kertas kerja bola jaring new
Post on 16-Apr-2015
1.383 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING
PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN
1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan
yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Darulaman. Program ini
dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga institut dan
menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan
ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat
yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk
membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga,
semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan
di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik
kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang
pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat
sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan
dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat
yang diperlukan untuk program ini.
2.0 MATLAMAT
Membolehkan pelajar-pelajar menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri
yang positif.
3.0 OBJEKTIF :
Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :
(a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang
kuat.
(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus Darulaman.
(c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,
semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.
4.0 TUJUAN:
Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan guru-
guru pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Selain itu
juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan pelajar. Di
samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam
kalangan pelajar.
5.0 NAMA PERTANDINGAN
Karnival Sukan (Bola Jaring ) Institut Perguruan Kampus Darulaman.
6.0 TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI
Tempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Darulaman
7.0 TARIKH,HARI DAN MASA
Tarikh : 15 September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
8.0 KUMPULAN SASARAN
1.1 Semua warga Institut Perguruan Kampus Darulaman.
9.0CADANGAN MINI SUKAN
9.1Dijalankan selama 1hari untuk 1 jenis permainan dijalankan :
i. Gelanggang bola jaring
9.2Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke Peringkat Negeri
10.0 SUMBER KEWANGAN
Anggaran Kewangan
Perbelanjaan Anggaran Kasar (RM)
Hamper 100.00
Makanan dan minuman 30.00
Peti kecemasan 10.00
Perbelanjaan lain 30.00
Jumlah RM 170 .00
Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola
Jaring.
11.0 HADIAH
Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat Hamper dan
saguhati ( bagi tempat keempat ) .
KEPUTUSAN Nilai Hamper ( RM )
Johan 40
Naib Johan 30
Tempat Ketiga 20
Tempat Keempat 10
12.0 PELAKSANAAN
12.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
Bilangan semua pemain untuk pertandingan bola jaring termasuk simpanan
ialah 10 orang.
Peraturan-peraturan semasa pertandingan bola jaring diberi kelonggaran untuk
murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik
untuk Mini Sukan adalah muktamad.
12.2 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA
Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Bola Jaring ialah seperti
berikut:-
I. Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
II. Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
III. Peserta 10 orang ( setiap pertandingan )
12.3 PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Institut Perguruan
Kampus Darulaman. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1
pasukan sahaja setiap pertandingan.
Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan
adalah tidak dibenarkan.
Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada
pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum
pertandingan.
12.4 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
Bahagian pertama 7 minit
Rehat 3 minit
Bahagian kedua 7 minit
12.5 SISTEM PERTANDINGAN
Liga Kumpulan
A . Pusingan Permulaan
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah
dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
B. Pusingan Suku Akhir
i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii.Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai
kumpulan X1 dan X2
ii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.
Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2
C. Pusingan Separuh Akhir
i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
D. Pertandingan akhir
i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.
ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.
13.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN
13.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti
berikut :-
Menang - 2 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
13.2 Keputusan Seri
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai
jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.
ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
13.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan
akhir :
Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh
perlawanan.
Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan
dimainkan.
Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.
Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan
sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
14.0 PERTUKARAN PEMAIN
14.1 Penggantian dan Pertukaran posisi
Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh
pemain yang lain.
Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak
tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan
dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.
Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang
bertukar posisi.
Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi
sama ada:
i. Masa rehat
ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.
Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan
permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran
posisi.
Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang
telah di daftarkan
14.2 Kecederaan dan kesakitan
Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan
permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya
penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti
dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya
dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi
rawatan berlangsung.
14.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu rehat separuh masa.
14.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana
kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas
waktu rehat separuh masa.
15.0 PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk
dan warna yang sama.
Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor
atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama
dengan pasukan lain.
Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku
pendek.
Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak
dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.
16.0 GELANGGANG DAN PERALATAN
Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai
mengikut kesesuaian pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman.
1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )
21m
7m 7m
bulatan tengah
7m
12m
280m
m
bulatan gol
i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.
ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm
iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6
inci p
iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar
2. Peralatan Bola Jaring
Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur
mengikut spesifikasi berikut:
i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:
Jenis bola jaring : rubber
Ukuran bola : saiz 4
ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen
Jenis bola jaring : synthetic leather
Ukuran bola : saiz 4
17.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana )
Naib Pengerusi : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K )
Setiausaha : Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha )
Naib Setiausaha : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )
Bendahari : Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning )
Naib Bendahari : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak)
Ahli Jawatankuasa :
i. Pendaftaran dan Borang
Nurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara )
Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee )
ii. Persiapan Tempat / Padang
Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau
Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok
Berembang )
iii. Teknikal / Peralatan
Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 )
Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah )
iv. Jamuan
Rosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )
Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat )
v. Hadiah dan Cenderahati
Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa )
Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang )
vi. Buku Program / Jemputan
Noraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )
Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo )
vii. Juruacara
Mahani bin Ab Jalil ( SK Jeram )
18.0 PENYERTAAN
1. Setiap kumpulan wajib untuk menyertai dan menghantar 1 pasukan untuk setiap
permainan yang dipertandingkan.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Program Sarjana Muda
Pensyarah terlibat untuk Bola Jaring
Pn Robiah bt Shuib
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Choong Sook Khim
19.0 PERATURAN PERTANDINGAN
BOLA JARING (Perempuan Sahaja)
1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “kalah-mati”.
2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir
dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-
a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain
serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima
(5) minit tanpa rehat.
b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana
terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.
c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi
bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit
lagi tanpa rehat.
d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat,
maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.
20.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN
Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)
Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1
pencatat skor)
Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)
Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)
Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan
Jam randik - 2 buah
Papan skor - 1 unit
Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan
21.0 LAMPIRAN
1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring
2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan
3. Borang Penyertaan Pertandingan
4. Borang Senarai Nama Pasukan
LAMPIRAN 1
JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA
KUMPULAN A
KUMPULAN 1
SUKU AKHIR
KUMPULAN 2
SEPARUH AKHIR
KUMPULAN 3
SUKU AKHIR
KUMPULAN 4 AKHIR
KUMPULAN 5
SUKU AKHIR
KUMPULAN 6
SEPARUH AKHIR
KUMPULAN 7
SUKU AKHIR
KUMPULAN 8
LAMPIRAN 2
JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN
NAMA PASUKAN
PASUKAN 1
PASUKAN 2
PASUKAN 3
PASUKAN 4
JUMLAH
PASUKAN 1
PASUKAN 2
PASUKAN 3
PASUKAN 4
JUMLAH
Disahkan oleh,
……………………………………………………
LAMPIRAN 3
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN
NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………
NAMA GURU : ………………………………………………………………..................
NAMA PEMBANTU : ……………………………………………………………………..........
WARNA BIP/JERSI : ………………………………………………………………………......
BIL NAMA PESERTA NO.Kad Pengenalan
POSISI
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………… ..............................
LAMPIRAN 4
SENARAI NAMA PASUKAN
BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN
BORANG PENYERTAAN
(BOLA JARING)
NAMA KUMPULAN :
PENGURUS PASUKAN :
KETUA PASUKAN :
SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN
_________________________________
( )
***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan
boleh diserahkan kepada Uma Ramadas ( 0105633231 ) , Kanamah Muralee
( 0149007368 ) , Annie Shanthi Noris ( 0105632598 ) dan Manju Muruhan( 0105632599
)
Penutup
Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati
segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi
kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat IPG Kampus
Rajang.
Yang menjalankan tugas,
...................................................................
( Uma Ramadas )
Setiausaha,
Kelab Bola Jaring,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra,Kedah.
top related