laporan kreativiti seni
Post on 05-Jan-2016
12 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MSL 3052
KREATIVITI DALAM SENI VISUAL
LAPORAN SEMINAR BERSAMA PROF. MADYA ZULKIFLI YUSOF
NAZREE BIN MUNIR
D20141067419
KUMPULAN A
UNTUK PERHATIAN :
PN. JAMILAH BINTI OMAR
PENGENALAN
Seminar ini dijalankan pada tarikh 30 April 2015, bersamaan pada hari Khamis bertempat di
kediaman Prof. Zulkifli Yusof iaitu di Kampung Serigala Ulu Bernam, Selangor. Lawatan sambil belajar
ini bertujuan untuk bertemu dan berbincang dengan tokoh seniman hebat berkenaan kerjaya beliau
dan kaedah beliau dalam menghasilkan seni itu dengan kreatif. Selain itu, program ini bertujuan
untuk menambah pemahaman peserta tentang proses kreatif serta untuk meningkatkan daya
pemikiran yang kritis dan mampu untuk menjadi kreatif.
Sasaran pelajar adalah seramai 38 orang khas kepada pelajar yang mengambil kursus MSL 3052 pada
semester ini. Selain itu, sekumpulan pelajar Lanjutan Lukisan juga turut dijemput bagi memenuhi
dan meramaikan lagi sasaran pelajar.
OBJEKTIF
1. Meneroka ilmu seniman yang merupakan tokoh seni terkemuka di Malaysia
2. Memperkembangkan pengetahuan tentang seni dunia
3. Mempelajari proses kreativiti yang digunakan oleh Prof. Madya Zulkifli Yusof
4. Memahami konsep dan cara menghasilkan sesuatu dengan pemikiran kreatif
TENTATIF
MASA AKTIVITI1.00 – 1.30 pm Peserta berkumpul di Auditorium
Bertolak ke Galeri
2.00 pm Tiba di Galeri
2.15 pm Makan tengah hari
2.30 pm Sesi perbincangan / seminar bersama Prof. Madya Zulkifli
Yusof
4.45 pm Lawatan ke tapak Galeri
5.15 pm Bertolak balik
PERBINCANGAN BERSAMA PROF. ZULKIFLI YUSOF
Perbincangan ini disertai oleh beberapa orang pensyarah lain seperti Dr. Suhaimi, Encik Zainuddin,
Prof. Halim dan tidak lupa juga pensyarah kami Puan Jamilah binti Omar. Pn Jamilah
mempengerusikan majlis sekaligus sebagai pembuka bicara dalam perbincangan ini. Prof, Madya
Zulkifili Yusof bercerita sedikit tentang kisah hidup beliau semasa beliau masih lagi dalam proses
berjinak untuk menempuh dunia seni. Beliau amat meminati subjek Sejarah dan amat berminat
untuk mengkaji sejarah. Perkara yang utama ataupun tunjang asas beliau dapat menjadi seorang
seniman atau pengkarya adalah bermula dengan minat. Minat adalah perkara penting dalam kita
melakukan apa-apa sahaja pekerjaan atau aktiviti dalam kehidupan seharian kita.
Beliau menyatakan bahawa seni itu tidak boleh berpisah dengan sejarah. Mengkaji sejarah dapat
membantu beliau untuk menghasilkan karya sehinggalah terhasilnya begitu banyak karya yang
menggunakan teknik-teknik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam karya yang bertajuk Merdeka 57
adalah merupakan satu simbolik dari kisah sejarah yang pernah berlaku. Beliau pada asalnya cuba
mencari idea untuk menghasilkan satu karya yang bertemakan negara tetapi beliau buntu untuk
mendapatkan ilham. Pada satu ketika Dr. Suhaimi membawa beliau ke ladang getah di atas
keinginan beliau sendiri untuk melihat dan merasa sendiri rupa biji getah itu bagaimana. Di sana,
beliau mendapat satu ilham kerana mendengar begitu banyak letupan biji getah yang berjatuhan
bawah pokok. Akhirnya, beliau membawa pulang beberapa biji getah tersebut dan melakar lakaran
biji getah atas kanvas. Apa yang boleh dikaitkan dengan biji getah tersebut adalah beliau
menganggap bahawa letupan biji itu menunjukkan satu kebebasan rakyat Malaysia bebas dari
penjajahan.
Seterusnya, semasa sesi temu bual dijalankan beliau diajukan beberapa soalan daripada pelajar. Ada
beberapa soalan telah diberikan. Antara soalan yang dikemukakan adalah bagaimana beliau
mendapatkan ilham dan mampu menghasilkan sesuatu karya yang kreatif. Persoalan ini dijawab
panjang oleh Prof. Madya Zulkifli sendiri di samping dibantu oleh Dr. Suhaimi dan Prof. Halim.
Menurut beliau, untuk mendapatkan ilham itu kena tahu lima konsep. Pertama ialah kena rajin
membaca dan mengkaji. Kita perlu membaca dengan banyak dan mengkaji tema karya yang hendak
kita hasilkan itu agar ia menjadi satu karya yang bermakna. Seterusnya, adalah emosi. Emosi amat
berkait rapat dengan pengawalan kita dalam berseni. Sekiranya karya itu berunsur sedih, kita
hendaklah menunjukkan karya itu seolah-olah sedih. Apabila dilihat audiens ia turut merangsang
perasaan sedih mereka. Kaedah yang seterusnya pula adalah mencari idea dengan menonton
wayang. Wayang berupakan cerita yang mudah untuk kita fahami. Sekiranya berkaitan sejarah, kita
boleh mengambil isi penting sejarah itu sahaja kerana dalam wayang amat dititikberatkan adalah
kepentingan sejarah itu berkembang. Selain itu, melakukan kajian lapangan. Contoh kajian lapangan
adalah seperti penerangan tadi tentang beliau melawat lading getah untuk menghasilkan karya.
Yang terakhir adalah eksperimentasi iaitu kajian. Kita kena mengkaji dengan rajin dan haruslah
menjiwai kajian itu agar hasil karya kita itu penuh bermakna. Pernah satu ketika, beliau mendapat
ilham melukis buah durian bagi menunjukkan bahawa itu adalah simbolik rakyat Malaysia. Buah
durian hanya terdapat di negara kita sahaja. Ini adalah hasil daripada kajian beliau yang begitu
banyak.
REFLEKSI
Secara keseluruhanya, lawatan ini serba sedikit dapat memberi input yang berguna kepada saya.
Beruntung sekali kerana dapat bertemu dengan tokoh yang hebat tetapi mempunyai sikap rendah
diri yang baik. Proses untuk beliau menghasilkan karya itu dengan kreatif adalah menggunakan
kaedah beliau sendiri. Bagi saya beliau teguh dengan pendirianya, malah bersifat fleksibel bila karya
yang baharu pula beliau menggunakan kaedah yang lain. Proses kreatif beliau juga adalah unik dan
mudah. Dengan memahami lima konsep yang beliau ajarkan itu mungkin serba sedikit dapat
membantu saya sebagai seorang pelajar seni. Perkongsian ini begitu menarik dan dapat memberi
dorongan kepada saya untuk mengikuti kaedah yang beliau gunakan.
LAMPIRAN
top related