kesalahan ajaran sesat dalam kerangka … · aliran-aliran sesat dengan amalan-amalan negatif yang...
Post on 05-Apr-2019
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
1
KESALAHAN AJARAN SESAT DALAM KERANGKA
PERUNDANGAN DAN FATWA DI NEGERI KEDAH:
SATU TINJAUAN (DEVIANT TEACHINGS OFFENSE IN LEGAL FRAMEWORK AND FATAWA
IN KEDAH STATE: AN OVERVIEW)
Alias Azhar, Ph.D1
Mohd Shauki Muhammad Baderuddin2
Abstract: The ruling of al-Quran and al-Sunnah has stated that the Sunnah Wa al-Jama'ah’s
(sunni) member’s faith is a safe flow of faith and accepted by the majority of Muslims around the
world. Similarly, in Malaysia, besides Islam is based on the religion of the Federation, the
acceptance of the Sunnah Wa al-Jama'ah's (sunni) faith in the whole of the Muslims and is
guided primarily on the problems of the creed. However, it is undeniable that Muslims in
Malaysia, in particular in the state of Kedah, are now squeezed with the emergence of various
streams and ideologies that try to distort the holders of the Muslims against the Sunnah Wa al-
Jama'ah (sunni)members. Forming and expanding the deviant streams with negative practices
that violate the true teachings of Islam. The preservation and strengthening of the faith of
Muslims can be solved through the legitimacy of the law and the proclamation of the deviant
teachings of fatwa in the attempt to curb and prevent the deviant teachings from developing in
the state of Kedah. This article examines the provision of misguided teachings found in the
Kedah state legislative and analyzes the fatwa on deviant teachings that have been issued in the
state of Kedah. The study was conducted based on the two main forms that were expected to be
mutually qualitative and field research through interviews. The study also worked on the form of
content analysis that analyzes the document to determine the content and meaning contained in
the document. The provisions relating to deviant teachings found in the state of Kedah are
complete under the provision of shariah criminal offenses. In addition, fatwa related gazette
teachings are important to assist the enforcement authorities in submitting proof of burden in the
prosecution procedure.
Keywords: Fatawa, Deviant Teachings, Sunnah Wa al-Jama'ah, Shariah Criminal, Faith
1 Prof Madya, Pusat Pengajian Undang-undang, UUMCOLGIS, Universiti Utara Malaysia, Tel: 012-5898510, E-
mel: az.alias@uum.edu.my 2 Guru, Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang, Kedah, Tel:019-4925251, E-mel: syanaz_qudwah@yahoo.com
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
2
Abstrak : Ketetapan dari al-Quran dan al-Sunnah yang telah menyatakan bahawa akidah Ahli
Sunnah Wa al-Jama’ah merupakan aliran akidah yang selamat serta diterima oleh majoriti umat
Islam di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia, di samping Islam dimartabatkan sebagai agama
Persekutuan, penerimaan akidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah sebagai pegangan seluruh umat
Islam dan dijadikan garis panduan terutamanya dalam permasalahan akidah yang timbul.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan umat Islam di Malaysia amnya khususnya di negeri
Kedah kini dihimpit dengan timbulnya pelbagai aliran serta ideologi yang cuba memesongkan
pegangan umat Islam terhadap aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah. Wujud dan berkembang
aliran-aliran sesat dengan amalan-amalan negatif yang menyalahi ajaran Islam sebenar.
Pemeliharaan dan pengukuhan akidah umat Islam mampu direalisaikan melalui kuatkuasa
perundangan dan pewartaan fatwa ajaran sesat dalam usaha mengekang dan menghalang
ajaran sesat daripada berkembang di negeri Kedah. Artikel ini mengkaji peruntukan ajaran
sesat yang terdapat dalam perundangan negeri Kedah serta menganalisa fatwa-fatwa berkenaan
ajaran sesat yang telah dikeluarkan di negeri kedah. Kajian yang telah dijalankan adalah
berdasarkan dua bentuk utama yang digarapkan bersama iaitu kualitatif dan kajian lapangan
melalui temubual. Kajian turut menggarap bentuk analisis kandungan iaitu menganalisis
dokumen untuk diketahui isi dan makna yang terkandung dalam dokumen tersebut. Peruntukkan
berkaitan ajaran sesat yang terdapat di negeri Kedah adalah lengkap di bawah peruntukkan
kesalahan jenayah syariah. Selain itu, fatwa berkaitan ajaran sesat yang diwartakan adalah
penting bagi membantu pihak penguatkuasaan dalam mengemukakan beban pembuktian dalam
prosedur pendakwaan.
Kata kunci: Fatwa, Ajaran Sesat, Sunnah Wa al-Jama’ah, Jenayah Syariah, Akidah 2018 JHLCB
Pendahuluan
Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau
bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran yang dibawa mereka itu berdasarkan kepada ajaran
Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan
al-Quran dan Hadith, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan
Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah (Abd.Rahman Yunus,2001). Menurut Abdul Fatah Haron (1994)
yang menjelaskan takrif ajaran sesat ialah ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam.
