kenyataan akhbar 4 mei 2020 pnb lancar focus 4 · pelan strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke...
Post on 02-Jun-2020
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1/5
KENYATAAN AKHBAR
Untuk Siaran Segera
4 Mei 2020
PNB Lancar Focus 4 Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya
Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan
Pelan Strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4” bagi memacu organisasi
ke hadapan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Pelan ini telah dirangka berdasarkan
hasil Kajian Semula Jangka Masa Pertengahan yang dilakukan pada tahun 2019 bagi Pelan
Strategik 2017-2022 sebelumnya, yang dikenali sebagai STRIVE-15. Bagi menyelaraskan
15 inisiatif awal tersebut, Focus 4 menggariskan empat bidang tumpuan bagi PNB, dalam
• Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah melancarkan Pelan Strategik bagi tahun
2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4”, yang merupakan pelan terperinci bagi menyelaras
inisiatif-inisiatif STRIVE-15 berikutan Kajian Semula Jangka Masa Pertengahannya.
• Focus 4 menggariskan bidang-bidang utama seperti berikut:
o Kepelbagaian: Memacu kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dalam kelas aset dan
geografi baharu, termasuk peluang hartanah global yang menawarkan pulangan yang
baik;
o Penciptaan Nilai: Pengenalan rangka kerja tadbir urus bagi syarikat-syarikat strategik;
o Pengurusan Risiko: Memupuk budaya risiko yang mantap dengan menambah baik
elemen-elemen utama pengurusan risiko organisasi; dan
o Transformasi Organisasi: Penambahbaikan dalam Modal Insan & Budaya, Tadbir Urus &
Proses, Digital dan Struktur & KPI.
• Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019), PNB telah mencatatkan
keputusan yang positif dengan Aset di Bawah Pengurusan berkembang melepasi tahap
RM300 bilion dengan mencecah RM312.0 bilion, dan unit dalam edaran meningkat sebanyak
7.3% kepada hampir 254 bilion. PNB juga telah mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam
bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unit sepanjang tahun
kewangan, mencapai jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM200 bilion
bagi kesemua 14 dana sejak penubuhannya.
• Usaha-usaha kepelbagaian global turut menunjukkan hasil yang positif bagi TK2019, dengan
ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan tertinggi sekaligus menyumbang kepada lebih
dari 11.6% kepada Pendapatan Kasar keseluruhan, walaupun dengan pendedahan lebih
rendah iaitu 5.9%.
2/5
usaha mentransformasi dan membuat persiapan untuk mengharungi cabaran
ketidaktentuan masa depan serta perubahan lanskap pasaran.
Pada taklimat media yang julung kali diadakan secara maya, PNB turut mengumumkan
prestasi kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 (TK 2019) dan berkongsi
pandangan bagi tahun akan datang.
FOCUS 4
Berdasarkan kesimpulan yang diperoleh daripada Kajian Semula Jangka Masa Pertengahan
bagi Pelan Strategik 2017-2022 (STRIVE-15), PNB telah memusatkan fokusnya kepada
empat bidang utama untuk membentuk Pelan Strategik 2020-2022 atau Focus 4.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Kajian Semula Jangka Masa
Pertengahan yang meluas ini membolehkan PNB mengumpul maklumat kritikal dan
menganalisa faktor-faktor dinamik semasa kami, bagi memperkukuh hala tuju strategik kami
untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Ianya merupakan intipati Focus 4, yang
memperincikan empat bidang utama iaitu Kepelbagaian, Penciptaan Nilai, Pengurusan
Risiko dan Transformasi Organisasi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan yang mampan
dan membolehkan PNB meraih nilai.”
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Jalil Rasheed, menjelaskan dengan lebih lanjut
berkenaan Focus 4: “Focus 4 mencerminkan peralihan strategik dari STRIVE-15, di mana
PNB telah berjaya memperkukuh fundamental luas dan menyediakan rangka kerja yang
diperlukan, bagi Focus 4 bertumpu kepada bidang-bidang berimpak tinggi yang khusus
serta lebih sesuai dengan persekitaran pasaran. Pendekatan jangka pendek tiga tahun juga
memberi PNB fleksibiliti untuk menjadi lebih responsif dan mampu menyesuaikan diri untuk
memanfaatkan peluang yang ada dalam keadaan masa kini yang bergerak pantas.”
