konsep darab

Post on 12-Jan-2016

146 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KONSEP DARAB. Pengenalan. - Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

- Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar

- Guru-guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaiatu konsep tambah berulang-ulang. Apabila pelajar sedah menguasai konsep tersebut, barulah konsep darab lain disampaikan sebagai pengayaan dan penyesuaian dengan situasi yang berbeza

1. Konsep Tambah Berulang-ulang

2. Konsep Kali / Ganda

3. Konsep Baris & Turus ( Tatasusunan )

4. Konsep Kombinasi

Ada 3 biji pinggan. Terdapat 2 biji epal di dalam setiap pinggan tersebut. Berapakah jumlah epal-epal tersebut?

Rajah 1

Mari kita bina ayat / bahasa matematik daripada Rajah 1

Ada berapa biji pinggan semuanya? ( 3 biji )

Ada berapa biji epal di dalam setiap pinggan? ( 2 biji )

Kemudian lanjutkan soal-jawap untuk memperkenalkan konsep kumpulan

Ada berapa kumpulan epal kesemuanya? ( 3 kumpulan )Ada berapa biji epal bagi setiap kumpulan? ( 2 biji ) Berapakah jumlah kesemua epal tersebut ? ( 6 biji )Jadi kita boleh tulis ayat matematik darab

Bilangan Kumpulan

Bilangan Ahli setiap Kumpulan

Jumlah semua

Jumlah objek adalah bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan dengan bilangan ahli dalam kumpulan

Pita Ahmad

Pita Bakar

2 cm

Rajah 2 menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh Ahmad dan Bakar. Panjang pita Bakar ialah 2 cm. Berapakah panjang pita Ali berbanding dengan pita Bakar.

Rajah 2

Ayat matematik untuk masalah di atas

Panjang pita Ahmad = 4 kali ( panjang pita Bakar )

= 4 kali ( 2 cm )

= 4 X 2

= 8 cm

Daud membeli 3 buah buku tulis. Manakala Farid membeli 4 kali ganda daripada jumlah buku yang dibeli oleh Daud. Berapakah jumlah buku yang dibeli oleh Farid?

Jumlah buku yang dibeli oleh Farid .

= 4 kali ( buku Daud )

= 4 X ( 3 buah buku )

= 4 X 3

= 12

Sekumpulan bunga disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 5 kuntum bunga. Berapakah jumlah bunga tersebut

Baris 1

Baris 1

Baris 1

Turus 1 Turus 2 Turus 3 Turus 4 Turus 5

Ayat matematiknya.

Ada berapa baris bunga? ( 3 baris )

Ada berapa turus bunga? ( 5 turus )

Berapakah jumlah kesemua bunga tersebut? ( 15 )

Bilangan baris

Bilangan turus

Jumlah semua

Dalam satu jamuan ringan, kuih-kuih dan minuman yang disediakan adalah seperti berikut: 3 jenis kuih, iaitu karipap, donat dan kek 2 jenis minuman, iaitu tea dan kopiJika setiap orang dibenarkan mengambil hanya satu jenis kuih dan satu jenis minuman sahaja, berapakah jenis kuih dan minuman yang berbeza dapat disediakan

Karipap

Tea

Kopi

Donat

Tea

Kopi

Kek

Tea

Kopi

top related