kjian dehidrasi
Post on 11-Aug-2015
133 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, MUHAMMAD SALLEH BIN ROSLI (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap: 57, Jln TTJS 3/1C, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Taman Tuanku Jaafar, 71450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
PENGARUH KADAR DEHIDRASI TERKAWAL KE ATAS PRESTASI SEMASA PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
ii
PENGARUH KADAR DEHIDRASI TERKAWAL KE ATAS PRESTASI SEMASA PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MUHAMMAD SALLEH BIN ROSLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr Zainal Abidin Bin Zainuddin
Tarikh : 30 APRIL 2008
iv
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : MUHAMMAD SALLEH BIN ROSLI
Tarikh : 30 APRIL 2008
v
DEDIKASI
Buat keluarga tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada ku...
Kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi En. Rosli b. Othman dan bonda
Mohaini bte. Bakar, terima kasih atas segalanya yang tidak dapat ku ungkap dengan
kata-kata. Adik-adik ku yang sentiasa memberi semangat dan menjadi sumber
inspirasiku, Badariah, Nur Fadhilah, Muhammad Fuad dan Muhammad Arief.
Buat rakan seperjuanganku (Sains Sukan 2004/2008), kenangan pahit dan manis
bersama kalian sepanjang di sini akan ku pahat dalam memori...
Buat sahabatku – Cikgu, Lan, Bear, Tam, Syed, Pian, Duan, Poksak, Black, Juki,
Mail, Yoi, Nasir, Apis, Firdaus, Rahimi, Rem, Salman, Omar, Roshan, Jebon, Azmin
dan Aswad.
Akhir sekali...
Kepada teman hidup ku di kala senang dan susah, berkongsi suka dan duka
sepanjang proses menyiapkan projek ini, Nur Afiqah bte. Ab Rahman.
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…………..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,
dapatlah saya menyiapkan kajian ilmiah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu, ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan
kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang pengajian saya di sini. Jutaan terima kasih
saya ucapkan kepada Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin, merangkap penyelia Projek Sarjana
Muda saya kerana dengan adanya sokongan dan tunjuk ajar beliau, dapatlah saya
menyiapkan satu projek yang akan menentukan sama ada saya layak untuk dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).
Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu yang sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk menjadi subjek dalam kajian saya ini. Tanpa
pengorbanan dan bantuan anda, kajian ini tidak bermakna. Ucapan terima kasih juga
ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung mahupun secara
langsung bersama-sama menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, segala pengorbanan dan jasa yang telah kalian curahkan tidak terbalas
oleh saya. Semoga Allah membalas jasa kalian. Terima kasih.
vii
ABSTRAK
Sukan bola sepak yang mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit
memerlukan pemain yang mempunyai stamina yang tinggi. Beraksi dalam tempoh
masa yang lama akan menyebabkan pemain bola sepak mengalami dehidrasi melalui
perpeluhan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan kadar
dehidrasi terkawal ke atas prestasi semasa otot atlit dan mengenalpasti kesan kadar
dehidrasi terkawal ke atas perubahan fisiologi tubuh badan atlit. 2 orang pemain
bola sepak UTM lelaki dengan umur 24 (±3) tahun, berat 61.1 (±2.3) kg, tinggi 170.3
(±1.8) cm dan BMI 21.09 (±1.22) dipilih sebagai subjek. Subjek berlari atas
treadmill sejauh 5 km dibawah tempoh masa 30 minit. Data yang dikumpul dianalisa
dengan menggunakan GraphPad Prism versi 5 menunjukkan terdapat hubungan bagi
antara pembolehubah bagi kedua-dua subjek. Kajian mendapati bahawa dehidrasi
iaitu kehilangan berat badan melalui perpeluhan ialah 3.67% bagi subjek 1
menunjukkan penurunan prestasi otot yang ketara dan 1.85% bagi subjek 2
menunjukkan sedikit penurunan prestasi. Kesimpulannya, dehidrasi memberi kesan
terhadap prestasi semasa dan perubahan fisiologi atlit.
