laporan ajk brosur
Post on 13-Dec-2015
228 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN AJK BROSUR
Program lawatan ilmiah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan telah diadakan pada 3 September yang lalu di Kompleks Sukan
UiTM Arau, Perlis yang melibatkan seramai 18 orang pelajar PPG Sains 1 dan 14 orang pelajar
dari kumpulan Sains 2.
Selaku AJK brosur, saya telah menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan lawatan ilmiah tersebut seperti tentatif program, jawatan kuasa induk, jawatan kuasa
pelaksana dan juga objektif program ini dalam bentuk brosur dan dicetak kepada semua.
Penyerahan brosur diberi kepada semua peserta semasa sesi pendaftaran.
Pada keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan brosur yang disediakan.
Walaupun mungkin ada sedikit kekurangannya, saya berharap ia dapat memberi gambaran
yang jelas kepada semua peserta tentang perjalanan program lawatan ilmiah tersebut.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :
Puan Zurida bt Hasmawi
top related