kertas kerja kot
Post on 16-Jan-2016
128 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELUK MERBAU,
43950 SUNGAI PELEK,
SELANGOR DARUL EHSAN
BEB 1068
KERTAS KERJA:
KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN 2015
TARIKH :
12 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)
TEMPAT :
PADANG SJK(T) TELUK MERBAU
SASARAN :
KANAK-KANAK TAHAP 1 & 2
KELOLAAN :
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELUK MERBAU
43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR
1.0 PENDAHULUAN:
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di
bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta
disiplin diri.Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di
peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan
secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu
meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan
sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan
teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada
usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Teluk Merbau
sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan
sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas
pembinaan insane yang menyeluruh di masa akan datang.
2.0 MATLAMAT:
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan
olahraga.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 OBJEKTIF:
i) Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Zon Daerah Sepang.
ii) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.
iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
iv) Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui sukan.
4.0 ANJURAN:
Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Teluk Merbau
5.0 TARIKH/JANGKA MASA:
12 Februari 2015
8.00 Pagi
6.0 TEMPAT:
Padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau
7.0 TEMA:
“Majulah sukan untuk semua”
8.0 PESERTA DAN SASARAN:
Semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA ACARA
7.00- 7.30 am Semua murid dan kakitangan SJK(T) TM berkumpul di dalam
khemah rumah sukan masing-masing.
Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk
mereka.
7.30 - 7.50 am Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SJK(T) Teluk Merbau
8.10 am Ketibaan VIP
8.10 - 9.30 am Kata alu-aluan juruacara
Lintas hormat setiap kontijen
Ikrar Temasya Sukan
Doa
Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan
Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
Perarakan keluar semua kontigen
Persembahan padang (senam earobik)
9.40 - 1.00 pm Pegawai bertugas mengambil tempat
Pertandingan akhir berlangsung
Penyampaian pingat-pingat
Sambungan acara akhir
Penyampaian pingat
1.00- 2.00 pm Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-
12 SKPJ
Penyampaian Hadiah
Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik
Olahragawan 2012
Olahragawati 2012
Hadiah keseluruhan
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH
(RM)
1. Kanopi 4 RM30 X 4=RM120 120.00
2. Hadiah/Medal Medal : RM252.00
Hadiah: RM720.00
972.00
3. Buku Program 120 RM0.20X120=RM24 24.00
4. Minuman Pegawai 50 RM4X50=RM200 200.00
5. Cenderamata Pasukan 3 RM50X3=RM150 150.00
6. Cenderamata VIP 1 RM50X1=RM50 50.00
7. Pertandingan Futsal 2(Hamper) RM100X2=RM200 200.00
8. Cabutan Bertuah 10
(Hamper)
RM20X10=RM200 200.00
JUMLAH 1916.00
SUMBER KEWANGAN
BIL. PERKARAPERBELANJAAN
(RM)SUMBER KEWANGAN
(RM)
1. Kanopi 90.00 PIBG
2. Hadiah / Medal 972.00Wang SUWA (RM732.00)
PIBG (RM240)
3. Buku Program 24.00 Wang SUWA4. Minuman Pegawai 150.00 PIBG5. Cenderamata Pasukan 150.00 Wang SUWA6. Cenderamata VIP 50.00 PIBG7. Pertandingan Futsal 200.00 PIBG / Wakil Penaja8. Cabutan Bertuah 200.00 Wakil Penaja
Jumlah Keseluruhan 1846.00 1846.00
11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Kejohanan :Encik. Manoharan a/l Yealumalay (Guru Besar)
Pengurus Kejohanan :Encik Vattumalai a/l Maran (GPK 1)
Penolong Pengurus Kejohanan :Encik Sethu a/l Muthusamay (GPK 2)
Setiausaha :Cik Gayathiri a/p Manoharan
Bendahari :Encik Aathan a/l Angamuthu
AHLI JAWATANKUASA
Publisiti dan Buku Program : Cik Selvi a/p Raja
: Cik Rani a/p Thanimalai
Perasmian dan Penutupan : Cik Pakiavathy a/p Arasan
Kepegawaian : Encik Rajakumaran a/l Selladurai
Teknikal :Encik Arumugam a/l Thevar
Encik Nadesan a/l Vengayan
Hadiah dan Cenderamata :Puan Sivagami a/p Mariyan
Cik Ratha a/p Manikam
Encik Raju a/l Marimuthu
Juruacara :Encik Nathan a/l Munusamy
Jurugambar :Encik Rajan a/l Athikesan
Encik Rasan a/l Selaiya
Dokumentasi :Cik Selvarani a/p Raja
Rekod dan Statistik : Encik Anbalagan a/l Maran
Encik Rajan a/l Manikam
Penjaga Masa :Encik Ravi a/l Marimuthu
Penyelia Peserta :Encik Marimuthu a/l Arumugam
Pengadil Lorong :Encik Ragu a/l Selvan
Pelepas :Encik Ramamurthy a/l Angali
Penolong pelepas :Encik Megalan a/l Saravanan
Pelepas panggil balik :Encik Satish a/l Kumar
Hakim Penamat :Encik Dewakumaar a/l Munusamy
Puan Rajaletchumy a/p Selvaraju
Pencatat :Encik Kanagamurthy a/l Sadayan
Referi Balapan :Encik Raju a/l Murugan
Encik Thevendran a/l Kumaar
12.0 Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Teluk Merbau.
