laporan penyelidikan universiti penilaian peranan dan
Post on 19-Oct-2021
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI
PENILAIAN PERANAN DAN TUGAS WAKIL RAKYAT DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
MALIKE BRAHIM MOHD. FO’AD SAKDAN ZAHERUDDIN OTHMAN SOLAHUDDIN ISMAIL
MUHAMMAD FUAD OTHMAN
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RIMC) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
NOVEMBER 2011
PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)
Kami, dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen teknikal, laporan fakta, data, gambarajah, ilustrasi, dan gambar foto yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan. Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan mana-mana komen, laporan, dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan. We are responsible for accuracy of all opinion, technical comment, factual report, data, figures, illustrations and photographs in the article. We bear full responsibility for the checking whether material submitted is subject to copyright or ownership rights. UUM does not accept any liability for accuracy of such comment, report and other technical and factual information and the copyright or ownership right claims. ______________________________ Malike Brahim (Ketua Penyelidik) ______________________________ Mohd. Fo’ad Sakdan, Prof. Madya Dr. (Ahli Penyelidik) ___________________ Zaheruddin Othman, Dr. (Ahli Penyelidik) ___________________ Solahuddin Ismail (Ahli Penyelidik) _____________________ Muhammad Fuad Othman (Ahli Penyelidik)
i
ABSTRAK
Wujud kekeliruan dalam memahami peranan dan tanggungjawab wakil rakyat yang lebih dikenali sebagai Yang Berhormat (YB). Hal ini berkait dengan aspek teori dan praktis. Ada pihak yang melihatnya dalam konteks realiti. Ada pula yang menilainya dari sudut persepsi. Realitinya, peranan dan tanggungjawab wakil rakyat—dari segi teori—sebagai ahli perundangan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berfungsi untuk membahas, mengkritik, menyokong dan meluluskan undang-undang dan dasar negara. Dari persepsi rakyat ia mungkin berbeza—dari segi praktis—berbanding teori. Rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan. Jadi, rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat menyelesaikan setiap masalah yang mereka dihadapi. Dalam pada itu, pelbagai masalah seperti konflik dalam parti, persaingan merebut jawatan, amalan politik wang, ahli bertindak keluar parti, kekurangan dana dan kewangan parti, gejala sosial dan jenayah serta peningkatan sokongan terhadap parti lawan. Inilah antara isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wakil rakyat, di mana peranan dan tanggungjawab adalah sangat besar yang boleh bersifat rasmi dan tidak rasmi. Dengan kata lain, peranan wakil rakyat bukan sekadar sebagai ahli perwakilan (representative), tetapi juga merupakan ahli politik (politician), pemimpin (leader), pengurus (manager) dan pentadbir (administrator). Dengan mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat, ia merupakan suatu cabaran dalam kalangan wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkesan dan cekap yang boleh diklasifikasikan kepada peranan sebagai perwakilan di Parlimen (parliamentary roles), peranan terhadap pengundi (constituency roles) dan peranan dalam khidmat masyarakat (social roles/services).
ii
SENARAI KANDUNGAN
Abstrak iSenarai Kandungan ............................ iiPenghargaan ...................................... ivSenarai Singkatan .............................. vSenarai Jadual / Rajah ....................... vi BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan Kajian 1.3 Permasalahan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 Diskusi Konsep: Wakil Rakyat 1.7 Diskusi Konseptual: Peranan Wakil Rakyat 1.8 Signifikan Kajian 1.9 Limitasi Kajian
156
131415202324
BAB 2 PERBAHASAN KONSEP DAN TEORI 2.1 Pengenalan 2.2 Konsep Demokrasi 2.3 Konsep Parlimen 2.4 Konsep Demokrasi Berparlimen 2.5 Konsep Pilihan Raya 2.6 Doktrin Pengasingan Kuasa 2.7 Doktrin Percantuman Kuasa 2.8 Rumusan
2727303134354247
BAB 3 SOROTAN KARYA 3.1 Pengenalan 3.2 Ulasan Buku 3.3 Ulasan Laporan Penyelidikan 3.4 Ulasan Artikel 3.5 Rumusan
4950566170
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Reka Bentuk Kajian 4.3 Persampelan
4.3.1 Persampelan Bertujuan 4.3.2 Saiz Sampel
4.4 Unit Analisis 4.5 Instrument Kajian 4.6 Pengukuran Pembolehubah dan Model Kajian
4.6.1 Pembolehubah Bebas 4.6.2 Pembolehubah Bersandar
72727374767778788080
iii
4.7 Kaedah Pengumpulan Data 4.7.1 Pengumpulan Data Sekunder 4.7.2 Pengumpulan Data Primer
4.8 Analisis Data dan Persembahan Hasil Kajian
81818384
BAB 5 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 5.2 Profil Responden 5.3 Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik 5.4 Peranan Wakil Rakyat Sebagai Ahli Legislatif 5.5 Pengurusan Peranan dan Tugas Wakil Rakyat 5.6 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan 5.7 Peranan Wakil Rakyat Dalam Sosio-Ekonomi 5.8 Peranan Wakil Rakyat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
dan Keagamaan 5.9 Isu dan Cabaran Peranan dan Tugas Wakil Rakyat 5.10 Rumusan
8585909397
101105109
116128
BAB 6 KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 6.2 Perbincangan Dapatan Kajian
6.2.1 Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik 6.2.2 Peranan Wakil Rakyat Dalam Badan Perundangan 6.2.3 Pengurusan Peranan Wakil Rakyat 6.2.4 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan 6.2.5 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan
Sosio-Ekonomi 6.2.6 Peranan Wakil Rakyat Dalam Keagamaan dan
Kemasyarakatan 6.2.7 Isu dan Cabaran Peranan Wakil Rakyat
6.3 Cadangan Hasil Kajian 6.4 Penutup
131132134138139142144
146
149151157
BIBLIOGRAFI 160LAMPIRAN
iv
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas keizinan-Nya, pihak kami telah dapat menyempurnakan kajian ini walaupun menghadapi pelbagai kekangan yang menguji kesabaran dan ketekunan dalam membuat kajian dan menulis laporan. Tanpa kerjasama dan bantuan daripada banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung, amatlah sukar untuk pihak kami menyiapkan kajian walaupun tidak dapat disebutkan satu persatu nama mereka di ruangan yang terhad ini. Di kesempatan ini pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) amnya dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) khasnya kerana telah meluluskan geran penyelidikan bagi menyempurnakan kajian ini. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para responden kajian yang merupakan wakil rakyat (Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) yang telah meluangkan masa dan sudi menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada wakil-wakil rakyat tersebut, amatlah sukar untuk menyempurnakan kajian seperti ini. Terima kasih juga kepada pembantu penyelidik (sambilan) Saudari Nur Hidayah Zaidun dan para pembanci yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini khususnya dalam proses menyiapkan laporan akhir kajian. Kepada rakan-rakan yang juga telah sudi membantu secara sukarela dan percuma dalam mengedarkan soal selidik kepada wakil rakyat, hanya ucapan terima kasih dapat dihulurkan khususnya kepada DSP Mohd. Zakarim Abdullah @ Zakaria. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati anda semua. Segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam laporan akhir kajian ini adalah tanggungjawab pihak kami sepenuhnya. Oleh itu, segala komen dan teguran berhubung apa yang dinukilkan dalam laporan ini amat dialu-alukan. Akhir sekali, semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan bagi mereka yang berminat mengenai politik Malaysia terutamanya tentang demokrasi berparlimen dan peranan wakil rakyat di Malaysia. Terima kasih di atas sokongan semua. Malike Brahim Mohd. Fo’ad Sakdan, Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman, Dr. Solahuddin Ismail Muhammad Fuad Othman Pusat Pengajian Kerajaan Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, KEDAH DARUL AMAN
v
SENARAI SINGKATAN
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri AJK Ahli Jawatankuasa APU Angkatan Perpaduan Ummah BN Barisan Nasional DAP Democratic Action Party DUN Dewan Undangan Negeri Exco Executive councillor FoP Fusion of power FPTP First-Past-The-Post ICT Information Communication Technology JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan KSN Ketua Setiausaha Negara KSU Ketua Setiausaha Kementerian MKT Majlis Kerja Tertinggi MMK Majlis Mesyuarat Kerajaan MP Member of Parliament NGO Non-Governmental Organization / Badan bukan kerajaan NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara PATI Pendatang asing tanpa izin PAS Parti Islam SeMalaysia PBT Pihak berkuasa tempatan PDRM Polis DiRaja Malaysia PM Perdana Menteri PRU Pilihan raya umum PKWR Pusat Khidmat Wakil Rakyat SoP Separation of Power SPR Suruhanjaya Pilihan Raya SUK Setiausaha Kerajaan Negeri UMNO United Malays National Organisation UPP Unit Pencegahan Penyeludupan YB Yang Berhormat YDA Yang DiPertuan Agong YDP Speaker / Yang diPertua Dewan
vi
SENARAI JADUAL / RAJAH
No. Tajuk Mukasurat Jadual 1.1 Peranan Perwakilan dan Pemegang Amanah 19 Jadual 5.1 Tahun Mula Menjadi Wakil Rakyat 86 Jadual 5.2 Parti Yang Diwakili Dalam PRU-12 87 Jadual 5.3 Kawasan Diwakili (Parlimen) 87 Jadual 5.4 Kawasan Diwakili (DUN) 88 Jadual 5.5 Jawatan Di Peringkat Cawangan 89 Jadual 5.6 Jawatan Di Peringkat Bahagian 89 Jadual 5.7 Jawatan Di Peringkat Majlis Kerja Tertinggi 90 Jadual 5.8 Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik 91 Jadual 5.9 Cabaran-cabaran Dihadapi Dalam Parti Kini 92 Jadual 5.10 Perbandingan Min Peranan Sebagai Ahli Legislatif 93 Jadual 5.11 Peranan Wakil Rakyat Berasas Literature Sains Politik 94 Jadual 5.12 Perbandingan Min Peranan Wakil Rakyat Di Parlimen /
DUN 95
Jadual 5.13 Peranan Wakil Rakyat Di Parlimen / DUN 96 Jadual 5.14 Perbandingan Min Bantuan dan Kerjasama Kepada
Wakil Rakyat 98
Jadual 5.15 Bantuan dan Kerjasama Kepada Wakil Rakyat 98 Jadual 5.16 Perbandingan Min Keperluan Logistik Meringankan
Tugas Wakil Rakyat 99
Jadual 5.17 Keperluan Logistik Meringankan Tugas Wakil Rakyat 101 Jadual 5.18 Projek-projek Yang Telah Dibawa Wakil Rakyat 102 Jadual 5.19 Perbandingan Min Tugas-tugas Lain Dalam
Pembangunan 103
Jadual 5.20 Tugas-tugas Lain Wakil Rakyat Dalam Pembangunan 104 Jadual 5.21 Peranan Wakil Rakyat Ketika Melawat Kawasan 105 Jadual 5.22 Lain-lain Aktiviti Semasa Melawat Kawasan 106 Jadual 5.23 Perbandingan Min Peranan Mewakili Kepentingan
Tertentu 107
Jadual 5.24 Mewakili Kepentingan Tertentu 109 Jadual 5.25 Penglibatan Dalam Hal Ehwal Kemasyarakatan dan
Keagamaan 110
Jadual 5.26 Peranan Sebagai “Kepimpinan Melalui Teladan” 111 Jadual 5.27 Lain-lain Tugas Dalam Kawasan Pilihan Raya 112 Jadual 5.28 Perbandingan Min Isu dan Masalah Berkaitan
Keagamaan 114
Jadual 5.29 Isu dan Masalah Berkaitan Keagamaan di Malaysia 115 Jadual 5.30 Perbandingan Min Faktor Yang Mencabar Tugas Wakil
Rakyat 116
Jadual 5.31 Faktor-faktor Yang Mencabar Tugas Wakil Rakyat 117 Jadual 5.32 Perbandingan Min Lain-lain Cabaran Tugas Wakil
Rakyat 119
Jadual 5.33 Penilaian Cabaran Lain Peranan Wakil Rakyat 120 Jadual 5.34 Perbandingan Min Cabaran Lain Yang Dihadapi Dalam
Melaksanakan Pembangunan 121
vii
Jadual 5.35 Cabaran Lain Dalam Melaksanakan Pembangunan 122 Jadual 5.36 Perbandingan Min Masalah Yang Wujud Dalam
Kawasan 124
Jadual 5.37 Masalah Yang Wujud Dalam Kawasan Diwakili Wakil Rakyat
125
Jadual 5.38 Perbandingan Min Cabaran Umum Dihadapi Wakil Rakyat
126
Jadual 5.39 Cabaran-cabaran Umum Yang Dihadapi Wakil Rakyat 128 Rajah 4.1 Model Kajian: Pembolehubah Bebas dan Bersandar 79
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam sistem politik demokrasi berparlimen mahupun berpresiden, pemilihan
ahli badan perundangan (legislative) atau perwakilan merupakan perkara
yang sangat penting. Pemilihan perwakilan adalah untuk menentukan siapa
yang berhak dan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah. Tentunya
kaedah pemilihan perwakilan dalam sistem demokrasi berasaskan kepada
pilihan raya. Di Malaysia, urusan pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) bermula dari peringkat pengeluaran writ hingga kepada
pengumuman keputusan rasmi pilihan raya.
Dalam kajian ini, fokusnya adalah kepada sistem demorkasi
berparlimen bukan sistem berpresiden walaupun mungkin ada perbincangan
secara tidak langsung mengenainya dalam kajian ini. Hakikatnya, Malaysia
semenjak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 daripada British terus
mengamal dan mengekalkan sistem demokrasi berparlimen hingga kini.
Tentunya antara sistem demokrasi berparlimen dan berpresiden mempunyai
beberapa perbezaan dan masih terikat dengan beberapa persamaan.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, doktrin percantuman kuasa
(Fusion of Power, atau FoP) dipraktiskan. Walau bagaimanapun, doktrin
2
pengasingan kuasa (Separation of Power, atau SoP) masih kekal diamalkan
mengikut prinsipnya. Sama ada doktrin FoP1 atau SoP, kedua-duanya tidak
dapat lari daripada persoalan bagaimana pemilihan perwakilan ke badan
perundangan dijalankan. Serentak dengan itu, pilihan raya adalah menjadi
medan penentu siapa yang layak dan berhak menjadi ahli badan
perundangan (Parlimen atau DUN) menerusi undi yang diberikan oleh rakyat.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, amalan FoP dibenarkan (Crystal,
1990: 1089; Ramanathan, 1992: 236; dan Roskin et al., 2003: 260). Di
Malaysia, perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.2 Apa
yang jelas di sini (amalan FoP) wakil rakyat bukan sekadar ahli perundangan,
tetapi sebilangannya akan dilantik memegang jawatan dalam Kabinet. Inilah
yang dikatakan sebagai percantuman kuasa—wakil rakyat yang sama
mempunyai dua peranan secara serentak di Parlimen dan Kabinet—seperti
yang wujud di Malaysia.
Percantuman kuasa seperti dijelaskan di atas bukan bermakna
mengurangkan jumlah institusi pemerintahan daripada tiga menjadi dua atau
satu sahaja. Ketiga-tiga badan pemerintahan—perundangan, eksekutif dan
1 Britian dan kebanyakan negara-negara Komanwel mengamalkan doktrin percantuman kuasa (fusion of power) (Carter & Herz, 1970: 28; dan Robertson, 1985: 249). Ini menunjukkan bahawa di negara-negara yang mengamalkan doktrin percantuman kuasa, maka ahli-ahli badan perundangan (Parlimen) boleh dilantik sebagai ahli badan eksekutif (Kabinet). Misalnya, Perdana Menteri yang telah dilantik sebagai ketua eksekutif atau kerajaan (head of government) merupakan ahli badan perundangan. 2 Untuk keterangan lanjut, lihat Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut mengenai perlantikan anggota Parlimen ke dalam Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dan seterusnya berkaitan perlantikan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
3
kehakiman—masih kekal dengan fungsi masing-masing. Namun, timbul salah
faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai kedudukan—peranan
dan tanggungjawab—wakil rakyat yang sebenar. Seterusnya wujudlah
perbezaan antara realiti dan persepsi dalam memahami peranan wakil rakyat.
Mengikut prinsip dalam doktrin FoP, wakil rakyat menjalankan kuasa
eksekutif dalam Kabinet (Robertson, 1985: 117), di samping peranan
hakikinya sebagai ahli badan perundangan. Namun begitu, paksi sistem
pemerintahan masih kekal mengikut doktrin SoP. Aspek inilah yang
membezakan antara sistem demokrasi berparlimen dan sistem berpresiden
(Carter & Herz, 1970: 34; dan Mahajan, 1981: 279).3
Dalam hal ini, peranan wakil rakyat itu perlu difahami dari sudut realiti
dan apa persepsi mengenainya. Pada realitinya, di satu segi peranan wakil
rakyat adalah sebagai ahli perundangan. Dari segi lain, peranan wakil rakyat
adalah sebagai ahli eksekutif. Kesan daripada kedua-dua peranan tersebut,
ia boleh memberikan persepsi yang berbeza dalam kalangan rakyat tentang
peranan wakil rakyat. Rakyat memahami peranan wakil rakyat berasaskan
pemahaman mereka sendiri, di mana tiada rujukan atau panduan asas
mengenainya secara bertulis. Pada realitinya mungkin berbeza dengan
persepsi rakyat. Akhirnya, kedua-dua perkara ini—antara realiti dan
persepsi—menimbulkan kekeliruan dalam memahami peranan wakil rakyat.
3 Lihat juga perbincangan oleh Crystal (1990: 197 & 909) tentang Kabinet yang telah menerangkan mengenai sistem berparlimen yang melaksanakan doktrin percantuman kuasa.
4
Apa yang mustahak, rakyat sentiasa memerlukan khidmat wakil
rakyat—dikenali sebagai Yang Berhormat (YB)—boleh berkhidmat tanpa
mengira masa dan keadaan. Rakyat menuntut YB boleh bersama-sama
mereka setiap masa dan berusaha menangani setiap masalah yang mereka
hadapi. Dengan itu, wakil rakyat akan dilabelkan sebagai pemimpin berjiwa
rakyat. Atau, paling tidak pun wakil rakyat perlu mempunyai nilai “kepimpinan
melalui teladan” kerana rakyat memerlukan pemimpin yang benar-benar boleh
memperjuangkan nasib mereka dan memberikan contoh yang terbaik.
Kenapa timbul kekeliruan dalam memahami peranan wakil rakyat?
Masalah ini wujud kerana tiada penjelasan secara terperinci mengenainya
telah dilakukan. Pihak kerajaan sendiri tidak memandang perkara ini sebagai
suatu yang serius. Wakil rakyat pula tidak pernah dihalang dalam melibatkan
diri dalam aktiviti sukarela dan berbentuk kemasyarakatan serta keagamaan.
Amalan ini telah berterusan hingga menjadi tradisi dan pegangan dalam
kalangan rakyat bahawa itulah tugas dan peranan wakil rakyat.
Menurut Ahmad Atory (2010: vii) perkara ini timbul disebabkan
kurangnya pemahaman dan penjelasan hanyalah secara umum tentang
peranan dan tanggungjawab wakil rakyat. Rakyat tidak diberitahu secara
bertulis oleh kerajaan mengenai hal ini. Bahkan kajian-kajian mengenai hal ini
juga langsung tidak pernah dilakukan. Kesannya, rakyat tiada maklumat dan
penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab wakil rakyat dari segi teori
5
mahupun praktis. Justeru itu, timbullah perbezaan dari segi persepsi dan
realiti dalam memahami peranan dan tanggungjawab wakil rakyat.
Hakikatnya, kini peranan wakil rakyat bertambah kompleks dan kian
mencabar. Terdapat pelbagai isu yang timbul yang berkait dengan peranan
wakil rakyat di Malaysia. Isu-isu itu akan menjadi cabaran kepada wakil rakyat
untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya. Justeru itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh wakil
rakyat sebagai perwakilan yang telah diberi mandat oleh rakyat.
1.2 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji dan beberapa isu dan cabaran
yang dihadapi oleh wakil rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia. Selain menghadapi pelbagai cabaran dari segi peranan dan
tanggungjawab yang rasmi sebagai wakil rakyat, terdapatnya pelbagai
cabaran lain yang terpaksa ditempuhi. Wakil rakyat tidak berperanan dalam
tanggungjawab rasminya sebagai perwakilan semata-mata, tetapi juga dalam
pelbagai aktiviti dan program yang tidak rasmi secara sukarela dan berbentuk
khidmat sosial, kemasyarakatan dan keagamaan. Jadi, tujuan kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh wakil
rakyat dalam melaksanakan tugas rasmi dan tidak rasmi dalam kawasan
pilihan raya yang diwakilinya. Kajian akan dilakukan melalui kaedah tinjauan
(survey) dengan menggunakan borang soal selidik.
6
1.3 Permasalahan Kajian
Wakil rakyat mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab bersifat rasmi
dan tidak rasmi kepada rakyat dan negara. Tugas rasmi adalah berperanan
sebagai perwakilan dalam Parlimen atau DUN. Jika dilantik sebagai ahli
badan eksekutif, wakil rakyat berperanan sebagai ahli Kabinet atau Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri. Dengan demikian, wakil rakyat boleh
memiliki pelbagai peranan rasmi sebagai perwakilan (representative), wakil
rakyat juga merupakan ahli politik (politician), pemimpin (leader), pengurus
(manager) dan pentadbir (administrator).
Pastinya peranan-peranan rasmi di atas—perwakilan, ahli politik,
pemimpin, pengurus dan pentadbir—memerlukan wakil rakyat mampu
memikul amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Kesemua
peranan itu diperlukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam
konteks peranan sebagai perwakilan di Parlimen (parliamentary roles),
peranan terhadap pengundi (constituency roles) dan peranan dalam khidmat
masyarakat (social roles/services).
Pastinya dalam melaksanakan peranan rasmi dan tidak rasmi itu wakil
rakyat akan berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Dalam tugas tidak
rasmi misalnya, wakil rakyat mempunyai peranan secara langsung dalam parti
politik yang diwakilinya. Dalam parti politik, tidak kurang cabaran dan isu yang
terpaksa dihadapi. Misalnya, prestasi parti yang merundum dalam pilihan
7
raya umum ke-12 (PRU-12) yang lalu. Ini ditambah pula dengan isu ahli-ahli
parti keluar secara beramai-ramai untuk menyertai parti lawan. Ini menjadi
cabaran kepada wakil rakyat untuk mengekalkan ahli yang sedia ada dan
menambah ahli yang baru.
Di samping itu, wujud masalah dalaman dan luaran parti. Di peringkat
dalaman parti, berlaku perebutan jawatan utama parti yang cenderung untuk
mewujudkan amalan politik wang, di mana akhirnya mewujudkan perpuakan
dalam parti. Malah, ada parti yang menghadapi masalah kewangan yang
kritikal. Ini menjadi tanggungjawab kepada wakil rakyat untuk mencari dana
yang mencukup untuk parti.
Bukan ahli sahaja yang bertindak keluar parti. Ada antara kalangan
rakan sejawat dalam Parlimen dan DUN bertindak keluar parti (melompat
parti) untuk menyertai parti lawan atau sekadar ahli Bebas. Ini menjadi beban
dan cabaran kepada wakil rakyat untuk memastikan ahli-ahli parti termasuk
rakan sejawatnya kekal bersama parti khususnya untuk menghadapi PRU-13
akan datang. Perkembangan ini mungkin ada kaitan dengan soal kebajikan
ahli parti dan layanan yang saksama kepada setiap wakil rakyat dalam parti
yang sama oleh pemimpin tertinggi parti. Semua isu dan masalah ini menjadi
cabaran kepada wakil rakyat berkenaan untuk menyelesaikannya.
Di samping itu, dalam masalah luaran pula wakil rakyat terpaksa
menghadapi pengaruh dan peningkatan sokongan terhadap parti lawan yang
8
mampu menggugat kekuatan partinya. Prestasi parti dalam PRU-12 boleh
menjadi kayu pengukur akan kekuatan parti lawan. Justeru itu, tiap-tiap wakil
rakyat merasa bimbang akan kehilangan sokongan daripada pengundi. Jika
ini berlaku nescaya peluang untuk wakil rakyat itu untuk berjaya
mempertahankan kerusinya adalah tipis dan seterusnya parti akan mengalami
kekalahan.
Selain isu dan cabaran di atas, wakil rakyat itu sendiri perlu memahami
dan arif mengenai tugasnya sebagai ahli perundangan. Tidak kira ahli parti
pemerintah atau parti pembangkang, dalam Parlimen dan DUN peranan
setiap wakil rakyat adalah sama—penggubal dasar, pembuat undang-undang,
ahli kelab penyokong dan ahli jawatankuasa dewan. Atas kapasiti ini, wakil
rakyat tiada had dan halangan untuk menyokong, mengusul, mengkritik,
membahas, dan menolak apa sahaja yang dibentang dan dibahaskan dalam
dewan perundangan. Tetapi, semua ini dibatasi atas prinsip kesetiaan
kepada parti, di mana wakil rakyat tidak boleh menyokong usul atau isu yang
dibawa oleh pihak lawan. Jika tidak, Whip parti akan mengambil tindakan ke
atas wakil rakyat itu.
Berkait dengan perkara di atas, ini terbukti dalam kes Datuk S.
Sothinathan bekas Timbalan Menteri Sumber Asli. Tindakan pernah diambil
ke atas beliau oleh Whip parti berpunca daripada tindakannya mempersoalkan
keputusan kerajaan tidak mengiktiraf beberapa universiti perubatan di Ukraine
(Rais, 2006: 204). Ini kerana dalam masa yang sama keputusan tersebut
9
dipertikaikan oleh pihak pembangkang di Parlimen. Tindakan Sothinathan itu
dilihat oleh Barisan Nasional (BN) seolah-olah pro-pembangkang. Akhirnya
beliau digantung sebagai ahli Kabinet selama tiga bulan.
Selain itu, wakil rakyat juga berhadapan dengan isu dan cabaran dari
segi kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan
kepada rakyat. Wakil rakyat tidak mampu untuk memikul tanggungjawab
rasmi atau tidak rasmi secara berseorangan. Oleh itu, ia memerlukan
sokongan logistik dan kerjasama serta bantuan banyak pihak seperti pegawai
khas, pegawai penyelidik, penasihat undang-undang, setiausaha dan
penjawat awam. Ini bagi memastikan wakil rakyat dapat melaksanakan
tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan cekap. Aspek logistik seperti
kemudahan telefon dan komunikasi, pengangkutan, perlindungan insuran,
pemandu peribadi, pengawal peribadi dan kawalan keselamatan bagi
memastikan wakil rakyat dapat menyampaikan perkhidmatan dengan cekap,
berkesan dan pantas kepada rakyat.
Wakil rakyat juga berperanan dalam membawa kemajuan dan
pembangunan dalam kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Terdapat
beberapa kekangan untuk mencapai matlamat kemajuan dan pembangunan
di sesuatu kawasan demi kepentingan rakyat. Isu ini melibatkan kewangan,
sokongan pihak kerajaan (negeri dan pusat) dan pengambilan tanah rakyat
yang memerlukan pampasan dan ganti rugi. Kesukaran dalam melaksanakan
pembangunan merupakan cabaran yang besar kepada wakil rakyat kerana
10
rakyat sentiasa berharap untuk menikmati pembangunan dan kemajuan
dengan lebih cepat. Kesemua ini memerlukan jumlah peruntukan kewangan
yang besar misalnya untuk melaksanakan projek-projek seperti perumahan,
sekolah, hospital dan sebagainya. Bahkan wakil rakyat bertanggungjawab
dalam memantau dan mengawal selia setiap projek pembangunan yang
dibawa agar ia dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, tidak berlaku
kecuaian, memenuhi kualiti yang ditetapkan, tidak merosakkan alam sekitar
dan memberi manfaat kepada rakyat.
Selain itu, masyarakat terus berhadapan dengan isu pengangguran,
kemiskinan, kemunduran, kos hidup meningkat, harga barangan keperluan
harian naik mendadak dan sebagainya. Apabila isu-isu ini timbul, ia akan
mendatangkan masalah kepada semua rakyat. Lantas rakyat menuntut agar
wakil rakyat dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi misalnya mendapatkan pinjaman, biasiswa, subsidi, dan sebagainya.
Isu sosio-ekonomi ini jika gagal ditangani secara optimum, maka ia akan
dijadikan sebagai modal berkempen bagi parti lawan pada masa akan datang,
di mana ia akan memberi kesan kepada wakil rakyat itu dan parti yang
diwakilinya kelak.
Pelbagai isu dan cabaran berkaitan aspek kemasyarakatan dan
keagamaan juga timbul. Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat untuk
membawa wadah kepimpinan melalui teladan, rakyat sentiasa berharap wakil
rakyat dapat bersama-sama dalam setiap majlis yang mereka anjurkan.
11
Sama ada sebagai penaung, penasihat, perasmi, jemputan khas dan
sebagainya, wakil rakyat sentiasa mendapat undangan dalam mana-mana
sahaja majlis rakyat. Ini termasuklah dalam majlis kenduri, perkahwinan,
keramaian, gotong royong, kematian dan sebagainya. Dalam masa yang
sama, YB boleh berjumpa dan bermesra dengan rakyat di samping
mengadakan sesi dialog dan mesyuarat bersama penduduk kampung bagi
menyelesaikan pelbagai isu dan masalah rakyat setempat untuk dikemukakan
kepada kerajaan atau dibawa ke Parlimen dan DUN.
Lain-lain isu dan masalah seperti kesihatan dan kebersihan turut
menjadi beban kepada wakil rakyat. Wakil rakyat juga berperanan dalam
menyeru agar rakyat sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri demi
mencegah pelbagai wabak penyakit. Tidak kurang pula dalam kalangan
remaja dan belia berhadapan dengan penularan budaya liar dan moral yang
tidak sihat. Isu dan masalah ajaran sesat, black metal, punk dan lain-lain,
murtad, seks bebas, pembuangan anak, jenayah dan sebagainya semakin
berleluasa menjadi cabaran yang sangat besar kepada wakil rakyat untuk
mencari jalan penyelesaiannya. Segalanya perlu diselesaikan walaupun
adakalanya berisiko tinggi—secara budi bicara atau menerusi undang-
undang—dengan segera dan berkesan. Jika tidak, dibimbangi masyarakat di
negara ini terutama generasi muda akan berhadapan dengan krisis sosial dan
budaya yang kritikal.
12
Disebabkan wakil rakyat juga merupakan pentadbir dan pengurus,
maka wakil rakyat juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam hal
ehwal mentadbir dan mengurus negara terutama mereka yang berjawatan
dalam Kabinet atau memiliki kuasa eksekutif. Justeru itu, wakil rakyat
bertanggungjawab dalam memastikan negara ini mencapai kemajuan dan
pesat membangun seiringan dengan arus globalisasi dan liberalisasi. Apatah
lagi kerajaan telah mensasarkan bahawa pada tahun 2020 Malaysia akan
mencapai taraf negara maju. Namun, wakil rakyat berhadapan dengan isu
dan cabaran seperti ekonomi dunia yang tidak stabil, kenaikan harga bahan
mentah dan makanan serta minyak dunia yang kian meningkat, isu
penggunaan bahasa Inggeris dan mendaulatkan bahasa Melayu terus
menjadi polimik politik pihak-pihak yang berkepentingan dan isu keganasan
antarabangsa. Dalam pada itu, cabaran lain yang dihadapi oleh wakil rakyat
adalah untuk memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) tercapai.
Berkaitan dengan aspek keselamatan dan keamanan dalam negara,
wakil rakyat berhadapan dengan isu dan cabaran seperti rasuah,
penyelewengan, rompakan, kecurian, pembunuhan, penculikan, penderaan,
sumbang mahram, rogol, pelacuran, perjudian, kongsi gelap, gengsterisme,
pengedaran dan penyalahgunaan dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI)
dan penyeludupan. Di sini wakil rakyat dan semua agensi penguatkuasaan
seperti PDRM, KDRM, Imigresen, JPJ, UPP dan lain-lain perlu bekerjasama.
Dalam masa yang sama, di negara ini sudah mula kedengaran secara lantang
13
suara kumpulan-kumpulan pendesak dan berkepentingan menyuarakan hak
dan kebebasan rakyat. Kini wakil rakyat berhadapan dengan isu dan cabaran
daripada gerakan hak asasi atau human rights dan beberapa isu lain seperti
bencana alam, dan kadar jenayah yang semakin tinggi.
Ringkasnya, berdasarkan kepada perbincangan di atas, segala isu dan
masalah yang berlaku dalam masyarakat merupakan cabaran terpaksa
dihadapi dan diselesaikan oleh wakil rakyat. Di sudut yang lain, wakil rakyat
bukan hanya menghadapi isu dan cabaran di peringkat tempatan dan
nasional, tetapi hingga ke peringkat serantau dan antarabangsa. Justeru itu,
wakil rakyat harus peka dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa
di luar negara khususnya aspek keselamatan dan kedaulatan negara. Semua
ini ada kaitan dengan perkembangan dan kemajuan ICT dan internet yang
semakin pesat, di mana dunia tanpa sempadan yang dipengaruhi oleh arus
globalisasi dan liberalisasi. Atas sebab itu, wakil rakyat harus bersedia
menghadapi keadaan ini lebih-lebih lagi dalam mengurus cara berkempen,
berceramah dan menyebar makumat kepada para pengundi terutama dalam
persediaan untuk menghadapi PRU-13 nanti.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk mengkaji isu dan cabaran yang
dihadapi oleh wakil rakyat dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab—rasmi dan tidak rasmi—di Parlimen dan DUN serta Kabinet
14
selepas PRU-12. Berdasarkan permasalahan kajian di atas, diperincikan
objektif kajian ini seperti:
a) Mengkaji latar belakang dan peringkat penglibatan wakil rakyat
dalam politik;
b) Mengenal pasti peranan wakil rakyat dalam parti politik dan
cabaran-cabaran yang dihadapinya dalam parti;
c) Menilai keupayaan dan kemampuan wakil rakyat dalam
menguruskan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan bantuan
pelbagai pihak dan sokongan logistik;
d) Menilai peranan wakil rakyat dalam pembangunan fizikal dan sosio-
ekonomi dalam kawasan pilihan raya yang diwakilinya; dan
e) Menganalisis isu dan cabaran utama lain yang dihadapi oleh wakil
rakyat di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini menumpukan perhatian kepada wakil rakyat (Parlimen dan DUN)
yang telah memenangi kerusi masing-masing dalam PRU-12 yang lalu.
Semua wakil rakyat (yang terpilih) akan terlibat dalam kajian ini sebagai
sampel termasuk mereka yang baru pertama kali dipilih wakil rakyat dalam
PRU-12 termasuk dari Sarawak. Bagi ahli DUN Sarawak, walaupun pilihan
raya umum negeri ke-10 baru diadakan Jun 2011, tetapi wakil rakyat yang
lama (bukan pertama kali jadi wakil rakyat) akan dipilih sebagai responden.
Jelas di sini bahawa fokus kajian ini adalah ke atas wakil rakyat yang telah
15
dipilih dalam PRU-12 kecuali wakil rakyat dari Sarawak. Ini kerana Sarawak
mengadakan pilihan raya negeri tidak serentak dengan Semenanjung
Malaysia dan Sabah.
Selain itu, skop kajian ini tertumpu kepada penglibatan wakil rakyat
dalam politik dan peranan dalam parti yang diwakilinya. Di sini kajian
tertumpu kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat
seperti dalam parti, perjuangan ke arah membawa pembangunan,
penyelesaian masalah rakyat dan sosio-ekonomi, peningkatan jenayah dan
gejala sosial. Tidak terbatas dengan perkara-perkara ini, skop kajian ini turut
memberi tumpuan kepada peranan dan penglibatan wakil rakyat dalam
aktiviti-aktiviti bersifat kemasyarakatan dan keagamaan.