Manakala Engku Aḥmad Zaki Engku Alwi (2007) menyatakan bahawa ajaran sesat ialah
sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan
Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan
pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, bercanggah
dengan akidah Islam dan berlawanan dengan mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Ahli Al-
Sunnah Wa Al-Jama’ah.
Fatwa pengharaman ajaran sesat dengan menggunakan kaedah sadd al-dhara’i sebagai
langkah mengekang ajaran-ajaran sesat ini dari terus berkembang di negeri ini. Ini kerana,
menurut Mustafa al-Bugha (2007), al-dhara’i yang membawa kepada kerosakan adalah dilarang
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
3
dan wajib untuk dihalang. Justru, kaedah al-dhara’iini merupakan aplikasi terbaik yang
digunakan oleh Jabatan Mufti negeri-negeri untuk mengekang perkembangan ajaran sesat dari
terus merosakan akidah umat Islam khususnya di negeri ini. Selain kuatkuasa perundangan
jenayah syariah bagi melaksanakan hukuman ke atas pesalah-pesalah berkaitan akidah
khususnya ajaran sesat.
Metodologi Kajian
Kajian ini berbentuk sosio-perundangan iaitu satu kaedah penyelidikan yang
menyatukan dua bidang utama dalam penyelidikan iaitu sains sosial dan undang-undang. Oleh
kerana undang-undang dibentuk sebagai mekanisme untuk mengurus hal ehwal dan konflik
yang timbul dalam masyarakat sosial, undang-undang mempunyai hubungan yang rapat dan
sukar dipisahkan dengan masyarakat (Rohani Abdul Rahim, 2002). Kajian ini juga turut
melibatkan penyelidikan secara sistematik ke atas isu-isu perundangan yang baru dan terkini
dengan menggunakan keaslian dan kreativiti yang tinggi melalui kaedah perundangan
tradisional atau konvensional yakni melibatkan proses menyatakan (stating), menginterpretasi
(interpreting) dan menerangkan undang-undang sedia ada (clarifying the existing law) di dalam
sesuatu bidang perundangan (Mahdi Zahraa, 1998).
Metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan kajian terhadap
dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah yang diteliti (Abdul Halim bin Mat
Diah:1987). Antara yang termasuk dalam kategori dokumen ialah gambar, potret, keputusan,
pengadilan, undang-undang dan peraturan (Imam Barnadib: 1982), otobiografi, surat-surat
peribadi, buku catatan harian mahupun akhbar (Koentjaraningrat:1986).
Bentuk kajian lapangan berasaskan temubual merupakan salah satu bentuk penyelidikan
sosial (Anwarul Yaqin, 2007) yang merupakan satu interaksi sosial bertujuan mengumpul
maklumat bagi tujuan kajian. Justeru, kajian ini tertumpu ke arah pengutipan maklumat fatwa
ajaran sesat di negeri Kedah serta peruntukan undang-undang berkaitan. Kajian ini menggunakan
data primer dan data sekunder. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (1998), Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul
Aman) 2008, Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1962 , Undang-Undang Tubuh Negeri
Kedah Tahun 1959 dan Warta Kerajaan Negeri Kedah sebagai data primer yang merupakan data
daripada sumber terus, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau
pendapat seseorang (Chatterjee, 2000). Di samping temubual berstruktur dan tidak berstruktur
dengan pihak-pihak yang pakar dalam bidang yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat
yang dikehendaki (Anwarul Yaqin, 2007).
Bagi meneliti kesalahan ajaran sesat dalam kerangka fatwa dan perundangan negeri
Kedah, kaedah analisis kandungan (content analysis) telah dipilih. Kaedah ini memerlukan
kepada satu penetapan tema tertentu agar proses analisis terhadap teks itu tidak menyimpang
(Muhammad Haji Yusuf, 1993). Analisis kandungan ini dilakukan dengan memilih teks yang
sesuai berasaskan objektif kajian yang dilakukan. Oleh itu sampel yang digunakan untuk tujuan
ini ialah fatwa-fatwa dan peruntukan perundangan terpilih berkaitan kesalahan ajaran sesat.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
4
Terdapat langkah-langkah bersifat umum di dalam menggunakan kaedah ini. Langkah-langkah
tersebut meliputi langkah pertama dengan mengenalpasti permasalahan kajian, kedua ialah
memilih sampel, ketiga pula ialah membaca dan merekodkan isi kandungan mengikut aturan
objektif, dan yang terakhir ialah memberi interpretasi hasil kajian (Syed Arabi Idid, 1999).
Ketetapan Fatwa Akidah Di Negeri Kedah
Jabatan Mufti telah berbincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk
menetapkan istilah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang diamalkan di negeri ini mengikut manhaj
Asya’irah dan Maturidiyah.