viii
ABSTRACT
Football sport which takes at least 90 minutes to end, require its players to
have high stamina. Playing the sport for a long duration, football players might
experience dehydration through sweating. Therefore, the objectives of this study are
to identify the effect of controlled dehydration rate to the athletes’ current muscle
performance and to identify the effects of controlled dehydration rate to the athletes’
physiological changes. The subjects of this study were UTM football players aged
24 (±3) years old, weighed 61.1 (±2.3) kg, heighted 170.3 (±1.8) cm with BMI 21.09
(±1.22). The subjects were asked to run 5 km on a treadmill within 30 minutes. The
data collected was analysed using GraphPad Prism version 5 and the data showed
that there was a relation between the variable and both subjects. The findings of this
research showed that 3.67% of body mass loss from the subject 1 caused significant
declination muscle performance and 1.85% of body mass loss from the subject 2
caused slow declination muscle performance. In brief, dehydration does affect
athletes’ physiological changes and performances.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK M/S
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GRAF xiv
SENARAI FORMULA xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Limitasi Kajian
1.8.1 Sampel
1.8.2 Masa
1.8.3 Alat penguji
1.8.4 Cuaca
1.9 Definisi Operasional
1
1
2
4
5
5
6
6
7
7
7
8
8
8
xi
1.9.1 Berat
1.9.2 Dehidrasi
1.9.3 Kadar Nadi
1.9.4 EMG
1.9.5 Suhu Badan
9
9
9
9
10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Air
2.3 Dehidrasi
2.4 Tahap-Tahap Dehidrasi
2.5 Simptom Dan Kesan Dehidrasi
2.6 Kesan Dehidrasi ke atas Prestasi Atlit
11
11
11
13
13
14
15
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Pemilihan Subjek
3.4 Tempat Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Perkakasan dan Perisian Biopac Student Lab
(EMG)
3.5.1.1 Prosedur Penggunaan Biopac Student Lab
(EMG)
3.5.2 Borang
3.5.2.1 Bahagian A (Maklumat Diri)
3.5.2.2 Bahagian B (Data Kajian)
3.5.3 Termometer Bebuli Kaca
3.5.4 Polar Heart Rate Monitor
3.5.4.1 Prosedur Penggunaan Polar Heart Rate
Monitor
3.5.5 Penimbang Berat Badan
3.5.6 Ujian Air Kencing
19
19
20
20
20
21
21
21
23
23
23
23
24
24
25
25
26
xii
3.5.7 Treadmill
3.6 Prosedur Kajian
3.6.1 Sebelum
3.6.2 Semasa
3.6.3 Selepas
3.7 Proses Pengumpulan Data
3.8 Analisis Data
26
26
26
27
28
28
29
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Deskriptif 4.2.1 Keputusan Pra-Ujian dan Pos Ujian Bagi Kedua-
dua Subjek
4.2.1.1 Perubahan berat antara pra-ujian dan pos
ujian
4.2.1.2 Bacaan ujian air kencing ketika pra-ujian
dan pos ujian
4.2.1.3 Perubahan suhu badan antara pra-ujian
dan pos ujian
4.3 Analisis Inferensi
4.3.1 Kadar Dehidrasi
4.3.2 Prestasi Semasa Otot (berdasarkan bacaan
EMG)
4.3.2.1 Analisis EMG Subjek 1
4.3.2.2 Analisis EMG Subjek 2
4.3.3 Kadar Nadi Semasa
30
30
31
31
31
32
33
34
35
36
36
38
40
5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kadar Dehidrasi
5.2.2 Kesan Dehidrasi Terhadap Prestasi Otot
5.2.3 Kesan Dehidrasi Ke Atas Kadar Nadi
42
42
43
43
44
47
xiii
5.3 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang
5.4 Kesimpulan
48
48
RUJUKAN 50
Lampiran 54
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK M/S
2.1 Simptom Dan Kesan Dehidrasi 15
3.1 Prosedur Penggunaan Biopac Student Lab (EMG) 21
3.2 Prosedur Penggunaan Polar Heart Rate Monitor 24
xiv
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK M/S
4.1 Perubahan berat antara pra-ujian dan pos ujian 31
4.2 Bacaan ujian air kencing ketika pra-ujian dan pos ujian 32
4.3 Perubahan suhu badan antara pra-ujian dan pos ujian 33
