kolej uniti negeri 9

Post on 15-Jan-2016

26 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KONGSI PENGALAMAN “NASIHAT KEPADA REMAJA ZAMAN INI”23 SEPTEMBER 2013KOLEJ UNITI, TANJUNG AGAS, PORT DICKSON

TRANSCRIPT

KONGSI PENGALAMAN “NASIHAT KEPADA REMAJA ZAMAN INI”

23 SEPTEMBER 2013KOLEJ UNITI, TANJUNG AGAS, PORT DICKSON

MOHAMAD BIN WAHID @ Pie (AHP)Presiden

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Nama: Mohamad bin Wahid (Shafie)

Umur: 46 tahun

Status Perkahwinan: Berkahwin (2 anak)

Bidang Profesion: Pendidikan & Blogger

Pendidikan: Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Islam (SR)

Didiagnos HIV: 28 Disember 2010

Pencapaian: - Blogger: AKU HIV POSITIF (http://akuhivpositif.blogspot.com/)- Finalis Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah 2012- Pemenang Red Ribbon Media Awards 2012 Anjuran MAC (Outstanding Achievement in Non-Traditional Media)- Penerima Anugerah Tokoh Komuniti 2013 Anjuran JAKIM- Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM)

BIODATA

1. Senaraikan punca-punca jangkitan HIV.

2. Berdasarkan punca-punca yang disebutkan, adakah HIV akan berjangkit melalui cara:

• Berkucupan?• Berkongsi gelas minuman bersama PLHIV?• Digigit nyamuk yang telah menggigit PLHIV?• Merawat tubuh PLHIV yang luka tanpa glove?• Wanita yang memakai seluar dalam yang disapukan dengan

darah PLHIV?

3. Siapakah golongan yang berisiko dijangkiti HIV?

4. Apakah perbezaan di antara DIJANGKITI HIV dengan MENERIMA KESAN AKIBAT JANGKITAN HIV?

5. Apakah masalah utama PLHIV? Rawatan atau tekanan psikologi?

UJI MINDA

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya: 107)

APAKAH HIV?

• Virus adalah organisma yang boleh menyebabkan jangkitan.• Virus ini hanya boleh hidup di dalam tubuh manusia.• HIV adalah retrovirus yang menyerang sistem ketahanan penyakit

kita dan memusnahkannya dalam tempoh tertentu.• HIV hanya menjangkiti manusia.• HIV hanya boleh dikesan melalui ujian antibodi HIV.• Paling banyak virus terdapat dalam air mani, darah, dan bendalir

faraj, dan sangat sedikit di dalam air mata dan air liur.

– Human (Manusia)– Immunodeficiency (Mengurangkan imuniti)– Virus

HIV

APAKAH AIDS?

• AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan yang disebabkan oleh HIV.• Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang mengambil kesempatan

daripada sistem daya tahan yang lemah.

AI

D

S

– Acquired (dijangkiti, tidak diwarisi)– Immune (daya tahan penyakit; sistem daya

tahan tubuh yang melindungi seseorang daripada penyakit)– Deficiency (kekurangan iaitu tidak berfungsi

dengan)– Syndrome (sindrom adalah tanda-tanda atau

gejala penyakit AIDS yang menunjukkan seseorang mempunyai suatu keadaan atau penyakit)

FAHAM BAHAWA HIV & AIDS

BUKANpenyakit

!!!

• Air borne virus (aerobic)Contoh:TB, H1N1-H1N5, SARS, JE

• Blood borne virus (anaerobic)Contoh:HIV, Hepatitis, Thalassaemia,penyakit-penyakit kelamin (STDs)

BEZA JANGKITAN MELALUI UDARA & DARAH

Melalui hubungan seks dengan ODHA (tanpa rawatan) dan tidak mengambil langkah pencegahan.

Berkongsi jarum dan alat suntikan yang tercemar dengan HIV.

Secara vertical iaitu daripada pasangan ODHA kepada zuriat sama ada semasa mengandung, proses kelahiran atau

penyusuan ibu (tanpa rawatan).