Perkara ini telah disebut di dalam Warta Kerajaan Negeri Kedah yang bertarikh 10
November 2016 yang antaranya menyatakan:
“BAHAWASANYA berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Darul Aman yang bersidang pada 20 Mac 2016, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna
pakai di Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut:
1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut
ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang diamalkan sejak
dahulu hingga sekarang berdasarkan perkara 33A Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah
Tahun 1959 seperti berikut:
(a) Dari segi aqidah berpandukan kepada manhaj Imam Abu al-Hassan al-Asya’ari dan
Abu Mansur al-Maturidi.
(b) Dari segi syariat, berpandukan kepada mazhab Imam al-Syafie, manakala tiga
mazhab muktabar iaitu Hanafi, Maliki, dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan
dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu; dan
(c) Dari segi tasawuf, hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam
al-Ghazali, manakala aliran tasawwuf muktabar yang lain boleh diamalkan selagi ia
tidak bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
2. Aliran pemikiran dan fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah perlu
dicegah dan dilarang keseeluruhannya daripada berkembang di Negeri Kedah Darul
Aman kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dan menjadi ancaman kepada keutuhan
pegangan agama, perpaduan bangsa dan keamanan serta keselamatan negara.
Manakala diakhir Warta Kerajaan Negeri Kedah ini disebut secara jelas bahawa aliran
ataupun ajaran yang bercanggah dengan Ali Sunnah Wal Jama’ah mengikut manhaj Asya’irah
dan Maturidiyah adalah dilarang dan dicegah untuk disebarkan di dalam negeri Kedah Darul
Aman. Hal ini disebut seperti berikut:
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
5
1. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
(a) Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman mengambil
keputusan bahawa:
i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang
mempertikaikan amalan dan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran al-Asya’irah
dan al-Maturidiyah adalah dicegah dan dilarang;
ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang
menjadi penyebar aliran dan fahaman yang berlawanan dengan Ahli Sunnah Wal
Jama’ah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah adalah dicegah dan dilarang;
iii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui
pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan
dakyah yang bercanggah dengan Mazhab Syafie dan Ahli Sunnah Wal Jama’ah
aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah dengan berselindung di sebalik apa-apa
aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang
mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah yang bercanggah
dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah disifatkan mengamalkan ajaran,
pegangan dan fahaman yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal
Jama’ah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah.
iv. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui
pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan aliran selain daripada Ahli
Sunnah Wal Jama’ah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana
pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran
dan dakyah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah disifatkan
mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah
Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah.
v. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah atau apa-apa
ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-
unsur aliran dan dakyah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah
adalah berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran al-Asya’irah
dan al-Maturidiyah; dan
vi. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan aliran dan dakyah
yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah atau apa-apa ajaran,
pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur
aliran dan dakyah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam apa
jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dicegah dan dilarang.
(b) Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang
yang berkuat kuasa di Negeri Kedah Darul Aman.
Maka, jelaslah di sini bahawa di negeri Kedah Darul Aman, istilah Ahli Sunnah Wal
Jama’ah dinyatakan secara khusus aliran yang perlu diikuti oleh seluruh umat Islam di negeri ini
iaitu aliran Asya’irah atau Maturidiyah. oleh itu, mana-mana aliran seperti Syiah, Salafiyah
Wahabiyah dan sebagainya tidak boleh disebar atau diamalkan di negeri ini.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
6
Pewartaan Fatwa
Enakmen 2008 memperuntukan melalui Seksyen 21(3):
“Apa-apa fatwa yang diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa yang melibatkan
kepentingan awam hendaklah disiarkan dalam Warta”.
Malahan, enakmen ini juga mensyaratkan perkenan DYMM Sultan dalam proses pewartaan
tersebut. Hal ini terdapat dalam Seksyen 21(4) yang memperuntukan:
“Mufti hendaklah mendapat perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebelum
apa-apa fatwa disiarkan dalam Warta”.
Selanjutnya, Seksyen 21(6) memuktamadkan bahawa setiap pernyataan yang diputuskan
oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa di bawah enakmen ini adalah dianggap suatu fatwa. Setiap
fatwa seperti yang telah disebutkan adalah tertakluk kepada keizinan Sultan sebelum
dikuatkuasakan.
Proses keseluruhan pewartaan fatwa mengambil tempoh hampir dua bulan sebelum boleh
diwartakan. Apabila fatwa tersebut diwartakan, maka ia sekaligus mengikat masyarakat Islam di
negeri Kedah untuk mematuhinya.
Kegagalan mentaatinya boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas diri
mereka. Sebelum diwartakan, fatwa tersebut akan diteliti oleh Penasihat Undang-Undang Negeri.
Beliau akan memastikan bahasa yang digunakan adalah bahasa undang-undang untuk tujuan
warta. Setelah itu, ia akan disemak semula oleh mufti sebelum dihantar kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri Bahagian Pentadbiran untuk diwartakan (Mawarzi, 2016).
