kuliah mingguan: fiqh wanita (siri 3)

Post on 14-Jun-2015

110 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SIWAK : KENAPA DISYARIATKAN SEBAGAI SUNAN AL-FITRAH? Siwak menurut istilah ulama ialah menggunakan

sejenis kayu ‘ud atau yang seumpama dengannya di gigi untuk menghilangkan kekuningan dan selain daripadanya.

Antara dalil pensyariatannya ialah hadith dari Rasulullah SAW baginda bersabda: (( bersiwak itu penyucian kepada mulut dan punca keredhaan Allah )) – Hadith Sunan Kubra, Al-Bayhaqi

Hadith ini menjadi dalil kepada siwak kerana membawa sebab kepada penyucian gigi dan keredhaan Allah kepada yang melakukannya, maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD BUKAN WAJIB..

Kerana terdapat hadith lain seperti : (( seandainya tidak memberatkan ummatku, niscaya aku akan perintahkan mereka agar bersiwak setiap kali akan melakukan solat ))-hadith riwayat bukhari..dan dalam riwayat lain (( setiap kali berwudhuk ))- hadith riwayat Ahmad

Maka hadith2 ini menafikan hukumnya adalah wajib tetapi masih kekal kepada perkara yang sangat dianjurkan dengan darjat hukumnya iaitu SUNAT MUAKKAD.

Maka juga sasaran hadith ini adalah kepada semua lelaki dan wanita. Perkataan UMMATI dalam hadith tersebut di atas adalah bukan terhad kepada lelaki tetapi termasuk juga wanita.

WAKTU DIANJURKAN BERSIWAK Digalakkan bersiwak pada setiap masa

berdasarkan hadith : siwak itu penyucian kepada gigi dan punca keredhaan Allah.

Maka kata DAZ, difahami dari hadith ini ialah sama ada ketika hendak mendirikan solat, atau berwudhuk, atau selain dari waktu ini, digalakkan bersiwak.

Hadith yg menyokong kenyataan ini ialah : ditanya seorang sahabat kepada Saidatina Aisyah, ((dengan perbuatan apakah Nabi SAW mulakan tatkala masuk ke rumah? Jawab Aisyah: dengan BERSIWAK))

PENDAPAT IMAM NAWAWI TTG WAKTU SIWAK menurut pendapat Imam Nawawi, waktu

yang digalakkan bersiwak ialah pada setiap waktu TETAPI yg paling digalakkan ialah : ketika hendak solat, berwudhuk, membaca al-quran, bangun dari tidur (samada tidur siang atau malam), berlaku perubahan dalam mulut seperti tidak makan dan minum dalam jangka masa yg lama, atau makan sesuatu yg berbau busuk seperti…petai, jering, durian dsbg..

Dalam hadith yg lain, waktu siwak Rasulullah juga ialah ketika bangun untuk solat tahajjud.Hadith sahih Bukhari.

CARA BERSIWAK Imam Nawawi mensyarahkan dari

hadith bahawa cara bersiwak adalah secara bersilang atau crosswise bukan secara melintang supaya tidak berdarah gusinya.

Sekiranya seseorang melakukan tidak demikian sebaliknya mensiwak giginya secara melintang, makruh hukumnya

ALAT UNTUK BERSIWAK Dianjurkan untuk bersiwak dengan kayu

uud sekiranya tiada, dan menggunakan sesuatu alat yg lain bersama dengan ubat gigi, diharuskan dengan syarat sesuatu yg menyucikan mulutnya dan giginya.

MENGGUNAKAN JARI JIKA TIADA KAYU /ALAT SIWAK Sekiranya tidak terdapat alat untuk

bersiwak, gunakanlah jari jemari untuk bersiwak, berdasarkan habith yg diriwauyatkan oleh al bayhaqi dari Rasulullah SAW: (( diharuskan bersiwak dengan jari jemari ))

(4) MEMOTONG KUKU Hukum memotong kuku ialah sunat bukan

wajib kepada samada lelaki mahupun perempuan. Dan hukum dinisbahkan kepada kuku tangan dan kaki.

