kertas kerja program kawasan angkat
Post on 07-Aug-2015
323 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT
KERTAS KERJA
PROGRAM MENCERIAKAN
KAWASAN ANGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT, PERAK
TARIKH : 12 April 2014
HARI : Sabtu
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Parit,
Perak.
0
KERTAS KERJA
PROGRAM MENCERIAKAN
KAWASAN ANGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT, PERAK
1.0PENGENALANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan, dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan dan keceriaan
persekitaran sekolah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang konduksif adalah
merupakan tanggungjawab yang perlu dititik beratkan oleh sesebuah institusi
pendidikan agar murid lebih suka datang ke sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa member perhatian terhadap tahap
kebersihan dan keceriaan sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, guru-guru serta murid-murid tahun 6 telah merancang
untuk mengadakan satu aktiviti menceriakan kawasan sekolah bagi memenuhi
matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid – murid
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid –murid menerapkan nilai
– nilai murni dalam diri mereka.
Adalah menjadi harapan agar murid – murid , guru serta warga SK Parit akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.
1
2.0OBJEKTIF
2.1Mewujudkan iklim yang konduksif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2Melaksanakan amalan kebersihan dan keceriaan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.4Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan program kawasan angkat sekolah.
3.0 KUMPULAN SASAR
Semua guru dan 19 orang murid tahun 6 Juara
4.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA.
12 April 2014 8.00 pagi – 5.00 petang
5.0 TEMPAT.
Kawasan kaki lima sekolah Dinding utama blok bangunan. Tangga
6.0CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP
6.1 Membuat mural di kawasan dinding sekolah.
Tentatif Program
Masa Aktiviti8.00pagi Pendaftaran dan berkumpul di kelasTahun 610.00pagi Minum pagi 10.30pagi Aktiviti melukis dan mewarna mural12.00tgh Makan tengahari dan solat2.00ptg Bengkel & Sambung semula aktiviti mewarna mural4.00-4.30ptg Majlis penutup & Bersurai
2
6 SumberKewangan
Sumbangan guru-guru dan kutipan duit kelas
7 AnggaranPerbelanjaana) Minuman pagi
jumlah RM1.50 x 23 orang = RM 34.50
b) Makan tengahari RM 4.00 x 23 = RM 92.00
c) Peralatandan dan cat = RM 500.00
Jumlah = RM 626.50
10. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancer supaya objektif yang dirancang Berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat membantu mempertingkatkan keceriaan kawasan sekolah Sekolah Kebangsaan Parit. Disamping itu juga dapat mengeratkan silatulrahim dan kerjasama di kalangan guru-guru serta kaki tangan sekolah ini. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
………………………………… ………………………………
(AIDAYU BT. MOHD YUSOP)
3
LAPORAN
Tajuk : Program menceriakan kawasan angkat Sekolah Kebangsaan parit, Perak
Tarikh : 12 April 2014
Hari : Sabtu
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Pada semester ini, saya dikehendaki menjalankan program menceriakan
kawasan angkat di sekolah saya. Oleh itu, saya telah merancang untuk
membincangkan program ini bersama guru besar sekolah saya iaitu Pn. Dzaharah bt.
Ngah Othman untuk menjayakan program yang akan dirancang. Setelah mendapat
persetujuan daripada pihak sekolah, maka saya menyiapkan kertas kerja serta
menyediakan jawatankuasa kerja.
Program yang dirancang telah dimesyuaratkan dan semua guru memberikan kerjasama
yang amat positif. Segala persiapan seperti peralatan dan bahan seperti baru dan cat di
sediakan oleh pihak sekolah. Seperti yang dirancangkan, aktiviti dijalankan pada hari
sabtu pada pukul 8.00 pagi. Taklimat telah diberikan kepada guru-guru dan murid-murid
tentang bahagian tugas masing-masing.
Pada pukul 10.00 pagi semua guru dan murid berhenti berehat untuk minum pagi dan
bersambung semula pada pukul 10.30 pagi. Kelihatan guru-guru dan murid begitu
bersemangat menceriakan kawasan angkat masing-masing.
Manakala kawasan angkat yang telah saya pilih adalah dinding kelas disepanjang kaki
lima sekolah. Sebelum membuat lukisan mural, saya telah membuat satu lapisan under
coat berwarna putih bagi latar belakang mural saya. Dengan bantuan beberapa orang
guru dan murid beberapa kata-kata perangsang telah ditulis disepanjang kawasan kaki
lima kawasan angkat saya.
Pada pukul 12.00 tengahari semua ahli yang terlibat berhenti berehat makan tengahari
dan solat zohor. Kemudian saya telah mengadakan satu bengkel selama 30 minit
bersama murid-murid tentang “Kepentingan Menceriakan Kawasan Sekolah”. Dalam 4
bengkel yang dijalankan, saya telah membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap
kumpulan akan membincangkan tentang kepentingan menceriakan kawasan sekolah.
Ahli kumpulan yang dapat memberikan alas an yang paling banyak serta rasional
diberikan hadiah pada penutup majlis.
Aktiviti bersambung semula selepas bengkel dijalankan dan berakhir pada pukul 5.00
petang. Sedikit saguhati telah diberikan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat
dalam aktiviti pada hari tersebut. Walaupun kelihatan letih namun kelihatan guru dan
murid amat ceria serta berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan.
5
top related