Di samping itu, fatwa tersebut hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan
rumi tetapi teks fatwa dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan. Seksyen 21(5) menyebutkan:
“fatwa hendaklah diwartakan dalam bahasa Malaysia dalam tulisan rumi, tetapi
kandungan fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga diterbitkan”.
Fatwa juga kadangkala diperlukan oleh pihak mahkamah dalam memutuskan sesuatu persoalan
hukum Syara’. Dalam hal ini, Mahkamah Sivil boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa.
Mufti seterusnya memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa kepada mahkamah yang
meminta itu. Enakmen 2008 Seksyen 25(1) menyebut:
“Jika dalam mana-mana Mahkamah Sivil, apa-apa persoalan Hukum Syara’ perlu
diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang
persoalan itu, dan mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu
kepada Mahkamah yang membuat permintaan pendapat itu”.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
7
Seterusnya Seksyen 25(2) memperuntukan bahawa:
“Walau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, mufti tidak boleh
disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syara’ di
dalam mana-mana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah”.
Peruntukan di atas menunjukkan bahawa mufti tidak boleh disaman untuk memberi
pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syara’ di dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau
Mahkamah Syariah.
Kesimpulannya, fatwa mufti walaupun yang telah diwartakan adalah tidak mengikat
mana-mana mahkamah, kecuali Mahkamah Syariah, meskipun ia dirujuk oleh mahkamah
tersebut. Hal ini dijelaskan melalui Seksyen 22(2) yang memperuntukan:
“Sesuatu fatwa bolehlah diterima oleh semua Mahkamah Syariah di dalam negeri Kedah
Darul Aman sebagai autoriti tentang semua Seksyen yang dinyatakan dalamnya”.
Fatwa mufti hanya akan diterima sebagai rujukan oleh pihak mahkamah apabila ianya
selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang dipakai. Dengan kata lain,
fatwa itu sendiri mestilah tidak berlawanan atau bertentangan dengan mana-mana undang-
undang yang dipakai.
Fatwa Ajaran Sesat Di Negeri Kedah
Sehubungan itu, terdapat sebanyak 24 fatwa rasmi di dalam bidang akidah yang khusus berkaitan
ajaran sesat berjaya dikenalpasti telah diputuskan dalam tempoh 18 tahun mulai tahun 1999
hingga 2016 (Jabatan Mufti Negeri Kedah,2016).
Hasil penelitian para penulis, didapati hanya 11 fatwa berkaitan ajaran sesat telah
diwartakan dari tempoh 18 tahun sejak penubuhan Jabatan Mufti Negeri Kedah iaitu dari tahun
1999 sehingga tahun 2016. Fatwa-fatwa tersebut sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual
di bawah:
BIL SENARAI FATWA TARIKH
DIKELUARKAN
1 Membendung Pengaruh Fahaman Syiah Di Malaysia 18/2/1999
Jld.42/ No.4
2 Pengharaman Pembomohan Puan Radziah Binti Ismail 6/1/2000
Jld.43/ No.1
3 Pengharaman Penyebaran Dan Pengamalan Dalam
Ajaran Tok Hussin Janggut/ Ahmad Laksamana
31/8/2000
Jld.43/ No.18
4 Fahaman Wahdatul Wujud 27/9/2001
Jld.44/No.20
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
8
5 Tariqat Naqshabandiyah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-
Haqqani
27/9/2001
Jld.44/ No.20
6 Ajaran Dan Amalan Syed Mohammad Al-Masyhur (Al-
Mas)
4/12/2003
7 Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab 5/1/2006
8 Ajaran Dan Pegangan Ahli Jamaah Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn. Bhd.
29/3/2007
Jld.50/ No.7
9 Larangan Penggunaan Kalimah Allah oleh Orang Bukan
Islam
13/5/2010
No 418
10 Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Dan Fahaman
Syiah Di Negeri Kedah Darul Aman
17/7/2014
Jld.57/ No.15
11 Fatwa Mengenai Pembid’ahan Kepada Amalan-Amalan
Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Negeri Kedah Darul Aman
10/11/2016
Jld.59/ No.23
Sumber: Warta Kerajaan Negeri Kedah
Menurut Faridah Ahmad (2017), sepanjang pewartaan fatwa berkenaan ajaran sesat,
hanya satu kes sahaja yang telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah Negeri Kedah iaitu berkaitan
pembomohan Puan Radziah Binti Ismail. Kes-kes berkaitan ajaran sesat ini memerlukan kajian
dan bukti yang kukuh bagi memastikan ia dapat dihadapkan di mahkamah. Ini kerana,
kebanyakan kes berkaitan akidah sukar untuk didakwa jika tidak mempunyai bukti yang kukuh
kerana ia melibatkan isu pegangan dan keimanan.