Hikmah pensyariatannya ialah membersihkan kekotoran yang melekat di antara kuku dan jari. Dengan memotong kuku, kekotoran akan hilang dan tidak akan memberi ruang kpd kekotoran tersebut untuk melekat di situ.

Kekotoran yg melekat di kuku kemungkinan menghalang air untuk sampai ke jari / ke tmpt yg wajib sampainya air ketika tujuan bersuci seperti berwudhuk dsbg.

Dianjurkan memotong kuku kepada had yang tidak menyebabkan kesakitan kepada isi kuku atau jari. Diharuskan memotong kuku yang panjang dengan gunting aau pisau atau selainnya iaitu alat pemotong kuku bagi tujuan memendekkan kuku. Tetapi makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ianya memudaratkan. Dan terdapat juga pendapat sedemikian dalam mazhab hanafi iaitu dalam kitab al-Fatawa al-hindiyyah.

WANITA YG MEMANJANGKAN KUKU Ada wanita yang memanjangkan kuku

bagi tujuan kecantikan, maka hal ini adalah makruh dan dilarang. Ianya tidak harus kerana bersalahan dengan hadith Nabi SAW yg menyuruh untuk memotong kuku atau tidak menyimpan kuku yang panjang. Dengan mengambil kira mudarat yg telah disebut tadi.

WAKTU MEMOTONG KUKU Memotong kuku tidak disyarat kan waktunya yang

tertentu. Yg pasti ialah ketika kuku itu panjang dan perlu dipotong maka itulah waktu yg sebaik2nya untuk memotong kuku.

Jangan meninggalkan untuk memotong kuku sehingga melebihi 40 hari. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya dari Anas bin Malik : (( adalah telah ditentukan waktunya untuk kita mencukur misai, memotong kuku, mencukur bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan jangan membiarkan selama lebih 40 hari ))

Kata Imam Nawawi: jangan meninggalkan amalan2 ini sampai lebih 40 hari, kerana telah ditentukan had waktu untuk tidak melakukan amalan ini selama 40 hari.

PENDAPAT LAIN Hari Jumaat : dari hadith sahih bukhari

dalam syarah al-asqalaani, Rasulullah SAW menggalakkan memotong kuku pada hari Jumaat. Begitu juga dalam mazhab Syafiie.

Dalam mazhab Hanafi, afdhal melakukan amalan sunan fitrah setiap minggu sekali, jika tidak dalam 15 hari, sekali, dan tidak mengapa meninggalkan amalan ini sehingga 40 hari dan tidak lebih dari itu.

MEMBUANG KUKU DAN SEUMPAMANYA SELEPAS DIPOTONG

Dalam mazhab Hanafiyah, dalam kitab Fatawa al-hindiyyah, kuku yang dipotong hendaklah ditanam. Jika dibuang TIDAK MENGAPA, tetapi MAKRUH jika dibuang dalam tandas atau bilik air.

(5) MENCUKUR MISAI DAN MENYIMPAN JANGGUT Memotong rambut yang tumbuh di atas

bibir sehingga tidak menyakiti ketika makan dan tidak berkumpul di dalamnya kekotoran.

Berdasarkan hadith sahih tidak dinafikan lagi bahawa meotong atau mencukur misai adalah salah satu daripada fitrah. Nabi SAW bersabda: ((bezakanlah diri kamu dengan org Musyrikin , biarkanlah kamu akan janggut dan potonglah kamu akan misai ))

MANA YG LEBIH AFDHAL: GUNTING ATAU MENCUKUR? Dalam disebutkan lafaz menggunting,

mencukur, memendekkan, mencukur dan ada beberapa lagi yang seumpamanya.

Ulama menyebutnya dengan lafaz yang berbeza-beza.

Kata Imam Nawawi: yg terpilih ialah menggunting misai dengan memendekkan hingga tidak melepasi bibir, dan tidaklah juga sehingga licin.

Kata Abu Hanifah, mencukur adalah lebih baik dari memendekkan. Begitu juga imam Ahmad, mencukur misainya sehingga sangat licin dengan mengatakan ianya lebih awla daripada menggunting.