Dengan kata lain, dalam mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi oleh
wakil rakyat seperti dinyatakan di atas, skop kajian ini secara mudahnya
terarah kepada tanggungjawab wakil rakyat dalam aspek constituency roles,
parliamentary roles, social works, dan party accountability. Peranan-peranan
inilah yang akan memberikan kefahaman tentang tanggungjawab sebenar
wakil rakyat yang akan dibincangkan dalam bahagian konseptual selepas ini.
1.6 Diskusi Konsep: Wakil Rakyat
Istilah wakil rakyat pada umumnya hanya digunakan di Malaysia, Indonesia
dan Brunei. Istilah ini membawa maksud yang sama dengan perwakilan
16
(representative) atau assemblyman. Namun begitu, istilah perwakilan lebih
banyak digunakan di Barat terutama dalam penulisan. Selain istilah
perwakilan, bagi negara yang memiliki hanya satu dewan perundangan (single
chamber) sahaja, perwakilan lazimnya terus digelar Member of Parliament
(MP) atau ahli Parlimen. Sedangkan di Malaysia, jika disebut Ahli Parlimen
(MP) ia hanya merujuk kepada ahli Dewan Rakyat sahaja, tetapi tidak bagi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Tetapi, bila disebut wakil rakyat ia
mewakili MP dan ADUN yang diberi gelaran Yang Berhormat (YB).
Menurut Hussain (1987: 160) wakil rakyat itu secara mudahnya
difahami sebagai seorang “tokoh”, “pemimpin” dan “ahli politik”. Jadi, wakil
rakyat itu adalah seorang tokoh, pemimpin dan ahli politik. Istilah “tokoh”
menurut Hussain bermaksud seorang yang menjadi “ketua” bagi sesuatu
kumpulan. Namun, konsep “tokoh” dan “ketua” katanya lagi tidak mempunyai
konotasi yang banyak perbezaannya. Ini kerana kedua-dua konsep tersebut
mempunyai ciri-ciri “kejuaraan” bagi sesuatu kumpulan dalam sesebuah
kawasan. Ciri-ciri “kejuaraan” itu mempunyai beberapa kelebihan kerana ia
melibatkan soal keturunan, kekayaan, kehebatan dan kebolehan, darjat dan
kedudukan dan banyak lagi sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.
Kini seseorang wakil rakyat mempunyai kedudukan dan peranan
tertentu bagi kumpulan yang diwakilinya. Dalam banyak keadaan, kedudukan
dan jawatan wakil rakyat itu menjadi begitu istimewa sehingga dapat
mengatasi banyak jawatan dan kedudukan lain. Secara implisitnya (ibid.,
17
161), hal ini dapat diperhatikan berkeadaan demikian kerana tiga faktor
penting. Pertama, faktor pemilihan dan proses politik dalam menentukan
seseorang wakil rakyat. Kedua, faktor pengaruh dan konteks atau jaringan
politik dan bukan politik yang memerlukan seseorang wakil rakyat terlibat di
dalamnya. Ketiga, faktor peranan rasmi dan tidak rasmi yang menjadikan
seseorang wakil rakyat sebagai pemimpin bagi kumpulan di peringkat
bawahan yang diwakilinya dengan kumpulan pemimpin serta pembuat dasar
dan penggubal dasar di peringkat atas.
Ketiga-tiga faktor di atas akhirnya akan menjadi seseorang wakil rakyat
mempunyai kedudukan dalam banyak hal dapat mengatasi kedudukan dan
kepentingan pegawai-pegawai awam dan lain-lain tokoh dalam pelbagai
bidang atau aktiviti. Justeru itu, berdasarkan kepada ketiga-tiga isu tersebut
menurut Hussain membolehkan kedudukan dan peranan wakil rakyat itu
bukan hanya semata-mata sebagai seorang ketua, seorang juara kelompok,
seorang tokoh, bahkan sebagai pemimpin berwibawa yang lebih istimewa dan
lebih menonjol berbanding dengan pemimpin biasa yang tidak begitu ramai
(ibid., 161).
Sementara itu, konsep perwakilan (istilah yang sama maksud dengan
wakil rakyat) pada pandangan Arblaster (1994: 80) sukar difahami dari segi
peranan atau tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka sebagaimana yang
difahami secara kebiasaannya dalam dewan perwakilan atau Parlimen.
Sebagai perwakilan, wakil rakyat akan bercakap dan menyuarakan sesuatu
18
bagi individu atau kumpulan yang diwakilinya di Parlimen berbanding dirinya
sendiri. Justeru itu, perwakilan atau wakil rakyat yang telah dipilih bagi
sesuatu kawasan (constituency) perlu berani untuk bercakap untuk daerah
atau kawasan yang diwakilinya. Menurut Arblaster, situasi inilah yang
membezakan antara perwakilan dengan perutusan (delegate). Perutusan
bukannya mendapat mandat untuk bercakap berbanding wakil rakyat.
Namun, penggunaan kedua-dua konsep ini selalu mengelirukan. Ini kerana
seseorang individu itu boleh bercakap bagi pihak yang telah memilihnya untuk
menjadi ahli Parlimen.
Arblaster menjelaskan seorang wakil rakyat itu bukan hanya sekadar
perwakilan, tetapi menjadi wakil kepada pihak atau individu yang telah
memilihnya. Jadi, perwakilan yang sebenar menurut Arblaster adalah
seseorang yang betul-betul mempunyai autoriti untuk bercakap dan bertindak
bagi pihak yang diwakilinya. Dengan itu, wakil rakyat mempunyai
tanggungjawab memikul amanah dan mandat yang diberikan oleh pengundi.
Sementara itu, Catt (1999: 77) menjelaskan bahawa dalam sistem
demokrasi liberal, rakyat berkuasa memilih siapa yang akan mewakili mereka
untuk membuat keputusan dalam dewan perwakilan. Seterusnya perwakilan
atau wakil rakyat itu akan bertanggungjawab kepada rakyat melalui keputusan
yang dibuat itu. Oleh itu, keputusan yang dibuat perlulah bersifat demokratik
kerana rakyat mempunyai pengaruh dalam keputusan yang dibuat itu (lihat
jadual 1.1). Dalam sistem ini, rakyat memainkan peranan penting untuk
19
memilih wakil mereka. Oleh sebab itu, wakil yang dipilih mestilah
bertanggungjawab terhadap tindakan yang dibuat bagi pihak yang diwakilinya.
Jadual 1.1: Peranan Perwakilan dan Pemegang Amanah Model
Perwakilan Peranan Ahli
Parlimen Asas Pandangan
Pengundi Perwakilan Pemegang Amanah
Bertindak bagi pihak pengundi. Membuat keputusan terbaik untuk setiap orang.
Menjanjikan tindakan masa akan datang. Berhasrat untuk menuruti harapan pengundi. Rekod lampau wakil rakyat. Kualiti peribadi.
(Sumber: Catt, 1999: 77)
Pada asasnya wakil rakyat adalah penggubal undang-undang—fungsi
membuat undang-undang (law-making function)—di Parlimen. Jika dilantik
pula sebagai ahli Kabinet, wakil rakyat akan berperanan pula sebagai
pelaksana undang-undang (law-application function) (Ball, 1993: 174 & 215;
dan Syed Ahmad, 1995: 204). Namun, Syed Ahmad (ibid., 206) menyatakan
walaupun pada dasarnya Parlimen berrkuasa membuat undang-undang,
tetapi ahli Kabinet merupakan pelakon utama dalam membuat undang-
undang dan dasar awam.4 Oleh sebab itu, dalam sistem demokrasi
berparlimen yang mengamalkan doktrin FoP, Kabinet lebih dominan
berbanding Parlimen. Parlimen lebih berupa badan yang mengawal dan
meneliti undang-undang dan melulus atau menolaknya—ibarat pengesah atau
pengecap mohor (rubber stamp)—selepas ia dianjurkan oleh Kabinet.
4 Untuk keterangan lanjut dalam perbincangan mengenai peranan badan perundangan dan eksekutif, lihat Syed Ahmad (1995), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (hal. 206-207).
20
1.7 Diskusi Konseptual: Peranan Wakil Rakyat
Walaupun kedudukan wakil rakyat atau perwakilan mempunyai legitimasi
dalam perlembagaan, tetapi peranan dan tanggungjawab wakil rakyat tidak
jelas—formal atau tidak formal. Peranan wakil rakyat boleh bersifat politik,
pentadbiran dan khidmat sosial. Secara umumnya, peranan wakil rakyat
sangat luas yang tidak hanya terhad dalam badan perundangan dan eksekutif
semata-mata. Ini dapat dilihat seperti apa yang telah dibincangkan oleh Lusoli
dan Ward (2004); dan Searing (1994) bahawa peranan perwakilan atau wakil
rakyat itu terbahagi kepada constituency roles5 dan parliamentary roles.6
Manakala, Mickel (2010) menyatakan wakil rakyat turut terlibat dalam kerja
berbentuk khidmat sosial secara sukarela yang dikatakan sebagai social roles
(works).
Berasaskan tiga kumpulan peranan tersebut, ia menyebabkan wakil
rakyat perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan beban kerja yang banyak.
Bahkan wakil rakyat juga mempunyai peranan untuk mengawasi aktiviti
kerajaan (surveillance activity or roles) dan bertanggungjawab terhadap
5 Constituency roles merujuk kepada tanggungjawab terhadap rakyat dan pengundi (constituency works/roles) (lihat Lusoli & Ward, 2004: 1-3), di mana ia sangat diberikan tumpuan oleh pengundi seperti ulasan Searing (1994) seperti berikut:
“... role of Westminster MPs identified a significant group whose saw their primary focus in terms of constituency. Their role was that constituency welfare officer, sorting out the problems of individual constituents and/or being an advocate for the constituency as a whole, promoting it both economically and politically”.
6 Ibid., parliamentary roles merujuk kepada tanggungjawab sebagai penggubal undang-undang yang merupakan peranan hakiki wakil rakyat selaku perwakilan. Ini termasuklah mewakili rakyat bagi sesuatu kawasan pilihan raya, membuat undang-undang, mewakili kerajaan, penyokong kerajaan (backbencher) dan menjadi pemerhati kepada kerajaan (watchdog on government).
21
partinya (party responsibilities) (Stilborn, 2002). Kesemua bentuk peranan
tersebut perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang. Ini bertujuan
memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan dan
mencapai matlamatnya (NDI for International Affair, 2008).
Sebaliknya di Malaysia, peranan dan tanggungjawab wakil rakyat tidak
dijelaskan secara terperinci. Menurut Abdullah Muda7 (1996) rakyat tidak
diberi penerangan secara menyeluruh tentang peranan dan tugas wakil
rakyat. Ini boleh menimbulkan salah faham dan memberikan persepsi yang
berbeza tentang perkara ini. Bagi rakyat, mereka lebih memberi perhatian
kepada aspek constituency roles dan social works. Namun, peranan utama
wakil rakyat ialah di Parlimen dan boleh dalam masa yang sama di Kabinet.
Menerusi Parlimen, wakil rakyat akan menyampaikan idea, mesej dan
menjelaskan aktiviti-aktiviti kerajaan kepada rakyat atau sebaliknya (Jackson,
2004: 335).
Bekas Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir
Ismail8 pernah menegur salah faham tentang peranan wakil rakyat. Tugas
wakil rakyat bukan untuk menyelesaikan masalah seperti sampah sarap,
kebersihan, membuat parit, membaiki jalan raya, menghadiri majlis kenduri
dan sebagainya. Masalah-masalah tersebut adalah tanggungjawab agensi
kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain. Peranan wakil 7 Untuk keterangan lanjut, lihat Abdullah Muda. 1996. “Tugas Wakil Rakyat Abad Ke-21”. Dewan Budaya (Mac): 16. 8 Tun Mohamed Zahir Ismail telah memegang jawatan Yang DiPertua Dewan Rakyat selama 22 tahun semenjak Jun 1982 hingga menghembus nafas terakhir pada 15 Oktober 2004.
22
rakyat untuk membahaskan rang undang-undang di Parlimen. Jadi, wakil
rakyat perlu banyak masa untuk membuat persiapan sebelum perbahasan di
Parlimen berlangsung. Dengan itu baharulah konsep demokrasi berparlimen
yang sebenarnya dapat diamalkan, di mana wakil rakyat melibatkan diri dalam
membahaskan usul-usul yang dibentangkan (Utusan Malaysia, 17 Mei 2004).
Justeru itu, tidak semua masalah yang berlaku dalam masyarakat perlu
diserahkan kepada wakil rakyat untuk menyelesaikannya. Sepatutnya
menurut Mohamad Ghazali (2010) ini adalah peranan dan tanggungjawab
pegawai awam. Bagi memastikan sistem penyampaian (delivery system)
perkhidmatan berkesan dan memuaskan, maka pegawai utama atau
pengurusan tertinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan
Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) perlu turun padang dan membuat
lawatan secara mengejut ke jabatan-jabatan kerajaan.
Sebaliknya, pegawai awam sering memandang sinis kenyataan dan
desakan wakil rakyat supaya mereka menyelesaikan masalah rakyat.
Pegawai-pegawai awam juga tidak memahami peranan dan tanggungjawab
wakil rakyat. Walaupun meninjau sendiri masalah dan memberi bantuan
kepada rakyat, tetapi ia bukan kewajipan seorang wakil rakyat. Ini hanya
sekadar mengambil berat masalah rakyat. Semua urusan seperti ini adalah di
bawah agensi dan pegawai awam yang mempunyai autoriti untuk
menguruskannya. Pegawai awam dan orang ramai tidak boleh menunding jari
jika masalah rakyat tidak dapat diselesaikan. Sepatutnya ini adalah
23
tanggungjawab mereka dan bukannya wakil rakyat. Sebaliknya, wakil rakyat
akan membawa dan menyampaikan segala maklumat yang telah diperolehi di
peringkat bawah untuk dikemukakan kepada Kabinet atau diusulkan dalam
Parlimen. Keadaan seperti ini berlaku di England. Wakil rakyatnya turun
sendiri melihat apa yang berlaku di bawah walaupun bukan untuk memikirkan
apa bentuk bantuan yang perlu diberikan, tetapi akan membawa isu dan
masalah tersebut ke Parlimen untuk diajukan kepada kerajaan atau Kabinet
(ibid.,).
1.8 Signifikan Kajian
Walaupun hasil kajian ini tidak mungkin dapat mempengaruhi sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia, dari segi signifikannya ia boleh
memberikan beberapa sumbangan. Pertama, hasil kajian ini diharap dapat
menambah variasi dalam pengkajian politik yang masih berkurangan dari segi
penulisan dan penyelidikan secara langsung tentang wakil rakyat. Justeru itu,
hasil kajian ini boleh digunakan oleh ahli akademik, penganalisis politik,
pelajar dan orang awam yang berminat dengan sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia khususnya mengenai wakil rakyat.
Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu dalam memberi
penjelasan dan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab wakil rakyat
yang sebenar dari sudut teori dan amalannya. Ini kerana wujud kekeliruan
dan persepsi berbeza dalam kalangan rakyat tentang hal tersebut. Ini
24
ditambah pula dengan keadaan yang semakin kompleks, di mana wakil rakyat
dan institusinya sendiri gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman hingga
terpaksa melibatkan penyelesaian melalui mahkamah. Ternyata keadaan ini
akan menimbulkan persepsi sejauh manakah institusi wakil rakyat itu dapat
berperanan mengikut bidang kuasa dan prinsip yang ada pada dirinya.
Justeru itu, hasil kajian ini diharap dalam membantu memberikan penjelasan
mengapa isu-isu yang berlaku itu gagal diselesaikan dalam institusi wakil
rakyat itu sendiri.
Seterusnya hasil kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada
para penyelidik lain yang berminat untuk mengkaji sistem politik dan
demokrasi berparlimen di Malaysia dengan lebih lanjut walaupun dalam
dimensi yang berlainan. Kajian lanjut amat mustahak dijalankan bagi
meningkatkan pemahaman, mempelbagai kajian dan karya berkaitan bidang
ini khusus dalam disiplin sains politik.
1.9 Limitasi Kajian
Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa kekangan yang terpaksa
dihadapi oleh pengkaji. Pertama, kajian mengenai peranan wakil rakyat amat
terhad walaupun di Barat dan boleh dikatakan tiada langsung di Malaysia.
Hanya kajian berkaitan pilihan raya banyak dijalankan dan tulisan-tulisan
mengenainya dihasilkan. Jadi, amat sukar untuk mendapatkan panduan awal
dalam mereka bentuk kajian ini terutama dari segi kerangka teoritikal dan
25
konseptual yang bersesuaian. Justeru, kebergantungan kepada karya-karya
dan kajian dari Barat adalah kemestian bagi memperkukuhkan kajian ini.
Faktor masa juga merupakan perkara yang sangat penting proses
menyempurnakan kajian ini. Tentunya kesukaran untuk mendapatkan
maklum balas daripada responden juga merupakan kekangan utama dalam
kajian ini. Ini menyebabkan pengkaji terpaksa memerlukan masa yang
panjang dan berulang kali untuk mendapatkan respons daripada wakil rakyat
yang dijadikan sampel kajian. Malah, ketidaksudian wakil rakyat untuk
memberikan kerjasama juga merupakan halangan utama dalam memperolehi
data untuk kajian ini. Lantas, pengkaji terpaksa mendapatkan wakil rakyat
yang lain sebagai ganti. Selain itu, pengkaji terpaksa menunggu dari satu
tempoh ke satu tempoh untuk mengikuti dewan bersidang (Parlimen dan
DUN) agar soal selidik dapat diserahkan secara terus (by-hand) kepada wakil
rakyat yang terpilih sebagai responden kajian.
Faktor informasi, komunikasi dan perhubungan juga merupakan
kekangan utama dalam menjayakan kajian ini. Amat sukar untuk mengesan
dan mendapatkan maklumat lengkap wakil rakyat. Walaupun terdapatnya
lawan sesawang (website) rasmi kerajaan (pusat dan negeri), tetapi
kebanyakannya tidak dikemaskini. Banyak talian telefon tetap dan bimbit
sudah tiada dalam perkhidmatan. Ini menyukarkan pengkaji untuk membuat
tindakan susulan (follow-up) mengenai soal selidik yang telah diposkan atau
dihantar secara serahan tangan dan menemu bual responden. Keadaan ini
26
memaksa pengkaji untuk mendapatkan informasi menerusi sumber-sumber
lain seperti blog, facebook dan twitter. Keadaan yang sama juga berlaku di
mana tidak dikemaskini terutama profil peribadi seperti alamat kediaman dan
pejabat serta telefon talian tetap dan bimbit.
Kesan daripada beberapa informasi yang tidak lengkap itu telah
menjadi penghalang kepada penghantaran soal selidik menggunakan pos, di
mana ada soal selidik yang dikembalikan kerana alamat tidak lengkap dan
wakil rakyat sudah berpindah. Ini menyebabkan pengkaji terpaksa
menggunakan bantuan orang tengah dan pembanci untuk menyerahkan
sendiri secara serahan tangan kepada wakil rakyat yang berkenaan. Ternyata
kaedah ini berkesan dan banyak membantu dalam mendapatkan maklum
balas daripada wakil rakyat.
27
BAB 2
PERBAHASAN KONSEP DAN TEORI
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan dibincangkan beberapa konsep yang berkaitan dengan
subjek kajian iaitu wakil rakyat dalam konteks demokrasi berparlimen yang
mendukung doktrin FoP. Antara konsep yang dibincangkan ialah demokrasi
dan demokrasi berparlimen. Selain itu, konsep pilihan raya turut dibincangkan
kerana aktiviti politik ini berkait dengan pemilihan wakil rakyat. Melalui pilihan
raya, wakil rakyat mendapat mandat sebagai perwakilan dan seterusnya
menjadi pemimpin bagi sesuatu kawasan pilihan raya.
Kesemua konsep ini saling berkait antara satu sama lain dalam
kerangka demokrasi berparlimen. Dari segi teori pula akan dibincangkan teori
demokrasi berperwakilan, doktrin pengasingan kuasa dan doktrin
percantuman kuasa. Kesemua teori ini saling berkait antara satu sama lain, di
mana menyentuh tentang bagaimana kuasa itu diperolehi untuk memerintah.
2.2 Konsep Demokrasi
Perkataan demokrasi itu berasal dari Greek iaitu demos bermaksud rakyat dan
kratia bermaksud pemerintah. Maka, timbullah perkataan demokrasi
(demos+kratia) yang membawa maksud pemerintahan oleh rakyat (Birch,
28
2001: 71; Elliott, 1971: 120; Huntington, 1991: 6; Lively, 2007: 230; dan
Saward, 2007: 3). Dalam sistem ini rakyat mempunyai kuasa untuk
menentukan siapa yang akan memerintah. Lazimnya, penentuan itu dilakukan
melalui pilihan raya.
Dye dan Zeigler (1996: 5) menjelaskan demokrasi merupakan sistem
pemerintahan yang melibatkan penyertaan individu dalam membuat
keputusan yang memberikan kesan kepada kehidupan mereka. Penyertaan
rakyat dalam konteks ini adalah adalah sangat mustahak, di mana kerajaan
demokrasi itu wujud di atas manifestasi pemerintahan oleh orang ramai atau
“rule by the many”. Jelas di sini menunjukkan bahawa suara majoriti itu
sangat penting dalam sistem demokrasi, tetapi tidak pula mengabaikan hak
dan suara kumpulan minoriti. Ini kerana sistem demokrasi menekankan
tentang kesaksamaan, kebebasan, keadilan, pemilikan harta, peluang
menikmati hidup yang selesa dan sebagainya adalah hak semua
warganegara.
Seorang lagi sarjana Dahl (1971: 12) mengulas bahawa demokrasi
hanya boleh wujud jika ada sekurang-kurangnya lapan institusi jaminan iaitu
kebebasan untuk membentuk dan menyertai organisasi; kebebasan bersuara;
hak mengundi; kelayakan untuk jawatan awam; hak pemimpin politik bersaing
untuk mendapatkan sokongan dan undi; sumber alternatif maklumat; pilihan
raya bebas dan adil; dan institusi-institusi yang terlibat dalam pembuatan polisi
29
kerajaan. Berasaskan penjelasan ini, terbukti bahawa pemerintah demokrasi
bukan autoritarian dan bertentangan dengan autokrasi.
Sementara itu, Holden (1974: 8) melihat demokrasi sebagai kerajaan
oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, Holden mengatakan kerajaan perlu
bersikap adil dan positif melalui dasar-dasar yang dilaksanakan demi
kepentingan rakyat. Demokrasi itu jelas menunjukkan ia adalah sistem
pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat—melibatkan kuasa rakyat secara
langsung (Birch, op cit., 71; dan Finer, 1970: 67). Ini sangat jelas seperti yang
dinyatakan oleh Lord Bryce (dipetik Lively, op cit., 24) bahawa demokrasi
sebagai “government in which the will of the majority of qualified citizen rules”.
Ringkasnya, suara dan peranan rakyat secara majoriti sangat penting dalam
sistem pemerintahan demokrasi.
Merujuk kepada perbincangan di atas, ia menepati diktum yang telah
dipopularkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln
(1809-1865) iaitu demokrasi adalah “government of the people, by the people,
for the people”9 (Birch, op. cit., 76; Jacobs, 1997: 16; Levine, 2007: 44; dan
Urofsky, 2006: 88). Dengan kata lain, sistem demokrasi merupakan
pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat. Kerajaan yang memerintah itu pula
dibentuk daripada mandat rakyat melalui pilihan raya. Di sini jelas
9 Lihat juga perbincangan dalam Dye, Thomas R. & Zeigler, Harmon. 1996. The Irony of Democracy: An Uncommon Introduction to American Politic yang membincangkan tentang definisi demokrasi yang telah dikemukakan oleh Abraham Lincoln., hal. 8.
30
menunjukkan bahawa demokrasi mendukung prinsip kedaulatan rakyat dan
keabsahan kerajaan yang memeritah.
2.3 Konsep Parlimen
Parlimen atau Parlements dalam bahasa Perancis10 berasal daripada
perkataan parler bermaksud berucap atau bercakap. Ini bertepatan dengan
fungsi Parlimen sebagai medan untuk perwakilan bercakap, berucap dan
berbahas mengenai undang-undang dan dasar kerajaan. Ahli-ahli Parlimen
adalah dipilih melalui pilihan raya (Crystal, 1990: 909; dan Robertson, 1985:
248).
Kini kebanyakan negara Komanwel mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen ala-British11 yang memilik dua dewan:12 dewan tinggi (house of
lord) dan dewan rendah (house of commons). Namun, hanya ahli dewan
10 Untuk perbincangan lanjut, lihat Godwin & Wahlke (1997) hal. 67; dan Roskin et al. (2003) hal. 257 berhubung sistem Parlimen di negara-negara tersebut. 11 Sistem Parlimen dikatakan oleh kebanyakan sarjana berasal dari negara Britian yang digelar sebagai “Mother of Parliaments”. Sistem ini amat terkenal dan cepat berkembang hingga ke beberapa negara lain terutama dalam sistem pemerintahan beraja seperti di negara-negara Komanwel dan Scandinavia (Ensiklopedia Malaysiana, 1995: 407). 12 Bagi negara yang memiliki dua dewan (two chamber or bicameral) seperti di Britian terdapatnya House of Lord (Dewan Tinggi) dan House of Common (Dewan Rendah); di Amerika Syarikat pula Senate (Dewan Tinggi) dan House of Representative (Dewan Rendah); Perancis pula Senate (Dewan Tinggi) dan National Assembly (Dewan Rendah); dan di German pula dikenali sebagai Bundesrat (Dewan Tinggi) dan Bundestag (Dewan Rendah). Dalam sistem yang memiliki dua dewan, kuasa yang besar atau tinggi adalah di dewan rendah khususnya di negara demokrasi berparlimen, sedangkan di Amerika Syarikat kedua-dua dewan mempunyai kuasa yang sama iaitu mesti sama-sama bersetuju dalam meluluskan rang undang-undang. Alasan dibentuk dua dewan dikatakan mempunyai kaitan yang sangat dengan jelas dengan negara yang berasaskan sistem persekutuan (federal state).
31
rendah sahaja yang dipilih melalui pilihan raya. Dari segi kuasa, dewan
rendah mempunyai kuasa lebih besar berbanding dewan tinggi.
Dari segi prinsipnya Parlimen berkuasa membuat (termasuklah
mengusul, membahas, membincang, menyokong dan meluluskan) undang-
undang negara (Godwin & Wahlke, 1997: 24). Di samping itu, Parlimen
bertanggungjawab menyemak setiap aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan
atau Kabinet. Jika Parlimen ada sebarang pertanyaan kepada Kabinet
mengenai sesuatu perkara, maka Kabinet perlu menjawabnya secara lisan
atau bertulis. Atas prinsip inilah Kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen.
Parlimen juga bertanggungjawab untuk memilih dan mengekalkan
ataupun menggantikan kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan yang baru.
Jika majoriti perwakilan tidak lagi menyokong kerajaan yang sedia ada, maka
mereka boleh mengemukakan usul undi tidak percaya (non-confidence vote)
di Parlimen. Jika undi tidak percaya itu mendapat sokongan majoriti ahli
dewan, maka Perdana Menteri (PM) dan ahli Kabinetnya perlu meletakkan
jawatan untuk dilantik ketua kerajaan yang baru (Robertson, op cit., 248).
2.4 Konsep Demokrasi Berparlimen
Secara umumnya perlu diketahui bahawa demokrasi merupakan suatu sistem
politik dan Parlimen itu pula adalah institusi pemerintahan. Gabungan kedua-
duanya membentuk sistem demokrasi berparlimen (parliamentary
32
democracy)—berkait dengan pemilihan perwakilan. Rakyat akan memilih
perwakilan melalui pilihan raya ke Parlimen—melahirkan konsep demokrasi
berperwakilan.
Ramanathan (2003: 68-69) menjelaskan konsep perwakilan itu
merupakan “perhubungan antara dua pihak” iaitu rakyat dan perwakilan (jika
di Malaysia dipanggil wakil rakyat). Dalam doktrin FoP, perwakilan boleh
berada dalam Parlimen dan Kabinet secara serentak pada masa yang sama.
Disebabkan kedudukan itu, wakil rakyat menjadi agen penting bagi
menyalurkan tuntutan dan permintaan rakyat kepada kerajaan.
Justeru itu, Laski (1967: 264-265) berhujah bahawa perwakilan itu
merupakan sekumpulan individu yang mempunyai kebolehan dan
tanggungjawab untuk bercakap bagi pihak rakyat di Parlimen khususnya bagi
rakyat di kawasan yang diwakilinya. Dengan itu, Ball (1993: 138) menjelaskan
peranan perwakilan untuk mewakili kepentingan, sikap dan nilai masyarakat
atau rakyat yang telah memilihnya. Dengan itu wujudlah sistem demokrasi
berparlimen atau berperwakilan.
Peranan perwakilan menurut Birch (dipetik Ramanathan, op. cit., 70-71)
dalam sistem demokrasi berparlimen boleh difahami melalui tiga cara.
Pertama, perwakilan berperanan agen atau jurucakap bagi pihak orang lain
(tuannya), di mana ia bertindak sebagai seorang delegat (delegate
representation). Tugas perwakilan dalam situasi ini adalah untuk
33
mempertahan kepentingan tuannya. Contohnya, seorang duta menjaga
kepentingan negara dan kerajaan yang telah melantiknya. Kedua, perwakilan
mempunyai sifat atau ciri yang menyerupai kumpulan atau pihak yang
diwakilinya (representative sample). Jadi, apa yang dilakukan atau
disampaikan oleh perwakilan itu mencerminkan kehendak pihak yang
diwakilinya. Ketiga, perwakilan dianggap sebagai wakil yang melambangkan
identiti atau sifat satu kumpulan manusia (symbolic representation) dengan
membawa bersama simbol-simbol yang mewakili kepentingan sesuatu
kumpulan atau parti. Contohnya, lambang dacing adalah simbol bagi
perwakilan Barisan Nasional (BN) dan lambang bulan adalah simbol
perwakilan parti PAS.
Perwakilan politik (political representation) menurut Birch berperanan
secara langsung dalam proses meluluskan undang-undang dan dasar di
Parlimen. Dalam sistem demokrasi berperwakilan, peranan perwakilan atau
wakil rakyat sekurang-kurangnya ada empat peranan tersebut. Akhirnya Birch
telah mengklasifikasikan peranan wakil rakyat dalam tiga perkara yang
berbeza. Pertama, perwakilan individu atau kumpulan yang telah diberikan
mandat dan kepercayaan bagi mewakili kumpulan yang telah memilihnya.
Kedua, perwakilan perlu memiliki ciri-ciri persamaan dengan pihak yang
diwakilinya. Ketiga, perwakilan boleh dipertanggungjawabkan dan mampu
memikul bagi pihak kumpulan atau golongan yang telah diwakilinya
sememangnya mempunyai tanggungjawab kepada golongan yang diwakilinya
(ibid., 72).
34
2.5 Konsep Pilihan Raya
Pilihan raya merupakan aktiviti politik yang memberi hak dan peluang kepada
setiap warganegara yang berkelayakan untuk memilih dan mengundi calon
yang sebagai perwakilan ke Parlimen. Rakyat akan memilih wakil mereka dan
perwakilan itu pula akan mewakili rakyat untuk menyuarakan hasrat dan
tuntutan mereka kepada kerajaan di dalam Parlimen. Roskin, et al., (2003:
212) menerangkan tentang perkara ini seperti:
“electoral system are important; they help determine the number of parties, the ease of forming a stable government, and the degree of citizen interest in politics. ... In theory, elections are when citizens get to choose and quide their government.”
Pilihan raya mengikut Syed Ahmad (op. cit., 260) merupakan suatu
proses rakyat yang diperintah untuk menentu dan memilih wakil mereka yang
akan diserahkan kepadanya mandat untuk membuat keputusan, dasar dan
undang-undang masyarakat. Dengan kata lain, pilihan raya adalah satu
proses di mana rakyat memilih dan mengesahkan wakil-wakil untuk membuat
dasar dan keputusan politik (ibid.,).
Manakala Carter dan Herz (1970: 99); dan Finer (1970: 219) masing-
masing menyifatkan bahawa pilihan raya sebagai suatu mekanisme dalam
menentukan perwakilan ke arah pembentukan kerajaan. Menurut para
sarjana ini, kerajaan demokrasi itu adalah kerajaan berperwakilan. Dalam
sistem ini, rakyat dapat mempengaruhi secara langsung kerajaan yang
memerintah atau yang akan dibentuk selepas pilihan raya. Nilai-nilai
35
demokrasi dapat ditonjolkan melalui pilihan raya, di mana ia dapat
mewujudkan sistem pemerintahan demokratik. Atas sebab itu pilihan raya
sangat penting dalam demokrasi. Ini jelas dalam kenyataan Carter dan Herz
(ibid., 100) di bawah:
“the most obvious point at which citizens directly influence the conduct of government is at the moment of elections; the most obvious center of representation is the legislature. Through elections, democracies can achieve that peaceful change of administration which is the most difficult of problems for dictatorship”.
Justeru itu, Syed Ahmad (op. cit., 268-269) telah menyenaraikan empat
fungsi pilihan raya. Pertama, sebagai cara rakyat untuk memilih dan
mengawal wakil mereka. Rakyat akan memilih calon terbaik untuk mewakili
suara mereka di Parlimen. Kedua, pilihan raya berfungsi sebagai saluran
penyertaan politik untuk masyarakat. Melalui pilihan raya rakyat boleh terlibat
secara langsung dalam aktiviti politik. Ketiga, pilihan raya berfungsi sebagai
satu bentuk komunikasi antara kerajaan dengan rakyat. Wakil rakyat yang
telah dipilih perlu lebih peka dan bertanggungjawab terhadap tuntutan rakyat.
Terakhir, pilihan raya berfungsi untuk mengesahkan mereka yang memegang
kuasa. Melalui pilihan raya, pemerintah itu mendapat mandat dan keabsahan
untuk memerintah.
2.6 Doktrin Pengasingan Kuasa
Pengamalan doktrin SoP begitu sinonim dengan perlembagaan Amerika
Syarikat. Menurut Elliott (1971: 385), doktrin ini diamalkan di kebanyakan
36
negara yang berasaskan sistem demokrasi berpresiden ala-Amerika Syarikat.
Dalam hal ini, pengasingan kuasa diwujudkan untuk mengawal dan
menghadkan kuasa ketiga-tiga badan pemerintahan mengikut peranan
masing-masing. Di samping itu, ia bertujuan untuk memastikan setiap badan
pemerintah dapat berperanan di atas landasan yang betul dan tidak
mencampuri urusan dan bidang kuasa badan lain. Dari situ lahirlah konsep
“semak dan imbang” (check and balance) dalam sistem pemerintahan (Roskin
et al., 2003: 260). Konsep “semak dan imbang” memastikan setiap dasar,
program, keputusan dan tindak tanduk tiap-tiap badan dapat dipantau dan
diawasi oleh badan yang lain.
Menurut Elliott, Goldstein dan Upshall (1993: 946), pengasingan kuasa
merupakan suatu pendekatan bagi menghadkan kuasa kerajaan dengan cara
membahagikan fungsi-fungsinya ke dalam badan pemerintahan tersebut.
Bagi memastikan doktrin ini benar-benar berkesan, seboleh-bolehnya kuasa
antara ketiga-tiga badan pemerintahan perlu dipisahkan sejauh yang mungkin
di antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mengelak sebarang pertindihan
dan lambakan kuasa tidak akan berlaku dalam mana-mana badan (Crystal,
1990: 1089).