Analisis Hujah Fatwa Pilihan: Hukum Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed Muhammad
Al-Masyhur
Fatwa mengenai Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed Muḥammad Al-Masyhur telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 29/7/2000. Jawatankuasa Fatwa Negeri
Kedah telah membincangkan seperti berikut:
1. Penganjur amalan ini ialah Syed Muḥammad bin Ali Al-Masyur yang telah meninggal
dunia di Singapura pada 16 April 1974. Pengikut-pengikutnya memperakui beliau
sebagai nabi, rasul dan Allah yang boleh memati dan menghidup segala yang bernyawa.
2. Pengikut ajaran ini dari Negeri Melaka, Kampung Baru Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,
di Kampung Baru ajaran itu bergerak di atas nama Kelab Sukan dan Sosial Nuri Wilayah
Persekutuan.
3. Kumpulan ajaran itu seringkali menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas pengajian,
majlis menyelamat (pengislaman mengikut syahadah mereka di kalangan ahli-ahli baru
oleh Pak Tuan), taklimat sukan tarian, kelab muzik dan sembahyang berjemaah.
4. Pengikut-pengikutnya dianggarkan lebih kurang 500 orang bergerak dari rumah ke
rumah di kalangan ahli Al-Mas pada setiap minggu seperti Negeri Melaka, Selangor,
Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
5. Kumpulan ini telah mencipta Syariah sendiri seperti adanya nikah batin, menegah
golongan mereka berjemaah di belakang orang bukan kumpulannya.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
9
Ajaran-ajarannya adalah jauh dari Syariah Islam yang sebenar antaranya:
1. Mengaku diri sebagai Rasul
2. Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan.
3. Rasul (Syed Muḥammad Al-Masyur) pengganti Rasullullah SAW telah bercantum
dengan Allah katanya dan gerak-gerinya adalah Allah sendiri.
4. Mendakwa al-Quran yang sebenar ialah Nur Hakim.
5. Mengamal Nikah Batin.
6. Pengikut ditegah menikah dengan orang luar.
7. Pengikut-pengikutnya dijamin masuk syurga.
8. Menyalah tafsir ayat-ayat al-Quran dan menerbitkan buku bertajuk “Jejak Rasulullah”
yang menyeleweng dari ajaran Islam.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa adalah, ajaran dan amalan Syed Muḥammad al-Masyur
menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.
Dicadangkan supaya diharamkan ajaran dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur Al-Mas dan
diwartakan. Sighah pengharaman seperti berikut:
“Ajaran dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur Al-Mas didapati
menyeleweng dari ajaran Islam, Pengamal ajaran ini dikehendaki segera
bertaubat”.
Dalam perbincangan fatwa berkaitan ajaran dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur Al-
Mas memang banyak mengandungi ajaran yang jelas bercanggah dengan ajaran sebenar dalam
Islam. Ajaran-ajarannya tentang al-Quran dan sebagainya semuanya bercanggah dengan
kefahaman umat Islam. Fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Negeri Kedah memang tepat
apabila menghukumnya sebagai ajaran sesat serta menyesatkan.
Pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah menggunakan kaedah dari segi undang-
undang pewartaan tentang sesatnya ajaran dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur.
Penggunaan undang-undang ini boleh dinamakan sebagai menepati ‘urf setempat. Penggolongan
ini atas dasar bahawa dari satu segi setiap undang-undang yang dibuat oleh pemerintah untuk
kepentingan atau kemaslaḥatan orang ramai dan ia juga dapat digolongkan dalam ‘urf, tatkala
undang-undang tersebut menjadi suatu amalan (kebiasaan) masyarakat di sesuatu tempat. Ajaran
dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur Al-Mas ini tergolong di dalam ajaran sesat kerana jelas
menyeleweng dengan ajaran al-Quran dan Sunah (Syeikh Badaruddin, 2016).
Umat Islam perlu berhati-hati daripada terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat seumpama
ini. Ini kerana umat Islam seluruhnya diperintah untuk beramal dengan amalan-amalan yang
terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Setiap orang Islam diwajib menerima dan
menghormati ajaran Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasul SAW sama ada berkenaan
aqidah, syariah dan akhlak. Mengingkari atau menyelewengkan ajaran-ajaran tersebut
menyebabkan seseorang tersesat dan menjerumuskan kepada kekufuran (Syeikh Badaruddin,
2016).
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
10
Hakikatnya pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah mengistinbat hukum melalui al-
Quran Surah al-Nisa’4:136) bahawa Ajaran sesat berlaku dengan pelbagai cara seperti
menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar, menambah ajaran dan amalan dengan cara
tersendiri, menokok tambah Seksyen yang batil ke dalam ajaran yang sebenar, memuja guru dan
sebagainya. Punca berlakunya penyelewengan dan ajaran sesat ini antaranya ialah kerana jahil
terhadap ajaran sebenar agama, menurut dorongan hawa nafsu, terlalu menurut akal secara salah
dan meninggalkan petunjuk wahyu.
Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau
bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran yang dibawa mereka itu berdasarkan kepada ajaran
Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan al-
Quran dan Hadith, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahl al-
Sunnah wa al-Jemaah (Abd.Rahman Yunus, 2001). Menurut Abdul Fatah Haron (1994) yang
menjelaskan takrif ajaran sesat ialah ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam.
