komsas

Post on 06-Jul-2015

647 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya,

Meski ilmu setinggi tegak,Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam riang-riang,

Menangis di pintu kubur,

Teringat badan tidak sembahyang

Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah,

Ilmu yang tidak diamalkan,Bagai pohon tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan,Tidak semulia bulan puasa,

Banyaklah tuan serupa tuan,Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka,Memerintah kota dan negeri,

Sengsara masuk dalam neraka,Hendaklah kita ingatkan diri.

Pokok di kebun habis berbuah,Disambut masak buah rembega,

Mohonkan ampun dosa yang sudah,Hendak masuk dalam syurga.

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung,Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Rangkap 1:Hidup akan sia-sia sekiranya tidak menunaikan tuntutan agama.

Rangkap 2:Kekesalan setelah meninggal dunia sebagai akibat tidak menunaikan solat sewaktu hidup.

Rangkap 3:Ilmu yang ada tidak bermanfaat jika tidak dipraktikkan.

Rangkap 4:Kekuasaan tuhan tiada tolok bandingnya.

Rangkap 5:Sentiasa muhasabah diri dan insaf akan balasan pada hari kemudian.

Rangkap 6:Insaf dan bermohon ampun akan dosa yang pernah dilakukan agar memperoleh syafaatnya.

Kesedaran dan kepercayaan Terhadap pegangan agama.

Persoalan

(a) Berdoa dan memohon

ampun akan dosa daripada

Tuhan.

(b) Tanggungjawab manusia

kepada Tuhan Yang Esa.

(c) Balasan setimpal kepada orang yang tidakmenunaikan perintah agama.

(d) Kesedaran akan azab seksaan api seksaan oleh mereka yang tidak bersolat.

Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.

(b) Setiap rangkap mempunyai empat baris.

(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kata.

(d) Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata.

(e) Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap keenam ialah

abab.

Unsur-unsurbunyi

(a) Aliterasi - banyaklah bulan

antara bulan (pengulangan konsonan n).

(b) Asonansi - jatuh melayang seleranya. (pengulangan vokal a).

(c) Jedanya, iaitu hentian sejenak ditengah baris semasamendeklamasikan pantun. Contohnya:

Asam kandis/ asam gelugur,Ketiga asam/riang-riang,

Menangis/ di pintu kubur,Teringat badan/ tidak

sembahyang.

(d) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu

abab. Contohnya:

Pohon kebun habis berbuah;Disambut masak buah rembega;

Mohonkan ampun dosa yang sudah;Hendak masuk dalam syurga.

(abab)

Gaya Bahasa

(a) Imej alam – semak, pohon, bulan, asam gelugur.

(b) Simile - bagai pohon tidak berbuah .(c) Repetisi – (pengulangan kata dalam

baris). Contohnya: banyaklah bulan

antara bulan.

(d) Perlambangan. Contohnya: syurga dan neraka (syurga melambangkan kebaikan dan neraka melambangkan kejahatan).

nilai

Keinsafan

Tanggungjawab

Mulia

Ketaatan

Pengajaran

(a)Janganlah melakukan

perbuatan yang ditegah

agama.

(b) Kita wajib bersolat dan

menunaikan perintah

agama.

(c)Janganlah terlalu

mementingkan ilmu

dunia,tanpa

diseimbangkan dengan

ilmu agama.

(d) Kita haruslah insaf dan

sentiasa berdoa kepada

Tuhan agar diampunkan

segala dosa.

TAMAT

top related