kk14 dr aini
Post on 07-Jun-2015
1.293 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa: Antara Hipotesis dan Realiti
Oleh
Dr. Aini binti Haji Karim Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam
1.0 Pengenalan
Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar khususnya dan pengguna bahasa Melayu umumnya merupakan masalah yang masih wujud dan belum ada titik penyudah. Perubahan sistem ejaan rumi dari Sistem Ejaan Rumi Lama ke Sistem Ejaan Rumi Baru juga sering dikaitkan dengan setiap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar, terutama dari segi kesalahan ejaan. Ramai juga yang sering mengaitkan pengaruh bahasa ibunda sebagai penyebab kesalahan bahasa. Namun menurut H.V. George (1972) hanya 33 % kesalahan bahasa yang disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. Kebanyakan daripada kita juga tidak cuba mengaitkan kesalahan bahasa ini dengan faktor-faktor yang lain seperti persamaan dan perbezaan struktur linguistik, sistem pembelajaran dan faktor-faktor bukan linguistik seperti mengantuk, emosi, letih dan sebagainya.
Melakukan kesalahan bahasa adalah sesuatu yang lumrah dalam situasi pembelajaran dan penggunaan bahasa. Meskipun perkara ini sesuatu yang lumrah berlaku tidak bermakna kita sebagai linguis dan guru bahasa akan membiarkan perkara ini berterusan tanpa ada kaedah atau cara untuk membandung atau mengurangkannya daripada terus berlaku. Justeru itu, dalam kertas kerja ini saya akan cuba mengemukakan dua pendekatan yang saling melengkapi (complementary) secara bersepadu yang pada hemat saya boleh digunakan dalam menangani masalah-masalah kesalahan bahasa ini. Pendekatan-
PROSIDING SETALING II
212
pendekatan itu ialah Analisis Kontrastif (seterusnya AK) dan Analisis Kesalahan Bahasa (seterusnya AKB). 1.1 Latar Belakang Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa
a) Pendekatan Analisis Kontrastif Pendekatan Analisis Kontrastif ini diperkenalkan oleh C.C.
Fries pada tahun 1945 di Amerika, iaitu dengan terbitnya buku tulisan beliau yang bertajuk Teaching and Learning English as a Foreign language. Analisis Kontrastif telah mendominasi bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa asing sejak perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan tahun 1960-an.
Kegemilangan Analisis Kontrastif berterusan tanpa dicabar sehingga awal tahun 70-an. Analisis Kontrastif menjadi lebih kuat dan matang dalam pendekatannya apabila kewujudannya dipengaruhi oleh kemunculan Analisis Kesalahan Bahasa.
Analisis Kontrastif telah diasaskan dan dikembangkan oleh beberapa ahli linguistik struktural seperti Fries (1945), Weinrich (1953), Lado (1957) dan Politzer (1965). Ahli-ahli linguistik yang mengasaskan Analisis Kontrastif ini berpendapat bahawa gangguan daripada bahasa ibunda menjadi penyebab utama timbulnya kesilapan dan kesulitan dalam pembelajaran bahasa asing oleh seorang pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Lado (1957) yang mengatakan bahawa:
...individuals tend to transfer the forms and meanings, and
the distribution of forms and meanings of their native language and culture to the foreign language and culture – both productively when attempting to speak the language and to act in the culture, and receptively when attempting to grasp and understand the language and the culture as practiced by natives. (Lado, 1957:2)
Kenyataan Lado ini disokong juga oleh Banathy, Trager dan
Waddle (1966) dalam artikel mereka yang bertajuk “Use of contrastive data in foreign language course development”, dalam Valdman (1966) dan juga oleh W. R. Lee (1968) dalam artikel beliau yang bertajuk, “Thoughts on Contrastive Linguistics in the
PROSIDING SETALING II
213
