kuliah 7 - pemilihan & aturan tanaman
Post on 07-Dec-2015
236 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pemilihan Dan
Aturan Tanaman
“Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika andatidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan”.
- Peribahasa Arab
PEMILIHAN DAN ATURAN TANAMAN
PEMILIHAN TANAMAN
• Memilih tanaman yang tahan terhadap serangan penyakit atau serangga.
• Mempunyai bentuk yang tersendiri dan ukurannya sesuai.
• Tumbuhan di kawasan rata – bentuk bulat dan mengembang.
• Tumbuhan di kawasan gunung / bukit – bentuk piramid dan bujur.
PEMILIHAN TANAMAN
1. POKOK RENEK• mempunyai banyak batang yang mengeluarkan dahan
berdekatan dengan aras tanah dan mempunyai ketinggian kira-kira tiga kaki:
a) Pokok renek berbunga – bunga kertas
b) Pokok renek berdaun – pokok puding
c) Pokok renek pagaran – pokok duranta
POKOK RENEK
• Kawasan rumah yang luas – boleh ditanam secara kelompok dan
memadai dengan sebatang pokok sebagai tanaman spesimen jika kawasan sempit.
• Apabila menanam secara kelompok, jarak tanaman mestilah rapat dan tidak dalam satu barisan supaya kelihatan lebih berkesan.
PEMILIHAN POKOK RENEK• Susun dan gabung tanaman renek ini berasaskan gabungan
yang menarik
• Bentuk yang sesuai dengan landskap
• Aturan dan susunan tanaman ikut tekstur dan warna
• Pilih tanaman yang sesuai dengan reka bentuk garisan melengkuk atau campuran bulat
• Pokok renek yang digabung mesti boleh dilihat dari semua arah.
POKOK RENEK
POKOK HIASAN• Ditanam untuk mencantikkan kawasan landskap & untuk
menarik perhatian.
• Mempunyai bunga, buah, daun, batang dan bentuk yang menarik.
• Bilangan pokok hiasan bergantung pada ukuran pokok, luas kawasan, pendedahan kepada angin dan matahari, kesuburan tanah, pertumbuhan akar dan keadaan topografi.
Panduan Untuk Memilih Pokok Hiasan:-
i. Pilih pokok yang sesuai dengan tanah, bentuk, ukuran dan luas kawasan.
ii. Pilih pokok yang tidak mengeluarkan buah yang mudah gugur atau lembik atau mempunyai akar yang boleh merosakkan permukaan turapan, tembok dan konkrit.
iii. Pilih pokok yang lambat pertumbuhan kerana pokok jenis cepat membesar rapuh dan cepat mati.
iv. Pilih pokok yang sihat dan mempunyai bentuk tersendiri.
POKOK HIASAN
POKOK MENJALAR• Digunakan untuk memberi warna dan teduhan
jika kawasan rumah sempit.
• Boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam atas pergola atau gazebo.
• Melembutkan struktur keras
• Untuk daya tarikan dan tumpuan.
POKOK MENJALAR
POKOK PENUTUP BUMI
• Tujuan:- untuk kawal rumpai, elak hakisan serta
mencantikkan kawasan.
• Boleh ditanam bersama pokok renek untuk mereka bentuk kawasan yang menarik.
POKOK PENUTUP BUMI
POKOK BUNGA• Sejenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat kurang
daripada setahun
• Lokasinya mesti mendapat cahaya matahari sepenuhnya
• Tidak dijadikan tumpuan lebih daripada elemen lain
• Ditanam sebagai elemen untuk mencantikkan bangunan rumah.
POKOK BUNGA• Ditanam dalam satu kumpulan satu warna supaya
kelihatan lebih berkesan.
• Apabila menanam pokok bunga, tentukan lebar batas tidak lebih drpd 1.5m untuk memudahkan kerja penjagaan
• Tidak digalakkan ditanam terlalu dekat dengan rumah – boleh sesakkan keadaan rumah.
POKOK BUNGA
ATURAN TANAMAN
ATURAN TANAMAN• Sebelum menanam pokok:-
garisan senibina dan bentuk rumah keseluruhannya perlu dianalisiskan.
• Beri perhatian pada:i. Pemandangan keseluruhan depan rumahii. Ikut kedudukan pintu rumah, tingkap dan struktur
lain.
**** Fikirkan bagaimana aturan tanaman di bahagian depan boleh menambahkan nilai estetik dan bagaimana hadangan boleh diadakan untuk mengurangkan tumpuan kepada rekaan seni yang kurang menarik.
ATURAN TANAMAN
• Jika kawasan rumah mempunyai ruang yang besar:-a. Pokok hiasan boleh ditanam untuk membingkai pemandangan bahagian depan rumah b. Landskap boleh dijadikan lebih harmoni dan menarik jika bentuk struktur seni bina diulangi dengan memilih tanaman yang sama.
ATURAN TANAMAN• Bagi rumah dua tingkat:-
- pilih pokok yang tinggi berdahan dan tentukan dahan-dahan tidak melindungi rumah.- Elak tanam pokok kecil – rumah kelihatan tinggi dan tidak seimbang dengan landskap.
ATURAN TANAMAN• Bagi rumah yang terdedah kepada kepanasan
petang atau pagi:-- Pilih pokok yang mempunyai bentuk dan tekstur yang boleh memberi perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari.
ATURAN TANAMAN
• Untuk menambahkan pemandangan yang menarik dari arah jalan:-- tanaman ditanam dengan sudut 30-45 darjah untuk membingkai rumah.- Jarak dan sudut ini selalu dilihat oleh orang yang lalu lalang.
Aturan tanaman untuk membingkai pemandangan
rumah
ATURAN TANAMAN• Pemilihan tanaman berdasarkan kpd bentuk rumah:
a. Rumah kelihatan tinggi – pokok yg mempunyai ciri-ciri menegak
b. Rumah mendatar – pokok yg berdahan lebar atau pokok yang berbentuk
mendatar atau bulat.
BIBLIOGRAFI
Sekian, Terima kasih…!!!
“Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap”.
top related