konsep marxisme

Post on 16-Jul-2015

27 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Ideologi Komunisme dan Sosialisme sememangnya berasal daripada Marxisme yang

bermaksud teori daripada Karl Marx. Tetapi, fahaman ini terbahagi kepada dua selepas Perang

Dunia Pertama meletus dan juga selepas Revolusi Rusia. Kedua-dua ideologi ini berbeza kecuali

ideologi ini ingin menjatuhkan golongan kelas atasan (borjuis) dan membentuk negara yang

diketuai oleh golongan pekerja (proletariat). Tujuan Komunis adalah sama dengan kumpulan

pekerja yang lain iaitu pembentukan proletariat ke dalam kelas masyarakat, ,menjatuhkan

ketuanan borjuis dan , penaklukan kuasa politik oleh golongan pekerja.1

Marx cuba untuk mendefinisikan " komunisme " dan " sosialisme " dalam bukunya The

Communist Manifesto. Menurut beliau, " komunisme " adalah keadaan akhir dalam mempunyai

kunci yang bermaksud pengeluaran milik bersama-sama (communally) tanpa ada kelas ,

manakala " sosialisme " adalah keadaan perantaraan peralihan di mana revolusi sosial ( iaitu,

pekerja , majoriti besar masyarakat ) diperlukan untuk sampai ke Komunisme. Selain itu,

menurut Marx, dengan adanya komunisme, manusia berpeluang untuk berkembang pada tahap

terbaik mereka. Marx juga membuat kesimpulan bahawa komunisme adalah perkembangan

semula jadi daripada sosialis dan akan berlaku pada 2 tahap iaitu kelas pekerja akan mengawal

masyarakat dan menolak keluar golongan borjuis. Setelah ini berlaku pada tahap kedua,

masyarakat akan berkembang tanpa adanya kelas tanpa kerajaan.

Dalam ideologi komunis, segala kekuasaan dari segi sosial, ekonomi, politik dan juga

pemerintahan kesemuanya dikuasai oleh negara.2 Sistem komunis juga merupakan sistem yang

1Karl Marx and Friedrich Engels. The Communist Manifesto. Diambil daripada:

http://s3.amazonaws.com/manybooks_pdflrg_new/marxengelsetext93manif12pdfLRG.pdf. Hlm 24. 2 Guntur Arie Wibowo. (2014). Konsep nasionalisme Soekarno dalam PNI 1927-1930. Diperolehi daripada http://ikippgrimadiun.ac.id/ejournal/sites/default/fi les/Konsep%20Nasionalisme%20Soekarno%20Dalam%20PNI.pdf.

menolak perbezaan kelas dalam masyarakat. Bagi konsep ini, kehidupan masyarakat adalah sama

rata dan sama rasa yang mana pemilikan harta adalah dilarang sama sekali.

top related