keselamatan bengkel kh

Post on 14-Jun-2015

5.506 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAJUK 3: KESELAMATAN BENGKEL

1. Peraturan dan Etika2. Punca Kemalangan3. Punca Kebakaranakaran

4.4. Pertolongan CemasPertolongan Cemas

PGSR(BM) IPGM KKB

NOTA PENSYARAH INI DIMUAT NAIK OLEH

CIKGU RUSLEE WEB MASTER KELAS

DEFINISI KESELAMATAN

Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya,

bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya

kemalangan

Ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan

keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja,

tempat kerja dan kawasan lingkungannya

DEFINISI KESELAMATAN KERJA

Pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan,

kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi

kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan

DEFINISI KESELAMATAN INDUSTRI

PERATURAN DAN ETIKA

1. Umum2. Keselamatan

PERATURAN UMUM BENGKEL

a) Pakaian: perlu kemas tanggalkan tali leher/dimasukkan ke

dalam baju lipat lengan baju jika memakai baju

berlengan panjang. Memakai apron/baju kerja

b) Pelindung mata: Gunakan cermin keselamatan /

pelindung mata apabila melakukan kerja-kerja membahayakan mata

Pastikan pencahayaan yang cukup untuk mengelakkan dari sakit mata

PERATURAN UMUM BENGKEL

c) Tangan: Bersihkan tangan dari kotoran, gris atau

minyak sebelum/selepas melakukan sesuatu kerja

Alatan yang digunakan akan sentiasa berada dalam keadaan bersih

d) Menghormati orang lain Sentiasa membantu orang lain bila

diperlukan Pastikan kerja yang dilakukan tidak

mengganggu dan membahayakan orang lain

PERATURAN UMUM BENGKEL

e) Pemilihan Alatan Pilih saiz dan jenis alatan yang

sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan

Baiki atau ganti bahagian yang rosak/patah/longgar sebelum menggunakan sesuatu alatan

PERATURAN UMUM BENGKEL

f) Pengendalian Alatan Halakan mata pemotong ke bawah

jika membawa alatan tajam Bawakan beberapa alatan sahaja

pada suatu masa kecuali jika alatan ditempatkan di dalam bekas khas

Jangan memasukkan alatan yang tajam ke dalam poket

PERATURAN UMUM BENGKEL

g) Alatan pengapit Gunakan apit yang sesuai untuk

memegang benda kerja terutamanya apabila menggunakan pahat dan mesin elektrik mudah alih

Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang anda kerjakan

PERATURAN UMUM BENGKEL

h) Kelajuan kerja Jangan gopoh semasa membuat

kerja Kerja yang terancang pada

kelajuan yang sesuai bukan sahaja selamat tetapi akan menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu

PERATURAN UMUM BENGKEL

i) Pengurusan meja kerja Letakkan bahan kerja secara tersusun

di atas meja dengan alatan berada di bahagian tengah meja kerja

Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan dengan pemusingnya menghala ke bawah

Pastikan laci dan pintu kabine sentiasa tertutup

PERATURAN UMUM BENGKEL

j) Keselamatan lantai Kawasan tempat bekerja perlulah

bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak

PERATURAN UMUM BENGKEL

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

a) Jangan masuk ke dalam bengkel sebelum diarah oleh guru

b) Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di bengkel

c) Jangan bermain-main di dalam bengkel

d) Gunakan pakaian spt apron atau baju kerja

e) Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu dilipat hingga ke atas siku

f) Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas

g) Jangan gunakan alatan yang tumpul, hulu pecah atau longgar

h) Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan berkuasa elektrik

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

i) Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit

j) Dilarang memakai barang-barang kemas

k) Pakai pelindung mata semasa menggerudi atau mencanai

l) Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

KEMALANGAN

Definisi Kemalangan:

“Peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan berlaku”

PUNCA KEMALANGAN

Punca kemalangan akibat daripada:-1. Kecuaian pekerja2. Keadaan Peralatan/Perkakasan3. Keadaan Benda Kerja dan

Kawasan Kerja

1. Kecuaian Pekerja

a) Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul

b) Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan

c) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau

d) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran

e) Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya

1. Kecuaian Pekerja

2. Keadaan Peralatan/Perkakasan

a) Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan

b) Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada

c) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahun mengguna dan memberhenti mesin dengn cara yang betul

a) Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling

b) Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar

c) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar

2. Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja

LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN

1. Menghapuskan gangguan2. Menggunakan alat-alat yang selamat3. Papan kenyataan yang mempunyai

maklumat amaran keselamatan4. Melatih pekerja5. Memakai peralatan perlindungan-

pakaian, kasut, topi keselamatan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 :

“mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat Keselamatan dan Pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja”

REKOD KEMALANGAN

REKOD KEMALANGAN

Tujuan menyimpan rekod:-1. Membantu untuk membuat laporan

yang tepat dan lengkap2. Panduan keberkesanan langkah

pencegahan3. Asas penilaian keberkesanan program

keselamatan4. Menunjukkan kemungkinan bentuk

kemalangan yang serupa

Tujuan menyimpan rekod:-4. Menjelaskan keadaan berbahaya

dan amalan tidak selamat5. Menjadi sumber fakta bagi

analisis yang dijalankan

REKOD KEMALANGAN

PUNCA KEBAKARAN

Punca kebakaran di tempat kerja terjadi disebabkan oleh:

1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya

2. Api ubat nyamuk. Mancis, puntung rokok

3. Kebocoran atau mampatan gas4. Haba mekanikal yang terjadi

disebabkan oleh geseran

Punca kebakaran disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:-

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel

2. Lebihan beban aliran kuasa3. Pemanasan setempat pada

terminal disebabkan sambungan yang longgar

PUNCA KEBAKARAN

4. Pemasangan yan salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar atau fius

5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat

PUNCA KEBAKARAN

PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Peralatan pencegahan kebakaran yang siap dipasang pada bangunan dikategorikan kepada dua jenis:

1. Perlindungan Aktif2. Perlindungan Pasif

1. Perlindungan Aktif Sistem perlindungan kebakaran

yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik

Terdapat 9 jenis perlindungan aktif :

i. Alat pecah kacaii. Alat pengesan haba

iii. Alat pengesan asapiv. Sistem pemasangan pancur (riser)v. Sistem pili bombavi. Sistem salur bantu

semula(hosereel)vii. Sistem gas karbon dioksidaviii. Sistem pemasangan tetap buih

1. Perlindungan Aktif

2. Perlindungan Pasif Sistem perlindungan kebakaran

yang terdapat pada struktur bangunan

Ia berfungsi untuk :a) menyekat api dan asap dari merebak

agar penghuni dapat berlindungb) menggunakannya sebagai laluan keluar c) tempat yang selamat untuk

menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

Jenis perlindungan pasif:a) Tangga terlindungb) Koridor terlindungc) Pintu rintangan apid) Ruang akses menentang

kebakarane) Lif bomba

2. Perlindungan Pasif

LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN

1. Pendidikan dan Latihan2. Penguatkuasaan3. Kejuruteraan4. Kawalan Keselamatan5. Penyelenggaraaan peralatan 6. ‘Good house keeping’

1. Pendidikan dan Latihan

a) Mengadakan ceramah tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran

b) Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem kebombaan

c) Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela

d) Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dari kurikulum sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi

e) Mengadakan latihan bersama “Mork Drill” bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut

1. Pendidikan dan Latihan

2. Penguatkuasaan Seorang pegawai bomba diberi kuasa

untuk membuat pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988

Pegawai ini juga bertanggungjawab membuat pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam bila-bila masa

3. Kejuruteraan

Badan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan

4. Kawalan Keselamatan

Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik

5. Penyelenggaraan Peralatan

Peralatan akan diselenggara dari masa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

6. “Good House Keeping”

Penyusunan mengikut penyesuaian barang atau tempat yang dikhaskan

Tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan

PERTOLONGAN CEMAS

1. Peti Pertolongan Cemas2. Tanggungjawab Ketika

Kecemasan3. Jenis-jenis Rawatan dan Bantuan

Kecemasan

Definisi Pertolongan Cemas:

“Bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih”

PERTOLONGAN CEMAS

1. PETI PERTOLONGAN CEMAS

Setiap bengkel perlu memiliki peti pertolongan cemas yang lengkap

Diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang memerlukannya

Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaga dan menambah barang yang telah habis digunakan

