konsep model membaca
Post on 14-Aug-2015
411 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Konsep model membaca adalah berkaitan dengan cara yang dilakukan oleh
seseorang pembaca semasa membaca dalam usaha mendapatkan makna
daripada teks yang dibaca.
MODEL bacaan adalah teori yang melibatkan idea atau pandangan dalam
proses membaca yang digunakan oleh pembaca yang berbeza. Model-model
yang utama dalam membaca adalah dalam proses pembacaan. Terdapat
beberapa model atau teori yang berkaitan dengan membaca yang dikemukakan.
Konsep model membaca adalah berkaitan dengan cara yang dilakukan oleh
seseorang pembaca semasa membaca dalam usaha mendapatkan makna
daripada teks yang dibaca. Usaha secara grafik menggambarkan cara
memahami perkataan, memproses klausa dan memahami teks. Jenis-jenis
Model Bacaan Terdapat tiga model utama dalam membaca teks. Model-model
ini dikemukakan oleh ahli dalam bidang bacaan dan sering dirujuk bagi
menunjukkan proses dalam pembacaan itu sendiri. Model atas-ke-bawah (Top-
down model) Model bacaan ini berasaskan model psikolinguistik oleh
Goodman (1967,1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memfokuskan
peranan pembaca dan bacaannya yang bersifat linear tetapi bergerak daripada
atas ke bawah. Pembaca memainkan peranan utama semasa memahami teks
yang dibaca. Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks
dan mengurangkan kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa.
Pembaca terlibat dalam suatu pusingan yang bermula dengan pembentukan
hipotesis yang berkaitan makna dan kemudian memberikan contoh hipotesis itu
membuat pengesahan ataupun tidak mengesah-kan hipotesis itu sebelum
membuat semakan atau membetulkan mana yang perlu. Oleh kerana pembaca
mengambil sampel kiu tekstual bagi mengesahkan ataupun menolak hipotesis,
membaca dikatakan sebagai psikolinguistik permainan tekaan. Peranan utama
pembaca adalah mengawal keseluruhan maklumat visual dan bukan visual
semasa membaca. Maklumat visual merujuk kepada bahan bercetak manakala
maklumat bukan visual merujuk kepada pemahaman bahasa yang berkaitan
dengan pengetahuan kandungan dan kebolehan membaca secara umum. Lebih
banyak pembaca memahaminya semakin kurang keperluan mendapatkan
maklumat dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, apabila pembaca
membaca teks, maksud dan jangkaan pembaca dapat membantu menghuraikan
anggapan maklumat yang dibaca sama ada dalam bentuk visual ataupun bukan
visual. Kedua-dua jenis maklumat itu boleh saling bertukar ganti antara satu
dengan yang lain. Pembaca yang menggunakan pengetahuan lalu kurang
bergantung kepada teks. Dengan membawa lebih banyak pengetahuan lalu
dalam proses membaca, pembaca memperoleh jawapan pada soalan dan
jangkaan berkenaan teks dengan memilih kiu bahasa yang paling produktif di
dalam teks. Soalan dan jangkaan dapat dijawab dengan memuaskan, pembaca
dikatakan sudah memahami teks. Walau bagaimanapun, dalam membaca
bahasa kedua, terdapat juga kelemahan dan batasannya. Sebagai contoh,
penekanan secara tunggal dalam membuat ramalan yang dibuat semasa
membaca mengelirukan pembaca. Kajian menunjukkan pembaca yang baik
mendapat maklumat visual dengan tepat dan cepat sementara pembaca yang
lemah membaca dengan menggunakan strategi membaca tahap tinggi (Devine,
1988). Sementara itu, pembaca yang ber-gantung hanya berasaskan jangkaan ke
atas pengetahuan lalunya mungkin membina makna yang mempunyai hubungan
yang sedikit dengan makna pengarang. Keadaan ini mempengaruhi pemahaman
teks yang dibaca (Campbell & Malicky, 2000). Pandangan lain dalam
membincangkan model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967)
yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan,
andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas
berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah
jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula
dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf
dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi
kandungan teks itu wujud. Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi
kemahiran mengekodkan grafik yang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke
dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model ini
menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan. Antaranya ialah: a.
Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks yang
dibaca. b. Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna. c.
Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya
mewujudkan makna. d. Dikenali juga sebagai model 'Dalam Ke Luar',
‘Berpandukan Konsep' atau 'Keseluruhan ke Bahagian'. Frank Smith
merumuskan terdapat beberapa ciri yang ber-kaitan dengan model membaca ini,
iaitu: a. Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan.
b. Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata. c.
Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya
mengeluarkan makna daripada teks bacaan. Oleh itu matlamat membaca model
ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak balas daripada
teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan
menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna.
Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif
iaitu seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna
sebagai hasil. Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa
berinteraksi dengan teks. Berdasarkan model tersebut, pendekatan mengajar
membaca berdasarkan prinsip berikut: a. Pembaca dapat memahami bahan
daripada teks yang dibaca walaupun tidak mengenali setiap perkataan yang
dibaca. b. Pembaca perlu menggunakan makna dan isyarat tatabahasa bagi
mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. c. Membaca bagi tujuan
mendapatkan makna adalah objektif utama dan lebih baik daripada menguasai
huruf, hubungan bunyi dan perkataan. d. Membaca memerlukan penggunaan
aktiviti mencari makna lebih daripada menguasai kemahiran mengenali
perkataan sahaja. e. Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat,
paragraf dan keseluruhan bahan. f. Perkara penting berhubung membaca adalah
jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh melalui pembacaan. Rumusan model
ini adalah: a. Menegaskan perkara yang dimiliki oleh pembaca seperti
pengetahuan terdahulu dan pengalaman pada teks yang dibaca bagi tujuan
pemahaman. b. Menyatakan yang kefahaman bermula dalam minda pembaca
yang mempunyai beberapa gugusan idea mengenai makna teks yang dibaca. c.
Makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian
kecil. Contohnya daripada penguasaan semantik pada isyarat sintaksis. Model
bawah-ke-atas (Bottom-up model) Model ini dibincangkan dengan meluas oleh
beberapa pengkaji. Antaranya adalah Gough (1972, 1985) iaitu tokoh utama
teori ini. Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila
matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca
melalui suatu siri perlakuan yang berurutan. Berdasarkan dapatan pemerhatian,
tumpuan mata pembaca ke atas teks menghala kepada maklumat secara relatif.
Gough juga mengandaikan bagi setiap penetapan membaca teks, pembaca
memberikan tumpuan kepada teks, masa yang diambil oleh seseorang pembaca
adalah 100 milisaat bagi memproses 15 sehingga 20 huruf dan ruang sebelum
maklumat bagi penetapan seterusnya diproses. Pemprosesan membaca bergerak
secara linear, iaitu dimulai dengan mengecam huruf, mengekodkan pada tahap
fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan
semantik. Ini bermakna maklumat yang baru diterima sebelum itu
ditransformasikan dan direkodkan selanjutnya. Bagi menginterpretasikan dan
memahami ayat, pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan
ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks. Keadaan ini kelihatan
menyusahkan kerana tidak melihat kepentingan peranan pengetahuan lalu
pelajar dalam membina makna. Walau bagaimanapun, model bawah-ke-atas
sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat membaca bagi kebanyakan
pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah. Golongan pembaca itu lebih
memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.
Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil bermula daripada huruf,
kemudian menjadi perkataan dan seterusnya membentuk ayat. Proses membina
kefahaman teks terjadi secara automatik (Eskey 1988; Stanovich 1990). Antara
inti pati yang terkandung dalam model ini adalah: a. Memberikan penegasan
pada teks bertulis. b. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari
makna. c. Timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks. Model ini dapat
dirumuskan menurut pandangan-pandangan seperti yang dihuraikan seperti di
bawah: a. Membaca adalah proses yang bersiri. Analisis visual huruf demi
huruf, membawa kepada mengenal pasti secara positif setiap perkataan melalui
pengekodan fonemik. b. Peraturan yang leksikal, sintaksis dan semantik
diaplikasikan pada penghasilan fonemik yang dinyatakan dalam bentuk cetakan.
c. Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau prinsip abjad. d.
Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan pada
pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan, makna dan pola sintaksis
bahasa itu. e. Menulis hanya bagi merekodkan pertuturan. f. Teks bertulis
diorganisasikan secara berhierarki iaitu pada tahap grafemik, fonemik, suku
kata, morfem, kata dan ayat. g. Pembaca memproses unit linguistik yang
terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami unit
yang lebih besar iaitu binaan ayat. h. Pembaca mesti belajar mengubah daripada
simbol auditori kepada isyarat bahasa. i. Pembaca mesti belajar menguasai
secara automatik tindak balas ke atas pola-pola visual teks. j. Belajar membaca
bertujuan memperkembangkan jarak tindak balas secara kebiasaan pada pola
yang lebih khusus dalam bentuk grafik. Daripada segi pendekatan mengajar,
pendukung model ini percaya pembaca perlu: a. Mengenal pasti ciri huruf. b.
Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf. c. Menggabungkan huruf bagi
memilih pola ejaan. d. Menghubungkan pola ejaan bagi memilih perkataan. e.
Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks. Model
membaca interaktif Berdasarkan gabungan kedua-dua model yang
dibincangkan, model membaca interaktif dikatakan lebih berpengaruh di
kalangan pembaca bahasa pertama dan kedua. Perkembangan awal model ini
banyak dibincangkan oleh Rumelhart (1977) dan Stanovich (1980, 1981).
Menurut Rumelhart, membaca adalah proses perseptual dan kognitif. Tambahan
pula, pembaca yang mahir perlu menggunakan maklumat deria, semantik dan
pragmatik bagi menyempurnakan tugasan dalam membaca yang ditetapkan.
Sumber maklumat yang pelbagai digunakan dengan cara yang kompleks semasa
proses membaca. Model ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif
bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza
dengan model membaca atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas, model interaktif
melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat
tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud pada kedua-dua tahap atas-ke-
bawah dan bawah-ke-atas secara serentak. Tahap membaca pemahaman teks
dihuraikan dengan sejauh mana pemboleh ubah pembaca seperti tahap minat ke
atas teks, tujuan membaca teks, pengetahuan berkenaan topik, kecekapan
bahasa, kesedaran proses membaca, tahap kesanggupan menerima risiko dan
sebagainya, berinteraksi dengan pemboleh ubah teks iaitu jenis teks, struktur,
sintaksis, perbendaharaan kata dan sebagainya. Oleh itu, bagi membina makna,
proses membaca bertugas secara bersama-sama pada tahap teks yang berbeza-
beza. Proses membaca dikatakan bermula dengan maklumat grafemik
didaftarkan dalam simpanan maklumat visual. Daripada bentuk kritikal input
grafemik bergerak dalam alat pencerakin yang berfungsi menginterpretasikan
maklumat pembaca yang lalu. Model atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas boleh
timbul secara silih berganti ataupun pada masa yang sama dalam proses
membaca. Model ini menghuraikan proses membaca yang bergerak daripada
atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas bergantung kepada jenis teks yang dibaca.
Keberkesanan penggunaan model ini bergantung kepada latar belakang
pembaca, tahap kefasihan membaca, motivasi, strategi yang digunakan dan
kepercayaan budaya yang dianuti. Model interaktif mencadangkan pembaca
membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada
semua sumber makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis dan semantik
tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Pembaca pada masa yang sama
menggunakan semua peringkat proses membaca. Model ini juga menggunakan
cetakan teks sebagai input dan makna sebagai output. Bagaimanapun pembaca
yang menetapkan input dan mereka berinteraksi dengan teks, memilih
menggunakan sedikit isyarat daripada teks bagi tujuan membina makna.
Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif. Ia adalah
proses yang menggabungkan atau menjadikan kedua-duanya berbeza. Pembaca
yang mahir mesti dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik,
maklumat pragmatik bagi menyempurnakan matlamat. Sumber maklumat yang
pelbagai timbul bagi berinteraksi dalam pelbagai cara yang kompleks semasa
proses membaca. Terdapat beberapa teori atau model membaca yang dapat
membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat
menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun
pada tahap yang lebih tingi. Wakzyk (2000) menghuraikan proses membaca
secara automatik dan kawalan seperti dihuraikan di bawah: Teori memindahkan
maklumat Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan
Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab
secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan
maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf
demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca
berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka
surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca
memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses
pemindahan tersebut. Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan
membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada
teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala
pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya sedemikian. Selalunya
kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti
dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa
kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan. Teori
membaca secara automatik La Berger dan Samuel (1974) menganjurkan teori
membaca secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya per-kembangan
dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu,
model ini juga menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik
dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran
membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan
dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini
diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Sehubungan
dengan itu, model ini meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran
pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan.
Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik
berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. Oleh
itu, ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif
supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan. Teori
kecekapan verbal Perfetti (1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting
dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan
kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan
kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang
berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau
cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi
meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini, setiap pembaca
mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal.
Bertambah efisien seseorang pembaca dalam kecekapan verbal, bermakna lebih
banyak perhatian dan sumber ingatan bagi rujukan. Selain daripada itu, teori ini
berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada
perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca
(Benjafield, 1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub
komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak
cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Tidak cekap
dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad. Kekurangan
pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan
pembaca memahami kandungan teks. Berdasarkan teori membaca di atas, nyata
wujud kepentingan membaca bagi tujuan pemahaman dan kelancaran
pembacaan. Dalam kajian ini, penggunaan teori membaca yang melibatkan ciri
automatik dan kecekapan penggunaan perbendaharaan kata membantu
keberkesanan penguasaan membaca. Model-model lain dalam proses membaca
dapat dihuraikan seperti berikut: Model psikolinguistik Goodman (1994)
menghuraikan aktiviti membaca sebagai permainan bercorak 'teka-teki
psikolinguistik'. Pandangan ini dikaitkan dengan tugas pembaca membina
makna sebaik mungkin daripada mesej yang dikodkan oleh penulis melalui
grafik yang dipaparkan. Ketika mengaitkan aktiviti membaca dengan proses
psikolinguistik, Rigg (1986) menyatakan proses membaca bukan sekadar
menukarkan huruf pada bunyi atau mengecam dan menuturkan semula
perkataan, tetapi melibat-kan proses komunikasi antara penulis dan pembaca.
