LAPORAN SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN
PERBENDAHARAAN
SE-MALAYSIA KALI KE-XII 2013 KELANTAN
top related