Setiap bidang utama Focus 4 menggariskan objektif terperinci dengan sasaran yang jelas:
Kepelbagaian
PNB akan terus memacu kepelbagaian portfolio melalui pelaburan ke dalam kelas aset dan
geografi baharu, termasuk peluang hartanah global dengan pulangan yang baik. Sasaran
utamanya adalah untuk meningkatkan pendedahan global secara taktikal kepada 30%
menjelang 2022, dari pendedahan global semasa sebanyak 8.5% pada akhir tahun 2019.
3/5
Selaras dengan itu, bagi mengoptimumkan pulangan dalam persekitaran pulangan rendah
yang berterusan, PNB terus meneliti semula porfolionya dengan matlamat untuk melabur di
kaunter-kaunter yang mampu memberikan prospektif pulangan dan potensi pulangan jangka
panjang yang lebih baik, bagi mondorong penggunaan modal yang lebih efisien. Untuk
jangka masa terdekat, ini termasuklah memanfaatkan prospek yang ditawarkan oleh
“mispricing” pasaran semasa. Strategi ini juga membolehkan PNB untuk memantapkan
kedudukan kewangannya dalam jangkaan ketidakstabilan pasaran. Ini akan disokong
dengan memperkukuhkan proses pelaburan sedia ada dan menambah baik kecekapan
membuat keputusan, dengan penekanan tindak balas kepada peluang dan risiko sambil
mengambil kira jangka masa yang lebih panjang bagi pelaburannya.
Penciptaan Nilai
Bagi merangsang prestasi syarikat-syarikat pelaburannya dan mencipta nilai yang lebih
baik, PNB telah mewujudkan Rangka Kerja Tadbir Urus yang bertujuan untuk
mengartikulasikan falsafah dan jangkaan PNB terhadap syarikat-syarikat dalam lingkungan
pelaburannya, dengan tujuan untuk menggalakkan budaya berteraskan prestasi dan
mengukuhkan kedudukan organisasi masing-masing.
Selain dari memposisikan PNB sebagai pelabur yang memberikan nilai tambah, rangka
kerja ini juga menetapkan Garis Panduan Undian yang telah dibangunkan untuk
memperkenalkan amalan tadbir urus terbaik di Malaysia serta menetapkan jangkaan yang
jelas terhadap syarikat-syarikat pelaburan. Kedua-dua rangka kerja dan garis panduan ini
boleh didapati di laman web PNB www.pnb.com.my bermula hari ini.
Pengurusan Risiko
Selaras dengan Rangka Tindakan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) lima tahunnya,
PNB ingin memupuk budaya risiko dan infrastruktur yang mantap dengan memberi
tumpuan kepada empat elemen utama ERM iaitu tadbir urus, rangka kerja dan proses,
digitalisasi serta sumber. Ini termasuklah mengembangkan skopnya bagi menguruskan
risiko ‘transversal’ yang meliputi seluruh organisasi, berdasarkan kerumitan persekitaran
masa kini dan untuk menambah baik kecekapan operasi.
Bagi merealisasikan hasrat ini, platform teknologi digital akan digunakan untuk
membangunkan sistem berpusat, yang merangkumi alat analisis risiko dan meningkatkan
keupayaan bagi pemantauan dan laporan pengurusan risiko automatik. Satu rangka kerja
budaya risiko berstruktur juga akan turut diwujudkan untuk menambah baik kecekapan di
semua peringkat.
4/5
Transformasi Organisasi
Sebagai sebahagian dari aspirasi jangka panjangnya untuk transformasi organisasi, PNB
telah menetapkan 10 elemen buat memantapkan kecekapan dan kecemerlangan institusi,
yang telah dikelaskan kepada empat bidang utama yang saling berhubung bagi jangka
masa segera: Modal Insan & Budaya, Tadbir Urus & Proses, Digital, dan Struktur & KPI.
Modal Insan & Budaya menekankan kepada pemerolehan, pembangunan dan pengekalan
bakat melalui persekitaran kerja yang amat kondusif serta rangka kerja pengurusan bakat
untuk menggalakkan kesejahteraan dan perkembangan kerjaya, di samping memupuk
budaya keterbukaan dengan menambah baik inisiatif komunikasi dan outreach.
Tadbir Urus & Proses tertumpu kepada tadbir urus korporat yang mantap dan mewujudkan
satu Rangka Kerja Pengurusan Pengetahuan untuk membina organisasi cekap yang
berteraskan pengetahuan. Melalui Rangka Tindakan IT lima tahun PNB, teknologi digital
diguna pakai sebagai penggerak utama untuk meningkatkan kecekapan, menyokong
pembangunan struktur dan KPI yang optimal selari dengan objektif organisasi bagi memacu
prestasi.