Oleh itu komunikasi yang diwujudkan adalah aktiviti membina makna
berdasarkan teks yang dibaca. Sehubungan dengan itu, Goodman (1984)
menyatakan makna dibina melalui transaksi antara pembaca dan teks melalui
pertukaran skemata pembaca dan teks. Mereka menegaskan makna tidak
terdapat dalam teks. Di samping itu, makna wujud dalam diri penulis dan
pembaca dan teks mempunyai potensi membentuk makna. Walaupun makna
terbina melalui transaksi antara pembaca dan teks, makna yang lahir bergantung
kepada ciri-ciri pembaca dan teks. Goodman (1984) menegaskan, semasa
proses transaksi antara pembaca dengan kandungan teks dan penulis teks,
sistem kiu dan strategi pengisian diaktifkan. Sistem kiu dalam membaca
meliputi sistem grafonik, sintaksis dan semantik. Grafonik adalah sistem bahasa
penulisan dan berkaitan dengan sistem tulisan dan sistem bunyi. Manakala
sistem sintaksis pula merangkumi tatabahasa bahasa itu sementara sistem
semantik merujuk kepada makna bahasa yang terkandung dalam sistem
pragmatik bahasa. Sehubungan dengan itu, strategi kognitif pembaca
memainkan peranan yang penting dalam membina makna melalui model ini.
Menurut Goodman (1984), memandangkan aktiviti membaca sebagai
‘permainan’ bercorak tekaan psikolinguistik, pembaca yang efisien sering tidak
mem-berikan perhatian ke atas setiap huruf dan perkataan yang terkandung
dalam teks. Sebaliknya, mereka secara efisien menggabungkan contoh-contoh
idea atau isi kandungan daripada teks dan membuat ramalan ke atas maklumat
yang diperoleh. Di samping itu, pembaca juga secara tekal membuat
pengesahan berdasarkan ramalan yang dibuat. Apabila ramalan atau hipotesis
yang dibina itu tidak dapat disahkan, mereka membetulkan ramalan itu sesuai
dengan pengetahuan sedia ada pembaca. Pembaca yang efisien juga
memenuhkan kekosongan yang terdapat dalam maklumat yang tidak wujud
semasa ramalan itu dibuat. Daripada mula membaca sehingga tamat, semua
strategi yang digunakan seperti memilih sampel, ramalan, mengesahkan
ataupun tidak mengesahkan ramalan, pembetulan dan membuat kesimpulan,
digunakan oleh pembaca secara konsisten. Oleh itu, ketika membincangkan
proses membaca teks, pembaca menggunakan strategi yang sesuai memahami
serta membuat ramalan bagi menjangka maklumat atau idea yang disampaikan
oleh pengarang. Model membaca Clay (1991) Menurut Clay (1991), membaca
melibatkan aktiviti melahirkan semula mesej menggunakan bahasa. Model ini
banyak dikaitkan dengan aktiviti membaca teks secara mekanis. Selalunya,
pembaca berhadapan dengan situasi pengawalan ke atas penggunaan bahasa
lisan terutamanya ketika membaca secara mekanis. Bagaimanapun bahasa lisan
itu berbeza dengan dialek yang sering digunakan oleh pembaca. Ini disebabkan
penguasaan bahasa lisan ketika membaca mekanis memerlukan pembaca
menggunakan kemampuan menuturkan bahasa itu dengan baik. Ketika
membaca secara mekanis, pengawalan penggunaan bahasa lisan dapat
membantu pembaca membina makna dan menyusun ayat dengan baik. Menurut
Clay (1991) lagi, membaca juga melibatkan pengetahuan pembaca ke atas
peraturan-peraturan yang digunakan ke atas bahasa tulisan yang dicetak.
Peraturan yang dimaksudkan termasuklah arahan yang melibatkan peraturan,
format ruang dalam penulisan, persoalan yang dikemukakan dan sebagainya.