Context of Language Teaching”, dalam Alatis (ed) (1968). Beliau menjelaskan bahawa pelajar-pelajar bahasa asing sering menggunakan pengetahuan struktur bahasa ibundanya apabila tidak tahu bagaimana untuk menyatakan sesuatu dalam bahasa sasaran. Oleh sebab itu, menurut pengasas-pengasas Analisis Kontrastif ini, pelajar bahasa asing sangat dipengaruhi oleh struktur bahasa ibunda mereka. Dalam kebanyakan kes, senang atau susahnya pembelajaran bahasa asing berhubung rapat dengan persamaan dan perbezaan antara struktur-struktur bahasa berkenaan. Oleh itu, dalam sesuatu kajian yang akan dilakukan menurut Analisis Kontrastif, perbandingan kedua-dua struktur bahasa, iaitu bahasa ibunda dan bahasa sasaran perlu dilakukan oleh guru-guru, para penyelidik, para linguis dan penulis buku. b) Pendekatan Analisis Kesalahan bahasa
Menurut beberapa orang sarjana linguistik yang pernah membuat kajian tentang Analisis Kesalahan Bahasa contohnya Lee (1968), Wardaugh (1970), George (1972), Richards (1974) dan Sridhar (1981:222-223), minat terhadap Analisis Kesalahan Bahasa ini timbul disebabkan beberapa faktor. Antara lain, pertama disebabkan oleh kesedaran yang wujud di kalangan ahli-ahli linguistik tentang kelemahan-kelemahan hipotesis Analisis Kontrastif. Menurut Sridhar (1981), walaupun pada peringkat awal Analisis Kontrastif secara relatif menggunakan peralatan linguistik yang canggih dan tuntutan yang kuat untuk meramal kebanyakan kesalahan-kesalahan dalam pembelajaran bahasa sasaran, seperti yang didakwa oleh penyokong-penyokong Analisis Kontrastif (misalnya Fries, 1945; Lado, 1957 dan Di Pietro, 1971), namun didapati Analisis Kontrastif tidak dapat menjelaskan banyak kesalahan selain kesalahan-kesalahan daripada gangguan bahasa ibunda.
Selain itu, Analisis Kesalahan bahasa juga digunakan sebagai alat pedagogi yang penting kerana: (i) Dalam Analisis Kesalahan Bahasa, kesalahan tidak
dihadkan seperti Analisis Kontrastif yang hanya menumpukan kepada kesalahan pemindahan (interlingual). Analisis Kesalahan Bahasa juga mengkaji kesalahan-kesalahan lain yang kerap dilakukan oleh para pelajar, contohnya kesalahan-kesalahan intralingual
PROSIDING SETALING II
214
(intralingual errors) dan kesalahan perkembangan (developmental errors) yang muncul daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (lihat Richards, 1974:173).
(ii) Analisis Kesalahan Bahasa menyediakan data yang betul-betul wujud, bukan semata-mata masalah-masalah hipotesis seperti dalam kajian Analisis Kontrastif. Oleh itu, Analisis kesalahan Bahasa lebih berkesan dalam merancang strategi-strategi pedagogi (Lee, 1968).
(iii) Analisis Kesalahan Bahasa tidak menghadapi masalah-masalah teoretikal yang kompleks seperti yang dihadapi oleh Analisis Kontrastif, misalnya masalah padanan, iaitu padanan antara bahasa ibunda dengan bahasa sasaran (Wardhaugh, 1970 dilihat dalam Sridhar, 1981:223; 1983:13).
Di samping itu, menurut Wilkins (1968:102), dalam
Analisis Kesalahan Bahasa tidak perlu melakukan perbandingan tatabahasa. Analisis kesalahan Bahasa lebih bermanfaat dan menjimatkan berbanding dengan kajian Analisis Kontrastif. Walau bagaimanapun, tidak semua pendukung Analisis Kesalahan Bahasa menyokong pendapat ekstrim ini. Contohnya Banathy dan Madarasz (1969), Dušková (1969), Richards (1971), Schachter (1974), dan Celce-Murcia (1978) dan lain-lain berpendapat bahawa seperti dalam Analisis Kontrastif, ada kesalahan-kesalahan yang tidak muncul dalam Analisis Kesalahan Bahasa. Meskipun begitu, Analisis Kesalahan Bahasa merupakan tapak ujian bagi ramalan-ramalan Analisis Kontrastif serta pelengkap bagi dapatan-dapatan Analisis Kesalahan Bahasanya (Sridhar, 1981:223).
Sehubungan itu, bagi memperolehi satu dapatan yang benar-benar wujud dalam situasi pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing, dalam sesuatu kajian itu kita mestilah menerapkan dan mengabungkan kedua-dua pendekatan Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa ini sebagai bidang kajian yang merangkum metodologi kajian.