Dalam doktrin SoP, tiga bentuk kuasa boleh dikenal pasti melalui
peranan yang berbeza. Kuasa badan perundangan adalah membuat undang-
undang; kuasa eksekutif untuk menguatkuasakan undang-undang dan dasar-
dasar; manakala kuasa kehakiman untuk mengadili dan mengenakan
37
hukuman kepada individu-individu yang melanggar undang-undang. Justeru
itu, doktrin ini mempunyai kaitan sangat rapat dengan idea “kedaulatan
undang-undang” (rule of law) (Robertson, ibid.). Oleh itu, ia memerlukan
pemisahan kuasa secara mutlak sekurang-kurangnya antara badan eksekutif
dengan badan kehakiman. Ini kerana selain menyentuh tentang kedaulatan,
doktrin SoP juga menyentuh mengenai idea kebebasan rakyat (Ramanathan,
op cit., 37). Kebebasan rakyat itu merujuk kepada aktiviti pemilihan
perwakilan (pemerintah) dan bagaimana pemerintah itu bertanggungjawab
kepada rakyat.
Usaha menghadkan kuasa raja melalui doktrin SoP telah bermula sejak
abad ke-16 lagi. Aristotle menerusi karyanya Politics (Book II, Book III, Book
IV dan Book V) telah mencadangkan supaya dibentuk tiga cabang
pemerintahan untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang ideal menerusi
fungsi yang berbeza bagi tiap-tiap badan. Dalam hal ini, tiap-tiap badan tidak
akan mencampuri urusan badan yang lain. Setiap badan menurut Aristotle
mempunyai fungsi tersendiri iaitu dewan perundangan menimbangkan
undang-undang, badan eksekutif melaksanakan undang-undang, dan badan
kehakiman mentafsirkan undang-undang (Ramanathan, ibid., 37).
Dalam pada itu, Locke menyifatkan kuasa dan kewibawaan raja bukan
hak semulajadi. Ia hanya sekadar amanah dan mandat daripada rakyat.
Perbahasan Locke tentang kuasa raja adalah suatu percubaan untuk
menghapuskan kuasa mutlak di tangan Raja England ketika itu. Locke
38
mencadangkan supaya kuasa mutlak raja dihapuskan kerana ia sudah tidak
sesuai dan ketinggalan zaman. Justeru itu, kuasa politik seperti membuat dan
melaksanakan undang-undang mesti mencerminkan kehendak dan hak
rakyat. Bagi Locke, pemerintah yang telah dipilih bertanggungjawab
menjalankan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Jadi,
penghapusan kuasa mutlak raja bertujuan memastikan keadilan dan hak asasi
rakyat sentiasa dijaga dan tidak dicerobohi atau dicabuli. Jika berlaku
sebaliknya, revolusi rakyat boleh tercetus untuk menggulingkan raja. Justeru
itu, Locke mencadangkan keputusan menggulingkan pemerintah (raja) mesti
diambil oleh badan perundangan.
Selain itu, kerajaan yang dibentuk hendaklah atas pilihan rakyat. Jika
kerajaan yang wujud itu atas pilihan rakyat, maka ia perlu menjaga
kepentingan dan kedaulatan rakyat. Jadi, idea kebebasan dan kedaulatan
seperti saranan Locke menjadi asas penting dalam teori demokrasi (liberal).
Bagi Locke, dalam sistem demokrasi, kuasa mutlak seperti membuat undang-
undang adalah di tangan rakyat. Cuma keadaannya berbeza kerana rakyat
telah memindahkan kuasa mutlak itu kepada sama ada raja, golongan
bangsawan atau wakil rakyat yang telah dipilih.
Montesquieu merupakan pelopor utama doktrin SoP (lihat Crystal,
1990: 1089; Finer, 1970: 94; Ramanathan, 2003: 37; dan Robertson, 1985:
300). Montesquieu telah membuat perbandingan antara sistem pemerintahan
Perancis dengan British. Di British pada ketika itu pembahagian kuasa dibuat
39
untuk menghadkan kuasa raja, di mana badan-badan pemerintahan bertindak
sebagai penasihat kepada raja. Pengasingan kuasa itu bertujuan untuk
mengelak wujudnya pemerintahan tirani (Crystal, ibid., 1089).
Walaupun pemikiran Montesquieu13 telah banyak dipengaruhi oleh idea
Locke, tetapi mereka juga berbeza pendapat. Montesquieu tidak yakin dewan
perundangan dapat meluluskan undang-undang yang adil. Kerisauannya
ialah badan itu mungkin kelak akan membuat undang-undang yang tidak adil
(ibid., 43). Montesquieu juga tidak bersetuju dengan saranan Locke supaya
kuasa kehakiman boleh dipegang oleh eksekutif. Jika eksekutif memegang
kuasa kehakiman, ada kecenderungan mereka akan menguatkuasakan
undang-undang sesuka hati mereka dan memutuskan bahawa tindakannya
adalah sah dengan menggunakan kuasa kehakiman. Jika ini berlaku, kuasa
seolah-olah dilambakkan di tangan eksekutif. Montesquieu menyarankan
agar kuasa kehakiman diasingkan daripada kuasa raja dan mencadangkan
agar kuasa dibahagikan mengikut fungsi masing-masing—muncullah doktrin
13 Selain daripada Montesquieu, terdapat beberapa tokoh sebelum itu telah membincangkan tentang pengasingan kuasa seperti Aristotle, James Harrington, John Locke, dan Rousseau. Oleh sebab itu, Robertson (op cit., 300) menyifatkan doktrin pengasingan kuasa merupakan doktrin klasik dalam politik liberal. Walau bagaimanapun, Montesquieu dianggap sebagai tokoh yang telah memberikan sumbangan yang besar ke atas kewujudan teori atau doktrin ini, di mana pemikirannya telah banyak dipengaruhi oleh Locke. John Locke dalam karyanya Civil Government telah membincangkan tentang teori pengasingan kuasa. Dalam teori pengasingan kuasanya, Locke telah mengemukakan prinsipnya seperti:
“In every government there are three sorts of power: the legislative; the executive in respect of things dependent on the law of nations; and the executive in regard to matters that depend on the civil law.” Untuk keterangan lanjut mengenai teori pengasingan kuasa, lihat Finer, H. 1970 dalam
bab 6 “The Separation of Powers: False and True (hal. 94-109) dalam bukunya bertajuk Theory and Practice of Modern Government.
40
SoP. Kesemua perkara ini dikemukakan oleh Montesquieu dalam karyanya
The Spirit of Law (diterbitkan tahun 1748).
Selain itu, kerajaan yang memerintah pada pendapat Montesquieu
perlu ada ciri-ciri kesederhanaan (moderate) dalam mengamalkan tiga bentuk
kuasa atau kewibawaan seperti yang disarankan dalam doktrin pengasingan
kuasa. Ini sejajar dengan apa yang ditegaskan oleh Montesquieu di bawah:
“Di dalam semua pemerintahan, terdapat tiga corak kuasa: kuasa perundangan, iaitu membuat undang-undang; kuasa eksekutif, iaitu menjalankan undang-undang negara; dan kuasa kehakiman, iaitu menjalankan tugas kehakiman dengan berpandukan undang-undang yang ditentukan oleh masyarakat negara berkenaan”. (dipetik Ramanathan, ibid., 51)
Perbincangan Montesquieu tentang doktrin SOP adalah untuk
memastikan sistem pemerintahan yang adil serta kuasa dan raja.
Matlamatnya adalah untuk membentuk sistem pemerintahan yang adil sama
ada dalam sistem beraja, autokrasi mahupun dalam sistem demokrasi.
Montesquieu melihat sistem pemerintahan beraja di England yang lebih
adil dan demokratik berbanding di Perancis. Ini berlaku kerana England telah
melaksanakan pengasingan kuasa dalam ketiga-tiga badan pemerintahan.
Kesannya, ia telah mewujudkan kestabilan politik di negara itu. Sebaliknya,
keadaan seperti itu tidak berlaku di Perancis. Ini disebabkan Raja Louis XIV
mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, beliau memonopoli kesemua
41
kuasa dalam setiap badan pemerintahan. Jadi, Montesquieu14 berpendapat
bahawa kestabilan politik di Perancis boleh dicapai jika kuasa raja dapat
dihadkan dan dikawal seperti di England menerusi pengasingan kuasa. Atas
sebab inilah Montesquieu dianggap sebagai pelopor utama doktrin SoP.
Walaupun Montesquieu dianggap pelopor doktrin ini, ideanya banyak
dikritik oleh para sarjana kerana kandungan teori pengasingan kuasa
dikatakan tidak diterima sepenuhnya di kebanyakan negara. Justeru itu,
terdapat pengubahsuaian telah dilakukan ke atas teori ini seperti yang telah
dipraktiskan di kebanyakan negara. Oleh sebab itu, Mahajan (op. cit., 275)
menyatakan doktrin SoP tidak ada yang betul-betul rigid dan ini bukanlah
sesuatu yang mustahil. Pengasingan kuasa yang rigid mestilah tidak kabur
dan terbantut (inarticulation and deadlock).
Sementara itu, Geoffrey Marshall (dipetik Mahajan, ibid., 278) turut
mengulas bahawa dalam doktrin tersebut tidak jelas apa sebenarnya
mengenai pengasingan kuasa yang dimaksudkan itu. Ini kerana antara
14 Mahajan (1981: 273) menjelaskan bahawa Montesquieu melalui karyanya The Spirit of Law [L’Esprit des Lois] tahun 1748 merupakan pendedahan klasik tentang teori pengasingan kuasa. Montesquieu menitikberatkan agar pengasingan kuasa perlu dipraktiskan jika kebebasan hendak diselamatkan atau dilindungi. Kenyataan popular daripada Montesquieu mengenai doktrin pengasingan kuasa seperti di bawah:
“When the legislative and executive power are united in the same person, or in the same body of magistrates there can be no liberty; because apprehensions may arise lest the same monarch or senate should enact tyrannical law, and excute them in tyrannical manner. Again, there is no liberty if the judiciary power be no separate from the legislative and executive. Were it joined with the legislative, the life and liberty of the subject would be exposed to arbitrary control for the judge would then be legislator. Were it joined to executive power, the judge might behave with violence and appression. There would be an end of everything, were the same man or the same body ... to exercise those three powers, that enacting law, that of executive the public relations, and of trying the cases of individuals.” (dipetik Mahajan, ibid., 273-274)
42
dewan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman tiada ada titik
pemisahan yang benar-benar dapat mengasingkan ketiga-tiga institusi ini
daripada saling mempengaruhi dan mencampuri urusan dan kuasa di antara
satu sama lain.
Dalam doktrin SoP ini, Mahajan (ibid.,) membuat rumusan jika dikaji
dari sudut perlembagaan negara-negara di dunia tidak wujud pun kriteria
pengasingan kuasa seperti yang disarankan oleh Montesquieu. Sebaliknya,
di British walaupun diperakui oleh Montesquieu merupakan negara yang
pertama melaksanakan pengasingan kuasa tidak juga melaksanakan
sepenuhnya doktrin ini. Sebaliknya, England atau British mempraktiskan
doktrin percantuman kuasa. Keadaan ini begitu jauh berbeza daripada dengan
apa yang disarankan oleh Montesquieu.
2.7 Doktrin Percantuman Kuasa
Intipati kedua-dua doktrin SoP dan FoP adalah sama iaitu bertitik tolak tentang
tiga cabang pemerintahan: badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Bezanya dalam doktrin SoP, peranan dan fungsi ketiga-tiga badan
pemerintahan itu adalah berasingan. Sedangkan dalam doktrin FoP
walaupun peranan dan fungsinya juga dibincangkan secara berasingan, tetapi
dari segi amalannya ahli badan eksekutif dilantik daripada badan
perundangan. Dari sini lahirlah percantuman kuasa.
43
Berasaskan model British, percantuman kuasa itu dapat difahami
bentuk atau sifatnya seperti apa yang dijelaskan oleh Mahajan (ibid., 279) di
bawah:
“England has parliamentary form of government and that is the negation of the separation of powers. There is combination of the executive and the legislative. The ministers sit in the legislature and are its members. They are responsible to the legislature. They can be outvoted by Parliament and the Prime Minister can also get the House of Commons dissloved by requesting the King to do so. The Lord Chancellor of England is the President of the House of Lords and as such belongs to the legislature. As the head of the judiciary, he is a part of the judiciary. As a member of the cabinet, he belongs to the executive. Thus, he belongs to all the three departments and does not seem to care at all for the theory of separation of powers”.
Percantuman kuasa bukanlah bermakna mengurangkan bilangan
badan pemerintahan itu daripada tiga menjadi dua. Ia juga bukanlah
bermaksud menyatukannya untuk menjadi satu fungsi atau peranan sahaja.
Sebaliknya, percantuman kuasa bukanlah secara fizikalnya membabitkan
struktur kedua-dua badan berkenaan, tetapi hanyalah sekadar amalannya
apabila ahli dewan perundangan dilantik sebagai ahli badan eksekutif.
Perlu diingat bahawa “percantuman” itu tidak mengubah prinsip dan
peranan tiap-tiap badan pemerintahan, tetapi kekal seperti sedia ada. Ini
dapat dilihat dalam ulasan Carter dan Herz (ibid., 35) di bawah:
“The executive prepares the program, pushes it through the legislature by personal and direct leadership, and supervises the administration. The members of the legislature consider the details of the program, enact what they decide to approve, criticize or support the executive’s and the administration’s handling of their responsibilities, and kept alert to the comments of their constituents and to the general reaction of the country to governmental policy”.
44
Apabila perlantikan itu berlaku, maka perwakilan berkenaan akan
menjalankan kuasa eksekutif (Robertson, 1985: 117) atas kapasiti sebagai
ahli Kabinet atau Jemaah Menteri. Situasi inilah seperti yang telah dihuraikan
oleh Carter dan Herz (1970: 34)15 menunjukkan ciri utama dalam sistem
kerajaan berparlimen iaitu wujudnya “percantuman” antara badan eksekutif
dan perundangan.
Amalan percantuman kuasa itu berlaku apabila ketua negara (Raja
atau Presiden) melantik salah seorang ahli perundangan yang memperolehi
majoriti kerusi di Parlimen untuk dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) bagi
membentuk kerajaan. PM kemudiannya akan mengumumkan barisan
Kabinetnya. Perlantikan PM dan Kabinetnya adalah mengikut perlembagaan
negara yang berkenaan. Dengan itu terbentuklah kerajaan berkabinet. Atas
sebab itu, sistem demokrasi berparlimen turut dikenali sebagai kerajaan
berkabinet.16
Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen Kabinet lebih dominan
berbanding Parlimen, tetapi dari segi prinsipnya Kabinet bertanggungjawab
kepada Parlimen. Oleh sebab itu, setiap aktiviti, program dan dasar yang
15 Lihat juga perbincangan oleh Crystal (1990: 197 & 909) tentang Kabinet yang telah menerangkan mengenai sistem berparlimen yang melaksanakan doktrin percantuman kuasa. 16 Rush (1983: 1) telah menyifatkan bahawa sistem kerajaan Britian mempunyai pelbagai penjelasan seperti “kerajaan berparlimen” (parliamentary government), “kerajaan berkabinet” (cabinet government), dan yang lebih kontroversi baru-baru ini dikenali sebagai “kerajaan Perdana Menteri” (prime ministrial government).
45
dilaksanakan oleh Kabinet perlu dilaporkan kepada Parlimen. Keadaan ini
dijelaskan oleh Elliott (1971: 386) di bawah:
“In the U.K., however, the executive gradually became directly responsible to the legislature; the judiciary is still independent of the executive, but it must obey the laws passed by legislature, although there can be interference by Parliament with its day-to-day activities”.
Dalam pada itu, PM dan Kabinetnya mesti mendapatkan kepercayaan
dan mengekalkan sokongan majoriti di Parlimen. Tanpa sokongan majoriti
Parlimen, maka PM perlu meletakkan jawatan untuk membolehkan PM dan
Kabinet baru dilantik (Ball, 1993: 196; dan Ramanathan, op. cit., 248).17 Oleh
itu, Parlimen boleh mengadakan undi tidak percaya (non-confidence vote)
kepada PM. Berhubung perkara ini, Carter dan Herz (op cit., 35)
menjelaskan:
“Technically, the parliamentary system revolves around the institution of (and procedures for expressing or denying) “confidence” in the executive. Where parliament can force the government (in sense of the executive) to resign by voting “nonconfidence” in it—or at least compel the executive to disslove parliament in such a case and appeal to electorate—the parliamentary system is operating in its classic form”.
PM seboleh-bolehnya cuba mengelak dan tidak mahu diadakan undi
tidak percaya terhadap diri dan barisan Kabinetnya. Untuk mengelak undi
tidak percaya, PM boleh menasihati Raja atau Presiden untuk membubarkan
Parlimen agar pilihan raya baru dapat diadakan. Jika Parlimen boleh
dibubarkan, maka PM terselamat daripada undi tidak percaya. Apabila
17 Lihat Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia, 2007: 28).
46
Parlimen telah dibubarkan, pilihan raya akan memberi kuasa kepada rakyat
untuk menentukan siapa yang akan berkuasa.
Berkait dengan perkara di atas, dalam sistem berparlimen seperti di
Malaysia, peranan parti politik itu sangat penting. Jika parti itu mempunyai
wakil rakyat yang majoriti di Parlimen, maka parti tersebut dapat membentuk
kerajaan yang kuat dan stabil. Ini boleh mengelak daripada diadakan undi
tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh wakil-wakil rakyat yang lain. Ini
menepati apa yang dihujahkan oleh Mahajan (op. cit., 249) di bawah:
“However, he would normally include in his cabinet all important members of his party. That is the only way to make his cabinet strong. There is the principle of collective responsibility of the ministers. The defeat of one minister in the legislature results in the fall of ministry as a whole. That is one of reasons why the ministers help one another. The cabinet is the link between the legislature and the executive. Most of the ministers are in charge of those bills in the legislature”.
Jadi, kekuatan parti yang memerintah dan ketokohan PM adalah aset
penting untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara. Oleh sebab itu,
parti yang memerintah perlu memiliki kerusi majoriti di Parlimen. Dalam
sistem berparlimen, jika tiada sebuah pun parti yang mampu memperolehi
majoriti di Parlimen, maka parti-parti tersebut boleh membentuk pakatan atau
gabungan (coalition) untuk menubuhkan kerajaan. Kerajaan yang ditubuhkan
itu dikenali sebagai kerajaan campuran.
47
2.8 Rumusan
Dalam sistem demokrasi liberal—berparlimen dan berpresiden—perbincangan
mengenai pengasingan kuasa itu sangat penting. Realitinya pada hari ini, jika
negara itu cenderung ke arah sistem demokrasi ala-Amerika, maka ia
melaksanakan doktrin SoP yang berasaskan sistem berpresiden. Manakala
negara yang berkecenderungan menerima pakai sistem demokrasi ala-British
akan mempraktiskan doktrin FoP yang berasaskan sistem berparlimen.
Kedua-dua sistem pemerintahan ini—berparlimen dan berpresiden—walaupun
mempunyai beberapa perbezaan yang nyata dari segi doktrin pemerintahan
yang diamalkan, tetapi ia tetap ada persamaan. Ini kerana ia masih berkongsi
nilai dan prinsip sistem demokrasi liberal yang sama.
Apa yang jelas dalam sistem demokrasi liberal, pemilihan perwakilan
atau wakil rakyat itu dilakukan melalui pilihan raya. Pilihan raya telah menjadi
medan utama untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menyertai aktiviti
politik bagi menentukan perwakilan mereka masing-masing. Dengan itu,
pilihan raya menjadi intipati penting dalam sistem demokrasi dalam
memberikan hak kepada warganegara yang berkelayakan untuk menentukan
masa depan mereka sendiri. Dengan itu, kerajaan dalam sistem demokrasi itu
amat jelas merupakan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Dalam pada itu, peranan pembangkang juga tidak harus diketepikan
dalam sistem demokrasi. Ini kerana pembangkang turut mempunyai wakil
48
dalam Parlimen yang juga diberikan mandat oleh rakyat. Cuma mereka gagal
membentuk kerajaan kerana tidak memperolehi majoriti kerusi. Dengan itu,
perwakilan dari parti bukan kerajaan terus memainkan peranan sebagai
pembangkang. Kehadiran pembangkang dapat menyuburkan sistem dan nilai
demokrasi itu sendiri untuk mewujukan peranan “semak dan imbang” terhadap
kuasa dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
49
BAB 3
SOROTAN KARYA
3.1 Pengenalan
Bab ini akan mengupas beberapa tulisan dalam bentuk buku, jurnal, buletin
dan laporan penyelidikan yang berkaitan dengan peranan wakil rakyat. Jika
hendak dihitung kajian dan tulis secara langsung mengenai wakil rakyat di
Malaysia, boleh dikatakan tidak ada. Perkara ini mungkin tidak menarik
perhatian para penulis dan penyelidik berbanding orang ramai begitu tertarik
dan memberi perhatian terhadap isu dan masalah yang membabitkan wakil
rakyat itu sendiri. Sebaliknya, tulisan dan kajian yang banyak dihasilkan adalah
tentang kepemimpinan, pilihan raya, tingkah laku pengundi, parti politik dan
partisipasi politik serta sistem demokrasi di Malaysia.
Memang sukar untuk menemui tulisan dan kajian secara langsung
tentang wakil rakyat, termasuk juga dari Barat—terdapat sedikit berbanding di
Malaysia. Walau bagaimanapun, fokus dalam bab ini adalah terhadap hasil
kajian dan tulisan tentang wakil rakyat dan pilihan raya. Ini kerana aktiviti politik
ini (pilihan raya) menjadi asas melahirkan jawatan wakil rakyat dalam sistem
demokrasi. Ulasan akan dibuat dan dipersembahkan mengikut sumber seperti
buku; laporan penyelidikan; artikel dari jurnal, majalah dan buletin; dan rencana
dalam akhbar-akhbar tempatan. Melalui susunan sedemikian, sorotan karya ini
lebih mudah difahami.
50
3.2 Ulasan Buku
Banyak buku tentang politik telah dihasilkan di Malaysia. Seperti dinyatakan di
atas, tiada buku secara langsung mengenai wakil rakyat kecuali yang telah
ditulis oleh Ahmad Atory (2010) yang merupakan satu-satunya terus mengenai
wakil rakyat. Selain karya Ahmad Atory, pengkaji akan mengulas beberapa
karya yang dihasilkan oleh Mohd. Izani (2007), Mohd. Ali (2004) dan Wan
Mohd. Mahyiddin (1996).
Wan Mohd. Mahyiddin (1996) membincangkan peranan wakil rakyat dari
aspek kepemimpinan. Beliau menjelaskan institusi wakil rakyat wujud selepas
merdeka. Ini merupakan suatu perkembangan terbaru dalam masyarakat, di
mana sebelum ini telah ada sistem penghulu, penggawa dan pegawai daerah
(ibid., 155). Jawatan dan peranan wakil rakyat itu dicetuskan oleh politik
berparti dalam negara moden yang berlandaskan demokrasi yang dipilih
melalui pilihan raya.
Wakil rakyat menjadi institusi yang popular sebagai tempat rakyat
merujuk pelbagai masalah yang dihadapi. Disebabkan aksesnya dengan
kerajaan, peranan wakil rakyat dalam pembangunan masyarakat dan
penggubalan dasar, maka institusi ini dipandang tinggi dan sentiasa jadi
tumpuan oleh orang ramai (ibid., 156). Atas sebab itu, jawatan wakil rakyat
memberi pengaruh dan penghormatan kepada individu yang telah memenangi
51
kerusi pilihan raya. Kedudukan ini lebih penting berbanding jawatan pemimpin
dan ahli dalam parti tanpa jawatan wakil rakyat.
Disebabkan mempunyai status dan prestij, maka setiap ahli parti
mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat. Jawatan sebagai wakil rakyat akan
memberinya kuasa ke atas alat-alat kerajaan dan pelbagai sumber yang
menjadi tumpuan orang ramai. Melalui jawatan sebagai wakil rakyat itu juga
membolehkan beliau berpeluang merebutkan jawatan penting dalam parti dan
mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin dalam kerajaan (ibid., 157).
Wan Mohd. Mahyiddin (ibid., 160) selanjutnya menjelaskan supaya wakil
rakyat itu secara bijaksana menguruskan peranan dan tanggungjawab masing-
masing bagi memenuhi tuntuan dan keperluan rakyat. Peranannya bukan
sekadar untuk memenuhi tuntutan berasaskan ekonomi dan keperluan sosial
rakyat semata-mata, tetapi peranan sebagai perwakilan di Parlimen untuk
menggubal undang-undang dan dasar negara. Tanpa mengira sama ada wakil
rakyat itu dari parti pemerintah atau pembangkang, ia mempunyai autoriti untuk
mengemukakan usul, membahas, menyokong dan meluluskan dasar atau
undang-undang. Dalam hal ini, wakil rakyat pembangkang berperanan untuk
menyuburkan nilai-nilai demokrasi, di mana akan bertindak untuk “check and
balance” terhadap segala aktiviti dan pelaksanaan dasar kerajaan. Tujuannya
supaya tidak berlaku kepincangan dalam pentadbiran kerajaan demi manfaat
dan kepentingan masyarakat (ibid., 162).
52
Karya Ahmad Atory (2010) boleh dianggap yang pertama seumpamanya
di Malaysia membincangkan tentang wakil rakyat. Dari segi peranan, sangat
luas tanggungjawab yang dipikul oleh wakil rakyat. Namun, wujud salah faham
dan kekeliruan dalam memahami tugas dan tanggungjawab wakil rakyat. Ini
boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi itu. Ini ada kaitan
dengan persepsi masyarakat yang lebih melihat peranan wakil rakyat itu di luar
dewan Parlimen walaupun ia bukan tugas rasmi. Oleh itu, peranan dan
tanggungjawab di luar Parlimen lebih popular berbanding dalam Parlimen.
Boleh dikatakan semua bidang seperti ekonomi, infrastruktur,
keagamaan, kebudayaan, kemasyarakatan dan sebagainya melibatkan wakil
rakyat (ibid., 62). Disebabkan dalam sistem demokrasi mempraktiskan doktrin
percantuman kuasa (FoP), maka wakil rakyat boleh dilantik sebagai menteri
Kabinet. Ini menjadikan peranan dan tanggungjawab wakil rakyat itu lebih
kompleks dan ditambah pula dengan penglibatannya dalam badan bukan
kerajaan dan pertubuhan sukarela (ibid., 215). Dengan kata lain, wakil rakyat
itu berfungsi sebagai pemimpin, pengurus, pentadbir dan ahli politik yang
mempunyai misi dan visi untuk membangunkan ummah dan negara.
Sebagai penggubal undang-undang di Parlimen, wakil rakyat juga tidak
terlepas daripada tindakan undang-undang dan jika disabitkan kesalahan di
mahkamah mereka juga akan menerima hukuman yang setimpal. Ini kerana
ada antara wakil rakyat yang dituduh terlibat dalam salah guna kuasa,
penyelewengan, rasuah, dan sebagainya. Ini akan menjejaskan kredibiliti dan
53
integriti wakil rakyat pada pandangan umum. Justeru itu, wakil rakyat harus
menampilkan ciri-ciri kepemimpinan yang baik dan bersih untuk menjadi
teladan kepada rakyat agar dapat melaksanakan tugas dan peranannya
dengan cekap dan berkesan.
Di sudut yang lain, wakil rakyat juga mempunyai tanggungjawab bagi
meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti yang diwakilinya agar dapat terus
mengekalkan kuasa atau kerusi yang telah dimenangi (ibid., 203). Justeru itu,
wakil rakyat perlu memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang beretika, personaliti dan
sahsiah yang baik serta memiliki kelayakan akademik dan pengalaman untuk
menarik sokongan rakyat (ibid., 187-188).
Mohd. Izani (2007) mengkaji peranan wakil rakyat sebagai
pembangkang di Malaysia. Kewujudan pembangkang tidak dapat dielakkan
kerana ia menyuburkan semangat demokrasi yang berasaskan sistem politik
kepartian. Parti yang menang kerusi majoriti menjadi kerajaan. Parti yang
menang kerusi minoriti menjadi pembangkang. Kedua-duanya mempunyai
peranan tersendiri di Parlimen. Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan
dasar. Sementara itu, pembangkang bertindak sebagai “watch dog” untuk
memerhati, mengawasi dan mengkritik tindak tanduk kerajaan (ibid., 183).
Peranan wakil rakyat pembangkang bukanlah membangkang secara
membabi buta. Mereka perlu juga memberi cadangan dan alternatif kepada
kerajaan. Dengan itu, mereka akan dilabelkan sebagai pembangkang yang
54
matang dan “loyal opposition” atau pembangkang setia. Jika hanya tahu
menghentam, mengkritik, mengeluarkan pandangan secara emosi dan tidak
berfikir secara matang serta rasional terhadap kerajaan, mereka dilabel
sebagai “pembangkang tanpa faedah” (ibid., 185). Sepatutnya mereka
membangkang secara lebih positif dan matang untuk faedah rakyat. Caranya
ialah mengkritik secara efektif dan kemukakan pelbagai cadangan bagi
membetulkan dasar-dasar kerajaan walaupun mempunyai pandangan yang
berbeza dengan kerajaan (ibid., 185-186).
Berasaskan kepada kenyataan di atas, analisis Mohd. Izani
menyifatkan peranan wakil rakyat PAS sebagai pembangkang setia dan
matang. Ini kerana PAS cenderung mengemukakan usul dan isu berkaitan
kepentingan rakyat dalam Parlimen sejajar dengan konsep “semak dan
imbang”. Selain mengkritik, PAS juga mencadangkan alternatif untuk
memperbaiki dasar dan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan.
Contohnya isu murtad, kegawatan ekonomi dan hak asasi manusia, PAS telah
mencadangkan beberapa idea bagi menangani masalah tersebut kepada
kerajaan (ibid., 191).
Sementara itu, Mohd. Ali (2004) membincangkan tentang
kepemimpinan politik UMNO Kelantan. Semenjak tahun 1946 hingga 1990,
peranan golongan bangsawan dan kerabat diraja begitu sinonim dalam jatuh
bangunnya UMNO Kelantan. Golongan ini begitu menonjol kepemimpinannya
dalam UMNO bagi menyaingi PAS sebagai musuh politiknya. Walau
55
bagaimanapun, tidak semua tokoh bangsawan itu berjaya sebagai pemimpin
yang berkesan dan membawa kejayaan kepada UMNO sama ada dari kerabat
diraja atau bukan. Antara pemimpin UMNO Kelantan dalam golongan
bangsawan ialah Tengku Ahmad Tengku Abdul Ghafar, Tengku Mahmud
Mahyiddin, Tengku Indra Petra, Tengku Ahmad Rithaudden dan Tengku
Razaleigh Hamzah.
Mohd. Ali menjelaskan bahawa tokoh-tokoh di atas antara artistokrat
yang pernah menjadi pemimpin rakyat Kelantan. Akan tetapi, hanya Tengku
Razaleigh (Ku Li) tetapi yang mampu bertahan hingga kini untuk menjadi
penaung politik UMNO Kelantan (ibid., 17). Kekuatan Ku Li bukan kerana
karisma pada dirinya semata-mata, tetapi ada pertaliannya dengan Istana
Kelantan yang memberi kewibawaan tradisional kepadanya. Kekuatan Ku Li
sebagai pemimpin politik sangat kental sama ada dalam UMNO. Begitu juga
di luar UMNO apabila menubuhkan parti Semangat 46, di mana rakyat terus
menyokongnya. Justeru itu, Ku Li mempunyai kekuatan dan kewibawaan
serta pengaruh yang sangat kuat kepada UMNO Kelantan.
Kewibawaan kepemimpinan—karismatik atau tradisional—yang dimiliki
Ku Li banyak meletakkan masa depan UMNO Kelantan di tangannya. Tanpa
Ku Li UMNO Kelantan menuju ke arah kemalapan. Buktinya, dalam pilihan
raya umum 1990 dahulu apabila Semangat 46 bekerjasama dengan PAS
yang membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah berjaya
mengalahkan BN di Kelantan. Dengan pencapaian itu, Mohd. Ali (ibid., 17)
56
menyifatkan Ku Li merupakan bangsawan yang telah berjaya mengembalikan
kuasa politik UMNO di Kelantan dan juga bertanggungjawab menamatkan
kuasa UMNO di negeri itu.
3.3 Ulasan Laporan Penyelidikan
Antara laporan penyelidikan yang akan diulas seperti hasil kajian Amer
Saifude (2009), Roslina dan Roslina (2002), dan Ghazali Mayudin (1999).
Roslina dan Roslina (2002) telah menjalankan kajian tentang perwakilan
wanita di Malaysia dalam pilihan raya umum ke-10 (PRU-10) tahun 1999.
Mereka telah mengkaji faktor peningkatan dan penglibatan wanita dalam
pilihan raya umum itu. Ia disebabkan tahap kesedaran politik baru telah
wujud dalam kalangan wanita yang dimanifestasi dalam bentuk penyertaan,
mobilisasi dan aktivitisme politik. Hasil kajian mereka juga mendapati
jumlah peratusan wakil wanita juga meningkat yang dipilih sebagai wakil
rakyat (Parlimen dan DUN).
Ini adalah kesan daripada keupayaan pemimpin wanita dalam
menggunakan platform bukan parti untuk mengukuhkan peranan dan
pengaruh wanita dalam proses membuat keputusan dan memilih pemimpin.
Ini merupakan suatu perkembangan baru dalam landskap politik Malaysia
yang turut dikaitkan dengan kesan arus globalisasi walaupun masih
mengekalkan ciri-ciri lama dan malestream yang masih kental seperti politik
kepartian dan politik etnik (ibid., 172).
57
Faktor ekonomi-politik yang pada ketika itu berlaku kegawatan
bukanlah penghalang peningkatan perwakilan wanita dalam PRU-10
khususnya dipilih menjadi wakil rakyat berbanding pilihan raya sebelumnya.
Semua ini berpunca disebabkan pendekatan yang diambil oleh pemimpin
wanita dalam menampilkan calon pilihan raya daripada pendekatan
mobilisasi politik berasaskan parti kepada mobilisasi politik bukan
berasaskan parti (ibid., 172).
Selain faktor di atas, pemimpin wanita lebih banyak menggunakan
organisasi bukan politik bagi menggerakkan “inisiatif” mereka untuk
mencapai matlamat politik dan mendapat tempat di peringkat membuat
keputusan (ibid., 173). Jadi, wanita telah melihat mereka juga mampu
menjadi aktor penting dalam membuat keputusan. Selain itu, wanita juga
telah menggunakan organisasi politik bukan parti untuk mencapai
kedudukan sebagai pembuat keputusan dan perwakilan seperti organisasi
Non-Partisan Women’s Political Consicousness (ibid., 173).
Amer Saifude (2009) telah menjalankan kajian mengenai geografi
politik dan tingkah laku pilihan raya di Malaysia semenjak PRU pertama
tahun 1959 hingga PRU-12 tahun 2008. Tumpuan kajiannya kepada
kawasan pilihan raya Parlimen dalam konteks geografi politik. Geografi
pilihan raya secara umumnya melihat hubungan antara perlakuan berpolitik
manusia dan kesannya ke atas penggunaan ruangan yang dihuni oleh
manusia.
58
Kajian Amer Saifude melihat kesan-kesan interaksi antara manusia
dengan ruangan dan bagaimana ia mampu mencorak ruangan tersebut?
Ruangan yang dimaksudkan di sini adalah sebuah negara atau pun
institusi-institusi yang berkaitan dengannya. Ini kerana corak pengundian
dan keputusan yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan geografi keluar
mengundi dalam kalangan pengundi dalam kawasan pilihan raya.
Kemarginalan kawasan pilihan raya yang diukur berasaskan jumlah
majoriti yang diperolehi oleh parti yang menang. Majoriti besar bermakna
kemarginalan yang rendah dan sebaliknya kemarginalan yang tinggi
menunjukkan majoriti kecil. Kebiasaannya kawasan yang lebih marginal
kadar keluar mengundi adalah tinggi berbanding kawasan kemarginalan
yang rendah. Hasil kajian Amer Saifude mendapati faktor keluar mengundi
juga ditentukan oleh komposisi etnik yang terdapat di sesebuah kawasan
pilihan raya (ibid., xiv).
