kuliah zohorhaniff.sg/wp-content/uploads/2019/09/kuliah-37.pdf · tangkai, pada tiap-tiap tangkai,...

Post on 08-Jan-2020

15 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KULIAH ZOHOR “Memberi Ganjaran dan Membalas Budi”

Masjid Maarof | 11 September 2019

Muhammad Haniff Hassan

ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg

Ayat Al-Quran

أحسن ما عمل ن فضله ليجزيهم للاه وا ويزيدهم م

يرزق من يشاء بغير ح وللاه سا

“(Mereka mengerjakan yang demikian itu) Supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supayaAllah menambah kurniaNya dengan mereka. Dan Allah memberi rezki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpabatas.” (Al-Nur : 38)

الحات لنك م ف رنه عنهم سي ئاته والهذين آمنوا وعملوا الصه

ملون ولنجزينههم أحسن الهذي كانوا يع

“Dan orang-orang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa merekadan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari yang mereka kerjakan.” (Al-`Ankabut : 7)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalahserupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuhtangkai, pada tiap-tiap tangkai, seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261)

ثل الهذين ينفقون أموالهم في سب كمثل حبهة أنبت مه ت سبع يل للا

ئة حبهة و سنابل في كل سنبلة م يضاعف لمن يشاء وللا واسع للا

عليم

Pengajaran

1. Ayat-ayat di atas memberi gambaran sifat pemurah Allah taala apabila memberi ganjaran kepada hamba-hambaNyayang melakukan kebaikan.

2. Allah taala sentiasa membalas kebaikan dengan balasan yang lebih baik dan berganda-ganda.

3. Muslim selalu memerlukan sokongan dan bantuan daripelbagai pihak; staf, aktivis atau ahli keluarga.

4. Contohi kemuliaan sifat Allah taala dan tunjuk kehalusanbudi- berikanlah ganjaran yang terbaik bagi setiap khidmat, sokongan dan bantuan yang telah diberikan- mereka yang tidak berterima kasih kepada manusia, diatidak berterima kasih kepada Allah taala.

5. Sifat ganjaran yang terbaik- jangan berlebih-lebihan (Al-Furqan: 67) - tidak kikir (Al-Furqan: 67) - pada batas kemampuan.

6. Apabila manusia tidak mampu memberi ganjaran yang baikatau tidak bersyukur atas usaha baik yang telah dilakukan- jangan sekali-kali lupa bahawa apa yang ada di sisi Allah taala itu lebih baik dan besar- Allah taala tidak akan mengabaikannya atau mensia-siakanamalannya.

KULIAH ZOHOR “Apabila Dikurniakan Kejayaan”

Masjid Maarof | 11 September 2019

Muhammad Haniff Hassan

ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg

Ayat Al-Quran

Terjemahan

“Apabila telah datang bantuan Allah dan kemenangan.

Dan kau melihat manusia masuk ke agama Allah secaraberamai-ramai.

Maka Bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu danpohonlah keampunan (beristighfar).

Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.” (Al-Nasr: 1 -4)

Pengajaran

1. Surah diturunkan setelah kejayaan Nabi s.a.w menawansemula kota Mekah dari Quraisy yang bukan Muslim

2. Kejayaan datang dari Allah taala dan atas bantuanNya- jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini- jangan sampai keseronokan dan kegembiraan dengankejayaan mengkaburkan mata hingga melihat usaha, penatlelah dan peluh sendiri sahaja

3. Ramai bila mahu berjaya, berdoa panjang kepada Allah taala- tapi lupa Tuhan bila dah berjaya- anggap kejayaan dari usaha sendiri sahaja

3. Bagi dakwah, kejayaan yang penting ialah apabila manusia masuk ke agama Allah beramai-ramai- maknanya inti pati kejayaan dakwah ialah kesannya terhadap manusia, bukan pada kecanggihannya atau kelicinan pengurusannya- mengukur kejayaan dakwah pada kecanggihan dan kelicinan pengurusan tanpa lihat pada kesan kepada manusia satu ilusi (tertipu)

4. Ramai manusia boleh berjaya, walau melakukan perkara yang tercela- Muslim bukan hanya mencari kejayaan, tapi kejayaan yang diperolehi dari bantuan Allah taala. - proses mencari kejayaan mestilah ikut cara yang sesuai dengan ajaran agama kerana bantuan Allah taala tidak akan disalurkan kecuali cara sedemikian.

6. Adab apabila menerima kejayaan;- banyak bertasbih dan beristighfar- tasbih dan istighfar adalah lambang kesyukuran dankerendahan diri. - ertinya hendaklah tawaduk dalam meraikan kejayaan.

7. Anjuran bertasbih dan beristighfar bila berjaya mendidikagar sentiasa mengekalkan hubungan yang baik denganAllah taala sepanjang masa - ingat Allah pada waktu susah dan senang.

8. Dianjurkan bertasbih untuk mengakui bantuan Allah taala. Kenapa pula anjurkan istighfar? - manusia, akan melakukan kesilapan, sedar atau tidak- beristighfar atas kesalahan, tahu atau tidak. - bina kesedaran pasti ada melakukan kesilapan, walaupun tidak diketahui secara khusus. - supaya juga bermuhasabah kerana manusia disuruhberistighfar atas dosa- beristighfar mendorong berfikir apakah kesilapan yang telah dilakukan, untuk dipohon keampunannya dan untukdibaiki.

top related