PROSIDING SETALING II
215
1.1 Kepentingan Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa
Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa merupakan dua pendekatan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Pendekatan Analisis Kontrastif diterapkan dan digunakan dalam menganalisis perbandingan struktur serta fungsi imbuhan {maN-} dalam dialek Melayu Brunei dan {meN-} dalam bahasa Melayu Standard dan digunakan juga untuk menganalisis perbandingan beberapa leksikal yang mempunyai bentuk dan makna yang berbeza, dengan tujuan untuk memberikan maklumat-maklumat penting kepada guru-guru bahasa, penulis buku teks dan pengguna bahasa Melayu.
Analisis Kontrastif digunakan kerana pendekatan ini sesuai bagi kajian yang berkaitan dengan perbandingan struktur antara dua dialek/bahasa atau lebih dengan tujuan untuk mencari perbezaan dan persamaan bahasa-bahasa tersebut, baik bahasa yang serumpun mahupun bahasa yang berbeza rumpunnya, seperti antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Sepanyol dan lain-lain atau sebaliknya. Di samping itu, perbandingan struktur-struktur linguistik juga dibuat bertujuan untuk melihat daerah-daerah permasalahan dalam pengajaran bahasa berdasarkan hasil kajian secara teori.
Analisis Kontrastif juga penting dalam kajian yang berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua ataupun pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kenyataan ini jelas dalam pengertian yang diberikan oleh Hammer dan Rice (1965), dilihat dalam Jackson (1981:195) seperti yang berikut:
A systematic comparison of selected linguistic features of two or more languages, the intent of which is … to provide teachers and textbook writers with a body of information which can be of service in the preparation of instructional materials, the planning of courses, and the development of classroom techniques. Hammer dan Rice, dilihat dalam Jackson, 1981:195)
PROSIDING SETALING II
216
Analisis Kontrastif adalah satu pendekatan yang lazim digunakan untuk membandingkan elemen-elemen atau struktur linguistik dua bahasa atau lebih secara sistematik. Pendekatan ini mengandaikan bahawa para pelajar bahasa kedua atau pelajar bahasa asing akan memerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya unsur-unsur yang berbeza akan menimbulkan kesulitan dalam proses pembelajaran mereka, iaitu selaras dengan kenyataan Lado (1957) seperti di bawah:
We assume that the student who comes in contact with a foreign language will find some features of it quite easy and others extremely difficult. Those elements that are similar to his native language will be simple for him, and those elements that are different will be difficult. (Lado, 1957:2)
Kenyataan Lado (1957) ini, disokong oleh Wilkins (1972:197-198), yang menyatakan bahawa kesalahan-kesalahan dan kesukaran-kesukaran yang muncul dalam pembelajaran kita dan pengguna bahasa asing adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. Di mana-mana saja struktur bahasa asing berbeza daripada bahasa ibunda, kita boleh menjangka kedua-dua, iaitu kesukaran dalam pembelajaran dan kesalahan dalam perlakuan akan berlaku. Dalam pembelajaran bahasa asing adalah perlu untuk mengatasi kesukaran-kesukaran ini. Sekiranya struktur kedua-dua bahasa itu sama, dijangka tidak ada kesukaran dan pengajaran adalah tidak perlu. Sedikit pendedahan terhadap bahasa tersebut adalah memadai. Wilkins (1972), menambah bahawa semakin besar perbezaan antara bahasa-bahasa itu, semakin tinggi kesukaran yang akan berlaku.
Kekuatan pendekatan Analisis Kontrastif bertunggakkan dengan kuasa meramalnya melalui penghuraian bentuk-bentuk yang akan menimbulkan kesukaran dalam proses pembelajaran, iaitu dengan membuat perbandingan secara sistematik dan saintifik antara bahasa sasaran yang akan dipelajari dengan bahasa ibunda pelajar. Hal ini dijelaskan oleh Fries (1945) seperti di bawah:
PROSIDING SETALING II
217
The most effective materials are those that are based upon a scientific description of the language to be learned, carefully compared with a parallel description of the native language of the learner. (Fries, 1945:9)
Pendekatan Analisis Kontrastif mengadaikan bahawa
elemen-elemen bahasa sasaran yang sama dengan bahasa natif pelajar adalah mudah bagi mereka. Sebaliknya, elemen linguistik yang berbeza boleh menyebabkan wujudnya daerah-daerah permasalahan berhubung dengan pembelajaran bahasa sasaran.