4.4 Kadar Kehilangan Berat melawan Masa. 35
4.5 Bacaan EMG Subjek 1 36
4.6 Kekuatan Pengecutan Otot Semasa Selepas Pembetulan
Subjek 1
37
4.7 Bacaan EMG Subjek 2 38
4.8 Kekuatan Pengecutan Otot Semasa Selepas Pembetulan
Subjek 2
39
4.9 Kadar Nadi Semasa Subjek 1 40
4.10 Kadar Nadi Semasa Subjek 2 41
xv
SENARAI FORMULA
Kadar Kehilangan Berat Badan = Perubahan Berat Badan / Masa (Keseluruhan)
Kehilangan Berat Badan Semasa = Kadar Kehilangan Berat Badan X Masa (Ketika)
Kelajuan = Jarak / Masa
Peratus Bacaan EMG = (Bacaan EMG Semasa – Purata Bacaan EMG) /
Purata Bacaan EMG X 100
Peratus Kehilangan Berat badan = Kehilangan Berat Badan Semasa / Berat
Sebelum X 100
Peratus Kadar Nadi = (Bacaan Kadar Nadi Semasa – Purata Kadar
Nadi / Purata Kadar Nadi X 100
Purata Bacaan EMG = Jumlah Bacaan EMG Semasa / Masa (Keseluruhan)
Purata Kadar Nadi = Jumlah Kadar Nadi Semasa / Masa (Keseluruhan)
Perubahan Berat Badan = Berat Selepas – Berat Sebelum
Tenaga = (Berat X Kelajuan2) / 2
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK M/S
A Borang Kajian 54
B Gambar Pengumpulan Data 57
C Data Mentah Subjek 1 58
D Data Mentah Subjek 2 59
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bola sepak merupakan sukan yang paling terkenal di seluruh dunia.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau
Federation of International Football Associations (FIFA) yang diterbitkan pada
tahun 2001, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih 200 buah
negara di seluruh pelusuk dunia. Kini, populariti sukan ini semakin meningkat
melalui pendedahan media yang canggih dan membolehkan masyarakat dunia
mengikuti perkembangan sukan ini.
Berdasarkan catatan sejarah, kira-kira 2000 tahun dahulu, orang Cina pernah
bermain sejenis permainan yang berbentuk menyepak bola manakala orang Rom
pula dikatakan telah menggalakkan sejenis permainan menyepak bola sebagai
sebahagian daripada latihan ketenteraan. Kemudian, permainan ini dipercayai
dibawa oleh orang Rom ke kepulauan British dan terus berkembang di seluruh
England sehingga kelab-kelab bola sepak ditubuhkan pada tahun 1820-an.
2
Walau bagaimanapun, bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun
1920-an oleh pegawai British yang bertugas di sini ketika itu. Pada tahun 1921,
kejohanan Piala Malaysia telah dipertandingkan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) telah ditubuhkan pada 1933. Sehingga tahun 1951, FAM telah diterajui oleh
presiden berbangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan
presiden anak tempatan pertama. FAM bergabung dengan Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) pada tahun 1954 dan FIFA dua tahun kemudian.
Namun begitu, pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan
akhir Piala Dunia dan pencapaian terbaik skuad kebangsaan di peringkat tertinggi
ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980).
Ini adalah bukti bahawa kemampuan pemain bola sepak dan mutu permainan bola
sepak masih rendah lagi di Malaysia jika ingin dibandingkan dengan negara Asia lain
yang mempunyai tubuh fizikal yang hampir sama dengan pemain di Malaysia.
1.1 Latar Belakang Kajian
Beberapa tahun kebelakangan ini, laporan media mengenai sukan bola sepak
Malaysia seringkali menggambarkan kegagalan atau ketidakcekapan pemain.
Contohnya, dalam laporan akhbar Utusan (Julai 11 & 15, 2007), pasukan Malaysia
kalah teruk dengan pasukan China dan Uzbezkistan pada pusingan awal. Kekalahan
ini dijadikan isu besar dimana ia dikaitkan dengan kekurangan latihan dan ketiadaan
stamina. Pasukan Malaysia juga dikecam kerana hanya mampu menunjukkan
prestasi dan permainan menarik pada separuh masa pertama tetapi longlai apabila
masuk separuh masa kedua.
