kertas kerja internship
Post on 31-Jan-2016
58 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI DALAM PdP
PROGRAM INTERNSHIP TAHUN 2015
SK MARIAN CONVENT,SETAPAK,KUALA LUMPUR
1. NAMA PROGRAM :
Projek Inovasi dalam PdP bagi Program Internship Tahun 2015
2. TEMPAT :
Bilik Muzik
3. TARIKH :
9 April 2015 (Selasa)
4. TEMPOH MASA :
Program Internship : 4 minggu
Projek inovasi : 30 minit (1.15 – 1.45 tengah hari)
5. PENGENALAN
Projek Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dirancang bagi memberikan
pendedahan kepada guru pelatih untuk menjana inovasi dan pembaharuan terhadap
subjek pengajaran harian mereka. Projek ini dijalankan pada semester akhir (semester
8) dan dijalankan di sekolah masing-masing. Ia melibatkan murid yang diajar oleh
guru pelatih itu sendiri.
Inovasi didefinisikan sebagai sebagai idea, amalan atau objek yang dianggap baru
oleh seseorang (Ronger E. Miller, 1971). Oleh itu, dapatlah kita simpulkan di sini
bahawa setiap guru perlu menjana idea dengan memberikan idea baharu terhadap
pengajaran dan pembelajaran mereka. Maka, sebagai guru yang telah lama
berkhidmat di sekolah, saya terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab saya
sebagai guru yang berminda kelas pertama dengan mengadakan satu projek inovasi
dalam pendidikan Muzik.
Saya telah mengenalpasti kelemahan murid dalam kemahiran pernafasan dan
postur badan dalam nyanyian Sebelum menjayakan program ini, saya seringkali
mengesan masalah-masalah serta kelemahan murid di mana nyanyian yang dihasilkan
oleh segelintir murid kurang berkualiti. Keadaan ini berpunca daripada sikap murid
yang sering memandang remeh akan aktiviti nyanyian dan tidak mengaplikasikan
teknik pernafasan yang betul dalam nyanyian. Murid-murid seringkali menahan nafas
ketika menyanyi sedangkan yang sepatutnya mereka lakukan ialah melepaskan atau
membiarkan saja nafas mengalir seperti biasa, Sikap suka menahan nafas
menyebabkan murid-murid mengalami kesukaran untuk mencapai pic yang tinggi
dalam nyanyian. Murid-murid juga sering menggerakkan bahu semasa menarik nafas
dalam nyanyian. Itu merupakan cara pernafasan yang salah dalam nyanyian
menyebabkab sebuatan vokal murid tidak lancar dan tersekat-sekat. Teknik
pernafasan yang betul dilakukan tanpa menggerakkan bahu manakala dada pula
haruslah sangat minimum pergerakannya. Imbangan bahu harus dititikberatkan
begitu juga dengan pergerakan perut ke dalam dan ke luar.Daripada dapatan
sepanjang pengajaran inovasi yang saya jalankan itu, saya telah menyediakan satu
kertas kerja tentang kaedah pernafasan dan postur badan bagi menghasilkan nyanyian
yang berkualiti dalam kalangan murid.
6. RASIONAL
5.1 Dapat menjana idea guru untuk mencipta sesuatu kaedah pengajaran yang
baharu
5.2 Menyokong usaha KPM untuk guru yang celik IQ dan berfikiran KBAT
5.3 Menghasilkan murid yang berminda gobal
5.4 Mendorong murid untuk meminati subjek Muzik.
7. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
5.5 Memberi penerangan bahawa Program Internship adalah program yang
diarahkan oleh KPM untuk dilaksanakan di semua IPG.
5.6 Memupuk kesedaran dalam kalangan guru supaya menjadikan penulisan
reflektif sebagai satu amalan.
5.7 Menjadikan program ini sebagai program sokongan bagi semua panitia
mata pelajaran.
5.8 Melahirkan semangat kerjasama di kalangan warga SK Marian Convent,
Setapak untuk menjadikan program Internship sebagai satu program yang
unggul dan gemilang.
5.9 Membolehkan murid-murid mempraktikkan teknik-teknik pernafasan dan
postur badan yang betul dalam aktiviti nyanyian.
8. KUMPULAN SASARAN
7.1 Murid Tahun 3 Bestari
9. TEMA
Kaedah pernafasan dan postur badan bagi meningkatkan kemahiran nyanyian dalam
kalangan murid.
10. AKTIVITI / PENGISIAN PROGRAM
Bil Akiviti Bahan Tindakan
1 Menyiapkan kertas kerja Kertas
Laptop
Guru pelatih
Pencetak
2 Mendapatkan maklumat tentang
projek inovasi
Kertas
Laptop
Pencetak
Guru Pelatih
Guru Muzik
3 Perbincangan dengan pihak
pentadbir bagi mendapatkan
maklumat dan idea yang sesuai
bagi projek inovasi
Kertas
Cadangan
Guru Pelatih
Guru Muzik
GB/PK
4 Mengadakan kajian tindakan dan
mengenal pasti responden
Kertas
Bahan pdp
Guru Pelatih
5 Menjalankan projek inovasi dan
menyediakan laporan
Kertas
Laptop
Bahan pdp
Guru Pelatih
Guru Muzik
6 Refleksi dan dokumentasi Kertas
Dokumentasi
Guru Pelatih
11. JAWATANKUASA PELAKSANA :
Ahli Jawatan Kuasa Induk
Pengerusi : Low gek Yong (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Nariza bt Mohd Daud (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Atnawati bt Abu hanipah (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Noor Azizah bt Abdul Ghani (PK Kokurikulum)
Guru Pembimbing: Pn. Noor Khairin bt Johar (Guru Pen. Kanan Petang)
Setiausaha : Pn Irni Fariza bt Hatun (Guru Pelatih)
12. ANGGARAN PENDAPATAN / PERBELANJAAN KEWANGAN
Pendapatan
Sumber Kewangan Panitia
Perbelanjaan
Alatan Kos Jumlah
Kertas / kad RM10.00 RM10.00
Keseluruhan RM10.00
13. PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran kerana ia dapat
menjadikan murid lebih berkeyakinan serta dapat menguasai semua bidang muzik yang diajar di
sekolah iaitu nyanyian, permainan alat dan notasi muzik. Ia juga diharap dapat meningkatkan
pencapaian murid bukan sahaja dalam aktiviti kurikulum malahan bidang kokurikulum juga.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
( IRNI FARIZA BT HATUN ) ( PN. NOOR KHAIRIN BT
JOHAR)
Setiausaha, Penolong Kanan PeTANG,
Projek Inovasi Pdp SK Marian Convent, Setapak
Disahkan Oleh:
(LOW GEK YONG)
Guru Besar
SK Marian Convent, Setapak
top related