konsep keusahawanan

Post on 15-Jan-2016

93 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KONSEP KEUSAHAWANAN. DUK 4012. PENGENALAN. Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

DUK 4012

KONSEP KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.

DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara.

Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi.

DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.

Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah :

Dasar Pengswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat

Bumiputera, Pengwujudan Kontraktor Kelas F, Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB)

DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

KEUSAHAWANAN boleh didefinisikan sebagai Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.

KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah

USAHAWAN boleh didefinisikan sebagai Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti ;

Mencari peluang-peluang perniagaanMengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa

kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.Dapat memenuhi keperluan orang ramai.Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan

produktiviti.Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

USAHAWAN

Aktiviti untuk keuntungan, sumbangan kepada masyarakat & negara

PENIAGA

Mementingkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

USAHAWAN

Cipta suatu yang baru, buat pembaharuan produk untuk penuhi keperluan pelanggan

PENIAGA

Hanya jalankan aktiviti jual beli, tiada pembaharuan dan pengubahsuaian produk

USAHAWAN

Sanggup terima risiko untuk memajukan perniagaan

PENIAGA

Kurang sanggup hadapi risiko oleh itu perniagaan tidak berkembang

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

USAHAWAN

Berpandangan jauh, cuba rebut peluang, bercita-cita tinggi, gigih dan yakin pada diri

PENIAGA

Mudah berpuas hati dengan apa yang ada

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

PERANAN USAHAWAN

Menyumbangkan Idea dan PembaharuanDalam konteks perhubungan usahawan

dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.

MerancangDaripada idea dan penyerlahan peluang,

usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.

Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko

Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.

Menawarkan Peluang PekerjaanUsahawan menawarkan peluang pekerjaan

kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.

Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan  Memenuhi keperluan asas masyarakat akan

menyumbang ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

Definisi kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.

BerinisiatifDaya inisiatif adalah satu daripada

kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap.

Melihat dan Merebut PeluangKejayaan seseorang usahawan banyak

bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya.

KecekalanLiku-liku hidup seorang usahawan adalah

kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi.

Mencari MaklumatKejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat

banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan.

SUMBER DORONGAN USAHAWAN

FAKTOR PENARIK  Faktor penarik bermaksud faktor penyebab

seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :- 

Status sosialPolitik dan dasar kerajaanSistem sokongan kerajaanPeluang ekonomi

STATUS SOSIAL

Ahli korporat / mewahUsahawan sebagai satu kerjaya merupakan

lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

Kuasa / KebebasanKebebasan untuk berfikir, bertindak dan

berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain

POLITIK & DASAR KERAJAAN

PolitikKeadaan politik yang stabil dan di tambah

pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan.

Dasar KerajaanBermula dengan pembentukan Dasar

Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat.

SISTEM SOKONGAN KERAJAAN

Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan. Contohnya :

Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan.

Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.

PELUANG EKONOMI

Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

FAKTOR PENOLAKFaktor penolak bermaksud faktor yang

menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.

Peluang terbatasEkonomi melesetKetidakpuasanBudaya keusahawanan

ETIKA PERNIAGAAN

Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-Sunnah.

Niat yang betulSeseorang usahawan muslim harus

memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90)

Keadilan dalam perniagaanKeadilan bererti meletakkan sesuatu

ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat islam.

Tidak terlibat dengan amalan ribaSeorang usahawan muslim seharusnya

membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di tanggung.

Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.

Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari’at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa’lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa’sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan:

Peniaga atau pengusahaPeniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu

pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang terangkum dalam syariat Islam.

Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya

Pengguna atau pembeli Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam

dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya.

Peranan kerajaan Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai

etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha.

Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.

MENGENALI KONSEP KENDIRI

KEPENTINGAN MENGENAL DIRIDi antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti

berikut : 

Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik.

Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita.

Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita.

Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri.

Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.

KAEDAH MENGENAL DIRI

Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:Pengkajian diri sendiri.Pandangan atau maklumbalas orang lain.

Pengkajian Diri SendiriMelalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti

sifat diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.

FizikalMengenal diri dari aspek fizikal bermaksud

mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti mempunyai lengan dan kaki yang panjang.

Mental - Emosi Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.

Sosial Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain

dalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaan- perbezaan di kalangan individu.

Minat Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu

aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut.

Kebolehan Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu

tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.

Nilai Peribadi Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap

sesuatu. Nilai- nilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan.

Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)

Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri.

Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau bertentangan dengan pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.

Teori Tingkap Johari

Ibnu Khaldun ialah orang yang pertama memperkenalkan Konsep Tingkap Johari dan kemudiannya dipopularkan oleh Joe Luft dan Harry Ingham.

MENETAPKAN MATLAMAT DIRI

Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan. Ia menentukan apa juga yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak.

KEPENTINGAN MATLAMAT

Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu penting dalam kehidupan seseorang:

Memenuhi Kehendak AsasSetiap perlakuan dan tindakan kita adalah

berdasarkan kepada matlamat. Matlamat menunjukkan kepada kita arah dan tujuan bagi menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia sama ada tua atau muda.

Asas Menyalurkan Masa,Tenaga dan IdeaSistem matlamat dan objektif yang dirancang

dengan betul melancarkan segala kegiatan seharian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.

Mewujudkan Asas Keyakinan dan Kemajuan Diri.

Apabila kita mula mencapai matlamat yang telah ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yang telah diperolehi. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri sendiri.

Membuat Kehidupan Lebih Menarik dan Menyeronokkan

Kebahagiaan hidup sebenarnya terletak di tangan kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata “Tidak Boleh” maka kita akan menempah kegagalan.

Tulang Belakang Kepada Sikap PositifSikap mental yang positif adalah satu aset

yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pula ialah penetapan matlamat. Oleh itu kita dapati sikap positif terletak di tengah- tengah penetapan dan pencapaian matlamat.

CIRI – CIRI MATLAMAT YANG BERKUALITI

S – Spesifik (Khusus atau Tertentu).M – Measurable (Boleh Diukur).A – Achievable (Boleh Dicapai).R – Realistic (Boleh Menjadi Kenyataan).T – Time Bound (Batasan Waktu).

PANDUAN MERANGKA MATLAMAT

Tetapkan matlamat- matlamat utama anda berasaskan pernyataan misi peribadi anda.

Pecahkan matlamat- matlamat anda mengikut jangka masa (panjang /sederhana /pendek).

Susun matlamat- matlamat mengikut keutamaannya dan tumpukan usaha anda untuk mencapai matlamat yang lebih penting dahulu.

top related