kertas kerja mural
Post on 04-Dec-2015
481 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN LABUAN,
PETI SURAT 103,
89158 KOTA BELUD,
SABAH
KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8
NAMA PROJEK :
PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)
TEMPAT :
RUANG DINDING BANGUNAN SK LABUAN
TARIKH :
5 OKTOBER 2015 HINGGA 23 OKTOBER 2015
ANJURAN :
GURU PELATIH PISMP SEMESTER 8 JANUARI 2012
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana
dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah/ tempat bertugas.
Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru yang
menjalankan internship di sekolah ini telah memilih untuk melaksanakan projek yang
berkaitan dengan keceriaan sekolah. Projek keceriaan merupakan salah satu projek
yang dianjurkan dalam memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu
bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat
melihat komitmen guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek.
Memperindah dan menceriakan ruang dinding bangunan sekolah dengan
lukisan mural yang bertemakan bendera negeri-negeri di Malaysia.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
1.0 Pendahuluan
2.0 Yujuan
Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih
untuk melaksanakan sesuatu projek.
Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
guru-guru pelatih dan warga sekolah.
Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti di sekolah.
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan.
Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan projek dan sebagainya.
Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti.
Memperindah dan menceriakan ruang dinding bangunan dengan lukisan mural
yang memuatkan nilai-nilai murni.
Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara guru-guru pelatih IPG
dengan warga Sekolah Kebangsaan Labuan, Kota Belud.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
3.0 Objektif
4.0 Matlamat
5.0 Tempat
Ruang dinding bangunan SK Labuan, Kota Belud.
5 Oktober 2015 hingga 23 Oktober 2015 (3 Minggu)
Rujuk lampiran.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
6.0 Tarikh
7.0 Jawatankuasa
8.0 Anggaran Perbelanjaan
9.0 PenutupBIL PERKARA HARGA SEUNIT
(RM)KUANTITI JUMLAH
1. Cat Pelaka - Biru- Hitam- Kuning- Putih- Merah
RM18.00 5 x 18.00 RM 90.00
2. Berus Cat- Berus besar- Berus kecil
RM 8.50RM 2.00
5 x RM 8.505 x RM 2.00
RM 52.50
3. Mask Skin Tape RM 5.00 3 x RM 5.00 RM 15.00
Jumlah RM 157.50
Kami berharap agar projek melukis mural di ruang bangunan dinding sekolah dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Pengalaman yang diperolehi sepanjang pelaksanaan
projek ini akan dijadikan sebagai satu pengalaman baharu yang berguna ketika
sudah menjadi seorang guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan
dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran
mengurus dan memimpin.
Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah
diharapkan bagi menjayakan projek ini. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
...............................................
(CIK NOOR ASHIKIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha, ,
Program Keceriaan Lukisan Mural,
SK Labuan,
Kota Belud, Sabah.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
Disemak oleh,
...............................................
(ENCIK MASRAL HJ. ABD RAHMAN)
Penolong Kanan 1,
SK Labuan,
Kota Belud, Sabah.
Disahkan oleh:
................................................
(ENCIK HASSAN LIAT)
Guru Besar,
SK Labuan,
Kota Belud, Sabah.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN
LUKISAN MURAL
PENASIHAT
Encik Hassan Liat
PENGERUSI
Encik Masral Haji Abdul Rahman
SETIAUSAHA
Cik Noor Ashikin Abdul Rahman
BENDAHARI
Cik Noorasikin Astan
AJK DOKUMENTASI
Encik Syazani Japkin
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL
HARI PERKARA
5 Oktober 2015 Memerhati dan memilih kawasan yang
sesuai untuk membuat mural.
6 Oktober 2015 – 16 Oktober 2015 Menghasilkan mural mengikut tempoh
masa yang telah ditetapkan .
19 Oktober 2015 – 23 Oktober 2015 Melakukan kemasan terakhir serta
membuat dokumentasi.
2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
top related