Menerima transfusi darah atau transplant organ yang tercemar dengan HIV.

4 CARA JANGKITAN HIV

Statistik Umum ODHA Di Malaysia 2013

95,000 – 98,000 didiagnosAnggaran 2 kali ganda belum didiagnos

&kesan yang sama terhadap

affected people

HIV BUKAN ISU KOMUNITITERPINGGIR ATAU TERPENCIL!

5 GOLONGAN YANG TERDEDAHKEPADA RISIKO JANGKITAN

1. Pengamal aktiviti berisiko2. Bekas pengamal aktiviti berisiko3. Pasangan kepada (1) dan (2)4. Anak kepada (1) dan (2)5. Pesakit yang menerima transfusi darah atau

menjalani pemindahan organ yang tercemar

1. BANDINGKAN KUMPULAN 1 DENGAN KUMPULAN SETERUSNYA.

2. APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP MEREKA?

ODHA

Stigma

Prejudis

JudgementalParanoia

Diskriminasi

MASALAH UTAMA ODHA SELAIN RAWATAN

STIGMA

• Sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban. (Kamus Dewan, 2007)

• Stigmatization adalah sikap merendahkan (mendiskreditkan atau menyebabkan orang hilang kepercayaan) terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut / ciri-ciri tertentu sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.

• Dalam konteks sosial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukannya sehingga individu tersebut dianggap jijik orang ramai. Contoh: Seorang bekas seorang penyalahguna dadah, pekerja seks, atau seorang pembawa HIV.

DISKRIMINASI

• Perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2007)

• Diskriminasi adalah tanggapan negatif, sikap pilih kasih atau perbuatan tidak adil yang dilakukan terhadap individu atau kelompok atas sikap jijik, hina dan berdosa yang dipandang jijik tersebut. Biasanya akibat dikaitkan dengan isu moral dan agama.

JUDGEMENTAL

• Adjective: of or concerning the use of judgement: judgemental decisions about the likelihood of company survival.

• having or displaying an overly critical point of view: I don’t like to sound judgemental, but it was a big mistake.

(Oxford Dictionaries online)

• Judgemental adalah suatu perilaku yang berkaitan dengan sifat menghakimi atau menilai. Ianya juga bermaksud mempunyai atau memaparkan sesuatu pandangan atau pendapat yang kritikal secara berlebihan atau melampau.

PARANOIA

• Gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara yang aneh-aneh seperti merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya.

• Perasaan takut, curiga, atau tidak percaya terhadap orang lain dengan berlebih-lebihan. (Kamus Dewan, 2007)

CONTOH-CONTOH DISKRIMINASI

• Pendidikan• Pekerjaan•Rawatan• Ibadah Haji• Khatan•Asnaf• Perkahwinan • Zuriat• Pengurusan Jenazah•Hak Bermasyarakat• Pemulauan & Pemencilan

• Kekal dalam maksiat• Enggan menjalani rawatan• Tersebarnya virus• Kerosakan aqidah• Meminggirkan diri daripada masyarakat• Penganiayaan, dosa, dan fitnah• Zalim• Sesat dan menyesatkan akibat miskin ilmu

dan nilai sebenar Islam

ANTARA KESAN AKIBAT STIGMA,DISKRIMINASI DAN JUDGEMENTAL

MUSIBAH SECARA UMUM

1. Musibah bala adalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.

2. Musibah kafarah berlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu. Teguran / didikan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

3. Musibah ibtila’ berlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

FIKIRKAN&

APAKAH PERANAN KITA?

“Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.”

(Al-Maa’idah: 32)

“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali manusia.”

(Ali Imran: 112)

TANGGUNGJAWABFARDHU KIFAYAH

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.

