kertas kerja.doc
Post on 23-Dec-2015
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Senamrobik sering dipraktikkan pada masyarakat pada zaman dahulu tanpa mengira
umur,jantina dan bangsadan ia diminati oleh kanak-kanak dan wanita kerana tidak
terlalu berat, sebaliknya menghiburkan apatah lagi ia dilakukan bersama iringan muzik
berentak rancak.Aerobik bermaksud senaman kardiovaskular yang memaksa jantung
dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu
proses penurunan berat badan.Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan
diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan
perasaan seronok dan menghilangkan bosan dalam diri murid-murid. Aktiviti
senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum
melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih
terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. .
Aktiviti senamrobik juga merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang
seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya
kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.
Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan
psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan
ketangkasan
2.0 RASIONAL
Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik:
2.1 Meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung
dan pembuluh darah.
2.2 Meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor
2.3 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress
serta meningkatkan kekuatan fungsi otak.
Program senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah
kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya
memeriahkan aktiviti sukan di sekolah Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya
menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyaraka.
3.0 MATLAMAT
Program dijalankan dengan matlamat dapat mengurangkan obesiti dikalangan warga
sekolah. Murid juga dapat mempelajari teknik senaman aerobik yang betul dalam
menjaga kesihatan dan sebagai asas dalam membentuk jati diri mengikut langkah
yang senaman yang dipelajari. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan
membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas
seperti senamrobik dan sukan.
4.0 OBJEKTIF
i. Mengumpulkan muri-murid, warga sekolah dan ibu bapa untuk mengamalkan
gaya hidup sihat melalui aktiviti yang mudah berfaedah.
ii. Memberi pengalaman kepada murid-murid supaya dapat mengeratkan
hubungan sesama mereka.
iii. Merancang daya ingatan dan membuatkan fikiran tenteram dan aktif.
iv. Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat ”esprit de corp”
v. Memperluaskan kecerdasan minda murid-murid dan membantu merangsang
memori dengan mengingati semua langkah.
5.0 HARI,MASA DAN TEMPAT
HARI :
TARIKH :
TEMPAT :
6.0KUMPULAN SASARAN
Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
6.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas)
6.2 Guru, anggota khidmat sokongan
6.3 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.
7.0 TEMA
‘ KESIHATAN CEMERLANG, MURID TERBILANG ‘
8.0 TENTATIF PROGRAM :
CADANGAN ATURCARA
7.00 Pagi : Pendaftaran peserta.
7.20 pagi : Semua Peserta/Murid berhimpun dalam barisan
Mengikut kelas masing-masing
: Taklimat daripada Guru Besar
: Gimik Pelancaran
8.00 pagi : Penerangan peraturan senamrobik oleh kordinator.
Senamrobik dijalankan
9.15 pagi : Jamuan penjaga dan murid
9.45 pagi : Bersurai
9.0 ORGANISASI PROGRAM
(JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SENAMROBIK 2014 )
PENASIHAT :
Tuan Haji Ismail bin Haji Pilus ( Guru Besar )
Encik Abd Latiff bin Alias ( YDP PIBG )
PENGERUSI
Encik Md Yazid bin Abd Razak ( GPK Kurikulum )
Puan Rusmawani binti Ishak ( Naib YDP PIBG )
NAIB PENGERUSI
Puan Hajah Halimah binti Ali ( GPK Hal Ehwal Murid (HEM) )Puan Noorliah binti Latif ( GPK Kokurikulum )
PENYELARAS :
Encik Mohd Khuzairi bin Johari
SETIAUSAHA
Encik Afian bin Badarudin
PENOLONG SETIAUSAHA
Puan Nor Azura binti Yazid ( Su Kurikulum )
BENDAHARI :
Encik Mohd. Raizalhisyam bin Mohd Rais
9.1 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM SENAMROBIK
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. PENGERUSI.En.Md Yazid bin Abd Razak GPK Pentadbiran SK Chembong
1. Mempengerusikan perjumpaan & taklimat kepada guru-guru2. Penentuan tarikh-tarikh penting pelaksanaan setiap Jawatankuasa
2 NAIB. PENGERUSIPn Hjh Halimah bt Ali GPK HEM SK Chembong
Pn Noorliah bt LatifGPK Kokurikulum SK Chembong
1. Mempengerusikan perjumpaan & taklimat semasa ketiadaan Pengerusi2. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengerusi.
