laporan aktiviti pbs
Post on 07-Aug-2015
793 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
LAPORAN AKTIVITI PBS 2012
1.0 PENDAHULUAN
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pelaksanaan PBS dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan. Selain itu, PBS dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka
(framework) yang ditetapkan.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, Jawatankuasa PBS SK Putera Jaya telah
mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya ialah :
1.1 Pengubahsuaian Bilik Operasi PBS
Hasil pemantauan dari pihak PPD Setiu, SK Putera Jaya telah menjadi sekolah
contoh bagi Daerah Setiu, sehubungan dengan itu, Bilik Operasi PBS telah
ditubuhkan pada awal bulan April. Semua guru KSSR Tahap 1 telah bersama-
sama turun padang bergotong-royong membersihkan Bilik Operasi PBS yang
asalnya adalah Bilik PPSMI. Gotong-royong telah diadakan pada hari Selasa 10
April 2012 jam 2 petang. PPD Setiu telah berbesar hati untuk menyumbangkan
beberapa rak yang tidak digunakan untuk diberikan kepada SKPJ untuk
memudahkan cara penyimpanan fail PBS KSSR.
1.2 Pengurusan Evidens
Guru menggunakan buku kerja dan memberi lembaran kerja kepada murid
sebagai evidens. Evidens disimpan dalam 2 fail iaitu :
1.2.1 Fail Perkembangan Murid dimana seorang murid mempunyai 1 fail yang
diisi dengan evidens bagi semua mata pelajaran. Evidens terbaik disimpan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Evidens lain diserahkan kepada murid
1
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
setelah direkodkan dalam SPPBS.
1.2.2 Fail Showcase ialah benchmark untuk evidens terbaik dan terpilih. 1 kelas
1 fail.
1.3 Pelaporan Prestasi Murid
Guru mata pelajaran dikehendaki mengemaskini fail perkembangan murid dan
fail showcase. Kesemua fail perkembangan murid dan fail showcase Tahun 1
dan Tahun 2 ditempatkan di dalam Bilik Operasi PBS. Selepas kesemua
evidens telah dimasukkan ke dalam sistem SPPBS, evidens diserahkan kepada
murid. Hanya evidens terbaik dan terkini disimpan di dalam fail perkembangan
murid.
1.4 Temu Murni KSSR
Temu Murni KSSR telah diadakan pada 10 Julai 2012. Sambutan sangat
menggalakkan. Ramai ibubapa hadir pada hari tersebut. Ibubapa mendengar
taklimat ringkas dari GPK1 En Razali b Sulaiman tentang pelaksanaan KSSR di
sekolah. Ibubapa juga datang berkunjung ke Bilik Operasi PBS dan melihat
sendiri Fail Perkembangan anak mereka.
1.5Menjadi Pusat Rujukan kepada sekolah-sekolah berdekatan.
SK Putera jaya sering dilawati oleh beberapa buah sekolah yang berdekatan.
Pada awal pembukaan Bilik Operasi PBS, SK Putera jaya telah menerima
lawatan daripada 60 buah sekolah dari Dearah Setiu pada 24 April 2012 dan
satu taklimat penyelarasan PBS telah diadakan kepada semua Penyelaras PBS
bagi Daerah Setiu pada masa tersebut.
1.6Pemantauan
Pemantauan telah dibuat bagi memastikan perjalanan PBS dapat dilaksanakan
dengan lancar. Pengisian Data SPPBS telah dipantau oleh GPK1 dan Guru
Besar sepanjang masa agar tiada murid yang tercicir. Begitu juga pemantauan
2
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
dari segi Fail Perkembangan Murid bagi setiap subjek. Guru akan sentiasa
mengemaskini evidens setiap murid.
1.7 Kursus
Bagi meningkatkan pengetahuan semua guru agar mereka faham tentang cara
pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan, satu kursus LADAP telah diadakan
pada peringkat sekolah pada 9 Oktober 2012. Sebelum itu, beberapa orang guru
yang terpilih telah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru
Penyelaras PBS di KL International Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Julai 2012.
Selain itu, satu kursus Hands On juga telah diadakan pada cuti sekolah pada 28
dan 29 November bersama dengan Pegawai JPN Selangor dan Perak anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di SMK Tengku Ibrahim. Maklumat
terkini, semua evidens hendaklah dikembalikan semula kepada murid pada akhir
tahun kecuali evidens yang terakhir. Selaku sekolah model, PPD Setiu telah
menjemput Pn Andik Emiliza bt Alimin dan Pn Rosmaliza bt Ismail untuk
memberi penerangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah dalam Taklimat
Pengoperasian PBS bersama dengan Guru Besar dan Pengetua Daerah Setiu.
2.0 KEKUATAN
2.1 Kebanyakkan guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 telah mengikuti kursus
KSSR.
2.2 Ada dikalangan guru SK Putera Jaya menjadi Jurulatih Utama berkaitan
dengan KSSR.
2.3 Guru yang mengajar KSSR mempunyai kemahiran ICT, memudahkan
pengisian data SPPBS.
2.4 Dapat berkongsi idea dan pengetahuan kepada pelawat yang mengunjungi
Bilik Operasi PBS.
3
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
3.0 KELEMAHAN
3.1 Segelintir guru SK Putera Jaya tidak mengemaskini evidens dalam Fail
Perkembangan murid.
3.2 Guru subjek lewat mengisi data SPPBS.
3.3 Beberapa orang guru masih kurang mahir untuk mengisi data SPPBS secara
online.
4.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN :
4.1 Menyelaraskan warna pada tulang Fail Perkembangan Murid mengikut
Tahun Aliran.
4.2 Menyelaraskan pengisian data SPBBS mengikut subjek masing-masing.
4.3 Guru subjek KSSR mesti mempunyai Fail Transit berkaitan dengan KSSR.
4.4 Memastikan Bilik Operasi PBS sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas
kerana sering dilawati oleh pihak luar.
4.5 Memperkasakan lagi Penjaminan Kualiti di peringkat sekolah.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
…………………………………… ………………………………
( PN ANDIK EMILIZA BT ALIMIN) ( EN ZAINUDDIN B DOLLAH )
PENYELARAS PBS GURU BESAR SK PUTERA JAYA
4
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI PBS
5
KURSUS LADAP PBS
LAWATAN SK BATU 29
TEMU MURNI KSSR
[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA
BILIK OPERASI PBS SK PUTERA JAYA
6
top related