We know from the observation of way cases that the grammatical structure of the native language tents to transferred to the foreign language… We have here the major souse of difficulty or easy in learning the language. Those structures that are different will be difficult. (Lado, 1957:58-59)
Seterusnya, Lado (1957) menegaskan bahawa, dengan
membandingkan secara sistematik bahasa dan kebudayaan yang hendak dipelajari dengan bahasa natif dan budaya pelajar, kita akan dapat meramal dan menghuraikan pola-pola yang menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran, dan dengan yang demikian ini akan memudahkan pembelajaran. Hal ini ditegaskan oleh Lado (1957:vii) dalam prakata buku beliau. Misalnya, sistem kala dalam bahasa Inggeris tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu. Jadi, kita dapat meramalkan bahawa pelajar-pelajar Melayu akan mengalami kesukaran dalam mempelajari sistem kala dalam bahasa Inggeris. Begitu juga halnya, yang berlaku dengan pelajar-pelajar Sepanyol yang mempelajari bahasa Inggeris. Oleh sebab dalam sistem bahasa Sepanyol kata adjektif lazimnya diletakkan sesudah kata nama, sebaliknya dalam sistem bahasa Inggeris kata adjektif digunakan sebelum kata nama, dengan yang demikian pelajar-pelajar Sepanyol diramal akan melakukan kesalahan pada struktur sedemikian.
Pendekatan Analisis Kesalahan Bahasa pula merupakan satu teknik yang digunakan untuk mengukur kemajuan bahasa pelajar sesuatu bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok.
PROSIDING SETALING II
218
Definisi Analisis Kesalahan Bahasa (Errors Analysis) diberikan oleh Hartman & Stork (1972) dan Kridalaksana (1983:11). Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan oleh penyokong Analisis Kesalahan Bahasa dan para linguis, Analisis Kesalahan Bahasa bolehlah didefinisikan sebagai satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian untuk mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap bahasa yang dipelajarinya. Pernyataan ini selaras dengan pendapat Ellis (1994:701) yang mengatakan bahawa Analisis kesalahan bahasa adalah “… a set of procedures for identifying, describing and explaining errors in learner language.” Analisis Kesalahan Bahasa telah digunakan oleh guru-guru bahasa yang terlatih tanpa keraguan selama beberapa dekad.
Langkah-langkah yang digunakan dalam Analisis Kesalahan Bahasa adalah mendapatkan kesalahan-kesalahan daripada korpusnya, kemudian mengenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut, dan seterusnya mengkategorikan jenis-jenis kesalahan. Setelah itu satu analisis terhadap jenis-jenis kesalahan dijalankan. Akhir sekali, punca-punca yang menyebabkan kesalahan-kesalahan tersebut dikaji dan hasil dapatan akan digunakan dalam memberikan saranan-saranan bagi memperbaiki tahap pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahasa yang mantap dan betul. 1.3 Perbandingan Antara leksikal DMB dengan BMS
Dengan menggunakan Analisis Kontrastif perbezaan antara dialek Melayu Brunei dengan bahasa Melayu Standard dapat dilihat dari pelbagai segi seperti dari segi sebutan, ejaan dan tatabahasa, misalnya proses morfologi seperti pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan struktur ayat dapat dilakukan secara saintifik dan bersistematik. Berikut dipaparkan perbezaan-perbezaan tersebut:
PROSIDING SETALING II
219
Jadual 1: Perbezaan Sebutan (Ejaan) DMB BMS Penjelasan Hipotesis sabab (asbab) sebab berbeza
sebutan dan ejaan
Berlaku kesalahan penyebutan dan ejaan
sabut sebut berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
sabut sabut (kelapa)
sama tiada masalah
ampat empat berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
