kumpulan 5 larian pecut

Post on 02-Feb-2016

441 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

WAJ 3121Larian Pecut 100m

KUMPULAN 1:

CHEOK CAI HONG

CHOW YONG QUAN

LOGESWARI

Sejarah

• Lari pecut merupakan salah satu acara

terawal dalam pertandingan olahraga yang

pernah dicatatkan

• Pada zaman moden, antara rujukan

terawal ialah pertandingan dalam kalangan

pekerja serta orang suruhan bangsawan

Sejarah

• Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘

berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

• Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok

permulaan yang dibina melintang keluasan stadium

• Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas

kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,

prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat

Peralatan

  1) Kasut• Kasut atau spikes merupakan peralatan

penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, termasuk acara padang.

  2) Blok Permulaan

• Blok permulaan merupakan sejenis alat

yang digunakan untuk membantu para

pelari pecut membuat lonjakan yang

pantas semasa memulakan larian.

3) Pakaian Sukan • Seperti acara sukan lain, para

olahragawan juga perlu memakai pakaian yang sesuai.

• Para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.

4) Jam randik

5) Hon atau pistol

6) Kotak dan papan untuk pelepas

7) Kotak lorong

8) Bendera untuk pengadil

TEKNIK MULA LARI PECUT

• Ada 2 teknik iaitu:

1)Gaya berdiri

2)Gaya dekam

Gaya Berdirii) Persediaan - peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan “ke garisan” diberi.

Gaya Berdiriii) Ke garisan- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki

hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

- condongkan badan.- kedua-dua belah tangan bersedia disisi dengan tangan

bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri dihadapan maka tangan kanan mesti diletakkan dihadapan.

iii) ‘Sedia‘

- Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan’

- Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan

- Kaki belakang tolak ke tanah

- Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau ‘Mula‘

- Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

- terbahagi kepada 3 iaitu :

1. Gaya pendek atau peluru

2. Gaya sederhana

3. Gaya panjang

Gaya Dekam

Fasa-fasa dan teknik –teknik larian

• Fasa permulaan• Fasa larian: a)Fasa pecutan b)Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan• Fasa penamat

Gaya peluru

• blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. “Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya sederhana

• gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya panjang

• blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

• Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

KEDUDUKAN TANGAN:• Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang

bahu individu. • Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan

jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

a) Fasa Pecutan

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:

• KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'.

• Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:

• Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan.

• Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. • Tangan yang bertentangan dengan kaki

belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

LUTUT

• Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.

• Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.

• Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

b)Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

• Dasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 90 meter. Pecutan berlaku pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

c) Teknik Penamat

- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.

- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Peraturan bagi pelari 100m

• Blok mula mesti digunakan dalam larian 100m.

• Pelari hanya dibenarkan lari dalam lorong sendiri sahaja.

• Apabila dipasang, bahagian-bahagian blok mula tidak dibenarkan bertindih dari garis permulaan atau terjulur ke lorong lain.

• Semua larian bermula dengan tembakan pistol.

• Jika peserta memulakan larian sebelum tembakan pistol - dianggap sebagai salah mula.

• Selepas arahan “ke garisan” peserta hendaklah mengambil tempat di lorong masing-masing.

• Kedua-dua belah tangan dan sebelah lutut hendaklah mencecah bumi, sementara kedua-dua belah tapak kaki berada di blok mula.

• Pada arahan“sedia” peserta hendaklah serta merta mengangkat lutut mereka, hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja yang mencecah bumi.

Ukuran Padang Balapan

• Permulaan dan Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar 5cm.

• Lebar lorong ialah 1.22m ± 0.01 m ditandakan dengan garisan selebar 5cm.

• Lebar semua lorong adalah sama. • Jarak larian diukur dari tepi belakang

penamat sehingga ke tepi garisan permulaan balapan.

• Hendak mempunyai 8 lorong

2) Tempat Permulaan larian 100m

3) Tempat permulaan larian 200m

• Tebal lorong : 1.25m

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada:• latihan mendorong,• larian teknik pecut,

• latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a.Latihan mendorong

• Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang ditentukan.

• Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

• Larian bayang-baying: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh

• Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b.Larian teknik pecut

• Berlari dengan melangkah panjang• Berjalan dengan lutut tinggi ; berlari dalam

kumpulan,mengangkat lutut• Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan

bahagian bawah kaki diluruskan.• Berlari skip dengan bahagian bawah kaki

diluruskan

b.Larian teknik pecut

• Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

• berlari menyepak ke belakang• berlari dengan lutut tinggi dan memecut• Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan

berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak daripinggul ke paras hidung

c.Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan

• Melonjak untuk jarak.• Melangkah panjang ( bounding )• Melonjak dan melangkah melepasi halangan.• Melompat, memusing, mendekam, dan

memecut• Berpasangan: Berlari dengan halangan oleh

tarikan rakan.

 REKOD-REKOD 100 METER

• LELAKI• REKOD DUNIA:• TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE

LOCATION• 9.58 0.9 USAIN BOLT JAMAICA 16/8/09 BERLIN

• REKOD REMAJA DUNIA:• TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE

LOCATION• 10.01 0.0 DARREL BROWN TRINIDAD & TOBAGO

24/08/03 PARIS-SAINT DENIS

 REKOD-REKOD 100 METER

• WANITA• REKOD DUNIA:• TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE

LOCATION• 10.49 0.0 FLORENCE GRIFIFTH USA 16/07/88

INDIANAPOLIS

• REKOD REMAJA DUNIA:• TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE

LOCATION• 10.88 2.2 MARLIES GDR 01/07/77 DRESDEN

Tugas Hakim Balapan

• Hakim balapan adalah orang yang menentukan pemenang dan kedudukan peserta bagi acara balapan.

• Setiap pegawai yang dilantik menjadi hakim balapan perlu memerhatikan dengan tepat kedudukan peserta apabila sampai ke penamat perlumbaan.

• Hakim balapan hendaklah berada bertentangan dengan garisan penamat iaitu di sebelah dalam balapan perlumbaan.

Tugas Penjaga Masa

• Tugas penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dicatatkan oleh peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam acara balapan.

• Penjaga masa akan menggunakan jam randik dalam menjalankan tugas mereka.

• Kedudukan penjaga masa adalah bertentangan dengan garisan penamat di luar balapan perlumbaan.

• Penjaga masa harus berada sebaris dengan garis penamat dan di luar trek. Jika mungkin, harus ditempatkan sekurang-kurangnya 5m dari lorong yang paling luar.

• Untuk memastikan mereka dapat melihat dengan baik, suatu tempat duduk bertangga harus disediakan.

SEKIAN TERIMA KASIH!

top related