MEMILIH SAMA ADA MENGGUNTING ATAU MENCUKUR Kata imam Tabari: boleh pilih samada

ingin menggunting atau mencukur kerana sunnah mendalilkan kedua2 cara tersebut, tidak ada pertembungan antara kedua2nya.

Kedua2nya thabit, iaitu termakub di dalam hadith.

Menggunting maksudnya memotong sebahagian sahaja, mencukur maksudnya melicinkan.

MENYIMPAN JANGGUT Hadith yang ditakhrijkan oleh Imam

Bukhari yang telah disebutkan di atas iaitu ((bezakanlah diri kamu dengan org Musyrikin , biarkan janggut dan potonglah misai ))

Maksud I’faaullihyah : membiarkannya panjang dan lebat.

ADAKAH DIHARAMKAN MENCUKUR JANGGUT? Pendapat ibn taymiyah, mazhab

Hanbali: haram Dalam syarah Asqalaani kepada sahih

bukhari; makruh mencukur janggut secara keseluruhannya.

Dalam Ihya ulumuddin : mengatakan Nabi bersabda: Panjangkanlah janggut atau perbanyakkanlah. Dalam riwayat mengatakan org2 Yahudi menyimpan misai dan menggunting janggut maka jgnlah menyerupai mereka.

WANITA YANG TUMBUH MISAI ATAU JANGGUT Janggut dan misai adalah sunnah yang

umum adalah ciptaan Allah swt kepada kaum lelaki, akan tetapi fuqaha’ menjadi kebiasaan bagi mereka memberikan hukum ttg sesuatu jarang berlaku, bimbang ianya benar2 berlaku, maka Al-asqalaani, dalam syarah sahih bukharinya menyebut: berkata An-Nawawi : dikecualikan daripada suruhan menyimpan janggut kepada wanita sekiranya tumbuh pada diri mereka, dan dianjurkan bagi mereka mencukurnya, demikian juga misai.

(6) MEMENDEKKAN BULU KEMALUAN Kata an-Nawawi : adalah sunnah

menghilangkan rambut di sekeliling kemaluan samada lelaki atau wanita. Dianjurkan untuk tidak meninggalkan sunnah ini lebih daripada 40 hari seperti hadith Anas bin Malik sebelum ini yang kita bincangkan.

BILA WAJIBNYA KE ATAS WANITA? Sunnah ini menjadi WAJIB apabila

diminta oleh suami untuk melakukannya.

MENCABUT BULU KETIAK Mencabut atau mencukur jika perbuatan

mencabut itu menyakitkan. Dalam hadith disebut mencabut. Mencukur dibolehkan kerana tujuannya adalah sama iaitu kebersihan.

Digalakkan untuk memulakan di sebelah kanan, dan ianya sunnah kepada kedua2 lelaki dan perempuan.

SIAPA YG MELAKUKANNYA? Diri sendiri yang melakukannya tetapi

harus seorang lelaki mencabut bulu ketiak lelaki yang lain begitu juga dengan perempuan, boleh mencabut bulu ketiak suaminya.

Akan tetapi perihal mencukur bulu kemaluan, HARAM dilakukan oleh org lain kecuali bagi yg diberi hak melakukannya seperti suami isteri maka dibolehkan melakukannya terhadap satu sama lain. Selain dari suami isteri maka tidak dibolehkan.

(7) MEMBASUH CELAH JARI Celahan jari adalah satu tempat di mana

berkumpulnya kekotoran. Jari tersebut disebabkan kita menggunakannya untuk membersihkan anggota badan yg lain seperti celahan telinga, dan hidung, maka kekotoran yg melekat pada jari ini jika tidak dibasuh maka boleh memudaratkan pendengaran dan tmpt2 lain…

Membasuh belakang jari adalah sunnah tidak dikhususkan kepada ketika wudhuk sahaja malah ketika mandi, dan membasuh.

(8) BERKUMUR DAN MEMBASUH HIDUNG Ianya termaktub dalam sunan al-fitrah dan

dianjurkan ketika wudhuk dan bangun dari tidur dan semua keadaan yg memerlukan untuk melakukannya iaitu ketika berkumpulnya kekotoran di dalam hidung.