amas emas berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
olih oleh berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
bolih boleh berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
hurmat hormat berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
urang/jalama orang berbeza sebutan dan ejaan
kesalahan ejaan
Dalam sistem fonologi dialek Melayu Brunei tidak ada bunyi vokal /e/ (baik e taling mahupun e pepet). Semua bunyi /e/ pepet dalam bahasa Melayu Standard akan menjadi bunyi /a/ dalam dialek Melayu Brunei. Bunyi /e/ taling dalam bahasa Melayu Standard akan menjadi bunyi /i/ dalam dialek Melayu Brunei. Vokal /o/ dalam bahasa Melayu Standard akan menjadi vokal /u/. Pelajar-pelajar Melayu yang bahasa ibundanya dialek Melayu
PROSIDING SETALING II
220
Brunei diramal akan sering salah mengeja perkataan-perkataan bahasa Melayu Standard yang ada didalamnya bunyi-bunyi vokal /e/ taling dan pepet dan /o/. Jadual 2: Imbuhan {maN-} dan (meN) Diimbuhkan dengan Perkataan yang Bermula dengan Vokal /i/ dan /u/ DMB (maN-)
BMS (meN-) Penjelasan Hipotesis
maikat mengikat berbeza fonem dan imbuhan
Kesalahan pengimbuhan dan ejaan
mailak mengelak berbeza fonem dan imbuhan
Kesalahan pengimbuhan dan ejaan
maurut mengurut berbeza fonem dan imbuhan
Kesalahan pengimbuhan dan ejaan
mauli menguli berbeza fonem dan imbuhan
Kesalahan pengimbuhan dan ejaan
mauar menguar berbeza fonem dan imbuhan
Kesalahan pengimbuhan dan ejaan
Unsur sengau /N/ dalam imbuhan {maN-} dalam dialek Melayu Brunei akan gugur apabila diimbuhkan kepada perkataan-perkataan yang bermula dengan vokal /i/ dan /u/. Sebaliknya, unsur sengau /N/ dalam imbuhan {meN-} dalam bahasa Melayu Standard akan menjadi /ng/ apabila diimbuhkan kepada perkataan yang bermula dengan semua vokal.
PROSIDING SETALING II
221
Jadual 3: Imbuhan {maN-}dan (meN) Diimbuhkan dengan Perkataan yang Bermula dengan Vokal /a/ DMB (maN-)
BMS (meN-) Perbezaan Hipotesis
mangaga mengambil/ menjemput/ menghadiri
berbeza fonem imbuhan dan makna
Kesalahan konsep dan ejaan
mangarah mengarah berbeza fonem imbuhan
Kesalahan ejaan
mangarik memanggil berbeza fonem imbuhan dan makna
Kesalahan konsep dan ejaan
mangambil mengambil berbeza fonem imbuhan
Kesalahan ejaan
mangaram mengeram berbeza fonem Kesalahan ejaan
Apabila imbuhan {maN} diimbuhkan kepada perkataan-perkataan yang bermula dengan vokal /a/ dalam dielak Melayu Brunei unsur sengau /N/ akan berubah menjadi /-ng-/. Jadual 4: Leksikal Kata Nama dan Kata Kerja DMB dan BMS yang Mempunyai Makna Berbeza rumahan kembung Perbezaan Hipotesis barah-barahan jenahak Berbeza
bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
banting-banting, kambura,buntih, balanak, munju mulut,andapung dll
belanak Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
PROSIDING SETALING II
222
Salungsung siakap Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
takir acuan kuih Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
kapayas betik Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
sikoi tembikai Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
kuyuk anjing Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
lauk ikan Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
ampus semput Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
pirik lecek Berbeza bentuk dan sebutan
Menimbulkan masalah
Banyak leksikal kata nama dan kata kerja dalam DMB berbeza dengan leksikal BMS, berdasarkan hipotesis Analisis Kontrastif pelajar-pelajar akan menggunakan leksikal bahasa ibundanya sekiranya mereka tidak atau belum mengetahui nama-nama benda atau kata kerja itu dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu Standard. Perkara ini memang berlaku dalam situasi pembelajaran.