3 PENYELARASEn Mohd Khuzairi bin Johari 1. Menyelaras perjumpaan & perbincangan
dengan jawatankuasa bahagian2. Memastikan segala perancangan berjalan lancar3. Memastikan penyelarasan kerja setiap ahagian berjalan lancar4. Memastikan majlis berjalan dengan lancar
4 SETIAUSAHA
5 BENDAHARI 1. Menguruskan kutipan wang sumbangan2. Menyediakan akaun anggaran perbelanjaan3. Menyediakan akaun perbelanjaan sebenar selepas majlis
6 PENGACARA MAJLIS 1. Menyediakan dan menyerahkan skrip pengacara kepada Semakan untuk semakan .2. Mengendalikan majlis sepenuhnya3. Memastikan majlis mengikut masa yang Ditetapkan.
7 BIRO SAMBUTAN DAN VIPGuru BesarYDP PIBGGPK Pentadbiran, HEM dan Ko-kuAJK PIBG
1. Mengalu-alukan kedatangan hadirin iaitu Ibu-bapa,AJK PIBG, penjaga, guru dan murid.
8 BIRO HADIAH, CENDERAMATA, 1. Mencadangkan jenis cenderamata untuk kordinator2. Mencadangkan cenderamata perasmi
9 JEMPUTAN & SURAT- MENYURAT 1. Menyediakan surat makluman & jemputan kepada ibu bapa/Perasmi dan kordinator.
10 BUKU PROGRAM 1. Menyiapkan buku program pada masa yang ditetapkan.2. Memastikan buku program disiapkan pada masa yang ditetapkan.
3. Memastikan buku program diedarkan kepada JK yang berkaitan.
11 BIRO PERSIAPAN TEMPATDAN DEWAN
1. Menyediakan tempat dan dewan serta menghias dewan bersesuaian dengan majlis.2. Menyediakan peralatan yang diperlukan didalam dewan (berhubung dengan berkaitan).3. Memastikan hiasan dewan disiapkan sebelum majlis.4. Mencadangkan belanjawan.
12 BIRO PENGURUS PESERTA 1. Memastikan pengurusan perserta mengenai kesihatan sebelum senamrobik2. Menyampaikan maklumat kepada pelajar lebih awal.3. Memastikan semua peserta mematuhi etika pakaian.
13 BIRO DISIPLIN , KAWALAN KESELAMATAN & LALULINTAS)
1. Mengenal pasti kawasan letak kereta guru/VIP/tetamu2. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan yang terkawal.
14 BIRO JAMUAN VIP DAN IBU-BAPA 1. Membuat cadangan menu dan anggaran perbelanjaan .2. Membincangkan cadangan menu dan perbelanjaan dengan Guru Besar.3. Mengenal pasti, menyediakan dan menyusun bilik yang akan di gunakan.4. Memastikan jamuan berjalan menepati waktu yang ditetapkan.
15 BIRO P.A SISTEM DAN SIARAYA 1. Memastikan siaraya dalam keadaan yang baik & mencukupi
16 BIRO DOKUMENTASI DAN JURUGAMBAR
1. Mengambil gambar perjalanan program2. Menyediakan Laporan selepas program senamrobik.
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
10.1 Anggaran Perbelanjaan CENDERAMATA
Bil Butiran Jumlah Tindakan
1 Cenderamata RM 100.00 x _3_ RM 300.00
JUMLAH RM 300.00
10.2 Anggaran Perbelanjaan BIRO JAMUAN
Bi
l
Butiran Jumlah Tindakan
1 Sarapan pagi
Mineral Water
Kuih
Kantin
Rencam
RM 8.00 x _5_
RM 0.40x _100_
RM 2.00 x _100_
RM 40.00
RM 40.00
RM200.00
JUMLAH RM 280.00
10.3 Anggaran Perbelanjaan BUKU PROGRAM
Bil Butiran Jumlah Tindakan
1 Photostat RM 50.00
JUMLAH RM 50.00
10.4 Anggaran Perbelanjaan BIRO P.A SISTEM DAN SIARAYA
Bil Butiran Jumlah Tindakan
1 RM 50.00
JUMLAH RM 50.00
ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN PROGRAM SENAMROBIK
2014
Bil Butiran Jumlah Tindakan
1 BIRO HADIAH, CENDERAMATA, HAMPER DAN PENGURUSAN SIJIL
RM 300.00 Cik Zaharahni bt Md
Sehat
2 BIRO JAMUAN VIP DAN IBU-BAPA RM 280.00 Pn Hjh Zaitun bt Hj
Talib
3 BIRO P.A SISTEM DAN SIARAYA RM 50.00 En Muhd Syafie bin
Yusof
4 BUKU PROGRAM RM 50.00 Pn Yuzaila bt Yusof
JUMLAH RM 680.00
11.0
top related