Aspek ini sering tidak diberikan perhatian oleh pembaca kerana mereka
menganggap proses membaca adalah mudah. Sehubungan itu, membaca bagi
tujuan mendapatkan makna sangat penting diberikan penekanan di samping
penguasaan membaca secara mekanis. Model membaca Schraw dan Bruning
(1996) Berdasarkan model ini, Schraw dan Bruning (1996) menyatakan
pembaca berpegang kepada beberapa jenis fahaman yang memberi kesan
kepada cara bagaimana mereka membaca. Model itu mencadangkan supaya
setiap pembaca mengamalkan 'model mental' bagi proses membaca yang
menekankan interaksi pembaca dengan teks. Model ini lebih mementingkan
kekuatan mental pembaca dalam menanggapi teks yang dibaca. Dalam kajian
yang dilakukan, pengkaji menggunakan terminologi 'teks epistemologi' bagi
mem-bayangkan sistem kepercayaan pembaca. Pembaca sebagai penganalisis
teks, mempunyai pegangan yang tersendiri pada sesuatu perkara yang
dibentangkan dalam teks. Oleh itu, kekuatan mental pembaca mengolah idea
penulis serta menanggapi isi kandungannya merujuk kepada pegangan atau
anutannya ke atas sesuatu konsep. Schraw dan Burning (1996) juga
membincangkan kesan model membaca itu dalam proses membaca teks.
Mereka menganggap apabila pembaca menggunakan model mental, pembaca
perlu berhadapan dengan teks dengan merujuk kepada model atau
pegangannya. Kajian-kajian yang dijalankan juga melibatkan cara pembaca
membina makna, memberikan respons ke atas teks dan semua itu bergantung
kepada jenis model yang dipegang oleh pembaca semasa proses membaca. Di
samping itu, mereka juga menganggap pembaca tidak secara eksplisit sedar
berhubung model yang digunakannya ketika membaca. Oleh itu, semasa
membaca sering kali pembaca tidak dapat membina makna akibat tidak dapat
mengawal pembacaannya melalui strategi yang sesuai. Kesimpulan Dalam
proses membaca, model yang dibincangkan tadi memberikan panduan kepada
pembaca sejauh manakah mereka dapat melihat teknik yang digunakan dalam
aktiviti membaca. Dengan pemahaman itu pembaca dapat menentukan corak
bacaan yang sesuai digunakan dan mereka dapat memanfaatkan bahan bacaan
dengan baik.
Mengajar Membaca Edisi Kedua
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam
perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah
membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih.
Kaedah – kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman.
Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori-
teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W.
Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam
suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah
berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini
akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.
Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu
pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru.
Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses
pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi
pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu
pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan
sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran
itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia
melalui pengalaman
Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan
kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri
daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman
ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara
berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.
Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan,
pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler,
Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses
pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses
celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari
pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di
padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula
seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.
PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:
1. Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran
yang baru.
4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih
mengingati.
5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.
PENDEKATAN TEORI KOGNITIF.
1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di
terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat
lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian
masalah.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.
Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada
penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini
juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan
jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan
jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean
Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat
proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan
maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam
menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana
idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada
akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan
Konstruktivistime.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.
2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan
perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan
secara kumpulan ketika bermain lego.
3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses
belajar dilangsungkan.
4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal
dan pengetahuan sedia ada murid.
5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses
pembelajaran.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid
supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai
oleh guru.
2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid
dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.
3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran
terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan
murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia
ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang
baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah,
disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap
semasa makan.
5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam
aktiviti pembelajaran.
6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif
digunakan dalam proses pembelajaran.
7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik
pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif
berbanding aktiviti berkumpulan.
TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET
Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan,
pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan.
Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-
kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan
kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan
dilalui oleh semua kanak-kanak.
1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-
kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang
dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan
deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini
juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek
yang dapat dilihat sahaja.
2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula
menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka
sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan
keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep.
Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih
bertutur.
3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak
mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang
konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan
peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu
perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih
terbatas kepada konkrit sahaja.
4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari
sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat
perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha
menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang
lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan.
Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan
semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan
kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat
diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan
tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah
sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu
akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu
yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu
satu proses yang merubah struktur kognitif.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan
satu sistem maklumat yang baru.
2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat
kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan
mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada
tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan
pengalaman.
3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah.
Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu
sebelum mempelajari nombor.
4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan
dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan
bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan
bahasa.
5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara
aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan
sokongan dapat merangsang mereka.
TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY .
Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di
dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada
interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut
Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang
baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak
sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut
mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal
pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah
seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh
melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan
melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu
peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.
KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY
Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai
konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang
berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan
rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan
berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk
melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang
lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan
masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana
kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang
lain berdasarkan pengalaman masing-masing.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta
membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan
berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan
pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.