Kajian Amer Saifude (ibid.,) mendapati bahawa aspek tingkah laku
pilihan raya mempunyai kesan ke atas sistem majoriti mudah atau first-
post-the-post (FPTP) yang diamalkan di Malaysia. Pemenang dikira
berdasarkan kelebihan undi walaupun satu untuk menjadi wakil rakyat.
Sistem ini cenderung untuk mewujudkan bias dan disproportionality yang
akan memberikan kelebihan kepada parti atau pakatan yang besar. Dalam
sistem ini parti komponen BN mempunyai kelebihan untuk membentuk
59
kerajaan berbanding parti-parti yang lain yang lebih kecil dan bertanding
secara bersendirian.
Tingkah laku ekonomi pilihan raya juga boleh mempengaruhi rakyat
mengundi dalam pilihan raya. Hasil kajian Amer Saifude mendapati
kecenderungan pengundi di Malaysia tidak banyak dipengaruhi oleh faktor
ekonomi. Misalnya, ketika Malaysia dilanda masalah ekonomi dalam PRU
tahun 1986 dan 1999, tetapi BN masih diberi mandat untuk memerintah
(ibid., xv).
Sementara itu, Amer Saifude turut menganalisis keputusan PRU-10
berasaskan faktor-faktor yang telah disebutkan di atas terhadap geografi
pilihan raya di Malaysia. Penemuannya mendapati pola dan corak
pengundian dalam PRU-10 banyak perbezaan berbanding PRU-PRU
sebelum ini. Apa yang ketara, BN gagal mengekalkan majoriti lebih dua
pertiga di Parlimen. Di peringkat DUN pun banyak yang jatuh ke tangan
pembangkang (lima buah negeri). Ini menunjukkan bahawa telah berlaku
perubahan dari segi tingkah laku dan partisipasi rakyat dalam pilihan raya
yang akan memberikan impak kepada sosio-politik negara pada masa akan
datang.
Ghazali Mayudin (1999) telah menjalankan kajian mengenai faktor
pengundian dan identifikasi parti dalam pilihan raya. Dua perkara utama
dalam pilihan raya iaitu pengundian dan parti yang bertanding. Di sini
60
pengundi akan membuat keputusan untuk membuat pilihan. Kini yang
bersikap pasif dan tidak peduli terhadap politik, tetapi sewaktu pilihan raya
mereka keluar mengundi. Mengapakah pengundi memilih sesebuah parti
atau calon? Mengapa memilih parti yang berbeza? Apakah keputusan itu
berdasarkan pertimbangan dari segi calon, parti atau isu? Persoalan-
persoalan ini berkaitan dengan identifikasi parti (ibid., 23).
Mengikut teori identifikasi parti, pilihan pengundi didorong oleh faktor
keserasian di antara keutamaan (priority) pengundi dengan dasar parti.
Oleh sebab itu, pengundi mempunyai keinginan dan pilihannya sendiri dan
akan mengundi parti yang mempunyai dasar yang sama atau hampir sama
dengan keinginannya. Dalam situasi ini, pengundi dianggap peka,
mengetahui dan mengambil berat soal-soal parti (ibid., 24). Keserasian itu
membawa kesetiaan seorang pengundi kepada parti yang telah diberikan
sokongan olehnya dahulu dan kini. Namun, itu bukanlah faktor yang
menjamin untuk seseorang pengundi itu bertukar sokongan dan memberi
undi kepada parti yang lain. Ini kerana pengundian dan kesetiaan kepada
parti dipengaruhi oleh prestasi parti. Oleh sebab itu, jika pengundi itu peka
kepada keadaan ekonomi semasa yang baik, ia akan memberikan undi
kepada parti pemerintah yang sedia ada (ibid., 32).
Di Malaysia, identifikasi parti berdasarkan kepada beberapa perkara.
Pertama, terdapat anggota masyarakat yang setia dan mengidentifikasikan
diri dengan parti tertentu. Kedua, dalam pilihan raya, mereka kerap
61
mengundi parti berkenaan, tanpa mengambil kira soal isu dan calon.
Ketiga, sebahagian kecil mungkin mengundi parti lain keranan dipengaruhi
oleh isu atau calon tertentu, tetapi ini tidak semestinya menjejaskan
identifikasi parti. Mereka mungkin mengundi parti asal dalam pilihan raya
berikutnya. Keempat, perubahan-perubahan besar dari segi ekonomi dan
politik boleh mengubah kesetiaan dan identifikasi golongan tertentu dalam
masyarakat. Terakhir, agen sosialisasi khususnya keluarga memainkan
peranan yang penting dalam menentukan identifikasi parti (ibid., 32).
Keputusan pilihan raya di beberapa kawasan di Malaysia mendapati
pengundi terus memberikan sokongan dan kemenangan kepada calon parti
yang sama berbanding sebelumnya. Ini menunjukkan kawasan tersebut
merupakan kubu kuat parti berkenaan walaupun terdapat isu yang
dibangkitkan semasa kempen pilihan raya, tetapi tidak mempengaruhi
pilihan raya. Identifikasi parti jelas berpengaruh di sini. Dari segi kesetiaan
kepada parti, Ghazali (ibid., 33) mendapati bahawa pengundi Melayu lebih
setia kepada parti berbanding orang Cina. Orang Melayu di Kedah lebih
cenderung menyokong BN dan PAS, sementara itu di Pulau Pinang orang
Cina cenderung menyokong BN, PAS dan DAP.
3.4 Ulasan Artikel
Ulasan artikel di sini diambil daripada jurnal, majalah dan buletin terbitan rasmi
kerajaan tentang perwakilan atau wakil rakyat. Antaranya Wan Noorzaleha
62
(2009) mengupas perkembangan wakil rakyat wanita dan suara mereka di
Parlimen yang telah menunjukkan peningkatan semenjak Majlis Mesyuarat
1948 ditubuhkan hingga PRU-12 tahun 2008. Tokoh wanita terawal iaitu Puan
Sri Datin Hajah Puteh Mariah dan Puan Lim Beng Hong telah dilantik sebagai
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1948 (ibid., 56). Ada dalam kalangan
wakil rakyat wanita itu diangkat menjadi menteri, timbalan menteri dan
setiausaha Parlimen serta Yang diPertua (YDP atau Speaker) dan Timbalan
YDA Dewan Negara. Terbaru Timbalan Speaker Dewan Negara ke-11 yang
dilantik dari kalangan wanita (ibid., 56) ialah YB Senator Datuk Armani
Mahiruddin yang telah mengangkat sumpah jawatan itu pada 9 Julai 2009.
Peranan dan penglibatan wanita di peringkat menggubal dan meluluskan
undang-undang dan dasar negara telah diiktiraf sebelum merdeka lagi.
Perjuangan wakil rakyat wanita bukan sahaja untuk memperjuangkan nasib dan
masa depan wanita malah untuk keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira
agama, bangsa, bahasa dan budaya. Bahkan suara wakil rakyat wanita
semakin lantang dengan bertambahnya jumlah ahil wakil rakyat wanita dalam
Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara (ibid., 58). Beberapa tokoh wanita
terkemukakan negara telah diberi peluang untuk menerajui kementerian
khususnya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
secara silih berganti. Nama-nama seperti Dr. Fatimah Hashim, Aishah Ghani,
Zaleha Ismail, Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Napsiah Omar antara tokoh yang
pernah menerajui kementerian itu. Sementara itu, Rafidah Aziz pula dilantik
sebagai peneraju Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari
63
tahun 1987 hingga 2007. Dalam pada itu, Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Ng Yen
Yen pernah menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (ibid., 57-58).
Penglibatan tokoh-tokol awal wanita dalam politik dan pentadbiran
negara sebelum merdeka dan awal merdeka telah menjadi pemangkin kepada
para wanita lain untuk mengikut jejak langkah mereka dari semasa ke semasa.
(ibid., 58). Kesannya, suara wanita di Parlimen semakin lantang dengan
bertambahnya wakil rakyat wanita di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sama
ada mewakili BN mahupun pembangkang. Buktinya dalam PRU-12 wanita
telah mengisi 24 kerusi (10.81%) daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, dan
dalam Dewan Negara bagi tahun 2009 seramai 19 wakil wanita daripada 65
Ahli Dewan Negara (ibid., 58). Pelbagai isu yang diketengahkan oleh wakil
rakyat wanita pada masakini termasuk soal kesaksamaan gender ke arah 30%
penglibatan wanita dalam peringkat pembuatan dasar; keganasan terhadap
wanita; keselamatan; masalah kesihatan dan sebagainya (ibid., 59).
Apa yang jelas perjuangan wakil rakyat wanita di Malaysia dari dahulu
hingga kini berlandaskan budaya dan agama yang mempengaruhi segala
tindakan dan kelakuan serta percakapan mereka. Perjuangan mereka adalah
berpaksikan satu matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan
keluarga dan masyakarat, serta pembangunan negara yang seimbang dari segi
mental dan fizikal (ibid., 59). Apa yang telah diperjuangkan oleh wakil rakyat
64
wanita di Malaysia sejak lebih 50 tahun telah memberikan impak yang besar
kepada kedudukan dan kemajuan negara pada hari ini.
Wan Junaidi (2009) pula membincangkan tentang Peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu dihormati oleh setiap wakil rakyat.
Walaupun Parlimen sebagai tempat membuat undang-undang dan peraturan,
tetapi wakil rakyat juga terikat dan mematuhi peraturan yang telah
dikuatkuasakan. Peraturan Majils Mesyuarat bertujuan mengurus dan
menyusun atur perjalanan sesuatu dewan Parlimen khususnya dalam sesi
perbahasan agar dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut prosedur
yang betul.
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Dewan
Rakyat dan Dewan Negara hendaklah membuat peraturan masing-masing dan
apa-apa perbincangan dewan dan jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di
mahkamah. Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengandungi 100
peruntukkan yang meliputi peraturan mesyuarat pertama selepas pilihan raya,
penetapan kerusi-kerusi ahli, pemilihan Tuan YDP Dewan, peraturan
perbahasan, jawatankuasa-jawatankuasa pilihan sehingga kepada petua-petua
Tuan YDP (ibid., 24).
Semua wakil rakyat perlu mengetahui dan memahami yang terkandung
dalam Peraturan Majlis Mesyuarat ketika berada dalam Dewan Rakyat.
Menurut Wan Junaidi (ibid., 24) selepas PRU-12 tahun 2008, banyak perkara
65
yang di luar jangkaan telah berlaku dalam Persidangan Dewan Parlimen.
Pengertian dan pemahanan yang jelas terhadap peraturan itu oleh ahli
Parlimen adalah sangat perlu dan amat dikehendaki. Tetapi, apa yang berlaku
hingga sekarang belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Lagi pun
kebelakangan ini terdapat beberapa peristiwa menunjukkan kecenderungan
dalam kalangan ahli Parlimen untuk membantah keputusan Speaker. Oleh
sebab itu, ahli Parlimen perlu didedahkan dengan peruntukan dan peraturan-
peraturan mesyuarat tersebut (ibid., 24-25). Caranya, tiap-tiap wakil rakyat
terutama baru dipilih buat pertama kali perlu diberikan kursus untuk memahami
peraturan tersebut seperti mana yang pernah dilakukan di Parlimen England
pada tahun 1981 bagi mengetahui selok belok Parlimen, peraturan dan
konvensyen berkaitan penggunaannya (ibid., 25).
Menurut Wan Junaidi lagi, tiap-tiap ahli Dewan Rakyat hendaklah
mengetahui bahawa hak dan kebebasan mereka dalam Dewan bukanlah
mutlak kerana ia tertakluk kepada peruntukkan perlembagaan, undang-undang
berkaitan dan konvensyen sebagai amalan negara Komanwel. Dalam pada itu,
ahli-ahli Dewan juga perlu menerima hakikat bahawa Tuan YDP atau Speaker
adalah penjaga, pentadbir dan pengelola Perlembagaan, Akta Hak dan
Kebebasan Parlimen, Peraturan Parlimen dan konvensyen dan amalan negara
Komanwel tersebut dalam Dewan dan persekitara Parlimen. Jadi, konsep dan
prinsip yang terkandung dalam Peraturan Majlis Mesyuarat memberi hak dan
kebebasan kepada ahli-ahli Dewan dengan tertakluk kepada bidang lingkup,
sempadan dan petanda arasnya sendiri (ibid., 25).
66
Justeru itu, Wan Junaidi (ibid., 25) mengulas bahawa Peraturan
Mesyuarat digubal sedemikian rupa adalah untuk memberi kuasa kepada
Speaker untuk menjalankan tugas dengan membenarkan sedikit hak dan budi
bicara kepada Spekaer untuk mengelak daripada gangguan kepada susun atur,
fungsi dan tanggungjawab Parlimen. Misalnya, keputusan Speaker hanya
boleh diulangkaji, dimansuh, dibatal, dibantah atau dirayu mengikut Peraturan
Dewan. Speaker bukan sahaja tertakluk kepada konsep dan prinsip tersebut,
tetapi yang penting sekali perlu menguatkuasa dan melaksanakan dengan
sewajarnya Peraturan Majlis Mesyuarat itu (ibid., 25).
Untuk meningkatkan komunikasi dengan rakyat, maka wakil rakyat
harus menggerakkan usaha mempertingkatkan penggunaan ICT kerana ia
akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Dalam pada itu,
wakil rakyat perlu merealisasikan impian satu rumah satu komputer oleh
kerajaan sebagai mengorak langkah mencapai matlamat program Koridor
Raya Multimedia yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Oleh itu,
tanggungjawab wakil-wakil rakyat untuk melengkapkan diri mereka dengan
ilmu ICT agar mereka juga tidak ketinggalan.
Berkaitan dengan penggunaan ICT, beberapa artikel oleh Smith dan
Webster (2008); Cardoso, Cunha dan Nascimento (2004); dan Hoff (2004)
menunjukkan hasil kajian tentang tentang penggunaan ICT dalam kalangan
ahli Parlimen di beberapa negara di Eropah. Sama seperti majoriti
warganegara yang lain, penggunaan ICT oleh ahli-ahli Parlimen kini semakin
67
meningkat untuk melaksanakan tugas dalam rutin harian mereka bagi tujuan:
pengumpulan maklumat; berurusan dengan kakitangan Parlimen dan parti;
berhubung dengan pengundi dan rakyat; dan berurusan dengan kumpulan
berkepentingan, media dan sebagainya. Penggunaan ICT semakin
mempengaruhi persekitaran politik dan peranan ahli Parlimen dari segi
penyaluran maklumat dan komunikasi.
Berkaitan perkara di atas, Hoff (2004) dalam artikelnya telah
mengemukakan beberapa perkara tentang persoalan kajian, metodologi
kajian, dan perbandingan beberapa keputusan utama hasil kajian berasaskan
tinjauan penggunaan ICT oleh ahli-ahli Parlimen di tujuh buah negara Eropah.
Persoalan utama yang dikemukakan iaitu adakah penggunaan ICT itu boleh
menjadi pemacu aktif dalam menukar peranan ahli Parlimen sebagai delegasi
mahupun pemegang amanah dan adakah kita akan melihat kemunculan
peranan yang baru sama sekali bagi ahli Parlimen dalam “masyarakat
maklumat”. Walaupun data yang diperolehi tidak memberikan jawapan penuh
terhadap soalan ini, apa yang jelas ia memperlihatkan situasi baru di mana
ahli Parlimen sudah mula ke hadapan dalam soal ini dan mampu
mempengaruhi agenda politik mereka.
Kajian tinjauan menunjukkan hasil bahawa terdapat perbezaan yang
ketara dari segi jenis ICT digunakan dan sejauh manakah ia digunakan oleh
ahli Parlimen antara Eropah Utara dan Selatan. Bagi ahli Parlimen di negara-
negara Eropah Utara, mereka telah menjadikan ICT itu sesuatu yang sangat
68
diperlukan dalam melaksanakan tugas mereka setiap hari berbanding negara-
negara Eropah Selatan. Kedua, hasil kajian juga menunjukkan dari
perbezaan dan persamaan penggunaan ICT oleh ahli Parlimen di negara-
negara Eropah Utara dan Selatan, di mana faktor institusi seperti organisasi
kerja di Parlimen dan kedudukan ahli Parlimen itu sendiri adalah faktor yang
sangat penting dalam penggunaan ICT. Dalam pada itu, kompetensi dan
pengalaman merupakan faktor yang sangat penting untuk menjelaskan sikap
ahli Parlimen dalama penggunaan ICT berbanding pembolehubah tradisional
lain seperti gender, umur dan saiz dan penggabungan parti.
Cardoso, Cunha dan Nascimento (2004) pula menganalisis pola
komunikasi menegak dan mendatar oleh ahli Parlimen di tujuh buah negara
Eropah berasaskan penggunaan ICT. Kajian tinjauan yang dijalankan
mendapati ahli Parlimen di tujuh negara itu masih dalam fasa awal
memanfaatkan penggunaan ICT untuk menyokong aktiviti mereka dalam
Parlimen dan kepartian. Media media massa tradisional seperti televisyen,
radio dan akhbar masih disukai sebagai alat untuk komunikasi politik.
Kebanyakan ahli Parlimen banyak menggunakan ICT untuk komunikasi di
peringkat dalaman parti dan Parlimen sahaja. Sebaliknya, ia kurang
digunakan untuk komunikasi luaran dengan pengundi, wartawan, pelobi, dan
sebagainya.
Di samping itu, penggunaan ICT seperti laman web untuk aktiviti
berkempen dan pemilihan parti masih berkurangan dan bergantung kepada
69
strategi parti politik untuk menggalakkan ia digunakan. Selain itu, hasil kajian
Cardoso, Cunha dan Nascimento (ibid.,) mendapati sebahagian ahli Parlimen
tidak menunjukkan minat untuk menggunakan ICT secara meluas. Keadaan
ini mewujudkan jurang yang besar antara negara-negara Eropah Selatan
dengan Utara walaupun penggunaan komputer dan internet kian meningkat
begitu cepat.
Manakala Smith dan Webster (2008) telah membuat kajian
penggunaan ICT dalam aktiviti politik berasaskan pengalaman ahli-ahli
Parlimen Scotland. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa ICT digunakan
dalam pelbagai aktiviti dan fungsi selaras dengan peranan sebagai ahli
Parlimen. Di sini ia memperlihatkan bagaimana ahli Parlimen mengadaptasi
penggunaan ICT dalam melaksanakan peranannya yang akan menjadi suatu
norma baru dan prosedur bagi kegiatan Parlimen itu sendiri. Hasil kajian
Smith dan Webster (ibid.,) menunjukkan bahawa penggunaan ICT yang baru
begitu terserlah di Parlimen Scotland.
Penggunaan ICT telah menjadi sebahagian perkara penting dalam
kehidupan seharian ahli Parlimen negara itu dan telah menjadi aktiviti di
Parlimen, di mana ahli Parlimen itu sendiri bergantung kepadanya untuk
mendapat dan menyebarkan maklumat. Oleh sebab itu, ICT berperanan
dalam menyokong aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh Parlimen yang
akan mendasari hubungan antara Parlimen dan kerajaan secara lebih luas
dengan rakyat.
70
3.5 Rumusan
Berpandukan kepada sorotan karya-karya di atas, jelas sekali memperlihatkan
hubungan antara wakil rakyat dengan skop-skop yang telah dibincangkan.
Seperti disebutkan dalam bab-bab sebelum ini, peranan dan tanggungjawab
wakil rakyat itu sangat luas dan kompleks kerana ia mencakupi pelbagai
aspek kehidupan dan aktiviti politik dalam sebuah negara. Tiap-tiap skop dan
tema yang telah dihuraikan dalam setiap ulasan karya di atas memberikan
gambaran selain daripada berperanan sebagai aktor politik, pemimpin,
pentadbir, pengurus dan perwakilan, wakil-wakil rakyat adalah perantara bagi
kerajaan dengan rakyat. Justeru itu, peranan wakil rakyat itu sangat penting
untuk mendapat dan menyalurkan maklumat daripada kerajaan kepada rakyat
dan sebaliknya. Dengan itu, wujud komunikasi antara rakyat dan pemerintah
menerusi peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat.
Dalam pada itu, di Parlimen atau DUN, komposisi kaum lelaki kian
dibayangi oleh penglibatan kaum wanita dalam politik sebagai perwakilan.
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan arus globalisasi telah
membuka ruang dan peluang kepada perwakilan wanita untuk mendapat
tempat dan bersuara di Parlimen atau DUN. Kini jumlah perwakilan wanita di
kebanyakan negara demokratik kian meningkat dan ada di antara mereka
yang menjadi ketua kerajaan sebagai Presiden atau Perdana Menteri. Ini
telah menunjukkan persepsi dan stigma masyarakat terhadap pemimpin dan
71
tokoh politik telah berubah dan ini menyemarakkan lagi semangat demokrasi
yang semakin terbuka ekoran perkembangan arus globalisasi dan liberalisasi.
Keadaan ini ditambah dengan peningkatan dan kemajuan ICT sebagai
medium untuk menyebar dan mendapatkan maklumat. Perwakilan tidak lagi
terhad kepada media massa tradisional untuk memperolehi maklumat dan
menyebarkannya kepada rakyat. Kini kemunculan media alternatif seperti
internet, blog, dan email yang berkaitan dengan penggunaan ICT dan
komputer telah memudahkan sistem komunikasi antara pemimpin dan rakyat.
Justeru itu, wakil rakyat harus bersedia dan memanfaatkan penggunaan ICT
untuk pembangunan politiknya pada masa hadapan.
72
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan tentang proses dan prosedur penyelidikan yang
digunakan dalam kajian ini. Antara aspek yang dibincangkan adalah reka
bentuk kajian, unit analisis, persampelan, instrument kajian, pengukuran
pembolehubah, kaedah pengumpulan data, penganalisisan data dan
pembentangan hasil kajian.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah bersifat kualitatif, di mana kaedah penyelidikan kualitatif
digunakan. Reka bentuk kajian menyediakan panduan asas atau “resipi”
untuk meneruskan sesuatu projek (Hair, Honey, Samouel & Page, 2007: 151).
Ini bermakna, ia menjelaskan secara terperinci bagaimana kajian itu
dijalankan. Dengan kata lain, ia merupakan suatu rangka rujuk (blueprint)
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran
dan analisis data (Sabitha, 2005: 81). Dengan kata lain, reka bentuk kajian
menjelaskan kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data;
teknik pemilihan dan jenis sampel atau responden kajian; instrument (alat
kajian) yang digunakan; dan juga soal limitasi dan kos yang berkaitan dengan
kajian seperti dalam kajian ini.
73
Walaupun kajian ini dari segi reka bentuknya adalah bersifat kualitatif,
tetapi aspek kuantitatif turut diaplikasikan. Disebabkan kajian ini bersifat
kualitatif, penekanan utama kepada penelitian dan analisis terhadap karya
dan kajian lepas yang sedia ada. Tahap ini lebih berupa kajian perpustakaan
(library research) yang banyak menekankan kepada teknik analisis kandungan
(content analysis). Namun, dalam persembahan hasil kajian yang telah
dijalankan menggunakan soal selidik (kaedah kualitatif), data akan dihurai
menggunakan kaedah kualitatif. Namun, huraian-huraian tersebut dibantu
dengan kaedah kuantitatif seperti maklumat atau data peratusan ditunjukkan
dalam bentuk jadual atau rajah atau carta yang mengandungi angka atau
nombor yang mewakili kekerapan. Jadi, kaedah penganalisisan secara
kuantitatif akan membantu dalam membuat penerangan hasil kajian yang
diperolehi menggunakan kaedah kualitatif.
4.3 Persampelan
Persampelan bukan kebarangkalian (nonprobability sampling) diaplikasikan
dalam kajian ini. Ini bermakna dari segi populasinya tidak semua wakil rakyat
(Parlimen atau DUN) berpeluang dipilih sebagai sampel atau responden
kajian. Hanya segelintir sahaja wakil rakyat (222 orang ahli Parlimen dan 576
orang ahli DUN) yang dipilih sebagai sampel. Pemilihan sampel menggunakan
kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) kerana persampelan
jenis ini yang bersifat bukan random (nonrandom) biasa digunakan oleh para
penyelidik berkaitan subjek yang terlalu khusus dan sampel yang sukar
74
dihubungi. Bak kata Neuman (2006: 220) bahawa persampelan bertujuan
adalah untuk “get all possible cases that fit particular criteria, using various
method”.
4.3.1 Persampelan Bertujuan
Persampelan bertujuan juga dikenali sebagai sampel penilaian (judgemental
sampling) atau persampelan reputasi (reputation sampling) (Hair, et al. op cit.,
181-182; Neuman, ibid., 222; dan Northrop & Arsneault, 2008: 225). Sampel
jenis ini biasanya digunakan dalam penyelidikan berbentuk penerokaan dan
kajian lapangan. Penggunaan sampel bertujuan adalah untuk mengkaji
subjek seperti suatu kumpulan atau individu tertentu dalam masyarakat yang
sukar dikaji. Di samping itu, sampel jenis ini digunakan kerana ingin
melakukan kajian secara mendalam mengenainya, tetapi sukar untuk
dihubungi (Neuman, op cit., 222).
Kesukaran seperti yang disebutkan di atas akan memberikan sesuatu
reputasi dan penilaian mengenai sesuatu subjek yang hendak dikaji. Jadi,
pemilihan sampel menggunakan pendekatan ini bertujuan mendapatkan
pemahaman dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara itu atau
bagaimana situasi itu boleh berlaku (Northrop & Arsneault, op cit., 225).
Dengan itu, sampel bertujuan dikenal pasti dan dipilih berasaskan beberapa
ciri-ciri tertentu (Patton, 1990) seperti kumpulan, kelompok, status sosial,
kedudukan, gender, etnik dan sebagainya sebagai pembolehubah yang
penting.
75
Jadi, persampelan bertujuan akan digunakan oleh pengkaji untuk
memilih sampel dalam kalangan wakil rakyat di Malaysia (Parlimen dan DUN).
Tujuannya untuk memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat
dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab. Berasaskan penilaian
(judgemental) dan reputasi (reputation), wakil rakyat dikatakan mempunyai
kedudukan tinggi dan memiliki beberapa kelebihan dalam masyarakat
menyebabkan mereka sukar untuk dihubungi dan didekati. Halangan ini
menyebabkan kajian secara mendalam mengenainya sukar dilakukan. Oleh
sebab itu, pemilihan sampel wakil rakyat dengan kaedah bertujuan (purposive)
untuk mengatasi masalah agar kumpulan sasaran (target) dapat dikenal pasti
dan kajian mendalam dapat dilakukan. Inilah antara kelebihan persampelan
jenis ini kerana penyelidik boleh menggunakan kemahiran dan
pengetahuannya yang ada sebelum memilih responden.
Persampelan jenis ini akan memudahkan pengkaji mengenal pasti
responden yang boleh mewakili kumpulan atau kelompok yang dikaji seperti
kajian tentang wakil rakyat ini. Sampel yang dipilih dapat mewakili populasi
wakil rakyat di Malaysia. Sebabnya, hanya wakil rakyat sahaja yang
memahami dan mengetahui segala isu dan masalah yang mereka hadapi.
Inilah kelebihan sampel bertujuan, di mana sumber-sumber yang terhad boleh
dikembangkan dan pemahaman secara mendalam tentang sesuatu situasi itu
boleh dilakukan (Northrop & Arsneault, ibid., 225). Kelebihan lain
persampelan bertujuan adalah mudah, pantas dan kos yang rendah untuk
membuat penilaian (Hair, et al., op cit., 182).
76
4.3.2 Saiz Sampel
Dalam persampelan bertujuan, penentuan saiz sampel bukanlah perkara
utama yang perlu diambil kira kerana sampel yang dipilih dipercayai dapat
mewakili subjek yang dikaji. Ini kerana saiz sampel adalah bergantung
kepada keperluan kajian. Ini menepati apa yang dijelaskan oleh Frankfort-
Nachmias dan Nachmias (1996) iaitu dalam persampelan bukan
kebarangkalian, penyelidik tidak perlu menyertakan jumlah sampel yang
cukup besar dalam kajian, di mana ia sangat selari dengan kajian bersifat
kualitatif. Jadi, pemilihan sampel secara bertujuan (purposive) adalah untuk
mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu fenomena, di mana lebih
menumpukan kepada aspek kualitatif berbanding kuantitatif.
Oleh sebab itu, dalam persampelan bertujuan, pemilihan siapa yang
akan dikaji atau dipilih sebagai sampel bergantung kepada apa yang difikirkan
oleh penyelidik. Ini menepati apa yang dijelaskan oleh Wilmot (t.t) bahawa
“with a purposive non-random sample the number of people interviewed is
less important than the criteria used to select them. The characteristic of
individuals are used as a basis of selection, most important chosen to reflect
the diversity and breath of the sample population”. Berasaskan pandangan di
atas, memadai dengan sejumlah sampel yang pada pendapat pengkaji
mewakili populasi subjek yang dikaji. Apa yang jelas, persampelan bertujuan
kurang memberi penekanan kepada aspek bilangan (saiz) sampel yang
diperlukan dalam kajian. Tumpuan ia lebih kepada bagaimana mempelajari
dan meningkatkan pemahaman tentang kes-kes tertentu, kejadian dan
77
tindakan yang berlaku dalam masyarakat berasaskan logik dengan
menggunakan sejumlah sampel yang difikirkan perlu dan mewakili subjek
yang dikaji.
4.4 Unit Analisis
Menurut Neuman (2006: 58), apabila kita memikirkan tentang dunia sosial, ia
terdiri daripada banyak unit seperti masyarakat, kumpulan, organisasi,
pergerakan, institusi, negara dan sebagainya. Unit-unit inilah yang akan
menentukan unit analisis dalam tiap-tiap kajian yang perlu disesuaikan
dengan konsep teoritikal yang boleh digunakan ke atas satu atau lebih unit
analisis. Manakala Bailey (1992: 789) menjelaskan unit analisis adalah unit
asas, di mana ciri-cirinya telah dipilih oleh penyelidik untuk diukur dan
dianalisis seperti orang perseorangan, atau beberapa agregat individu seperti
suatu kelompok, kelab, bandar, daerah, negara dan sebagainya. Manakala,
Babbie (1999: 502) menjelaskan unit analisis adalah mengenai apa dan siapa
yang akan dikaji.
Jadi, dalam kajian ini unit analisis ialah wakil rakyat (Parlimen dan
DUN) yang dipilih dalam PRU-12 yang lalu. Unit samada berjawatan dalam
kabinet atau exco atau ahli biasa sahaja. Penentuan unit analisis ini bertujuan
untuk memudahkan pengkaji untuk menilai isu dan cabaran yang dihadapi
oleh wakil rakyat di Malaysia dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab dengan sempurna kepada rakyat.
78
4.5 Instrument Kajian
Instrument utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal
selidik secara berstruktur dengan soalan tertutup dan terbuka akan direka
bentuk yang dipecahkan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian
tersebut meliputi: (i) demografi wakil rakyat, (ii) peranan wakil parti, (iii)
peranan wakil rakyat sebagai ahli legislatif, (iv) pengurusan peranan dan tugas
wakil rakyat, (v) peranan wakil rakyat dalam pembangunan, (vi) peranan wakil
rakyat dalam sosio-ekonomi, (vii) peranan wakil rakyat dalam kemasyarakatan
dan keagamaan, dan (viii) isu dan cabaran peranan dan tugas wakil rakyat.
4.6 Pengukuran Pembolehubah dan Model Kajian
Deutsch (1953, dipetik Al-Bureay, 1992: Lii) menjelaskan seperti “kita
menggunakan model sama ada mahu atau tidak jika ingin berfikir secara
sistematik tentang sesuatu perkara”. Ini membawa maksud bahawa model
kajian adalah diperlukan agar kajian secara sistematik dan saintifik dapat
dilakukan. Justeru itu, pembentukan model kajian adalah sangat mustahak
dalam mana-mana penyelidikan agar setiap pembolehubah dapat
dikemukakan melalui ilustrasi secara lebih tersusun (ibid., Liii).
79
Rajah 4.1: Model Kajian: Pembolehubah Bebas dan Bersandar
Jadi, dalam kajian ini pengkaji mengemukakan model kajian seperti
ditunjukkan dalam rajah 4.1 di atas yang memperincikan: (i) pembolehubah
bebas dan pembolehubah bersandar dan hubungan kedua-duanya; (ii)
pengkhususan objektif kajian dan kriteria yang dapat diukur; dan (iii)
menyenaraikan keadaan, batasan dan konstren termasuk juga ketidakpastian
yang menjejaskan fungsi sesebuah model. Selain itu, pembentukan model
kajian adalah perlu dalam penyelidikan ini agar ia dapat menonjolkan ciri-ciri
umum dan hubungan yang penting khususnya berkaitan antara
pembolehubah bebas dan bersandar bagi tujuan analisis dan mengkaji faktor-
faktor yang boleh atau mungkin akan mempengaruhi skop kajian. Justeru itu,
pembentukan model kajian bagi kajian ini dapat mengenal pasti setiap elemen
yang terkandung dalam tiap-tiap pembolehubah boleh diukur dan dinilai.
Nota: MEMPENGARUHI
PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
DEMOKRASI BERPARLIMEN
DOKTRIN PENGASINGAN
KUASA
DOKTRIN PERCANTUMAN
KUASA
M A N D A T
BADAN PERUNDANGAN
(PARIMEN)
KEDUDUKAN WAKIL
RAKYAT
BADAN EKSEKUTIF (KABINET)
ISU DAN CABARAN: PERANAN WAKIL RAKYAT
Parliamentary Roles
Constituency Roles
Social Roles
• Parti Politik • Ahli Legislatif • Pengurusan
Tugas • Pembangunan • Sosio-ekonomi • Kemasyarakatan
& Keagamaan
80
4.6.1 Pembolehubah Bebas
Pembolehubah bebas akan mempengaruhi dan memberikan kesan ke atas
pembolehubah terikat atau bersandar (Bailey, 1992: 772; Hair, et al., 2007:
421; dan Neuman, 2006: 161). Jadi, dalam kajian ini (merujuk model kajian
dalam rajah 4.1) pembolehubah bebas melibatkan kedudukan wakil rakyat
dalam badan perundangan (Parlimen atau DUN) dan badan eksekutif
(Kabinet). Peranan wakil rakyat dalam kedua-dua badan ini terbit daripada
teori-teori yang berkaitan secara langsung dalam sistem berperwakilan di
negara ini seperti demokrasi berperwakilan (berparlimen), doktrin SoP dan
FoP. Kedudukan wakil rakyat dalam kedua-dua badan pemerintahan itu akan
menjadi pembolehubah bebas yang akan mempengaruhi peranan wakil rakyat
dalam tiga peranan umum iaitu (i) parliamentary roles; (ii) constituency roles;
dan (iii) social roles yang kemudiannya akan menjadi peranan-peranan yang
lebih khusus sebagai pembolehubah terikat.
4.6.2 Pembolehubah Bersandar
Pembolehubah bebas seperti dijelaskan di atas akan mempengaruhi
pembolehubah terikat dalam tiga peranan umum iaitu parliamentary roles,
constituency roles dan social roles. Ketiga-tiga peranan umum wakil rakyat ini
akan membentuk beberapa peranan wakil rakyat (pembolehubah terikat) iaitu
peranan wakil rakat dalam parti politik, peranan sebagai ahli legislatif,
pengurusan peranan wakil rakyat, peranan dalam pembangunan, peranan
dalam sosio-ekonomi, dan peranan dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan
dan keagamaan. Kesemua pembolehubah terikat ini akan diukur berdasarkan
81
kepada penilaian responden menggunakan statistik deskriptif mudah iaitu
kekerapan, peratusan dan min.