Manakala Engku Aḥmad Zaki Engku Alwi (2007) menyatakan bahawa ajaran sesat ialah
sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan
Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan
pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, bercanggah
dengan aqidah Islam dan berlawanan dengan mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Ahli Al-
Sunnah Wa Al-Jama’ah. Kenyataan yang mengaku menjadi nabi adalah bertentangan dengan
ayat Al-Quran .
a) Firman Allah SWT ( Surah al-Ahzab 33: 40)
Ertinya: Bukanlah Nabi Muḥammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi-nabi. dan (ingatlah) Allah
adalah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muḥammad SAW adalah nabi yang
terakhir. Begitu juga pengakuan bahawa guru boleh memberi syafaat bertentangan dengan ayat
Al-Quran
b) Firman Allah SWT (Surah Toha 20:19)
Ertinya: Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun)
kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah
rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.
Di dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa pemberi syafaat adalah terdiri daripada
orang-orang yang diizin Allah iaitu terdiri daripada nabi-nabi, ulama’ dan para syuhada.
Pihak Jawatankuasa Fatwa juga menggunakan kaedah ṣadd al-dhara’i sebagai cara
untuk mengistinbat hukum. Penggunaan ṣadd al-dhara’i sebagai kaedah berfatwa merupakan
aplikasi yang tepat yang boleh digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Kaedah
al-Dhara‘i merupakan kaedah yang berkaitan dengan maslaḥah dan mafsadah kerana ditakrifkan
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
11
sebagai cara yang membawa kepada kebaikan atau kemudaratan (Abu Islam, 2008). Mustafa Al-
Bugha (2007) berpendapat, al-Dhara’i yang membawa kepada kerosakan adalah dilarang dan
wajib untuk dihalang.
Dalam isu ini, ajaran sesat merupakan sesuatu yang memudaratkan dari segi aqidah yang
boleh membawa kepada terkeluarnya daripada agama Islam. Justeru sebelum ianya boleh
menyebabkan masyarakat terjerumus ke dalam Seksyen yang boleh menjejaskan aqidah maka
wajar ianya disekat. Al-Dhara‘i dalam peringkat yang teratas adalah al-dhara’i yang membawa
kerosakan secara pasti di mana kesannya akan menyebabkan kemudaratan. Maka, ianya dilarang
secara keras kerana tujuannya adalah kemudaratan (Abu Islam, 2008).
Dari perbincangan di atas, jelas sekali ajaran dan amalan Syed Muḥammad Al-Masyur
Al-Mas ini tergolong di dalam ajaran sesat kerana jelas menyeleweng dengan ajaran al-Quran
dan Sunnah dan perlu dihentikan kegiatannya. Semua pendokong kumpulan ini perlu bertaubat
dan kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenarnya.
Penguatkuasaan Fatwa
Fatwa yang telah diwartakan memberi implikasi dari segi undang-undang kepada umat Islam. Ia
akan mengikat umat Islam yang bermastautin dalam negeri Kedah dan wajib mentaatinya.
Seksyen 22(1) Enakmen 2008 menyebutkan:
“Apa-apa fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang
Islam yang berada di negeri Kedah Darul Aman sebagai ajaran agamanya dan
hendaklah menjadi kewajipan di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang
dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syara’ untuk tidak
mengikut fatwa itu dalam Seksyen-seksyen amalan, kepercayaan atau pendapat”.
Peruntukan di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang yang tinggal di negeri Kedah
berkewajipan mentaati fatwa yang telah diwartakan. Perlanggaran terhadap fatwa tersebut boleh
menyebabkan seseorang itu didakwa di mahkamah. Ini kerana pihak mahkamah mengiktiraf
fatwa-fatwa yang diwartakan seperti yang telah disebut dalam Seksyen 22(2) di atas.
Apabila fatwa dijadikan sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam, maka
pelanggaran kepada undang-undang tersebut (fatwa) boleh menyebabkan seseorang itu didakwa
di mahkamah. Ini kerana pihak mahkamah mengiktiraf fatwa yang diwartakan. Di Kedah,
seseorang yang melanggar dan mengingkari fatwa-fatwa yang diwartakan boleh didakwa di
bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (Bil.9/1998) di bawah Seksyen 24(2) yang
membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
12
Peruntukan Kesalahan Ajaran Sesat Dalam Perundangan Negeri Kedah
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, terdapat
beberapa peruntukan yang boleh dikaitkan dengan ajaran sesat iaitu:
BIL JENIS
KESALAHAN
PERKARA PERUNTUKAN
1 Kesalahan yang
berhubung
dengan akidah
Pemujaan Salah 1.Mana-mana orang yang memuja alam
semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan
yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat
kepada mana-mana orang, binatang, tempat
atau benda dengan apa-apa cara yang
menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
2.Mahkamah boleh memerintah supaya apa-
apa peranti, barang atau benda yang digunakan
dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan
kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1)
dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun
tiada seorang pun telah disabitkan atas
kesalahan itu.