2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu
interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam
ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan
menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.
3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia
ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas
juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di
adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai
percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN
KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.
1. Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan
keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid
agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti
kemahiran hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan
dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah.
Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah
tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang
panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat
mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada.
2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-
kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam
kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan
supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid
tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan
dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu
kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan
menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk
membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung
garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru
dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu
untuk mencapai objektif pembelajaran.
3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha
sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid
untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas.
Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi
peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk
mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut
dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk
melakukannya.
4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun
mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan
Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut.
Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala
beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan
seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh
dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –
bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara
keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum
memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan
objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah
diri dan terasing.
5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini
dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan
kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan
bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka
bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka.
Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan
boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta
mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang
hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik
seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut
memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat
tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan
bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk
melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran.
6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada
peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-
kanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan
jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama
guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-
langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak
tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut
akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya.
Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut
dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari.
7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada
pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak
membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut.
Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut
dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan
jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku
tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan
pengajaran atau bahan media.
8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana.
Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu
dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti
memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti
yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa
membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RUMUSAN.
Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan
banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori
tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan,
proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai
setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak
kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan
berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang.
Teori – teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak
berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan
pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses
pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak
meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi
dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya
berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak
bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama
antara murid, guru dan bahan.
TAJUK 3 : KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
KAEDAH – PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-
prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang
digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah
berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang
digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur
yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang
harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.
Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
1- 1- Kaedah terus
2- Kaedah fonetik/ linguistik
3- Kaedah eklektik
4- Kaedah audio-lingual
5- Kaedah komunikatif
KAEDAH TERUS
Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai
bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus,
iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda.
Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang
diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini,
perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu.
Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan
yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran
sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah
diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh,
untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama
haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.
Contoh ayat :
• - Saya minum (ayat sebelumnya)
• -Saya minum susu (ayat baru)
Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran
mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan
penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa
ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara
berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.
KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK
Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut
dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat
yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan
cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-
simbol fonetik misalnya [Əma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa
diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu
dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu
diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan
berdasarkan apa yang didengar atau dibaca
KAEDAH EKLEKTIK
Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan
menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana
gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya.
Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut
susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa
diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar
dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.
KAEDAH AUDIO –LINGUAL
Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar
(audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan
bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact
disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-
murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram,
senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini,
murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman).
Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut
perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih
tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan
secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih
mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat
diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-
rakan.
KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-
kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan
pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif
khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses
pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses
menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-
guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui
aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang
bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.
TEKNIK- PENGENALAN
Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh
guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu
pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap
teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar
pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk
sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.
Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
• Teknik soal jawab
• Teknik main peranan
• Teknik lakonan/drama
• Teknik permainan bahasa
• Teknik hafazan
• Teknik latih tubi
• Teknik perbincangan
• Teknik penyelesaian masalah
TEKNIK SOAL JAWAB
Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik
ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi
pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
• - untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
• -untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
• -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan
pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan.
TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak
memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan
cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain
pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan.
Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh :
amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan
cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan
sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan
melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut.
Murid –murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara
spontan.
TEKNIK LAKONAN/DRAMA
Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan
kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur
paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini
dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di
samping menyuburkan sahsiah mereka.
*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui
permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-
murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah
kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa
yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :
• Permainan menyampaikan pesanan
• Permainan tekalah saya
• Permainan memerhati dan mengingat
• Permainan berpasangan
• Permainan slip undian
TEKNIK HAFAZAN
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini
mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi
adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata.
Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati.
Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa
baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat
itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan
secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan,
pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan
perbincangan.
TEKNIK LATIH TUBI
Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.
Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping
menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-
fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar,
melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima
aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
Aspek kebolehan menggunakan
bahasa
Huraian
• Sebutan (accent) menyebut perkataan atau suku
kata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa
makna dalam sesuatu situasi
• Tatabahasa (grammar) penggunaan bahasa yang tepat
berdasarkan hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek
• Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannnya dengan
penggunaan imbuhan yang
sesuai berdasarkan
konteksnya dalam situasi
tertentu
· Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan
lain-lain dengan cara spontan
tanpa menitikberatkan
maksudnya
• Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan
mengemukakan jawapan yang
wajar
TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid
meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-
murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah
dalam menjalankan teknik ini :
1- Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
2- Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik
seorang ketua.
3- Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama
mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan
tersebut supaya terarah.
4- Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka
teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan
masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti
membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah,
mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan
menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat
beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
teknik ini :
1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu
pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.
2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan
lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-
murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.
5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan
masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir
agak lambat secara individu.
Kaedah Membaca.
PENGENALAN.
Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa
kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk
membolehkan seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi
memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya.
Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah
membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah
merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah
kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.
Kaedah Abjad.
Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua.
Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad
tersebut.
Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa
kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada
beberapa huruf.
Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu.
Vokal : a, e, i, o, u
Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w
Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid.
Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan.
Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.
Contoh : ‘a’ untuk api.
Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa
Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid
dapat membaca perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran
membaca.
Kelemahan Kaedah Abjad.
Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak
memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca
sambil mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak
diulang kali dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang
penghayatan.
Rumusan Kaedah Abjad.
Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi
setiap perkataan. Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan
atau objek. Contohnya untuk perkataan ‘api’ , huruf pangkalnya ialah ‘a’. Maka
murid akan mengingati bahawa huruf ‘a’ itu digunakan untuk perkataan ‘api’.
Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar menggunakan
kaedah yang seterusnya.
Kaedah Fonetik.
- Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.
- Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.
- Asosiasi bunyi.
Contoh : Guru membunyikan ‘aa’ dan mengaitkannya dengan peristiwa atau
kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena api, ‘aaaaaaaaaaa panas!’
- Asosiasi gambar.
Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ‘ee’.
Guru memperkenalkan bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ dahulu kerana ‘e’ dan ‘o’ lebih
kurang digunakan.
Konsonan pula diperkenalkan dahulu ‘k’,’s’,’t’,’d’,’r’,’l’,’m’,’g’, dan ‘n’ kerana ia
bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain.
Kelebihan Kaedah Fonetik.
• Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
• Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
• Murid dapat mengurangkan beban memori.
• Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu
Kelemahan Kaedah Fonetik
1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.
2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.
5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan
mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.
Rumusan Kaedah Fonetik.
Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk
memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk ‘e’ merupakan furuf
vokal untuk perkataan ‘emak’. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf ‘l’ boleh
dikaitkan dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal
dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.
Kaedah Pandang Sebut.
Dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester
2 aktiviti : Membunyikan suku kata berdasarkan gambar
Membunyikan ayat berdasarkan gambar
Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu
mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.
Konsep Kaedah Pandang Sebut
· Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang
ditunjukkan oleh guru.
· Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks.
· Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan.
· Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan
tersebut.
· Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.
Kebaikan Kaedah Pandang Sebut.
Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa
dapat dijimatkan.
Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya.
Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran
membaca.
Kelemahan Kaedah Pandang Sebut.
§ Murid tidak pandai mengeja.
§ Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan.
§ Perbendaharaan kata murid terbatas.
§ Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai.
Rumusan Kaedah Pandang Sebut.
Kaedah pandang sebut ini merupakan kaedah yang digunakan dengan
cara pengamatan dan mengingat. Contohnya apabila guru menunjukkan kad
gambar dadu dan tertera ejaan ‘dadu’, murid akan mengamatinya dan mengingati
perkataan dan gambar tersebut. Apabila murid itu terpandang perkataan atau objek
yang sama dalam situasi lain, murid tersebut akan terus mengetahui bunyi dan
ejaan ‘dadu’ itu.
Kaedah Suku Kata.
Kaedah suku kata merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak
kelantangan. (Daniel Jones.)
v Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada
kehadiran vokal.
v Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal dan konsonan.
Jenis-jenis suku kata.
i) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (sos)
ii) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (api)
iii) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV (kereta)
iv) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+ KV(suasana)
Kelebihan Kaedah Suku Kata
Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk
mengeja bagi tiap-tiap perkataan yang dibaca.
Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar
yang banyak dan ini memudahkan guru-guru
menjalankan tugasnya.
Kelemahan Kaedah Suku Kata
• Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf.
• Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya
diperoleh
• Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi
huruf-huruf tersebut.
Rumusan Kaedah Suku Kata.
Kaedah suku kata ini,murid akan mengenal perkataan melalui ejaan
suku kata vokal dan konsonan. Contohnya perkataan ‘susu’, suku kata yang
digunakan ialah kv+kv=kvkv. Murid akan mengeja setiap satu suku kata dan
hasilnya murid tersebut akan mengetahui perkataan apakah yang tertera itu.
RUMUSAN.
Membaca merupakan proses yang kompleks. Oleh itu terdapat
beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai bacaan awal. Kaedah
bacaan awal terdapat beberapa jenis iaitu kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah
pandang sebut dan kaedah suku kata.