4.7 Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data merupakan proses penting dalam mana-mana
penyelidikan sama ada data itu bersifat sekunder mahupun primer. Untuk
kajian ini, proses pengumpulan data dibahagikan kepada dua peringkat
seperti dijelaskan di bawah.
4.7.1 Pengumpulan Data Sekunder
Sebelum kajian lapangan atau tinjauan dilakukan untuk mendapatkan data
primer, proses utama adalah mengumpul data sekunder daripada pelbagai
sumber utama yang berkaitan. Penggunaan data sekunder (berupa kajian
perpustakaan dan sorotan kajian) sangat penting pada peringkat awal kajian
ini terutama untuk memahami teoritikal dan konseptual yang berkaitan subjek
yang dikaji. Dengan kata lain, penggunaan sumber-sumber sekunder
merupakan penelitian dan penganalisisan data atau maklumat yang telah
didokumentasikan.
Antara sumber data-data sekunder adalah buku; artikel dari jurnal,
majalah, dan buletin; laporan penyelidikan (diterbitkan atau tidak), rencana
dari media massa bercetak atau elektronik (termasuk media alternatif); dan
dokumen atau terbitan rasmi kerajaan. Dalam hal ini, sumber sekunder yang
82
paling penting adalah buku. Walaupun buku tentang wakil rakyat atau ahli
Parlimen adalah sangat terhad, tetapi terdapat beberapa buah buku telah
dihasilkan mengenai kepemimpinan, pilihan raya, sistem politik dan lain-lain
skop yang dibincangkan amat membantu dalam kajian ini.
Dari situ, pengkaji cuba dan dapat memahami teori, konsep dan
merangka pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini dan membina
sorotan karya. Selain buku, data-data sekunder penting juga diperolehi
kebanyakannya dari artikel jurnal, majalah dan buletin yang telah diterbitkan
dalam negara atau luar negara. Arikel dari sumber-sumber ini sangat
membantu dalam memahami isu dan permasalahan yang berlaku atau wujud
dalam subjek yang dikaji. Bahkan artikel-artikel itu merupakan sumber yang
sangat penting untuk diulas dalam sorotan karya bagi kajian ini.
Dalam pada itu, penerbitan rasmi kerajaan seperti daripada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen atau DUN, Jawatankuasa Kabinet
dan akta-akta yang berkaitan adalah merupakan sumber sekunder yang
sangat penting dalam kajian ini. Penelitian ke atas terbitan rasmi ini sama ada
dalam bentuk elektronik dan bercetak sangat relevan dengan kajian yang
sedang dijalankan kerana ia menyediakan maklumat-maklumat yang
diperlukan. Selain itu, pengkaji juga memperolehi data sekunder daripada
laporan-laporan penyelidikan yang telah dijalankan sama ada telah diterbitkan
atau belum.
83
Tujuan penelitian ke atas laporan penyelidikan yang telah dijalankan
adalah untuk menilai skop dan tema yang telah dikemukakan dalam tiap-tiap
kajian dan sebagai perbandingan kepada kajian ini. Tidak boleh diketepikan
ialah sumber-sumber dari media massa (konvensional dan alternatif) sama
ada bercetak atau elektronik, di mana sumber ini menyediakan banyak
maklumat terkini dan baru tentang sesuatu isu yang ada kaitan dengan subjek
kajian.
Ringkasnya, maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang
dinyatakan di atas adalah memudahkan pengkaji untuk membuat ulasan dan
analisis. Ini menepati seperti apa yang dikatakan oleh Chadwick et. al. (1984:
260) bahawa kaedah ini (berbentuk kajian perpustakaan) iaitu dengan
menggunakan sumber-sumber sekunder memberikan banyak masa kepada
pengkaji untuk membuat analisis, interprestasi dan berfikir secara kreatif
tentang apa yang perlu dihujahkan dalam kajian.
4.7.2 Pengumpulan Data Primer
Disebabkan kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif, maka pengkaji
memutus untuk mendapatkan data primer melalui kaedah tinjuan (survey)
dengan menggunakan soal selidik (lihat sub topik reka bentuk kajian dan
instrument kajian di atas). Soal selidik akan diedarkan menggunakan pos dan
serahan tangan sama ada oleh pengkaji sendiri atau pembanci. Untuk
membuat follow-up, pengkaji akan menggunakan telefon bagi memastikan
sampel yang dipilih telah menerima soal selidik dan menjawabnya ataupun
84
sudah memulangkan semula kepada pengkaji dengan menggunakan sampul
surat bersetem ke alamat pengkaji.
4.8 Analisis Data dan Persembahan Hasil Kajian
Data yang diperolehi melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan
statistik deksriptif. Analisis deskriptif ini lebih kepada usaha untuk menjawab
persoalan dan objektif kajian yang dikemukakan selaras dengan apa yang
dinyatakan dalam permasalahan kajian. Walaupun kajian ini bersifat kualitatif,
aspek kuantitatif tidak dapat dielakkan secara mutlak. Ini kerana data yang
dianlisis secara kualitatif, tetapi ia memerlu penjelasan secara kuantitatif.
Justeru itu, persembahan data hasil kajian melibatkan penggunaan
statistik mudah dalam bentuk peratus kekerapan. Data-data itu kemudiannya
diilustrasikan dalam bentuk jadual. Elemen-elemen kuantitatif walaupun
dalam bentuk statistik mudah, tetapi ianya amat membantu dalam
memberikan penerangan dalam pembentangan hasil kajian. Dengan itu,
analisis data dan persembahan hasil kajian diterangkan dalam bentuk
penghuraian (explaination) yang dibantu oleh penggunaan jadual.
85
BAB 5
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang dapatan kajian tinjauan yang telah
dijalankan dengan menggunakan soal selidik dalam kalangan wakil rakyat di
Malaysia. Soal selidik merupakan instrument utama dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklumat yang telah dihantar secara pos atau serahan tangan
(oleh pengkaji mahupun pembanci) kepada responden. Dapatan kajian akan
dianalisis menggunakan statistik deskriptif mudah iaitu kekerapan dan
peratusan (%) serta min untuk melihat perbandingan item-item yang dikaji
yang akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Analisis akan dipecahkan
kepada beberapa sub-bahagian seperti yang telah dibahagikan dalam soal
selidik.
5.2 Profil Responden
Hanya beberapa maklumat demografi responden akan dikemukakan dalam
dapatan kajian ini. Ia melibatkan tahun permulaan atau pertama kali dipilih
menjadi wakil rakyat, parti politik yang diwakili dalam PRU-12 yang lalu,
kawasan pilihan raya yang diwakili kini (peringkat Parlimen atau DUN) dan
jawatan dalam parti politik di peringkat cawangan, bahagian dan majlis kerja
tertinggi (MKT)—peringkat perhubungan negeri tidak disenaraikan kerana
86
jawatan di peringkat ini dilantik oleh kepimpinan tinggi atau MKT parti bukan
melalui pemilihan.
Merujuk kepada jadual 5.1 di bawah, pilihan raya umum (Parlimen dan
DUN) menunjukkan permulaan setiap responden itu dipilih menjadi wakil
rakyat. Antara wakil rakyat yang paling lama telah dipilih pada tahun 1963
dan terkini yang telah dipilih dalam PRU-12 tahun 2008 lalu (sebanyak
46.3%). Untuk rekod, Malaysia telah mengadakan sebanyak 12 kali PRU
(Parlimen dan DUN bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah), tetapi hanya 10
kali PRU untuk DUN Sarawak.
Jadual 5.1: Tahun Mula Menjadi Wakil Rakyat
Tahun Kekerapan Peratusan 1963 1 2.4 1986 2 4.9 1990 3 7.3 1991 1 2.4 1995 2 4.9 1996 1 2.4 1999 5 12.2 2001 1 2.4 2004 6 14.6 2008 19 46.3
Jumlah 41 100 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Di Malaysia, ada wakil rakyat yang pernah mewakili parti yang berbeza
dalam PRU sebelum itu dan yang kemudiannya. Namun, hasil kajian ini
mendapati, tiada perubahan parti atau keputusan melompat parti dalam
kalangan responden kerana masih mewakili parti yang sama masa kini seperti
dalam PRU-12 yang lalu (lihat jadual 5.2).
87
Jadual 5.2: Parti Yang Diwakili Dalam PRU-12
Parti Kekerapan Peratusan BN-MCA 3 7.3 BN-PBB 5 12.2 BN-SPDP 1 2.4 BN-SUPP 1 2.4 BN-UMNO 14 34.1 DAP 3 7.3 PAS 7 17.1 PKR 7 17.1
Jumlah 41 100 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.3: Kawasan Diwakili (Parlimen)
Bil. Kawasan Parlimen 1. P003 Arau, Perlis 2. P004 Langkawi, Kedah 3. P005 Jerlun, Kedah 4. P009 Alor Setar, Kedah 5. P010 Kuala Kedah, Kedah 6. P013 Sik, Kedah 7. P014 Merbok, Kedah 8. P016 Baling, Kedah 9. P048 Bukit Bendera, Pulau Pinang
10. P098 Gombak, Selangor 11. P099 Ampang, Selangor 12. P121 Lembah Pantai, W.P. Kuala Lumpur 13. P129 Kuala Pilah, Negeri Sembilan 14. P137 Bukit Katil, Melaka 15. P194 Petra Jaya, Sarawak 16. P201 Batang Lupar, Sarawak 17. P214 Selangau, Sarawak
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Setiap responden seperti dalam jadual 5.2 di atas mewakili kawasan
pilihan raya seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.3 (Parlimen) dan jadual
5.4 (DUN), di mana ia berasaskan pemilihan seorang perwakilan mengikut
bahagian pilihan raya (single member territorial representation). Dengan kata
lain, seorang wakil bagi satu kawasan, tetapi wakil rakyat boleh mewakili satu
88
kawasan Dewan Rakyat (Parlimen) dan satu kawasan DUN secara serentak.
Dalam kes ini, hanya terdapat seorang wakil sahaja yang mewakili kawasan
Parlimen P098 Gombak dan DUN N19 Bukit Antarabangsa, Selangor
serentak.
Jadual 5.4: Kawasan Diwakili (DUN)
Bil. Negeri Kawasan DUN 1. Kedah N4 Ayer Hitam 2. Kedah N16 Kubang Rotan 3. Kedah N19 Sungai Tiang 4. Kelantan N32 Gaal 5. Kelantan N39 Mengkebeng 6. Negeri Sembilan N19 Johol 7. Pahang N7 Tras 8. Pahang N12 Beserah 9. Pahang N14 Teruntum
10. Pahang N23 Chini 11. Perak N48 Sungai Manik 12. Perak N53 Rungkup 13. Perlis N1 Titi Tinggi 14. Perlis N6 Bintong 15. Pulau Pinang N14 Machang Bubok 16. Pulau Pinang N21 Sungai Acheh 17. Pulau Pinang N33 Air Itam 18. Sarawak N2 Tasik Biru 19. Sarawak N6 Tupong 20. Sarawak N16 Bengoh 21. Sarawak N51 Baligian 22. Selangor N19 Bukit Antarabangsa 23. Selangor N40 Kota Anggerik 24. Terengganu N10 Teluk Pasu 25. Terengganu N24 Ajil
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Pelbagai jawatan dalam parti yang disandang oleh setiap responden di
peringkat cawangan, bahagian dan MKT. Tidak semua wakil rakyat yang
dikaji (responden) mempunyai jawatan dalam semua peringkat. Misalnya,
89
walaupun berjawatan sebagai Presiden parti, tidak semestinya memegang
jawatan di peringkat cawangan. Ada wakil rakyat yang hanya sekadar ahli
biasa dan tanpa sebarang jawatan dalam parti seperti ditunjukkan dalam
jadual 5.5 (peringkat cawangan) dan jadual 5.6 (peringkat bahagian) di
bawah. Di peringkat cawangan, terdapat 7.3% wakil rakyat hanyalah ahli
biasa dan 29.3% pula tiada sebarang jawatan di peringkat itu (jadual 5.5),
serta masing-masing 17.1% tiada sebarang jawatan dalam parti di peringkat
bahagian (jadual 5.6) dan MKT (jadual 5.7).
Jadual 5.5: Jawatan Di Peringkat Cawangan
Jawatan Dalam Parti Kekerapan Peratusan Pengerusi Tetap Cawangan 1 2.4 Pengerusi Cawangan 5 12.2 Ketua Cawangan / Cabang 12 29.3 Timbalan / Naib Ketua Cawangan 1 2.4 AJK Cawangan 2 4.9 Ahli Biasa 3 7.3 Tiada Sebarang Jawatan 12 29.3 Tiada Maklumat 5 12.2
Jumlah 41 100 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.6: Jawatan Di Peringkat Bahagian
Jawatan Dalam Parti Kekerapan Peratusan Pengerusi 3 7.3 Timbalan Pengerusi 1 2.4 Ketua / YDP Bahagian (Cabang) 10 24.4 Timbalan Ketua / Naib YDP Bahagian 10 24.4 Ketua Wanita 1 2.4 Setiausaha Bahagian 1 2.4 AJK Bahagian 3 7.3 Tiada Sebarang Jawatan 7 17.1 Tiada Maklumat 5 12.2
Jumlah 41 100 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
90
Manakala di peringkat MKT pula terdapat pelbagai jawatan yang
disandang oleh responden daripada jawatan Presiden atau Pengerusi
hinggalah sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK). Terdapat masing-masing satu
(2.4%) responden memegang jawatan sebagai Presiden, Timbalan Presiden
dan Naib Presiden Kanan parti. Manakala 7.3% (3 orang) responden pula
adalah Naib Presiden parti dan masing-masing satu (2.4%) berjawatan
sebagai Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Lain-lain jawatan di peringkat MKT
seperti ditunjukkan dalam jadual 5.7 di bawah.
Jadual 5.7: Jawatan Di Peringkat Majlis Kerja Tertinggi
Jawatan Dalam Parti Kekerapan Peratusan Presiden 1 2.4 Timbalan Presiden 1 2.4 Naib Presiden Kanan 1 2.4 Naib Presiden 3 7.3 Ketua Wanita Pusat 1 2.4 Ketua Pemuda 1 2.4 AJK 3 7.3 Ahli Biro / Exco 3 7.3 Penolong Setiausaha 1 2.4 Setiausaha Antarabangsa 1 2.4 Tiada Sebarang Jawatan 7 17.1 Tiada Maklumat 18 43.9
Jumlah 41 100 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
5.3 Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik
Berkait dengan perkara di atas, setiap wakil rakyat walaupun tanpa sebarang
jawatan dalam parti sekalipun, tetapi masing-masing mempunyai peranan
dalam parti politik yang diwakilinya. Ini jelas terbukti seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 5.8 di bawah daripada berperanan untuk menambah ahli parti
91
hinggalah kepada mengekang ancaman parti lawan. Antara peranan yang
banyak dimainkan oleh wakil rakyat untuk parti yang diwakilinya ialah memberi
idea-idea bernas untuk kemajuan parti dengan 95.1% memberikan respons
dalam hal tersebut. Ini diikuti dengan peranan sebagai menjaga kebajikan ahli
parti dan meneruskan sokongan terhadap kepimpinan parti yang sedia ada, di
mana daripada 41 orang responden masing-masing 85.4% berpendapat
demikian. Selain itu, berperanan dalam usaha menambahkan keahlian parti
yang berdaftar juga merupakan suatu tugas utama wakil rakyat dalam parti
(penilaian sebanyak 82.9%). Lain-lain peranan dalam parti politik adalah
seperti ditunjukkan dalam jadual 5.8 di bawah.
Jadual 5.8: Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik
Peranan Dalam Parti Kekerapan PeratusanMenambah ahli parti 34 82.9 Menjaga kebajikan ahli parti 35 85.4 Mencari dana dan kewangan untuk parti 22 53.7 Mengenal pasti para pemimpin pelapis 25 61.0 Menyelesaikan konflik dalaman parti 25 61.0 Menggerakkan peti undi 22 53.7 Meneruskan sokongan terhadap pemimpin parti 35 85.4
Memberikan idea bernas untuk kemajuan parti 39 95.1
Mengekang ancaman daripada parti lawan 29 70.7
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
Sementara itu, walaupun banyak peranan dan tanggungjawab yang
dimainkan oleh wakil rakyat dalam parti, namun mereka terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran yang berlaku dalam parti yang diwakilinya itu. Cabaran itu
boleh bersifat secara kecil-kecilan kepada yang bersifat kompleks dan kritikal
92
hingga menjadi ancaman kepada parti itu sendiri. Cabaran utama dalam parti
adalah wujudnya puak-puak yang masing-masing mempunyai matlamat yang
berbeza dalam parti yang ada hubungkait dengan perebutan jawatan dalam
parti. Dalam hal ini, sebanyak 68.3% berpendapat perpuakan dalam parti
merupakan cabaran utama yang paling besar dan diikuti oleh perebutan
jawatan dalam parti iaitu 48.9% responden menyatakan demikian.
Jadual 5.9: Cabaran-cabaran Dihadapi Dalam Parti Kini
Cabaran-cabaran Dalam Parti Kekerapan Peratusan Perebutan jawatan dalam parti 19 48.7 Konflik kepemimpinan parti yang semakin kritikal 11 26.8
Wujud pihak yang berpuak-puak dalam parti 28 68.3
Gejala politik wang dalam parti semakin menjadi-jadi 12 29.3
Ramai ahli parti bertindak keluar parti 3 7.3 Ramai wakil rakyat yang bertindak melompat parti 2 4.9
Parti menghadapi masalah kewangan yang kritikal 2 4.9
Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti 11 26.8
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
Lain-lain cabaran yang boleh disifatkan sebagai serius juga dalam parti
ialah gejala politik wang (29.3%). Gelaja politik wang biasa kedengaran
semasa pertandingan merebut jawatan-jawatan penting dalam parti yang
diadakan dalam perhimpunan agung parti tersebut. Lantas, masalah-masalah
tersebut iaitu perebutan jawatan dalam parti, perpuakan dan politik wang,
akhirnya boleh membawa kepada konflik kepimpinan dalam parti, di mana
26.8% responden menunjukkan hal ini. Apabila keadaan seperti itu berlaku, ia
akan menimbulkan masalah lain dalam parti, di mana cabarannya ialah rakyat
93
akan hilang kepercayaan terhadap parti (26.8% responden berpendapat
demikian). Lain-lain cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat dalam parti
politik seperti ditunjukkan dalam jadual 5.9 di atas.
5.4 Peranan Wakil Rakyat Sebagai Ahli Legislatif
Pemilihan seseorang calon melalui pilihan raya adalah untuk menentukan
perwakilan yang akan menjadi ahli badan perundangan atau legislatif. Di
Malaysia, ahli perundangan atau legislatif merangkumi ahli Parlimen dan
DUN. Dari segi konsep (literature) sains politik terdapat beberapa peranan
wakil rakyat sebagai ahli legislatif iaitu sebagai penggubal dasar, broker
kuasa, ahli perundangan dan mengekalkan sokongan ahli. Berkait dengan
perkara ini, berdasarkan kepada perbandingan min seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 5.10 di bawah, jelas membuktikan bahawa kesemua peranan itu
boleh dikatakan sebagai tinggi kecuali sebagai broker kuasa (min 3.03). Min
tertinggi dicatatkan dalam peranan sebagai penggubal dasar iaitu 4.59.
Jadual 5.10: Perbandingan Min Peranan Sebagai Ahli Legislatif
Peranan Sebagai Ahli Legislatif N Minimum Maximum Mean
Std. Deviation
Penggubal dasar 41 3 5 4.59 .547 Broker kuasa 39 1 5 3.03 1.088 Ahli perundangan 41 2 5 4.20 .901 Kekal sokongan ahli parti 41 1 5 4.27 .742
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Dalam analisis yang menggunakan skala Likert untuk mengukur
penilaian responden, pengkaji menyatukan penilaian sangat bersetuju (skala
94
5) dan bersetuju (skala 4) sebagai bersetuju. Penilaian tidak pasti adalah
kekal, manakala penilaian tidak bersetuju (skala 2) dan sangat tidak bersetuju
(skala 1) sebagai tidak bersetuju (kaedah yang sama akan digunakan dalam
analisis bahagian-bahagian lain selepas ini).
Berkaitan dengan peranan sebagai ahli legislatif dari segi literature
sains politik di atas, jadual 5.11 menunjukkan penilaian setiap responden
terhadap tanggungjawab sebagai penggubal dasar, broker kuasa, ahli
perundangan dan mengekalkan sokongan ahli. Sebanyak 97.6% responden
bersetuju bahawa peranan mereka adalah sebagai penggubal dasar. Ini
adalah penilaian yang tertinggi dan diikuti oleh peranan untuk mengekalkan
sokongan ahli parti iaitu sebanyak 95.1% sebagai yang kedua tertinggi.
Sebaliknya, dari segi peranan sebagai broker kuasa menunjukkan penilaian
tidak bersetuju yang agak tinggi sebanyak 30.8%.
Jadual 5.11: Peranan Wakil Rakyat Berasas Literature Sains Politik Peranan Wakil
Rakyat SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Penggubal dasar 25 (61.0) 15 (36.6) 1 (2.4) - - 41 (100) Broker kuasa 2 (5.1) 13 (33.3) 12 (30.8) 8 (20.5) 4 (10.3) 39 (100) Ahli perundangan 18 (43.9) 16 (39.0) 4 (9.8) 3 (7.3) - 41 (100) Mengekalkan sokongan ahli parti 15 (36.6) 24 (58.5) 1 (2.4) - 1 (2.4) 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Selain berperanan sebagai ahil legislatif mengikut literature sains politik
seperti di atas, wakil rakyat masing-masing mempunyai peranan dalam dewan
perundangan (Parlimen dan DUN). Analisis yang dilakukan mendapati
95
peranan untuk membahas rang undang-undang perbekalan di Parlimen atau
DUN mencatat min tertinggi iaitu 4.70. Ini diikuti dengan peranan mengkritik
pandangan pembangkang dan kerajaan (min 4.59) sebagai kedua tertinggi.
Peranan yang paling rendah iaitu tetap menyokong usul kerajaan dengan nilai
min 2.98, manakala nilai min lain-lain peranan di Parlimen dan DUN adalah
seperti ditunjukkan dalam jadual 5.12 di bawah.
Jadual 5.12: Perbandingan Min Peranan Wakil Rakyat Di Parlimen / DUN
Peranan Wakil Rakyat N Minimum Maximum Mean Std. DeviationMembahas usul dibawa oleh kerajaan 40 4 5 4.53 .506
Membentang dan membahas rang undang-undang
41 1 5 4.39 .862
Membahas rang undang-undang perbekalan 40 4 5 4.70 .464
Menyokong usul pindaan perlembagaan 39 1 5 3.95 1.025
Mengkritik pandangan pembangkang dan kerajaan
39 4 5 4.59 .498
Membahas dan menyoal usul daripada menteri 40 1 5 4.35 .802
Menyokong rang undang-undang yang dibawa oleh Ketua Whip
40 1 5 3.88 1.343
Tetap menyokong usul kerajaan 40 1 5 2.98 1.291
Bertanya soalan kepada Speaker atau wakil rakyat lain
41 2 5 4.37 .662
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Berkait dengan perkara di atas, dari segi penilaian kekerapan dan
peratusan mendapati peranan wakil rakyat di Parlimen atau DUN untuk
membahas usul yang dibawa oleh kerajaan, membahas rang undang-undang
perbekalan dan mengkritik pandangan pembangkang dan kerajaan masing-
96
masing menunjukkan catatan penilaian tertinggi iaitu 100% bersetuju. Ini
diikuti dengan peranan bertanya soalan kepada Speaker atau wakil rakyat lain
sebagai penilaian kedua tertinggi iaitu sebanyak 95.1%. Manakala penilaian
yang bersetuju bahawa wakil rakyat sebagai penyokong usul kerajaan
mencatatkan peratusan yang paling rendah (47.5%) (lihat jadual 5.13).
Jadual 5.13: Peranan Wakil Rakyat Di Parlimen / DUN Peranan Wakil
Rakyat SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Membahas usul dibawa oleh kerajaan
21 (52.5) 19 (47.5) - - - 40 (100)
Membentang dan membahas rang undang-undang
22 (53.7) 16 (39.0) 1 (2.4) 1 (2.4) 1 (2.4) 41 (100)
Membahas rang undang-undang perbekalan
28 (70.0) 12 (30.0) - - - 40 (100)
Menyokong usul pindaan perlembagaan
14 (35.9) 13 (33.3) 9 (23.1) 2 (5.1) 1 (2.60 39 (100)
Mengkritik pandangan pembangkang dan kerajaan
23 (59.0) 16 (41.0) - - - 39 (100)
Membahas dan menyoal usul daripada menteri
19 (47.5) 18 (45.0) 2 (5.0) - 1 (2.5) 40 (100)
Menyokong rang undang-undang yang dibawa oleh Ketua Whip
19 (47.5) 8 (20.0) 5 (12.5) 5 (12.5) 3 (7.5) 40 (100)
Tetap menyokong usul kerajaan 3 (7.5) 16 (40.0) 5 (12.5) 9 (22.5) 7 (17.5) 40 (100)
Bertanya soalan kepada Speaker atau wakil rakyat lain
18 (43.9) 21 (51.2) 1 (2.4) 1 (2.4) - 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
97
5.5 Pengurusan Peranan dan Tugas Wakil Rakyat
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat khusus di
kawasan pilihan raya yang diwakilinya, seorang wakil rakyat itu harus bijak
menguruskan peranannya dengan lebih cekap dan berkesan. Adalah
mustahil seorang wakil rakyat itu dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya tanpa bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Begitu juga jika tanpa sokongan dari segi logistik sama ada secara langsung
atau tidak langsung, adalah sukar untuk wakil rakyat melaksanakan peranan
dan tanggungjawabnya.
Bantuan dan kerjasama ini adalah untuk meringankan beban yang
dipikul oleh wakil rakyat. Justeru itu, wakil rakyat berharap mendapat bantuan
dan kerjasama daripada beberapa pihak seperti pegawai khas, setiausaha
politik, pengerusi biro parti dan sebagainya. Berdasarkan kepada penilaian
min, dapatan kajian menunjukkan bahawa boleh dikatakan skornya adalah
tinggi di mana melebih 4.00 ke atas. Bantuan dan sokongan yang paling
tinggi diperlukan daripada pegawai khas (min 4.61), diikuti wakil kepada wakil
rakyat (min 4.51) dan pegawai awam di peringkat persekutuan dan negeri
(4.37). Hanya bantuan dan kerjasama daripada pengerusi biro parti yang
mencatatkan skor min terendah iaitu 4.00 (lihat jadual 5.14).
98
Jadual 5.14: Perbandingan Min Bantuan dan Kerjasama Kepada Wakil Rakyat
Bantuan dan Kerjasama N Minimum Maximum Mean Std.
Deviation Pegawai khas 41 4 5 4.61 .494 Setiausaha politik 37 2 5 4.32 .784 Wakil kepada wakil rakyat 39 4 5 4.51 .506
Pengerusi biro parti 38 2 5 4.00 .838 Setiausaha bahagian atau cawangan 39 2 5 4.18 .756
Setiausaha sulit 38 2 5 4.13 .844 Pegawai awam persekutuan atau negeri 41 3 5 4.37 .623
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.15: Bantuan dan Kerjasama Kepada Wakil Rakyat Bantuan dan Kerjasama
SB B TP TS STS Jumlah K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Pegawai khas 25 (61.0) 16 (39.0) - - - 41 (100) Setiausaha politik 17 (45.9) 17 (45.9) 1 (2.7) 2 (5.4) - 37 (100)
Wakil kepada wakil rakyat 20 (51.3) 19 (48.7) - - - 39 (100)
Pengerusi biro parti 11 (28.9) 18 (47.4) 7 (18.4) 2 (5.3) 38 (100)
Setiausaha bahagian atau cawangan
14 (35.9) 19 (48.7) 5 (12.8) 1 (2.6) - 39 (100)
Setiausaha sulit 14 (36.8) 17 (44.7) 5 (13.2) 2 (5.3) - 38 (100) Pegawai awam persekutuan atau negeri
18 (43.9) 20 (48.8) 3 (7.3) - - 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Berkaitan dengan perkara di atas, berdasarkan kepada penilaian dari
segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 100% wakil rakyat
bersetuju memerlukan bantuan dan kerjasama daripada pegawai khas dan
wakil kepada wakil rakyat. Sementara itu, bagi pegawai awam persekutuan
atau negeri pula, 92.7% responden bersetuju mereka ini boleh memberikan
bantuan dan kerjasama kepada wakil rakyat. Manakala bantuan daripada
99
setiausaha sulit pula mencatatkan skor bersetuju sebanyak 81.5% dapat
membantu dan memberi kerjasama kepada wakil rakyat. Akan tetapi, bantuan
dan kerjasama daripada pengerusi biro parti menunjukkan peratusan terendah
iaitu hanya 56.3% bersetuju (lihat jadual 5.15).
Jadual 5.16: Perbandingan Min Keperluan Logistik Meringankan Tugas Wakil Rakyat
Keperluan Logistik N Minimum Maximu
m Mean Std.
Deviation Pejabat khas di kawasan pilihan raya 40 4 5 4.75 .439
Kemudahan internet dan ICT 40 4 5 4.68 .474
Telefon talian tetap dan bimbit 41 4 5 4.78 .419
Kemudahan mesin faksimili 40 3 5 4.60 .591 Kenderaan khas untuk wakil rakyat 41 1 5 3.88 1.187
Pemandu peribadi 40 1 5 3.95 1.108 Perlindungan keselamatan 24 jam 40 2 5 3.83 1.107
Pengawal peribadi 39 1 5 3.46 1.166 Pegawai penyelidik 41 2 5 4.20 .872 Pegawai undang-undang 40 1 5 3.78 1.000
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Dari segi logistik pula, ternyata wakil rakyat turut bergantung kepada
beberapa keperluan dari segi perhubungan dan pengangkutan serta
pembantu dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya kepada
rakyat. Ini juga bertujuan untuk meringan beban yang dipikul oleh wakil
rakyat. Dalam hal ini, penggunaan telefon talian tetap dan bimbit
menunjukkan min tertinggi iaitu 4.78 dan diikuti oleh keperluan kepada pejabat
khas di kawasan pilihan raya dengan min sebanyak 4.75. Keperluan
kemudahan internet dan ICT juga menunjukkan skor min yang tinggi iaitu
100
4.68. Lain-lain keperluan logistik seperti kemudahan mesin faksimili (skor min
4.60) juga merupakan keperluan kepada wakil rakyat. Ini jelas menunjukkan
bahawa peralatan elektronik dan ICT adalah keperluan logistik yang dilihat
banyak membantu meringankan tugas wakil rakyat (lihat jadual 5.16).
Selain itu, faktor keselamatan dan perlindungan juga merupakan faktor
logistik yang dikira mustahak bagi wakil rakyat. Ini kerana wakil rakyat
terdedah kepada bahaya dan ancaman ketika melakukan tugas dan
peranannya tanpa mengira waktu dan tempat. Dari segi skor min
menunjukkan bahawa keperluan perlindungan keselamatan 24 jam, pegawai
undang-undang dan pengawal peribadi pula menunjukkan nilai min yang
terendah iaitu masing-masing sebanyak 3.83, 3.78 dan 3.46 (lihat jadual
5.16). Walau bagaimanapun, keperluan-keperluan ini akan memudahkan
urusan wakil rakyat dan memastikan jaminan keselamatan diri dan
keluarganya.
Dari segi penilaian kekerapan dan peratusan berhubung keperluan
logistik di atas, ia menunjukkan bahawa keperluan kepada telefon talian tetap
dan bimbit, pejabat khas dan kemudahan internet dan ICT menunjukkan
penilaian yang tinggi berbanding keperluan-keperluan lain yang masing-
masing mencatatkan skor sebanyak 100%. Ini diikuti keperluan kepada
penggunaan mesin faksimili dengan skor penilaian bersetuju sebanyak 95.0%.
Dalam pada itu, keperluan kepada pegawai penyelidik juga mencatatkan skor
bersetuju yang tinggi dalam kalangan wakil rakyat iaitu sebanyak 85.4%.
101
Penilaian lain-lain keperluan logistik untuk meringankan beban tugas wakil
rakyat seperti ditunjukkan dalam jadual 5.17.
Jadual 5.17: Keperluan Logistik Meringankan Tugas Wakil Rakyat
Keperluan Logistik SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Pejabat khas di kawasan pilihan raya 30 (75.0) 10 (25.0) - - - 40 (100)
Kemudahan internet dan ICT 27 (67.5) 13 (32.5) - - - 40 (100)
Telefon talian tetap dan bimbit 32 (78.0) 9 (22.0) - - - 41 (100)
Kemudahan mesin faksimili 26 (65.0) 12 (30.0) 2 (5.0) - - 40 (100)
Kenderaan khas untuk wakil rakyat 17 (41.5) 10 (24.4) 7 (17.1) 6 (14.6) 1 (2.4) 41 (100)
Pemandu peribadi 16 (40.0) 12 (30.0) 7 (17.5) 4 (10.0) 1 (2.5) 40 (100) Perlindungan keselamatan 24 jam 15 (37.5) 9 (22.5) 10 (25.0) 6 (15.0) - 40 (100)
Pengawal peribadi 10 (25.6) 8 (20.5) 12 (30.8) 8 (20.5) 1 (2.6) 39 (100) Pegawai penyelidik 17 (41.5) 18 (43.9) 3 (7.3) 3 (7.3) - 41 (100) Pegawai undang-undang 10 (25.0) 16 (40.0) 10 (25.0) 3 (7.5) 1 (2.5) 40 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
5.6 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan
Wakil rakyat juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam soal
pembangunan khususnya di kawasan luar bandar. Justeru itu, pelbagai jenis
pembangunan yang masih diperlukan oleh rakyat merupakan suatu
tanggungjawab wakil rakyat untuk berusaha memperolehinya daripada pihak
kerajaan. Apatah lagi jika pelbagai bentuk dan jenis pembangunan itu telah
dijanjikan kepada rakyat semasa dalam kempen pilihan raya seperti yang
dikemukakan dalam manifesto pilihan raya parti masing-masing.
102
Jadual 5.18 di bawah menunjukkan beberapa projek pembangunan
yang telah dibawa oleh wakil rakyat. Projek yang paling banyak dibawa oleh
wakil rakyat di kawasan pilihan raya masing-masing ialah projek pembinaan
rumah bagi orang-orang miskin iaitu sebanyak 82.9% menyatakan hal
tersebut. Ini diikuti oleh projek pembinaan masjid dan surau iaitu sebanyak
80.0% telah berjaya dibawa oleh wakil rakyat ke kawasan pilihan raya yang
diwakilinya. Projek-projek lain seperti pembinaan jalan raya dan bekalan air
bersih khususnya di kawasan luar bandar mencatatkan peratusan masing-
masing sebanyak 78.0% dan 75.6%. Lain-lain projek pembangunan yang
dibawa oleh wakil rakyat adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 5.18 di
bawah.