3
Dalam satu permainan bola sepak, masa yang diperuntukkan adalah 90 minit.
Sekiranya kedua-dua pasukan mendapat jumlah yang sama (draw), masa akan
ditambah menjadi 120 minit. Sepanjang tempoh 2 jam itu, adalah menjadi satu
cabaran bagi para pemain untuk mengekalkan kecergasan fizikal mereka.
Kecergasan fizikal diperlukan oleh pemain bola sepak untuk membolehkan mereka
melakukan kemahiran-kemahiran bermain bola dengan sempurna. Antara contoh
kemahiran adalah larian tanpa bola di mana pemain yang tidak mendapat bola
mencari posisi untuk memudahkan rakan sepasukan membuat hantaran atau untuk
menarik pertahanan lawan keluar dari posisi mereka.
Masa yang lama ini juga ada kaitan dengan kadar kehilangan air dalam badan
atau dehidrasi. Penggunaan otot secara berterusan dalam jangkamasa yang lama
akan menyebabkan pemain kehilangan air dalam badan. Kesannya, tahap kecergasan
fizikal atlit akan menurun. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi prestasi pemain
bola sepak secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, seperti yang telah
diterangkan, tiada satu pun pihak yang membuat kajian mengenai kesan dehidrasi
terhadap prestasi pemain bola sepak di Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, kajian-kajian telah dijalankan untuk mengkaji
prestasi atlit baik dalam sukan bola sepak ataupun sukan-sukan yang lain. Kajian
yang dilakukan secara saintifik dapat membantu atlit-atlit luar negara dalam
meningkatkan pencapaian dalam pelbagai kejohanan. Namun begitu, kekurangan
kajian yang mengkaji secara saintifik dan mendalam menjadi salah satu faktor
mengapa sukan di Malaysia khususnya bola sepak tidak meningkat dan adakalanya
menurun.
Jika terdapat kajian yang dilakukan oleh pakar dan jurulatih sukan Malaysia,
data yang diperolehi dibandingkan dengan dapatan kajian dari luar negara. Namun
begitu, perbandingan yang dijalankan dilihat sebagai kurang relevan kerana
perbezaan yang ketara dalam banyak aspek seperti cuaca, anatomi dan fisiologi atlit.
4
Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan dan tanggungjawab bagi pengkaji untuk
menyumbangkan kajian yang akan memberi faedah kepada sukan di Malaysia.
1.3 Pernyataan Masalah
Ganio et al. (2006) menyatakan bahawa banyak kajian menunjukkan lelaki
dewasa selalunya akan kehilangan 1-1.5 liter air setiap jam apabila bersukan atau
membuat latihan di bawah cuaca yang panas. Manakala lelaki dan perempuan yang
lebih muda akan kehilangan 0.6-1 liter pada setiap jam. Walaupun terdapat bukti
jelas yang menunjukkan kesan positif pengambilan air dan kesan negatif akibat
dehidrasi terhadap prestasi senaman (Herbert, 1983), masih terdapat ramai atlit yang
tidak mengambil minuman yang mencukupi untuk menggantikan air yang hilang
melalui peluh semasa senaman (Noakes, 1992).
Berdasarkan penerangan yang diberi dalam pengenalan dan latar belakang
kajian, kajian mengenai kesan dehidrasi kepada prestasi semasa atlit dilihat sebagai
satu kajian yang signifikan kepada situasi semasa bola sepak negara. Sebagai
permulaan, pengkaji akan menjalankan kajian ini dengan mengambil pemain-pemain
bola sepak UTM sebagai sampel. Prestasi sampel sebelum dan selepas dipercayai
boleh digunakan dalam menentukan kesan dehidrasi terhadap atlit bola sepak yang
lain.
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengenalpasti kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas prestasi semasa
otot atlit.
2. Untuk mengenalpasti kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas perubahan
fisiologi tubuh badan atlit.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang diutarakan oleh penyelidik ialah:
1. Apakah kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas prestasi semasa otot atlit?
2. Apakah kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas perubahan fisiologi tubuh
badan atlit?
top related