PROSIDING SETALING II
223
Jadual 5: Leksikal Kata Nama DMB dan BMS yang Mempunyai Makna Bersilang DMB BMS Perbezaan Hipotesis pusu bilis Berbeza
bentuk dan makna
Menimbulkan masalah
bilis ikan kikik Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah
kikik ii) layang-layang
ii) bhg baju kurung (di bawah ketiak)
Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah
Terdapat beberapa kata atau leksikal DMB yang mempunyai makna dan padanan kata yang bersilang dengan kata dalam BMS, contohnya perkataan pusu dalam DMB bermakna ikan bilis dalam BMS. Dalam masa yang sama perkataan bilis juga ada dalam DMB yang padanan katanya dalam BMS ialah ikan kikik. Manakala kata kikik juga ada dalam DMB tetapi mempunyai padanan kata dan makna yang berbeza dalam BMS. Diramal akan berlaku kesukaran dalam pembelajaran yang melibatkan leksikal-leksikal seperti ini. Jadual 6: Leksikal Kata Kerja DMB dan BMS yang Mempunyai Makna Bersilang DMB BMS Perbezaan Hipotesis uar kacau
(masakan) Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah dan berlaku pemindahan nagatif
PROSIDING SETALING II
224
kacau Ganggu Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah dan berlaku pemindahan nagatif
arik-arik(kan)
uar-uar (kan) Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah dan berlaku pemindahan nagatif
uar-uar panjang terhulur
Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah dan berlaku pemindahan nagatif
gulai masak (sayur) Berbeza bentuk dan makna
Menimbulkan masalah dan berlaku pemindahan nagatif
- gulai Tiada nama masakan yang khusus dalam DMB
Menimbulkan masalah
Jadual 6 di atas memperlihatkan perbezaan antara leksikal DMB dengan BMS, malah bukan sahaja berbeza dari segi leksikal tetapi juga berlaku persilangan makna antara kedua-dua dialek dan bahasa tersebut. Menurut hipotesis Analisis Kontrastif akan berlaku kesukaran dalam pembelajaran. 1.4 Kesimpulan
Penemuan terpenting dalam kajian ini adalah bahawa ramalan-ramalan kesukaran yang didapati daripada Analisis Kontrastif tidak selari dengan hasil Analisis Kesalahan Bahasa. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa perbezaan dari segi fungsi dan padanan kata setara antara beberapa leksikal dialek Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard tidak menimbulkan masalah seratus peratus kepada pelajar Melayu di
PROSIDING SETALING II
225
Negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, pengaruh bahasa natif atau bahasa ibunda terutama dari segi penyebutan dan struktur ayat dalam pembelajaran bahasa Melayu Standard memang wujud. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Melayu di Negara Brunei Darussalam bukan seratus peratus disebabkan perubahan sistem ejaan dari sistem ejaan lama (Za’ba) dengan sistem ejaan baru, tetapi sebahagiannya disebabkan juga oleh faktor perbezaan sistem linguistik bahasa ibunda atau bahasa natif dengan bahasa sasaran seperti yang diandaikan dalam Analisis Kontrastif. Atas sebab ini, meskipun realitinya berbeza dengan hipotesis, namun adalah disarankan bahawa pengajaran hendaklah diberi tumpuan yang lebih dari segi penyebutan bunyi, leksikal dan struktur bahasa Melayu Standard yang tidak wujud dalam dialek Melayu Brunei atau bahasa natif pelajar. Bagi memperolehi dapatan yang memuaskan, kedua-dua pendekatan ini boleh diterapkan dalam menganalisis baik bahasa-bahasa yang serumpun seperti antara dialek dengan dialek yang berasal dari satu bahasa yang serumpun mahupun bahasa-bahasa yang yang berlainan rumpun seperti antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bibliografi Alatis, James E. (ed) (1968). Contrastive Analysis and Its
Pedagogical Implication. Monograph Series on Languages and Linguistics, No. 21.
Banathy, H. B. dan Madarasz, P. H. (1969). ”Contrastive Analysis and Error Analysis.”, dalam Journal of English as A Second Language 4, hln. 77-92.
Celce-Murcia, Marianne (1978). “The Simultaneous Acquisition of English and French in Two-Year-Old Child”, dalam Hatch, Evelyn, M., Second Language Acquisition, hln. 38-53. Roeley, Mass.: Newburry House.
Dayang Aini binti Haji Karim (2003). Preposisi Bahasa Dusun dan Bahasa Melayu: Satu Analisis Kontrastif dan Analisis Kesilapan. Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
top related