Jadual 5.18: Projek-projek Yang Telah Dibawa Wakil Rakyat
Projek-projek Yang Telah Dibawa Ya
Kekerapan Peratusan Bekalan elektrik 29 70.7 Bekalan air bersih 31 75.6 Pembinaan masjid / surau 33 80.5 Pembinaan gereja / tokong / kuil 16 39.0 Pembinaan jambatan 30 73.2 Pembinaan jalan raya 32 78.0 Pembinaan rumah orang miskin 34 82.9 Pembinaan kompleks sukan 21 51.2 Pembinaan sekolah rendah / menengah 20 48.8 Pembinaan kolej komuniti 11 26.8 Pembinaan dewan / balai raya 29 70.7 Bekalan subsidi 20 48.8 Pembinaan bangunan perniagaan / pasar raya 14 34.1 Pembukaan tanah rancangan 16 39.0 Pembinaan kawasan rekreasi / perkelahan 15 36.6 Pembinaan sistem saliran 28 68.3 Pembinaan tempat parkir 10 24.4 Pembinaan jeti untuk keperluan nelayan 12 29.3
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
103
Jadual 5.19: Perbandingan Min Tugas-tugas Lain Dalam Pembangunan
Tugas-tugas Lain N Minimum Maximum Mean Std. DeviationMenentukan dan membahagi projek-projek pembangunan kepada yang berhak
39 1 5 4.13 1.239
Meluluskan peruntukan projek pembangunan di kawasan pilihan raya
38 2 5 4.13 1.018
Mengawal selia pelaksanaan projek pembangunan di kawasan pilihan raya
41 2 5 4.39 .737
Merasmikan pembukaan projek pembangunan atau program yang telah disiapkan di kawasan pilihan raya
39 2 5 4.15 .844
Member sumbangan idea yang bernas untuk pembangunan sosio-ekonomi
41 4 5 4.80 .401
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Selain itu, terdapat pelbagai tugas lain yang perlu dilaksanakan oleh
wakil rakyat kepada pengundi dan penyokong serta rakyat di kawasan pilihan
raya yang diwakilinya yang berkaitan dengan pembangunan. Berdasarkan
kepada penilaian min menunjukkan bahawa peranan dalam memberikan
sumbangan idea yang bernas untuk pembangunan sosio-ekonomi
menunjukkan nilai tertinggi iaitu 4.80. Ini diikuti dengan peranan dalam
mengawal selia pelaksanaan projek pembangunan dengan nilai min yang
tinggi iaitu 4.39. Ini menunjukkan bahawa sumbangan idea yang bernas dan
mengawal selia pelaksanaan projek adalah tugas lain yang amat penting bagi
seseorang wakil rakyat. Manakala tugas untuk menentu dan membahagikan
projek-projek pembangunan kepada yang berhak serta meluluskan
peruntukan projek pembangunan di kawasan pilihan raya mempunyai nilai min
104
yang paling rendah iaitu masing-masing 4.13. Nilai min kedua terendah iaitu
4.15 berkaitan dengan peranan lain dalam pembangunan ialah tentang tugas
merasmikan pembukaan projek pembangunan atau program yang telah
disiapkan (lihat jadual 5.19).
Jadual 5.20: Tugas-tugas Lain Wakil Rakyat Dalam Pembangunan Tugas-tugas Lain
Wakil Rakyat SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Menentukan dan membahagi projek-projek pembangunan kepada yang berhak
21 (53.8) 10 (25.6) 3 (7.7) 2 (5.1) 3 (7.7) 39 (100)
Meluluskan peruntukan projek pembangunan di kawasan pilihan raya
18 (47.4) 11 (28.9) 5 (13.2) 4 (10.5) - 38 (100)
Mengawal selia pelaksanaan projek pembangunan di kawasan pilihan raya
21 (51.2) 16 (39.0) 3 (7.3) 1 (2.4) - 41 (100)
Merasmikan pembukaan projek pembangunan atau program yang telah disiapkan di kawasan pilihan raya
15 (38.5) 17 (43.6) 5 (12.8) 2 (5.1) - 39 (100)
Member sumbangan idea yang bernas untuk pembangunan sosio-ekonomi
33 (80.5) 8 (19.5) 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Dari segi penilaian berasaskan kekerapan dan peratusan seperti
ditunjukkan dalam jadual 5.20 di atas mendapati 100% wakil rakyat bersetuju
bahawa memberi sumbangan idea yang bernas untuk pembangunan sosio-
ekonomi merupakan tugas yang sangat penting. Ini diikuti oleh peranan
dalam mengawal selia pelaksanaan projek pembangunan di kawasan pilihan
raya (90.2% bersetuju) dan diikuti peranan merasmikan pembukaan projek
pembangunan dan program yang telah disiapkan (82.1% bersetuju).
105
Penilaian lain-lain peranan dalam pembangunan seperti ditunjukkan dalam
jadual 5.20 di atas.
5.7 Peranan Wakil Rakyat Dalam Sosio-Ekonomi
Selain berperanan dalam pembangunan berbentuk fizikal dan infrastruktur,
wakil rakyat juga berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi. Ini kerana
banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat yang masih belum dapat
diselesaikan. Justeru itu, wakil rakyat perlu turun sendiri ke peringkat akar
umbi atau melawat kawasan untuk meninjau setiap masalah dan isu yang
dihadapi oleh rakyat. Berkaitan dengan perkara ini, terdapat pelbagai perkara
yang perlu dilakukan oleh wakil rakyat ketika melawat kawasan (jadual 5.21).
Jadual 5.21: Peranan Wakil Rakyat Ketika Melawat Kawasan
Perkara Dilakukan Ketika Melawat Kawasan
Ya Kekerapan Peratusan
Mendengar pandangan dan idea ahli-ahli parti 38 92.7
Menyelesaikan pandangan rakyat 35 85.4 Menyelesaikan masalah rakyat 41 100.0 Menghadiri mesyuarat JKKK 21 51.2 Berdialog atau mengadakan majlis “beradab” 37 90.2
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Pelbagai perkara dilakukan oleh wakil rakyat ketika melawat kawasan
seperti mendengar pandangan dan idea ahli-ahli parti (92.7%), menyelesaikan
pandangan rakyat (85.4%), menyelesaikan masalah rakyat (100%),
menghadiri mesyuarat JKKK (51.%) dan berdialog atau mengadakan majlis
106
“beradab” (90.2%) (lihat jadual 5.21). Berdasarkan kepada statistik ini, ia jelas
menunjukkan perkara utama dilakukan oleh wakil rakyat ketika melawat
kawasan ialah menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat serta bersedia
mendengar pandangan dan lontaran idea daripada rakyat dan ahli-ahli parti
terutama semasa dialog diadakan.
Jadual 5.22: Lain-lain Aktiviti Semasa Melawat Kawasan
Bil. Jenis Sumbangan 1. Memberi nasihat kepada rakyat, menjaga perpaduan dan
semangat kerjasama 2. Membuat kajian kes 3. Mendengar maklum balas rakyat melalui townhall meeting 4. Menghadiri program anjuran rakyat 5. Membuat laporan hasil lawatan serta permohonan projek
kepada kerajaan 6. Melawat dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang
bermasalah 7. Melawat orang sakit dan uzur 8. Menghadiri perjumpaan dengan rakyat dan agensi
kerajaan 9. Menjadi contoh sebagai pemimpin yang baik dalam
kalangan masyarakat 10. Menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada rakyat 11. Menyampaikan kuliah dan tazkirah serta membaca
khutbah Jumaat 12. Mengadakan dialog bersama rakyat dan mengadakan
lawatan ke kampong-kampung (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang dilakukan oleh wakil
rakyat ketika melawat kawasan (jadual 5.22). Antara aktiviti-aktivitinya ialah
memberi nasihat kepada rakyat, menjaga perpaduan dan semangat
bekerjasama, melawat dan mengenalpasti kawasan-kawasan yang
bermasalah, melawat orang sakit dan uzur, menjadi contoh sebagai pemimpin
yang baik dalam kalangan masyarakat, menyampaikan bantuan dan
107
sumbangan kepada rakyat serta mengadakan dialog bersama rakyat dan
mengadakan lawatan ke kampung-kampung.
Jadual 5.23: Perbandingan Min Peranan Mewakili Kepentingan Tertentu
Mewakili Kepentingan Tertentu N Minimum Maximum Mean
Std. Deviation
Menolong orang susah mendapat bantuan kerajaan 41 1 5 4.66 .728
Menjamin peniaga kecil buat pinjaman 41 1 5 2.27 1.141
Sebagai penjamin pinjaman dan biasiswa pelajaran 41 1 5 2.71 1.188
Membantu rakyat memohon tanah pertanian / industri 41 1 5 4.05 .835
Membantu rakyat membeli rumah kos rendah 41 1 5 4.00 1.049
Membantu rakyat menyertai rancangan pembukaan tanah 40 1 5 3.95 1.011
Membantu rakyat mendapatkan subsidi kerajaan
41 1 5 4.05 1.048
Membuat perakuan untuk tokoh mendapat pingat kebesaran
41 1 5 3.88 .900
Memberi idea bernas untuk kemajuan sosio-ekonomi 41 1 5 4.68 .722
Membantu menyelesaikan tuntutan pembangunan sosio-ekonomi
41 1 5 4.46 .778
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Dalam pada itu, peranan wakil rakyat juga adalah untuk mewakili
kepentingan-kepentingan tertentu sama ada bagi pihak kerajaan, parti dan
rakyat yang telah diwakilinya. Berdasarkan kepada perkara ini, penilaian dari
segi min menunjukkan bahawa memberikan idea yang bernas untuk kemajuan
sosio-ekonomi masyarakat mencatat min tertinggi iaitu 4.68. Ini diikuti oleh
peranan menolong orang susah mendapat bantuan kerajaan dengan min 4.66
dan membantu menyelesaikan tuntutan pembangunan sosio-ekonomi dengan
108
nilai min 4.46. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan wakil rakyat adalah
cenderung dalam berperanan dalam memberikan bantuan untuk
meningkatkan sosio-ekonomi rakyat dari sudut idea atau material. Walau
bagaimanapun, peranan wakil rakyat sebagai penjamin kepada peniaga kecil
untuk membuat pinjaman dan penjamin kepada pinjaman pelajaran pula
menunjukkan nilai min yang rendah iaitu masing-masing 2.27 dan 2.71.
Keadaan ini timbul disebabkan ada wakil rakyat disebabkan jawatan yang
dipegang dalam Kabinet dan exco kerajaan negeri tidak membenarkan wakil
rakyat itu menjadi penjamin (lihat jadual 5.23).
Berhubung kait dengan perkara di atas, berdasarkan kepada penilaian
kekerapan dan peratusan (jadual 5.24) menunjukkan bahawa peratus wakil
rakyat yang bersetuju untuk menjadi penjamin peniaga kecil membuat
pinjaman adalah yang paling rendah iaitu sebanyak 17.1% (bersetuju). Kedua
peratusan terendah yang bersetuju ialah menjadi penjamin pinjaman pelajaran
sebanyak 34.1%. Manakala peranan untuk menolong orang susah mendapat
bantuan kerajaan dan memberi idea bernas untuk kemajuan sosio-ekonomi
masing-masing mencatatkan peratusan yang bersetuju sebanyak 97.6%. Ini
diikuti dengan tugas untuk membantu menyelesaikan tuntutan pembangunan
sosio-ekonomi iaitu sebanyak 95.1% bersetuju. Lain-lain peranan seperti
ditunjukkan dalam jadual 5.24 di bawah.
109
Jadual 5.24: Mewakili Kepentingan Tertentu Tugas-tugas Lain
Wakil Rakyat SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Menolong orang susah mendapat bantuan kerajaan
30 (73.2) 10 (24.4) - - 1 (2.4) 41 (100)
Menjamin peniaga kecil buat pinjaman 2 (4.9) 5 (12.2) 6 (14.6) 17 (41.5) 11 (26.8) 41 (100)
Sebagai penjamin pinjaman dan biasiswa pelajaran
1 (2.4) 13 (31.7) 8 (19.5) 11 (26.8) 8 (19.5) 41 (100)
Membantu rakyat memohon tanah pertanian / industri
11 (26.8) 24 (58.5) 4 (9.8) 1 (2.4) 1 (2.4) 41 (100)
Membantu rakyat membeli rumah kos rendah
13 (31.7) 21 (51.2) 4 (9.8) - 3 (7.3) 41 (100)
Membantu rakyat menyertai rancangan pembukaan tanah
12 (30.0) 19 (47.5) 6 (15.0) 1 (2.5) 2 (5.0) 40 (100)
Membantu rakyat mendapatkan subsidi kerajaan
16 (39.0) 16 (39.0) 6 (14.6) 1 (2.4) 2 (4.9) 41 (100)
Membuat perakuan untuk tokoh mendapat pingat kebesaran
10 (24.4) 19 (46.3) 10 (24.4) 1 (2.4) 1 (2.4) 41 (100)
Memberi idea bernas untuk kemajuan sosio-ekonomi
31 (75.6) 9 (22.0) - - 1 (2.4) 41 (100)
Membantu menyelesaikan tuntutan pembangunan sosio-ekonomi
23 (56.1) 16 (39.0) 1 (2.4) - 1 (2.4) 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
5.8 Peranan Wakil Rakyat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan dan Keagamaan
Peranan wakil rakyat tidak hanya terbatas dalam soal pembangunan dan
sosio-ekonomi semata-mata. Bahkan peranan wakil rakyat juga dalam
pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan. Rakyat sentiasa
mengundang atau menjemput dan berkehendakkan wakil rakyat boleh turut
serta dalam setiap aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang dianjurkan.
Ini semua ada kaitan dengan nilai “kepimpinan melalui teladan” untuk terus
110
mendapat sokongan dan mandat daripada rakyat dalam pilihan raya akan
datang. Ini termasuk juga dalam soal adat resam dan semangat kejiranan
khususnya di kawasan-kawasan kampung. Dalam aktiviti kemasyarakatan,
antara yang paling utama dan banyak melibatkan wakil rakyat ialah aktiviti
membersihkan kawasan kampung (90.2%), membersihkan kawasan
perkuburan Islam (85.4%) dan membersihkan semak samun (82.9%) (lihat
jadual 5.25).
Jadual 5.25: Penglibatan Dalam Hal Ehwal Kemasyarakatan dan Keagamaan
Penglibatan Dalam Hal Ehwal
Kemasyarakatan, Keagamaan dan Adat Ya
Kekerapan Peratusan Membersih kubur Islam 35 85.4 Membersih kubur Cina 11 26.8 Membersih kubur Kristian 9 22.0 Membersih kubur Bumiputera 10 24.4 Membersih semak samun 34 82.9 Membersih kawasan kampung 37 90.2 Membersih kawasan sekolah 32 78.0 Membersih kawasan rumah ibadat 25 61.0
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
Penglibatan wakil rakyat dalam aktiviti kemasyarakatan dan
keagamaan boleh menonjolkan sikap dan tahap kepimpinan mereka untuk
menjadi pemimpin yang baik (kepimpinan melalui teladan). Untuk itu, wakil
rakyat perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti masyarakat seperti
ditunjukkan dalam jadual 5.26 di bawah. Antaranya wakil rakyat perlu
menghadiri majlis kenduri, jemputan perkahwinan dan menghadiri majlis
kematian dalam kawasan pilihan raya masing-masing yang mencatatkan
penilaian sebanyak 97.6% bersetuju dalam perkara-perkara tersebut. Di
111
samping itu, wakil rakyat juga perlu menghadiri sambutan perayaan mengikut
kaum dan agama khususnya rumah terbuka. Ini termasuk juga menjadi
penaung kepada persatuan-persatuan kebajikan masyarakat dan menghadiri
lawatan-lawatan Perdana Menteri atau Menteri atau Exco ke kawasan pilihan
raya (lihat jadual 5.26) untuk menjadi model “kepimpinan melalui teladan”.
Jadual 5.26: Peranan Sebagai “Kepimpinan Melalui Teladan”
Peranan Sebagai “Kepimpinan Melalui Teladan”
Ya Kekerapan Peratusan
Menghadiri majlis kenduri atau jemputan perkahwinan 40 97.6
Menghadiri majlis atau hal-hal kematian di dalam kawasan pilihan raya
40 97.6
Menghadiri majlis musabaqah al-Quran 31 75.6
Menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 37 90.2
Menghadiri majlis sambutan perayaan Hari Raya, Gong Xi Fa Cai, Hari Natal dan Deepavali
39 95.1
Mengadakan rumah terbuka sempena hari perayaan 39 95.1
Menjadi penaung kepada persatuan-persatuan kebajikan masyarakat 35 85.4
Menjadi imam di surau dan masjid 14 34.1 Membaca khutubah Jumaat 9 22.0 Mengetuai upacara keagamaan bagi yang bukan Muslim 7 17.1
Menghadiri lawatan-lawatan Perdana Menteri / Menteri / Exco ke kawasan pilihan raya YB
34 82.9
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
Selain menonjolkan nilai kepimpinan melalui teladan, wakil rakyat juga
mempunyai pelbagai tugas lain dalam kawasan pilihan raya. Ini termasuklah
berperanan dalam memberi sokongan untuk golongan yang memerlukan
bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebanyak 97.6 %
112
wakil rakyat menyatakan demikian. Ini diikuti usaha untuk meningkatkan taraf
kualiti kesihatan masyarakat setempat dan menyelesaikan masalah
infrastruktur yang masing-masing mencatatkan penilaian sebanyak 92.7%
yang bersetuju. Lain-lain tugas seperti ditunjukkan dalam jadual 5.27 di
bawah termasuklah menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan, air,
elektrik, jambatan dan sebagainya. Malah, wakil rakyat juga bertindak
sebagai penyelesai perbalahan antara penduduk berkaitan dengan sesuatu
perkara.
Jadual 5.27: Lain-lain Tugas Dalam Kawasan Pilihan Raya
Tugas Wakil Rakyat Dalam Kawasan Pilihan Raya
Ya Kekerapan Peratusan
Sebagai penyelesai konflik politik masyarakat setempat 34 82.9
Membantu menyelesaikan perebutan tanah di kalangan penduduk 26 63.4
Menyokong golongan yang memerlukan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
40 97.6
Menyelesaikan masalah infrastruktur (jalan, air, elektrik, jambatan dsb.) 38 92.7
Membantu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat setempat 38 92.7
Menyelesaikan pertelingkahan dan perbalahan antara penduduk 24 58.5
(Sumber: Data Tinjauan 2011) (N = 41)
Dalam pelbagai isu berkaitan dengan keagamaan itu, jelas
menunjukkan bahawa isu kafir mengkafir antara parti UMNO dan PAS perlu
dihentikan demi umat Islam di Malaysia mencatatkan min tertinggi iaitu 4.22.
Ini diikuti oleh isu kesukaran kerajaan dalam membenteras ajaran sesat jika
tanpa kerjasama semua rakyat mencatatkan min 4.15. Nilai min yang sama
(4.15) ditunjukkan dalam isu gejala Black Metal, Punk, Skinhead,
113
Underground dan lain-lain yang merosakkan akhlak dan moral rakyat
Malaysia. Walau bagaimanapun, min yang rendah iaitu 3.24 dicatatkan
terhadap isu ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia (lihat jadual 5.28).
Lain-lain isu seperti polimik penggunaan khalimah Allah bermotifkan politik,
umat Islam yang murtad, dan lain-lain seperti ditunjukkan dalam jadual 5.28 di
bawah.
Semakin hari semakin kompleks dan bertambah besar peranan dan
tanggungjawab yang dimainkan oleh wakil rakyat. Ianya tidak hanya
berkenaan soal politik, pentadbiran dan pembangunan, bahkan kini ia
menjurus kepada soal global dan sejagat terutama isu-isu keagamaan. Wakil
rakyat di Malaysia bukan sahaja berhadapan dengan isu dan masalah
berkaitan dengan agama Islam sahaja, tetapi juga agama-agama lain seperti
ditunjukkan dalam jadual 5.28 di bawah.
Berkaitan dengan perkara di atas, dalam penilaian berasaskan kepada
kekerapan dan peratusan, didapati bahawa sebanyak 87.8% responden
bersetuju bahawa pihak kerajaan sukar membenteras ajaran sesat tanpa
kerjasama semua rakyat. Begitu juga dengan isu Black Metal, Punk,
Skinhead, Underground dan lain-lain yang merosakkan akhlak dan moral
rakyat Malaysia, di mana penilaian menunjukkan sebanyak 85.3% responden
bersetuju mengenai perkara itu (jadual 5.29).
114
Jadual 5.28: Perbandingan Min Isu dan Masalah Berkaitan Keagamaan
Isu Keagamaan N Minimum Maximum Mean Std.
Deviation Ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia 41 1 5 3.24 1.019
Kerajaan sukar membenteras ajaran sesat tanpa kerjasama semua rakyat
41 2 5 4.15 .760
Polimik penggunaan khalimah Allah adalah bermotif politik
41 1 5 3.78 1.107
Penggunaan khalimah Allah adalah untuk umat Islam sahaja
41 1 5 3.32 1.507
Remaja dan belia telah banyak dipengaruhi oleh budaya negatif dari Barat
40 2 5 3.98 .768
Gejala Black Metal, Punk, Skinhead, Underground dan lain-lain merosakkan akhlak dan moral rakyat Malaysia
41 1 5 4.15 .963
Pesta dan acara berbentuk hiburan semakin berleluasa 40 2 5 3.98 .698
Rakyat Malaysia lebih suka meraikan acara dan perayaan ala-Barat berbanding keagamaan
40 2 5 3.65 .770
Isu murtad di kalangan umat Islam menjadi semakin serius
41 1 5 3.29 1.031
Umat Islam yang murtad perlu dikenakan hukuman yang lebih berat berasaskan undang-undang syariah
40 1 5 4.00 1.013
Isu kafir mengkafir antara UMNO dan PAS perlu dihentikan demi umat Islam di Malaysia
41 2 5 4.22 1.037
UMNO dan PAS perlu bekerjasama demi kepentingan agama Islam di Malaysia
41 1 5 3.76 1.356
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Selain itu, 38.7% pula bersetuju bahawa penggunaan khalimah Allah
adalah untuk umat Islam sahaja. Lain pula halnya apabila diajukan tentang
isu ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia, hanya 39.1% bersetuju
berkenaan hal itu berbanding 43.9% memberikan jawapan yang tidak pasti
115
dan selebihnya menyatakan tidak bersetuju. Lain-lain penilaian isu berkaitan
agama adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 5.29 di bawah.
Jadual 5.29: Isu dan Masalah Berkaitan Keagamaan di Malaysia
Isu Keagamaan SB B TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia
4 (9.8) 12 (29.3) 18 (43.9) 4 (9.8) 3 (7.3) 41 (100)
Kerajaan sukar membenteras ajaran sesat tanpa kerjasama rakyat
13 (31.7) 23 (56.1) 3 (7.3) 2 (4.9) - 41 (100)
Polimik penggunaan khalimah Allah bermotif politik
10 (24.4) 20 (48.8) 6 (14.6) 2 (4.9) 3 (7.3) 41 (100)
Penggunaan khalimah Allah adalah untuk umat Islam sahaja
14 (34.1) 6 (14.6) 6 (14.6) 9 (22.0) 6 (14.6) 41 (100)
Remaja dan belia banyak dipengaruhi budaya negatif Barat
9 (22.5) 23 (57.5) 6 (15.0) 2 (5.0) - 40 (100)
Black Metal, Punk, Skinhead, Underground dan lain-lain merosakkan akhlak dan moral
16 (39.0) 19 (46.3) 4 (9.8) - 2 (4.9) 41 (100)
Pesta dan acara berbentuk hiburan semakin berleluasa
8 (20.0) 24 (60.0) 7 (17.5) 1 (2.5) - 40 (100)
Rakyat Malaysia lebih suka meraikan acara dan perayaan ala-Barat
3 (7.5) 24 (60.0) 9 (22.5) 4 (10.0) - 40 (100)
Isu murtad menjadi semakin serius 5 (12.2) 12 (29.3) 16 (39.0) 6 (14.6) 2 (4.9) 41 (100)
Umat Islam yang murtad perlu dikenakan hukuman berat berasaskan undang-undang syariah
14 (35.0) 17 (42.5) 5 (12.5) 3 (7.5) 1 (2.5) 40 (100)
Isu kafir mengkafir antara UMNO dan PAS
23 (56.1) 8 (19.5) 6 (14.6) 4 (9.8) - 41 (100)
UMNO dan PAS perlu bekerjasama demi kepentingan agama Islam
19 (46.3) 5 (12.2) 7 (17.1) 8 (19.5) 2 (4.9) 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
116
5.9 Isu dan Cabaran Peranan dan Tugas Wakil Rakyat
Selain menilai peranan wakil rakyat dalam pelbagai aspek seperti telah
dihuraikan di atas, kajian ini turut meninjau pendapat responden tentang isu
dan cabaran yang dihadapi sebagai perwakilan dalam sistem demokrasi
berparlimen. Ledakan dan revolusi ICT telah menyebabkan arus globalisasi
dan liberalisasi semakin berkembang kini yang boleh menimbulkan pelbagai
masalah dan cabaran kepada setiap wakil rakyat.
Jadual 5.30: Perbandingan Min Faktor Yang Mencabar Tugas Wakil Rakyat
Faktor-faktor N Minimum Maximum Mean Std.
Deviation Arus globalisasi dan liberalisasi semakin berkembang
40 2 5 4.48 .679
Ekonomi dunia yang tidak stabil 39 2 5 4.23 .706
Harga minyak dan bahan mentah dunia naik mendadak
39 2 5 4.23 .667
Ledakan dan revolusi ICT 40 2 5 4.30 .687 Polimik penggunaan bahasa Inggeris dalam PPSMI
39 2 5 3.41 1.044
Pelaksanaan e-Kerajaan dan k-Ekonomi 40 2 5 3.45 1.037
Melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)
41 2 5 3.73 1.096
Melaksanakan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
41 1 5 3.76 1.179
Isu keganasan (terrorism) 40 1 5 3.40 1.057 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.30 di atas menunjukkan hasil perbandingan min faktor-faktor
yang mencabar tugas wakil rakyat. Faktor arus globalisasi dan liberalisasi
117
semakin berkembang menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 4.48 dan diikuti
oleh ledakan revolusi ICT dengan nilai min 4.30. Manakala bagi faktor
ekonomi dunia yang tidak stabil; dan harga minyak dan bahan mentah dunia
naik mendadak masing-masing dengan nilai min yang sama iaitu 4.23. Nilai
min terendah iaitu 3.40 tentang isu keganasan (terrorism) dan lain-lain isu
seperti ditunjukkan dalam jadual 5.30 di atas.
Jadual 5.31: Faktor-faktor Yang Mencabar Tugas Wakil Rakyat Tugas-tugas Lain Wakil Rakyat
SB B TP TS STS Jumlah K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Arus globalisasi dan liberalisasi semakin berkembang
22 (55.0) 16 (40.0) 1 (2.5) 1 (2.5) - 40 (100)
Ekonomi dunia yang tidak stabil 13 (33.3) 24 (61.5) - 2 (5.1) - 39 (100)
Harga minyak dan bahan mentah dunia naik mendadak
13 (33.3) 23 (59.0) 2 (5.1) 1 (2.6) - 39 (100)
Ledakan dan revolusi ICT 16 (40.0) 21 (52.5) 2 (5.0) - 1 (2.5) 40 (100)
Polimik penggunaan bahasa Inggeris dalam PPSMI
6 (15.4) 14 (35.9) 9 (23.1) 10 (25.6) - 39 (100)
Pelaksanaan e-Kerajaan dan k-Ekonomi
6 (15.0) 16 (40.0) 8 (20.0) 10 (25.0) - 40 (100)
Melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)
12 (29.3) 14 (34.1) 7 (17.1) 8 (19.5) - 41 (100)
Melaksanakan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
14 (34.1) 12 (29.3) 7 (17.1) 7 (17.1) 1 (2.4) 41 (100)
Isu keganasan (terrorism) 4 (10.0) 19 (47.5) 8 (20.0) 7 (17.5) 2 (5.0) 40 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Kajian ini juga turut membuat penilaian terhadap faktor-faktor yang
mencabar tugas wakil rakyat berdasarkan peratusan dan kekerapan. Hasil
kajian mendapati bahawa faktor tertinggi peratusnya ialah arus globalisasi dan
118
liberalisasi semakin berkembang dengan peratus setuju sebanyak 95%
responden bersetuju ia menjadi cabaran utama kepada wakil rakyat. Kedua
tertinggi isu yang mencabar tugas wakil rakyat ialah faktor ekonomi dunia
yang tidak stabil yang menunjukkan peratusan bersetuju sebanyak 94.8%. Ini
diikuti oleh isu ledakan dan revolusi ICT di mana 92.5% responden bersetuju
berkenaan perkara ini yang menjadi cabaran kepada wakil rakyat. Penilaian
lain-lain isu dan cabaran seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.31 di atas.
Kajian ini turut meninjau cabaran-cabaran lain yang dihadapi oleh wakil
rakyat dalam melaksanakan tugasnya. Perkara ini adalah berkaitan dengan
masalah sosial dan perbuatan jenayah. Dapatan kajian menunjukkan nilai min
tertinggi 4.24 tentang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
merupakan isu yang sangat serius. Isu kedua tertinggi atau serius (min 4.20)
berkaitan gejala rasuah dan pecah amanah. Ini diikuti oleh isu pengedaran
dan penyalahgunaan dadah (min 4.10). Bagi jenayah rompakan dan kecurian
pula menunjukkan min 4.02 (jadual 5.32).
Masalah-masalah lain yang menjadi faktor yang sangat mencabar
kepada peranan dan tanggungjawab wakil rakyat seperti pembunuhan dan
penculikan, penderaan dan perceraian, rogol dan sumbang mahram, lumba
haram dan merempit serta lain-lain dari segi nilai min sederhana tinggi iaitu
kesemua min melebihi 3.5 dan kurang daripada 4.0. Walau bagaimanapun,
kesemua bentuk masalah sosial dan jenayah tersebut tidak boleh dipandang
ringan dan mudah oleh wakil rakyat kerana ia boleh menjadi barah dalam
119
masyarakat jika tidak dibendung dan diselesaikan dengan cara terbaik.
Namun, isu kongsi gelap dan gengsterism menunjukkan min 3.61 sebagai
yang terendah (lihat jadual 5.32) atau kurang serius.
Jadual 5.32: Perbandingan Min Lain-lain Cabaran Tugas Wakil Rakyat
Lain-lain Cabaran N Minimum Maximum Mean Std.
Deviation Rasuah dan pecah amanah 41 2 5 4.20 1.030
Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa 41 2 5 4.24 .969
Rompakan dan kecurian 41 2 5 4.02 .851 Pembunuhan dan penculikan 40 1 5 3.65 1.099
Penderaan dan perceraian 40 2 5 3.70 .992
Rogol dan sumbang mahram 40 2 5 3.75 .899
Perkauman dan masalah etnik 41 1 5 3.68 1.171
Lumba haram dan merempit 40 2 5 3.90 .744
Pelacuran dan perjudian 40 2 5 3.65 .864 Kongsi gelap dan gengsterisme 41 2 5 3.61 .862
Pengedaran dan penyalahgunaan dadah 41 2 5 4.10 .860
Ketagihan alkohol dan menghidu gam 41 2 5 3.85 .882
Pendatang asing tanpa izin (PATI) 41 2 5 3.93 .932
Penyeludupan 41 1 5 3.73 1.001 (Sumber: Data Tinjauan 2011)
Berasaskan kepada penilaian dari segi kekerapan dan peratusan,
didapati gejala rasuah dan pecah amanah 80.5% menunjukkan ia serius dan
menjadi masalah kepada wakil rakyat untuk menyelesaikannya. Begitu juga
dengan isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menunjukkan
sebanyak 82.9% responden mengatakan ia adalah serius. Kes pengedaran
120
dan penyalahgunaan dadah pula menunjukkan penilaian yang tinggi di mana
82.9% responden berpendapat demikian. Lain-lain isu dan masalah turut
mencatatkan penilaian yang agak tinggi yang mengatakan kes-kes tersebut
adalah serius seperti rompakan dan kecurian (75.6%), lumba haram dan
merempit (77.5%), rogol dan sumbang mahram (70.0%), dan pendatang asing
tanpa izin (PATI) (73.2%). Lain-lain penilaian tahap serius setiap kes seperti
ditunjukkan dalam jadual 5.33 di atas.
Jadual 5.33: Penilaian Cabaran Lain Peranan Wakil Rakyat
Lain-lain Cabaran S Serius Serius TP T Serius STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Rasuah dan pecah amanah 21 (51.2) 12 (29.3) 3 (7.3) 5 (12.2) - 41 (100)
Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
21 (51.2) 13 (31.7) 3 (7.3) 4 (9.8) - 41 (100)
Rompakan dan kecurian 13 (31.7) 18 (43.9) 8 (19.5) 2 (4.9) - 41 (100)
Pembunuhan dan penculikan 10 (25.0) 14 (35.0) 9 (22.5) 6 (15.0) 1 (2.5) 40 (100)
Penderaan dan perceraian 9 (22.5) 16 (40.0) 9 (22.5) 6 (15.0) - 40 (100)
Rogol dan sumbang mahram 7 (17.5) 21 (52.5) 7 (17.5) 5 (12.5) - 40 (100)
Perkauman dan masalah etnik 11 (26.8) 16 (39.0) 6 (14.6) 6 (14.6) 2 (4.9) 41 (100)
Lumba haram dan merempit 7 (17.5) 24 (60.0) 7 (17.5) 2 (5.0) - 40 (100)
Pelacuran dan perjudian 5 (12.5) 21 (52.5) 9 (22.5) 5 (12.5) - 40 (100)
Kongsi gelap dan gengsterisme 5 (12.2) 20 (48.8) 11 (26.8) 5 (12.2) - 41 (100)
Pengedaran dan penyalahgunaan dadah
14 (34.1) 20 (48.8) 4 (9.8) 3 (7.3) - 41 (100)
Ketagihan alkohol dan menghidu gam
10 (24.4) 18 (43.9) 10 (24.4) 3 (7.3) - 41 (100)
Pendatang asing tanpa izin (PATI) 12 (29.3) 18 (43.9) 7 (17.1) 4 (9.8) - 41 (100)
Penyeludupan 9 (22.0) 18 (43.9) 9 (22.0) 4 (9.8) 1 (2.4) 41 (100) (Sumber: Data Tinjauan 2011)
121
Jadual 5.34: Perbandingan Min Cabaran Lain Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Pembangunan
Cabaran-cabaran
Dalam Melaksanakan Pembangunan N Minimum Maximum Mean
Std. Deviation
Kekurangan peruntukan kewangan 41 4 5 4.66 .480
Kurang kerjasama daripada pegawai-pegawai kerajaan
41 2 5 3.54 1.027
Masalah pengangkutan dan perhubungan 40 1 5 2.93 1.207
Kawasan yang cuba dibangunkan tidak strategik dan ekonomik
40 1 5 2.85 1.075
Kekurangan tenaga kerja atau buruh 40 1 5 2.78 1.097
Kekurangan sumber alam untuk dimajukan 40 1 5 2.58 1.059
Perhubungan jauh dari pusat pentadbiran 40 1 5 2.40 1.057
Tidak mendapat sokongan penuh kerajaan pusat
40 1 5 3.23 1.368
Kerajaan negeri tidak mampu beri sokongan kewangan
41 2 5 3.34 1.109
Sikap masyarakat yang masih berfikiran memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan
41 2 5 4.10 .995
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.34 di atas menunjukkan perbandingan min tentang cabaran-
cabaran lain yang dihadapi wakil rakyat untuk melaksanakan pembangunan.
Min tertinggi (4.66) adalah tentang kekurangan peruntukan kewangan menjadi
cabaran dalam melaksanakan pembangunan. Ini diikuti oleh sikap
masyarakat yang masih berfikiran memerlukan bantuan daripada pihak
kerajaan (min 4.10). Selain itu, kurang kerjasama daripada pegawai-pegawai
kerajaan juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dalam
melaksanakan pembangunan dengan nilai min 3.54. Cabaran lain yang
122
dihadapi oleh wakil rakyat ialah kerajaan negeri tidak mampu memberi
sokongan kewangan dengan nilai min 3.34. Masalah lain yang mencabar
peranan wakil rakyat yang terendah sekali (min 2.40) dari segi cabaran
perhubungan yang jauh dari pusat pentadbiran (lihat jadual 5.34).