Jalil menerangkan, “Dengan tumpuan tiga tahun ini, Focus 4 akan menempatkan PNB
sebagai sebuah institusi pelaburan dengan falsafah yang jelas dan konsisten, dengan
kepelbagaian portfolio, serta menjadi peneraju dalam bidang pengurusan risiko, prestasi
tinggi dan pengawasan tadbir urus korporat. Pekerja dan budaya organisasi kami yang
berprestasi tinggi dijangka akan berkembang pesat di dalam persekitaran yang digerakkan
oleh teknologi dan model operasi yang optimal, bersandarkan kepada amalan tadbir urus
yang terbaik, selaras dengan perkembangan PNB yang berterusan untuk merealisasikan
visi kami sebagai firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.”
KAJIAN PRESTASI BAGI TAHUN 2019 & JANGKAAN MASA HADAPAN
Mengimbas semula tahun 2019, keadaan ekonomi global yang mencabar ditambah dengan
perkembangan geopolitik telah menghasilkan tahun yang tidak menentu. Namun begitu,
PNB masih mampu mempertahankan perkembangan Aset di Bawah Pengurusannya,
apabila berjaya mencapai RM312.0 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion, dengan unit-
unit dalam edaran meningkat kepada 7.3% mencapai hampir 254 bilion pada tahun 2019.
PNB juga turut mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan
5/5
dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan
agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan.
Tan Sri Dr. Zeti Aziz menambah, “Ini banyak didorong oleh pendekatan pelaburan kami
yang berhemah selaras dengan kepelbagaian pelaburan terbaharu kami dalam kelas aset
dan pasaran kewangan global baharu. Ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan
tertinggi, menyumbang kepada lebih dari 11.6% kepada Pendapatan Kasar keseluruhan
bagi tahun 2019, walaupun dengan pendedahan yang sedikit iaitu 5.9%. Pendedahan global
kami juga turut mencatatkan peningkatan dari 1.8% atau RM4.7 bilion pada tahun 2016,
kepada 8.5% atau RM26.4 bilion pada tahun 2019. Dengan fokus pada asas pelaburan
yang mengambil kira jangka masa yang lebih panjang dan disokong kuat oleh komitmen
kami terhadap tadbir urus dan ketelusan yang mampan, ianya telah membolehkan kami
untuk bertahan dalam arus ekonomi yang mencabar ini. Seiring perjalanan kami pada tahun
2020, pendekatan Focus 4 kami yang terperinci bertambah relevan bagi menghadapi
pergolakan pasaran ekoran pandemik Covid-19”.
“Focus 4 bertujuan untuk memastikan PNB sentiasa berada di kedudukan yang baik untuk
menempuh cabaran ini, kerana ia bertujuan untuk membolehkan kami membina daya tahan
dan mencorak laluan bagi PNB meneroka prospek-prospek baharu serta mengembangkan
kecekapan kami. Dengan memanfaatkan asas kami yang kukuh yang telah terbina sejak
lebih 40 tahun, dan pengalaman lalu dalam menempuhi pelbagai cabaran getir mahupun
meraikan kejayaan, kami kekal komited untuk memenuhi mandat kami kepada pemegang
unit untuk tahun-tahun mendatang,” rumus Tan Sri Dr. Zeti.
-Tamat-
Mengenai Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan
Aset di Bawah Pengurusan (AUM) kini melebihi RM300 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburan-
pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan
hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my.
KEPELBAGAIAN1
PENCIPTAAN NILAI2
PENGURUSAN RISIKO3
TRANSFORMASIORGANISASI4
KEPELBAGAIAN1
PENCIPTAAN NILAI2
PENGURUSAN RISIKO3
TRANSFORMASIORGANISASI4
Mempertajam arah strategik kami dengan cara yang lebih mengikut konteksuntuk mendorong PNB maju melalui empat bidang berimpak tinggi
• GEOGRAFI • KELAS ASET• PROSES • PEMINDAHAN PENGETAHUAN
• RANGKA KERJA TADBIR URUS • PENGLIBATAN AKTIF• TADBIR URUS KORPORAT • PENGUNDIAN PROKSI
• RANGKA TINDAKAN PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI• ANALISA PORTFOLIO • RISIKO BERSTRUKTUR
• MODAL INSAN & BUDAYA • TADBIR URUS & PROSES • DIGITAL • STRUKTUR & KPI
PLAN STRATEGIK
top related