laporan penyaman udara
Post on 24-Apr-2015
437 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENYAMAN UDARA
Kesan haba dalam penyejukan dan penyamanan udara.
Penyejukan
Proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mendatangkan
bahaya kepada alam sekeliling dan kehidupan.
- penyejatan
- pemindahan haba
Aplikasi penyejukan
Penyejukan domestik, penyejukan kormesial, penyejukan industri, merin dan
pengangkutan serta penyamanan udara industri.
Penyamanan Udara
Satu proses pendinginan udara yang melibatkan keselesaan dan kebersihan dalam ruang
yang diperlukan. Bukan sahaj untuk pendinginan, tetapi ia meliputi pemanasan,
mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara tempat yang
dinyamankan.
Kepentingan penyamanan udara secara umum
1. Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran
2. Menghalang habuk dan kotoran
3. Mengeluarkan haba untuk keselesaan
4. Mendapatkan pengudaraan yang cukup
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Amali Penyaman Udara
Mengetahui sistem di dalam penyeman udara dalam proses pengawalan dan
perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup.
Amali penyaman udara memperkenalkan tentang perawatan yang melibatkan suhu,
kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan dan pengagihan udara tersebut bagi
mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang serta pengenalan kepada sistem
penyaman udara. Amali bertujuan memperkenalkan komponen-komponen yang terdapt
dalam sistem penyaman udara.
Langkah keselamatan
1. Memakai pakian yang sesuai ( baju bengkel )
2. Elakkan gas terbebas ke ruang udara dalam bengkel.
3. Memastikan tiada kebocoran pada paip gas.
4. Alatan dalam keadaan selamat dan baik.
5. Sebelum menggunakan tolok pancarongga, pastikan dalam keadaan tutup.
Kitaran Penyejukan Asas
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Pengenalan kepada komponen penyejukan
PEMAMPAT
Disebut juga sebagai jantung pada sistem penyejukan kerana pemampat mengepam bahan
pendingin ke seluruh sistem seperti jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Fungsi pemempat :
Menyenggara perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan
rendah pada sistem. Dua perkara akan berlaku semasa proses ini.
(i) Suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik membolehkan proses penyingkiran
haba belaku. Haba ini diserap oleh air atau air sekeliling yang bertindak
sebagai bahan media pendingin.
(ii) Suhu dan tekanan di penyejat menjadi rendah dan ini membolehkan bahan
pendiingin mendidih dan menyerap haba dalam peti sejuk atau sekelilingnya.
Jenis-jenis Pemampat :
i. Pemampat salingan
ii. Pemampat putar
http://tangkapgambar.blogspot.com/
iii. Pemampat empar
iv. Pemampat skru.
PEMELUWAP
Pemeluwap pada siste pendingin ialah alat untuk menyingkirkan haba daripada wap
bahan pendingin yang diserap di penyejat. Haba daripada wap bahan pendingin yang
panas akan mengalir menerusi dinding pemeluwap kepada bahantara pemeluwapan.
Hasilnya ialah wap panas bahan pendingin akan kehilangan haba kepada
bahantara pemeluwapan, wap bahan pendingin menjadi dingin dan terpeluwap kepada
keadaan cecair. Bahantara yang digunakan untuk menyingkir haba daripada pemeluwap
ialah udara, air atau gabungan air dan udara.
3 jenis pemeluwap :
1. Sejuk udara
2. Sejuk air
3. Tersejat
http://tangkapgambar.blogspot.com/
PENYEJAT
Penyejat adalah alat atau komponen yang terletak di bahagian tekanan rendah di antara
pemampat dan alat pemeteran. Fungsinya adalah untuk menyerap haba dan
menyingkirkannya di pemeluwap.
Jenis-jenis penyejat :
2 jenis penyejat :
- Jenis pengembangan terus atau kering
- Jenis Banjir.