Ini dijelaskan di dalam sebuah kitab Syarah Sunan Abi Dawud dan Syarah Jami’ as-soghir oleh Al-min yawi.

Hukum membasuh hidung juga diqiaskan kpd hukum berkumur.

Sunnah berkumur ketika berwudhuk, dan dalam keadaan yg memerlukan untuk membersihkan mulut.

THAHARAH AL-HUKMIYYAH

MAKSUD THAHARAH AL-HUKMIYYAH Bersuci daripada hadas iaitu daripada

hadas kecil dan besar. Untuk bersuci dari hadas kecil, wudhuk diwajibkan untuk mengangkatnya. Adapun hadas besar, diwajibkan mandi. Sekiranya ada keuzuran untuk berwudhuk, dan mandi dengan air kerana uzur syar’ie, maka hendaklah bertayamum dengan tanah.

Dalam wudhuk, harus menyapu ke atas khuf menggantikan dengan membasuh kaki.

TAJUK PERBAHASAN: Wudhuk Mandi Tayammum Menyapu buku lali dan khuf

WUDHUK Dengan apa melakukan wudhuk? Cara-cara berwudhuk? Perkara yang membatalkan wudhuk. Adab

DENGAN APA KITA BERWUDHUK?: 1. DENGAN AIR MUTLAK YG SUCI LAGI MENYUCIKAN

Tidak ada khilaf di kalangan ulama bahawa harus berwudhuk dengan menggunakan air mutlak yg suci lagi menyucikan. Maksud air mutlak ialah sesuatu yang tidak bercampur dengan selain daripadanya. Suci: tiada najis. Menyucikan : terangkat olehnya hadas.

2. WUDHUK DENGAN SELAIN DARI AIR MUTLAK : AIR YG BERCAMPUR DENGAN SELAIN NYA

Air yang bercampur dengan sesuatu yg lain ada 3 jenis :

1. air yang dibuat bersuci dengannya seperti air mawar.

2. air yg telah bercampur dengannya sesuatu yg suci dan berubah namanya dan menukar warna dan bentuknya seperti dakwat.

3. air yang telah digunakan untuk merebus kacang atau lain2 jenis makanan yg suci.

Maka tidak dibolehkan berwudhuk dengan ketiga2 jenis air bukan mutlak ini walaupun ianya suci.

3. AIR YG BERCAMPUR DAN BOLEH BERSUCI Air yang bercampur dengan tempat

simpanan atau sumbernya contoh air sungai dan air perigi.

4. AIR YANG BERCAMPUR DGN SESUATU YG SUCI SEHINGGA HILANG SALAH SATU SIFATNYA Hilang salah satu sifatnya bermaksud :

bau , rasa, dan warna. Contoh : air za’faran. Khilaf ulama ttg keharusan untuk berwudhuk dengannya. Tetapi jumhur ulama mengatakan tidak harus. Imam Abu Hanifah berpendapat harus.

5. AIR YG BERCAMPUR DENGAN SESUATU YANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN

Lumut atau apa2 yg tumbuh kerana air Daun pokok Saluran air Maka, diharuskan untuk berwudhuk

dengannya.

6. Air yg bercampur dengan tanah : bergantung kepada keadaan dan kadar tanah, sekiranya sedikit, boleh digunakan berwudhuk, sekiranya byk, tidak diharuskan berwudhuk kerana sudah menjadi seolah2 tanah liat dan bukan lagi air.

7.air yg telah lama tidak digunakan dalam jangka masa yg lama, yg tidak bercampur dgn sesuatu yg lain, maka kekal ia sbg air mutlak yg suci lg menyucikan.

8. air mutlak yg bercampur dgn air musta’mal : musta’mal iaitu air yg jatuh dari anggota wudhuk ke dalam air mutlak maka air tersebut kekal kesuciannya dan boleh berwudhuk dengannya, sekiranya air musta’mal yg menitik itu sedikit. Sekiranya air musta’mal yg bercampur dgn air mutlak itu banyak, tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas sama ada untuk wudhuk atau mandi.