2. TANGGUNGJAWAB KETIKA KECEMASAN

1. Menilai Situasi Kecemasan2. Pastikan Kawasan Kecemasan

Selamat3. Memberi Bantuan Kecemasan

1. Menilai Situasi Kecemasan

Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku

Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa kecederaan

Tanya diri anda soalan-soalan berikut:-i. Adakah terdapat sebarang bahaya

yang berterusan?ii. Adakah nyawa seseorang di dalam

bahaya?

iii. Adakah orang ramai boleh memberi bantuan?

iv. Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

1. Menilai Situasi Kecemasan

2. Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat Pastikan diri sendiri selamat dari

bahaya sebelum membantu orang lain Lazimnya langkah yang mudah dalam

menghadapi kecemasan ialah menutup suis elektrik bagi memastikan kawasan itu selamat

Pindahkan mangsa kecederaan ke tempat yang selamat dari bahaya

Mendapatkan peralatan dan bantuan pakar dengan segera

3. Memberi Bantuan Kecemasan Bantuan kecemasan akan diberi kepada

mangsa dengan segera Setiap keputusan dan tindakan yang

cepat dan tepat perlu diambil agar dapat membantu mangsa

Sekiranyanya anda bersedirian, anda perlu: Menentukan bila bantuan diperlukan

dan ke tahap mana bantuan diperlukan

Memikirkan juga siapa yang boleh memberi bantuan

Di mana bantuan boleh didapati Bagaimana mendapat bantuan

tersebut

3. Memberi Bantuan Kecemasan

3. JENIS-JENIS RAWATAN DAN BANTUAN KECEMASAN

i. Kesukaran Bernafasii. Luka dan Lebamiii. Terbakar dan Melecuriv. Kecederaan Elektrik

1. Kesukaran Bernafas

Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas

Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap

Di dalam makmal, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan sama ada daripada asap gas atu wap toksik

Asap atau gas-gas dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat

Oleh itu, sentiasa menggunakan peralatan perlindungan sebelum menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap atau wap

1. Kesukaran Bernafas

2. Luka dan Lebam

Terdapat dua jenis luka:1. Luka terbuka2. Luka tertutup (pendarahan

dalaman)

1. Luka Terbuka Satu keadaan apabila kulit terbuka

atau terkoyak dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya

Luka ini terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan

Rawatan bagi luka-luka yang kecil:a. Cuci tangan dengan menggunakan

sabun dan air panasb. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan

menggunakan air yang mengalir

c. Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril

d. Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa yang steril

e. Bersihkan kulit di sekeliling luka dengn sabun dan air atau pencuci yang dapat menanggalkan gris. Buang pad kapas daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali mengesat luka

f. Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut berperekat atau plaster

1. Luka Terbuka

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk):

a) Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam spt kaca

b) Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih

1. Luka Terbuka

c) Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika anggot ini mengalami keretakan

d) Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk):

e) Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi janganlah terlalu ketat. Jika terdapat objek lain yang tertonjol keluar letakkan pad pada mana-mana bahagian objek itu sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa menekan objek itu

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk):

f) Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk):

LEBAM

Lebam terjadi apabila bahan terkena hentakan daripada objek yang tumpul

Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit

3. Terbakar dan Melecur Luka dari terbakar (selaran) adalah

akibat daripada: haba yang kering daripada kebakaran

atau bahan mengakis Sejuk yang keterlaluan spt menyentuh

wap-wap beku spt nitrogen cecair dan karbon dioksida pepeja (ais kering)

Melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti wap atau cecair panas

Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan.

Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan

3. Terbakar dan Melecur

Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit

Pesakit mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah

3. Terbakar dan Melecur

Apa yang perlu dilakukan untuk merawat kesan terbakar dan melecur

a) Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu

b) Lindungi bahagian yang terbakar dengan kain yang bersih kerana kulit yang terbakar sangat mudah dijangkiti kuman

c) Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil

Apa yang perlu dielakkan

i. Jangan sentuh bahagian yang cedera

ii. Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung

iii. Jangan sapu losen atau bahan lemak ke tempat yang cedera

4. Kecederaan Elektrik

Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan mangsa pengsan serta jantung dan nafas terhenti

Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang pada lazimnya menghalang mangsa melepaskan kabel elektrik

Jangan dekati mangsa (sekurang-kurangnya 18 meter) sehinggalah bekalan kuasa telah diputuskan

4. Kecederaan Elektrik

Tindakan yang perlu diambil

i. Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera

ii. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu

iii. Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan

top related