2 Kesalahan yang
berhubung
dengan aqidah
doktrin palsu 1.Mana-mana orang yang mengajar atau
menjelaskan apa-apa doktrin atau
melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan
yang berhubung dengan agama Islam di mana-
mana tempat, sama, sama ada tempat
persendirian atau tempat awam, adalah
melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau
upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan
Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang
sedang berkuat kuasa di Negeri Kedah Darul
Aman dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman itu.
2.Mahkamah boleh memerintahkan supaya
mana-mana dokumen atau benda yang
digunakan dalam pelakuan atau yang ada
kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam
subseksyen (1) dilucuthakkan dan
dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun
telah disabitkan atas kesalahan itu.
3 Kesalahan yang
berhubung
mengembangkan
doktrin agama dan
Mana-mana orang yang mengembangkan
doktrin atau kepercayaan agama selain
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
13
dengan aqidah sebagainya. daripada doktrin atau kepercayaan agama
Islam di kalangan orang yang beragama Islam
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
4 Kesalahan yang
berhubung
dengan aqidah
dakwaan palsu Mana-mana orang yang-
a. mengisytiharkan dirinya atau mana-
mana orang lain sebagai rasul atau
nabi, Imam Mahdi atau wali; atau
b. menyatakan atau mendakwa bahawa
dia atau mana-mana orang lain
mengetahui peristiwa atau perkara di
luar pemahaman atau pengetahuan
manusia.
Sedangkan perisytiharan, pernyataan atau
dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan
dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
5 Kesalahan yang
berhubungan
dengan kesucian
agama Islam dan
Institusinya
menghina atau
menyebabkan
dipandang hina, dll.
Agama Islam
Mana-mana orang yang secara lisan atau
secara bertulis atau dengan gambaran yang
tampak atau dengan apa-apa cara lain-
a. Menghina agama Islam atau
menyebabkan agama Islam dipandang
hina;
b. Mempersendakan, mengajuk-ajuk atau
mencemuh amalan atau upacara yang
berhubung dengan agama Islam; atau
c. Mempersendakan atau menyebabkan
dipandang hina mana-mana undang
yang sedang berkuat kuasa di Negeri
Kedah Darul Aman yang berhubungan
dengan agama Islam.
Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
6 Kesalahan yang
berhubungan
dengan kesucian
agama Islam dan
Institusinya
Mempersendakan,
dll. Ayat Al-Quran
atau Hadis
Mana-mana orang yang dengan kata-katanya
atau perbuatannya, mempersendakan,
menghina, mencemuh atau menyebabkan
dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau
Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
14
7 Kesalahan yang
berhubungan
dengan kesucian
agama Islam dan
Institusinya
menghina atau
mengingkari pihak
berkuasa agama
Mana-mana orang yang bertindak dengan cara
yang menghina pihak berkuasa agama atau
mengingkari, melanggar atau mempertikaikan
titah perintah atau arahan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama
Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau
diberikan melalui fatwa, adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
8 Kesalahan yang
berhubungan
dengan kesucian
agama Islam dan
Institusinya
pendapat yang
bertentangan
dengan fatwa
Mana-mana orang yang memberikan,
mengembangkan atau menyebarkan apa-apa
pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak
atau apa-apa isu yang bertentangan dengan
mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa
di Negeri Kedah Darul Aman adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
9 Kesalahan yang
berhubungan
dengan kesucian
agama Islam dan
Institusinya
penerbitan agama
yang bertentangan
dengan Hukum
Syarak
1.Mana-mana orang yang-
a. Mencetak, menyiarkan, menerbitkan,
merakamkan, mengedarkan atau
dengan apa-apa cara lain menyebarkan
apa-apa buku, risalah, dokumen atau
apa-apa bentuk rakaman yang
mengandungi apa-apa jua yang
bertentangan dengan Hukum Syarak;
atau
b. Ada dalam miliknya apa-apa buku,
risalah, dokumen atau rakaman
sedemikian,
Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
2.Mahkamah boleh memerintahkan supaya
mana-mana buku, risalah, dokumen atau
rakaman yang disebut dalam subseksyen (1)
dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun
tiada seorang pun telah disabitkan atas
kesalahan berkaitan dengan buku, risalah,
dokumen atau rakaman itu.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
15
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, ia
merupakan enakmen kesalahan jenayah yang memperuntukkan kesalahan ajaran sesat sebagai
kesalahan berkaitan akidah. Ini kerana, ianya berhubung dengan penyelewengan akidah.
Manakala di dalam peruntukan enakmen di negeri ini juga terdapat peruntukan berkaitan
doktrin palsu. Klausa ini adalah sangat tepat, ini kerana terdapat juga beberapa ajaran sesat yang
tidak mengajar ilmu agama akan tetapi menyebarkan ajaran sesat melalui ilmu persilatan dan
amalan perubatan atau perbomohan.