5 bentuk penyejat :
i. Jenis para atau rak
ii. Jenis kelompang- peti sejuk
iii. Jenis dinding – pendingin beku
iv. Jenis tiub bersirap dengan kipas – sistem tanpa fros
v. Jenis kelompang dan tiub – pendingin air.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
PERANTI PEMETERAN
Peranti pemeteran berfungsi untuk mengawal pengaliran bahan pendingin sebelum masuk
ke penyejat. Ini membolehkan, pengawalan kuantiti bahan pendingin yang melalui sistem
penyejukan dikawal.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Komponen lain dalam sistem penyaman udara
1. Tolok Pancarongga
Fungsi : Saluran bagi memasukkan gas ke
dalam pemampat dalam sistem penyaman udara.
Terdapat penunjuk tolok bagi memastikan
tekanan gas yang dimasukkan betul.
Merah (tekanan tinggi), Kuning ( neutral ), &
Biru ( tekanan rendah – buang gas- Perlahan bagi mengelakkan minyak terkeluar.
2. Gegelung sejuk
Fungsi : Berlaku fros jika gas tkanan tidak
cukup. Menunjukkan tahap gas yang
dimasukkan mencukupi sehinnga tekanan
antara 60 psi ke 70 psi.
3. Penunjuk aliran gas
Fungsi : memastikan gas dalam sistem
penyaman udara berjalan dengan baik. Ia juga
memastikan kandungan gas terdapat dalam
sistem penyaman udara.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Pengisian semula gas ke dalam tabung gas penyeman udara.
1 2 3
4 5 6
1. Saluran tolok pancarongga gas dipasang pada lubang masukan untuk mengisi semula
gas ke dalam tabung gas penyeman udara.
2. Sambungan dipastikan dalamkeadaan baik bagi mengelakkan kebocoran gas.
3. Gas dimasukkan, tolok menunjukkan ahmpir ke 30 psi, gas dimasukkan sehinnga
tekanan pada tolok pancarongga menunjukkan tekanan antara 65 psi ke 75 psi.
4. Pam vakum digunakan untuk membuang gas yang terkandung di dalam pemampat.
5. Gas dimasukkan semula ke dalam pemampat untuk penyaman udara berfungsi dalam
keadaan baik
http://tangkapgambar.blogspot.com/
6. Minyak untuk penyaman udara dimasukkan.
KESIMPULAN
Dalam amali penyaman udara ini, pelajar dapat mengetahui mengenai sistem
penyaman udara. Setiap komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara dapat
diketahui rupanya dan fungsi bagi setiap komponen tersebut. Pelajar dapat mengenali
Pemampat, Pemeluwap, Penyejat dan Peranti Pemeteran dan fungsi setiap satu komponen
tersebut.
Faktor kenapa sistem penyaman udara diperlukan adalah kerana :
- Keselesaan
- Prestasi kerja dan bahan pengeluaran
- Kesihatan
- Peralatan.
- Simbol status
Kitaran asas Penyaman Udara
Terdapat 2 kitaran utama yang merupakan kitaran asas penyaman udara iaitu :
1. Kitaran penyejukan
2. Kitaran udara
Kedua-dua proses kitaran inin bertujuan untuk mengalihkan haba dari ruang yang
didinginkan ke udara luar.
Pemilihan sistem Penyaman Udara
1. Kegunaan dan fungsi bangunan
2. Susunatur dan perancangan bangunan
3. Had kos pembelian sistem dan penyenggaraan
4. Kecekapan memberi perkhidmatan
5. Fleksibiliti yang diperlukan
6. Ekonomi ruang.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Credit to
Nama Kursus Matrik
MUSTAFA BIN ZAKARIA
MOHD KAMIL B. MAT DERIS
AZIZAH BT BESAR
HASNISHAM BIN KHALIP
MOHAZIL BIN MOHAMED
MOHD NIZAM BIN SUBANI
NUR AKHMAR BTE MOHD AZHAR
3SPJ
2SPA
3SPJ
3SPJ
4SPJ
4SPJ
4SPJ
AP050499
AP050400
AP050358
AP050371
AP040362
AP040468
AP040386
http://tangkapgambar.blogspot.com/
top related