Jadual 5.35: Cabaran Lain Dalam Melaksanakan Pembangunan Cabaran-cabaran Ke Arah Pembangunan
SS S TP TS STS Jumlah K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Kekurangan peruntukan kewangan
27 (65.9) 14 (34.1) - - - 41 (100)
Kurang kerjasama daripada pegawai-pegawai kerajaan
8 (19.5) 14 (34.1) 11 (26.8) 8 (19.5) - 41 (100)
Masalah pengangkutan dan perhubungan
5 (12.5) 8 (20.0) 10 (25.0) 13 (32.5) 4 (10.0) 40 (100)
Kawasan yang cuba dibangunkan tidak strategik dan ekonomik
4 (10.0) 6 (15.0) 12 (30.0) 16 (40.0) 2 (5.0) 40 (100)
Kekurangan tenaga kerja atau buruh 3 (7.5) 8 (20.0) 9 (22.5) 17 (42.5) 3 (7.5) 40 (100)
Kekurangan sumber alam untuk dimajukan
2 (5.0) 7 (17.5) 7 (17.5) 20 (50.0) 4 (10.0) 40 (100)
Perhubungan jauh dari pusat pentadbiran
2 (5.0) 5 (12.5) 6 (15.0) 21 (52.5) 6 (15.0) 40 (100)
Tidak mendapat sokongan penuh kerajaan pusat
10 (25.0) 8 (20.0) 7 (17.5) 11 (27.5) 4 (10.0) 40 (100)
Kerajaan negeri tidak mampu beri sokongan kewangan
7 (17.1) 13 (31.7) 8 (19.5) 13 (31.7) - 41 (100)
Sikap masyarakat yang masih berfikiran memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan
17 (41.5) 16 (39.0) 3 (7.3) 5 (12.2) - 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Jadual 5.35 menunjukkan penilaian responden terhadap cabaran-
cabaran dalam melaksanakan pembangunan yang diukurkan dari segi
123
kekerapan dan peratusan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju. Dalam hal
ini, 100% bersetuju bahawa masalah utama dalam melaksanakan
pembangunan dalam kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat itu adalah
kekurangan peruntukan kewangan. Ini diikuti oleh masalah sikap masyarakat
yang masih berfikiran memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan
menunjukkan 80.5% responden bersetuju tentang masalah ini sebagai
cabaran dalam melaksanakan pembangunan. Lain-lain cabaran seperti dalam
jadual 5.35 di bawah menunjukkan bahawa peratusan yang tidak bersetuju
bahawa perkara-perkara tersebut merupakan penghalang kepada
pembangunan. Misalnya, 60% tidak bersetuju bahawa kekurangan sumber
alam untuk dimajukan merupakan cabaran dalam melaksanakan
pembangunan. Begitu juga dengan masalah perhubungan yang jauh dari
pusat pentadbiran, di mana 67.5% tidak bersetuju bahawa ia merupakan
masalah dalam melaksanakan pembangunan (lihat jadual 5.35).
Selain daripada pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembangunan,
terdapat pelbagai masalah yang wujud dalam kawasan yang diwakili oleh
wakil rakyat berkenaan. Misalnya, min tertinggi 4.15 dicatatkan terhadap
pemikiran rakyat yang masih dalam kategori 3rd class mentality merupakan
masalah yang utama dalam masyarakat untuk mencapai kemajuan. Ini diikuti
oleh masalah kemiskinan yang mencatatkan min kedua tertinggi iaitu 4.07.
Lain-lain masalah masih berada di tahap yang sederhana tinggi, tetapi tidak
bermakna masalah-masalah itu boleh dipandang ringan oleh setiap wakil
rakyat. Contohnya, masalah kelunturan nilai dan sikap keprihatinan dan tolak
124
ansur masyarakat tidak harus diambil mudah kerana ia mempunyai pengaruh
yang sangat besar. Dalam hal ini, ia mencatat min 3.75 (lihat jadual 5.36).
Jadual 5.36: Perbandingan Min Masalah Yang Wujud Dalam Kawasan
Masalah Dalam Kawasan N Minimum Maximum Mean Std.
DeviationMasalah kemiskinan 41 2 5 4.07 .787 Masalah pengangguran siswazah sangat tinggi 41 1 5 3.07 1.010
Masalah perkauman 41 1 4 2.27 .775 Masalah kekurangan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar
41 1 5 3.34 1.217
Kekurangan peluang pekerjaan untuk golongan remaja dan belia
41 1 5 3.59 1.024
Kemasukan buruh asing semakin meningkat 41 2 5 3.51 .978
Pendatang asing tanpa izin kian meningkat 41 2 5 3.34 1.015
Masalah pemikiran dalam kategori 3rd class mentality dalam kalangan masyarakat.
41 2 5 4.15 .760
Masalah berpuak-puak dalam masyarakat 41 1 5 3.51 1.143
Sikap keprihatian dan tolak ansur dalam masyarakat kian luntur
41 2 5 3.73 .949
Pembangunan tidak seimbang dan mapan 41 2 5 3.51 1.052
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Tambahan lagi apabila terdapatnya masalah kekurangan peluang
pekerjaan untuk golongan remaja dan belia dengan nilai min sebanyak 3.59
hanya akan menambah masalah sosial di kawasan tersebut. Bagi masalah
kemasukan buruh asing semakin meningkat, masalah berpuak-puak dalam
masyarakat dan pembangunan tidak seimbang dan mapan masing-masing
mempunyai nilai min yang sama iaitu 3.5. Paling memeranjatkan ialah
125
masalah perkauman yang hanya mencatatkan nilai min 2.27 (lihat jadual
5.36).
Jadual 5.37: Masalah Yang Wujud Dalam Kawasan Diwakili Wakil Rakyat Masalah Dalam
Kawasan SS S TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Masalah kemiskinan 12 (29.3) 22 (53.7) 5 (12.2) 2 (4.9) - 41 (100)Masalah pengangguran siswazah sangat tinggi 3 (7.3) 12 (29.3) 12 (29.3) 13 (31.7) 1 (2.4) 41 (100)
Masalah perkauman - 4 (9.8) 7 (17.1) 26 (63.4) 4 (9.8) 41 (100)Masalah kekurangan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar
8 (19.5) 13 (31.7) 7 (17.1) 11 (26.8) 2 (4.9) 41 (100)
Kekurangan peluang pekerjaan untuk golongan remaja dan belia
6 (14.6) 21 (51.2) 6 (14.6) 7 (17.1) 1 (2.4) 41 (100)
Kemasukan buruh asing semakin meningkat
6 (14.6) 17 (41.5) 10 (24.4) 8 (19.5) - 41 (100)
Pendatang asing tanpa izin kian meningkat 5 (12.2) 15 (36.6) 10 (24.4) 11 (26.8) - 41 (100)
Masalah pemikiran dalam kategori 3rd class mentality dalam kalangan masyarakat.
13 (31.7) 23 (56.1) 3 (7.3) 2 (4.9) - 41 (100)
Masalah berpuak-puak dalam masyarakat 9 (22.0) 14 (34.1) 8 (19.5) 9 (22.0) 1 (2.4) 41 (100)
Sikap keprihatian dan tolak ansur dalam masyarakat kian luntur
9 (22.0) 17 (41.5) 10 (24.4) 5 (12.2) - 41 (100)
Pembangunan tidak seimbang dan mapan 7 (17.1) 17 (41.5) 7 (17.1) 10 (24.4) 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
Masalah-masalah seperti yang dibincangkan di atas, jika dinilai
berasaskan peratusan dan kekerapan (jadual 5.37) menunjukkan beberapa
penilaian yang berbeza. Sebanyak 87.8% responden telah bersetuju bahawa
masalah pemikiran dalam kategori 3rd class mentality dalam kalangan
masyarakat merupakan masalah besar dalam kawasan yang diwakili. Ia
diikuti oleh masalah kemiskinan, di mana sebanyak 83% bersetuju dengan hal
126
ini. Lain-lain masalah mencatatkan penilaian peratusan bersetuju yang agak
rendah. Ini dapat dilihat dalam masalah perkauman, di mana 73.2% tidak
bersetuju ia merupakan masalah dalam kawasan pilihan raya yang mereka
wakili. PATI juga tidak dilihat oleh wakil rakyat sebagai masalah utama dalam
kawasan mereka. Ini kerana hanya 48.8% sahaja yang bersetuju perkara ini
merupakan masalah dalam kawasan yang diwakilinya (lain-lain penilaian, lihat
jadual 5.37).
Jadual 5.38: Perbandingan Min Cabaran Umum Dihadapi Wakil Rakyat
Cabaran-cabaran Umum N Minimum Maximum Mean Std.
DeviationMemastikan Wawasan 2020 dapat dicapai 41 1 5 3.88 1.249
Memastikan, GTP, KPI dan NKRA mencapai matlamatnya
41 1 5 3.90 1.241
Isu perpaduan kaum di Malaysia yang kian sensitif 41 2 5 4.20 .813
Isu agama dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan politik
41 2 5 4.49 .675
Ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia 40 3 5 4.33 .572
Isu ketidakadilan sosial 41 2 5 4.02 1.012 Gerakan “human rights” oleh NGOs kian mencabar kewibawaan kerajaan
41 1 5 3.68 1.150
Wabak penyakit dan masalah kesihatan kian meruncing 41 1 5 3.07 1.010
Kemusnahan alam sekitar 41 2 5 3.73 .807 Bencana alam dan malapetaka 41 1 5 3.44 .976
Indeks dan kadar jenayah semakin meningkat 41 2 5 3.83 .892
Internet dan ICT tanpa had banyak keburukan 41 2 5 3.95 .973
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
127
Selain daripada itu, kajian ini turut menilai beberapa cabaran umum
yang dihadapi oleh wakil rakyat seperti ditunjukkan dalam jadual 5.38
(penilaian min) dan jadual 5.39 (penilaian peratusan). Dari segi penilaian min,
masalah umum yang mencatatkan nilai tertinggi 4.49 adalah berkaitan dengan
isu agama dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan politik. Penilaian
min kedua tertinggi iaitu 4.33 adalah berkaitan dengan ketidakstabilan
ekonomi negara dan dunia. Walaupun perkauman bukan masalah serius
yang berlaku dalam kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat yang berkenaan,
tetapi isu perpaduan kaum semakin sensitif di mana mencatatkan penilaian
min 4.20. Lain-lain item mencatatkan nilai min yang agak sederhana seperti
cabaran wabak penyakit dan masalah kesihatan kian meruncing (min 3.07)
dan bencana alam dan malapetaka (min 3.44) (lihat jadual 5.38).
Berhubung dengan cabaran-cabaran umum di atas, penilaian
berasaskan kekerapan menunjukkan sebanyak 95% responden bersetuju
bahawa ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia merupakan cabaran yang
kian besar. Ini diikuti dengan isu agama dimanipulasi oleh pihak tertentu demi
kepentingan politik menunjukkan 95.1% bersetuju mengenai perkara ini.
Begitu juga dengan isu perpaduan kaum di Malaysia yang kian sensitif, di
mana 90.3% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala tahap
penilaian yang bersetuju dengan cabaran-cabaran lain mencatatkan
peratusan yang bersetuju yang agak sederhana (jadual 5.39).
128
Jadual 5.39: Cabaran-cabaran Umum Yang Dihadapi Wakil Rakyat Cabaran-cabaran Umum Dihadapi
Wakil Rakyat
SS S TP TS STS Jumlah
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) K (%) Memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai
17 (41.5) 12 (29.3) 4 (9.8) 6 (14.6) 2 (4.9) 41 (100)
Memastikan, GTP, KPI dan NKRA mencapai matlamatnya
17 (41.5) 13 (31.7) 3 (7.3) 6 (14.6) 2 (4.9) 41 (100)
Isu perpaduan kaum di Malaysia yang kian sensitif
15 (36.6) 22 (53.7) 1 (2.4) 3 (7.3) - 41 (100)
Isu agama dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan politik
23 (56.1) 16 (39.0) 1 (2.4) 1 (2.4) - 41 (100)
Ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia
15 (37.5) 23 (57.5) 2 (5.0) - - 40 (100)
Isu ketidakadilan sosial 16 (39.0) 15 (36.6) 5 (12.2) 5 (12.2) - 41 (100)
Gerakan “human rights” oleh NGOs kian mencabar kewibawaan kerajaan
10 (24.4) 17 (41.5) 8 (19.5) 3 (7.3) 3 (7.3) 41 (100)
Wabak penyakit dan masalah kesihatan kian meruncing
2 (4.9) 15 (36.6) 9 (22.0) 14 (34.1) 1 (2.4) 41 (100)
Kemusnahan alam sekitar 5 (12.2) 24 (58.5) 8 (19.5) 4 (9.8) - 41 (100)
Bencana alam dan malapetaka 3 (7.3) 22 (53.7) 7 (17.1) 8 (19.5) 1 (2.4) 41 (100)
Indeks dan kadar jenayah semakin meningkat
9 (22.0) 20 (48.8) 8 (19.5) 4 (9.8) - 41 (100)
Internet dan ICT tanpa had banyak keburukan
13 (31.7) 18 (43.9) 5 (12.2) 5 (12.2) - 41 (100)
(Sumber: Data Tinjauan 2011)
5.10 Rumusan
Berdasarkan kepada penilaian di atas yang menggunakan statistik deskriptif
mudah (min, kekerapan dan peratusan), ia menunjukkan tahap penilaian
responden terhadap item-item yang dikemukakan dalam setiap soalan dalam
129
soal selidik. Perlu diingat bahawa dengan bilangan (N) 41 responden
bukanlah mewakili kesemua populasi wakil rakyat di Malaysia (Parlimen dan
DUN), tetapi jawapan-jawapan yang diberikan dalam kajian ini sudah boleh
mewakili pandangan dan penilaian wakil rakyat terhadap apa yang berlaku
dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa banyak cabaran dan
masalah yang terpaksa dihadapi oleh wakil rakyat dalam memikul amanah
dan tanggungjawab sebagai perwakilan yang telah dipilih oleh rakyat dalam
sistem demokrasi berparlimen di negara ini. Antaranya, masalah
pembangunan, kekurangan dana, sumber kewangan yang tidak kukuh dan
lain-lain menjadi kekangan untuk memajukan masyarakat dan negara. Apatah
lagi keadaan ini ditambah pula dengan pelbagai masalah sosial yang kian
meruncing dalam masyarakat yang boleh menyebabkan berlaku beberapa
masalah lain yang lebih serius seperti gejala sosial, pembunuhan, rogol,
sumbang mahram dan sebagainya.
Justeru itu, peranan wakil rakyat bukan hanya sebagai perwakilan di
Parlimen dan DUN, tetapi juga sebagai penyelesai kepada masalah, konflik
dan perbalahan yang berlaku dalam masyarakat. Dengan kata lain, ada
ketikanya wakil rakyat seakan-akan menjadi pakar motivasi dan kaunselor
yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada rakyat. Di samping itu, wakil
rakyat juga dalam masa boleh secara sukarela untuk memberikan pelbagai
130
bentuk bantuan dan pertolongan kepada rakyat yang memerlukan bukan
semata-mata wang ringgit, tetapi juga kepakaran, nasihat, sebagai penjamin
pinjaman perniagaan dan pinjaman pelajaran. Pendek kata, rakyat sentiasa
memerlukan khidmat wakil rakyat tanpa mengira masa dan keadaan walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Apa yang mustahak
wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, pantas
dan berkualiti.
131
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Setelah hampir dua tahun usaha menjalankan kajian ini dilakukan, ternyata ia
memberikan pengalaman yang sangat besar dalam mendekati para
perwakilan atau wakil rakyat yang telah dipilih dalam PRU-12 yang lalu.
Ternyata “kesibukan” ahli-ahli Yang Berhormat (YB) menjalankan peranan dan
tanggungjawab sama ada atas kapasiti memegang jawatan dalam badan
eksekutif atau sekadar wakil rakyat biasa menjadi halangan besar untuk
mempercepatkan kajian ini disiapkan. Kegusaran juga timbul disebabkan
kebimbangan dewan Parlimen dan DUN akan dibubarkan terus menjadi tanda
tanya dalam tempoh kajian ini sedang dijalankan. Namun, penjelasan
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib pada 11 November 2011 jelas
menunjukkan bahawa Parlimen tidak dibubarkan pada tarikh yang “istimewa”
ini dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi
Barisan Nasional (BN).
Bukan suatu perkara yang mudah untuk membuat kajian apatah lagi
jika sampel atau respondennya wakil rakyat. Ini bukanlah bermaksud
menunjuk betapa sukarnya bagi mendapatkan respons daripada wakil rakyat
untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan—salah satu antara kekangan
dalam kajian ini—disebabkan jadual rutin harian atau diari seorang YB itu
132
sangat padat khususnya berkaitan tugas rasmi. Ditambah pula dengan
pelbagai tugas tidak rasmi dalam bentuk kesukarelaan—memberi khidmat
sosial. Keadaan ini boleh menjejaskan komitment wakil rakyat untuk
memberikan kerjasama secara pantas untuk memberi maklumbalas terhadap
soal selidik yang dikemukakan.
Tanpa kerjasama dan kesudian para wakil rakyat (responden)
menjawab soal selidik dan memulangkannya semula kepada pengkaji semula,
diakui amat sukar untuk menyempurnakan kajian ini. Atas kerjasama yang
yang begitu bernilai diberikan oleh wakil rakyat, akhirnya kajian ini dapat
disiap. Maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS
versi 14.0 (analisis dalam bab 5). Dalam bab terakhir ini pengkaji akan
membincangkan dapatan kajian dan mengemukakan beberapa cadangan
serta membuat rumusan yang berkaitan dengan subjek kajian ini.
6.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji (menilai)
beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat dalam sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia. Pelbagai cabaran dan isu—berkaitan
tugas rasmi atau tidak rasmi—yang dihadapi oleh wakil rakyat dari semasa ke
semasa. Ini kerana ruang lingkup atau skop peranan dan tanggungjawab
wakil rakyat pada masa kini semakin meluas dan ditambah dengan isu-isu
bersifat global dan sejagat. Dari situ, kelihatan peranan dan tanggungjawab
133
wakil rakyat bukan semudah yang diduga. Peranan dan tanggungjawab wakil
rakyat sangat besar terutama kepada rakyat. Ini kerana wakil rakyat telah
diberikan mandat dan amanah oleh rakyat untuk mewakili suara dan
kepentingan rakyat dalam sistem politik yang sedia ada.
Melihat kepada perkembangan ini, untuk melaksanakan peranan dan
tanggungjawabnya dengan berkesan, cekap dan pantas kepada rakyat, ia
merupakan suatu cabaran yang besar. Segalanya adalah mustahil untuk
dilakukan oleh wakil rakyat seorang diri tanpa bantuan daripada pelbagai
pihak. Justeru itu, bantuan dan kerjasama dalam bentuk kewangan, tenaga
dan kepakaran adalah sangat mustahak dalam usaha wakil rakyat
melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Peranan dan tanggungjawab wakil rakyat dalam konteks doktrin FoP
bukan semata-mata sebagai ahli perundangan (di Parlimen atau DUN), tetapi
ia sebenarnya lebih luas. Telah dibincangkan dalam bab 1, peranan wakil
rakyat itu boleh berbentuk peranan rasmi dan tidak rasmi. Dalam hal ini, wakil
rakyat itu boleh berperanan dalam pelbagai situasi seperti peranan sebagai
perwakilan (representative), ahli politik (politician), pemimpin (leader),
pengurus (manager) dan pentadbir (administrator). Jika perkara-perkara ini
diukur, pastinya ia memberi gambaran bahawa peranan dan tanggungjawab
wakil rakyat itu sangat luas yang boleh disimpulkan kepada tiga kategori
utama: peranan sebagai ahli perwakilan (parliamentary roles), peranan
134
kepada pengundi (constituency roles) dan peranan khidmat sosial (social
services).
Jadi, perbincangan dapatan kajian dalam bab ini yang akan dipecahkan
kepada beberapa sub bahagian. Antaranya, mendapatkan jawapan dari segi
kedudukan dan jawatan wakil rakyat dalam parti politik dan tanggungjawabnya
kepada parti. Kajian ini juga telah menilai cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh wakil rakyat dalam parti politik, di samping menilai keupayaan dan
kemampuan wakil rakyat dalam menguruskan tanggungjawabnya kepada
rakyat. Peranan wakil rakyat dalam pembangunan dan kesejahteraan sosio-
ekonomi juga telah diberikan fokus dalam perbincangan dalam bab terakhir
ini. selanjutnya, bab ini akan mengulas isu dan cabaran utama lain yang
dihadapi oleh wakil rakyat.
6.2.1 Peranan Wakil Rakyat Dalam Parti Politik
Dapatan kajian menunjukkan bahawa wakil rakyat (responden kajian)
memegang pelbagai jawatan dalam parti di peringkat cawangan, bahagian
dan MKT daripada AJK hingga ke jawatan Presiden parti (lihat jadual 5.5, 5.6
dan 5.7 dalam Bab 5). Namun, tidak semua responden mempunyai jawatan
dalam semua peringkat—cawangan, bahagian dan MKT—termasuklah di
peringkat Perhubungan Negeri. Dengan kata lain, ada juga wakil rakyat yang
tidak memegang sebarang jawatan dalam parti misalnya di peringkat
cawangan, di mana sebanyak 12 orang (29.3%) responden tiada sebarang
jawatan.
135
Jawatan-jawatan yang disandang itu secara langsung menunjukkan
bahawa setiap responden mempunyai peranan tersendiri dalam parti politik
yang disertainya. Setiap ahli YB mesti ada peranan dalam parti seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 5.8 (Bab 5) daripada yang bersifat kecil-kecilan
hingga ke peringkat memerintah negara. Dalam hal ini, peranan setiap wakil
rakyat bukan sahaja untuk menambah bilangan ahli berdaftar dalam parti
(penilaian sebanyak 82.9% atau 34 orang memainkan peranan ini), tetapi juga
perlu berusaha untuk mengekalkan kesetiaan ahli kepada parti agar tidak
menyertai parti lawan, di samping menjaga kebajikan ahli parti (85.4% atau 35
orang responden berpendapat demikian).
Hasil kajian ini mendapati bahawa wakil rakyat mempunyai peranan
yang sangat besar dalam parti. Selain berperanan dalam hal-hal di atas, wakil
rakyat juga berperanan dalam meningkatkan pengaruh dan sokongan rakyat
terhadap partinya. Justeru itu, wakil rakyat turut berperanan dalam
memberikan idea-idea bernas (penilaian sebanyak 95.1% atau 39 orang
responden) untuk pembangunan parti. Wakil rakyat juga perlu berhadapan
dengan peningkatan sokongan terhadap parti lawan. Justeru itu, ia
berperanan dalam mengekang ancaman parti lawan (penilaian bersetuju
sebanyak 70.7% atau 29 orang responden). Selain itu, wakil rakyat perlu
terus memberi sokongan kepada pemimpin parti yang sedia ada dan
berusaha menggerakkan peti undi untuk mendapatkan sokongan daripada
rakyat khususnya dalam menghadapi PRU-13 akan datang. Selaras dengan
itu, wakil rakyat juga berperanan dalam mengenal pasti barisan pemimpin
136
pelapis yang bakal menerajui kepimpinan parti pada masa akan datang
terutama dalam menghadapi PRU-13. Ini jelas terbukti dalam dapat kajian
apabila menunjukkan sebanyak 25 orang atau 61.0% responden berpendapat
demikian (bersetuju).
Selain berperanan mengukuhkan kekuatan parti untuk menghadapi
parti lawan dalam PRU-13 akan datang, wakil rakyat turut berhadapan dengan
pelbagai isu dan masalah dalam parti (lihat jadual 5.9 dalam Bab 5). Isu dan
masalah tersebut boleh bersifat dalaman dan luaran. Di peringkat dalaman, ia
menunjukkan berlakunya perebutan jawatan dalam parti (penilaian bersetuju
sebanyak 19 orang atau 48.7%) yang berakhirnya dengan konflik (penilaian
bersetuju sebanyak 11 orang atau 26.8%). Disebabkan berebut jawatan
dalam parti, ia cenderung untuk mengamalkan politik wang (penilaian
bersetuju sebanyak 12 orang atau 29.3%). Gelaja politik wang jika tidak
dikawal akan berlarutan dan mewujukkan perpuakkan dalam parti (penilaian
bersetuju 28 orang atau 68.3%). Masalah ini boleh menjadi “racun” dan
membawa kerugian kepada parti dalam PRU-13 akan datang. Walaupun
masalah yang berlaku itu tidak dalam keadaan yang serius atau kritikal, tetapi
ia tidak boleh dipandang ringan oleh parti amnya dan wakil rakyat khasnya
yang memegang jawatan penting dalam parti seperti Presiden dan ahli-ahli
MKT sebab ia boleh mendatangkan risiko yang besar kepada parti.
Wakil rakyat turut berhadapan dengan beberapa cabaran lain.
Walaupun ia kes yang kecil, tetapi memberi implikasi yang besar kepada parti
137
seperti wakil rakyat melompat parti (penilaian sebanyak 3 orang atau 7.3%
bersetuju) dan ahli parti keluar parti (7.3% bersetuju) (lihat jadual 5.9 Bab 5).
Jika wakil rakyat melompat parti, ia boleh menyebabkan parti yang diwakilinya
akan kehilangan bilangan kerusi di Parlimen atau DUN. Jika parti yang
diwakilinya dalam PRU-12 berjaya menubuhkan kerajaan tanpa majoriti dua
pertiga kerusi, apabila wakil rakyat bertindak melompat parti ia menyebabkan
parti yang sedia ada akan hilang majoriti mudah dan tidak dapat lagi
menubuhkan kerajaan. Kes ini berlaku di Perak pada tahun 2009 apabila
beberapa ahli wakil rakyat PR mengumumkan keluar parti dan bertindak
sebagai wakil bebas dan menyatakan sokongan kepada BN. Dengan itu, PR
digantikan oleh BN sebagai pemerintah di Perak.
Selain berperanan mengukuhkan kedudukan parti, wakil rakyat pada
asasnya berperanan untuk menubuhkan kerajaan. Itu adalah asas peranan
wakil rakyat selain sebagai perwakilan di Parlimen dan DUN. Dalam hal ini,
misalnya dalam kes perubahan kerajaan di Perak dalam tahun 2009 ekoran
tindakan wakil rakyat PR melompat parti, peranan wakil rakyat di sini dilihat
sebagai “politics maker and breaker”. Politics breaker itu bermaksud
menghentikan atau menamatkan kerajaan yang sedia ada dan politics maker
bermaksud membentuk kerajaan yang baru. Keadaan ini lazimnya berlaku
apabila kerajaan yang ditubuhkan itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga
kerusi di Parlimen ataupun DUN.
138
6.2.2 Peranan Wakil Rakyat Dalam Badan Perundangan
Berkait dengan perbincangan di atas, asas peranan wakil rakyat itu adalah
sebagai ahli badan perundangan atau legislatif (lihat jadual 5.10 dan 5.11
dalam Bab 5). Ini membawa maksud setiap wakil rakyat itu dalam Parlimen
dan DUN (mengikut tafsiran sains politik) adalah bertindak sebagai penggubal
dasar, broker kuasa, ahli perundangan dan mengekalkan sokongan ahli.
Peranan-peranan ini merupakan tanggungjawab setiap ahli badan
perundangan (legislatif) tanpa mengira berjawatan dalam badan eksekutif
(Kabinet) atau tidak.
Dalam Parlimen dan DUN, wakil mempunyai beberapa tugas dan
tanggungjawab. Namun, dalam konteks hari ini, peranan wakil rakyat dalam
Parlimen dan DUN kurang difahami oleh banyak pihak hingga menimbulkan
kekeliruan dalam memahami peranan dan tanggungjawab wakil rakyat.
Perkara ini pernah ditegur bekas YDP Dewan Rakyat Bekas Yang Dipertua
(YDP) Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail tentang salah faham
mengenai peranan wakil rakyat. Mohamed Zahir menegaskan bahawa tugas
wakil rakyat bukan untuk menyelesaikan masalah seperti sampah sarap,
kebersihan, membuat parit, membaiki jalan raya, menghadiri majlis kenduri
dan sebagainya. Masalah-masalah tersebut adalah tanggungjawab agensi
kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain. Peranan wakil
rakyat untuk membahaskan rang undang-undang di Parlimen. Jadi, wakil
rakyat perlu banyak masa untuk membuat persiapan sebelum perbahasan di
Parlimen berlangsung. Dengan itu, baharulah konsep demokrasi berparlimen
139
yang sebenarnya dapat diamalkan, di mana wakil rakyat melibatkan diri dalam
membahaskan usul-usul yang dibentangkan (Utusan Malaysia, 17 Mei 2004).
Berdasarkan penjelasan Mohamed Zahir di atas, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa wakil rakyat (responden) memberikan “petanda”
bahawa mereka memahami peranan mereka sebagai perwakilan di Parlimen
dan DUN. Ini dibuktikan dalam penilaian mereka (lihat jadual 5.13 dalam Bab
5) yang menunjukkan bahawa 100% bersetuju peranan wakil rakyat di
Parlimen dan DUN untuk membahas usul yang dibawa oleh kerajaan,
membahas rang undang-undang perbekalan dan mengkritik pandangan
pembangkang mahupun kerajaan. Dalam pada itu, wakil rakyat berhak untuk
mengemukakan pertanyaan kepada YDP Dewan Rakyat atau DUN dan
kepada mana-mana wakil rakyat dalam dewan khususnya yang berjawatan
dalam Kabinet (sebanyak 39 orang atau 95.1% bersetuju). Selain itu, wakil
rakyat berperanan sama ada menyokong atau menolak usul yang dibawa oleh
kerajaan dan pembangkang.
6.2.3 Pengurusan Peranan Wakil Rakyat
Semakin hari semaki besar dan bertambah kompleks peranan dan
tanggungjawab setiap wakil rakyat. Justeru itu, setiap wakil rakyat perlu
cekap dan bijak menguruskan setiap peranan dan tanggungjawabnya untuk
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Perkara ini sangat
penting kerana rakyat akan menilai setiap sumbangan dan khidmat bakti wakil
rakyat di kawasan masing-masing. Jika perkhidmatan kurang memuaskan
140
dan pencapaian tidak memberangsangkan, ia boleh menjejaskan peluang
wakil rakyat itu untuk dipilih sekali dalam PRU-13 akan datang.
Untuk tujuan itu, dalam menguruskan peranannya secara berkesan dan
cekap, wakil rakyat memerlukan bantuan dan kerjasama daripada banyak
pihak secara langsung dan tidak langsung (lihat jadual 5.15 dalam Bab 5).
Bahkan kini dari segi pengurusan, wakil rakyat memerlukan sokongan dari
segi logistik (lihat jadual 5.17 dalam Bab 5). Bantuan dan kerjasama daripada
pegawai khas dan wakil kepada wakil rakyat itu adalah sangat diperlukan
(100% responden bersetuju dengan perkara ini), di samping sokongan
daripada penjawat awam (92.7% bersetuju). Sokongan penjawat awam
penting kerana merekalah yang memainkan peranan utama dalam
melaksanakan setiap dasar dan program kerajaan. Amat mustahil terutama
wakil rakyat berjawatan dalam Kabinet dapat melaksanakan dasar dan
program kerajaan secara berkesan tanpa kerjasama dan bantuan penjawat-
penjawat awam. Selain itu, bantuan dan kerjasama daripada ahli-ahli dan biro
parti juga sangat diperlukan demi melaksanakan amanah dan mandat yang
telah diberikan oleh rakyat dalam PRU-12 yang lalu.
Faktor logistik merupakan perkara yang tidak boleh diabaikan dalam
memastikan wakil rakyat dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan
seperti kemudahan telefon talian tetap dan bimbit, pejabat khas dan internet
dan ICT (penilaian 100% bersetuju berhubung perkara ini). Ini menunjukkan
keperluan logistik tersebut sangat membantu dalam tugas wakil rakyat. Oleh
141
sebab itu, setiap wakil rakyat telah diberikan kemudahan telefon talian tetap
dan telefon bimbit yang ditanggung oleh kerajaan termasuk pemasangan,
sewa dan bil penggunaan, caj panggilan rasmi (mengikut Akta Ahli Parlimen
(Saraan) 1980) untuk YDP dan Timbalan YDP Dewan Rakyat serta ahli-ahli
Parlimen lain (www.parlimen.gov.my).
Bagi YDP dan Timbalan YDP Dewan Rakyat, bayaran telefon atas
urusan rasmi ditanggung oleh kerajaan dengan had maksimum RM400
sebulan dan dibekalkan seunit telefon bimbit yang ditanggung oleh kerajaan
dengan nilai harga tidak melebihi RM2,000 dan caj penggunaan ditanggung
oleh kerajaan had maksimum RM500 sebulan (YDP) dan RM400 (Timbalan
YDP). Bagi ahli-ahli Parlimen lain pun, mereka dibekalkan dengan satu
telefon talian terus yang pemasangan dan sewa serta caj panggilan rasmi
ditanggung oleh kerajaan. Mereka juga turut dibekalkan dengan satu telefon
bimbit dengan harga tidak melebihi RM2,000, di mana caj panggilan untuk
urusan rasmi akan ditanggung oleh kerajaan dengan had maksimum RM400
sebulan (ibid.,).
Keperluan logistik lain seperti mesin faksmili juga diperlukan oleh setiap
wakil rakyat (95% bersetuju) untuk memudahkan urusan mereka. Selain itu,
bantuan daripada pegawai penyelidik dan pegawai undang-undang juga
merupakan keperluan kepada wakil rakyat. Ini kerana wakil rakyat
memerlukan pegawai penyelidikan untuk melakukan kajian dan analisis
terutama jika ada perkara-perkara yang perlu dibentangkan di Parlimen atau
142
DUN. Pegawai penyelidik boleh membantu wakil rakyat dalam menyediakan
kertas cadangan yang akan dikemukakan untuk dibentang dalam Dewan
Rakyat atau DUN. Dalam hal ini juga, wakil rakyat memerlukan pegawai
undang-undang untuk menilai beberapa perkara yang akan dibentang, diusul
atau dibahaskan dalam Parlimen dan DUN. Ini bertujuan untuk memperinci
dan memberi nasihat kepada wakil rakyat untuk memahami dengan jelas
setiap perkara yang akan diusul dan dibahaskan.
6.2.4 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan
Dalam pilihan raya, setiap parti atau calon yang bertanding mengemukakan
manifesto masing-masing. Apabila telah dipilih dan memenangi kerusi yang
dipertandingkan, maka menjadi kewajipan bagi wakil rakyat itu untuk
menunaikan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya. Dalam
hal ini, agenda pembangunan kawasan luar bandar terus dijadikan “umpan”
dalam manifesto pilihan raya untuk kesejahteraan rakyat seperti
pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam.
Justeru itu, hasil kajian ini mendapati bahawa wakil rakyat (responden)
telah membawa pelbagai bentuk pembangunan dalam kawasan pilihan raya
masing-masing. Apatah lagi jika wakil rakyat itu memegang kuasa eksekutif
seperti PM dan Menteri Besar atau Ketua Menteri, di mana sangat mudah
untuk membuat keputusan dan melaksanakan pembangunan di kawasan
masing-masing. Dalam hal ini, bukan sahaja soal ketiadaan pembangunan
dan kemudahan asas yang dituntut oleh rakyat, tetapi juga soal menaik taraf
143
kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan meningkatkan kualiti dan
kuantitinya. Justeru itu, ia menjadi tanggungjawab wakil rakyat untuk
memenuhinya.
Tentunya kemudahan jalan raya yang berturap, bekalan air bersih,
kemudahan elektrik, pembinaan rumah-rumah ibadah, dan sebagainya
termasuklah pembinaan perumahan kos rendah bagi keperluan rakyat
berpendapatan rendah dan miskin terus menjadi agenda dan tuntutan rakyat
dari semasa ke semasa. Ini kerana rakyat sentiasa berhasrat untuk
menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan selesa (lihat jadual 5.18 dalam
Bab 5). Semua aspek pembangunan ini dalam bentuk projek-projek tertentu
mengambil kira semua lapisan masyarakat daripada petani, pekebun,
penternak, nelayan, peniaga dan penjawat awam di seluruh negara.
