ksj puisi moden asap

Post on 25-Jun-2015

813 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KAJIAN ANTOLOGIKASUT KELOPAK JANTUNGTINGKATAN 1Puisi Moden

Asap

Maya Iza Azizan

MAKSUDRangkap 1Asap, mengapakah bisamu memedihkan mataku menangis – tanpa sebab?

Maksud : Asap menyebabkan mata penyajak berair kerana berasa pedih.

Rangkap 2Asap, mengapakah rongga-ronggamu semakin lama semakin membesar dan aku tenggelam lemas tanpa airnya?

Maksud : Rongga asap yang semakin membesar menyebabkan manusia lemas.

jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

Rangkap 3

Asap,

hanya satu jantungku ini

telah kaurampas

berjuta-juta yang lain

tua dan muda

tanpa belas.

Maksud ;

Asap telah merosakkan saluran pernafasan dan merampas kehidupan manusia tanpa mengira tua atau muda tanpa belas kasihan.

Rangkap 4

Asap,

tidak dapat kurasai

dengan sentuhan

tetapi bahangmu cukup

memusnahkan segala

tanpa apinya.

Maksud ; Walaupun asap tidak dapat dirasai, asap dapat memusnahkan segala-galanya

walaupun tanpa api.jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

TEMA DAN PERSOALAN

Tema Bertemakan alam sekitar. Menceritakan

kesan pencemaran alam seperti asap terhadap manusia dan persekitaran.

Persoalan

Asap mencemarkan alam sekitar. Banyak manusia yang menderita akibat asap

di udara. Bahaya merokok. Asap memudaratkan kesihatan manusia. Kebakaran yang membawa kepada

malapetaka. jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

GAYA BAHASA

Personafikasi - telah kaurampas Pengulangan - asap (diulang 4 kali) Anafora - pengulangan perkataan ‘tanpa’ di

depan Sinkope - mu, kau, ku

jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

NILAI

Kesedaran. Penyajak sedar bahawa asap dan

rokok membahayakan kesihatan.

Rasional. Manusia wajar bersikap rasional

terhadap masalah pencemaran.

Prihatin. Penyajak prihatin terhadap

kesihatan.

jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

PENGAJARAN

Kita hendaklah mencintai alam sekitar agar dapat diwarisi generasi akan datang.

Kita hendaklah bersatu dan bekerjasama menjaga alam sekitar.

Janganlah kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri dan alam sekitar.

Jauhilah amalan merokok kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Kita perlu sedar bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

SEKIAN TERIMA KASIH

jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com

top related