Kaedah abjad lebih berfokus terhadap pembunyian abjad dan guru pada
mulanya akan mengajar huruf vokal dan konsonan yang lebih mudah dan selalu
digunakan dahulu. Kaedah fonetik pula, murid perlu mengenal huruf dan
mengaitkannya dengan bunyi-bunyian. Kaedah fonetik terdapat dua jenis aktiviti
iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Manakala kaedah pandang sebut pula
ialah yang melibatkan aktiviti membunyikan suku kata dan ayat berdasarkan
gambar. Kaedah pandang sebut hanya memerlukan kanak-kanak mengecam
perkataan tanpa perlu mengeja dan ini akan menjimatkan masa kanak-kanak untuk
mengeja perkataan. Kaedah yang keempat pula ialah kaedah suku kata. Kaedah
suku kata merupakan ujaran terkecil yang mengandungi sekurang-kurangnya
sebuah vokal dan konsonan.
Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan
dan kelebihannya yang tersendiri. Ia terpulang kepada guru-guru untuk memilih
kaedah mana yang lebih sesuai dengan murid-murid mereka.
REFLEKSI.
Kerja kursus pendek ini iaitu Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104) yang
bermula dari 1 Julai hingga 18 Ogos 2011 memerlukan pembacaan dan
pengumpulan maklumat yang lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini,
saya berusaha untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi
dengan pensyarah pebimbing dan juga rakan-rakan.
Saya berjaya mendapatkan maklumat daripada buku-buku rujukan di
perpustakaan, daripada rakan dan juga dari sumber internet. Adakalanya saya
menghadapi sedikit kesukaran seperti maklumat yang kurang jelas dan tidak
lengkap. Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang
minimum juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut
menimbulkan masalah dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak ilmu
berkaitan kaedah bacaan awal untuk kanak-kanak. Kini saya telah mengetahui
beberapa jenis kaedah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang bakal guru kelak.
Saya juga turut mengetahui bahawa tidak semua jenis kaedah bacaan awal itu
boleh digunakan untuk semua tahap dan golongan kanak-kanak.
Saya menyedari bahawa setiap golongan kanak-kanak itu terdapat cara dan
kaedah yang bersesuaian untuk diajarkan kepada mereka mengenai bacaan awal.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya perlulah peka dengan kanak-kanak dan
mengetahui kaedah manakah yang bersesuaian dengan mereka dan berusaha untuk
mengajar mereka membaca.
RUJUKAN.
Kamarudin Hj. Hussin. (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Mohd Nor Izwan Sulaiman. Peringkat-peringkat pengajaran membaca. Dilayari pada 7
Ogos 2011 di URL
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkat-
pengajaran-membaca.html .
Ramlan Hamzah. (2008). Kemahiran Belajar untuk PPISMP. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Tiada nama pengarang. Dilayari pada 7 Ogos 2011 di URL
http://readnetwork.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-anda-membaca-bagaimana-
menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN
Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan
behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang
berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris
menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran
sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan
ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.
2.2 KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar
membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan
memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur
dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a
hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid
perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad,
bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil
dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan
huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi
huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar
permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini
adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi
huruf dan perkataan.
2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan
perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi
bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk
perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata
seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-
perkataan mudah seperti baju, saya, bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad.
Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali
semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan
sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca
2.3 KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan
mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu
B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan
seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik
menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk
membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu
serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran
perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua
bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah
fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana
bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga
selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad,
terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut ,
biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris
langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak
dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca
dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi
langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka
terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya.
Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk
mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka
tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol
tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut.
Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.
2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya,
kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam
bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya
jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada
1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu
jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk
antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca
bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas.
Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau
membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan
dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-
kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola
sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak.
Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan
kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan
mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap
perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila
masanya tiba.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN
Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan
behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang
berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris
menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran
sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan
ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.
2.2 KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar
membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan
memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur
dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a
hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid
perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad,
bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil
dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan
huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi
huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar
permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini
adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi
huruf dan perkataan.
2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan
perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi
bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk
perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata
seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-
perkataan mudah seperti baju, saya, bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad.
Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali
semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan
sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca
2.3 KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan
mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu
B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan
seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik
menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk
membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu
serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran
perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua
bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah
fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana
bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga
selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad,
terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut ,
biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris
langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak
dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca
dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi
langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka
terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya.
Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk
mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka
tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol
tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut.
Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.
2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya,
kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam
bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya
jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada
1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu
jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk
antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca
bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas.
Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau
membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan
dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-
kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola
sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak.
Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan
kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan
mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap
perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila
masanya tiba.
top related