kuiz peribahasa

Post on 22-Jul-2015

187 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kuiz Peribahasa: Kejutan Hari Ibu

P3-P4 Remedial

08.04.2015

Arahan Kuiz

• Dengar cerita Kejutan Hari Ibu dengan teliti.

• Fahami erti peribahasa yang berwarna merahdalam cerita itu.

• Selesainya cerita itu, kamu akan diberikan teksyang tidak lengkap. Hanya makna akandiberikan.

• Gantikan makna-makna itu dengan peribahasayang telah kamu pelajari.

• Pemenang akan menerima hadiah.

Baik budi

Ibu seorang yang baik budi. Sifatnya yang penyayang membuat keluarganya rasa gembirajika dia ada di rumah. Dia juga mengajar anak-anaknya untuk selalu menghormati orang tuadan bercakap baik.

Ikat perut

Jika anak-anaknya memerlukan sesuatu, Ibu tidak akan ikat perut memberikannyakepada mereka. Dia akan membawa anak-anaknya pergi membeli-belah.

Ambil beratIbu memang tidak lokek. Selain daripada

membeli-belah, Ibu ambil berat tentang harijadi anak-anaknya dan juga Hari Kanak-kanak. Ibu sering memberikan hadiah yang istimewakepada mereka.

Anak emas

Pada ibu, setiap anaknya ialah anak emas. Dia amat menyayangi semua anak-anaknya danmenjaga mereka dengan sangat baik.

Berat sebelah

Jika mereka bergaduh, Ibu tidak pernahberat sebelah. Siapa yang salah akan ditegurIbu. Semua anak-anaknya diberikan kasih sayangyang sama.

Ada akal

Untuk Hari Ibu yang akan datang bulan Mei ini, Rashid ada akal untuk menyiapkan sebuahkejutan untuk ibunya.

Ada jalan

“Mesti ada jalan untuk membuat ibuterkejut dan gembira! Hehehe…” bisik hatiRashid.

Campur tangan

Sambil Rashid merancang kejutan untukibunya, kakaknya, Raudah, ingin campur tangan.

“Adik buat apa tu? Kakak ingin bantu!” kata Raudah.

Hati emas

Raudah mempunyaihati emas. Dia memang sukamenolong orang, tidak kirakeluarga ataupun kawan.

Buah tangan

“Jom siapkan buah tangan untuk ibu!” kata Rashid dengan ghairah.

Jaga mulut

“Boleh. Tapi harus jaga mulut tau. Bilangibu, hadiah ini untuk kawan sekolah kami!” sambung Rashid lagi dengan tersengih-sengih.

Ambil hati

“Itu bahaya, Rashid. Nanti ibu ambilhati kerana terfikir awal-awal bahawa hadiah itumemang untuknya. Kasihan ibu,” kata Raudah.

Cari jalan

“Hmm... Mungkin kita boleh cari jalan untukmenyembunyikan hadiah itu daripada ibu!” cadangRaudah. Raudah pun berfikir.

“Simpanlah hadiah itu di bawah katil Rashid. Ibu pasti tidak akan tahu!” kata Raudah lagi.

Ada bakat

“Haha! Betul lah kata kakak. Kakakmemang pandai, ada bakat untukmerancang kejutan ya!” usik Rashid.

Besar hati

“Tak sabarlah untuk berikan kepadaIbu! Pasti dia besar hati menerimanya,” kata Raudah.

Sudah sedia

Peribahasa apakah ini?

Ibu seorang yang (berperangai mulia). Sifatnya yang penyayang membuat keluarganyarasa gembira jika dia ada di rumah. Dia jugamengajar anak-anaknya untuk selalumenghormati orang tua dan bercakap baik.

Peribahasa apakah ini?

Jika anak-anaknya memerlukan sesuatu, Ibu tidak akan (lokek atau kedekut) memberikannya kepada mereka. Dia akanmembawa anak-anaknya pergi membeli-belah.

Peribahasa apakah ini?Ibu memang tidak lokek. Selain daripada

membeli-belah, Ibu (memberikan perhatian) tentang hari jadi anak-anaknya dan juga HariKanak-kanak. Ibu sering memberikan hadiahyang istimewa kepada mereka.

Peribahasa apakah ini?

Pada ibu, setiap anaknya ialah (orang yang sangat disayangi). Dia amat menyayangi semuaanak-anaknya dan menjaga mereka dengansangat baik.

Peribahasa apakah ini?

Jika mereka bergaduh, Ibu tidak pernah(tidak adil). Siapa yang salah akan ditegur Ibu. Semua anak-anaknya diberikan kasih sayangyang sama.

Peribahasa apakah ini?

Untuk Hari Ibu yang akan datang bulan Mei ini, Rashid (memiliki idea) untuk menyiapkansebuah kejutan untuk ibunya.

Peribahasa apakah ini?

“Mesti (mempunyai cara) untuk membuatibu terkejut dan gembira! Hehehe…” bisik hatiRashid.

Peribahasa apakah ini?

Sambil Rashid merancang kejutan untukibunya, kakaknya, Raudah, ingin (masuk campur).

“Adik buat apa tu? Kakak ingin bantu!” kata Raudah.

Peribahasa apakah ini?

Raudah mempunyai(sangat baik hati). Diamemang suka menolongorang, tidak kira keluargaataupun kawan.

Peribahasa apakah ini?

“Jom siapkan (barang yang dibawa sebagaihadiah) untuk ibu!” kata Rashid dengan ghairah.

Peribahasa apakah ini?

“Boleh. Tapi harus (hati-hati apabilabercakap) tau. Bilang ibu, hadiah ini untukkawan sekolah kami!” sambung Rashid lagidengan tersengih-sengih.

Peribahasa apakah ini?

“Itu bahaya, Rashid. Nanti ibu (berasakecewa atautersinggung) keranaterfikir awal-awalbahawa hadiah itumemang untuknya. Kasihan ibu,” kata Raudah.

Peribahasa apakah ini?“Hmm... Mungkin kita boleh (berikhtiar

mengatasi masalah) untuk menyembunyikanhadiah itu daripada ibu!” cadang Raudah. Raudahpun berfikir.

“Simpanlah hadiah itu di bawah katil Rashid. Ibu pasti tidak akan tahu!” kata Raudah lagi.

Peribahasa apakah ini?

“Haha! Betul lah kata kakak. Kakakmemang pandai, (berkebolehan) untukmerancang kejutan ya!” usik Rashid.

Peribahasa apakah ini?

“Tak sabarlah untuk berikan kepadaIbu! Pasti dia (bangga atau gembira) menerimanya,” kata Raudah.

top related