konsep pengurusan bilik darjah

Post on 24-May-2015

13.832 Views

Category:

Documents

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Untuk dapatkan maklumat terperinci, dapatkan buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh penulis bersama Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin di pasaran.

TRANSCRIPT

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH

KONSEP proses untuk memastikan pelajaran dalam

bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkahlaku murid.

Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar

36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

Moskowitz dan Hayman (1976) - sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula.

Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah

Pelajari tentang murid Merancang persekitaran bilik darjah

dan rutin harian Menyusun atur sumber dan fasiliti bilik

darjah Merancang dan menyusun pengajaran

dan pentaksiran Berkomunikasi dengan ibu bapa atau

penjaga murid Merefleksi amalan pengajaran dan

pembelajaran

Model pengurusan 5S

SISIH menyisih dan

membuang

bahan lama dan

rosak

SUSUN susun atur

perabut, bahan belajar dengan kemas

SAPU bersihk

an persekit

aran bilik

darjah dengan

rapi

SERAGAM

pelihara keceriaan bilik

SENTIASA

AMAL amalan berteru

san dengan pemant

auan

Guru Efektif: dari perspektif pelajar

- SEORANG YANG SABAR- SEORANG YANG BAIK- MENGHORMATI PELAJAR- SMART- PELBAGAI BAHASA- TIDAK MERAPU DAN MEREPEK- MENGAMBIL TAHU DAN MENGAMBIL BERAT KETIKA MURID SAKIT- SEORANG YANG MENARIK (INTERESTING)- SEORANG YANG SELALU MENGHADIRI

Guru Efektif: dari perspektif pelajar - KECINDAN DAN KREATIF- SUKA MEMBANTU- MENYERONOKKAN- SANGAT MENGAMBIL TAHU- SEORANG YANG SERONOK DENGAN BAHAN PENGAJARAN- TIDAK TERGESA-GESA DENGAN PENGAJARANNYA- BERSIH DAN KEMAS (STRUCTURED)- MENEPATI MASA- SEORANG YANG DAPAT MEMPERKENALKAN IDE LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PELAJARAN

Penentu seseorang guru dinilai baik?

GURU EFEKTIF

KONSEP KENDIRI YG

TINGGI

LATAR BELA-KANG PEND

YANG SESUAI

BERMINAT DGN APA

YANG DIAJAR

MEMAHAMI PRINSIP

ASAS P & P

UTAMAKAN KEJAYAAN

MURID

B_FIKIRAN TERBUKA DAN ADIL

MENGAPLI- KASI

STRATEGI BERKESAN

PENGURU-SAN BILIK DARJAH

YANG BAIK

Ciri-ciri Guru yang Efektif dalam Pengurusan Bilik Darjah

Kualiti peribadi Kompetensi pengajaran-

pembelajaran Penghayatan dan amalan nilai

keguruan

Kualiti peribadi

empati dengan pemikiran murid, keupayaan mengamati murid menunjukkan fleksibiliti atau keluwesan ketika

membuat respon terhadap keperluan-keperluan murid benar-benar tulen (genuine) mendorong murid untuk berperanan dan mengambil

bahagian secara aktif menunjukkan semangat dan minat yang mendalam Kemahiran komunikasi interpersonal (dua hala) dan

intrapersonal yang berkesan guru sumber ilmu pengetahuan tertentu dan

bertindak selaku pakar

Kompetensi pengajaran-pembelajaran

mempunyai dan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan mata pelajaran yang diajar.

kecekapan amalan-amalan pedagogi dalam pengajaran.

kecekapan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. membuat penilaian mengesan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran keadilan dan bertanggungjawab ke atas proses

pembelajaran mengamalkan profesionalisme keguruan semasa

menjalankan tugas

Penghayatan dan amalan nilai keguruan

penyayang berpekerti mulia berdaya tahan

patriotik inovatif kreatif

berketerampilan berwibawa

patuh kepada profesion

Peraturan dan prosedur

Banyak kajian menunjukkan peraturan dan prosedur yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai rutin bilik darjah pada hari pertama persekolahan, telah banyak membantu perjalanan proses pembelajaran yang lancar.

Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal juga dapat membentuk murid menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi

Perlu kepada ketekalan pelaksanaan

Rutin dan prosedur bilik darjah Rutin bilik darjah merupakan satu set

jangkaan atau ekspektasi yang diharapkan dapat menjimatkan waktu serta melancarkan fungsi bilik darjah

Pembentukan peraturan dan prosedur

Dibina bersama guru dan pelajar serta diperjelaskan tujuannya pada hari pertama persekolahan.

Gunakan ayat yang ringkas, jelas dan tepat Peraturan dan prosedur perlu adil kepada guru dan

murid. Murid perlu merasakan peraturan dan prosedur tersebut adalah kepunyaan bersama.

Tidak terlalu banyak membina peraturan dan prosedur.

Tidak berlaku percanggahan dengan peraturan sekolah.

Nyatakan kesan dan akibat tidak mematuhi peraturan dan prosedur

Prosedur bilik darjah

1. Masuk ke kelas, duduk di tempat sendiri dan keluarkan buku mata pelajaran berkaitan mengikut jadual waktu kelas.

2. Sekiranya anda lewat, pastikan anda mendapatkan pas lewat dari pejabat hal ehwal murid.

3. Sekiranya anda ingin keluar untuk ke tandas atau pejabat, dapatkan kebenaran guru atau ketua kelas (sekiranya tiada guru di dalam kelas). Hanya seorang murid sahaja boleh keluar pada satu-satu masa.

4. Pada akhir waktu, kemaskan dan simpan semua buku dan peralatan belajar ke dalam beg, Tunggu sehingga kebenaran pulang diberikan.

Peraturan bilik darjah:

 1. Sampai ke kelas mengikut jadual dan bersedia

untuk belajar. 2. Ikut arahan dan hormati rakan-rakan serta guru.3. Angkat tangan dan tunggu kebenaran untuk

bercakap4. Duduk di tempat sendiri kecuali mendapat

keizinan untuk bergerak5. Ketika loceng pulang berbunyi, duduk di tempat

sendiri. Kebenaran untuk pulang hanya boleh diberikan oleh guru dan bukan oleh bunyi loceng.

AKIBAT

Sekiranya anda mematuhi peraturan dan prosedur ini: 1. Anda akan diberikan merit lima (5) poin 2. Satu (1) poin merit akan ditambah setiap bulan

sekiranya anda tidak kehilangan poin dalam tempoh tersebut.

 Sekiranya anda melanggar peraturan dan prosedur: 1. Kali pertama: amaran lisan 2. Kali kedua: kehilangan dua (2) poin merit 3. Kali ketiga: surat makluman kepada ibu bapa dan

larangan untuk keluar waktu rehat 4. Kali keempat: rujukan di buat kepada guru hal ehwal

murid atau guru besar

top related