laporan anti corruptionday
Post on 14-Dec-2015
224 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM SEKRETARIAT PENCEGAHAN
RASUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
1. Nama Aktiviti
ANTI-CORUPTION DAY WITH US
2. Tarikh Pelaksanaan
20 JULAI 2014
3. Tempat Pelaksanaan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
4. Penganjuran
4.1 Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu (SPR IPG KKB
5. Objektif Program
5.1 Memberi penerangan dan pengetahuan mengenai bahaya gejala rasuah
5.2 Mendidik guru pelatih dan pelajar sekolah supaya membenci rasuah
5.3 Memberi pendedahan kepada guru pelatih IPGKKB dan pemimpin pelaja
sekolah menengah yang bakal memimpin negara suatu hari nanti tentang
bahayanya rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran komuniti
dan negara.
6. Kumpulan Sasaran Peserta
6.1 Guru Pelatih IPGKKB
6.2 30 pemimpin pelajar SMK Pengkalan Chepa 1
6.3 30 pemimpin pelajar SMK Pengkalan Chepa 2
6.4 30 pemimpin pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra
7. Proses Pelaksanaan
7.1 Kursus ini akan diadakan selama satu hari yang akan memberi
pendedahan kepada guru pelatih IPGKKB dan pemimpin pelajar sekolah
menengah.
7.2 Kerjasama dan komitmen daripada peserta amat menggalakkan
sepanjang kem ini dijalankan.
7.3 Program dirasmikan oleh Tuan Haji Hashim Bin Deraman selaku
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
7.4 Program telah menjemput
Haji Shaari Bin Nawi, Pensyarah Penasihat Sekretariat
Pencegahan Rasuah IPG Kampus Kota Bharu (SPR IPG KKB)
Encik Som Chai Nit A/L Huang, Ketua Unit PenMas SPRM Negeri
Kelantan Pegawai Unit PenMas SPRM Kelantan
8. Penilaian Impak Program
8.1 Objektif program tercapai apabila semua peserta dapat menghadiri masjlis
tersebut dengan memberikan perhatian semasa forum.
8.2 Kebanyakan maklum balas yang diterima daripada para peserta adalah
positif. Mereka berpuas hati dengan Forum “Kesan Gejala Rasuah Dalam
Kehidupan” kerana ianya jelas dan mudah difahami.
8.3 Tapak lawatan banyak dikunjungi oleh Guru perlatih IPG dan pensyarah
IPGKKB
8.4 Antara kelemahan dikenal pasti daripada maklum balas para peserta
adalah dari segi pengurusan awal sebelum program, penempatan,
pengurusan masa yang perlu dititik beratkan.
8.5 Antara cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki lagi kelemahan
yang ada pada masa akan datang ialah perancangan awal bermula kertas
cadangan, perancangan aktiviti dan setiap aktiviti haruslah terperinci dan
sistematik. Selain itu, setiap peserta haruslah ‘alert’ pada masa yang
ditetapkan seperti mana yang dijadualkan dalam tentatif program yang
diberikan.
8.6 Kebanyakan perserta masih mahu program ini djalankan pada tahun
berikutnya kerana program ini memberi impak yang positif kepada diri
perserta dan menyatakan bahawa mahukan program ini dijalankan
sebagai acara tahunan agar semua orang tahu mengenai keburukkan
rasuah .
9. Laporan Kewangan
(rujuk pada pihak pengurusan SPRM Negeri Kelantan)
10. Dokumen yang mesti disertakan
10.1 Gambar sepanjang program KPO
(rujuk Lampiran 2)
10.2 Borang penilaian program
(rujuk Lampiran 4)
top related