(Surah al-Hujurat: 11)

PANDANGAN ISLAM TERHADAPSTIGMA & DISKRIMINASI

(AL-QUR’AN)

Hadis Rasulullah SAW:

Seorang mukmin adalah cermin untuk seorang mukmin yang lain.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

PANDANGAN ISLAM TERHADAPSTIGMA & DISKRIMINASI

(HADIS)

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIMUNTUK BERUSAHA KEPADA KEBAIKAN DAN

BERKASIH SAYANG

Hadis Rasulullah SAW:

Sekasih-kasih manusia kepada Allah ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

(Hadis Riwayat at-Tabroni)

1. Senyum, salam dan sentuh2. Rasa diterima3. Rasa difahami4. Rasa disayangi5. Rasa selamat – kerahsiaan & tempat yang

sesuai.6. Rasa terdapat harapan / penyelesaian7. Rasa akan dibimbing dan dibela8. Faham bahawa peranan kita hanyalah

menyampaikan, hidayah urusan Allah.9. Berfikir secara makro, bukan mikro. Infected

dan affected

TIPS MENDEPANIGOLONGAN YANG BERDEPAN

DENGAN UJIAN-UJIAN HIDUP TERTENTU (PLHIV)

1. Perhatian2. Pujian3. Pelukan4. Pendidikan5. Pujuk6. Penghargaan7. Periksa

APA ITU 7P?

BEBERAPA ISTILAH YANG PERLU DIFAHAMI

SALAH BETUL

Penagih Dadah Penyalahguna Dadah

Pelacur Pekerja Seks

Pondan / Bapuk MSM (Men Sex Men)

Pesakit HIV/AIDS Pembawa HIV/AIDS

Jangkitan Ibu Kepada Anak Jangkitan Ibu Bapa Kepada Anak

Beberapa Ayat LazimUntuk Menenangkan Dan Mendidik Jiwa Insan Yang

Sedang Diuji

KENAPA KITA DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang² yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta.”

(Surah al-Ankabut: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPATAPA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Baqarah: 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah al-Baqarah: 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”

(Surah at-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

(Surah at-Taubah: 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

(Surah Yusuf: 87)

UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.“

(Surah al-Mukminun: 62)

APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI?

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”

(Imam Muslim)

KEBERKESANAN RAWATAN

Bilangan sel CD4yang tinggi

Viral Loadyang rendah

Jika bilangan sel CD4 dan Viral Load anda adalah rendah, rawatan @ ubatan yang anda ambil adalah berkesan mengawal virus tersebut.

Beberapa ContohKajian Kes

KAJIAN KES 1

Ali adalah seorang PLHIV dan berhasrat untuk berkahwin dengan non-PLHIV.

Bincang dan lakonkan (simulasi) bagaimana Ali mahu menerangkan kepada bakal isterinya bahawa tiada masalah kepada PLHIV yang berkemampuan untuk berkahwin.

KAJIAN KES 2

Mary baru sahaja didiagnos HIV positif. Keluarga Mary risaukan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain dan memencilkan Mary.

Anda diminta untuk membantu memberikan kefahaman tentang cara jangkitan kepada keluarga Mary.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 3

Azman dan Aminah adalah pasangan PLHIV yang berhasrat memiliki zuriat sendiri. Mereka meminta pandangan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 4

Atan adalah seorang PLHIV yang baru sahaja meninggal dunia. AJK masjid enggan menguruskan jenazah Allahyarham.

Anda diminta untuk berbincang dan menerangkan isu sebenar kepada Imam dan Ketua Kampung.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 5

Ucop adalah seorang kanak-kanak PLHIV yang pintar dalam tahun 1 sekolah kebangsaan/rendah. Ramai ibu bapa membantah Ucop dibenarkan belajar bersama anak-anak mereka.

Senaraikan perkara-perkara yang anda yakini sebagai hujah untuk menentang salah faham tersebut.

KAJIAN KES 6

Danish selalu dihina oleh rakan sekelasnya kerana bapanya seorang PLHIV sehingga menyebabkan prestasi pelajarannya merosot.

Bincang dan lakonkan ucapan anda dalam memberikan kefahaman tentang isu tersebut semasa di dalam kelas.

SEKIANTERIMA KASIH

RUJUKAN

1. Manual Islam & HIV/AIDS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

2. Dr. Iskandar Firzada bin Osman3. http://akuhivpositif.blogspot.com/

top related