Dari sudut hukuman pula, hukuman maksimum telah diimplementasikan di dalam
peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) sebagaimana yang
terdapat di dalam peruntukkan pada kebanyakan negeri yang lain. Oleh yang demikian, hukuman
6 kali sebatan telah diperuntukkan sebagai hukuman maksimum bagi kesalahan ajaran sesat.
Kesimpulan
Di dalam bidang akidah, secara keseluruhannya kaedah yang digunakan oleh pihak
berkuasa fatwa dalam mengistinbatkan fatwa atau hukum adalah dengan mengenalpasti aspek-
aspek yang jelas bertentangan dengan pegangan dalam Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang
diikuti oleh umat Islam di negara ini dan dibenarkan oleh Enakmen Pentadbiran Negeri Kedah.
Jika didapati jelas wujud unsur-unsur yang bertentangan dengan pegangan aqidah Ahli
al-Sunnah wa al-Jamaah, perkara tersebut difatwakan sebagai haram atau sesat, dan orang ramai
dihalang berpegang dan mengikutnya.
Pada penelitian penulis, fatwa berkaitan ajaran sesat dan mewartakannya adalah penting
bagi membantu pihak penguatkuasaan mendapatkan bukti yang kukuh. Ini kerana, beban
pembuktian adalah terletak kepada tanggungjawab pihak penguatkuasaan. Tanpa bukti kukuh
adalah sukar untuk pihak yang bertanggungjawab mengemukakan dakwaan.
Bagi peruntukkan berkaitan kesalahan ajaran sesat yang terdapat di negeri Kedah ia
merupakan satu peruntukkan yang lengkap bagi kesalahan jenayah syariah. Cuma menurut
penulis, di dalam peruntukkan ini perlu diberi peruntukkan tambahan yang mewajibkan pesalah
yang terlibat dalam ajaran sesat mengikuti sesi pemulihan akidah sebagai hukuman tambahan.
Ini kerana, jika pesalah dibiarkan dan hanya dijatuhkan hukuman yang sedia ada tanpa diberi
pemulihan akidah dibimbangi mereka akan kembali terlibat dengan ajaran-ajaran sesat yang lain
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 2: No. 8 (May 2018) page 1-16 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
16
Rujukan
Abd Rahman Yunus, (2001). Mengenai Ajaran Sesat di Malaysia dlm. Zakaria Stapa&
Mohamad Asin Dollah, Islam, Akidah dan Kerohanian, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia
Abdul Halim bin Mat Diah. 1987, Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Anwarul Yaqin. (2007). Legal research writing. Malaysia: LexisNexis.
Chartterjee, C. (2000). Methods of research in law (2nd Ed.). London: Old Bailey Press.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (1998)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014
Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008
Engku Aḥmad Zaki Engku Alwi, (2007). Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu
Sorotan, Jurnal Usuluddin, Jilid 26, (2007) 2
Faridah Binti Ahmad (2017) (Pegawai Penyelidik S44 merangkap unit istinbat Bahagian Fatwa,
Jabatan Mufti Negeri Kedah) temu bual pada 28 September 2017.
Imam Barnadib. 1982, Arti Dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta: Yayasan Penerbitan
FIP-IKIP.
Jabatan Mufti Negeri Kedah, (2016). di http://www.kedah.gov.my atau melalui www.e-
fatwa.gov.my. Diakses pada Jun 2016.
Koentjaraningrat (ed.), (1986), Metode-metode Penelitian Masyarakat, Jakarta: Penerbit P.T.
Gramedia
Mahdi Zahraa. (1998). Research methods for law postgraduates overseas students.Univision:
Glasgow.
Muhammad Haji Yusuf (1993). “Hubungan antara Kelompok”, dalam Abdul Halim Othman
(eds), Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mustafa Dib al-Bugha. (2007). Athar al-Adillah al-Mukhtalif fiha fi al-Fiqh al-Islami,Damsyiq;
Dar al-Qalam.
Prof. Dr. Abdul Fatah Haron, (1994). Ajaran Sesat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rohani Abdul Rahim. (2002). Metodologi Penyelidikan Undang-undang: Satu Tinjauan Kepada
Kajian Sosio-Perundangan. Seminar Kemantapan Akademik UKM.
Samarudin Rejab & Nazri Abdullah. 1982, Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Arabi Idid (1999). Analisa Kandungan. Bangi: Jabatan Komunikasi UKM.
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1962
Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah Tahun 1959
Warta Kerajaan Negeri Kedah 2016
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld 42, (18 Februari 1999).
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld 44, (27 September 2001
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld 44, (27 September 2001).
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld 50, (29 Mac 2007).
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld. 43, (6 Januari 2000).
Warta Kerajaan Negeri Kedah, jld. 43, (31 Ogos 2000)
Warta Kerajaan Negeri Kedah, t.jld ,(4 Disember 2003).
Warta Kerajaan Negeri Kedah, t.jld, (5 Januari 2006).
top related