Selain itu, wakil rakyat juga telah melaksanakan beberapa peranan
yang berkait dengan pembangunan. Ini termasuklah menentu dan
membahagikan projek-projek pembangunan kepada yang berhak. Peranan
ini biasanya dimainkan oleh wakil rakyat yang memegang jawatan dalam
Kabinet atau exco kerajaan negeri. Dalam pada itu, wakil rakyat juga boleh
berperanan untuk memberikan idea-idea yang bernas ke arah
membangunkan sesuatu kawasan khususnya di kawasan yang diwakilinya.
Dapatan kajian menunjukkan (lihat jadual 5.20 dalam Bab 5) bahawa peranan
wakil rakyat juga sebagai pengawal selia kepada setiap pembangunan yang
telah dilaksanakan (90.2% bersetuju). Selain itu, tugas-tugas lain YB dalam
144
soal pembangunan ialah merasmikan pembukaan projek sebagai
menunjukkan bahawa telah sempurna sesuatu pembangunan yang dibawa
oleh wakil rakyat itu di kawasan berkenaan.
6.2.5 Peranan Wakil Rakyat Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi
Selain pembangunan berbentuk fizikal dan infrastruktur, wakil rakyat juga
berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi. Dalam soal ini, wakil rakyat
perlu bertindak dengan meninjau sendiri apa masalah yang dihadapi oleh
rakyat. Ada masalah yang dihadapi oleh rakyat masih tidak dapat
diselesaikan. Jika ini berlaku, ia memerlukan wakil rakyat perlu turun ke
bawah untuk meninjau setiap masalah dan isu yang dihadapi oleh rakyat.
Justeru itu, terdapat pelbagai tujuan YB turun melawat kawasan (jadual
5.21 dalam Bab 5) seperti mendengar pandangan dan idea daripada ahli-ahli
parti, menyelesaikan masalah dan pandangan rakyat terhadap sesuatu
perkara, menghadiri mesyuarat JKKK dan mengadakan majlis dialog bersama
masyarakat. Menerusi kaedah ini, wakil rakyat dapat berinteraksi dan bersoal
jawab secara terus dan bersemuka dengan rakyat untuk mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu perkara atau masalah yang berlaku.
Sementara itu, terdapat pelbagai aktiviti dilakukan oleh wakil rakyat
semasa melawat kawasan (lihat jadual 5.22 dalam Bab 5). Antaranya
memberi khidmat nasihat kepada rakyat, menghadiri program yang dianjurkan
oleh rakyat, melawat rakyat yang ditimpa kesusahan, uzur dan sakit serta
145
kematian, di samping tidak kurang yang berkemampuan untuk memberikan
ceramah dan menyampaikan khutbah Jumaat. Ini suatu petanda yang baik
dari keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang wakil rakyat itu,
di mana ini berkait dengan nilai “kepimpinan melalui teladan”.
Sebagai pemimpin, wakil rakyat terus memainkan peranan yang
signifikan dalam kehidupan rakyat dari semasa ke semasa. Tidak hanya
dalam soal pembangunan, kemasyarakatan dan keagamaan, peranan wakil
rakyat terus ditagih dalam soal sosio-ekonomi. Rakyat sentiasa ingin
berurusan dengan wakil rakyat dan berharap wakil rakyat mampu untuk
memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka dalam beberapa
perkara termasuklah melibatkan soal perniagaan, kebajikan anak-anak,
kewangan, subsidi dan lain-lain termasuklah soal menyelesaikan masalah
perebutan tanah dan perbalahan sesama jiran tetangga.
Berhubung kait dengan perkara di atas, adakalanya wakil rakyat
berperanan sebagai penjamin. Ini terbukti dalam hasil kajian yang
menunjukkan 17.1% responden mengakui hal ini walaupun peratusannya
rendah, tetapi ia memberi gambaran bahawa wakil rakyat menjadi penjamin
kepada rakyat yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan atau yang baru
berjinak dalam bidang keusahawanan (lihat jadual 5.24 dalam bab 5). Namun
demikian, dapatan kajian ini turut menunjukkan tidak semua wakil rakyat boleh
menjadi penjamin seperti mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet
atau exco kerajaan negeri. Selain sebagai penjamin pinjaman perniagaan,
146
wakil rakyat kekadang diminta oleh rakyat di kawasannya untuk menjadi
penjamin kepada pinjaman pelajaran yang dibuat oleh anak-anak mereka
terutama yang menyambung pengajian di peringkat universiti. Dalam hal ini,
34.1% responden pernah menjadi penjamin kepada pinjaman pelajaran untuk
membantu rakyat dalam kawasan yang diwakilinya.
Di samping sebagai penjamin, tidak kurang pula wakil rakyat yang
bertindak sebagai perantara bagi rakyat dengan agensi-agensi kerajaan untuk
mendapatkan subsidi dan bantuan-bantuan lain termasuk menyertai
rancangan tanah yang dibuka oleh kerajaan (lihat jadual 5.24 dalam Bab 5).
Ini membuktikan bahawa betapa luasnya peranan wakil rakyat terutama yang
bersifat “social services” dan tidak rasmi. Adalah tidak memeranjatkan jika
peranan seumpama ini lebih diketahui dan difahami oleh rakyat berbanding
tugas hakiki wakil rakyat di Parlimen atau DUN yang dikategorikan sebagai
“parliamentary roles”. Bahkan adakalanya perakuan daripada wakil rakyat
diperlukan oleh kerajaan untuk memberi anugerah kebesaran negeri dan
negara kepada individu-individu tertentu. Ini terbukti apabila 29 orang (70.7%)
bersetuju bahawa peranan mereka diperlukan dalam soal memperakukan
seseorang untuk diberikan anugerah bintang dan pingat kebesaran (lihat
jadual 5.24 dalam Bab 5).
6.2.6 Peranan Wakil Rakyat Dalam Kemasyarakatan dan Keagamaan
Aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan—peranan yang disifatkan
sebagai “social services/works”—juga menuntut wakil rakyat memberikan
147
kerjasama dan melibatkan diri secara langsung dalam kawasan yang
diwakilinya. Misalnya, beberapa acara dan aktiviti berbentuk keagamaan
sentiasa menjemput dan mempelawa penyertaan dan sokongan wakil rakyat
untuk menjayakannya. Kekadang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan itu
bukanlah sama agama dengan wakil rakyat tersebut, tetapi demi menonjolkan
sikap “kepimpinan melalui teladan” maka wakil rakyat menerima pelawaan
tersebut walaupun hanya sekadar tetamu.
Banyak aktiviti berkaitan dengan agama dan kemasyarakatan yang
telah disertai oleh wakil rakyat (lihat jadual 5.25 dalam Bab 5) seperti
membersihkan kawasan masjid dan rumah-rumah ibadah, bergotong royong
membersihkan kawasan masjid, tanah perkuburan dan kawasan kampung.
Selain sedia bersama rakyat dalam aktiviti seumpama itu, wakil rakyat
sebenarnya berperanan dalam memberi pendidikan kepada rakyat tentang
nilai dan tatasusila yang baik khususnya kepada generasi baru erti kehidupan
yang harmoni, perpaduan, gotong royong, bekerjasama dan memupuk
semangat muhibah dalam kalangan rakyat untuk terus hidup dalam suatu
komuniti yang aman damai. Ini kerana perkara-perkara seperti ini ada kaitan
dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu kaum perlu dikekalkan dan
dihayati demi sebuah masyarakat toleransi antara satu sama lain.
Tidak hanya dalam hal-hal tersebut, wakil rakyat perlu menghadiri
majlis kenduri, jemputan perkahwinan dan menghadiri majlis kematian. Ini
terbukti apabila 97.6% responden bersetuju dengan perkara ini (lihat jadual
148
5.27 dalam Bab 5). Dalam masa yang sama, sebilangan besar wakil rakyat
terutama daripada masyarakat Cina menjadi penaung kepada beberapa
pertubuhan dan persatuan sukarela di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.
Umpamanya sebagai penaung kepada bomba sukarela, tokong, kelab
gendang dan tarian Cina, dan lain-lain. Ada juga wakil rakyat yang menjadi
penasihat kepada persatuan silat dan penaung badan kebajikan dan amal
masjid dan surau bagi kampung-kampung tertentu.
Selain itu, wakil rakyat turut berhadapan dengan cabaran semasa yang
kian meningkat seperti ajaran sesat, budaya songsang dari Barat seperti Black
Metal, Skinhead, Punk, Underground dan lain-lain, gejala murtad dalam
kalangan umat Islam, dan isu kafir-mengkafir antara UMNO dengan PAS yang
dilihat masing-masing untuk menjadi “hero” dalam menyampaikan falsafah
dan prinsip perjuangan masing-masing kepada rakyat. Dalam masa yang
sama timbul pelbagai polimik politik yang berkaitan dengan sosio-ekonomi dan
budaya yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik
masing-masing.
Dapatan kajian menunjukkan kerajaan mengalami kesulitan dan
kesukaran untuk membenteras gejala ajaran sesat dalam kalangan
masyarakat Islam tanpa kerjasama daripada semua rakyat. Gejala ini sangat
membimbangkan kerana ia mampu merosakkan dan memesongkan akidah
umat Islam yang lain jika tidak dibenteras habis-habisan. Ini terbukti apabila
87.8% responden bersetuju bahawa ia sukar dibenteras tanpa sokongan
149
semua pihak (lihat jadual 5.29 dalam Bab 5). Ini ditambah pula dengan
berkembangnya budaya yang berkaitan dengan Black Metal, Punk, Skinhead,
Underground dan lain-lain yang merosakkan akhlak dan moral rakyat Malaysia
(sebanyak 85.3% responden bersetuju mengenai perkara itu). Akhirnya jika
dua gejala sosial ini tidak dibenteras, maka kecenderungan murtad dalam
kalangan umat Islam akan bertambah. Justeru itu, ada desakan dalam
kalangan wakil rakyat dan aktivis agama agar kerajaan memperkenal dan
seterusnya menguatkuasa undang-undang murtad dalam kalangan umat
Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
6.2.7 Isu dan Cabaran Peranan Wakil Rakyat
Dunia tanpa sempadan mungkin ada kebenarannya dengan keadaan masa
kini, di mana ia mempunyai kaitan dengan perkembangan ICT dalam arus
globalisasi dan liberalisasi yang melanda dunia kini. Tidak terkecuali
menerima tempias daripada perkembangan ini ialah wakil rakyat, apabila ia
menjadi isu dan cabaran dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab
kepada rakyat. Dewasa ini wakil rakyat tidak dapat lari daripada persoalan
tentang globalisasi dan liberalisasi yang menjadi cabaran utama kepada
mereka (95% responden bersetuju mengenai hal ini) (lihat jadual 5.31 dalam
Bab 5). Bahkan keadaan ekonomi semasa juga menjadi cabaran kepada
wakil rakyat. Kini keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Kos hidup semakin
meningkat, harga barangan keperluan asas semakin hari semakin naik,
peluang pekerjaan semakin terhad, pengangguran bertambah tinggi dan
150
kadar jenayah semakin bertambah merupakan suatu cabaran dan isu besar
yang terpaksa dihadapi oleh wakil rakyat.
Selain itu, masalah sosial dan jenayah dalam negara juga kian
membimbangkan dalam kalangan wakil rakyat khususnya dalam kawasan
yang diwakilinya. Misalnya, gejala rasuah dan pecah amanah menunjukkan
kadar yang membimbangkan, di mana 80.5% responden mengakui bahawa
perkara ini begitu serius dalam masyarakat. Jika dua gejala ini tidak
dibenteras dengan sebaik mungkin, ia boleh menjadi barah dalam masyarakat
dan merosakkan sistem sosial yang ada, di mana yang berhak tidak mendapat
apa yang sepatutnya, tetapi yang tidak layak mendapat habuan yang bukan
hak mereka. Masalah lain seperti kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan,
sumbang muhrim, pembuangan anak walaupun masih boleh dilabelkan belum
begitu serius dalam masyarakat, tetapi jika tidak dikawal maka ia akan
menjadi berleluasa suatu hari kelak. Justeru itu, hal-hal seperti ini kini telah
menjadi cabaran dan masalah utama yang perlu diselesaikan oleh wakil
rakyat bersama agensi-agensi kerajaan yang lain (lihat jadual 5.32 dan 5.33
dalam Bab 5).
Wakil rakyat juga berperanan dalam memajukan negara terutama
dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 ke arah negara maju. Namun,
semua itu tidak akan dicapai jika rakyat masih berfikiran kelas ketiga (3rd
class mentality). Dalam hal ini, 87.8% responden bersetuju jika mentaliti jenis
ini berkekalan, nescaya usaha untuk melihat Malaysia mencapai taraf negara
151
maju adalah mustahil (lihat jadual 5.37 dalam Bab 5). Selain masalah PATI,
negara kini berhadapan dengan gelombang kemunculan NGO-NGO yang
mewakili tertentu bangkit untuk menentang dan mendesak kerajaan untuk
melakukan sesuatu. Jika ini berterusan berlaku, ia menjadi cabaran utama
kepada wakil rakyat terutama yang berada dalam Kabinet.
Apabila rakyat lebih memberi tumpuan dan sokongan kepada NGO
untuk mewakili suara dan kepentingan mereka, apa peranan wakil rakyat yang
telah mereka pilih? Oleh sebab itu, kemunculan NGO kononnya
memperjuangkan hak rakyat seakan-akan menindakkan peranan wakil rakyat
yang telah dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat itu sendiri sebagai
mewakili mereka. Justeru itu, 65.9% responden bersetuju bahawa
kemunculan NGO yang memperjuangkan hak asasi menjadi ancaman kepada
kerajaan dan seterusnya kepada wakil rakyat itu sendiri (lihat jadual 5.39
dalam Bab 5).
6.3 Cadangan Hasil Kajian
Sebelum pengkaji mengemukakan beberapa cadangan daripada hasil kajian
yang telah dijalankan, terlebih dahulu suka pengkaji menjelaskan beberapa
perkara yang merupakan kekangan atau limitasi dalam menjalankan kajian ini.
Semua perkara yang dikemukakan ini boleh diberikan perhatian serius oleh
wakil rakyat dan pegawai khas dan wakil kepada wakil rakyat demi kebaikan
pada masa akan datang.
152
Pertama, walaupun satu persatu nama dan kawasan yang diwakili oleh
wakil rakyat itu boleh diperolehi daripada laman-laman web rasmi kerajaan
pusat mahupun negeri, tetapi adakalanya maklumat yang terdapat dalam
setiap profil wakil rakyat itu tidak dikemaskini. Contohnya, talian telefon tetap
dan bimbit. Ada nombor yang dinyatakan dalam lawan web atau portal rasmi
kerajaan tiada dalam perkhidmatan walaupun maklumat itu diperolehi
daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Ini menyukar penulis
dan mungkin dalam kalangan rakyat untuk menghubungi wakil rakyat
berkenaan. Justeru itu, dicadangkan agar butiran seperti nombor talian tetap
dan telefon bimbit perlu dikemaskini.
Kedua, maklumat wakil rakyat yang mempunyai facebook dan blog
atau laman web peribadi, tidak dikemaskini dari segi selain daripada nombor
telefon ialah alamat kediaman dan pejabat. Ini kerana alamat yang ada jika
dihubungi menunjukkan wakil rakyat itu sudah berpindah atau gagal dihubungi
seperti alamat tidak lengkap. Situasi ini menghalang pengkaji daripada
mendapatkan maklumat daripada wakil rakyat yang berkenaan untuk tujuan
kajian ini. Oleh itu, dicadangkan agar alamat kediaman dan maklumat dalam
laman sosial perlu dikemaskini. Seboleh-bolehnya dalam laman web rasmi
dan peribadi seseorang wakil rakyat itu terdapat maklumat-maklumat terkini
seperti jawatan dalam parti, peranan dalam kerajaan, jawatan dalam Kabinet
dan sebagai untuk rujukan para pengkaji khususnya pada masa akan datang.
153
Seterusnya di bawah dikemukakan beberapa cadangan daripada
dapatan kajian yang telah dijalankan. Seperti yang telah disebutkan dalam
perbincangan hasil dapatan kajian di atas, aspek kecekapan pengurusan
wakil rakyat tidak boleh dipandang mudah. Justeru itu, di sini dicadangkan
agar pihak kerajaan (pusat dan negeri) menyediakan pejabat khas kepada
setiap wakil rakyat di kawasan masing-masing. Pejabat ini boleh dijadikan
pejabat rasmi kepada sesiapa sahaja yang menjadi wakil rakyat di kawasan
tersebut. Dalam masa yang sama, pejabat khas ini boleh menggantikan
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) seperti yang ada sekarang yang
berselerak di merata-rata tempat sehingga sukar untuk dikesan oleh rakyat.
Pejabat khas ini juga boleh memainkan peranan sebagai “one stop
center” kepada rakyat untuk mendapatkan pertolongan, bantuan, khidmat
nasihat, membuat aduan dan sebagainya. Apabila kemudahan ini dapat
direalisasikan secara rasmi dan berkekalan, maka mudahlah rakyat untuk
berurusan dengan wakil rakyat atau pegawai-pegawai dan pembantu
khasnya. Seandainya wakil rakyat yang sedia ada kalah dalam pilihan raya
akan datang, beliau mesti mengosongkan pejabat khas tersebut dan wakil
rakyat yang baru akan menduduki pejabat tersebut.
Selain faktor integriti, ketelusan, akauntabiliti dan berakhlak mulia, wakil
rakyat juga diseru untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.
Ini kerana wakil rakyat yang telah dipilih bagi sesebuah kawasan bukanlah
wakil rakyat kepada ahli parti dan pengundinya sahaja, tetapi wakil rakyat
154
untuk semua. Ini sejajar dengan prinsip pilihan raya di Malaysia iaitu satu
perwakilan bagi satu kawasan. Justeru itu, sebagai “wakil rakyat” setiap wakil
rakyat itu tidak boleh mengabaikan hak dan menyisih para pengundi dan
rakyat yang tidak menyokongnya dalam pilihan raya yang telah diadakan.
Jika ini berlaku, maka terjejaslah profesionalisme wakil rakyat tersebut jika
bertindak membeza-bezakan siapa yang menyokong dan tidak
menyokongnya.
Berkait dengan perkara di atas, sikap profesionalisme wakil rakyat juga
perlu ada dalam soal pengagihan peruntukan, projek, pemberian subsidi dan
bantuan khas daripada pihak kerajaan. Dalam soal pengagihan sepatutnya
tidak timbul sebarang isu “orang kita” atau “penyokong kita” kerana unsur-
unsur ini cenderung membawa kepada perpecahan dan perbalahan. Jika
tidak sebarang pemisahan dan penyisihan dalam soal pengagihan, pada
suatu ketika kelak ia boleh memberikan kelebihan kepada wakil rakyat dan
parti yang diwakilinya. Ini ada kemungkinan sokongan rakyat beralih kepada
wakil rakyat yang mempunyai profesionalisme yang tinggi dan menekankan
aspek perpaduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Di samping itu, setiap wakil rakyat terutama yang pertama kali dipilih
menjadi wakil rakyat diberikan pelbagai kursus oleh pihak kerajaan. Ia boleh
dilakukan umpama kursus induksi kepada penjawat awam untuk mengenali
dan mengenal pasti proses dan prosedur sebagai ahli Parlimen dan DUN. Ia
sebagai usaha menyediakan pengetahuan asas kepada setiap wakil rakyat
155
tentang peranan dan tugas masing-masing. Jika telah ada sebelum ini kursus
untuk wakil rakyat dianjurkan oleh kerajaan, ia sepatutnya diteruskan lagi
dengan diadakan pelbagai kursus lain seperti penggunaan ICT, menguruskan
akaun dan kewangan, serta menyediakan kertas kerja atau rang undang-
undang yang akan dibahaskan di Parlimen dan DUN.
Selain itu, dicadangkan agar setiap wakil rakyat dapat memanfaatkan
segala kemudahan ICT yang sedia ada untuk mendapat dan menyalurkan
maklumat kepada rakyat. Seharusnya setiap wakil rakyat ada laman web,
twitter, blog dan facebook masing-masing. Kini kemudahan ICT boleh
menjadi medium penting kepada sesiapa sahaja dan dapat membantu dalam
melicinkan pengurusan. Jika di Amerika Syarikat, Scotland, German dan
Perancis, ICT itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh perwakilan untuk
menyalurkan maklumat kepada rakyat. Dengan kata lain, ICT mampu dalam
membantu menguruskan aktiviti politik seperti berkempen, penyebaran
manifesto, pengumuman dasar kerajaan dan sebagainya. Bahkan
kemudahan ICT itu membolehkan wakil rakyat berkomunikasi dengan rakyat
secara pantas dan mudah.
Berkaitan dengan perkara di atas, kemudahan ICT seperti internet juga
boleh dijadikan satu saluran khas untuk menyiarkan sesi persidangan dan
perbahasan Parlimen atau DUN. Jika sebelum ini telah ada usaha dilakukan
oleh pihak RTM di TV1 yang menyiarkan seketika perbahasan di Parlimen.
Sepatutnya program seperti ini diteruskan dan kerajaan perlu mengambil
156
alternatif untuk mewujudkan saluran khas di bawah RTM. Tujuannya agar
rakyat dapat menyaksikan sendiri bagaimana perwakilan yang telah mereka
pilih berbahas, bersoal jawab dan sebagainya di Parlimen atau DUN. Apabila
ada saluran khas di RTM misalnya yang membuat liputan dan menyiarkan
secara langsung sesi perbahasan, ia tidak mengganggu rancangan lain di
televisyen. Ini boleh memberi peluang yang lebih selesa kepada ahli-ahli
politik yang bukan wakil rakyat dan pengkaji untuk mengamati dan menilai
perbahasan yang sedang dilangsungkan serta menganalisis setiap aspek
yang dibahaskan.
Akhir sekali, dicadangkan agar program lawatan atau “melawat
kawasan” oleh wakil rakyat dijadualkan secara teratur dan terancang seperti
takwim rasmi aktiviti-aktiviti kerajaan yang lain. Ini memudahkan perancangan
dan persediaan dalam kalangan rakyat untuk berurusan dengan wakil rakyat,
apatah lagi jika wakil rakyat sudah memiliki pejabat khas yang rasmi di
kawasan pilihan raya tersebut. Apabila ada jadual yang teratur misalnya
menetapkan masa, hari dan tempat, maka mudahlah untuk rakyat membuat
rujukan apabila ada keperluan untuk berurusan dengan wakil rakyat. Dalam
pada itu, mudahlah juga di pihak rakyat untuk merangka program dan aktiviti
yang boleh melibatkan wakil rakyat. Ini sekaligus dapat mengurangkan
kepadatan aktiviti dan program yang melibatkan wakil rakyat. Ia secara tidak
langsung menjimatkan masa wakil rakyat agar dapat membuat persiapan
untuk menghadiri persidangan Parlimen dan DUN. Penjadualan program dan
aktiviti wakil rakyat sebenarnya dapat mencerminkan suatu sistem
157
pengurusan tugas yang teratur dan mampu menonjolkan tadbir urus yang
baik.
6.4 Penutup
Berdasarkan perbincangan dalam bab ini serta bab-bab sebelum ini, dapat
dirumuskan bahawa untuk mewujudkan sebuah Parlimen atau DUN yang
berkesan, ia memerlukan perwakilan atau wakil rakyat yang berkesan.
Dengan kata lain, jika berkualiti wakil rakyat itu, maka berkualitilah Parlimen
atau DUN yang ada. Di situlah letaknya pemimpin yang telah dipilih oleh
rakyat untuk mendukung nilai dan prinsip demokrasi berparlimen yang ada.
Untuk menjadi pemimpin, bukanlah semudah yang disangka. Ini kerana tidak
semua pemimpin politik boleh dan mampu menjadi wakil rakyat yang berjaya
dan berkesan serta berkualiti.
Justeru itu, wakil rakyat perlu menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang
berkualiti. Jika wakil rakyat mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti memiliki
sahsiah yang baik, mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan
mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan pengurusan, maka
negara kita mampu mempunyai pemimpin yang bertaraf dunia dan tidak
hanya sekadar jaguh kampung. Seharusnya pemimpin yang ada sekarang
perlu menonjol bukan sahaja dalam negara, tetapi diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
158
Seperti yang disebutkan di atas, bukan mudah untuk melaksanakan
peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka perlu berhadapan
dengan pelbagai cabaran dan terpaksa menghadapi banyak persaingan
bukan sahaja daripada parti lawan, tetapi juga dalam kalangan ahli parti yang
diwakilinya yang turut bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat pada suatu masa
nanti. Justeru itu, apabila persaingan semakin tinggi dan perebutan jawatan
dalam parti sudah menjadi keutamaan, maka ia cenderung untuk mewujudkan
konflik. Apabila konflik berlaku, maka banyaklah masalah-masalah lain yang
timbul selepas itu.
Suatu perkara yang sangat penting dalam sistem demokrasi
berpalimen seperti di Malaysia ialah persoalan tentang suara majoriti dan hak
minoriti. Dalam hal ini, kerajaan yang dibentuk itu adalah hasil daripada
sokongan majoriti, tetapi kerajaan yang baik tidak akan mengabaikan hak
minoriti. Oleh sebab itu, wakil rakyat yang mewakili parti yang tidak mendapat
majoriti kerusi Parlimen atau DUN akan bertindak sebagai pembangkang.
Manakala wakil rakyat yang mewakili parti yang berjaya menubuhkan kerajaan
akan bertindak sebagai penyokong kerajaan. Dalam hal ini, selain peranan
kerajaan yang baik dan berkesan, peranan pembangkang tidak boleh
diabaikan sebagai “check and balance” dalam setiap tindakan dan dasar
kerajaan. Semakin kuat pembangkang dalam sebuah negara, semakin kuat
peranan “check and balance” itu berlaku untuk memberi teguran dan kritikan
kepada kerajaan oleh pembangkang.
159
Jawatan wakil rakyat bukanlah boleh diwarisi daripada bapa kepada
anak dan seterusnya. Ia juga tidak berdasarkan kepada merit seperti dalam
perlantikan ke jawatan awam dalam Perkhidmatan Awam. Sebaliknya,
jawatan wakil rakyat diwujudkan atas prinsip demokrasi dalam usaha memilih
pemimpin berdasarkan suara majoriti. Jika dalam konteks demokrasi
berparlimen di Malaysia dan beberapa negara lain, wakil rakyat itu dipilih
berdasarkan prinsip majoriti mudah dan FPTP. Wakil rakyat inilah yang
bertanggungjawab untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, wakil rakyat itu perlu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin di atas
mandat yang diberikan oleh rakyat terutama yang memegang kuasa eksekutif
atau kerajaan. Perlu diingat, kegagalan sistem demokrasi itu bukan kerana
falsafahnya, tetapi disebabkan aktor atau pelaku yang diberikan amanah dan
mandat gagal menyempurnakan peranan dan tanggungjawab secara jujur,
adil dan saksama.
160
BIBLIOGRAFI Abdullah Muda. 1996. “Tugas Wakil Rakyat Abad Ke 21”. Dewan Budaya
(Mac): 16. Ahmad Atory Hussain. 2010. YB oh YB: Antara Peranan dan Tanggungjawab.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Amer Saifude Ghazali. 2009. Geografi Pilihan Raya Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. Al-Buraey, Muhammad. 1992. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif
Islam. (Terj. Abdullah Md. Noor, Norlida Abdul Halim & Norlela Hassan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arblaster, Anthony. 1994. Democracy. (2nd ed.). Buckingham: Open
University Press. Babbie, E. 1999. The Basic of Social Research. Belmont:
Waadsworth/Thomson Learning. Ball, Alan R. 1993. Politik dan Kerajaan Moden. (Terj. S. Ahmad Hussein, Loh
Foon Fong & Wong Seat Tho). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bailey, Kenneth D. 1992. Kaedah Penyelidikan Sosial. (Terj. Hashim Awang).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Birch, Anthony H. 2001. Concept & Theories of Modern Democracy (2nd. Ed.).
London: Routledge. Cardoso, G., Cunha, C., & Nascimento, S. 2004. “Ministers of Parliament and
Information and Communication Technologies As a Means of Horizontal and Vertical Communication in Western Europe.” Information Polity. No. 9: 29-40.
Carter, Gwendolen M. & John H. Herz. 1970. Government and Politics in the
Twentieth Century. London: Thames and Hudson. Catt, Helena. 1999. Democracy in Practice. London: Routlegde. Chadwick, Bruce A., et. al. 1984. Social Science Research Methods. New
Jersey: Prentice Hall. Crystal, David (ed.). 1990. The Cambridge Encyclopedia. Cambridge:
Cambridge University Press.
161
Dahl, Robert A. 1971. Polyarchy: Participation and Opposition. New Haven: Yale University Press.
Dye, Thomas R. & Zeigler, Harmon. 1996. The Irony of Democracy: An
Uncommon Introduction to American Politics (10th edition). Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.
Elliott, Florence. 1971. A Dictionary of Politics. Harmondsworth, Middlesex,
England: Penguin Book. Elliott, Stephen P., Martha Goldstein & Micheal Upshall eds. 1993. Webster’s
New World Encyclopedia. College Edition. New York: Prentice Hall. Ensiklopedia Malaysiana. 1995. Jilid 9. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. Finer, Herman. 1970. Theory and Practice of Modern Government. Westport,
Connecticut: Greenwood Press Publishers. Frankfort-Nachmias, Chava & Nachmias, David. 1996. Research Methods in
the Social Science. (5th. ed.). London: Arnold. Ghazali Mayudin. 1999. “Pengundian dan Identifikasi Parti” Dlm. Ghazali
Mayudin (pnyt.). Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia. Bangi: Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia: 23-40.
Godwin, R. Kenneth & Wahlke, John C. 1997. Introduction to Political Science:
Reason, Reflection & Analysis. Orlando: Harcourt Brace College Publishers.
Hair, Jr., Joseph F., Money, Arthur H., Samouel, Philip & Page, Make. 2007.
Research Methods for Business. West Sussex, England: John Wiley & Sons, Ltd.
Hoff, Jens. 2004. “Members of Parliaments’ Use of ICT in a Comparative
European Perspective.” Information Polity. No. 9: 5-16. Holden, Barry. 1974. The Nature of Democracy. London: Nelson. Huntington, Samuel P. 1991. The Third Wave: Democratization in the Late
Twentieth Century. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press. Hussain Mohamed. 1987. Membangun Demokrasi: Pilihan Raya di Malaysia.
Kuala Lumpur: Karya Bistari. Jacobs, Lesley A. 1997. An Introduction to Modern Political Philosophy: The
Democratic Vision of Politics. New Jersey: Prentice Hall.
162
Jackson, Nigel. 2004. “Escaping From the Straitjacket: UK MPs and Their e-Newsletter”. Aslib Proceedings: New Information Perspectives, Vol. 56, No. 6: 335-343.
Laski, Harold J. 1967. A Grammar of Politics.(5th. ed.). London: George Allen
& Unwin Ltd. Levine, Andrew. 2007. Political Keywords: A Guide for Students Activities and
Everyone Else. Malden, MA: Blackwell Publishing. Lively, Jack. 2007. “The Meaning of Democracy”. Dlm. Micheal Saward (ed.).
Democracy: Critical Concepts in Political Science. London: Routledge: 23-56.
Lusoli, Wainer & Ward, Stephen. 2004. “From Weird to Wired: MPs, the
Internet and Representative Politics in the UK.” Paper Presented at the Political Studies Association, University of Lincoln, 5-8 April.
Mahajan, Vidya Dhar. 1981. Principles of Political Science. New Delhi: S.
Chand & Company Ltd. Malaysia. 2007. Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: MDC Publisher
Sdn. Bhd. Mickel, John (Speaker of the Legislative Assembly of Queensland). 2010. “The
Modern Member of Parliament: Legislator, Ombudsman or Social Worker?” Paper Presented at 41st Presiding Officers and Clerks Conference Darwin, Northern Territory (3-9 July). (www.nt.gov.au/parliament?). Diakses pada 22 Disember 2010.
Mohamad Ghazali Zainal Abidin. 2010. “Apa Beza Wakil Rakyat Dengan
Pegawai Kerajaan?”. Utusan Malaysia. (2 November). Mohd. Ali Kamarudin. 2004. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu:
UMNO Kelantan 1946-90. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Izani Mohd. Zain. 2007. “Pembangkang Dalam Parlimen di Malaysia”.
Dlm. Mohd. Izani Mohd. Zain (Pnyt.). Demokrasi dan Dunia Islam: Perspektif Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya: 183-194.
National Democratic Institute (NDI). 2008. The Roles and Responsibilities of
Members of Parliament (MPs). Sierra Leone: NDI for International Affair. (www.ndi.org/files/...04012008.pdf). Diakses pada 22 Disember 2010.
163
Neuman, W. Lawrence. 2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches (6th ed.). Boston: Pearson.
Northrop, Alana & Arsneault, Shelly. 2008. “Sampling and Data Collection”
Dlm. Yang, Kaifeng & Miller, G.J. Handbook of Research Methods in Public Administration. (2nd. ed.). Boca Raton: CRC Press Taylor & Francis Group: 213-240.
Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Method. (2nd. ed.).
Newbury Park, CA: Sage Publications. Rais Yatim. 2006. Cabinet Governing in Malaysia. Kuala Lumpur: DTP
Enterprise. Ramanathan, K. 2003. Institusi Politik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. ______ . 1992. Asas Sains Politik (Edisi Ke2). Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Robertson, David. 1985. Dictionary of Politics. London: The Penguin. Roskin, M.G., Cord, R.L., Medeiros, J.A & Jones, W.S. 2003. Political Science:
An Introduction. (5th ed.). New Jersey: Pearson Education International.
Roslina Ismail & Roslina Rosli. 2002. “Wanita dan Politik Baru Dalam Pilihan
Raya Umum 1999”. Dlm. Mohd. Yusof Kasim & Azlan Ahmad (pnyt.). Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: 146-176.
Rush, Micheal. 1984. The Cabinet and Policy Formation. London: Longman. Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik.
Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd. Saward, Micheal. 2007. “General Introduction”. Dlm. Saward, Micheal.
Democracy: Critical Concepts in Political Science. London: Routledge: 1-20.
Searing, Donald. 1994. Westminster’s World: Understanding Political Roles.
Cambridge: Harvard University Press. Smith, Colin & Webster, William R. 2008. “The Emergent ICT Culture of
Parliamentarian: The Case of the Scottish Parliament.” Information Polity. No. 13: 249-273.
164
Stilborn, Jack. 2002. “The Roles of the Member of Parliament in Canada: Are They Changing?”. Political and Social Affairs Division, Parliamentary Research Branch (31 May). (www2.parl.gc.ca/content/LDP). Diakses pada 22 Disember 2010.
Syed Ahmad Hussein. 1995. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Urofsky, Melvin. 2006. Hak Rakyat. Kuala Lumpur: Lincoln Resource Centre,
U.S. Embassy. Utusan Malaysia. 2004. “Ahli Parlimen Diharap Amal Konsep Demokrasi
Sebenar”. (17 Mei). Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 2009. “Peraturan Majlis Mesyuarat Perlu
Dihormati”. Buletin Parlimen Malaysia. Bil. No. 3 (Siri 1): 24-28. Wan Mohd. Mahyiddin. 1990. Kepemimpinan: Sorotan Pelbagai Aspek Bagi
Meningkatkan Kualiti dan Pencapaian. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Noorzaleha Wan Hassan. 2009. “Suara Wakil Rakyat Wanita di
Parlimen”. Buletin Parlimen Malaysia. Bil. No.4 (Siri 2): 56-59. Wilmot, Amanda. t.t. “A Designing Sampling Strategies for Qualitative Social
Research: With Particular Reference to the Office for National Statistics’ Qualitative Respondent Register.” (www.ons.gov.uk... -pdf). Diakses pada 20 Disember 2010.
http://www.kkr.gov.my/ http://www.spr.gov.my/ http://www.parlimen.gov.my/
top related