khalifah umar bin abdul aziz -reformis ekonomi terunggul

Post on 25-Dec-2015

113 Views

Category:

Documents

43 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Slideshow tentang Khalifah Umar Abdul Aziz serta sumbangan-sumbangannya.

TRANSCRIPT

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Reformis Ekonomi Terulung.

1.Pembahagian Hasil Negara

• Sedari jurang sosial antara yang kaya dan miskin terjadi akibat buruknya pembahagian hasil negara.

• Mengkritik cara Khalifah Sulaiman Abd Malik agih kekayaan.

• "Sungguh aku melihatmu membuat orang kaya semakin kaya dan orang miskin tetap dalam kemiskinannya."

Tindakan beliau

-Melarang gabenor dan pegawai kerajaan menggunakan wang rakyat sebagai modal perniagaan.

-Mencukupkan segala keperluan rakyat, sehingga tak ada yang hidup melarat.

2.Menyediakan suasana ekonomi yang kondusif

• Mengembalikan hak pada yang berhak

• Membuka kebebasan ekonomi tetapi dengan batasan.

-tidak menetap harga -Melarang keras penjualan arak.

3.Reformasi Pertanian

• Meringankan kadar pajak tanah .

• Menggalakkan menghidupkan semula terusan air yang sudah mati.

• Menghapuskan cukai-cukai yang membebankan yang dikenakan oleh para petugas negara.

• Menyediakan Infrasturktur pertanian yang lengkap

-perigi-perigi

-Terusan-terusan

Hasil dari itu,Pendapat negara meningkat dengan mendadak.

4.Pengurusan Pendapatan Negara.

• Zakat -melantik pengutip zakat yang amanah. -Mengeluarkan resit pembayaran. -Meluaskan cakupan zakat. (ikan,

kurma,unta dll.) -Pengislaman orang-orang kafir dzimmi

• Yahya bin Said, seorang petugas zakat masa itu berkata, ‘’Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya bermaksud memberikan kepada orang-orang miskin. Namun saya tidak menjumpai seorangpun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu berkecukupan.’’

5.Pengutipan Cukai Jizyah

• Jizyah adalah cukai yang dikenakan orang kafir yang tinggal di negara Islam.

• Membanteras pengutipan jizyah pada orang Islam. Ini menjadi amalan khalifah-khalifah sebelum ini.

• Menyelaras kadar jizyah bersesuaian mengikut kekayaan daerah atau negeri.

6.Status Tanah Kharaj

• Tanah yang diperoleh dengan penaklukan dengan kekuatan atau negara berdamai dengan pemiliknya.

• Petani-petani digalakkan mengusahakan tanah-tanah ini

• Melarang penjualan tanah ini dan menjadikannya milik negara.

• Menjadi antara hasil pendapatan utama negara iaitu sebanyak 1,240,000 juta Dirham iaitu sama banyak dengan

RM 2.5 bilion.

7.Menggalakkan Perniagaan

• Menghapus cukai-cukai berlebihan yang dikenakan kepada terusan pertanian. Harga barang turun dengan signifikan.

• Menghapuskan cukai perniagaan dengan membatasi pada cukai al-Usyur sahaja.

• Menghapus cara-cara kekerasan dalam mengutip hasil negara.

• Membangun tempat-tempat istirehat di jalan-jalan perdagangan.

• Menahan pemberian pada para pedagang an agar perdagangan menjadi satu-satunya sumber rezeki mereka

• Membayarkan hutang-hutang para pedagang yang bankrap agar mampu berniaga semula.

• Menstandarkan ukuran takaran dan timbangan dan menjadikannya peraturan dasar negara.

• Melarang para gabenor dan penjabat negara untuk berniaga kerana kehadiran mereka tentu akan mempengaruhi pasaran demi kepentingan sendiri.

• Melarang kegiatan monopoli dalam perniagaan.

8.Perbelanjaan Untuk Jaminan Sosial

• Belanja untuk fakir miskin.

• Belanja untuk Gharim (Orang yang menanggung hutang).

• Belanja untuk tawanan Muslim.

• Belanja untuk para musafir dan Ibnu Sabil.

• Belanja untuk memerdekakan hamba sahaya.

• Belanja-belanja lain -Orang cacat -Janda-janda -Fasiliti-fasiliti umum

Mengarahkan Perbelanjaan• Menghentikan pemberian-pemberian

kepada Khalifah dan pembesar.

• Menjimatkan belanja birokrasi

• Menghentikan peperangan yang menuntut biaya yang tinggi.

top related