konsep ekonomi islam { sejarah stpm penggal 2}

Post on 24-May-2015

1.623 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Konsep Ekonomi Islam

Ekonomi Islam merupakan ilmu yg mengkaji kegiatan manusia yg selaras dengan kehendak syariat dari segi memperoleh,mengguna atau mengurus sumber asli utk kebaikan bersama secara kebendaan & keharmonian demi mendapat keredaan Allah swt.

Falsafah ekonomi Islam

a) Tauhid ~ asas kepada falsafah ekonomi Islam merangkumi hubungan manusia dengan Allah SWT & hubungan manusia dgn manusia

b) Rububiyyah ~ konsep rububiyyah Allah SWT dalam konteks ekonomi ialah peraturan Illahi bagi menyusun rezeki & kegiatan manusia demi kepentingan yg sebenar

c)Tazkiyyah ~ konsep tazkiyyah dalam ekonomi pula membentuk kesucian jiwa & ketinggian akhlak.Pembersihan harta adalah melalui zakat & sedekah

d) Hari pembalasan ~ kepercayaan kpd hari pembalasan akan menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa berada pada landasan yang dibenarkan

e) Manusia sebagai khalifah ~ manusia juga merupakan pemegang amanah & berperanan utk memakmurkan bumi sesuai dgn peranan manusia sebagai khalifah & hamba Allah

f) Persaudaraan antara manusia~tanpa mengira warna kulit & keturunan akn membuahkan keadilan & menolak kezaliman.Oleh itu, pemerasan, eksploitasi , penindasan & penyelewengan tidak mungkin berlaku dengan sewenang-wenangnya

g) Hak milik ~ segala harta kekayaan & sumber di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah SWT.Justeru,manusia perlu menguruskan anugerah & amanah Allah SWT secara yg diredai oleh –Nya.

Ciri-ciri ekonomi Islam

1) Ciri-ciri ekonomi Islam ialah

a) Ekonomi berasaskan al-Quran & al-Sunnahb) Ekonomi Islam lengkap ,sempurna & mampu menyelesaikan

masalah keperluan kehidupan manusiac) Keseimbangan antara kepentingan individu & masyarakat dlm

ekonomi Islam.d) Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan &

kerohaniane) Ekonomi Islam sesuai sepanjang zaman & di setiap tempat

kerana sifatnya yg tetap & dinamikf) Asas ekonomi Islam ialah al-Quran & as-Sunnah

2) Sumber hukum ekonomi Islam dibahagikan kpd sumber utama,sumber rujukan & sumber-sumber lain.Sumber utama ekonomi Islam :

al-Quran as-Sunnah

3) Sumber-sumber rujukan dalam ekonomi Islam

i. Ijma`ii. Qiasiii. Ijtihad

4) Sumber-sumber yang lain menentukan hukum ekonomi Islam

i. Pendapat para sahabatii. Istihaniii. Istislahiv. Stishabv. `uruf

top related