9. air mutlak yg dicelup oleh org berwudhuk dengan tangannya: Kekal ia dgn kesuciannya untuk berwudhuk, kerana Nabi SAW juga apabila berwudhuk, mencelup tgn baginda untuk berkumur, basuh hidung dan membasuh mukanya dan membasuh kakinya.

10. air Musta’mal: air musta’mal (lebihan) berwudhuk dan mandi mengangkat hadas besar adalah air suci tetapi tidak menyucikan, tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas kecil atau hadas besar yg lain. Ini adalah pendapat sebahagian besar mazhab2 dan masyhur. Namun ada juga sebahagian ulama lain yg berpendapat ianya suci lagi menyucikan, boleh digunakan lagi untuk mengangkat hadas kecil dan besar.

11.air musta’mal yg digunakan untuk mandi bagi tujuan menyejukkan badan bukan untuk mengangkat hadas besar, begitu juga untuk membasuh baju, maka dibolehkan berwudhuk dengannya kerana tidak digunakan untuk bersuci/mengangkat hadas.

12. air musta’mal yg digunakan untuk memandikan mayat: manusia adalah suci samada masih hidup atau mati bagi pendapat mazhab hanbali, mereka tidak bezakan muslim atau kafir. Maka dikira suci lagi menyucikan. Ibn qudamah kata kafir adalah najis , jd tidak boleh berwudhuk.

13. air yg bercampur dengan najis: ulama telah bersepakat bahawa air yg sedikit atau banyak apabila terdapat di dalamnya najis, berubah bau, rasa dan warna, maka ia adalah air mutanajjis dan tidak harus digunakan untuk bersuci. Ada juga sebahagian ulama yang mengatakan sekiranya sifat air tidak berubah, maka boleh berwudhuk dengannya.

14. air lebihan minuman: boleh berwudhuk dengannya kecuali lebihan minuman anjing dan khinzir. Ada juga yg berpendapat boleh berwudhuk dgn air lebihan kedua2 anjing dan khinzir. Air lebihan binatang buas, najis, menurut imam hanbali. Tetapi kebanyakan ulama merumuskan lebihan air minuman semua binatang buas adalah suci dan menyucikan dan boleh berwudhuk.

15. air lebihan wanita haidh: wanita haidh adalah kekal suci, air lebihan minuman wanita haidh juga suci.

WUDHUK LELAKI DAN WANITA DALAM SATU BEKAS Pada zaman Rasulullah SAW, para lelaki dan

wanita berwudhuk bersama-sama (suami dan isteri, wanita dan mahramnya seperti ayah, adik atau abang, tidak dengan lelaki ajnabi kerana boleh terbuka auratnya semasa berwudhuk). Ini menjadi dalil bahawa dibolehkan berwudhuk dengan menggunakan satu bekas yg sama. Kata ibn Hazm: walaupun mereka saling celup mencelup untuk berwudhuk, dan ini diharuskan.

Dalil dari Aisyah RA: aku dan Rasulullah SAW mandi junub dari satu bekas yang sama.

Kata Imam Nawawi : Harus wanita berwudhuk dengan air lebihan wudhuk lelaki. Begitu juga dengan lelaki kerana Rasulullah SAW pernah berwudhuk dengan air lebihan mandi junub Maimunah, hadith riwayat Ahmad.

Hadith lain dari Ibn Abbas: Sebahagian para isteri Rasulullah SAW sedang mandi, kemudian dtg Rasulullah SAW untuk berwudhuk, maka salah seorang dari isteri Baginda berkata, Ya Rasulullah, sesungguhnya kan aku berjunub..maka Rasulullah menjawab; “air tak berjunub”. Hadith diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashabul sunan.

TATACARA BERWUDHUKPerkara fardhu dalam wudhuk:1. Niat2. Membasuh Muka3. Membasuh kedua tangan hingga ke

siku4. Menyapu muka.5. Membasuh kedua2 kaki hingga ke

buku lali.6. Tertib7. Berturut2

top related