Khamis, 12 Februari 2015 (Berkumpul pada 7:30 pg)
No No Acara Acara Kategori Peringkat Masa
1 06 100m Perempuan AKHIR 0930
2 07 100m Lelaki AKHIR 1000
3 08 200m Perempuan AKHIR 1015
4 09 200m Lelaki AKHIR 1030
5 10 4x100m Perempuan AKHIR 1045
6 13 4x100m Lelaki AKHIR 1100
7 14 4x200m Perempuan AKHIR 1115
8 15 4x200m Lelaki AKHIR 1130
9 16 Lontar Peluru Perempuan AKHIR 1145
10 17 Lontar Peluru Lelaki AKHIR 1200
11 18 Lompat Jauh Perempuan AKHIR 1230
12 19 Lompat jauh Lelaki AKHIR 0900
13 20 Lompat tinggi Perempuan AKHIR 0930
14 21 Lompat tinggi Lelaki AKHIR 0900
15 22 Lompat berpagar Perempuan AKHIR 0930
16 23 Lompat Berpagar Lelaki AKHIR 0800
13.0 PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan
Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor. Walau bagaimanapun
Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana
dan persekitaran sekolah.
Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2
( dua ) acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.
Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh
kesihatan yang kurang baik.
Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan,
kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.
Pembatalan :
Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan.
Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di
dalam acara-acara yang dipertandingkan.
Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud
melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini,
walaupun ia mendapat tempat kedudukan.
Hadiah-hadiah :
Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan
mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang
dipertandingkan.
Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib
Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang
dipertandingkan.
Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian
keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan
menerima hadiah berbentuk cup dan hadiah iringan.
Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah
berbentuk piala pusingan.
Bantahan:
Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara
bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.
Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.
14.0 BORANG PERTANDINGAN
* Rujuk Lampiran 1
15.0 REFLEKSI
Temasya Sukan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau telah diadakan
pada pagi hari 12 Februari 2015 (KHAMIS). Sebagaimana pada tarikh berikut saya
bersama para guru SJK(T)Teluk Merbau berganding bahu untuk menjayakan sukan
tahunan sekolah kita. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama saya ikuti dan
turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada
beberapa kelebihan yang memberi kesan positif sama ada kepada warga sekolah atau
masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh
guru-guru SJK(T) Teluk Merbau. Persediaan awal seperti mesyuarat ahli jawatankuasa
sukan tahunan, perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya
membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Selain daripada itu, sepanjang program ini dijalankan saya memperoleh banyak ilmu
baharu, terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan
berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input
baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai teknikal
keohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu
merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatu acara
pertandingan. Malah sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikan bahawa
hakim balapan, penjaga masa, dan pegawai lain bersedia sebelum memberi isyarat
kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari ialah setiap pegawai perlu saling
berhubung agar tidak berlaku salah faham yang boleh menyusahkan peserta
pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.
Seterusnya, idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari
sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.Kerjasama kakitangan sekolah
dalam bermesyuarat membantu guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan
buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara
yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku
program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah
dan pihak Kawasan Taman Teluk Merbau mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan
lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru,
murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra.
Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga
pengadil dan bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan Sepang untuk temasya ini,
memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia
mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan
persaudaraan antara warga SJK(T) Teluk Merbau dan warga taman tersebut di
samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan
yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia pada
hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-murid
untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.Selain itu, temasya sukan ini
juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan
dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi,
samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai
kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara
kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan
kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu
aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak Kebajikan Taman Teluk
Merbau.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan
sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara
lompat tinggi. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula
dengan alatan yang baru. Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi
satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa
meminjam daripada Pusat Latihan Polis Sepang.
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang
serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi
kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya
bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja
masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh
digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah.Bagi masalah
kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan
mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini
membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun
sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi
dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila
sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali
pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan
mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini
cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang. Konklusinya,
Sambutan Sukan Tahunan sebegini perlu dijalankan setiap tahun di sekolah agar ilmu
yang diperoleh dapat diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan
pengetahuan sedia ada. Malah ini turut memberi peluang kepada guru-guru untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara
yang betul.
16.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang
kepada semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau merasai sendiri
pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
………………………… …………………………
(Cik Gayathiri a/p Manoharan) (En Vattumalai a/l Maran)
S/U Sukan SJK(T) Teluk Merbau PK Kokurikulum SJK(T) TELUK MERBAU
Disahkan Oleh,
…………………………
(En.Manoharan a/l Yealumalay)
Guru Besar SJK(T)Teluk Merbau
Lampiran 2
SURAT JEMPUTANKEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELUK MERBAU
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Tahun 2015,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:
Tuan/Puan:
_____________________________________________________________
Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:Hari Khamis ( 12 Februari 2015)
Jam: 8.00 pagiTempat: Padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Teluk Merbau
Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.
Terima kasih
Lampiran 3
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengurus Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan
menentukan kejohanan berjalan dengan lancar● Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
Penolong Pengurus Kejohanan
● Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
● Bertanggungjawab menguruskan mesyuaratjawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporankejohanan
Setiausaha ● Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidangpengurusan dan pentadbiran
● Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan
● Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuaratdalam perlaksanaan program
● Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat● Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
dan surat pekeliling kepada yang berkenaan● Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program● Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat Publisiti dan Buku Program
● Menyediakan buku program/cenderamata
● Mengedarkan buku program kepada setiap gurudan tetamu.
● Menyediakan kain rentang kejohanan● Menyediakan senarai nama peserta● Menyediakan senarai nama peserta
Perasmian dan Penutupan
● Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
● Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan (termasuk bacaan ikrar)
● Menguruskan pertandingan perbarisan.● Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.● Membuat surat jemputan dif kehormat
Kepegawaian ● Mengatur dan melatih pembantu padang.● Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar
Teknikal ● Menguruskan dan menyediakan semua alatanpertandingan untuk acara padang dan balapan.
● Memastikan persediaan balapan dan padang berjalandengan lancar
● Memastikan alatan untuk pertandingan mengikutspesifikasi rasmi
● Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukandalam pertandingan.
● Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhirkejohanan.
Hadiah dan Cenderamata
● Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
● Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.● Menghias meja hadiah● Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.● Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Juruacara ● Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program● Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara● Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan
segera● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiahJurugambar dan Dokumentasi
● Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
yang berlangsung sepanjang program● Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhirRekod dan Statistik ● Menyelia papan markah (Score board)
● Mengira jumlah markah yang diperolehi daripadapengacara atau pencatat
● Menyelia markah dari sukantaraPenjaga Masa ● Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi
semua peserta yang bertanding● Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
Penyelia Peserta ● Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yangbertanding.
● Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaianhadiah
Pengadil Lorong ● Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidakmelanggar peraturan.
● Memutuskan sebarang bantahan peserta● Memastikan peserta berlari mengikut lorong● Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran
peraturan● Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah
bersediaPelepas ● Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-
peserta yangsedang dalam keadaan sedia
● Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa danPengadil lorong sudah bersedia
● Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya olehpeserta sebelum memulakan pelepasan
Pelepas panggil balik ● Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas● Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya
dapat memerhati setiap peserta dengan jelasPenolong pelepas ● Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang
betul dan memakai nombor● Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat
permulaanmasing-masing
● Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisanpermulaan
● Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua pesertasudah bersedia
Hakim Penamat ● Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acarayang dipertandingkan
● Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkodPencatat ● Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam
borang keputusan rasmi● Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya
Refri ● Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara● Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan
terhadapsebarang perkara ketika kejohanan
● Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkansegera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan
top related